You are on page 1of 1

 DASAR PENSWASTAAN

Latar Belakang
1. Diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai satu dasar negara oleh kerajaan pada
tahun 1983.
2. Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan. 3. Pemindahan pemilikan
dan kuasa kawalan kerajaan atas perkhidmatan dan aktiviti ekonomi kepada pihak-pihak
swasta.
Objektif
1. Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.
2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja.
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan.
4. Mempercepatkan pencapaian matlamat dasar ekonomi baru.
5. Pembahagian sumber dan kecekapan.

Strategi
1. Menjalankan penswataan secara berperingkat.
2. Menubuhkan jawatankuasa penswastaan.
3. Penyelidikan akan dilakukan Unit Pelaksanaan & Penyelarasan (UPP) & Unit
Perancangan Ekonomi (UPE)
4. Menggubal Pelan Induk Penswastaan.

2. Penilaian
1. Kebimbangan terhadap Dasar Penswastaan timbul kerana berlakunya beberapa
pemindahan hakmilik yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat
swasta.
2. Pemindahan itu dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga, dan agihan
pendapatan yang baik serata.
3. Dapat mengambil kira kemungkinan penyalahgunaan kuasa monopoli, akan dapat
menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah kepada pengguna,
yang secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara

You might also like