You are on page 1of 21

DASAR-DASAR

KERAJAAN
YUNIZA BINTI ABDUL LATIF
PENDAHULUAN
q Dasar ekonomi merupakan satu dasar yang dirangka
secara teratur dan tersusun oleh kerajaan dalam
memastikan rakyat dapat menikmati kekayaan tanpa
mengira kaum atau agama.
q Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah
merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi yang
bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan
rakyatnya.
q Rancangan -rancangan tersebut telah menghasilkan
keseimbangan ekonomi dan meletakkan negara di atas
platform yang betul dalam memacu pembangunan negara.
q Antara dasar ekonomi yg dibentuk oleh kerajaan ialah
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan
Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN), Dasar
Penswastaan Negara, Dasar Perindustrian Negara, Dasar
Pensyarikatan Malaysia, Dasar Pertanian Negara, Dasar
Industri Berat.
DASAR EKONOMI BARU (DEB), 1971-1990

q Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1971


sebagai tindak balas atau reaksi kepada
peristiwa 13 Mei 1969.
q Program-program pembangunan sejak merdeka
belum dapat mengatasi perbezaan sosio-ekonomi
antara bumiputera dengan bukan bumiputera,
bandar dan luar bandar, Wilayah Pantai Barat
dengan Wilayah Pantai Timur dan negeri-negeri
di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
q Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan
dilancarkan bagi tempoh 20 tahun (1970-1990)
dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang
Satu (RRJP1).
SAMBUNGAN…
q Matlamat utama dasar ini adalah bagi
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat .
q Dasar Ekonomi Baru merupakan satu strategi
negara dalam menghadapi realiti 'perbezaan
etnik' dalam usaha mewujudkan keseimbangan
dalam pelbagai aspek kehidupan.
q Dasar Ekonomi Baru mencakupi empat
Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia
ke-2 hingga ke-5.
JUMLAH PURATA BULANAN MENGIKUT
KAUM (1970)
KAUM KADAR PENDAPATAN
KEMISKINAN PURATA
KELUARGA
SEBULAN (RM)
Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 394.00

India 39.2 304.00

Lain-lain 44.8 813.00


STRATEGI PELAKSANAAN
q Rancangan -rancangan pembangunan di bawah
Dasar Ekonomi Baru disusun menerusi strategi
serampang dua mata:
a) Mengurang dan seterusnya membasmi
kemiskinan dengan memperbanyakkan pel uang
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira kaum.
b) Penyusunan semula masyarakat untuk
mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengi kut fungsi-fungsi
ekonomi.
MEMBASMI KEMISKINAN
q Kemiskinan adalah sebab utama yang
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat.
q Kemiskinan rakyat bukan sahaja bukan sahaja
terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
q Keadaan ini boleh menggugat perpaduan dan
keharmonian negara kerana masalah
kemiskinan sering kali dikaitkan dengan kaum
tertentu.
USAHA-USAHA TELAH DIJALANKAN OLEH
PIHAK KERAJAAN
q Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan
rakyat
q Menambah daya produktiviti.
q Menambahkan jumlah pendapatan rakyat.
q Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kaum terutama antara kawasan bandar, luar bandar dan
antara wilayah.
q Meningkatkan tahap kehidupan rakyat di luar bandar.
q Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
bumiputera.
q Mengadakan persekitaran ekonomi yang me ncerminkan
komposisi kaum di Malaysia.
q Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan ke mudahan
infra-struktur dan lain -lain.
PENYUSUNAN SEMULA
MASYARAKAT
q Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi
Baru, strategi berikut telah disusun:
a) Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
b) Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga melalui pendekatan yang lebih progresif.
c) Memperkasakan proses pemilikan modal rakyat tempatan dalam
syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
d) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
dalam kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat
mencapai matlamat pemilikan 30 peratus ekonomi dalam tahun
1990. Mewujudkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Perbandanan
Nasional Berhad (PNB).
e) Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) , Lembaga
Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(DPN), 1991-2000
q Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diwujudkan
sebagai kesenimbungan Dasar Ekonomi Baru.
q Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan dalam
tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) antara tahun 1991-2000.
q Dalam DPN, tumpuan diberikan kepada strategi
membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan
termiskin.
q DPN menekankan penglibatan sektor swasta secara
aktif
q DPN juga memberikan tumpuan kepada
mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat
sebuah ’Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputra (MPPB)’.
SAMBUNGAN…
q Beberapa strategi telah diperkenalkan antaranya
ialah mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan
program membasmi kemiskinan .
q Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin
menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin
(PPRT).
q Dari segi menyusun semula masyarakat pula, Dasar
Pembangunan Nasional mempunyai strategi
pengagihan melalui pertumbuhan ekonomi yang
lebih komprensif .
q Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah
merupakan langkah awal ke arah mencapai taraf
negara maju dari segi politik, ekonomi, kerohanian,
psikologi dan kebudayaan .
DASAR WAWASAN NEGARA (DWN),
2001-2010
q Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathi r Mohamed
pada 3 April 2001
q DWN bermatlamat untuk mencapai status
negara maju menjelang 2020.
q Lima strategi utama telah dikenal pasti iaitu:

i. membasmi kemiskinan
ii. penstrukturan semula pemilikan ekuiti
iii. pembangunan sumber manusia

iv. k-ekonomi

v. perpaduan nasional
DASAR PERINDUSTRIAN
NEGARA
q bertujuan mempergiatkan lagi proses
industrialisasi negara agar sektor pembuatan
menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi
negara.
q Sektor perindustrian diharapkan dapat
menambahkan eksport, membuka lebih banyak
peluang pekerjaan juga menyediakan latihan
teknikal dan kemahiran.
q Untuk mencapai matlamat tersebut, Kajian
Dasar Perindustrian Malaysia (KPDM) dan
Pelan Induk Perindustrian (PIP) diwujudkan
untuk menyemak dan mengubahsuai dasar yang
sedia ada dan mengkaji semula galakan
pelaburan dan dasar peningkatan eksport.
SAMBUNGAN…
q Pelan Induk Perindustrian diumumkan pada 3 Februari
1986 bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan
perindustrian secara am dalam mengenal pasti strategi-
strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi bagi
pertumbuhan yang lebih pesat.
q Antara objektif PIP adalah:
i) menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin
pertumbuhan perindustrian Negara
ii) mengalakkan pengunaan sepenuhnya sumber asli
Negara
iii) meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan
(R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia
menjadi sebuah Negara perindustrian .
iv) merangka secara terperinci kegiatan sektor
perindustrian dan sektor industri kecil untuk
menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
DASAR PERTANIAN NEGARA
q Dasar Pertanian Negara diwujudkan kerana
sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi
negara semakin merosot
q Keperluan meningkatkan taraf hidup sebahagian
besar golongan miskin yang kebanyakkannya
terlibat dalam sektor pertanian. Dasar ini
dilancarkan pada 12 Januari 1984.
SAMBUNGAN…
q Antara objektif Dasar Pertanian adalah:
i. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian
melalui peningkatan daya pengeluaran
ii. Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun
kecil melalui peningkatan daya pengeluaran
supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan
kualiti hidup keluarga diperbaiki
iii. Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu
komoditi-komoditi yang mempunyai potensi besar
untuk eksport atau bahan gantian import
iv. Membangunkan masyarakat luar bandar melalui
pembangunan in situ
v. Pemulihan kawasan-kawasan mundur dan sistem
pengurusan tanaman yang tidak menguntungkan .
SAMBUNGAN…
q Beberapa strategi telah digunakan untuk mecapai matlamat tersebut
ialah:
i. Projek pembangunan diletakkan di bawah pembangunan
pertanian bersepadu seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MUDA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Tumpuan projek tersebut adalah golongan miskin yang terlibat
dalam sektor pertanian
ii. Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian yang melibatkan
agensi-agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan Minyak
Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institut Penyelidikan Getah
Malaysia (RRI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA), Lembaga Tembakau Negara (LTN) dan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga telah diadakan
iii. Pembangunan sifat-sifat kemanusiaan, sosial dan institusi desa
bagi menanamkan nilai-nilai yang positif seperti berdikari,
berdaya maju dan saling bantu membantu di kalangan
masyarakat desa
iv. Pembukaan tanah-tanah baru seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) dan kerajaa-kerajaan negeri.
DASAR PENSWASTAAN
q Dasar Penswastaan be rkonsepkan pemindahan kepentingan
atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
q Antara rasional utama dasar tersebut dilaksanakan adalah
untuk :
i. Pengurusan sesebuah perusahaan oleh kerajaan biasanya
tidak cekap berbanding pengurusan yang dikendalikan oleh
pihak swasta
q Dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk
i. Mengurangkan beban kerajaan
ii. Meningkatkan ke cekapan dan penghasilan kerja
iii. Mengalakkan pertumbuhan ekonomi
iv. Mengagihkan sumber secara cekap
v. Mempercepatkan pencapaian hasrat Dasar Ekonomi Baru
(DEB)
q Penswastaan diharap akan dapat meningkatkan prestasi
ekonomi dan perkhidmatan sesebuah perusahaan agar kadar
pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertingkatkan .
DASAR PENSYARIKATAN
MALAYSIA
q Diasaskan berlandaskan kepada kesedaran bahawa sektor
awam dan swasta harus memupuk kerjasama yg erat dan
saling tolong menolong di antara satu sama lain.
q Kerjasama antara sektor awam dan swasta diharapkan
akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi Negara.
q Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan untuk:
i. mengurangkan persaingan dan pertentangan khasnya
berkaitan dengan matlamat organisasi, peraturan dan
perhubungan .
ii. mewujudkan kerjasama erat dan berkesan demi
pembangunan negara
iii. mehapuskan sifat ‘permusuhan ’ dengan mengalakkan
perkongsian maklumat
iv. saling memahami akan prosedur dan matlamat kedua
belah pihak
v. tingkatkan hasil negara
SAMBUNGAN…
q Strategi utama yang digunakan adalah bertujuan untuk
mempereratkan kerjasama antara sektor awam dan
swasta.
q Kesefahaman dan kerjasama antara sektor awam dan
swasta boleh dicapai melalui:
i. sikap kurang faham antara pihak awam dengan sektor
swasta perlu dihapuskan
ii. sektor awam dan swasta harus mempunyai satu
persetujuan bagi mencapai matlamat negara.
iii. Prosedur dan peraturan kerja pihak awam hendaklah
dikaji dan diubah di mana perlu dan sektor swasta harus
dilibatkan dalam menggubal peraturan dan prosedur
yang ada
iv. Mengeratkan hubungan antara
Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun dan sektor
swasta agar setiap agensi mempunyai matlamat dan
cara bekerja yang sama
KESIMPULAN
q Dasar-dasar yang dirangka mempunyai matlamat
murni bagi mewujudkan sebuah masyarakat
Malaysia yang adil dan saksama dari aspek
perkongsian kekayaan negara.
q Melalui beberapa perancangan strategik yang
dilaksanakan , diharapkan Malaysia mampu menjadi
sebuah negara maju menjelang 2020.
q Dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara
dan beberapa dasar-dasar khusus seperti Dasar
Penswastaan Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia,
Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian
Negara, Dasar Perindustrian Berat memerlukan
penglibatan yang aktif dari segenap lapisan
masyarakat samada dari segi tenaga dan juga
pemikiran .

You might also like