You are on page 1of 9

EMBENTUKAN BANJARAN GUNUNG

Negara Malaysia kaya dengan pelbagai gunung-ganang yang menghiasi alam semulajadi.
Bahkan gunung-gunung ini menjadi tarikan untuk destinasi pelancongan. Terdapat
banyak gunung di di seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara kita, Malaysia.
Pernahkah kita terfikir, bagaimanakah terjadinya gunung dan bukit? Apakah itu banjaran
gunung? Persoalan ini dapat dijawab dengan mengetahui skop ilmu alam atau Geografi
dan Sains.

Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah
kawasan. Beberapa buah gunung dilihat kelihatan ada siri atau ada deretan. Sesetengah
banjaran menjadi garisan sempadan antara negara, sempadan antara negeri atau
sempadan antara daerah.

Banjaran gunung negara kita adalah sebahagian daripada sistem Banjaran Gunung Asia,
iaitu bermula dari Pusaran Pamir di utara India. Banjaran gunung negara kita menganjur
dari Dataran Tinggi Yunnan di negara China dan menganjur ke selatan merentasi
Thailand dan kemudian ke Semenanjung Malaysia lalu membentuk Banjaran Titiwangsa
dan banjaran-banjaran lain. Umumnya, banjaran-banjaran gunung di Asia terdiri daripada
gunung lipat.

Terdapat dua jenis gunung lipat iaitu:

(a) Gunung lipat muda

 Bermula dari Pusaran Pamir menganjur ke Banjaran Himalaya, ke Myanmar dan


bersambung ke Sumatera dan Borneo lalu membentuk Banjaran Kapus Hulu,
Banjaran Crocker dan Pergunungan Iran. Banjaran gunung di Sabah dan Sarawak
adalah sebahagian daripada sistem gunung lipat muda di Asia. Gunung lipat muda
terbentuk kira-kira 30 juta hingga 50 juta tahun lalu. Ciri utamanya ialah
permukaan gunung itu yang agak kasap dan tinggi. Walaupun Sabah dan Sarawak
berada dalam kawasan sistem gunung lipat muda, namun negara kita tidak
mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi. Ini disebabkan negara kita
terletak di luar ‘Lingkaran Api Pasifik’.
(b) Gunung lipat tua

 Gunung lipat tua terbentuk kira-kira 240 juta tahun lalu. Bermula dari Pusaran
Pamir, sistem gunung lipat tua menganjur ke Indo China dan menuju ke Banjaran
Bilauk Taung di Thailand sehingga banjaran Titiwangsa di Semenanjung
Malaysia. Gunung lipat tua telah mengalami gondolan. Permukaan gunung-
ganang lebih rata dan tidak begitu tinggi. Contoh gunung lipat tua ialah Banjaran
Appalachian di Amerika Utara, Banjaran Pennines, Herz di Jerman, Dataran
Tinggi Welsh di Britain, Dataran Siberia dan Banjaran Ural di Dataran Benua
Asia dan Banjaran Titiwangsa.

Pembentukan gunung lipat dan proses lipatan kerak bumi

Demonstrasi pembentukan gunung

Banjaran gunung di Malaysia terbentuk akibat proses lipatan kerak bumi atau wujud hasil
kuasa mampatan.

Pergerakan kerak bumi secara besar-besaran akibat daripada kuasa mampatan


menyebabkan kerak bumi berlipat. Lapisan kerak bumi yang melengkung ke atas
membentuk gunung lipat.

Saksikan bagaimana gunung lipat terbentuk melalui link youtube berikut :

http://youtu.be/ngV66m00UvU

##########################

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi di Malaysia

a) Pusat Pelancongan
– Suhu yang sederhana menarik pelancong datang ke Malaysia.
– Tanah Tinggi Cameron
b) Kawasan Tadahan Air
– menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) Sumber Kayu Balak


– Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga
seperti keruing dan Meranti

d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik


– sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro elektrik kerana banyak sungai yang beraliran
deras

e) Kawasan Pertanian
– iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana

LATIHAN

UJI MINDA

1. Apakah maksud banjaran gunung?


2. Bagaimanakah berlakunya gunung lipat?
3. Apakah perbezaan antara gunung lipat muda dan tua?

###############################################

PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

LETUSAN GUNUNG BERAPI memang salah satu bencana yang paling mengerikan,
sekali meletus boleh mengorbankan ribuan nyawa dan berlakunya perubahan pada
pandang darat fizikal dunia. Apakah itu gunung berapi? Bagaimanakah gunung berapi
terjadi dan apakah jenis-jenis gunung berapi? Mari kita pelajari sesuatu tentang gunung
berapi ini.
Gunung berapi adalah bukaan atau rekahan pada permukaan atau kerak
bumi yang membenarkan gas, abu dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah
permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung
membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa tertentu.

Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tektonik berpisah atau bertembung.
Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh
plak tetonik berpisah. Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang
terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak
terhasil tanpa dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh
terbentuk di kawasan yang terdapat renggangan pada kerak bumi dan di mana kerak bumi
menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas) seperti di
Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi
Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di
Amerika Utara.

Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes) yang
dikenali sebagai titik panas. Titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak seperti
kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain
di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu. (Sumber : Wikipedia)

BERIKUT DISEDIAKAN PAUTAN VIDEO TENTANG GUNUNG BERAPI

http://youtu.be/WgktM2luLok

(Geography Lesson: What is a Volcano?)

#################################

BEBERAPA JENIS GUNUNG BERAPI


Gunung Berapi Lava asid

 lavanya sangat pekat dan mengalir perlahan-perlahan


 membentuk cerun dan curam
 lava asid yang membeku di lohong menyekat aliran lava menyebabkan letusan
kuat.
 contoh : Gunung Vesuvius di Itali.

Gunung berapi lava bes

 mempunyai cerun yang landai.


 lava kadangkala membentuk dataran.
 lavanya cair dan mengalir dengan laju.
 contoh: Gunung Mauna Loa di Hawaii.
Gunung api komposit

 dikenali sebagai stratokun.


 kon utama terbina daripada abu dan lava.
 kon-kon kecil ( kon parasit ) terbentuk di cerun-cerun kon utama.
 contoh: Gunung Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.

Gunung berapi abu dan sinder

 terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.


 mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas.
 bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam.
 contoh: Gunung Paricutin di Mexico.

ANTARA GUNUNG BERAPI YANG WUJUD DI DUNIA

1. Yellowstone Supervolcano, Amerika syarikat


Gunung berapi ini paling berbahaya di dunia. Gunung berapi raksasa, Yellowstone
Caldera, yang terletak di bawah Taman Nasional Yellowstone, Wyoming, Amerika
Syarikat adalah juga gunung berapi terbesar di dunia. Ledakan Yellowstone
Supervolcano boleh menyemburkan batuan dan komposisi gunung lainya sehingga 1.000
kilometer jauhnya. Lava dan abu letusan gunung ini cukup untuk mengancam kewujudan
spesies dan dapat menjadi salah satu penyebab terjadinya bencana alam terbesar iaitu
kiamat. Letusan gunung berapi ini boleh menyebabkan berlakunya gerakan tektonik
besar-besaran. Selama 2,1 juta tahun, Yellowstone Caldera tercatat pernah tiga kali
meletus yang mana kali terakhir letusannya adalah pada 600 ribu tahun lalu.

2. Gunung Vesuvius, Itali

Gunung Vesuvius adalah satu-satunya gunung berapi aktif di Eropah yang terletak di
sebelah timur Naples, Itali. Vesuvius terbentuk hasil dari pelanggaran dua plat tektonik,
iaitu African dan Eurasian. Plat African ditolak lebih rendah, jauh ke dalam bumi oleh
plat Eurasian. Kerak bumi menjadi semakin panas sehingga ia mencair, membentuk
magma, sejenis cecair batu. Oleh kerana magma kurang padat berbanding batuan pejal di
sekelilingnya, maka cairan magma ditolak ke atas. Apabila cairan magma menerobos
permukaan bumi yang tidak kuat, ia merempuh keluar lalu menghasilkan gunung berapi.
Letusan pada 1906 sangat membinasakan, membunuh lebih 100 orang dan memancutkan
lava paling banyak pernah direkodkan daripada letusan Vesuvian. Letusan besar yang
terakhir berlaku pada Mac 1944

3. Gunung Sakurajima, Jepun


Gunung berapi setinggi 1,117 meter itu terletak kira-kira 10 km ke timur bandar
Kagoshima yang dihuni oleh 600,000 penduduk. Sakurajima adalah gunung berapi yang
aktif di jepun dan direkodkan sudah 500 kali meletus. Terbaru adalah letusan gunung
berapi pada 18 Ogos 2013 yang menghambur kepulan abu setinggi 5 kilometer (km) ke
udara. Sakurajima turut memuntahkan lahar serta batu-batan yang bergerak sejauh sekitar
1km ke lereng-lereng di bawah gunung.

4. Gunung Krakatau di Selat Sunda (Indonesia)

Krakatau adalah kepulauan gunung berapi yang masih aktif dan berada di Selat Sunda
antara pulau Jawa dan Sumatra. 26-27 Agustus 1883. Letusan itu sangat dahsyat dengan
awan panas dan tsunami yang diakibatkannya mengorbankan sekitar 36 ribu nyawa.
Tsunami ini muncul bukan hanya kerana letusan tetapi juga gelongsoran bawah laut.
Gelombang Tsunami ini juga bergerak hingga ke pantai Hawaii, pantai barat Amerika
Tengah dan Semenanjung Arab yang jauhnya 7 ribu kilometer. Letusan Krakatau
menyebabkan perubahan iklim global. Dunia sempat gelap selama dua setengah hari
akibat debu gunung berapi yang menutupi atmosfera. Matahari bersinar redup sampai
setahun berikutnya. Ledakan Krakatau telah melemparkan batu-batu apung dan abu
sejauh 18 kilometer. Semburan debunya mencapai 80 km. Benda-benda keras yang
berhamburan ke udara itu jatuh di dataran pulau Jawa dan Sumatera bahkan sampai ke Sri
Lanka, India, Pakistan, Australia dan tempat lain. The Guiness Book of Records
mencatatkan ledakan Krakatau sebagai ledakan yang paling hebat yang terakam dalam
sejarah.
Kejadian letusan gunung berapi adalah lumrah kejadian alam semulajadi. Negara kita
sangat bernasib baik kerana bebas daripada kejadian gunung berapi. Oleh itu, kita
sewajarnya bersyukur mendiami Negara Malaysia.

LATIHAN

UJI MINDA

1. Nyatakan jenis gunung berapi tersebut

2. Apakah kesan kejadian gunung berapi pada alam semulajadi dan manusia?

3. Berikan contoh gunung berapi lain yang masih aktif sehingga sekarang.

You might also like