You are on page 1of 7

3.

0 PENYATAAN MASALAH

Arah aliran hutang Perbelanjaan pembangunan kerajaan persekutuan telah


menghadapi turun naik sepanjang tahun 2013 hingga tahun 2022. Manakala arah aliran
hutang kerajaan persekutuan semakin meningkat secara berterusan dari tahun 2013 hingga
tahun 2022.

Masalah yang dihadapi oleh kajian ini merupakan komponen dominan dalam
pelaksanaan suatu kajian. Kajian ini adalah penting bagi mengetahui arah aliran hutang
perbelanjaan pembangunan dan hutang kerajaan persekutuan dari tahun 2013 hingga tahun
2022 serta kesan-kesan negatif peningkatan hutang kerajaan persekutuan kepada ekonomi
negara.

Arah aliran hutang perbelanjaan pembangunan dan hutang kerajaan dari tahun
2013 hingga tahun 2022 amat penting untuk dikaji kerana boleh menjadi panduan kepada
pembuat dasar untuk mengatasi masalah keberhutangan. Selain daripada itu, kesan-kesan
negatif peningkatan hutang kerajaan persekutuan kepada ekonomi negara juga penting untuk
dikaji sebagai panduan kepada pembuat dasar untuk merancang perbelanjaan berhemah untuk
meminimumkan hutang kerajaan persekutuan dan memaksimumkan pembangunan negara.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif kajian yang perlu dicapai:

(a) Mengenal pasti arah aliran hutang kerajaan persekutuan dari tahun 2013 – 2022.

(b) Mengkaji hubungan antara perbelanjaan pembangunan dengan hutang kerajaan


persekutuan dari tahun 2013 – 2022.
5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1.1 Kaedah Memperoleh Data

Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder untuk
menyempurnakan kajian. Antaranya adalah dengan melayari internet. Maklumat- maklumat
boleh dikutip and diperoleh dari bahan rujukan seperti kamus, buku, laporan, berita seperti
Teks Pra-U STPM Ekonomi (Makroekonomi) Penggal 2, Jabatan Perangkaan Malaysia, Unit
Perancang Ekonomi, Sinar Harian, Kementerian Kewangan Malaysia dan sebagainya.

Jadual 1: Laman web yang dirujuk

Nama Laman Web Alamat Laman Web


Kementerian Pelaburan, Perdagangan https://www.miti.gov.my/miti/resources/
dan Industri Malaysia Borang/Kewangan/9-Istilah-
istilah_Kewangan.docx
Laporan Ekonomi 2010/2011 https://www.mof.gov.my/portal/arkib/
ekonomi/ek2011.html
Laporan Ekonomi 2011/2012 https://www.mof.gov.my/portal/arkib/
ekonomi/ek2012.html
MalaysiaGazzette https://malaysiagazette.com/2023/02/24/
hutang-kerajaan-berjumlah-rm1079-6-
bilion-tahun-2022/
Rnggt berita https://rnggt.com/20209434/
Kementerian Kewangan Malaysia, 2018 https://www.mof.gov.my/portal/ms/
berita/siaran-media/jumlah-hutang-dan-
liabiliti-kerajaan#:~:text=Hutang
%20langsung%20meningkat%20daripada
%2050.1,yang%20diamalkan%20oleh
%20pentadbiran%20dahulu.
5.1.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah deskriptif
yang berbentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan bagi membantu dalam menjelaskan
data yang diperolehi. Analisis data telah dilaksanakan ke atas data yang diperolehi daripada
Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Ekonomi.

Data yang diperolehi telah dianalisis kepada bentuk angka bagi membantu
dalam penghitungan. Hasil data juga dipersembahkan melalui dalam bentuk jadual graf
garis dan graf bar bagi meningkatkan pemahaman semua pihak. Bagi objektif 1, hasil data
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf garis manakala bagi objektif 2 hasil data
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan grab bar.

Kaedah pemerihalan bagi objektif 1 adalah dengan menghuraikan arah aliran


hutang kerajaan persekutuan manakala bagi objektif 2 adalah dengan menghuraikan
hubungan antara perbelanjaan pembangunan dengan hutang kerajaan persekutuan.
6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 ARAH ALIRAN HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN DARI TAHUN 2013 –


2022.

Tahu Hutang (RM juta)


n
2013 539,858
2014 582,828
2015 630,540
2016 648,475
2017 686,837
2018 741,049
2019 792,998
2020 879,560
2021 979,814
2022 1,079,591

Jadual 1: Hutang Kerajaan Persekutuan


(Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021)
Hutang (RM juta)
1200000

1000000

800000
Hutang (RM juta)

600000

400000

200000

0
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022
Axis Title

Hutang

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021)

Rajah 1: Hutang Kerajaan Persekutuan

Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari
tahun 2013 hingga tahun 2022.

Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan peningkatan hutang kerajaan persekutuan


secara berterusan dari tahun 2013 hingga tahun 2022. Jumlah hutang kerajaan persekutuan
pada tahun 2013 adalah sebanyak RM539,858 juta and meningkat kepada RM582 828 juta
pada tahun 2014. Hal ini disebabkan oleh pinjaman dalam negeri yang lebih tinggi untuk
memenuhi keperluan pembiayaan. (Sumber : Laporan Ekonomi, 2013/2014). Pada tahun
yang seterusnya, iaitu dari tahun 2015 hingga 2016, jumlah hutang kerajaan persekutuan
meningkat sebanyak RM17 935 juta dari RM 630,540 juta ke RM648,475 juta. Menurut
Laporan Ekonomi ,2015/2016), peningkatan hutang persekutuan dari tahun 2015 hingga
tahun 2016 disebabkan oleh terbitan hutang dalam negeri yang lebih tinggi bagi
untuk membiayai defisit kewangan secara langsung, tanpa Kerajaan perlu menggunakan
kaedah pembiayaan luar belanjawan untuk menyembunyikan hutang-hutang yang meragukan
seperti yang diamalkan oleh pentadbiran dahulu.
Jumlah hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM
686,837 juta dan meingkat kepada RM741,049 juta pada tahun berikutnya. Hal ini
disebabkan untuk membiayai defisit kewangan secara langsung, tanpa Kerajaan perlu
menggunakan kaedah pembiayaan luar belanjawan untuk menyembunyikan hutang-hutang
yang meragukan seperti yang diamalkan oleh pentadbiran dahulu. (Sumber : Kementerian
Kewangan Malaysia, 2018 ). Seterusnya, hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2019
adalah sebanyak RM792,998 juta iaitu, meningkat sebanyak RM 51949 juta berbanding
tahun 2018. Peningkatan hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2019 disebabkan
peningkatan kadar hutang itu adalah berhubung peruntukan perbelanjaan mengurus pada
kadar 12.5% (Sumber : Laporan Audit Negara 2019). Hutang kerajaan persekutuan pada
tahun 2020 dicatatkan sebanyak RM 879,560 juta dan meningkat kepada RM 979,814 juta
pada tahun 2021. Peningkatan hutang kerajaan persekutuan dari tahun 2020 hingga tahun
2021 disebabkan Seterusnya, pada tahun 2022 mengalami peningkatan sebanyak RM99 777
juta and menjadi kepada RM 1079 591 juta. Hal ini disebabkan penyediaan ruang fizikal
untuk membiayai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi. ( Sumber : MalaysiaGazette ).

Secara keseluruhannya, hutang kerajaan persekutuan mengalami peningkatan


secara berterusan dari tahun 2013 hingga tahun 2022. Berdasarkan data yang diperolehi,
jumlah hutang kerajaan persekutuan telah meningkat sebanyak RM 539 733 juta dari RM539
858 juta yang dicatat pada tahun 2013 ke RM 1 079 591 juta pada tahun 2022. Peningkatan
hutang kerajaan persekutuan yang tertinggi berlaku pada tahun 2022 iaitu peningkatan
sebanyak RM 1 079 591 juta berbanding dengan peningkatan hutang kerajaan persekutuan
yang terendah iaitu pada tahun 2013, iaitu sebanyak RM 539858 juta.

You might also like