You are on page 1of 20

BACHELOR OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT WITH HONOURS

SEPTEMBER 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 PENGHARGAAN 1
2 PENGENALAN 2
3 SUMBANGAN-SUMBANGAN 3-5
TAMADUN ISLAM
4 OBJEKTIF DAN RUJUKAN 6
PRIMER
5 TUGASAN 1 7-13
6 TUGASAN 2 14
7 KESIMPULAN 15
8 RUJUKAN/REFELEKSI 16
PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor saya yang sentiasa
membantu saya dalam penyediaan tugasan tamadun islam dan tamadun asia iaitu mpu 3122.
Tunjuk ajar dan sokongan beliau sangat membantu saya dalam mencari maklumat untuk
menbuat tugasan ini.Selain daripada itu saya juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam pembuatan tugasan ini.Sekian terima kasih.

.1
1.0 PENGENALAN

Tamadun islam merupakan sebuah tamadun yang terserlah dengan keunikannya tersendiri
jika dibandingkan dengan tamadun yang lain.Permulaan tamadun islam berbeza jika
dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain.tamadun islam bermula di kawasan kering
kontang jika dibandingkan dengan tamadun lain yang bermula di lembah sungai.Permulaan
tamadun islam berlaku selepas NABI MUHAMMAD S.A.W menerima wahyu pertama di
gua hira pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan hari isnin.Tamadun islam mempunyai
keistimewaan tersendiri apabila agama islam yang melahirkan tamadun islam.Maksud
tamadun islam juga terbahagi kepada dua iaitu dari segi bahasa dan juga istilah

DARI SEGI BAHASA

Tamadun merupakan perkataan yang terbit dari bahasa arab.Maddana merupakan kata
terbitan bagi perkataan tamadun yang bererti sebagai pembangunan satu tanah atau kawasan
kepada perbandaran.

DARI SEGI ISTILAH

Terdapat tiga jenis istilah yang sentiasa berligar dalam minda kita apabila menyebut tamadun
islam iaitu umran,hadharah dan madaniyah.Ibnu khaldun dalam kitabnya al-muqaddimah
menyatakan umran sebagai kawasan tanah yang didiami,tinggal menetap serta berkembang
maju dan subur atau pun boleh dinyatakan sebagai ibu kota atau bandar.Hadharah pula boleh
disebut sebagai kota,bandar,kampung yang diusahakan dan juga bersifat kekal.Al farabi
pulak mengenalkan perkataaan madaniyah pada abad 11.Madaniyah merupakan kata terbitan
dari perkataaan ” madinah”.

Selain dari itu,akhlak,aqidah,ilmu dan juga syariah menjadi asas dalam tamadun
islam.Tamadun islam juga menekankan pencapaian manusia di dunia dan kesejateraan di
akhirat.

.2
Sumbangan tamadun islam bukan sahaja terdapat dalam satu bidang malah melibatkan semua
bidang.

.3
SUMBANGAN DALAM BIDANG PERTANIAN

Sektor pertanian boleh disebut sebagai salah satu bidang yang mempunyai sumbangan
tamadun islam.Masyarakat islam juga telah mengenalkan beberapa kaedah baru dalam usaha
memajukan bidang pertanian seperti pengenalan sistem saliran dan tali air.Hal ini bukan
sahaja meningkatkan bidang pertanian malah membekalkan air untuk seluruh kawasan
andalusia.Penggunaan baja juga diperkenalkan sebagai usaha meningkatkan
pengeluaran.kelahiran ahli botani seperti ibnu al-hajah,ibnu al-awwam dan lain-lain berlaku
masa tamadun islam.

SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK


Sumbangan dalam bidang politik juga tidak dapat dielakkan.Sistem pemerintahan juga
sentiasa adil dan saksama.Keadilan sistem pemerintahan islam dapat dilihat dengan jelas
semasa zaman pemerintahan nabi muhammad s.a.w,khulafa al-rashidin dan
seterusnya.Kedudukan politik juga semakin kukuh semasa pemerintahan rasullah
s.a.w.Pemerintahan juga dilakukan bersumberkan al-quran dan al-sunnah.Undang-undang
berasaskan al-quran juga dilaksanakan semasa tamadun islam.Keadilan dan kesaksamaan
tanpa mengira bangsa,agama,darjat diamalkan semasa zaman pemerintahan islam.Masyarakat
islam atau bukan beragama islam diberikan hak yang sama rata di tamadun islam.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN


Tamadun islam juga memberi sumbangan yang besar dalam bidang perubatan.Cara perubatan
sepertieksperimen,amali dan juga pemerhatian diperkenalkan semasa tamadun islam.Tib al-
nabi dan tib al-nafs merupakan dua jenis kaedah yang digunakan dalam perubatan islam.Al-
razi dan al-asrar pencetus kepada perkembangan perubatan islam.Bidang yang berkaitan
dengan perubatan juga diperkenalkan seperti oftalmologi,kardiologi,anatomi dan
selainnya.Etika dalam perubatan juga mula diamalkan.

SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK

Kedatangan ramai penuntut eropah ke andalus untuk belajar bidang matematik membuktikan
sumbangan tamadun islam dalam bidang tersebut.Pada zaman pemerintahan islam juga
berlaku perkembangan dalam ilmu matematik.Terutamanya bidang al-gebra,geometri dan
trigonometri.Ahli matematik islam dijadikan sebagai rujukan oleh sarjana-sarjana barat

.4
seperti george purbach untuk karyanya leonardo fibonacci of pisa.Pada masa yang sama
penggunaan nombor arab dalam pengiraan juga berlaku pada tamadun islam.

SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI

Perdagangan dan pertanian dilakukan secara diplomatik dengan tamadun lain seperti semasa
tamadun islam.Tokoh islam seperti ibn baytar dan al-ghafiqi sangat dikenali dalam bidang
ekonomi.Pada zaman pemerintahan islam juga berlaku penemuan dan teknik baru dalam
bidang ekonomi.Misalnya tanaman-tanaman baru dihasilkan untuk tujuan menampung
keperluan penduduk dan eksport.sistem pungutan cukai dan zakat juga dikemaskini oleh
rasulullah s.w.t.hasil dari galakkan dari rasulullah s.a.w. meningkatkan penglibatan orang
islam dalam bidang ekonomi yang sebelum itu dikuasai oleh orang yahudi.

SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI MUZIK

Muzik boleh dinyatakan sebagai cetusan idea,fikiran dan minda manusia dalam menghasilkan
bentuk dan irama yang mendamaikan manusia.Pada zaman pemerintahan kerajaan abbasiyah
bidang muzik berkembang pesat.Lahir ramai tokoh dalam bidang muzik seperti al-farabi dan
al-kindi.rabah dan qanun menjadi bidang kepakaran al-farabi(847 masihi).

SUMBANGAN DALAM BIDANG ZOOLOGI


Bidang ini merupakan sebuah bidang yang berkaitan mengenai binatang.Ibn jawa liqi
merupakan salah seorang tokoh termasyur dalam bidang ini.Zoologi merupakan salah satu
bidang dari biologi.Bidang ini bermula dari zaman bani ummaiyah.Hal ini sedemikian kerana
kerajaan bani ummaiyah menyokong dalam penyelidikan bagi membiakkan kuda dan
unta.Para saintis juga berjaya menghasilkan formula dengan teknologi tersebut.

SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOGRAFI


Sumbangan tokoh islam dalam bidang geografi juga tidak dapat dinafikan.Ilmu geografi juga
dibahagikan kepada tiga iaitu deskriptif,matematik,teoretikal dan amali.Perkataan geografi
sendiri wujud dari perkataan arab.Khalifah-khalifah dari zaman abbasiyyah di baghdad
sentiasa menyokong ilmu geografi.Misalnya muhammad ibn musa al-khwarizmi dan juga al-
biruni merupakan di antara beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang geografi.Kitab surat
al-ard pula dikarang oleh al-khawarizmi(847m).Kitab ini mengandungi peta dunia.

.5
OBJEKTIF
Tujuan tugasan ini adalah untuk memahami dan membincangkan tentang tamadun
islam.Pada masa yang sama sumbangan penting tamadun islam terhadap peradaban dunia
dapat dikenali. Di samping itu,nilai dan juga unsur dari tamadun islam yang dapat dipelajari
dan diaplikasi dalam kehidupan harian masyarakat zaman moden

RUJUKAN PRIMER

Asas dalam menyiapkan tugasan ini adalah model open universiti malaysia,tamadun islam
dan tamadun asia.Penulis model ini adalah dr.ghazali darusalam.Tugasan ini juga tertakluk
kepada pemilihan 3 buah video daripada nasyid.

.6
TUGASAN 1
Setiap video nasyid di bawah sarat dengan nilai-nilai yang berkaitan dengan tamadun islam
yang memberi kesan dalam kehidupan seharian kita.

VIDEO 1:INTIFADA
Intifada merupakan salah satu video dari album rabbani.Lagu ini merupakan video dari tahun
2000.Intifada membawa erti sebagai satu kebangkitan atau perjuangan.Kebangkitan atau
perjuangan boleh disebut sebagai satu langkah pembangunan yang menuju ke arah kemajuan
tamadun islam atau tamadun lain. Setiap lirik lagu ini membawa makna yang
tersendiri.Setiap manusia terpaksa berjuang untuk memiliki sesuatu yang dingini.Misalnya
keputusan menyambung belajar secara sambilan sentiasa mempunyai halangan dan
cabarannya yang tersendiri.Pejuang terpaksa fokus dan berusaha sungguh-sungguh untuk
mencapai matlamatnya.Halangan yang dihadapi masa menyambung belajar perlu dijadikan
sebagai perkara yang memotivasikan diri untuk lebih positif serta tidak mudah patah
semangat.Contohnya kekurangan waktu untuk mengulangkaji tidak harus dijadikan sebagai
alasan untuk melepaskan perjuangan di separuh jalan.Hal ini kerana di dalam islam sendiri
menuntut ilmu amat digalakkan tanpa mengira faktor umur.
Kepentingan ilmu sangat ditekankan dalam tamadun islam kerana akal atau pemikiran
menjadi sebuah sumber pembinaan tamadun islam.ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh
dapat mengubah dan memajukan sesebuah tamadun.
VIDEO 2: PERGI TAK KEMBALI
Setiap makhluk di muka bumi akan mengalami pengakhiran ataupun
kematian.Persoalannya,adakah kehidupan kita di alam akhirat mempunyai bekalan amalan
yang mencukupi?Video ini membawa penyedaran dalam mengumpulkan bekalan yang
mencukupi untuk alam sana.Video ini juga menyatakan kita seharusnya jangan membuang
masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Selain itu juga kita sentiasa kena buat kebaikan
sementara kita ada masa di dalam dunia ini.Peluang yang ada sepatutnya digunakan untuk
seimbangkan antara mengejar kehidupan di muka bumi dengan persediaan kehidupan akhirat
manusia.dalam percubaan ini hanya tiga perkara sahaja mengiringi kita di akhirat iaitu
sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan juga doa dari anak soleh.Video ini menekankan
kita memperbanyakkan ibadah.Ibadah merupakan sesuatu yang ditekankan dalam tamadun
islam.contoh terbaik yang boleh diambil adalah apabila Rasulullah s.a.w membina masjid dan
mempersaudarakan manusia yang bertelagah dan menetapkan undang-undang di madinah
dalam usaha memakmurkan dunia ini.Hal ini demikian kerana semua aktiviti berkaitan agama
atau dunia dikira ibadah apabila dilakukan dengan niat mencari keredhaan Allah s.w.t.
.7
VIDEO 3:SEPOHON KAYU

Video ini merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid saujana pada
tahun 1997.Video ini menekankan kepentingan solat kepada umat islam.Solat dilakukan
berpandukan al quran dan sunnah rasul.Lagu ini juga mengingatkan kita supaya sentiasa taat
kepada Allah s.w.t serta sentiasa menjalankan semua perintahnya.Solat terbahagi kepada dua
iaitu solat fardu dan solat sunat.Terdapat lima rukun islam dan solat fardu merupakan rukun
kedua.Video ini juga menjelaskan kepada umatnya bahawa solat merupakan tiang agama
islam.Solat juga mendorong kita ke arah perubahan yang lebih baik.Misalnya solat dapat
membina akhlak dan keperibadian yang dipuji.solat menjadi satu jalan untuk
mempermudahkan reseki kita apabila kita mangalami kesusahan.Manusia dilengkapkan
dengan jasad,roh dan fikiran.Keseimbangan tiga unsur disatukan dalam tamadun islam.Hal
ini sedemikian kerana untuk mencapai asas-asas dalam tamadun islam seperti akhlak hanya
dapat dicapai melalui solat.

KESAN DALAM KEHIDUPAN KITA

Berterbangan tinggi ke intifada,


Oh merentas misi risalah suci,
Mewangikan taman yang dicemari,

Masihkah punya bicara,


Menjalinkan yang terpisah,
Semarak terus berusaha,
Pastinya ia akan Berjaya.
.8
Selepas menonton video intifada ini,saya menyedari kepentingan saya untuk
berjuang dalam mendapat matlamat saya.Saya juga menyedari saya kena sentiasa
berusaha sehingga mencapai tujuan hidup saya.Selain itu,saya juga perlu sentiasa
bangkit untuk merealisasikan matlamat hidup saya untuk lebih
Berjaya.Misalnya,kebangkitan saya dalam menimba ilmu juga dianggap sebagai
salah satu perjuangan atau kebangkitan.Hal ini demikian kerana islam sendiri
menekankan kepentingan akal dan pemikiran.Saya juga perlu sentiasa cekal dan
tabah dalam menghadapi sebarang masalah dalam pembelajaran saya di open
universiti.

Hal ini sedemikian kerana sebagai pelajar separuh masa saya kena praktikkan diri
saya dengan bijak untuk masa antara tanggungjawab,kerjaya dan komitmen saya
di tempat kerja.Perkara ini sedemikian agar saya mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan saya.Pada masa yang sama saya kena cekal menghadapi
rintingan dalam menyambung belajar.

ii) setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir,


dunia yang fana akan ditinggalkan,
hanya amalan yang dibawa,
terdengar sayup surah dibaca.

Lagu ini menerapkan amalan yang baik sahaja akan dibawa ke akhirat seseorang
manusia di muka bumi ini.Saya harus berbuat baik sebelum terlambat.Kemewahan di dunia
ini hanya sementara dan hanya kebaikan yang saya buat sahaja dapat mengikuti saya
.9
sehingga ke akhirat.Saya juga harus ingati bahawa kubur adalah konteks seksa dan nikmat
bukannya tempat semadian seseorang.Bagi saya mendapatkan nikmat di akhirat saya kena
perbanyakkan ibadah saya.Seperti yang dinyatakan oleh ali imran dalam firman-nya iaitu
surah ali Imran ayat 130:”wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu makan atau
mengambil riba dengan berlipat ganda dan hendak kamu bertakwa kepada allah supaya
Berjaya.dan peliharalah diri kamu dari api neraka,yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Saya menyedari saya sebagai manusia pasti akan meninggalkan dunia ini tetapi amalan yang
saya buat sepanjang saya hidup yang akan membantu saya dalam dunia sana.Saya juga
berharap bekalan amalan saya mencukupi untuk menampung kehidupan saya di akhirat.Saya
juga mendapati kehidupan kita di alam akhirat hanya berbekalkan sedekah, doa dan ilmu
yang digunakan untuk tujuan berbuat kebaikan.

iii)kami berkerja sehari-hari,


untuk belanja rumah sendiri,
walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang apa gunanya

Tiang kepada sesebuah agama adalah solat atau sembahyang.Saya dapat memahami
kepentingan solat atau sembayang melalui lagu ini.Jika dilihat dalam tamadun islam solat
atau sembahyang menjadi rukun kedua yang penting.Solat atau sembahyang dapat membina
akhlak dan keperibadian yang baik.Hal ini dapat disedari apabila solat dijalankan secara
istiqamah jiwa saya berubah dari keadaan buruk kepada tahap yang lagi baik.Melalui
sembahyang atau solat saya dapat belajar mengenai sifat sabar,sopan tenang dan juga
berlemah lembut.Solat juga menjadi sebagai pembuka jalan untuk mempermudahkan reseki
saya.

.10
Pengajaran yang saya dapat dari ibadat solat adalah dapat membantu hidup
saya,keluarga,dan masyarakat dalam mengelakkan dari terlibat dalam pelbagai gejala negatif
seperti merompak,zina,rasuah dan membunuh.Pada masa yang sama solat atau sembahyang
juga membantu dalam memotivasi diri saya terus tabah dalam menghadapi sebarang
cabaran.Ibadat solat atau sembahyang menjadi kunci utama untuk mendapatkan reseki yang
halal dan diberkati oleh allah swt.

.11
4.1.C
Pergi tak Kembali menjadi pilihan utama saya dalam ketiga-tiga video di atas.Kita sebagai
manusia kena sentiasa berusaha untuk melakukan amalan-amalan kebaikan yang mengubah
hidup manusia kearah kebaikan.Hal ini sedemikian kerana allah hanya membezakan manusia
dari segi amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh masa kita hidup di muka bumi ini.Hal ini
kerana setiap manusia akan mengalami saat pengakhiran hidup iaitu kematian tanpa mengira
miskin atau kaya.Amalan kita di dunia ini akan dihitung tanpa mengira faktor
usia,pangkat,harta dan sebagainya.Manusia yang bergelar sebagai muslim harus berebut
dalam melakukan amalan baik dalam usaha mendapat pahala sebanyak mungkin selagi kita
hidup di muka bumi ini.Usaha melakukan kebaikan atau ibadah merupakan sesuatu yang
sentiasa diutamakan dalam tamadun islam.Walaupun manusia berbeza dari segi
pangkat,keturunan dan harta tetapi bagi allah s.w.t semua sama sahaja.Perkara ini juga
menjadi asas tamadun islam.Oleh itu,kita sebagai muslim kena sentiasa seimbangkan
kehidupan kita dunia ini dengan melakukan kebaikan sebagai persediakan untuk dibawa ke
dunia sana.Amalan yang baik sahaja mampu menjadi perisai kita di akhirat kita.

5.1.RUJUK PDF YANG DISERTAKAN

.12
6.0 KESIMPULAN

Tamadun islam merupakan sebuah tamadun yang sentiasa mempunyai kelebihannya yang
tersendiri.Selain daripada itu,tamadun islam merupakan sebuah tamadun yang wujub
berdasarkan agamanya.Tamadun islam juga merangkumi kesemua aspek kehidupan
masyarakat atau manusia.sama ada dari segi bidang ekonomi,politik ataupun
social.Keistimewaan islam sendiri membawa kepada perkembangan islam sehingga kini.
Matlamat tamadun islam juga selari dengan konsep addin yang merangkumi kehidupan
masyarakat zaman moden ini.Tamadun islam juga mementingkan hubungan manusia dengan
tuhan,hubungan sesama manusia dan juga manusia dengan alam.

Al-quran dan al-sunnah yang dijadikan sebagai asas kepada tamadun islam menyumbang
kepada kecemerlangan tamadun ini.setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan
sumbangannya terhadap peradaban dunia.Ciri-ciri tamadun islam membawa kepada
perkembangannya.sikap keterbukaan dalam menerima sebarang perubahan membawa kepada
kecemerlangan tamadun itu untuk tempoh yang lama.Sejarah setiap tamadun membolehkan
masyarakat dapat menambahkan pengetahuan tentang ilmu ketamadunan.

Setiap peradaban memainkan peranan yang penting dalam kenaikan sesebuah dunia,negara
dan juga masyarakat.Akhir sekali nilai-nilai setiap tamadun membawa kepada kemajuan
sesuatu masyarakat.Kecemerlangan dan kemerosotan sesuatu tamadun mempunyai sebab
tersendiri.Kita sebagai generasi sekarang kena selalu mengambil iktibar dari kejadian masa
lalu sebagai satu langkah menjaga ketamadunan dan agama kita.

.13
TUGASAN 2

JURNAL REFLEKSI
Tujuan asas untuk membuat tugasan ini adalah untuk membelajari secara mendalam
mengenai tamadun islam dan sumbangannya terhadap peradaban dunia. Apabila saya
membaca secara mendalam mengenai tamadun islam, saya dapat menyedari kelebihan dan
keunikan tamadun islam dan sumbangannya terhadap peradaban dunia.Tugasan ini juga
memberi peluang kepada saya untuk mengkaji dan membaca lebih banyak rujukan dalam
usaha mendapat pengetahuan yang lebih luas dan mendalam mengenai tamadun islam. Selain
itu saya menyedari tamadun islam dapat mengubah cara hidup manusia ke arah yang lebih
maju dan membangun.

Setelah selesai menonton video nasyid iaitu intifada,pergi tak Kembali dan juga sepohon
kayu saya rasa semakin bersemangat untuk memahami keistimewaan agama islam.Apabila
saya mempelajari topik tamadun islam dan sumbangannya terhadap peradaban dunia,Saya
rasa sangat teruja membuat tugasan ini.Saya juga rasa semakin bersemangat untuk membuat
tugasan ini.

Sebelum menonton video-video ini,saya hanya fikir video-video ini diciptakan untuk tujuan
hiburan semata-mata.apabila saya menontonnya baru saya sedar nilai-nilai yang terdapat
dalam video-video ini serta kepentingan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan manusia.Setiap
video ini berhubungkait dengan tamadun islam dan sumbangannya dalam peradaban
dunia.saya sama sekali tidak terfikir untuk menjadikan video-video ini sebagai sumber
inspirasi dalam aktiviti harian saya.semua telah berubah sama sekali apabila mempelajari
tamadun islam dan sumbangannya.saya menyedari nilai-nilai dalam tamadun islam dapat
dipraktikalkan dalam kehidupan kita masa kini.

Saya juga merasa apabila saya membuat timeline kecemerlangan dan kemerosotan islam
Saya dapat mempelajari kelebihan tamadun dan mengambil pengajaran dari kesilapan yang
berlaku masa kemerosotan tamadun islam.Saya juga memahami keseimbang dan sikap
keterbukaan yang ada dalam tamadun islam.

Apabila mencari maklumat tentang tamadun islam dan sumbangannya terhadap peradaban
dunia saya berasa kagum dengan sumbangan dan terpegun dengan inovasi yang terdapat
.14
dalam tamadun ini.Saya juga menyedari kecemerlangan sesebuah terletak di tangan
pemerintah dan masyarakatnya.Saya percaya masyarakat yang bertamadun dihasilkan
berlandaskan pemerintahan yang adil,jujur dan bersikap saksama terhadap
rakyatnya.Kepercayaan dan agama menjadi salah satu sumber yang penting untuk kejayaan
sesebuah tamadun.

.15
.16
RUJUKAN

.17
.18

You might also like