You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Kebelakangan ini, ramai orang berbincang tentang daya intelek dan corak pendidikan bagi
melahirkan pelajar yang pintar cerdas. Pelajar merupakan elemen terpenting dalam
meneruskan perjuangan sesuatu bangsa. Pelajar yang diberi perhatian dan membesar dalam
persekitaran yang penuh dengan rangsangan akan menjadi lebih cerdas. Pelajar pintar
cerdas ini merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu
pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu
kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Dengan ini, pelbagai
usaha telah dilaksanakan di sekolah-sekolah agar matlamat ini tercapai dan guru perlulah
berusaha untuk mengembangkan kepintaran dan kecerdasan setiap orang pelajar agar
potensi diri mereka lebih cemerlang.

Pendidikan hari ini mengalami perubahan dan anjakkan paradigma iaitu daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Menurut Rief (1995), proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan efektif memerlukan pelbagai pendekatan atau pengajaran yang melibatkan
pelbagai sensori. Ini disebabkan oleh cara bagaimana otak merangsang dan memproses
maklumat. Tahap kecerdasan pelajar yang maksimum ialah apabila sesuatu yang realiti telah
membangkitkan perhatian, minat, tumpuan dan penglibatan mereka sepenuhnya dalam
melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, guru seharusnya menjadikan persekitaran sekolah dan
kelas sesuatu yang menarik dan merangsang pelajar sepenuhnya, bukan sahaja tempat yang
menyeronokkan bagi pelajar bahkan juga menjadikan pelajar sebagai individu yang pintar dan
cerdas (Sternberg, 1997).

Justeru, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran semasa


sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut Mohamad Johdi (2007), pembelajaran
akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai
kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1
2.0 ANALISA TEORI DALAM MEMBANTU GURU MERANCANG PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERDASARKAN PERBEZAAN KECERDASAN MURID

Terdapat banyak kaedah atau aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebelum guru
menjalankan rancangan aktiviti, guru perlu mengenalpasti teori-teori dan model-model
pembelajaran mengikut kesesuaian berdasarkan kecerdasan murid-murid. Setiap murid
mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Oleh itu, guru perlu melakukan aktiviti atau kaedah
yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku berdasarkan teori-
teori pembelajaran.

Guru boleh melaksanakan aktiviti berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme.


Melalui pendekatan teori konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik
darjah dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada murid-murid. Menurut Vygotsky
(1935), murid akan menguasai isi pelajaran dengan teknik scaffolding. Melalui teknik ini, guru
memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian
mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak
mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan
sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Teori ini menyatakan potensi murid
dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran
sehingga ke satu peringkat, kanak-kanak boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang
lain.

Antara kaedah atau strategi yang boleh guru lakukan dalam subjek bahasa Melayu
berdasarkan teori konstruktivisme ialah pertandingan debat dalam kalangan murid. Dalam
pertandingan debat ini, murid-murid akan sentiasa berfikir untuk membahaskan sesuatu isu.
Guru akan bertindak sebagai pembimbing dan fasilitator dalam membantu murid-murid
menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai keyakinan untuk
melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain.
Kemudian, pada satu peringkat murid-murid akan berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang
sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing. Aktiviti ini sangat
sesuai dengan pelajar yang mempunyai kecerdasan linguistik di mana mereka sangat mahir
dalam menggunakan perkataan.

Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teori pembelajaran sosial dalam


melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. Teori pembelajaran sosial ini memberikan
penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui
peneguhan dan pembelajaran peniruan. Menurut Bandura (1977) proses mengamati dan
meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan satu tindakan pembelajaran.

2
Kanak-kanak akan meniru tingkah laku yang diperhatikan terutama tingkah laku yang
mendapat peneguhan. Orang yang ditiru tingkah laku disebut sebagai model dan tekniknya
ialah modelling (Ormrod, 2008). Kebiasaannya, murid-murid akan menjadikan orang terdekat
sebagai model. Jika di rumah, ibu bapa akan menjadi role model dan di sekolah pula, murid-
murid akan menjadikan guru sebagai role model. Oleh itu, setiap perlakuan mestilah dijaga di
hadapan kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu melalui pemerhatian dan
peniruan.

Berdasarkan teori pembelajaran sosial ini, guru boleh melakukan kaedah demonstrasi
atau kaedah tunjuk cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sangat
memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti bersama
murid-murid. Guru akan menjadi model di hadapan kelas untuk menunjukkan cara atau
langkah yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, dalam subjek pendidikan jasmani, guru perlu
menunjukkan demonstrasi cara menendang bola dengan teknik dan postur badan yang betul.
Kemudian, murid-murid akan diberi peluang untuk melakukan aktiviti tersebut setelah melihat
guru melakukan demonstrasi. Aktiviti ini sangat bersesuaian dengan teori pembelajaran sosial
di mana murid akan memerhati dan meniru tingkah laku guru. Aktiviti ini sesuai dengan murid-
murid yang mempunyai kecerdasan kinestatik di mana mereka akan menggunakan
pergerakan dan kemahiran fizikal dalam menendang bola tersebut.

Tambahan lagi, teori pelaziman klasik behaviorisme juga boleh membantu guru dalam
merancang aktivti dalam bilik darjah. Menurut Pavlov (1980), berdasarkan hukum perkaitan
ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan
antara rangsangan dan sesuatu gerak balas. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak
balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan.
Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas
(Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan
gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk
mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan
pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan
pelaziman klasik.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas
dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu
gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian
(rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu
menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Dalam subjek bahasa Melayu, guru boleh

3
mengadakan kaedah lari dan jawab. Cara pelaksaannya ialah murid dibahagikan kepada dua
kumpulan atau lebih, guru akan menayangkan satu gambar. Kemudian, murid-murid diminta
untuk menulis kata adjektif bentuk dan warna berdasarkan gambar. Murid-murid akan menulis
sebanyak mungkin di papan putih mengikut kumpulan secara bergilir-gilir. Kumpulan yang
banyak menulis akan diberi ganjaran. Kaedah ini bertepatan dengan teori behaviorisme yang
mana guru memberi ransangan pembelajaran kepada pelajar dan seterusnya memberi
peneguhan supaya pelajar akan mengukuhkan tingkah laku mereka untuk menjawab soalan.
Aktiviti ini juga sesuai untuk meningkatkan kecerdasan linguistik murid-murid. Murid-murid
akan menggunakan kemahiran berbahasa mereka dalam menjawab soalan.

Selain itu, teori humanistik juga boleh membantu guru dalam merancang sesuatu
aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maslow (1943), terdapat 5
hierarki keperluan semulajadi yang ditujukan kepada tingkah laku manusia. Keperluan
tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri
dan keperluan kesempurnaan kendiri. Semua keperluan ini boleh diperolehi melalui proses
pembelajaran. Sebelum mencapai kesempurnaan kendiri, keperluan kekurangan perlu
dipenuhi secara berperingkat agar murid lebih bermotivasi untuk mengembangkan potensi
diri, belajar perkara baharu, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya
mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Sekiranya keperluan kekurangan masih belum
dipenuhi, keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabila keperluan kekurangan
telah dipenuhi, individu akan bergerak ke arah hierarki yang lebih tinggi (Sulaiman, 1997).

Berdasarkan teori humanistik ini, guru boleh melakukan satu aktiviti untuk mengisi
keperluan kekurangan supaya murid-murid dapat mencapai keperluan kesempurnaan kendiri.
Aktiviti yang dimaksudkan ialah aktiviti nyanyian. Aktiviti nyanyian merupakan satu aktiviti
yang sangat menarik kerana murid-murid pada peringkat umur yang rendah sangat suka akan
muzik (Iberahim, 2000). Guru boleh melaksanakan aktiviti nyanyian lagu “satu-satu saya
sayang ibu” di dalam bilik darjah. Nyanyian yang menggunakan lirik bertemakan kasih sayang
ini akan mengisi keperluan kekurangan kasih sayang dalam hierarki keperluan Maslow. Murid-
murid ingin mengisi keperluan kasih sayang ini setelah keperluan keselamatan telah tercapai.
Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat meningkatkan kecerdasan emosi murid-murid. Murid-
murid yang mempunyai emosi yang stabil perlukan perasaan kasih sayang dalam
memotivasikan diri mereka. Oleh itu, aktiviti merupakan satu aktiviti yang sesuai untuk murid-
murid berdasarkan teori humanistik.

4
Teori kognitif oleh Jean Piaget juga merupakan salah satu teori yang dapat membantu
perancangan aktiviti guru dalam bilik darjah. Menurut Piaget (1952), kanak-kanak akan
mempunyai satu skema di mana mereka sudah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang
sesuatu perkara. Skema dapat dikatakan sebagai satu unit pengetahuan yang setiap satunya
merangkumi aspek, iaitu konsep, objek, tindakan dan teori. Setiap murid-murid sudah
mempunyai skema mereka tersendiri yang datangnya daripada pembelajaran di rumah
sebelum mereka hadir ke sekolah. Apabila kanak-kanak dapat menjelaskan apa-apa yang
dilaluinya, diperhatikannya atau dialaminya dalam persekitaran, dikatakan skema sudah
terbina. Piaget (1952) juga mengatakan sejak bayi lagi, kanak-kanak ini sudah mempunyai
skema stersendiri seperti menghisap puting susu, menggenggam, menoleh dan seumpanya.

Di sekolah, guru boleh memanfaatkan skema sedia ada ini untuk merancang aktiviti
pengajaran. Aktiviti yang boleh guru lakukan ialah kaedah tunjuk cara. Dalam subjek
pendidikan Islam, guru boleh melakukan kaedah tunjuk cara kepada murid-murid di hadapan
kelas. Sebagai contoh, guru ingin mengajarkan cara solat dengan betul. Murid-murid yang
sudah mempunyai skema atau pengetahuan sedia ada pernah melihat ibu bapa nya di rumah
menunaikan solat. Oleh itu, mereka sudah tahu serba sedikit bagaimana untuk menunaikan
solat. Dengan adanya skema ini, guru boleh melaksanakan kaedah tunjuk cara ini dengan
mudah. Kaedah ini juga dapat memperkembangkan lagi kecerdasan murid seperti
kecerdasan intrapersonal. Kecerdasan ini melibatkan kemahiran memahami aspek yang
berkenaan dengan diri sendiri. Solat akan membantu murid-murid dalam
memperkembangkan lagi jati diri dengan akhlak yang baik dan terpuji.

Kesimpulannya, kesemua aktiviti yang dirancang dan ingin dilaksanakan perlulah


menepati kehendak pendidikan dan bersesuaian dengan tahap pendidikan yang dilalui. Teori-
teori dan model-model pembelajaran mampu menjadi garis panduan bagi guru dalam
merancang aktiviti dan pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aktivti yang telah dirancang,
mengambil kira teori-teori dan model-model pengajaran yang terdapat dalam kaedah-kaedah
pendidikan. Keseluruhannya teori-teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan
banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan tingkah laku yang
positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori.

5
3.0 RANCANGAN AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH

TEMA Sekolahku Indah


TAJUK Perjalanan Riang (Gallery Walk, Nyanyian, Peta i-Think)
MATA Bahasa Melayu Tahun 2
PELAJARAN
OBJEKTIF 1. Murid dapat mengenal pasti 3 jenis kata adjektif daripada
AKTIVITI kad bergambar.
2. Murid dapat membuat peta minda yang menarik mengikut
kreativiti masing-masing.
3. Murid dapat membaca dan bertutur 3 jenis kata adjektif
dengan tepat.
BAHAN BANTU Kad bergambar, Kertas sebak, Pen marker berwarna, lagu kata
MENGAJAR (BBM) adjektif
PROSEDUR 1. Murid-murid akan menyanyikan lagu kata adjektif bersama-
AKTIVITI: sama dengan guru.
2. Kemudian, murid-murid akan dibahagikan kepada tiga
kumpulan.
3. Setiap kumpulan akan menerima dua keping kad bergambar
yang berkaitan dengan tema.
4. Setiap kumpulan akan diberikan jenis kata adjektif yang
berlainan iaitu kata adjektif warna, kata adjektif bentuk dan
kata adjektif sifat.
5. Kemudian, murid-murid diberikan masa selama 10 minit
untuk menyenaraikan kata adjektif yang mereka peroleh
daripada kad bergambar tersebut dalam bentuk peta i-Think.
6. Peta i-Think tersebut hendaklah dibuat atas kertas sebak
yang diberikan oleh guru.
7. Kemudian, setiap kumpulan perlu menampalkan kertas
sebak tersebut di dinding untuk ditayangkan kepada
kumpulan lain.
8. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke stesen
yang lain.
9. Kemudian, murid perlu memberikan komen pada peta i-Think
kumpulan lain menggunakan kertas yang disediakan.
10. Kertas berwarna merah khas untuk komen penambahbaikan
dan kertas berwarna hijau khas untuk komen kesalahan.

6
11. Semasa murid memberikan komen, guru akan menjadi
fasilitator yang membimbing setiap kumpulan dari satu
stesen ke stesen yang lain.
12. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua kumpulan selesai.
13. Akhir sekali, guru akan memberikan kesimpulan hasil
daripada pembelajaran.

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun
2, satu rancangan aktiviti yang sesuai dan menarik telah dicipta khas untuk murid-murid
sekolah rendah. Aktiviti ini dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai standard kandungan dan standard pembelajaran bahasa Melayu Tahun 2 yang
telah ditetapkan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang bersesuaian dengan pengajaran dan
pembelajaran masa kini iaitu pembelajaran abad ke-21. Aktiviti ini juga merupakan satu aktiviti
yang menjurus ke arah perbezaan kecerdasan murid. Seperti yang kita ketahui, setiap murid
mempunyai pelbagai kecerdasan. Oleh itu, guru perlu melakukan satu aktiviti yang
bersesuaian dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan ini.

Menurut Suhaimin (2017), pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu
elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). PAK-21 ini
menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur berfikir aras tinggi (KBAT).
Rancangan aktiviti ini menggunakan kaedah “Gallery Walk”, Peta i-Think dan nyanyian yang
bersesuaian dengan kehendak PAK-21. Aktiviti ini juga menggunakan pendekatan muzik
sebagai bahan untuk menarik perhatian murid-murid. Aktiviti ini lebih cenderung kepada
permainan bahasa untuk manarik minat pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Permainan bahasa akan menjadi sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti
ini akan dapat meninggalkan kesan terhadap murid sekiranya kedua-dua pihak iaitu guru dan
murid bersedia untuk melaksanakan aktiviti ini.

Selain itu, aktiviti ini juga menjurus kepada perbezaan kecerdasan murid. Setiap murid
mempunyai pelbagai kecerdasan. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat sekurang-
kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan dalam kalangan murid melalui
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap murid mempunyai kebolehan
menaakul dan menganggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi
terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang
lebih kreatif. Aktiviti ini sangat sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai
kecerdasan. Aktiviti ini lebih cenderung kepada kecerdasan linguistik, kecerdasan muzik,
kecerdasan interpersonal dan kecerdasan kinestatik. Demi menjana kecerdasan minda murid

7
dengan lebih menyeluruh, aktiviti di atas telah mengintegrasikan aktiviti seni visual, aktiviti
seni muzik dan aktiviti seni pergerakan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, aktiviti Perjalanan Riang ini merupakan satu aktiviti yang sangat
sesuai untuk murid-murid berlandaskan pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran ini
merupakan satu teknik yang perlu digunapakai oleh setiap guru di sekolah. Murid-murid akan
tertarik dengan pendekatan yang digunakan dan menjadikan suasana dalam bilik darjah
sangat menyeronokkan di mana pembelajaran lebih berpusatkan kepada murid-murid. Guru
hanya akan membimbing dan menjadi fasilitator sewaktu dalam bilik darjah. Secara tidak
langsung, murid-murid akan mempelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, setiap aktiviti yang dilakukan oleh guru mestilah mempunyai keberhasilannya
terhadap murid. Hal ini demikian kerana, pentaksiran amat penting untuk menentukan
keberkesanan guru dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Aktiviti
yang dirancang juga mestilah sesuai dan bertepatan dengan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran mengikut tahap murid tersebut. Aktiviti ini ternyata mendatangkan suatu
impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua murid dapat
memahami tajuk yang dipelajari dan hanya beberapa orang murid sahaja yang perlu
bimbingan dan aktiviti pengukuhan. Aktiviti ini secara tidak langsung telah membuka mata dan
minda guru bahawa aktiviti mampu untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran
lebih hidup dan menarik. Oleh itu, sebagai pendidik, guru hendaklah menggunakan pelbagai
teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

You might also like