You are on page 1of 18

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

BBEK1103

PRINSIP MIKROEKONOMI

TAJUK TUGASAN:
SISTEM EKONOMI MALAYSIA DAN MYANMAR

Nama: Faiz bin Mohammad


No Matrikulasi:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon:
Alamat E-mail:

Pusat Pembelajaran:

MEI 2016

0
ISI KANDUNGAN

MUKA

BIL. TAJUK SURAT


ISI KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN 2
1.1 SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS / KAPITALIS 2
1.2 SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT 3
1.3 SISTEM EKONOMI CAMPURAN 3
2.0 JENIS-JENIS SISTEM EKONOMI DI MALAYSIA DAN MYANMAR 4
2.1 SISTEM EKONOMI MALAYSIA 4
2.2 SISTEM EKONOMI MYANMAR 5
3.0 CIRI_CIRI SISTEM EKONOMI MALAYSIA DAN MYANMAR 6
3.1 CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI MALAYSIA 6–7
3.2 CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI MYANMAR 7-8
4.0 MASALAH SISTEM EKONOMI MALAYSIA DAN MYANMAR 9

4.1 MASALAH SISTEM EKONOMI MALAYSIA 9 -10


4.2 MASALAH SISTEM EKONOMI MYANMAR 10 – 11
5.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH EKONOMI 12
5.1 MENGATASI MASALAH EKONOMI MALAYSIA 12 -13
5.2 MENGATASI MASALAH EKONOMI MYANMAR 13 - 14
6.0 PENUTUP 14
7.0 RUJUKAN 15 – 16

1.0 PENGENALAN

Sistem ekonomi adalah salah satu cara sesebuah kerajaan dalam menguruskan
pengeluaran, pengunaan, dan pengagihan keperluan dalam masyarakat. Ini kerana ekonomi
merupakan salah satu kajian sosial berkenaan gelagat manusia dalam mengunakan faktor
penggeluaran atau sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan manusia yang tidak terhad.
Di dalam sistem ekonomi, terdapat pihak yang bertindak sebagai intitusi (pengeluar) dan satu
lagi ialah manusia (pengguna). Hubungan ini juga termasuk sumber-sumber produktif seperti
harta dan hasil bumi (sumber mentah). Disebabkan kehendak manusia tidak terhad maka akan
timbul permasalahan seperti jenis barangan yang hendak dikeluarkan, bagaimana cara untuk
mengeluarkan barangan tersebut dan pada siapa barang itu dikeluarkan.

1
Bagi mengatasi masalah tersebut pendekatan yang berbeza digunakan mengikut
kepada sistem ekonomi yang digunakan oleh sesebuah negara tersebut. Secara asasnya
kebanyakkan negara mengamalkan tiga sistem ekonomi, iaitu
i. Sistem ekonomi pasaran bebas / Kapitalis
ii. Sistem ekonomi perancangan pusat atau sistem ekonomi terancang / Sosialis
iii. Sistem ekonomi campuran

1.1 SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS / KAPITALIS

Sistem ekonomi pasaran bebas atau dikenali juga sebagai sistem ekonomi kapitalis
adalah satu sistem dimana kerajaan tidak memainkan peranan atau campur tangan dalam
menentukan sebarang keputusan. Dalam sistem ini sebarang keputusan berkenaan apa jenis
barang yang hendak dikeluarkan, bagaimana cara barang tersebut hendak dikeluarkan, dan
untuk siapa barang tersebut dikeluarkan diputuskan oleh pengguna (masyarakat) dan
pengeluar (penjual).
Didalam sistem ekonomi pasaran bebas ini membolehkan pengguna mempunyai hak
pemilikan ke atas faktor-faktor pengeluaran dalam pasaran. Ini membolehkan setiap pengguna
mempunyai kebebasan yang luas untuk menentukan jenis pekerjaan dan kegiatan ekonomi
yang mereka ingin lakukan. Pengguna juga mempunyai objektif untuk memaksimumkan
keperluan mereka manakala pengeluar pula mempunyai objektif dalam memaksimumkan
keuntungan mereka. Ini menunjukkan bahawa dalam sistem ekonomi pasaran bebas pengguna
dan pengeluar bebas dalam membuat keputusan bagi memastikan objektif masing-masing
tercapai tanpa campur tangan daripada pihak pemerintah atau kerajaan.
1.2 SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

Sistem ekonomi perancangan pusat atau dikenali juga sebagai sistem ekonomi sosialis
merupakan satu sistem ekonomi di mana masalah asas ekonomi diselesaikan oleh pihak
kerajaan dan agen-agen perancang ekonomi. Di dalam sistem ini pengguna dan pengeluar
tidak mempunyai hak atau kuasa keatas faktor-faktor pengeluaran. Ini bermakna kerajaan
mengawal sepenuhnya kegiatan ekonomi seperti apa yang harus dikeluarkan, bagaimana cara
barang harus dikeluarkan, dan untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Sistem ekonomi
perancangan pusat ini berkembang akibat daripada ketidakadilan dan ketidakstabilan yang
wujud didalam sistem ekonomi pasaran bebas. Di antara ciri-ciri penting dalam sistem
ekonomi perancangan ini adalah semua faktor-faktor pengeluaran iaitu tanah, buruh, modal

2
dan keusahawanan adalah dimiliki oleh kerajaan. Pengguna tidak mempunyai hak atau
pemilikan keatas faktor-faktor pengeluaran tersebut. Pengguna juga tidak mempunyai
kebebasan dalam membuat pilihan keatas barang dan perkhidmatan yang diinginkan untuk
memaksimumkan kepuasan mereka. Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat ini juga
membenarkan kerajaan memiliki firma dan industri di dalam negara tersebut.

1.3 SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Sistem ekonomi campuran adalah satu sistem yang mengabungkan sistem ekonomi
pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. Sistem ekonomi ini menjadikan pihak
persendirian dan kerajaan bekerjasama dalam mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
Sistem ekonomi ini juga membolehkan kedua-dua pihak bersama-sama menyelesaikan
masalah asas ekonomi. Dengan kata lain di bawah sistem ekonomi ini sebahagian barang dan
perkhidmatan akan diselesaikan melalui mekanisma harga dan sebahagian lagi diselesaikan
oleh kerajaan.
Oleh kerana sistem ekonomi campuran adalah gabungan diantara sistem ekonomi pasaran
bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat, maka ciri-ciri di dalam sistem ekonomi
campuran diantaranya adalah faktor-faktor pengeluaran dimiliki oleh pengguna dan pengguna
juga boleh membuat keputusan untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan bagi
memaksimumkan kepuasannya. Dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan, pengeluar
dapat memaksimumkan keuntungannya. Ciri-ciri dalam sistem ini yang ditentukan oleh
kerajaan adalah cukai akan dikenakan keatas pengguna dan pengeluar. Kerajaan juga akan
memberikan bantuan dalam bentuk subsidi kepada pengguna dan pengeluar.
2.0 JENIS-JENIS SISTEM EKONOMI DI MALAYSIA DAN MYANMAR

Untuk tugasan ini, Pelajar dikehendaki mengenal pasti sistem ekonomi bagi negara
Malaysia dan Myanmar dan menjelaskan ciri-ciri sistem ekonomi bagi kedua-dua negara
tersebut. Selain itu kami harus memberikan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah-
masalah ekonomi negara di Malaysia dan Myanmar.

2.1 SISTEM EKONOMI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dengan sistem ekonomi yang sangat baik.
Di Malaysia, sistem ekonomi yang digunakan adalah sistem ekonomi campuran. Sistem

3
ekonomi ini adalah jenis utama sistem ekonomi yang digunakan di kebanyakan negara-
negara seperti Amerika Syarikat. Sistem ekonomi campuran termasuk campuran
kapitalisme dan sosialisme. Ia menggabungkan kebebasan ekonomi swasta, perancangan
ekonomi berpusat dan peraturan kerajaan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan ekonomi serta pengagihan kekayaan.Sebagai contoh, kerajaan kita
mengumpul cukai dan menyediakan subsidi pada masa yang sama untuk orang ramai.
Kejayaan sistem ekonomi campuran bermula di Malaysia dengan inisiatif Kerajaan Pusat
dengan penciptaan Rancangan Pembangunan Negara. Di Malaysia, perancangan berkisar
Unit Perancang Ekonomi dan lain-lain agensi pusat manakala pengalaman Malaysia
dalam memantau pelaksanaan program dan projek pembangunan negara telah
menyumbang ke arah kejayaan pembangunan nasional ini sosioekonomi yang
menggunakan sistem ekonomi campuran. Matlamat pembangunan dalam tahun 1950-an
telah dipermodenkan sektor tradisional. Kepentingan yang diberikan kepada
pembangunan infrastruktur dan mempelbagaikan pertanian pada tahun 1960-an. Dalam
dua dekad yang pertama sejak kemerdekaan, perkhidmatan sosial dan pembangunan
rangkaian infrastruktur adalah perkara utama untuk program pembangunan sosio-
ekonomi. Tiga faktor utama yang bertanggungjawab bagi kejayaan ekonomi campuran
Malaysia adalah:
a) program-program pembangunan sosio-ekonomi yang mampan
b) birokrasi yang komited dan moden, responsif kepada kepimpinan politik dan
keperluan rakyat.
c) sistem perancangan, pemantauan dan penilaian yang memastikan pelaksanaan
sentiasa kekal di landasan yang betul.
2.2 SISTEM EKONOMI MYANMAR

Di Myanmar sistem yang digunakan adalah Sistem ekonomi pasaran bebas / Kapitalis.
Sejak akhir 1988, Myanmar telah menggantikan ekonomi terancang secara terpusat kepada
dasar ekonomi yang lebih liberal berdasarkan sistem berorientasikan pasaran. Dalam menuju
ke arah berorientasikan pasaran ekonomi yang lebih, Myanmar mempunyai perdagangan
dalam negeri dan antarabangsa yang lebih liberal, menggalakkan peranan sektor swasta dan
membuka kepada pelaburan asing. Walaupun kaya sumber daya alam, ekonomi Myanmar
sebahagian besar telah mengalami stagnasi sejak tahun 1997 kerana pengurusan
makroekonomi yang buruk, hutang sektor awam yang besar, penurunan tajam dalam
pelaburan asing, dasar isolasionis dan sekatan perdagangan. Pendapatan rendah, tinggi

4
perbelanjaan pertahanan dan kerugian berat oleh syarikat negara telah menyebabkan defisit
belanjawan besar. Saiz ekonomi hitam di Myanmar menyekat kemampuan kerajaan untuk
meningkatkan pendapatan cukai, dan mengelak cukai meluas. Kadar pertukaran pengurusan
yang miskin, dengan nilai pertukaran rasmi rakyat terlalu tinggi.

Walaupun awal 1990-an, sekarang ada halangan yang signifikan untuk syarikat swasta.
Selain dasar ekonomi tidak jelas, inflasi, nilai tukar penyelewengan, rasuah, kawalan pada
perdagangan, dan pengambilan keputusan dengan sewenang-wenangnya mereka yang
berkuasa, krisis dalam pelaburan sektor perbankan swasta telah menghambat pertumbuhan
sektor swasta dan putus asa dalam dan luar negeri. Secara ringkasnya, Myanmar dianggap
sebagai destinasi risiko tinggi untuk pelaburan luar negeri.

Gas alam adalah salah satu sumber terbesar Myanmar pendapatan eksport undang-
undang, terhitung sekitar 30 peratus daripada jumlah eksport, dengan pertumbuhan lebih
lanjut diharapkan dan permintaan tenaga yang semakin meningkat daripada negara-negara
jiran, terutamanya India, China dan Thailand.

3.0 CIRI_CIRI SISTEM EKONOMI MALAYSIA DAN MYANMAR

3.1 CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI MALAYSIA

3.1.1 Keputusan Ekonomi Ditentukan Oleh Pihak Swasta Dan Pihak Awam
Mekanisme harga masih berfungsi untuk menyelesaikan sebahagian daripada
masalah asas ekonomi. Pihak swasta mengeluarkan barang yang dikehendaki oleh
masyarakat dengan bermatlamat memaksimumkan keuntungan. Kerajaan pula
campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk mengeluarkan barang awam yang
gagal disediakan oleh mekanisme harga. Kerajaan juga menentukan harga di
pasaran melalui dasar harga minimum dan dasar harga maksimum. Kerajaan turut

5
mengggunakan pencukaian dan subsidi untuk mempengaruhi peruntukan sumber
dalam ekonomi. Keputusan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan bertujuan untuk
meningkatkan taraf kebajikan rakyat. Sebagai contoh Harga gula bertapis di
Malaysia tidak dipengaruhi oleh harga pasaran gula mentah di peringkat
antarabangsa kerana gula bertapis adalah dikategorikan sebagai barang keperluan
yang dikawal harganya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, 2011
dan Akta Kawalan Bekalan, 1961. Ini adalah bertujuan untuk memastikan
kestabilan harga dan bekalan barang keperluan kepada rakyat.

3.1.2 Faktor Pengeluaran Dimiliki Oleh Pihak Swasta Dan Kerajaan


Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan mengumpul kekayaan
persendirian serta menentukan cara penggunaan faktor Pengeluaran. Namun
begitu, kerajaan juga mengawal penggunaan sumber supaya sumber ekonomi
dapat digunakan dengan cekap dan teratur untuk kepentingan bersama, Sebagai
contoh kawalan atas aktiviti pembalakan. Kerajaan juga menggunakan sumber
ekonomi yang dimiliki untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
strategik yang tidak dapat dikeluarkan oleh sektor swasta seperti penyediaan
prasarana dan perkhidmatan pertahanan.

3.1.3 Persaingan Yang Sihat


Pengeluar bebas bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan secara cekap pada kos yang minimum. Namun begitu, kerajaan juga
campur tangan dalam kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan peraturan
untuk menggalakkan persaingan yang sihat dan adil di kajangan pengeluar,
misalnya kawalan terhadap kewujudan monopoli. Kerajaan juga mengawal
bilangan pengeluar dalam pasaran untuk mengelakkan persaingan yang
membazirkan sumber ekonomi supaya pengeluar dapat menikmati faedah
ekonomi bidangan dan meminimumkan kos pengeluaran Sebagai contoh
pembekalan elektrik dan air.

3.1.4 Kegiatan Ekonomi Yang Terkawal


Individu bebas menggunakan faktor pengeluaran untuk menjalankan pelbagai
kegiatan ekonomi yang dapat memaksimumkan kepuasan dan keuntungan
persendirian. Namun begitu, kerajaan juga mengadakan peraturan dan undang-

6
undang untuk mengawal kegiatan ekonomi supaya kegiatan ekonomi tidak
menimbulkan kesan-kesan luaran negatif dan kegiatan haram yang dapat
menjejaskan keharmonian masyarakat.

3.2 CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI MYANMAR

Myanmar mengamalkan Sistem ekonomi pasaran bebas / Kapitalis dan mempunyai ciri-
ciri seperti yang berikut:

3.2.1 Peranan Mekanisme Harga


Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi diselesaikan
melalui mekanisme harga. Interaksi kuasa permintaan dan penawaran akan
menentukan harga dan kuantiti barang di pasaran barangan dan pendapatan faktor
di pasaran faktor untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Perubahan
dalam permintaan dan penawaran yang mempengaruhi harga akan mengubah cara
bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya.

3.2.2 Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Kegiatan Ekonomi


Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Semua
kegiatan ekonomi dijalankan oleh pihak swasta. Peranan kerajaan terhad kepada
menjaga keselamatan negara dan menguatkuasakan undang-undang supaya
kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar.

3.2.3 Pemilikan Harta Persendirian


Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan menentukan cara penggunaan
faktor dan harta persendirian mereka. Individu bebas membuat pilihan bagaimana
menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menjalankan kegiatan
ekonomi.

3.2.4 Mementingkan Matlamat Persendirian


Individu dalam ekonomi bebas membuat keputusan berdasarkan kepentingan
persendirian. Pengguna membeli barangan dengan matlamat untuk
memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar membekalkan barangan
dengan matlamat memperoleh keuntungan yang maksimum. Matlamat ini

7
mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi dengan cekap. Kegiatan
penggunaan dan pengeluaran yang mementingkan diri kadang-kadang
menimbulkan kesan luaran yang merugikan pihak lain.

3.2.5 Wujudnya Persaingan


Individu bebas bersaing dalam ekonomi untuk mencapai matlamat persendirian.
Pemilik input bebas bersaing di antara satu sama lain dalam pasaran faktor untuk
memperoleh pendapatan maksimum. Pengeluar bebas bersaing antara satu sama
lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara cekap pada kos yang
minimum. Pengeluar yang tidak cekap akan mengalami kerugian dan keluar
daripada pasaran. Hanya pengeluar yang cekap sahaja yang kekal dalam pasaran.

3.2.6 Keagungan Pengguna Dalam Pasaran


Keagungan pengguna merujuk kepada kemampuan pengguna melalui corak
perbelanjaan menentukan barang dan perkhidmatan yang diharus dikeluarkan oleh
pengeluar. Keputusan tentang apa yang harus dikeluarkan dalam ekonomi
bergantung kepada permintaan pengguna.

4.0 MASALAH SISTEM EKONOMI MALAYSIA DAN MYANMAR

4.1 MASALAH SISTEM EKONOMI MALAYSIA

4.1.1 Kerenah Birokrasi


kerajaan yang menghalang perkembangan sektor swasta Kerenah birokrasi
kerajaan seperti kelewatan kerajaan untuk meluluskan projek pihak swasta dan
pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan
oleh pihak swasta. Kelewatan itu menyebabkan pihak swasta tidak dapat merebut
peluang pemiagaan yang sedia ada dan kerap kali kelewatan kelulusan kerajaan
telah menaikkan kos pengeluaran sektor swasta.

8
4.1.2 Kesukaran Menentukan Dasar Yang Sesuai
Kerajaan mungkin membuat kesilapan dalam menentukan dasar yang sesuai untuk
mengatasi masalah pengangguran atau inflasi dalam negara kerana kesukaran
untuk menjangka keadaan ekonomi masa depan ataupun ramalan berdasarkan
maklumat yang tidak tepat. Ahli-ahli ekonomi juga mempunyai pandangan yang
berbeza tentang keberkesanan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah-masalah ekonomi.

4.1.3 Persaingan Sektor Swam Dengan Sektor Swasta


Penglibatan kerajaan secara langsung dalam kegiatan ekonomi menyebabkan
persaingan sektor awam dengan sektor swasta untuk menggunakan sumber
ekonomi, misalnya persaingan antara pihak awam dan pihak swasta untuk
mendapat pinjaman daripada sumber dana dalam negeri yang terhad. Persaingan
ini akan menaikkan kadar bunga dan seterusnya menaikkan kos pengeluaran
pihak swasta. Pihak swasta juga perlu bersaing dengan perusahaan awam jika
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah sama jenis. Sektor swasta
sukar bersaing dengan sektor awam yang mempunyai modal yang mencukupi dan
barang ditawarkan adalah percuma ataupun pada harga yang rendah.

4.1.4 Pembaziran Sumber Akibat Daripada Kerugian Perusahaan Awam


Penglibatan kerajaan secara langsung dalam kegiatan ekonomi menerusi
perusahaan awam merupakan pembaziran sumber jika pengurusan perusahaan itu
tidak cekap sehingga mengalami kerugian yang besar. Pentadbiran sektor awam
yang tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang menyebabkan
pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan dengan cepat
untuk menghadapi perubahan. Monopoli kerajaan yang tidak menghadapi
persaingan juga kurang motivasi untuk memperbaiki kaedah pengeluaran dan
meningkatkan produktiviti.

4.2 MASALAH EKONOMI KOREA UTARA

9
4.2.1 Kegiatan Ekonomi Yang Tidak Stabil
Kegiatan ekonomi sistem ekonomi pasaran bebas bergantung kepada permintaan
dan penawaran. Namun begitu, perubahan dalam permintaan dan penawaran
sering berlaku menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi turun naik. Kerap kali
ekonomi menghadapi masalah inflasi dan masalah pengangguran. Ketidakstabilan
kegiatan ekonomi bermakna kegagalan sistem itu untuk menjamin pencapaian
matlamat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga umum dan pertumbuhan
ekonomi yang berterusan.

4.2.2 Agihan Pendapatan Yang Tidak Setara


a) Persaingan yang tidak adil dalam kegiatan ekonomi tanpa campur tangan
kerajaan akan menyebabkan jurang agihan pendapatan semakin besar
antara golongan berada dengan golongan miskin.
b) Golongan kaya akan menjadi semakin kaya kerana mempunyai kelebihan
dalam persaingan bebas, sedangkan golongan miskin terus tinggal miskin
kerana kekurangan sumber ekonomi untuk bersaing.
c) Sumber kekayaan negara tidak dapat dinikmati oleh penduduk secara adil
dan saksama. Jurang agihan pendapatan yang tidak setara akan
menjejaskan keharmonian masyarakat dan mengancam kestabilan politik
dan ekonomi.

4.2.3 Kegagalan Menyediakan Barang Awam


a) Sistem ini gagal untuk menyediakan satu mekanisme yang sesuai untuk
menyediakan barang awam. Penyediaan barang awam tidak
menguntungkan pengeluar swasta kerana jenis barang itu tidak tertakluk
kepada prinsip pengecualian. Pengeluar tidak dapat menghalang mereka
yang tidak membayar untuk menggunakan barang tersebut.
b) Tambahan pula kos penyediaan barang awam yang tinggi menyebabkan
pengeluar tidak terdorong untuk menyediakan barang tersebut sedangkan
barang awam penting untuk kebajikan masyarakat.

4.2.4 Wujudnya Monopoli Yang Merugikan

10
a) Persaingan yang tidak sempurna dalam pasaran mewujudkan monopoli
yang -menguasai pasaran apabila firma-firma bergabung atau menjadi
semakin besar. Firma baru dan firma kecil tidak dapat bersaing dengan
firma monopoli yang mempunyai modal besar dan terus keluar daripada
industri.
b) Firma monopoli merugikan pengguna apabila firma itu sengaja
mengehadkan pengeluaran dan mengenakan harga yang tinggi. Pilihan
pengguna juga terbatas apabila monopoli menguasai pasaran.

4.2.5 Wujudnya Kesan Luaran Yang Negatif


Aktiviti penggunaan dan pengeluaran yang mementingkan diri oleh pengguna dan
pengeluar dalam usaha untuk memaksimumkan kepuasan atau keuntungan
menyebabkan mereka mengabaikan kos sosial dan menimbulkan kesan luaran
atau eksternaliti negatif yang merugikan masyarakat. Contoh: Misalnya dalam
usaha untuk menjimatkan kos pengeluaran, pengeluar membuangkan sisa kimia
ke dalam sungai. Tindakan ini telah menyebabkan penduduk dan nelayan di
sepanjang sungai menanggung kos tidak dapat lagi menggunakan air dan hasil
tangkapan nelayan akan merosot.

5.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH EKONOMI

5.1 MENGATASI MASALAH EKONOMI MALAYSIA

Berikut adalah kaedah-kaedah penyelesaian masalah asas sistem ekonomi Malaysia

5.1.1 Mekanisma Harga


Kerajaan harus membiarkan mekanisme harga memberi petunjuk kepada
pengeluar swasta untuk menghasilkan jenis dan jumlah barang yang dapat
memaksimumkan kepuasan pengguna dan keuntungan pengeluar. Kerajaan juga

11
membuat keputusan menentukan jenis barang dan jumlah barang yang perlu
dikeluarkan, khasnya barang awam yang gagal disediakan oleh pihak swasta.

5.1.2 Kawalan Undang-Undang


Kerajaan mengetatkan lagi peraturan dan undang-undang seperti kawalan harga,
pencukaian dan subsidi untuk mempengaruhi operasi mekanisme harga dalam
menentukan jenis dan jumlah barang yang harus dikeluarkan. Misalnya
pengenaan cukai yang tinggi atas minuman keras akan menaikkan harga minuman
keras dan mengurangkan permintaan terhadap minuman tersebut.

5.1.3 Bagaimana sesuatu barang harus dikeluarkan?


Pihak swasta yang mementingkan keuntungan akan menggunakan kaedah
pengeluaran yang cekap untuk meminimumkan kos pengeluaran sama ada secara
intensif buruh atau intensif modal. Melalui hasil kerajaan yang terhad, kerajaan
harus memastikan pentadbiran kerajaan menyediakan barang dan perkhidmatan
awam secara cekap pada kos yang minimum.

5.1.4 Untuk siapa barang itu dikeluarkan?


Pihak swasta yang bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan hanya akan
mengeluarkan barang bagi mereka yang sanggup dan mampu membayar. Maka
barang yang dikeluarkan oleh pihak swasta adalah untuk mereka yang mampu
membeli. Kerajaan yang bermatlamat untuk meningkatkan kebajikan rakyat akan
mengeluarkan pelbagai jenis barang awam kepada orang ramai. Barang dan
perkhidmatan awam itu ditawarkan kepada semua orang secara percuma ataupun
dengan bayaran yang minimum.

5.2 MENGATASI MASALAH EKONOMI KOREA UTARA

Berikut adalah kaedah-kaedah penyelesaian masalah asas sistem ekonomi Korea Utara

5.2.1 Mekanisma Harga


Berdasarkan mekanisme harga, pengeluar dapat menentukan apa dan berapa
banyak suatu barang harus dikeluarkan. Pengguna memberi petunjuk kepada
pengeluar tentang pilihan barang yang dikehendaki melalui kuasa permintaan di

12
pasaran barang. Berdasarkan corak permintaan pengguna, pengeluar yang
bermotifkan keuntungan dapat mengenal pasti jenis barang yang mempunyai
permintaan berkesan yang tinggi. Semakin tinggi permintaan semakin banyak
sesuatu barang akan dikeluarkan.

5.2.2 Kawalan Undang-Undang


Walaupun kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi,
namun harus diwujudkan satu peraturan khas dimana kerajaan diberi kebenaran
khas untuk campur tangan sekiranya penyelesaian bersama pembeli dan pengeluar
tidak dicapai.

5.2.3 Mengkaji bagaimana sesuatu barang harus dikeluarkan?


Interaksi antara kuasa permintaan pengeluar terhadap faktor pengeluaran dan
kuasa penawaran pemilik faktor di pasaran buruh akan menentukan harga faktor
dan jumlah faktor yang akan digunakan dalam proses pengeluaran. Pengeluar
akan menggunakan kaedah pengeluaran yang meminimumkan kos demi
memaksimumkan keuntungan. Misalnya, jika kos buruh lebih murah berbanding
dengan penggunaan modal, maka pengeluar akan menggunakan kaedah
pengeluaran yang berintensif buruh. Sebaliknya, jika penggunaan modal lebih
cekap dan menjimatkan kos, kaedah intensif modal akan digunakan.

5.2.4 Untuk siapa barang itu dikeluarkan?


Faktor telah mewujudkan pendapatan kepada pemilik faktor pengeluaran apabila,
mereka menawarkan pelbagai faktor seperti buruh, tanah dan modal dalam proses
pengeluaran. Interaksi permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga di
pasaran faktor menentukan corak agihan pendapatan. Barang yang dihasilkan
akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai keupayaan membayar. Semakin
banyak sumber yang dimiliki oleh individu, semakin tinggi pendapatan yang akan
diperoleh. Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak barang yang dapat dibeli
oleh individu.

6.0 KESIMPULAN

13
Sistem ekonomi adalah salah satu cara sesebuah kerajaan dalam menguruskan
pengeluaran, pengunaan, dan pengagihan keperluan dalam masyarakat. Di Malaysia,
sistem ekonomi yang digunakan adalah sistem ekonomi campuran. Ciri-ciri sistem
ekonomi di Malaysia adalah keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak
awam, faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak swasta dan kerajaan, persaingan yang sihat
dan kegiatan ekonomi yang terkawal. Masalah sistem ekonomi Malaysia ialah kerenah
birokrasi, kesukaran menentukan dasar yang sesuai, persaingan sektor swam dengan
sektor swasta dan pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam.
Di Korea Utara sistem yang digunakan adalah Sistem ekonomi pasaran bebas /
Kapitalis. Ciri-ciri sistem ekonomi di Korea Utara adalah Peranan mekanisme harga,
kerajaan tidak campur tangan dalam kegiatan ekonomi, pemilikan harta persendirian dan
mementingkan matlamat persendirian. Masalah sistem ekonomi Korea Utara ialah
Kegiatan Ekonomi Yang Tidak Stabil, Agihan Pendapatan Yang Tidak Setara, Kegagalan
Menyediakan Barang Awam, Wujudnya Monopoli Yang Merugikan dan Wujudnya Kesan
Luaran Yang Negatif.
Adalah dicadangkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
dinyatakan antaranya ialah mekanisma harga, kawalan undang-undang, Mengkaji
bagaimana sesuatu barang harus dikeluarkan dan Untuk siapa barang itu dikeluarkan.

7.0 RUJUKAN

i. Adeline Chew Ling Ling (2011). Komunikasi dalam organisasi dan hubungannya
dengan komitmen pekerja kepada organisasinya. Latihan Ilmiah Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

ii. Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunus, dan Noraini Kaprawi (2014). “Peranan Kokurikulum
dalam Pembangunan Kemahiran Generik” Jurnal Sains Sosial. KUiTTHO: Jilid 2.

14
iii. Bank Negara. (2012). Employability Of Graduates – survey report. Kuala Lumpur.
Bank Negara Malaysia.

iv. Dickinson, M. (2009) “Giving Undergraduates Managerial Experience”, Education


and Training, pp159-169.

v. Fatimah Wati Halim dan Iran Herman, (1997). Sistem Ekonomi dan hubungannya
dengan prestasi Negara. Satu kajian perbandingan di antara sector awam dan sektor
swasta. Kertas Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

vi. Harjit Singh a/l Gurbax Singh. (2013). Proses komunikasi dan hubungan hubugan
kerja antara negara. Latihan Ilmiah, Bangi: UKM.

vii. Hoh Hee Mee. (2010). Hubungan di antara Komitmen Kepada Organisasi dengan
Kualiti kehidupan Bekerja: Satu kajian ke atas pekerja bank. Latihan Ilmiah, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

viii. Indik, B.P; Georgopoulus, B.S. & seashore, S (2011). Superior Subordinate
Relationship & Performance. Personnel Psychology 14; 357-374.

ix. IPPTN.(2003).Laporan Akhir Kajian Masalah Penganguran Di kalangan Siswazah.


Insitut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, USM, Penang. Universiti Sains
Malaysia.

x. Ishak Yussof & Rahman Ismail. (1997). Pendidikan Di Malaysia. Dalam Supian
Ali,Rahman Ismail & Muhammad Anuar Adnan. Pembangunan sumber Manusia di
Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

xi. Saadiah binti Mohamad .(2002). “Penerapan Dan Penguasaan Aspek-Aspek


Kemahiran Organisasi untuk pelajar Semester Akhir KUiTTHO”. KUiTTHO:Tesis
Sarjana PTV.

15
xii. Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999). “Siri Pengajaran Pendidikan
Utusan:Isu Pendidikan di Malaysia:Sorotan & Cabaran.” Edisi Pertama. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

xiii. Sharifah Noor Anita Bt Syed Jaafar (2002). “Penguasaan Kemahiran Generik Dalam
Memenuhi Kehendak Pasaran Kerja: Kajian Di Kalangan Pelajar Semester Akhir
Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Port Dickson.” KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV.

xiv. Sharma Thayabarasilan (2001). “Meeting the Market Demand of Generic Skills: An
Analysis of Generic Skills Acquisition Among Final Year Engineering Student of
KUiTTHO.” KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV.

xv. Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan
Pekerjaan Pada Masa Kini.” Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.

Korea Utara, secara rasmi disebut Republik Rakyat Demokratik Korea adalah
sebuah negara di Asia Timur yang meliputi sebahagian utara Semenanjung Korea. Ibu kota
dan kota terbesarnya adalah Pyongyang, menjadi batas antara Korea Utara dan Korea
Selatan. Sungai Umnok dan Sungai Tumen membentuk perbatasan antara Korea Utara dan
Republik Raykat Tiongkok. Sebagian dari Sungai Tumen di timur laut merupakan perbatasan
dengan Russia. Penduduk setempat menyebut negara ini ‘Pukchoson’
Semenanjung Korea diperintah oleh Kekaisaran Korea hingga dianeksasi
oleh Japan setelah Perang Rusia-Jepun tahun 1905. Setelah kekalahan Jepun pada Perang

16
Dunia II, Korea dibahagi menjadi wilayah pendudukan Soviet dan Amerika Serikat. Korea
Utara menolak ikut serta dalam pemilihan umum yang diawasi PBB yang diselenggarakan di
selatan pada 1948, yang mengarah kepada pembentukan dua pemerintahan Korea yang
terpisah oleh zona demiliterisasi. Baik Korea Utara maupun Selatan mengklaim kedaulatan di
atas seluruh semenanjung, yang berujung kepada Perang Korea tahun 1950. Sebuah gencatan
senjata pada 1953 mengakhiri pertempuran; namun kedua negara secara resmi masih berada
dalam status perang, karena perjanjian perdamaian tidak pernah ditandatangani. Kedua negara
diterima menjadi anggota Perikatan Bangsa-Bangsa pada 1991. Pada 26 Mei 2009, Korea
Utara secara sepihak menarik diri dari gencatan senjata.

17

You might also like