You are on page 1of 12

Pengenalan

Penyatuan German telah menampakkan kemunculan seorang lagi tokoh selepas zaman

Napoleon Bonaparte iaitu Otto Von Bismarck. Bismarck seorang tokoh bangsawan Jerman yang

telah dilahirkan pada 1815 dan telah meninggal dunia pada 1898. Bismarck telah memegang

beberapa jawatan penting dalam kerajaan Prussia seperti menjadi wakil Prussia di parlimen

Frankfurt. Dia juga telah dilantik menjadi perdana menteri pertama pada tahun 1862 dan telah

mentadbir Prussia dan empayar Jerman selama 28 tahun1.

Bismarck telah berjaya menyatukan Jerman dengan caranya yang tersendiri. Bismarck

berpendirian hanya mahukan kejayaan semata-mata. Dia telah membelakangkan prinsip moral

dan tradisi ataupun yang dikenali sebagai realpolitik di barat (politik ala-Machiavelli). Bismarck

telah menunjukkan sikap tidak suka berlembut dan tidak mahu bertolak ansur. Dia juga tidak

sukakan corak pemerintahan liberal ketika menjadi perdana menteri. Bismarck dilihat seorang

yang berani kerana dalam parlimen, bajet untuk tentera tidak diluluskan namun Bismarck telah

meluluskannya. Ini dapat dilihat apabila Bismarck menyatakan :

“ I here insert some passages from a speech I delivered on June 1865,


in support of the extraordinary navy budget.”2

Penyataan yang sering dibuat oleh Bismarck telah membuatkan dia dikenali sebagai

‘darah dan besi’. Dia juga mempunyai daya intelektual yang tinggi mengatasi pemikiran politik

pada masa itu, malahan keunggulan beliau bukan sahaja diakui oleh rakyat tempatan malahan

masyarakat seluruh Eropah ketika itu. Brian Brown juga ada menyatakan bahawa penyatuan

Jerman bukan sahaja disebabkan oleh faktor nasionalisme dan Zollverein namun dasar diplomasi

bijak dan kepimpinan yang agresif Bismarck telah membawa kepada penyatuan Jerman.

1
Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books, 1968), x
2
Otto Von Bismarck, Bismarck: The Man & The Statesman (New York: Harper & Brother Publishers, 1899) 21

1
Dasar Bismarck

Penyatuan Jerman adalah disebabkan oleh faktor nasionalisme Jerman. Nasionalisme

yang dilakukan oleh penyokong pemulihan di Jerman ialah mereka yang mempunyai nilai tinggi

tenaga kreatif dan kukuh yang dapat dilahirkan oleh pasukan senjata. Mereka telah berusaha

mendirikan sebuah kuasa pusat yang kuat dengan angkatan tentera yang benar-benar bersifat

kebangsaan sanggup melakukan apa sahaja untuk negara. Kesedaran nasionalisme telah muncul

apabila rakyat mula mempercayai bahawa perlunya sebuah negara bangsa yang bersatu.

Gerakan-gerakan revolusi di Prussia, Austria dan kebanyakan negara kecil Jerman telah

mewujudkan satu peringkat baru dalam usaha penyatuan Jerman melalui badan perwakilan pusat.

Sebuah perhimpunan agung sementara telah ditubuhkan pada Mac yang bersidang di Frankfurt.

Perhimpunan ini telah mewakili semua perasaan rakyat Jerman yang bersemangat kebangsaan

tetapi menghadapi kelemahan awal kerana tidak mempunyai tokoh yang agresif.

Zollverein juga dilihat sebagai faktor ke arah penyatuan German. Perkembangan

ekonomi yang pesat dilihat telah membantu menaikkan semangat rakyat Jerman untuk bersatu

menyokong dalam penyatuan Jerman. Zollverein telah membuat perniagaan dan perdagangan

antara Jerman. Kerajaan Prussia semasa zaman Zollverein telah menghapuskan semua bayaran-

bayaran dan meletakan kadar yang sederhana perseorangan di semua kawasan. Organisasi

Zollverein ini telah merapatkan lagi jalinan perdagangan Jerman dengan Prussia. Beberapa

pertubuhan Jerman telah dibentuk pada 1860 bagi mendekatkan lagi penyatuan ekonomi ini. Hal

ini demikian kerana Bismarck melihat bahawa Prussia mempunyai potensi dari segi ekonomi

yang baik dan sekiranya dapat disatukan akan menguntungkan Jerman. Prussia mempunyai

kelebihan dari segi kelengkapan ketenteraan kerana mempunyai pembinaan landasan kereta api

yang strategik dan juga mempunyai kepakaran dalam pembuatan senjata berat. Prussia juga tidak

2
menghadapi masalah kekurangan modal namun selepas disatukan dengan Jerman ia telah

menjadi Bank Imperial Jerman 1847. Penyatuan politik adalah hasil usaha Raja William dan

Bismarck kerana kemenangan dalam beberapa diplomatik dan kekuatan tentera Prussia yang

berjaya dikuasai oleh Bismarck.

Kebijaksanaan Bismarck dalam diplomasi dan kepimpinan yang agresif dilihat juga

antara faktor yang telah membawa kepada Penyatuan Jerman. Kehebatan Bismarck dapat dilihat

apabila kemunculan empayar Jerman pada 1871 melalui tiga peperangan besar iaitu peperangan

Prussia-Denmark 1864, peperangan Prussia- Austria 1866 dan kemuncaknya apabila Perancis

yang dipimpin oleh Napoleon III pada tahun 1870-1871 telah berjaya dikalahkan oleh Bismarck.

Peperangan pada tahun 1864 telah tercetus antara Prussia dan juga Denmark. Bismarck

cuba mendapatkan sekutu bagi melawan Denmark kerana Denmark merupakan sebuah negara

yang kuat. Bismarck telah meminta supaya Austria-Hungary menyokong Bismarck dan beliau

telah berjaya mendapatkan sokongan tersebut. Bismarck telah berjaya membentuk pakatan

dengan Austria bagi menentang Denmark dengan menggunakan slogan Jerman raya bagi

mengikat mereka untuk melawan Denmark.

Pergolakan politik iaitu peristiwa Schleswig-Holstein telah digunakan oleh Bismarck

untuk mendapatkan keuntungan bagi Prussia. Daerah Schleswig-Holstein telah di tempat di

bawah kuasa Vienna selepas Penyelesaian Vienna 1815. Daerah ini telah melakukan

pemberontakan dan akhirnya telah di tempat di bawah kuasa bersama Denmark –Jerman. Selepas

Denmark mendapat raja yang baru, beliau telah berhasrat untuk menempatkan daerah tersebut di

bawah penguasaannya dan rakyat Denmark juga mahukan perkara yang sama. Keadaan ini telah

menimbulkan kerisauan Jerman kerana di Schleswig-Holstein mempunyai rakyat Jerman di sana.

Pada masa yang sama, terdapat seorang lagi pesaing kepada raja yang baru yang juga ingin

3
merebut kuasa. Bismarck telah mengambil peluang ini dengan mendapatkan persetujuan dari diet

dan Austria bagi melancarkan peperangan ke atas Denmark dengan tentera berikat Austria-

Prussia. Denmark telah berjaya dikalahkan dan Schleswig-Holstein telah diserahkan kepada

pemerintahan bersama raja Prussia dan maharaja Austria. Tindakan Bismarck ini menunjukkan

bahawa sikapnya yang nekad serta semangat yang tinggi dalam memperjuangkan kepentingan

Jerman. Peristiwa ini juga telah mengubah pandangan golongan liberal terhadap reformasi

tentera oleh pentadbiran Bismarck. Tanpa Bismarck, negara Jerman yang diidamkan oleh

golongan para nasionalis Jerman hanyalah sekadar impian semata-mata.

Selepas perang Prussia- Denmark, tercetus pula peperangan antara Austria- Prussia pada

1866. Sikap Bismarck yang suka mengeksploitasi dan mengambil peluang telah mencetuskan

peperangan antara Prussia dan Austria. Walaupun tindakan dalam memerangi Schleswig-

Holstein, Prussia dan Austria sepakat namun kesefahaman tersebut bukanlah sesuatu yang kekal.

Dasar yang tidak tetap dan melambat-lambatkan rundingan damai antara Prussia dan Denmark

telah menyebabkan perjanjian damai gagal. Persengketaan ini telah diselesaikan melalui

Konvensi Gastein ( Convention of Gastein) pada 14 Ogos 1865. Penyelesaian ini telah membawa

kepada Holstein diletakkan di bawah Austria manakala Schleswig diserahkan kepada Prussia3.

Penyelesaian yang telah dibuat dilihat tidak bertahan lama. Bismarck telah meminta Austria

supaya menyerahkan Holstein kepadanya namun telah ditolak. Oleh sebab Austria telah

menghalang impian Bismarck, beliau terpaksa mengambil tindakan dengan memerangi Austria.

Bismarck semasa rundingan Gastein telah cuba mendapatkan persetujuan Itali dan

Perancis untuk membentuk pakatan sulit menentang Austria. Namun usaha Bismarck ini telah

gagal. Pada tahun berikutnya iaitu pada 28 Februari 1866, persetujuan dari raja Prussia cuba

diperoleh Bismarck bagi mengadakan pakatan sulit dengan Itali. Peperangan Prussia-Austria
3
Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books, 1968), 106

4
bagi Bismarck adalah sesuatu yang tidak dielakkan. Rancangan Bismarck ini tidak dipersetujui

oleh Putera Mahkota Prussia4. Ketua-ketua tentera telah memihak dan memberi sokongan kepada

Bismarck dan raja. Pada bulan Mac, satu pakatan sulit telah dibuat antara Prussia dengan Itali

setelah seorang wakil khas Itali datang ke Berlin. Perjanjian itu antaranya Prussia tidak terikat

untuk melakukan perang terhadap Austria, tetapi Itali terpaksa mengikut jejak langkah Prussia

sekiranya Prussia berperang dengan Austria. Sekiranya Prussia tidak berperang dalam tempoh

tiga bulan, syarat Itali terpaksa menurut jejak langkah Prussia akan terbatal. Pakatan sulit ini

jelas telah menjejaskan hubungan Austria dengan Prussia. Keadaan tegang ini akhirnya telah

membawa kepada peperangan Prussia dengan Austria. Peperangan yang tercetus kerana

timbulnya perasaan tidak puas hati Austria terhadap tindakan Bismarck. Namun begitu, Prussia

telah menang dalam perang tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa Bismarck sememangnya bijak

dalam rundingan diplomasi kerana telah berjaya mempengaruhi raja Prussia dan dilihat kejayaan

yang dipenuhi oleh dasar-dasar Bismarck.

Peperangan Prussia dan Austria telah memberi kesan kepada Bismarck. Peperangan telah

berlangsung selama enam minggu sahaja. Prussia telah berjaya menyingkirkan Austria dari

Konfederasi Jerman dan telah muncul sebagai kuasa utama di Jerman Utara. Hasrat pihak liberal

berjaya dicapai dengan kejayaan Bismarck memperkukuhkan kedudukan Prussia dan penyatuan

Jerman Utara. Selain itu, telah berlaku penghijrahan sokongan secara besar-besaran kepada

Bismarck. Penghijrahan ini dilihat oleh ahli sejarah sebagai tanda kemenangan konsep kuasa dan

kejayaan dalam politik serta menurunnya pengaruh ideologi atau idealisme. Implikasi ini dilihat

penting dari dasar perang Bismarck.

Tindakan Bismarck telah mempamerkan kebolehan diplomatik beliau dalam

perhubungan dengan Perancis dan Bismarck melihat pandangan atau dasar peluasan kuasa
4
Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books, 1968), 111

5
Perancis oleh Napoleon III dapat dimanfaatkan dalam penyatuan Jerman dan ini merupakan

strategi bagi menyatukan Jerman. Sebelum proses penyatuan Jerman yang dilakukan dengan

jayanya oleh Bismarck yang merangkumi Jerman Utara dan Jerman Selatan, Bismarck sekali lagi

merancangkan satu perang lagi iaitu perang antara Jerman dengan Perancis. Bismarck sedar

bahawa beliau perlu menghapuskan Perancis sebelum memperluaskan kuasa Prussia ke Jerman

Selatan. Hal ini demikian kerana, Perancis telah bersungguh membuat perikatan dengan negeri-

negeri di Jerman Selatan. Bismarck berjaya menunjukkan sifat agresif Perancis dengan

menyiarkan tuntutan Napoleon III ke atas wilayah Rhine.

Kebijaksanaan Bismarck dapat dilihat apabila beliau sekali lagi telah menggunakan

masalah isu perwarisan takhta Sepanyol yang timbul dengan sebaiknya bagi menguasai Alsace-

Lorraine lalu melengkapkan penyatuan Jerman. Pada masa itu, berlakunya revolusi di Sepanyol

yang menyebabkan Maharani Sepanyol digulingkan dan golongan politik Sepanyol telah cuba

mencari pengganti raja yang baru dan melihat Leopard of Hohenzollern sebagai orang yang

sesuai untuk menjadi raja di Sepanyol. Strategi ini adalah suatu strategi yang akan membawa

Perancis terlibat dalam peperangan. Namun, kerajaan Perancis tidak bersetuju dengan

perlantikan tersebut dan telah menghantar bantahan melalui kedutaannya. Menteri luar Perancis

bersama Raja William I telah mengadakan satu perbincangan dan antara yang dibincangkan

mengenai isu perwarisan takhta tersebut. Bismarck pula telah sengaja mengubah isi kandungan

perbualan tersebut lalu mengeluarkannya dalam sebuah akhbar Jerman dan Perancis pada 10

Julai 1870. Bismarck sengaja memalsukan dokumen tersebut bagi memencilkan Perancis.

Perancis digambarkan sangat agresif dalam usaha ingin meluaskan daerah takluknya dan

keadaan ini mengemparkan kuasa Eropah yang lain.

6
Bismarck berjaya dengan matlamatnya untuk menyisihkan Perancis tanpa rakan di

Eropah. Perancis yang merasakan dirinya tertipu dan terperangkap serta dimalukan oleh Prussia

telah mengisytiharkan perang pada 14 Julai 1870 dan Bismarck yang paling gembira dengan

keadaan tersebut. Peperangan ini mencapai matlamat beliau iaitu beliau berjaya mengalahkan

Perancis dan serta memasukkan Alsace-Lorraine ke dalam Jerman serta memastikan negeri-

negeri Jerman selatan berada dalam cengkaman Prussia lalu membentuk Jerman yang diidamkan

oleh orang Jerman sendiri. Selain itu, Bismarck juga telah berjaya membolehkan tentera Prussia

menguasai tentera-tentera di negeri-negeri Jerman Selatan. Russia pula mengambil sikap

berkecuali, namun dengan sikap diplomasi Bismarck, Russia telah menawarkan 10 000 orang

tentera untuk menghalang Austria membantu Perancis. Walaupun Perancis mengisytiharkan

peperangan, namun akhirnya Perancis berjaya dikalahkan dalam tempoh enam minggu sahaja.

Ini dapat membuktikan bahawa Bismarck telah menggunakan politik darah dan besi dalam

menyatukan Jerman dan memusatkan penyatuan walaupun telah menggunakan penipuan dan

pemalsuan dokumen dalam menjalankan rancangannya.

Kejayaan yang diperoleh oleh Bismarck telah digunakan untuk melengkapkan lagi

penyatuan Jerman dengan membawa masuk negeri-negeri Jerman Selatan ke dalam

konfederasinya. Peperangan dengan Perancis antara rancangan yang diwujudkan oleh Bismarck

bagi menyatukan Jerman. Pada 18 September 1781 di Versailles konfederasi baru Jerman telah

diisytiharkan. Raja Prussia, William I dilantik menjadi maharaja. Bismarck pula telah menjadi

Canselor Reich baru itu. Selepas itu dapat dilihat lagi dasar-dasar yang dibawa oleh Bismarck

setelah berjaya dalam menyatukan Jerman.

Dasar luar yang dilakukan oleh Bismarck antara yang menjadi pengukuhan Jerman.

Empayar Jerman terus kukuh dan mampu mengawal segala kegiatan diplomasi di Eropah. Rusia,

7
Britain, Perancis dan Austria-Hungary antara kuasa-kuasa besar yang dikuasai oleh Bismarck

dan Jerman merupakan salah satu dari lima kuasa besar Eropah. Bismarck meneruskan usahanya

bagi memastikan pengukuhan negara Jerman bagi menjamin kestabilan politik yang berterusan

selepas penyatuan Jerman. Dasar berbaik-baik semula dengan Austria-Hungary telah dilakukan

oleh Bismarck dan dilihat akan menguntungkan Jerman. Dasar ini boleh menjamin agar Austria-

Hungary tidak terlalu berbaik dengan Perancis ataupun Britain sehingga boleh menjejaskan

kepentingan Jerman. Liga Tiga Maharaja yang telah ditandatangani oleh Rusia, Austria-Hungary

dan Jerman pada tahun 1873 adalah satu langkah yang diambil oleh Jerman bagi terus

mengasingkan Perancis. Liga Tiga Maharaja ini dilihat akan mencetuskan semula perang antara

Perancis dan Jerman. Bismarck telah bersikap provokatif terhadap Perancis kerana beliau tidak

mahu membiarkan Perancis terus menjadi kuat sehingga Perancis berkeyakinan untuk berperang

semula dengan Jerman. Namun krisis ini tidak berlanjutan menjadi peperangan.

Kebijaksanaan diplomasi dan sikap agresif Bismarck terus dapat dilihat dalam Kongres

Berlin pada 1878. Kuasa-kuasa Eropah telah bersetuju menamakan kongres ini sebagai “Kongres

Berlin” kerana Berlin ibu negara Jerman telah dipilih dan Bismarck pula dilantik sebagai

presiden kongres Berlin ini5. Kongres ini mula bersidang pada 13 Jun 1878 dan ditamatkan oleh

Bismarck pada 13 Julai 18786. Bismarck sangat berminat dalam melibatkan Jerman ke dalam

kongres ini walaupun pada krisis di Balkan tidak menarik minat negara Jerman dan situasi buruk

yang berlaku dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah tidak melibatkan negara Jerman7.

Perkembangan yang berlaku di Timur ini telah mempengaruhi suasana di Eropah. Krisis

di Timur ini telah membimbangkan negara di Eropah kerana akan memungkinkan tercetusnya

peperangan dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah. Bismarck juga merasakan bahawa beliau

5
Erich Eyck, Bismarck and The German Empire (London: Unwin University Books, 1968), 245
6
Ibid.
7
Ibid, 246-247

8
tidak boleh lagi berdiri dengan lebih lama di tepi8 dan memerhatikan sahaja keadaan ini, lalu

Bismarck telah tampil sebagai pendamai yang akan bertindak. Bismarck sering kali bijak

menggunakan peluang yang ada apabila timbulnya krisis-krisis beliau akan menawarkan diri

sebagai penyelamat. Bismarck menegaskan bahawa Jerman tidak berminat dengan krisis di

Balkan tetapi penglibatannya dalam hal ini bukan sebagai pengadil yang keputusannya

menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya sebagai “honest broker” 9 . Honest broker ialah

seseorang atau sesebuah negara yang mencuba untuk mengajak orang atau negara lain untuk

mencapai persetujuan untuk menyelesaikan masalah tanpa memihak mana-mana negara yang

terlibat dalam masalah tersebut. Bismarck telah mengambil keputusan untuk menjadi orang

tengah yang mengambil sikap neutral tanpa bias kepada negara yang terlibat.

Bismarck telah berada dalam Kongres Berlin adalah untuk menamatkan krisis di Balkan

kerana krisis ini akan mengheret kuasa-kuasa besar Eropah dalam medan peperangan. Bismarck

sangat berharap agar kongres ini berjaya menamatkan krisis di Timur dan membolehkan kuasa-

kuasa Eropah membuat keputusan yang munasabah serta menyelamatkan Rusia daripada

menanggung keaiban yang besar dalam krisis di Balkan ini10 . Niat sebenar Bismarck hanyalah

untuk menjaga kepentingan Eropah khususnya Jerman bukannya berlandaskan perasaan

kemanusiaan untuk menyelesaikan krisis di Balkan. Bismarck juga ingin mengekalkan keamanan

di Eropah. Sekiranya perang tercetus dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah, sudah tentu

seluruh Eropah akan berperang. Bismarck menyatakan bahawa beliau tidak berminat dalam

krisis di Balkan dan dapat dilihat melalui kata-kata Bismarck;

8
Ibid, 244
9
Taylor, A.J.P, Bismarck : The Man and the Statesman. (London: Arrow Book, 1965) 170
10
Ibid, 186

9
‘We are not here to consider the happiness of the Bulgarian but
to secure the peace of Europe.” 11

Bagi Bismarck, keamanan di Eropah adalah lebih berharga untuk diselamatkan berbanding

keamanan di empayar Turki, walaupun pada ketika itu empayar Turki dilihat tidak berupaya

untuk menyelesaikan masalahnya sendiri dan selama bertahun-tahun keadaan di Turki telah

mengancam kesejahteraan negara-negara Eropah.

Bismarck juga turut campur tangan dalam kongres untuk mengekalkan pengimbangan

kuasa antara kuasa-kuasa besar Eropah. Pengimbangan kuasa ini penting kerana ia dapat

menghalang persaingan sesama sendiri antara kuasa-kuasa Eropah. Krisis yang berlaku di Timur

telah menyebabkan kuasa-kuasa besar Eropah menaruh minat terhadap kawasan Balkan dan

berusaha untuk mendapatkannya. Oleh itu, dalam Kongres Berlin ini, Bismarck selaku tuan

rumah telah membahagikan daerah-daerah peninggalan Turki kepada tiga kuasa besar Eropah

yang hadir secara adil iaitu kepada Rusia, Austria-Hungary dan Britain. Walaupun berjaya

pengimbangan kuasa, namun perasaan penduduk Balkan telah diabaikan dan turut mengundang

kemarahan Rusia dalam hal-hal tertentu.

Jerman terus mendapat jaminan apabila Bismarck dalam kongres tersebut ingin

memastikan krisis di Balkan itu tidak mengganggu hubungan Jerman dengan kuasa-kuasa besar

Eropah melalui sokongan kepada mana-mana pihak berhubung persoalan tempatan di Eropah12 .

Ini dapat dilihat apabila Jerman dilibatkan dalam Kongres Berlin ini adalah bertujuan untuk

mengelakkan perlunya memilih antara Rusia atau Austria-Hungary sebagai sekutu, kerana

sekiranya berlaku peperangan tercetus antara kuasa-kuasa jiran Jerman, maka Jerman terpaksa

membuat pilihan13. Bismarck sememangnya mahu berbaik dengan Rusia dan Austria-Hungrary,

11
Ibid, 177
12
Otto Von Bismarck, Bismarck: The Man & the Statesman, ( New York: Harper & Brother Publishers, 1899) 239
13
Erich Eyck, Bismarck and the German Empire ( London: Unwin University Books,1968),247

10
tetapi Bismarck lebih mengutamakan persahabatan Jerman dengan Austria-Hungary kerana

beliau mencurigai dengan dasar Slav raja Rusia yang boleh turut melibatkan penduduk Slav di

Jerman. Bismarck juga merasa bimbang dengan penggabungan tenaga oleh Austria-Hungary,

Britain dan Perancis bagi menentang Jerman. Oleh sebab itu, Jerman berada dalam kongres itu.

Kesimpulan

Bismarck semasa dalam proses menyatukan Jerman telah menggunakan caranya yang

tersendiri bagi merealisasikan setiap impian yang ingin dicapai. Cara yang digunakan itu

membuatkan Bismarck dikenali dengan ‘darah dan besi’. Beliau sanggup menggunakan dasar

peperangan bagi membentuk penyatuan Jerman yang berjaya. Bismarck juga dikatakan sebagai

seorang yang suka melancarkan perang bukan untuk menyatukan negara, malah melakukan

penyatuan untuk meneruskan peperangan.

Kuasa Perancis yang berjaya dilumpuhkan oleh Jerman telah memudahkan usaha-usaha

Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck bukan sahaja berjaya menyatukan Jerman Utara

malahan berjaya menyatukan Jerman Selatan. Musuh-musuh yang cuba menghalang usaha

Bismarck berjaya ditewaskan dan ini telah memudahkan lagi usaha Bismarck dalam penyatuan

Jerman. Kuasa-kuasa yang pernah cuba menjadi penghalang akhirnya telah mengiktiraf akan

kemunculan negara Jerman yang merupakan hasil dan usaha Bismarck dalam penyatuan Jerman.

Selepas penyatuan Jerman, dapat dilihat melalui Kongres Berlin dasar ‘darah dan besi’

sudah tidak digunakan namun Bismarck menggunakan dasar melalui perundingan. Bismarck

juga turut mengakui bahawa dasarnya di Balkans bersifat agak kejam dalam polisinya. Pada

November 1878, selepas kongres telah tamat, Bismarck menulis surat kepada putera rajanya

yang mewakili ayahnya;

11
“It would be a triumph for our statesmanship if we succeeded in keeping
the Eastern ulcer open and thus jarred the harmony of the Great Powers in order to
secure our own peace.”14

Bismarck seorang tokoh yang bijak dalam diplomasi dan juga agresif dalam kepimpinannya bagi

mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.

Bibliografi

Erich Eyck. 1968. Bismarck and the German Empire. London: Unwin University Books

Richmond, Donald E. 1950. European Alliances and Alignments 1871-1890. Second Edition,
New York : Vintage Books

Seaman, L. C. B. 1965, From Vienna to Versailles. London : Methuen & Co. LTD

Taylor, A. J. P. 1965, Bismarck : The Man and the Statesman. London: Arrow Book

MEMOIR

Bismarck, O. V.1899, Bismarck : The Man & the Statesman. Volume II, New York : Harper &
Brothers Publisher

14
Erich Eyck, Bismarck and the German Empire ( London: Unwin University Books,1968),251

12

You might also like