You are on page 1of 20

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK 1.0 Pengenalan

MUKA SURAT

2.0 3.0 4.0

Latar Belakang Matlamat DEB Dalam Dokumen Rancangan 4.1 Ramcangan Malaysia Kedua (RMK-2)

4.2 4.3

Rancangan Malaysia Ketiga

(RMK-3)

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4)

4.4

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)

5.0

Perlaksanaan dan Pencapaian

6.0 7.0

Kesimpulan Rujukan

TAJUK : DASAR EKONOMI BARU (DEB) YANG TELAH DIPERKENALKAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 1970

1.0 PENGENALAN Dasar ialah suatu garis panduan pentadbiran atau pegangan mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun rapi. Garis panduan ini merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman sebagai landasan dalam melaksanakan segala cita-cita yang terkandung dalamnya demi mencapai matlamat sesebuah negara yang gemilang dan maju. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi yang diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan kaum dan keamanaan negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kedua ( RMK-2) yang dilancarkan pada tahun 1971. DEB mengandungi segala dasar-dasar dan strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan pada masa yang sama menentukan segala perkhidmatan dan pengagihan peluang diberi sama rata agar semua kaum dapat menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan tersebut.

2.0 LATAR BELAKANG Semasa penjajahan British, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Ini telah menyebabkan jurang sosio ekonomi masayarakat di Tanah Melayu kian terjejas. British telah menempatkan kaum melayu duduk di kawasan kampong dan luar bandar serta menjalankan aktiviti tradisional sebagai petani. Bagi kaum cina yang diambil bekerja oleh British di Tanah Melayu mereka bekerja di lombong bijih timah serta menjalankan kegiatan perniagaan di sekitar kawasan pekan dan bandar. Kepakaran mereka di dalam perlombongan dan perniagaan telah menyebabkan mereka berada di dalam keadaan yang stabil dari segi ekonomi. Masyarakat India pula merupakan kaum yang dibawa masuk oleh British dari india untuk bekerja di estet sebagai

penoreh getah. Mereka tinggal di kawasan ladan getah atau estet milik pihak British yang jauh dari kawasan bandar serta pedalaman. Kesan daripada amalan ekonomi secara plural tersebut telah menyebabkan berlakunya masalah perpaduan kaum dan masalah kemiskinan di kalangan kaum terutama melayu.Pada tahun 1970, 65% daripada keluarga melayu adalah miskin berbanding degan 26% bagi orang cina dan 39% bagi orang India.

3.0 MATLAMAT Selepas Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Peristiwa 13 mei yang berlaku pada tahun 1969 telah memburukkan lagi keadaan dan menjadi satu kenangan yang pahit dalam catatan sejarah Malaysia. Ketegangan antara golongan kaya dan miskin tanpa mengira kaum telah menimbulkan konflik dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menilai semula taraf ekonomi Malaysia dan telah mengusahakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan Negara yang melibatkan program selama 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). agar kekayaan dan peluang ekonomi dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh semua kaum di Malaysia. Menurut Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainurdin (2000), Pada asasnya, DEB adalah bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di antara kaum-kaum, wilayah-wilayah, dan di antara kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. DEB merupakan satu pendekatan yang baru dalam rancangan pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Falsafah DEB adalah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang seimbang bagi membolehkan pengagihan kekayaan dan kemakmuran ekonomi Negara dilakukan dengan adil dan saksama. Oleh itu , DEB mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi.

4.0 DEB DALAM DOKUMEN RANCANGAN Selepas negara mencapai kemerdekaan, perancangan pembangunan yang lebih sistematik dan tersusun diperlukan. Penyusunan ini diperlukan bagi mempastikan pelaksanaan dasar tersebut lebih berkesan dan mudah mendapat pembiayaan atau pemimpin-pinjaman tertentu. Dasar pembangunan yang lebih sistematik ini dapat digambarkan dengan lahirnya rancanganrancangan pembentukan tertentu samada peringkat jangka pendek (lima tahun) mahupun jangka panjang. Dasar pembangunan jangka panjang hanya wujud selepas pembentukan Malaysia. Rancangan jangka pendek dan jangka panjang ini saling bertindanan dan berkaitan.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dimaksudkan adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Rancangan Malaya Pertama (RM1) Rancangan Malaya Kedua (RM2) Rancangan Malaysia Pertama (RMP) Rancangan Malaysia Kedua (RMD) Rancangan Malaysia Ketiga (RMT) Rancangan Malaysia Keempat (RME) Rancangan Malaysia Kelima (RML) Rancangan Malaysia Keenam (RMEn) Rancangan Malaysia Ketujuh (RMTu) 1956 - 1960 1961 - 1965 1966 - 1970 1971 - 1975 1976 - 1980 1981 - 1985 1986 - 1990 1991 - 1995 1996 - 2000

Rancangan Malaysia Pertama (RMP)

RMP merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. RMP memberi tumpuan kepada aspek integrasi di kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar pembangunan dapat meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMP banyak membuat perancangan baru terutamanya berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.

Peruntukan bagi RMP adalah sejumlah $10,500 juta iaitu melibatkan $4550 juta daripada sektor awam dan $5950 daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi kerajaan turut dilahirkan di bawah RMP bagi menjayakan rancangan ini seperti : 1. 2. 3. 4. 5. Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966 Bank Bumiputera pada tahun 1966 Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia - MIDA pada tahun 1967 Lembaga Penasihat Tarif Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969

Penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif bertujuan untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat di dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumupitera dan PERNAS pula bertujuan untuk menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

Setelah 5 tahun, kajian menunjukkan program-program yang dirancang melalui RMP berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun bwgitu setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara wujud ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kelompok kaum dan di antara kawasan. Justeru itu bagi menyambung usaha-usaha di dalam RMP, DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia Kedua sekaligus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sebelum ini.

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (RMD)

Setelah negara mendapat pengajaran akibat rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMD dilancarkan dengan tujuan yang jelas iaitu untuk mengatasi dan mambaikpulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kelompok kaum di negara ini. Bagi menjaya perancangan ini, sejumlah $7250 juta telah diperuntukkan. RMD berteraskan kepada program pembangunan jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu : 1. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum 2. Menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mangikut fungsi-fungsi ekonomi Oleh itu adalah jelas kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan sekaligus dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancangkan dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMD seperti :

1. Meletakkan matlamat prmilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera oaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990 2. Menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan 3. Menubuhkan Petroleum Nasional Berhad - PETRONAS pada tahun 1974

RMD menunjukkan pencapaian yang memberangkan. Misalnya KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan iaitu hanya 6.8% stahun. Pertumbuhan KDNK berlaku ekoran pertumbuhan dalam beberapa sektor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%), perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15%).

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (RMT) Semasa pelancaran RMT, DEB masih dalam perlaksanaan. Justeru itu RMT boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam perlaksanaan DEB. Dalam rancangan ini, beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baru. Rancangan ini digiatkan melalui badab-badan tertentu seperti KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.

Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KETENGAH dan DARA menjelang tahun tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. Di samping itu, kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan keselamatan negara. Justeru itu, apabila $18,600 juta diperuntukkan untuk program ini, 88% daripadanya diperuntukkan kepada pembangunan sosioekonomi manakala bakinya sebanyak 12% diperuntukkan untuk perbelanjaan pertahanan dan keselamatan negara. Secara keseluruhan, program-program RMT juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama perlaksanaan DEB (1971 - 1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%, kurang 0.2% daripada matlamat.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (RME)

RME sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran.

Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RME ini adalah sejumlah $40,000 juta. Daripada jumlah ini 57.9% diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2% diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8% diperuntukkan untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukkan sejumlah 21.3%, sektor perdagangan dan perindustrian pula sejunlah 13.8%, pengangkutan sejumlah 10.5%, tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3%, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.

RME juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Di antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah :

1. Kilang simen, yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad 2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman, Terengganu 3. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad

Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pada tahun 1983, 2 buah program pula dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaitu :

1. Kajian Dasr Perindustrian Malaysia 2. Pelan Induk Perindustrian (PIP) Selain itu, kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumupitera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

Kerajaan telah memberi peruntukan sejumlah $40,000 juta untuk perlaksanaan RME iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan ekonomi, 16.2% untuk pembangunan sosial, 23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan perkapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (RML)

Matlamat utama dalam RML adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan.

Wujud beberapa trategi yang dilaksanakan di dalam RML. Pertamanya kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hakmilik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan eksport.

Strategi seterusnya adalah dengan menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian, penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain. Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah-langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak kilang dan lain-lain.

RML turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Perusahaan pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta, menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RML adalah sejumlah $69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2% diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5% untuk keselamatan dan pertahanan dan 4% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian pula, sememangnya menunjukkan penurunan berbanding dengan rancangan-rancangan yang sebelum ini lantaran negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971 - 1990) yang mencakupi DEB di dalamnya berakhirnya apabila tamat tahun 1990. Pada tahun 191, rancangan pembangunan ekonomi yang baru diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program pembangunan di dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut adalah :

1. 2. 3. 4.

Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 - 2020) Wawasan 2020 (1991 - 2020) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991 - 2000) Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 - 1995)

Di dalam RRJP2 yang juga mencakupi Wawasan 2020, mengandungi matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu programprogram pembangunan yang berjalan serentak dengan tempoh ini juga berpegangkan kepada beberapa matlamat utama iaitu :

1. Penurunan kadar kemiskinan daripada 17.1% pada tahun 1990 kepada 7.2% pada tahun 2000 2. Penurunan kadar pengangguran kepada hanya 4% pada tahun 2000 3. Pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 7% 4. Peningkatan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK iaitu daripada 27% pada tahun 1990 kepada 37% pada tahun 2000

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (RMEn)

RMEn dibentang di Parlimen pada 10 Julai 1991 bermatlamatkan :

1. Mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara 2. Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan tercapai 3. Menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang seperti yang diobjektifkan di dalam DPN tercapai

Beberapa buah strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat RMEn seperti :

1. Kecekapan daya asing ekonomi akan ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memaikan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara 2. Kerajaan akan mengurangkan penglibatan dalam perniagaan bagi mengurangkan perbelanjaan awam, meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan 3. Langkah-langkah yang lebih giat akan diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan

4. Asas ekonomi akan dipelbagaikan dengan menggalakkan kegiatan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi di samping mencari punca-punca pertumbuhan baru 5. Integrasi yang lebih baik antara strategi pertumbuhan ekonomi dengan strategi sektor akan diteruskan untuk mempastikan pengagihan kekayaan negara meliputi semua golongan dan wilayah

6. Usahawan Buliputera akan terus dibantu untuk membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang berdaya maju Jumlah peruntukkan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMTu)

RMTu dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMTu disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.

RMTu mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik.

Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain iru, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.

RMTu juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMTu juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Walaupun RMTu dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998. Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN DAN PENEKANANNYA

RANCANGAN RM1 RM2

TEMPOH (1956 - 1960) (1961 - 1965)

PENEKANAN DASAR Produktiviti Pertanian Pelbagai tanaman, kemudahan asas Pembangunan Luar Bandar Infrastruktut Khidmat Sosial

RML1 (1966 - 1970)

RRJP1 (DEB)

RML2 (1971 - 1975) RML3 (1976 - 1980) RML4 (1981 - 1985) RML5 (1986 - 1990)

Pembangunan dan Kesaksamaan Pembasmian Kemiskinan Penyusunan Semula Masyarakat

RRJP2

RML6 (1991 - 1995) RML7 (1996 - 2000)

Pembangunan Seimbang Ekonomi dan Sosial Negeri-negeri Bandar dan Luar Bandar Pengagihan

5.0 STRATEGI PERLAKSANAAN DASAR EKONOMI BARU (DEB) Rancangan rancangan Pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:a) Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemisinan dengan menambah pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. b) Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

1.STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN Kemiskinan adalah sebab utama berlakunya perasaan di kalangan rakyat. Ia bukan sahaja terdapat di luar Bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara sekiranya masalah ini tertumpu kepada sesuatu kaum. Konsep kemiskinan di Malaysia dikira bersaskan kepada pendapatan garis kemiskinan dan garis kemiskinan dianggap sebagai purata sesebuah isi rumah untuk mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan yang mencukupi. Menurut Malaysia Kita (1991) Konsep kemiskinan dapat di bahagi kepada dua. Pertamanya Kemiskinan Mutlak iaitu kemiskinan yang berasaskan konsep secukup hidup. Keduanya kemiskinan relative yang merupakan keadaan ketidakseimbangan di kalangan berbagai-bagai golongan pendapatan. Ukuran kemiskinan mutlak ialah kadar kemiskinan , iaitu peratusan penduduk (isi rumah) yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan. Salah satu ukuran yang digunakan ialah keadaan kemiskinan, iaitu peratusan

penduduk (isi rumah) yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan. Faktor faktor Kemiskinan di Malaysia Antara faktor-faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:i) Bencana alam seperti banjir dan penyakit yang memusnahkan tanaman-tanaman petani. ii) iii) iv) v) vi) vii) Saiz isirumah yang besar di kalangan golongan berpendapatan rendah. Pemilikan saiz kebun yang kecil. Penggantungan kepada orang tengah yang selalu mengkesploitasi petani. Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran seperti baja. Kejatuhan harga barangan eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia Corak pertanian tradisional, faktor-faktor social dan kebudayaan.

Program Perlaksanaan Membasmi Kemiskinan Usaha-usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dengan merangka projek-projek pembangunan supaya:i) ii) iii) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan. Memberikan peluang perpindahan kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum , antara kawasan Bandar dan di luar Bandar serta wilayah. v) vi) Memodenkan kehidupan di luar Bandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputra.

vii)

Mengadakan Suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia dan

viii)

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Pencapaian DEB Dalam Membasmi Kemiskinan a)Pembasmian kemiskinan Mengikut kawasan Bandar dan luar Bandar Kumpulan miskin di luar Bandar terdiri daripada pekebun kecil getah, penanam padi, pekerja estet, nelayan, pekebun kecil kelapa sawit, lada hitam, nanas, tembakau, ternakan ayam-itik dan ternakan-ternakan lain. Kadar kemiskinan pekebun kecil getah telah berkurangan daripada 64.7%(1970) kepada 40% dalam tahun 1987.Kadar kemiskinan penanam padi juga telah berkurangan daripada 88.1%(1970) kepada 50.2% dalam tahun 1987. Kadar kemiskinan di luar Bandar telah berkurangan daripada 50.9%(1976) kepada 21.8%(1990).

Kumpulan miskin di Bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, dan kemudahan awam, serta perdagangan dan perkhidmatan. Kadar kemiskinan di Bandar telah berkurangan daripada 18.7%(1976) kepada 7.5%(1990).

b)Pembasmian Kemiskinan Mengikut Negeri Berdasarkan kepada jadual 27.5, kadar kemiskinan bagi semua negeri di Malaysia telah berkurangan dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun 1976. Kadar kemiskinan yang tertinggi dalam tahun 1987 ialah negeri Terengganu (36.1%), Sabah (35.3%) , Kelantan (31.6%) dan Kedah (31.3%) . Manakala tiga buah negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang terendah

sekali dalam tahun 1987 ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5.2%) Selangor (8.9%) dan Johor (11.1%)

c) Pembasmian Kemiskinan Dengan Penyediaan Keperluan Asas dan mutu kehidupan. Keperluan asas merangkumi dua aspek. Satu ialah keperluan penggunaan yang minimum seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kedua ialah perkhidmatan asas tertentu seperti bekalan air, elektrik , pengangkutn awam, kemudahan kesihatan dan pelajaran.Tujuan menggunakan petunjuk keperluan asas dan mutu kehidupan ialah kerana ukuran kadar kemiskinan seperti yang digunakan sekarang tidak menggambarkan keadaan sebenar tentang mutu kehidupan. Petunjukpetunjuk ini

2. STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARKAT Masalah ketidakseimbangan di antara kaum daripada segi pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pemilikan harta benda, kemudahan sosial, pendapatan, kesihatan, pengangkutan, dan perhubungan, pelajaran, dan mutu serta taraf kehidupan telah wujud semenjak tahun 1957 lagi, namun dasar yang tegas dan menyeluruh untuk menangani masalah ini hanya dapat digubal dan dilaksanakan mulai tahun 1970.Sebelum ini tumpuan hanyalah kepada pertumbuhan ekonomi negara keseluruhannya masalah penyusunan semula masyarakat ini tidak diberi perhatian utama. Setelah mendapati strategi pembangunan sedemikian boleh menjejaskan keutuhan dan kestabilan Negara, kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengubah strategi dan dasar perancangan pembangunan. Ini dijadikan strategi kedua dalam pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk mencapai perpaduan Negara, keadilan sosial, dan ketahanan Negara.

Berpandukan ketidakseimbangan antara pelbagai kaum dalam beberapa bidang, maka kerajaan telah melaksanakan program-program yang melibatkan beberapa sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perdagangan, perlombongan ,pembinaan, pengangkutan, pendidikan dan perumahan. Usaha ini telah menyebabkan penglibatan kerajaan secara lansung dalam

pengurusan sistem ekonomi negara melalui perbadanan awam dan syarikat-syarikat swasta seperti DARA, KEJORA,PERNAS, UDA,RISDA, LKIM, dan lain-lain lagi (Just Faaland et al, 1991)

Pencapaian Semasa Strategi Penyusunan Semula Masyarakat Beberapa pencapaian telah dicapai dalam strategi ini, namun pencapainnya masih jauh dari sasaran. Antara pencapaian semasa yang dimaksudkan ialah Pendapatan purata kaum bumiputra telah meningkat daripada $172 sebulan pada tahun 1970 kepada $614 dalam tahun 1987. Namun, pendapatan ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum lain.Contohnya pendapatan kaum Cina ialah $1012 sebulan dalam tahun 1987.

RUJUKAN Fuziah Shaffie & Ruslan Zainurdin, (2000), Sejarah Malaysia, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, (1991), Malaysia Kita, Selangor : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia

Just Faaland, Jack Parkinson & Rais B. Saniman, (1991), DEB Pertumbuhan dan Ketaksamarataan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like