You are on page 1of 7

5.

2 Membandingkan antara Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dengan Hasil


Kerajaan Persekutuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021

Tahun Perbelanjaa Kadar Hasil Kadar Pertumbuhan Hasil

n Kerajaan Pertumbuha Kerajaan Kerajaan (%)

Persekutuan n Persekutuan

(RM Juta) Perbelanjaan (RM Juta)

Kerajaan

(%)

2011 213987 _ 185,419 _

2012 232833 8.81 207,913 207913 - 185419 x100 = 12.13

185419

2013 249667 7.23 213,370 2.62

2014 262151 5.00 224,094 5.03

2015 271940 3.73 235,219 4.97

2016 265224 -2.47 225,656 -4.07

2017 262800 -0.91 220,410 -2.32

2018 280250 6.64 232,280 5.40

2019 314550 12.24 264,410 13.83

2020 299020 -4.94 225,070 -14.90

2021 305540 2.18 236,900 5.26

(Sumber : Diubahsuai daripada laporan portal rasmi kementerian ekonomi)

Jadual 2: Perbandingan Jumlah Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan Hasil


Kerajaan Persekutuan Malaysia serta Kadar Pertumbuhan Perbelanjaan dan Hasil
Kerajaan Persektuan
Perbandingan jumlah perbelanjaan dan hasil kerajaan persekutuan
Malaysia dari tahun 2011 hinggan 2021
350000
314550
299020 305540
300000 280250
262151 271940 265224 262800 264415
249667
250000 232833
220626 219089 212421 220406
232883 227270 236900
213987 207913 213370
200000 185419

150000

100000

50000

0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021

Jumlah perbelanjaan kerajaan Jumlah Hasil Kerajaan

(Diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia tahun 2011 hingga tahun 2021)
Graf 3: Jumlah hasi dan perbelanjaan kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga
2021

Perbandingan antara Kadar pertumbuhan perbelanjaan dan hasil


kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2011 hingga 2021

Kadar Pertumbuhan Perbelanjaan Kerajaan Kadar Pertumbuhan Hasil Kerajaan


20
15
13.5
12.24
12.1
10 8.81
7.23 6.64
5 5 5.7
3.4 3.73 3.8 4.2
2.6 2.18
0 -0.7 -0.91
2011 2012 2013 2014 2015 2016
-2.47
-3 2017 2018 2019 2020 2021
-5 -4.94
-10
-15 -14

-20

(Diubahsuai daripada Kementerian Kewangan Malaysia tahun 2011 hingga tahun 2021)
Graf 4 : Kadar pertumbuhan perbelanjaan dan hasil kerajaan persekutuan dari
tahun 2011 hingga 2021
Graf 3 menunjukkan Perbandingan antara Jumlah Perbelanjaan Kerajaan dan Hasil
Kerajaan Persekutuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021 manakala Graf
4 menunjukkan Perbandingan antara Kadar Pertumbuhan Perbelanjaan Kerajaan dan
Kadar Pertumbuhan Hasil Kerajaan Persekutuan di Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2021.Jumlah hasil kerajaan pada tahun 2011 ialah sebanyak RM185 419
meningkat sebanyak RM51481juta (27.76%) kepada RM236 900 pada tahun 2021.
(Laporan portal rasmi kementerian ekonomi)

Pada tahun 2011, hasil kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM185419 juta
dan meningkat kepada RM207913 juta pada tahun 2012 dengan peningkatan
sebanyak RM22494 juta manakala bagi jumlah perbelanjaan kerajaan adalah lebih
tinggi daripada hasil kerajaan persekutuan iaitu RM 213 987. Hasil Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2011 berjumlah RM185,419 juta iaitu 1% lebih tinggi
berbanding anggaran disemak berjumlah RM183,375 juta. Peningkatan ini
disumbangkan oleh cukai pendapatan syarikat dan cukai pendapatan petroleum. Hasil
cukai menyumbang sebanyak RM134,885 juta atau 73% daripada jumlah hasil
keseluruhan manakala hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak RM49,423 juta
atau 26% daripada jumlah hasil keseluruhan. Terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah
Persekutuan masing-masing menyumbang sebanyak RM544 juta dan RM567 juta
atau 1% daripada hasil keseluruhan.

Pada tahun 2012, perbandingan antara hasil kerajaan persekutuan dan


perbelanjaan kerajaan persekutuan secara jumlahnya adalah sebanyak RM 24920 juta.
Kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan menurun daripada 12.13% kepada
2.62% pada tahun 2013. Perbezaan antara kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan
tahun 2012 dengan 2013 adalah -1.58%. Hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012
adalah berjumlah RM207,913 juta iaitu RM667 juta atau 0.3% lebih tinggi
berbanding anggaran disemak berjumlah RM207,246 juta. Hasil cukai menyumbang
sebanyak RM151,643 juta atau 73% daripada jumlah hasil keseluruhan manakala
hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak RM54,909 juta atau 26% daripada
jumlah hasil keseluruhan. Terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan
masing- masing menyumbang sebanyak RM877 juta dan RM483 juta atau 1%
daripada jumlah hasil keseluruhan. (Laporan portal rasmi kementerian ekonomi)
Pada tahun 2013, hasil kerajaan persekutuan secara jumlahnya adalah sebanyak
RM213370 juta dan meningkat kepada RM224094 juta pada tahun 2014 dengan
peningkatan sebanyak RM10724 juta manakala perbelanjaan kerajaan persekutuan
adalah lebih tinggi iaitu RM 249667. Kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan
pada 2013 adalah sebanyak 2.62%. Perbezaan antara kadar pertumbuhan hasil
kerajaan tahun 2013 dengan 2014 adalah -2.41%. Jumlah hasil Kerajaan Persekutuan
untuk tahun 2013, sebelum mengambil kira perubahan cukai yang dicadangkan dalam
Belanjawan 2013, dianggarkan berjumlah RM208,650 juta, iaitu 1% lebih tinggi
daripada anggaran disemak bagi tahun 2012 yang berjumlah RM207,246 juta.
Peningkatan anggaran hasil ini disebabkan oleh faktor unjuran pertumbuhan ekonomi
yang kukuh antara 4.5% – 5.5% dalam tahun 2013 yang menyumbang kepada
peningkatan cukai yang lebih baik dan dividen daripada PETRONAS sebanyak
RM27,000 juta. (Laporan portal rasmi kementerian ekonomi)

Pada tahun 2014, hasil kerajaan persekutuan secara jumlahnya adalah sebanyak
RM 220626 juta dan menurun kepada RM 219089 juta pada tahun 2015 manakala
perbelanjaan kerajaan persekutuan adalah lebih tinggi iaitu RM 262151. Kadar
pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan pada 2014 adalah sebanyak 3.4%. Perbezaan
antara kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan tahun 2014 dengan 2015 adalah
0.06%. Anggaran hasil Kerajaan Persekutuan disemak 2014 dijangka berjumlah
RM225,094 juta meningkat RM11,724 juta atau 5.5% berbanding kutipan 2013.
Peningkatan ini selaras dengan aktiviti ekonomi yang berdaya tahan dengan unjuran
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 5.5% – 6% dan unjuran purata harga
minyak mentah (Tapis) sebanyak USD110 setong. Anggaran hasil disemak ini
disumbangkan oleh hasil cukai yang lebih kukuh, mengimbangi penyusutan dalam
hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil daripada Wilayah Persekutuan.
(Laporan portal rasmi kementerian ekonomi)

Pada tahun 2015, perbandingan antara hasil kerajaan persekutuan dengan


perbelanjaan kerajaan persekutuan secara jumlahnya adalah sebanyak RM 52851 juta.
Kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan pada 2015 adalah sebanyak 4.97%.
Perbezaan antara kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan dan hasil kerajaan
persekutuan pada tahun 2015 adalah 3.03%. Hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun
2015 berkurang sebanyak 0.70% kepada RM219,089 juta berbanding kutipan tahun
2014 sebanyak RM220,626 juta. Penurunan jumlah hasil ini disebabkan oleh kutipan
Cukai Langsung dan Hasil Bukan Cukai yang lebih rendah iaitu masing-masing
berjumlah RM111,770 juta dan RM51,467 juta berbanding RM126,742 juta dan
RM53,899 juta pada tahun 2014. Hasil Cukai kekal sumber utama yang menyumbang
sebanyak RM165,441 juta atau 75.51% daripada jumlah hasil keseluruhan. Terimaan
Rukan Hasil dan Hasil Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang sebanyak
RM1,290 juta dan RM891 juta. (Laporan portal rasmi kementerian ekonomi)

Pada tahun 2016, perbezaan antara hasil dan perbelanjaan kerajaan persekutan
adalah sebanyak RM 52803 juta. Kadar pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan pada
2016 adalah sebanyak -3.0%. Perbezaan antara kadar pertumbuhan perbelanjaan
kerajaan dan hasil kerajaan persekutuan pada tahun 2016 adalah 5.47%. Pada tahun
2016, hasil Kerajaan Persekutuan berkurang sebanyak RM6,668 juta (3.04%) kepada
RM212,421 juta berbanding kutipan tahun 2015 berjumlah RM219,089 juta.
Pengurangan hasil ini disebabkan oleh Hasil Bukan Cukai yang lebih rendah iaitu
RM40,006 juta berbanding RM51,467 juta pada tahun 2015. Hasil Cukai kekal
sebagai penyumbang utama kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM169,343
juta (79.72%). Manakala Hasil Bukan Cukai pula menyumbang sebanyak RM40,006
juta (18.83%) daripada jumlah hasil keseluruhan. (Laporan portal rasmi kementerian
ekonomi)

Pada tahun 2017, perbandingan antara perbelanjaan kerajaan persekutuan dan


hasil kerajaan persekuttuan secara jumlahnya adalah sebanyak RM 42394 juta. Kadar
pertumbuhan hasil kerajaan persekutuan pada 2017 adalah sebanyak -2.32%.
Perbezaan antara kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan dan hasil kerajaan
persekutuan pada tahun 2017 adalah -4.71%. Pada tahun 2017, hasil Kerajaan
Persekutuan bertambah sebanyak RM7,985 juta (3.76%) kepada RM220,406 juta
berbanding kutipan tahun 2016 berjumlah RM212,421 juta. Peningkatan hasil ini
disumbangkan oleh Hasil Cukai berjumlah RM177,658 juta berbanding RM169,343
juta pada tahun 2016. Hasil Cukai kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah
hasil keseluruhan sebanyak 80.60%. Manakala Hasil Bukan Cukai pula menyumbang
sebanyak RM39,520 juta (17.93%) daripada jumlah hasil keseluruhan. (Laporan
portal rasmi kementerian ekonomi)
Pada tahun 2018, perbandingan antara perbelanjaan kerajaan persekutuan dan
hasil kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM 47367 juta. Kadar pertumbuhan hasil
kerajaan persekutuan pada 2018 adalah sebanyak 5.40%. Perbezaan antara kadar
pertumbuhan perbelanjaan kerajaan dan hasil kerajaan persekutuan pada tahun 2018
adalah 0.94%. Pada tahun 2018, hasil Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak
RM12,477 juta (5.66%) kepada RM232,883 juta berbanding kutipan tahun 2017 yang
berjumlah RM220,406 juta. Peningkatan hasil ini disumbangkan oleh kutipan cukai
langsung dan Hasil Bukan Cukai yang lebih tinggi bagi mengimbangi penghapusan
Cukai Barangan Perkhidmatan. Hasil Cukai kekal sebagai penyumbang utama kepada
jumlah hasil keseluruhan sebanyak 74.74%. Hasil Bukan Cukai pula menyumbang
sebanyak 21.95% daripada jumlah hasil keseluruhan. (Laporan portal rasmi
kementerian ekonomi)

Pada tahun 2019, perbandingan antara perbelanjaan kerajaan persekutuan dan


hasil kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM 50135 juta. Perbezaan antara kadar
pertumbuhan perbelanjaan kerajaan persekutuan dan hasil kerajaan persekutuan pada
2019 adalah sebanyak -1.26%. Hasil Kerajaan Persekutuan tahun 2019 meningkat
sebanyak RM31,532 juta (13.54%) kepada RM264,415 juta berbanding kutipan tahun
2018 yang berjumlah RM232,883 juta. Peningkatan hasil ini disumbangkan
terutamanya oleh kutipan Hasil Bukan Cukai. Hasil Cukai kekal sebagai penyumbang
utama kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak 68.29%. (Laporan portal rasmi
kementerian ekonomi)

Pada tahun 2020, perbezaan antara perbelanjaan kerajaan persekutuan dan hasil
kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM 71750 juta. Kadar pertumbuhan hasil
kerajaan persekutuan pada 2020 adalah sebanyak -14.90%. Perbezaan antara kadar
pertumbuhan hasil kerajaan dan perbelanjaan kerajaan persekutuan pada tahun 2020
adalah 18.94%. Hasil Kerajaan Persekutuan diunjur berkurang sebanyak 14% kepada
RM227.3 bilion (2019: RM264.4 bilion) disebabkan kutipan cukai yang lebih rendah.
Meskipun terdapat impak COVID-19 dan purata harga minyak mentah yang dianggar
lebih rendah iaitu USD40 setong, namun kutipan cukai dijangka terus menjadi
penyumbang utama pendapatan Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kutipan
sebanyak RM153.3 bilion atau 67.4% daripada jumlah keseluruhan hasil iaitu lebih
rendah daripada purata lima tahun sebelumnya iaitu 75.8%. Sehubungan itu, jumlah
hasil sebagai peratusan kepada KDNK dijangka lebih rendah iaitu 15.8% dengan hasil
cukai sebanyak 10.6% manakala hasil bukan cukai 5.2%. (Laporan portal rasmi
kementerian ekonomi)

Pada tahun 2021, perbezaan antara hasil kerajaan persekutuan dan perbelanjaan
kerajaan persekutan adalah sebanyak RM 68640 juta. Kadar pertumbuhan hasil
kerajaan persekutuan pada 2021 adalah sebanyak 5.26%. Hasil Kerajaan Persekutuan
2021 diunjur melonjak sebanyak 4.2% kepada RM236.9 bilion atau 15.1% daripada
KDNK disokong oleh peningkatan pertumbuhan ekonomi dan prospek perniagaan.
Peningkatan hasil sebahagian besarnya disumbangkan oleh kutipan hasil cukai yang
lebih tinggi dengan anggaran peningkatan sebanyak 13.8% kepada RM174.4 bilion.
Hasil cukai merangkumi 11.1% daripada KDNK manakala hasil bukan cukai
mencatat 4%. (Laporan portal rasmi kementerian ekonomi)

You might also like