You are on page 1of 7

Kebanyakkan perkampungan Jepun yang cantik terletak di kawasan pergunungan dan

kawasan lembah yang terpencil. Kampung-kampung ini telah ditinggalkan oleh


penduduknya, namun akhirnya bertukar menjadi tempat tarikan pelancong.

1. Shirakawa-go (Wilayah Gifu)

Perkampungan Shirakawa-go

Perkampungan Shirakawa-go merupakan tempat yang terkenal dan terindah dengan


rumah-rumah tradisional di sekitar lembah. Shirakawa-go dan kawasan kejiranannya,
Gokayama disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO. Pelancong boleh datang
berkunjung dan pulang pada hari yang sama jika mereka dari Nagoya dan Kanazawa.
Hampir 70 buah rumah di kampung ini masih dijaga rapi dan terdapat beberapa buah
rumah dijadikan muzium atau rumah tetamu. Tempat ini menerima lebih daripada 1.5
juta pelancong setiap tahun terutama pada musim sejuk. Ini disebabkan oleh salji tebal
yang meliputi kawasan perkampungan dan sekaligus menghasilkan pemandangan yang
amat cantik.

2. Takayama (Wilayah Gifu)


Takayama street

Tidak jauh dari Shirakawa-go, adalah perkampungan Takayama. Ianya kini merupakan
sebuah bandar kecil yang terdiri daripada rumah-rumah kecil yang masih utuh. Terdapat
juga beberapa rumah luar bandar dengan atap jerami di daerah Hida. Takayama
menerima nama samaran “Little Kyoto” kerana daya tarikannya seperti perkampungan
lama. Bandar ini juga mempunyai beberapa kuil dan pasar pagi.

3. Ine (Wilayah Kyoto)


Perkampungan nelayan Ine

Jauh dari perkampungan lain, Ine adalah sebuah perkampungan nelayan yang terkenal
dengan Funaya (rumah bot). Rumah-rumah di tepi tasik digunakan sebagai bangsal untuk
bot nelayan. Funaya kini menjadi rumah kediaman dan restoran. Tempat ini juga
merupakan salah satu perkampungan nelayan yang ada di Jepun.

4. Tsumago (Wilayah Nagano)

Jalan Nakasendo

Tsumago terletak di lembah Kiso, sebuah tempat yang terkenal dengan aktiviti mendaki.
Ia adalah salah satu daripada bandar-bandar yang terletak di sepanjang jalan Nakasendo.
Jalan ini menghubungkan dari Kyoto ke Edo. Tsumago merupakan salah satu
perkampungan yang memang diciptakan untuk dipenuhi dengan kehadiran pelancong.
Tempat ini sangat dijaga rapi di mana sebarang kenderaan seperti kereta dilarang untuk
memasuki kawasan ini.

5. Taketomi (Wilayah Okinawa)


Perkampungan Taketomi di Okinawa

Kampung Taketomi ialah sebuah perkampungan yang paling terpencil berbanding


perkampungan yang lain. Walaupun ianya terletak di kepulauan Okinawa, namun
kecantikan landskap di kawasan perkampungan tersebut tidak dapat dinafikan. Di sana,
pelancong boleh bersiar-siar di sekitar kampung dengan berjalan kaki atau menaiki kereta
lembu.

Recent Posts

17 Ciri-Ciri Klasik Rumah Tradisional Jepun

Lebih Lanjut »
25 Watak Kartun Jepun Yang Paling Famous

Lebih Lanjut »

5 Tempat Untuk Melihat Rusa Di Jepun

Lebih Lanjut »
Lihat Mount Fuji dari atas flight & dalam Shinkansen

Lebih Lanjut »

Panduan Menggunakan Bas Di Jepun

Lebih Lanjut »
Hospital Di Jepun Yang Menerima Pesakit Luar

Lebih Lanjut »

Ramalan Suhu dan Cuaca Di Jepun

Lebih Lanjut »

You might also like