You are on page 1of 15

MASTURA JAAFAR

D20112055701

PEMARKAHAN
1.
ESEI ILMIAH
(a)

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

BML 3103 :
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

ESEI ILMIAH
SOALAN (a)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
MASTURA BINTI JAAFAR

PUSAT PEMBELAJARAN

NO. ID
D20112055701

NO. TELEFON
0198325057

: UPSI 17 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING : PROF. MADYA DR ABDUL HALIM BIN ALI


TARIKH SERAH: 27 APRIL 2013
1

MASTURA JAAFAR
D20112055701

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0

HALAMAN

PENGENALAN
KAJIAN TENTANG ETNIK IRANUN
2.1
DEFINISI ETNIK

3
3

2.2

DEFINISI RUMPUN BAHASA MELAYU

2.3

ETNIK IRANUN DI SABAH

5 13

3.0

RUMUSAN

14

4.0

RUJUKAN

15

MASTURA JAAFAR
D20112055701

1.0

PENGENALAN
Negeri Sabah mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.
Kajian terdahulu mewartakan atau menggazet negeri Sabah memiliki 32 etnik.
Daripada jumlah tersebut, terdapat lebih daripada 60 subetnik dalam pelbagai
dialek bahasa. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa terdapat lebih
kurang 50 bahasa sukuan di Sabah. Antaranya, Ismail Haji Mansur dalam rencana
Jabatan Muzium Sabah dalam akhbar New Sabah Times (29 Jun 2003) bertajuk
Lebih 70 Suku Kaum di Sabah . Menurutnya, negeri Sabah mempunyai lebih
kurang 50 bahasa dan 80 dialek pertuturan daripada 72 etnik. Kajian terkini
Lembaga Kebudayaan Sabah yang dibentangkan dalam Bengkel Kenegaraan dan
Perpaduan Etnik Sabah di Kem Bina Negara, Kundasang pada 10 hingga 12 Mei
2009 menetapkan Sabah memiliki 35 etnik dan 215 subetnik. Etnik terbesar di
Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah
Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan,
Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan di antara
berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi
bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup.

2.0

KAJIAN ETNIK IRANUN DI SABAH

2.1

Definisi Etnik

Etnik atau Ethnos dalam bahasa Greek membawa makna kumpulan manusia atau
bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang
mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka
mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya,
struktur dan sistem nilai. Mengikut Kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada
sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup
berlainan tetapi dibawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui
perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat
resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik,
kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan
Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersifat etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan

MASTURA JAAFAR
D20112055701

lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap
ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

2.2

Definisi Rumpun Bahasa Melayu

Menurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa mempunyai perkaitan kekeluargaan


diantara semua bahasa-bahasa yang terdapat di dunia. Ia boleh dianalogikan
kepada perkaitan antara kekeluargaan manusia. Dalam bahasa juga ada perkaitan
yang dekat dan jauh. Jika sesebuah bahasa tersebut mempunyai banyak ciri-ciri
yang sama, mereka akan menganggotai kelompok yang lain yang mempunyai
anggotanya sendiri. Walau bagaimanapun, antara kedua-dua kelompok itu masih
mempunyai perkaitan. Berdasarkan perkaitan tersebut, bahasa dikelaskan dalam
kelompok yang diberi nama-nama khas berdasarkan lama-waktu masing-masing.
Lama-waktu tersebut ialah umur bahasa tersebut yang dikira semasa bahasa itu
berpecah dari induknya. Nama-nama khas tersebut ialah filum, rumpun dan
keluarga. Filum ialah kelompok bahasa yang menjangkau masa melebihi 5,000
tahun. Rumpun ialah kelompok bahasa daripada satu filum yang berusia antara
2,500 hingga 5,000 tahun. Keluarga ialah kelompok bahasa pecahan daripada
keluarga yang berusia kurang daripada 2,500 tahun.
Filum bahasa Austrik dibahagikan kepada tiga rumpun bahasa yang besar,
iaitu Bahasa Austronesia, Bahasa Tibet Cina dan Bahasa Austroasia. Filum
bahasa ini adalah bahasa yang awal berdasarkan kebudayaan Dongson di Yunan.
Bahasa-bahasa Austroasia terdiri daripada bahasa-bahasa di Annam, Nicobar,
Mon, Khmer dan Munda. Bahasa Tibet Cina terdiri daripada bahasa-bahasa Cina,
Tibet, Burma, Siam dan lain-lain. Bahasa Austronesia pula terdiri daripada empat
keluarga bahasa yang lebih kecil iaitu :

i.

Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) seperti

ii.
iii.

Bahasa Melayu, Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog, Solo dan lain-lain.
Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Tonga, Maori, Hawaii dan Haiti
Bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fuji, Irian

iv.

dan Kepulauan Kaledonia.


Bahasa-bahasa Mikronesia

seperti

bahasa-bahasa

di

Kepulauan

Marshall, Carolina, Marianna dan Gilbert.

MASTURA JAAFAR
D20112055701

2.3

Etnik Iranun di Sabah

Etnik Iranun merupakan suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk


bumiputera Sabah. Menurut sejarah, kaum Iranun berasal dari Teluk Ilana di Pulau
Mindanao di selatan Filipina. Suku kaum Iranun dipercayai mendiami dua
kawasan utama iaitu kawasan Tasik Lanao dan Teluk Ilana. Walau bagaimanapun,
kewujudan masyarakat Iranun di Sabah seperti di Daerah Kota Belud khasnya
kawasan pesisir pantai menarik untuk dibincangkan. Ada pendapat menyatakan
bahawa suku kaum Iranun yang berada di Pulau Borneo kini memang berasal dari
Kepulauan Borneo. Namun ada juga yang berpendapat bahawa kaum ini berasal
dari Pulau Mindanao yang berhijrah ke Kepulauan Borneo.
Menurut sejarah Filipina, terdapat catatan peristiwa yang boleh dijadikan
asas untuk membuktikan bahawa kaum Iranun berasal dari Pulau Borneo.
Peristiwa tersebut dikaitkan dengan cara hidup kaum Iranun yang gemarkan
amalan ngayau atau pangayau yang bermaksud mengembara. Sejarah awal
Filipina mencatatkan bahawa telah berlaku penghijrahan secara besar-besaran.
Penghijrahan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu penghijrah dari rumpun
Melayu, terdiri daripada Indonesia, Pulau Borneo dan Tanah Melayu. Penghijrahan
pertama bermula dalam lingkungan tahun 200 SM, manakala penghijrahan kedua
dianggarkan berlaku selepas tahun 100 M hingga abad ke-13. Penghijrahan
peringkat ketiga berlaku di antara abad ke-14 hingga ke-16 dan dicatatkan
bahawa penghijrahan peringkat ketiga merupakan zaman penyebaran agama
Islam di Nusantara.
Walau bagaimanapun, kajian sejarah mencatatkan bahawa penghijrahan
orang Melayu sebelum zaman penjajahan Filipina oleh Sepanyol sekitar tahun 200
SM tidak menunjukkan adanya catatan tentang penghijrahan pertama tersebut.
Bagi penghijrahan peringkat kedua pula, terdapat sedikit maklumat tentang adat
resam yang tercatat dalam cerita-cerita pengembaraan yang meriwayatkan
kedatangan orang Melayu dari Pulau Borneo, yang tersimpan di Panay. Malahan
terdapat maklumat tentang pembelian Pulau Panay pada abad ke-13. Tahap
penghijrahan ketiga pula dapat dilihat jelas, iaitu serentak dengan kedatangan
agama Islam seperti yang tercatat dalam riwayat orang Moro.

MASTURA JAAFAR
D20112055701

Mengupas mengenai persoalan kewujudan masyarakat Iranun di Sabah,


masyarakat ini digolongkan sebagai kaum bumiputera Sabah dan dikatakan
termasuk dalam rumpun Melayu. Walaupun terdapat pihak yang mengaitkan
masyarakat Iranun di Sabah dengan kaum Iranun di Mindanao, namun hubungan
kekeluargaan di kalangan mereka telah terlalu jauh terpisah. Kedatangan suku
kaum Iranun di Pulau Borneo sejak sebelum zaman penjajahan British lagi dan
diceritakan bahawa sebahagian daripada Pulau Borneo pernah berada di bawah
kekuasaan Kesultanan Sulu pada zaman kegemilangan Kesultanan Sulu. Oleh itu,
kedatangan kaum Iranun di Sabah adalah sama dengan cara penghijrahan
masyarakat Melayu yang lain. Maka kaum Iranun tidak boleh dianggap sebagai
pendatang kerana jelas dinyatakan dalam sejarah asal usul penduduk Filipina
bahawa mereka terdiri daripada gabungan penduduk yang datang dari gugusan
Kepulauan Melayu.
Iranun

bermaksud

berkasih-kasihan.

Berkasih-kasihan

bermaksud

wujudnya sistem hubungan sosial yang erat, yang terikat oleh tali persaudaraan
yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Namun, suku Iranun juga mempunyai sifat pemarah apabila tahap kesabaran
mereka sampai ke tahap maksimum. Menurut kajian, sifat pemarah ini lebih
terserlah apabila mereka dicabar atau suku mereka diperkecilkan. Suku Iranun
juga merupakan suku yang amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan.
Menurut sejarah, masyarakat Iranun ialah etnik yang sangat aktif terlibat
dalam kegiatan perdagangan di Nusantara serta memainkan peranan penting
sebagai kuasa pengimbang politik dan ekonomi rantau Nusantara. Etnik ini
melakukan kegiatan perdagangan sehingga di luar perairan Kepulauan Melayu.
Menurut Owen Rutter, Their crusing grounds were not limited to the Sulu
Archipelago, but they would range through the whole of the Malayan seas, and a
single crusie, lasting sometimes as long as three years, might take them east
through the Philippines, round New Guinea, and then along the coasts of Java and
Sumatra as far as the Bay of Bengal, and home by way of Penang and the Borneo
coast .
Tindakan suku Iranun ini didorong oleh sikap pelayag-layag untuk
menelusuri beberapa pelabuhan yang tersohor. Kegiatan suku Iranun ini sangat

MASTURA JAAFAR
D20112055701

berkait rapat dengan kemahiran mereka di laut sehingga orang Iranun sangat
dikenali oleh pedagang Barat. Pihak Barat seperti Owen Rutter mendakwa
bahawa suku Iranun terlibat dengan kegiatan perlanunan yang berlaku di perairan
Nusantara dengan menyerang dan merompak kapal-kapal pedagang Barat.
Namun, orang Iranun bertindak demikian atas dorongan kedatangan penjajah
yang cuba menguasai kegiatan ekonomi di kepulauan Nusantara dan menggugat
kepentingan mereka di perairan Nusantara. Sedangkan sebelum pedagang Barat
memasuki pasaran di Nusantara , kegiatan perdagangan berlaku dengan lancar.
Suku Iranun juga turut belayar hingga ke Kelantan, Terengganu, dan Pattani,
kegiatan mereka ini didorong oleh aktiviti ekonomi dan politik. Pada masa yang
sama juga telah wujud hubungan yang harmoni antara orang Iranun dengan
kerajaan-kerajaan Melayu seperti Sumatera, Jawa dan Melaka. Justeru, orang
Iranun bukanlah kaum yang asing di kalangan bangsa-bangsa yang terdapat di
Kepulauan Melayu.
Disebabkan suku Iranun merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal
masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun terdapat juga
orang Iranun yang menetap dalam daerah. Menurut Leight R. Wright, Tungku
merupakan kawasan petempatan suku Iranun di Pantai Timur Utara Borneo dan
diperintah oleh Raja Laut sekitar 1840an. Suku kaum Iranun juga telah menguasai
tiga sungai kecil iaitu Sungai Tunku, Sibahat, Mekawa dan di Sungai Tunku
terdapat lebih 1,000 orang pahlawan yang sedia menyerang kapal-kapal dagang
Barat sekitar tahun 1840an. Tuaran juga merupakan salah satu petempatan orang
Iranun tetapi mereka tidak kekal lama di Tuaran dan mereka berpindah ke
Tempasuk. Dalam tulisan James Warren menyatakan bahawa orang Iranun ada
didapati di Tuaran dan tinggal bersama dengan orang Bajau. Ivor juga
menyatakan bahawa pada tahun 1911 terdapat 7 orang Iranun tinggal di Tuaran
bersama orang Bajau dan Dusun, dan sebelum itu Kuala Mengkabong pernah
menjadi petempatan sementara orang Iranun. Ketua orang Iranun di Tuaran ini
dikenali sebagai Si Mirantau.
Pada masa kini, masyarakat Iranun banyak menetap di daerah Kota Belud,
seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau,
Payas-Payas,Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, suku kaum
Iranun juga tinggal di kampong-kampung seperti di Lahad Datu, Kudat, Likas, dan
Kota Kinabalu. Dianggarkan jumlah suku Iranun ini pada tahun 2006 ialah seramai

MASTURA JAAFAR
D20112055701

25,000 hingga 30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh
ditemui di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.
Suku kaum Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali
sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun digolongkan dalam kumpulan bahasa
Hesperonesia,

iaitu

salah

satu

kumpulan

keluarga

bahasa

Austronesia

(Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Namun, sesuatu yang menarik


tentang bahasa Iranun ini ialah wujudnya perbezaan loghat atau dialek di antara
satu tempat dengan tempat yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek
Marampayan, terdapat sedikit perbezaan dalam sebutan dan istilah tertentu.
Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad
Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu
Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walau bagaimanapun, perbezaan yang wujud ini
tidak menghalang untuk mereka berinteraksi kerana tahap saling memahami di
antara dialek tersebut masih tinggi. Oleh itu, mereka boleh berinteraksi dengan
baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan
digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan
penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa
terdapat juga orang Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi
bilangannya hanya sedikit sahaja.
Bahasa sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan dari semasa
ke semasa sejak ianya mula wujud lagi. Sehingga ke hari ini, kita dapat lihat
bahawa banyak bahasa yang telah pun mengalami perubahan dan tidak kurang
juga ada bahasa yang mengalami proses perkembangan. Perubahan-perubahan
yang berlaku dalam sesuatu bahasa itu merangkumi aspek-aspek seperti
perubahan leksikon, perubahan gaya pertuturan, perubahan penggunaan istilah,
serta perubahan minda dan pemikiran penutur natif masyarakat itu sendiri
terhadap bahasa ibundanya. Dari segi perkembangan bahasa pula, proses ini
lazimnya berkaitan dengan nilai-nilai positif yang terbentuk dalam bahasa tersebut,
yakni apakah gejala-gejala atau situasi yang berlaku pada bahasa tersebut
sehingga ianya terus kekal pada hari ini. Perubahan dan perkembangan sesuatu
bahasa itu masing-masing dipengaruhi oleh banyak faktor.

MASTURA JAAFAR
D20112055701

Berbicara tentang perubahan serta perkembangan bahasa ini, bahasa


Iranun turut tidak ketinggalan melalui proses-proses ini (perubahan dan
perkembangan). Bahasa Iranun merupakan salah satu bahasa masyarakat
minoriti di Sabah iaitu kaum Iranun, dilihat telah banyak mengalami perubahan.
Dalam masa yang sama, bahasa ini turut mengalami proses perkembangan.
Walaupun tidak begitu disedari akan perubahan dan perkembangan yang berlaku
dalam bahasa Iranun ini, namun kesan-kesannya dapat dilihat pada hari ini. Jika
dilihat secara mata kasar, perubahan yang paling ketara dapat dikesan dalam
bahasa ini adalah perubahan beberapa istilah atau leksikonnya. Perubahan ini
adalah mungkin disebabkan oleh pertembungan dengan bahasa lain di
persekitarannya serta yang lebih dominan. Namun, ada banyak lagi sebenarnya
perubahan yang berlaku dalam bahasa ini.
Perkembangannya pula dapat dilihat bahawa bahasa ini sedang giat
diketengahkan dan diperkembangkan kepada masyarakat luar melalui usahausaha dokumentasi serta pembukuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab. Proses-proses perubahan dan perkembangan yang berlaku ini
telah memberi pelbagai impak terhadap bahasa Iranun itu sendiri. Hal ini demikian
sama juga seperti bahasa-bahasa lain di dunia yang turut menerima impak hasil
daripada perubahan dan perkembangan yang berlaku ini. Apabila bahasa ini telah
mengalami perubahan serta perkembangan, maka peradaban masyarakat Iranun
ini turut mengalami perubahan serta perkembangannya.
Dalam konteks negara kita, apabila negeri Sabah mencapai kemerdekaan,
bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Malaysia. Berhubung dengan masyarakat Iranun dengan bahasa Melayu ini,
mereka tidak mempunyai halangan untuk menerima bahasa itu disebabkan ianya
harus dipelajari dan digunakan dalam urusan-urusan formal serta berkomunikasi
dengan masyarakat lain. Disebabkan penerimaan bahasa Melayu ini, maka adalah
tidak mustahil bahasa Iranun menerima pangram-pangram bahasa Melayu
seterusnya menjadikan keadaan tersebut sebagai salah satu perubahan yang
besar dalam bahasa tersebut. Situasi sebeginilah yang dikatakan sebagai
pertembungan bahasa yang mengakibatkan bahasa minoriti terpaksa menerima
pengaruh bahasa yang lebih dominan. Kini, penutur natif terutamanya anak-anak
muda sebenarnya sedang merasai perubahan serta perkembangan yang berlaku
ini. Namun, mereka sebenarnya tidak menyedari apakah sebenarnya yang telah

MASTURA JAAFAR
D20112055701

berlaku dan apakah penyebab perubahan dan perkembangan terhadap bahasa


ini.

Di Sabah, bahasa Melayu merupakan komunikasi antara kaum. Bahasa


Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi kaum Iranun. Kedua-dua bahasa ini
mempunyai hubungan dari segi pengaruh dalam kehidupan seharian

kaum

Iranun. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah


memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada
bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan
dominan termasuklah bahasa Iranun.
Agama merupakan kepercayaan dan amalan yang berkait rapat dengan
perkara-perkara yang kudus.kudus ialah sesuatu yang dianggap penting dan
menghasilkan satu penghormatan, kesucian dan kemuliaan. Sepanjang sejarah
kehidupan dan tamadun, manusia tidak terkecuali daripada berpegang atau
menganut sesuatu agama. Etnik Iranun secara keseluruhannya menganut agama
Islam. Suku kaum Iranun mempunyai pegangan agama yang kuat. Oleh itu,
masyarakat Iranun terlalu mementingkan ajaran Islam.
Menurut sejarah, masyarakat Iranun merupakan kaum yang mula-mula
memeluk agama Islam sebelum kedatangan Syarif Muhammad Kabongsuan lagi
ke Mindanao. Menurut Datu Bandira Datu Alang, masyarakat Iranun seperti juga
masyarakat lain yang mendiami rantau Nusantara ini telah memeluk agama Islam
pada kurun yang ke-13 (Datu Bandira, 1992: 24). Beliau menyatakan bahawa
pengislaman Iranun di Mindanao adalah melalui perluasan wilayah politik dan
perkahwinan dengan wanita tempatan oleh Syarif Muhammad Kabongsuan
selepas beliau mengisytiharkan diri sebagai pemimpin di sesetengah wilayah,
seperti Milabang. Sebagai contoh di daerah Kota Belud, boleh dikatakan bahawa
etnik Iranun merupakan suku kaum yang menjadi contoh kepada kaum lain di
dalam perlaksanaan ajaran Islam. Merujuk kepada wakil Tilawah Al-Quran
peringkat daerah, Daerah Kota Belud pasti akan diwakili oleh suku kaum Iranun.
Malahan jawatan Imam daerah juga turut disandang oleh anak watan kaum

10

10

MASTURA JAAFAR
D20112055701

Iranun. Di sekolah-sekolah di daerah Kota Belud, pelajar kaum Iranun pasti akan
menjadi wakil sama ada pertandingan Hafazan, Tilawah Al-Quran, Azan dan
nasyid.

Pada zaman Kesultanan Sulu, masyarakat Iranun tradisional mempunyai


susun lapis masyarakat berstrata, yang membahagikan anggotanya ke dalam
kelas-kelas tertentu. Dalam susun lapis kelas sosial moden, kelas masyarakat
didasarkan kepada kedudukan ekonomi atau berlandaskan kedudukan dalam
hierarki

keagamaan seperti sistem Hindu dan lain-lain. Tetapi, dalam sistem

susun lapis masyarakat Iranun didasarkan kepada keturunan dan pengaruh.


Susun lapis masyarakat Iranun tidak sesuai untuk dirujuk sebagai kelas sosial
kerana ia tidak didasarkan kepada kedudukan ekonomi ataupun agama. Melalui
susun lapis masyarakat ini setiap anggota mempunyai hubungan langsung dan
jelas dari segi kedudukan sosialnya.
Dalam rangkaian susun lapis masyarakat ini, setiap anggota masyarakat
mendapat perlindungan daripada anggota golongan atasan. Dalam sistem
hubungan perlindungan yang wujud dalam masyarakat Iranun, pihak yang
berpengaruh akan memberi perlindungan manakala pihak yang dilindungi akan
berkhidmat dan sumbangan kepada pihak yang melindunginya. Sumbangan atau
khidmat yang diberikan adalah berbentuk tenaga atau kebendaan. Sumbangan
tenaga yang dimaksudkan termasuklah kerja-kerja yang disumbangkan kepada
pihak pelindung atau golongan yang mempunyai kedudukan yang tinggi.
Sumbangan kebendaan pula, termasuklah segala harta benda yang sesuai,
disebut dalam budaya Iranun sebagai buis. Buis termasuklah hasil tanaman, hasil
tangkapan (seperti ikan) dan sebagainya. Kadarnya tidak ditetapkan melainkan
jika ada lebihan, dan ia merupakan sumbangan ikhlas pihak penyumbang
berkenaan. Melalui sistem buis ini jelas kelihatan hubungan sosial yang
berlandaskan sifat tolong-menolong dan beri-memberi, hati gajah sama dilapah,
hati semut sama dicecah; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .
Umumnya, terdapat tiga strata dalam susun lapis sosial suku kaum Iranun.
Pertama, golongan bangsawan yang digelar Sultan, Radia Moda/Kabogatan dan
Datu Keturunan. Kedua, golongan menengah yang terdiri daripada dua kumpulan
iaitu menengah atas yang digelar Datu Pengaruh dan Datu Hadiah dan menengah

11

11

MASTURA JAAFAR
D20112055701

bawah yang digelar Dumata dan Sakup. Kelompok ketiga merupakan golongan
bawahan yang digelar Oripen dan Baniaga.

Adat resam, ritual dan upacara tradisi merupakan salah satu keistimewaan
suku kaum Iranun berbanding kaum yang lain. Bagi adat resam dan upacaraupacara khas untuk meraikan seseorang, masyarakat Iranun merujuk kepada adat
resam yang diwarisi daripada datuk nenek mereka yang dinamakan Adat Warisan.
Penentuan kedudukan seseorang mengikut adat masyarakat Iranun amat tegas.
Adat yang diwarisi daripada datuk nenek ini mesti diikuti dan tidak boleh dilanggar.
Perbuatan melanggar adat ini merupakan sesuatu yang sumbang dan
menyeleweng.

Lagipun, dalam masyarakat Iranun sudah termaktub adat dan

istiadat sesuatu strata sosial seseorang itu. Jika, seseorang itu dari golongan Datu
maka ada caranya dan adatnya sendiri dan begitulah sekiranya golongan biasa
juga, mempunyai adat dan caranya tersendiri.
Dari
pendidikan

sudut

pendidikan,

anak-anak

mereka,

suku
sama

kaum
ada

Iranun

sangat

pendidikan

mementingkan

sekular

mahupun

keagamaan. Pada zaman penjajah British, peluang bagi anak-anak suku kaum
Iranun untuk mendapatkan pendidikan sekular adalah sangat terbatas. Walaupun
banyak sekolah-sekolah untuk anak-anak Bumiputera di Pulau Borneo namun
anak-anak Iranun tidak mempunyai peluang untuk memasuki sekolah tersebut.
Hal ini disebabkan oleh pihak yang menyediakan sekolah ketika itu ialah pihakpihak mubaligh. Oleh itu, ibubapa suku kaum Iranun yang terkenal sebagai kaum
yang kuat berpegang kepada agama Islam tidak mahu menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah. Namun, setelah wujud sekolah vernakular Melayu
barulah ada anak-anak Iranun yang memasuki sekolah formal. Dalam pendidikan
keagamaan pula, anak-anak Iranun mempelajari ilmu agama melalui guru-guru di
masjid-masjid atau di rumah guru-guru agama. Kini, dalam aspek pendidikan ,
suku kaum Iranun adalah setanding dengan mana-mana suku kaum di Malaysia
dan ramai di kalangan anak-anak Iranun yang memegang jawatan tinggi dalam
kerajaan mahupun swasta.
Perayaan etnik Iranun juga sama seperti kaum Melayu di Semenanjung
Malaysia. Mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri/ Idulfitri yang disambut pada 1

12

12

MASTURA JAAFAR
D20112055701

Syawal. Umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah pada 1 Syawal. Ia


merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan nafsu selama sebulan
berpuasa di bulan Ramadhan. Sempena perayaan tersebut, kebiasaannya mereka
akan menziarahi kubur sama ada sebelum atau selepas hari raya. Amalan ziarahmenziarahi amat digalakkan sama ada di rumah sanak-saudara dan jiran atau
kenalan.
Dari sudut ekonomi, corak kehidupan etnik Iranun sejak dari dulu lagi
banyak dipengaruhi oleh persekitaran laut. Ketika era kaum Iranun aktif terlibat
dalam sektor ekonomi di Nusantara, mereka telah menjejaki beberapa pelabuhan
tersohor di Nusantara dan melibatkan diri dalam perdagangan hamba. Setelah
Barat memulakan penjajahan, maka orang Iranun mula mengalihkan kegiatan
mereka dengan menyerang pihak Barat sama ada mengambil upah (tentera
upahan) daripada kerajaan-kerajaan Nusantara untuk menyerang Barat atau
ketika berlaku pertembungan di laut. Selepas itu, suku kaum Iranun mula bergiat
di daratan dengan membuka penempatan baru sebagai petani dan nelayan.
Namun, sejak dari dahulu lagi belum ada orang Iranun yang berjaya dalam keduadua sektor ini. Melihat kepada senario ini, rupanya orang Iranun ada satu sikap
yang disebut makan asal hidup. Tiga perkataan ini telah menjadikan orang Iranun
kurang berusaha, kurang daya saing, tidak kreatif dan tidak ada strategi.
Namun kini, orang Iranun mula mengorak langkah dan berusaha untuk
keluar dari kepompong pemikiran silam. Anjakan paradigma terus bergerak
walaupun secara perlahan. Peniaga-peniaga Iranun cuba membawa satu gaya
berfikir dengan menyertai pelbagai sektor termasuklah bidang korporat, cuma
mereka belum sampai kepada sistem konsortium. Selain itu, peniaga-peniaga
Iranun juga perlu mengaktifkan sistem ekonomi kampung dan memajukan tanahtanah masyarakat yang terbiar tanpa diusahakan. Peniaga-peniaga Iranun perlu
memikirkan strategi atau pelan pembangunan yang lebih komprehensif demi
meningkatkan ekonomi etnik Iranun.

13

13

MASTURA JAAFAR
D20112055701

3.0

RUMUSAN
Etnik Iranun merupakan etnik yang unik malahan kaum ini walaupun minoriti tetapi
sumbangan dan peranannya terhadap pembangunan di Sabah adalah amat
penting. Dari sudut politik, kaum ini amat berbangga dengan pencapaian anak
watan kaum Iranun iaitu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang sekarang
menyandang jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Bagi mereka insane ini
cukup bermakna dalam perjuangan politik kaum Iranun. Tan Sri Pandikar
merupakan pelopor kepada kebangkitan perjuangan masyarakat Iranun. Justeru,
etnik Iranun dalam rumpun Melayu ini mesti sedra dan berubah serta menerima
hakikat tentang reality kini bahawaetnik ini bukan lagi bersaing dengan etnik
minority di Sabah sahaja tetapi bersaing dengan masyarakat di seluruh dunia.
Gaya dan cara berfikir orang Iranun hendaklah sentiasa dipertingkatkan dan
ditambah baik agar etnik ini sentiasa melihat ke hadapan dan bersedia untuk
menerima sebarang perubahan yang bersifat drastik. Sifat suka menyendiri
mestilah dilontar jauh-jauh supaya Iranun sentiasa beroleh manfaat dari semua
aspek.

14

14

MASTURA JAAFAR
D20112055701

4.0

RUJUKAN
Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ishak bin Saat (2006). Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam : Karisma
Publications.
G.N. Appell, Ethnographic Notes on The Iranon Maranao (Illanun) of Sabah,
Sabah Society Journal, Vol.V, No. 2, 1970.
James U.H. Chin, Karla J. Smith (2011). The Iranun of Sabah: Language and
Culture of an Endangered Minority in Sabah(edited). Selangor : Pelanduk
Publications Sdn. Bhd.
Owen Rutter (1986). The Pirate Wind: Tales of the Sea-Robbers of Malaya.
Singapore : Oxford University Press.
Virginia Matheson Hooker (1991). Tuhfat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

15

15

You might also like