You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TAMAN TASIK

NAMA: PUTERI MARSHA NADIRA BT MOHD


NIZAM.
KELAS: 1 SINA.
MATA PELAJARAN: SEJARAH.
TOPIK: ZAMAN AIR BATU.
PENGENALAN
Pengetahuan tentang sejarah membolehkan kita mengenali
dunia. Dunia merupakan tempat tinggal kita dan tempat tinggal
hidupan yang telah hidup berjuta- juta tahun dahulunya. Bumi
pada hari ini melalui pelbagai perubahan yang memberi kesan
terhadap rupa bentuk fizikal, iklim, cuaca, hidupan yang ada di
muka bumi hari ini. Zaman Air Batu adalah salah satu punca
yang telah mengubah fizikal bumi pada jutaan tahun dahulu.
Bumi pada hari ini mempunyai banyak perubahan dan terdapat
kemajuan manusia dan perkembangan hidupan di dunia juga
meningkat.

OBJEKTIF
 Memahami kronologi dan peristiwa sejarah berkaitan
kewujudan Zaman Air Batu
 Menjelaskan kesyukuran dengan ciptaan Tuhan.
 Mengenali ciri-ciri Zaman Air Batu.
 Mengukuhkan bukti dengan mengenal pasti Zaman Air
Batu.
 Memahami apakah kesan perubahan Zaman Air Batu.
 Membuat rasionalisasi terhadap Zaman Air Batu kepada
dunia hari ini.
PEMBENTUKAN FIZIKAL BUMI

1. Bumi pada 650 tahun dahulu. Tiada hidupan.

2. Bumi 390 juta tahun dahulu. Air laut masih tawar dan
wujud hidupan seperti ikan amfibia.

3. Bumi 195 juta tahun dahulu terdapat Zaman Jurasik iaitu


hanya kehidupan utama iaitu dinasaur.

4. Bumi 94 juta tahun dahulunya telah mempunyai kepupusan


dinosaur dan rupa bentuk bumi mula kelihatan.

5. Bumi 18,000 tahun dahulu terdapat binatang telah wujud


seperti kucing, anjing, kuda dan paras air laut meningkat.

6. Bumi pada hari ini.


IKLIM
Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi
menjadi lautan dan daratan.

Daratan Lautan
 Gunung 1. Laut
 Banjaran 2. Selat
 Bukit 3.Teluk
 Tanah Pamah
 Lembah
 Sungai
MAKSUD
LAUTAN- Kawasan air masin yang meliputi 71 peratus bentuk
muka bumi. Terdapat lima lautan di bumi iaitu Lautan Pasifik,
Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Selatan dan Lautan Artik.
SELAT- Kawasan perairan sempit yang memisahkan dua
kawasan daratan
TELUK- Bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan
kawasannya dibatasi oleh dua daratan.
ZAMAN AIR BATU
Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan
suhu bumi menurun. Di bahagian Kutub Utara dan Kutub
Selatan diliputi oleh air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan
ais. Lapisan air ini menyebabkan kawasan air batu menjadi luas
di kawasan kutub dan pengunungan. Perubahan iklim dunia
menyebabkan berakhirnya Zaman Air Batu.

TAHAP ZAMAN AIR BATU.


ZAMAN MIOSEN- Berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun
dahulu. Gunung ganang terbentuk secara fizikal. Mamalia telah
wujud, begitu juga dengan hidupan laut. Suhu dunia panas dan
kering
ZAMAN PLIOSEN-Berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta
tahun dahulu. Berlakunya penyejukan global Zaman Miosen
yang lebih panas. Jambatan darat Panama antara Amerika Utara
dan Amerika Selatan terbentuk dan mendorong penghijrahan
hidupan.
ZAMAN PLEISTOSEN- Berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000
tahun dahulu. Glasier berlaku sebanyak 11 kali. Manusia
dipercayai telah sampai ke Australia melalui jalan darat dari
Asia Tenggara sekitar 50,000 tahun dahulu.
ZAMAN HOLOSEN- Bermula pada 10,000 tahun dahulu
hingga kini. Terdapat kemajuan terhadap manusia dan Tamadun
manusia mula wujud dan bekembang.

CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR


Suhu dunia terlalu sejuk dan dunia dipenuhi oleh salji
terutamanya di kawasan kutub dan benua Eropah. Permukaan air
laut membeku dan paras air laut terlalu rendah. Pulau-pulau
bersambung dengan tanah besar dan memudahkan manusia serta
binatang bermigrasi. Binatang seperti mamot berbulu, badak,
kuda dan singa tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk.
Permukaan air laut yang membeku menyebabkan sebahagian
besar bumi diliputi salji. Tumbuhan utama ialah rumput dan
tumbuhan renek yang menjalar. Terdapat manusia yang tinggal
di kawasan tanah pamah yang sejuk. Mereka hidup secara
nomad dan memburu binatang.

PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU AKHIR.


Perubahan Zaman Air Batu melibatkan iklim, glasier, bentuk
fizikal bumi, dan kesan kepada manusia dan haiwan. Glasier
telah menukarkan wajah dan bentuk fizikal bumi. Rupa bentuk
fizikal bumi seperti yang terbentuk hari ini. Kesannya, berlaku
perubahan paras air laut meningkat dengan kedalaman 100
meter. Kecairan air batu telah membentuk tasik-tasik di Kanada
dan Tasik Dayang Bunting di Malaysia dan berlaku kepupusan
binatang. Pada Zaman air Batu Akhir yang dikenali sabagai
Zaman Holosen, manusia bergerak keluar dari benua Afrika dan
secara beransur-ansur mendiami benua Asia dan benua Eropah.
Pada Zaman Air Batu Akhir, suhu bumi adalah seperti hari ini.

KESAN PERUBAHAN ZAMAN AIR BATU


DI ASIA TENGGARA.
Kesan perubahan di Asia Tenggara ialah tenggelamnya Pentas
Sunda dan keadaan bumi adalah seperti bentuk yang ada pada
hari ini.
 Sebelum 10000 tahun dahulu, Asia Tenggara merupakan
kawasan tanah yang luas terbentang yang menghubungkan
kawasan daratan dengan kepulauan.
 Gugusan tanah dikenali sebagai Pentas Sunda.
 Pentas Sunda tenggelam apabila paras air laut meningkat
kerana kecairan air batu.
 Pada zaman kini, tanah tinggi dikelilingi Pentas Sunda
yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Zaman Air Batu merupakan zaman yang


berlaku jutaan tahun dahulunya. Perubahan yang berlaku kepada
Zaman Air Batu telah memberikan kesan fizikal kepada rupa
bentuk bumi yang boleh dilihat pada hari ini. Perubahan yang
ketara turut berlaku di Asia Tenggara yang menyebabkan
tenggelamnya Pentas Sunda dan juga perubahan Zaman Air
Batu juga turut mempengaruhi kehidupan manusia. Maka
begitulah berakhirnya Zaman Air Batu.

You might also like