You are on page 1of 7

Objektif 1: Mengenal pasti arah aliran pinjaman dalam negeri dari tahun 2008 hingga 2017.

Jadual menunjukkan jumlah pinjaman dalam negeri dari tahun 2008 hingga 2017.

Tahun Pinjaman Dalam Negeri (RM juta)


2008 286121
2009 348600
2010 390356
2011 438025
2012 484769
2013 523095
2014 566052
2015 609063
2016 627389
2017 665572
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

700000
Pinjaman Dalam Negeri

600000

500000

400000

300000

200000

100000

0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017

Pinjaman Dalam Negeri

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Jadual 1 menunjukkan jumlah pinjaman dalam negeri pada tahun 2008 hingga tahun
2017 manakala garaf 1 menujukkan arah aliran pinjaman dalam negeri.

Berdasarkan jadual 1 dan graf 1 jumlah pinjaman dalam negeri pada tahun 2008 ialah
RM 286121 juta meningkat kepada RM 348600 juta pada tahun 2009 iaitu sebanya RM
62479 juta. Pada tahun 2010 meningkat kepada RM 390356 juta, menjadi RM 438025 juta
pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM 47669 juta. Pada tahun 2012 meningkat kepada RM
484769 juta, menjadi RM 523095 juta pada tahun 2013 iaitu sebanyak RM 38326 juta. Pada
tahun 2014 meningkat kepada RM 566052 juta, menjadi RM 609063 juta pada tahun 2015
iaitu sebanyak RM 43011 juta. Pada tahun 2016 pula meningkat kepada RM 627389 juta,
menjadi RM 665572 juta iaitu sebanyak RM 38183.
Objektif 2: Mengkaji hubungan Sekuriti Kerajaan terhadap Hutang Kerajaan Persekutuan
Malaysia.

Jadual 2 menunjukkan data Sekuriti Kerajaan dan Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia

Tahun Sekuriti Kerajaan Malaysia Hutang Kerajaan


(RM juta) Persekutuan
2008 213801 286121
2009 242270 348600
2010 260993 390356
2011 277713 438025
2012 292150 484769
2013 305075 523095
2014 329632 566052
2015 340063 609063
2016 357422 627389
2017 364672 665572
Sumber:Kementerian Kewangan Malaysia

GRAF 2: PINJAMAN DALAM NEGERI DAN SEKURITI


KERAJAAN PADA 2008 HINGGA 2017
700000

600000

500000

400000

300000

200000

100000

0
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017

pinjaman dalam negeri sekuriti kerajaan

Sumber: Kementerian Kewanagn Malaysia

Jadual 2 menunjukkan sekuriti kerajaan Malaysia dan hutang kerajaan persekutuan pada
tahun 2008 hingga tahun 2017 manakala graf 2 menunjukkan hubungan sekuriti kerajaan terhadap
hutang kerajaan persekutuan Malaysia.

Jadual 2 dan graf 2 menunjukkan hubungan sekuriti kerjaan dan hutang kerajaan
berhubungan positif pada tahun 2008 hingga 2017. Pada tahun 2008 sekuriti Kerajaan sebanyak
RM 213801 juta telah meningkat kepada RM 242270 juta manakala hutang kerajaan meningkat dari
RM 286121juta kepada RM 348600 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 pula sekuriti Kerajaan
sebanyak RM 260993 juta telah meningkat kepada RM 277713 juta manakala hutang kerajaan
meningkat dari RM 390356 juta kepada RM 438025 juta pada tahun 2011. Pada tahun 2012 sekuriti
kerajaan sebanyak RM 292150 juta meningkat kepada RM 305075 juta manakala hutang Kerajaan
meningkat dari RM 484769 juta kepada RM 523095 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2014 pula
sekuriti kerajaan sebanyak RM 329075 juta telah meningkat kepada RM 340063 manakala hutang
Kerajaan meningkat dari RM 566052 juta kepada RM 609063 juta pada tahun 2015. Pada tahun 2016
sekuriti kerajaan sebanyak RM 357422 juta telah meningkat kepada RM 364672 juta manakala
hutang kerajaan meningkat dari RM 627389 juta kepada RM 719545 juta pada tahun 2017.
FAKTOR PENIGKATAN HUTANG NEGARA PERSEKUTUAN MALAYSIA PADA
TAHUN 2008 HINGGA 2017.

Faktor utama kenaikan hutang Kerajaan persekutuaan pada tahun 2008 ialah tekanan
inflasi yang tinggi. Hal ini kerana ekonomi pada tahun 2008 mengalami kemelesetan dari segi
eksport eksport disebabkan tekanan inflasi tolakkan kos di seluruh dunia. Krisis pada tahun
2008 menyebabkan pasaran kewangan global ekonomi menjadi lumpuh dan tidak beroperasi
disebabkan kemerosotan nilai aset kewangan yang cepat. Berdasarkan laporan Bank Negara
Malaysia.

Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyatakan faktor kenaikan hutang Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2009 iaitu persekitaran ekonomi antarabangsa yang buruk. Hal ini
kerana pada tahun 2009 sebilangan besar ekonomi mengalami pengucupan KDNK benar
yang sangat ketara. Krisis ini menyebabkan masalah pengangguran yang tinggi dan
menjejaskan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, berlaku kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan disebabkan hasil
cukai tidak langsung. Hal ini kerana pengurangan dalam terimaan wang tunai Kerajaan
Persekutuan disebabkan jumlah import yang melebihi eksport negara pada tahun 2010.
Laporan berdasarkan Jabatan Akautan Negara.

Seterusnya faktor kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 adalah
dasar monetari atau juga dikenali sebagai dasar kewangan yang diterapkan oleh pihak
berkuasa monetari atau bank pusat. Hal ini kerana dasar monetary dijalankan bertujuan untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mencegah ketidakstabilan ekonomi namun ekonomi
pada tahun 2011 menunjukkan inflasi dijangka lebih tinggi berbanding dengan tahun
sebelumnya, terutamanhya disebabkan oleh faktor penawaran dan sebahagian kecil tekanan
permintaan dalam negeri. Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia.

Di samping itu, Bank Negara juga menyatakan berlaku peningkatan hutang Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2012 disebabkan persekitaran ekonomi antarabangsa. Hal ini kerana
pada tahun 2012, landskap ekonomi antarabangsa adalah lebih mencabar berbanding dengan
tahun sebelumnya. Pertumbuhan global meningkat dengan lebih sederhana menjejaskan
perdagangan antarabangsa yang seterusnya memberi kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi.
Pada tahun 2013, nilai ringgit Malaysia yang rendah menjadi faktor hutang negara
meningkat. Hal ini kerana nilai ringgit yang dilaporkan menyusut pada kadar terendah
mampu memberi kesan langsung kepada sektor import dan eksport negara. Pakar Ekonomi,
Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, keadaan tersebut juga sekaligus memberi impak terhadap
keyakinan pelaburan yang mempengaruhi aliran keluar masuk wang. Berdasarkan laporan
laman web astroawani.com.

Seterusnya pada tahun 2014, faktor peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan adalah
pertumbuhan ekonomi yang tidak setara. Hal ini kerana pertumbuhan ekonomi serantau yang
berbeza menyebabkan risiko pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan berbanding
dengan jangkaan ekonomi utama iaitu menjalankan dasar monetari. Berdasarkan Bank
Negara Malaysia.

Pada pula faktor berlaku kenaikan hutang Kerajaan Persekutuan adalah hutang
domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan. Hal ini kerana
peningkatan hutang ini terutamanya disebabkan oleh pinjaman luar pesisir yang lebih besar
oleh sektor swasta dan pegangan sekuriti hutang serta deposit dalam ringgit bukan
pemastautin. Contohnya bahagian pembiayaan, pinjaman kasar kerajaan persekutuan
dijangka lebih rendah berikutan keperluan pembiayaan defisit yang lebih kecil. Berdasarkan
laman web astroawani.com.

Pada tahun 2016, membiayai program khusus dan projek infrastruktur merupakan
faktor kenaikan hutang kerajaan. Hal ini kerana hutang luar Malaysia berjumlah RM848.2
bilion atau 68.8 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2016 berbanding RM833.7 bilion
pada akhir 2015. Perkara tersebut menyukarkan pinjaman projek diperoleh untuk
menjalankan Pembangunan seperti perumahan, pembentungan dan empangan. Berdasarkan
laporan Berita Harian.

Pada tahun 2017 peningkatan hutang adalah disebabkan membiayai perbelanjaan


Pembangunan. Hal ini kerana pada akhir Jun 2017, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat
50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang mana ia masih di bawah
paras had yang ditetapkan kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK. Perkara tersebut
menyukarkan Kerajaan untuk membangun Pembangunan seperti sekolah, klinik dan lain-lain
menggunakan perdapatan negara sendiri.

You might also like