You are on page 1of 3

Osman ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

ISKANDAR PUTERI - Menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menyasarkan pembangunan lebih
seimbang bagi setiap wilayah di negeri ini, termasuk luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, seperti dinyatakan dalam manifesto, kerajaan
negeri akan memberi tumpuan terhadap pembangunan di wilayah Utara Johor meliputi
Segamat, Muar dan Tangkak.

“Bagi menyokong pembangunan di Segamat, kerajaan negeri telah bersetuju memasukkan


Segamat di dalam kawasan wilayah ECER. Kajian perluasan kawasan industri daerah Segamat
fasa dua juga akan dijalankan dengan kos sebanyak RM1 juta.

“Manakala pembangunan daerah Tangkak akan terus diperkasakan dengan penumpuan di


sektor pelancongan. Bagi merancakkan lagi pembangunan ekonomi wilayah Utara Johor, JCorp
akan menjalankan kajian bagi membangunkan Taman Perindustrian Bukit Gambir dengab kos
RM1 juta.

“Untuk pembangunan daerah Muar, kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan
terhadap sektor pembuatan perabot menerusi pembangunan Taman Perabot Muardab sektor
pendidikan menerusi pembangunan hab pendidikan Pagoh,” katanya.

Osman berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Asas Tani akan
meneliti potensi menjadikan Muar dan Segamat sebagai hab pengeluaran lembu daging
terbesar negara.

Katanya, kerajaan negeri juga mengalu-alukan langkah kerajaan persekutuan menjadikan Muar
sebagai hab anak muda dengan beberapa komponen seperti tapak sukan ekstrim, pusat e-
sukan, pusat akuatik, flying fox dan lain-lain dengan peruntukan RM20 juta.

“Kerajaan negeri akan turut memberikan tumpuan terhadap pembangunan di kawasan tengah
Johor yang merangkumi daerah Kluang dan Batu Pahat.
“Daerah Kluang akan diberikan fokus sebagai hab ekonomi kreatif, pusat pengeluaran produk
tembikar dan penumpuan terhadap sektor pertanian. Manakala Batu Pahat pula akan terus
memberi tumpuan terhadap industri tekstil serta perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata, bahagian Timur Johor meliputi daerah Mersing dan Kota Tinggi juga tidak
ketinggalan daripada mendapat perhatian kerajaan negeri.

Ujarnya, bagi memperkasa rangkaian perhubungan dan penyediaan infrastruktur di Mersing,


kerajaan negeri telah mendapat persetujuan secara dasar daripada kerajaan persekutuan
melalui ECER tiga projek.

“Membina jambatan atau persimpangan bertingkat yang akan melancarkan pergerakan


kenderaan sama ada menuju ke pusat bandar atau ke arah yang bertentangan dengan
peruntukan sebanyak RM170 juta.

“Membina bypass yang akan memendekkan masa perjalanan melalui Kampung Jemari Baru
hingga Kampung Siapu Jalan Endau dengan peruntukan kerajaan negeri RM10 juta.

“Projek pemecah ombak di muara Sungai Mersing dengan peruntukan RM300 juta,” katanya.

Selain itu, katanya, tiga projek akan dilaksanakan di Mersing bagi tahun 2019, iaitu
pembangunan pelancongan Tanjung Penyabong dan pembangunan kepulauan Mersing.

Kerajaan juga akan terus memberikan tumpuan terhadap pembangunan Iskandar Malaysia
merangkumi Johor Bahru, Kulai dan sebahagian Pontian.

Dalam usaha meningkatkan bentuk kerjasama antara kerajaan negeri, universiti dan industri,
inisiatif Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) akan diteruskan dan ditambahbaik selain diberikan
nafas baharu sebagai Lembah Inovasi Johor.

Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM500,000 sebagai dana permulaan pada tahun depan,
bagi menyokong pelaksanaan inisiatif di bawah Lembah Inovasi Johor.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/1381/EDISI/Johor/Pembangunan-


seimbang-hasrat-kerajaan-negeri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

You might also like