You are on page 1of 1

Batuan sedimen dihasilkan akibat proses pengenapan terhadap bahan sedimen di sesuatu

lembangan pengenapan di permukaan bumi. Namun perlu diketahui bahawa sebelum


berlakunya pengenapan, bahan sedimen dihasilkan melalui kejadian eksogen seperti
luluhawa dan hakisan, penepuan sebatian kimia dalam air serta penghasilan rangka dan
bahan organik.
Batuan sedimen atau batuan enapan terbentuk daripada perekatan dan pemedatan
bahan di bawah permukaan air seperti dasar laluan, dasar sungai dan dasar tasik dalam satu
jangka masa yang panjang. Pengangkutan tanih yang berlaku kemudian mungkin
mendedahkannya di atas permukaan air.

You might also like