You are on page 1of 15

5.

0 Hasil Kajian
5.1 Mengenal pasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia antara tahun 2009 hingga tahun 2019
Jadual 1 di bawah menunjukan arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2019.

Tahun Kadar inflasi (%) Arah aliran


2009 0.6 -
2010 1.7 Meningkat
2011 3.2 Meningkat
2012 1.6 Menurun
2013 2.1 Meningkat
2014 3.2 Meningkat
2015 2.1 Menurun
2016 2.1 Tidak Berubah
2017 3.7 Meningkat
2018 1.0 Menurun
2019 0.7 Menurun
(Sumber : Laporan Ekonomi, pelbagai tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Rajah 1 di bawah menunjukan arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2019.

Arah aliran kadar inflasi di Malaysia antara tahun 2009


hingga tahun 2019
5
4.5
4
Kadar Inflasi (%)

3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

tahun

Kadar Inflasi (%)

(Sumber : Laporan Ekonomi, pelbagai tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia)


Jadual dan graf di atas menunjukkan data arah aliran kadar inflasi di Malaysia antara tahun
2009 hingga 2019 yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Secara keseluruhannya, kadar inflasi Malaysia dalam tempoh 11 tahun mengalami turun naik
iaitu meningkat dari 0.6% kepada 3.2% sebanyak 2.6% antara tahun 2009 hingga 2011 dan
menurun kepada1.6% pada tahun 2012 dan meningkat semula hingga tahun 2014 kepada
3.2%.Seterusnya menurun lagi kepada2.1% pada tahun 2015 dan tidak berubah hingga
2016.Kadar meningkat semula kepada 3.7% pada tahun 2017 dan menurun berterusan
sehingga 0.7% pada tahun 2019.

Selepas mengalami keturunan pada tahun 2009, Inflasi di Malaysia kembali mencatat
peningkatan pada tahun 2010, kadar inflasi di Malaysia adalah 0.6% pada tahun 2009 dan
meningkat kepada 1.7% pada tahun 2010 sebanyak 1.1%. Menurut Laporan Ekonomi tahun
2010, kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan
penurunan subsidi oleh kerajaan pada tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan
kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 5sen seliter dan gula 20sen telah
mendorong kenaikan inflasi.

Pada tahun 2011, kadar inflasi di Malaysia terus meningkat kepada 3.2 % daripada 1.7 %
tahun lepas sebanyak 1.5%, berikutan lonjakan harga komoditi  global terutamanya bahan api
dan komoditi makanan. Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan
Kementerian Kewangan, tiga penyumbang utama kepada kenaikan inflasi pada tahun 2011
ialah kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan serta  perumahan, air,
elektrik, gas dan bahan lain, yang keseluruhannya telah menyumbang kepada 2.5 mata
peratusan kepada peningkatan Indeks Harga Pengguna Selain faktor bekalan, kenaikan inflasi
juga disambung sebahagiannya oleh rasionalisasi subsidi bagi beberapa barangan keperluan
pengguna termasuk gula, petrol RON97 dan tarif elektrik.

Pada tahun 2012,kadar inflasi ialah 1.7% dan aliran Inflasi telah menunjukkan penurunan
sebanyak 1.5% berbanding tahun 2011 iaitu 3.2% . Menurut Laporan Ekonomi tahun 2012,
dua trend asas yang menyumbang kepada penurunan ini ialah kelembapan dalam ekonomi
berikutan dengan permintaan keseluruhan yang lebih lemah telah menyumbang kepada
tekanan berasakan permintaan yang lemah. Kedua ialah kenaikan harga tenaga yang lebih
rendah juga memberi kesan langsung dalam mengurangkan kenaikan harga pengguna.
Penurunan kadar inflasi di Asia termasuklah Malaysia, disebabkan oleh kenaikan yang
sederhana dalam harga makanan dan komoditi.

Pada tahun 2013, telah berlaku peningkatan dalam kadar aliran Inflasi iaitu dari 1.7% pada
tahu. 2012 kepada 2.1%. Menurut artikel Utusan Online bertarikh 6 Januari 2014,
peningkatan inflasi pada tahun 2013, antaranya disebabkan oleh pengurangan subsidi yang
menyebabkan kenaikan harga petrol dan diesel, gula serta tarif elektrik yang telah membawa
kesan berangkai yang akhirnya ditanggung oleh pengguna.

Pada tahun 2014 telah berlaku peningkatan yang agak drastik iaitu dari 2.1% ke 3.2%.
Peningkatan ini adalah sebanyak 1.1% berbanding tahun sebelumnya. Dari segi komponen,
peningkatan inflasi keseluruhan disebabkan oleh peningkatan dalam kategori pengangkutan,
minuman alkohol dan tembakau serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.
Contohnya, Inflasi dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain juga
meningkat kepada 3.4% pada tahun 2014 berbanding 1.7% pada tahun 2013. Secara
keseluruhan, lapan daripada dua belas kategori barangan dan perkhidmatan pengguna
mencatat kadar inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, kadar inflasi ialah 2.1% telah menunjuk penurunan berbanding tahun 2014
iaitu 3.2%, disebabkan terutamanya oleh harga tenaga dan makanan yang lebih rendah.
Khususnya, penurunan harga minyak global dijangka menyebabkan harga bahan api dalam
negeri yang lebih rendah berikutan pelaksanaan mekanisme penentuan harga apungan terurus
untuk bahan api. Tekanan harga luaran yang lemah juga akan mengurangkan peningkatan kos
import yang berpunca daripada penyusutan nilai ringgit baru-baru ini, sekali gus menurunkan
inflasi yang diimport.

Pada tahun 2016, kadar inflasi kekal pada tahap 2.1% pada tahun 2016 sama dengan tahun
2015 iaitu 2.1%. Pada tahun 2016 didorong terutamanya oleh pelarasan menaik harga ditadbir
sejak suku keempat 2016 dan harga makanan segar yang lebih tinggi disebabkan oleh
fenomena cuaca El Niño. Namun demikian tekanan inflasi telah diimbangi oleh luputnya
kesan GST dan harga bahan api dalam negeri yang lebih rendah. Keadaan permintaan dalam
negeri yang sederhana dan persekitaran harga luar negeri yang rendah turut membantu
membendung tekanan inflasi dalam negeri. Seiring dengan perkembangan ini, inflasi teras
secara amnya stabil sepanjang tahun pada kadar purata 2.1%
Pada tahun 2017, kadar inflasi meningkat kepada 3.7% berbanding tahun 2016 iaitu 2.1%,
yang telah menunjukkan kesan pindahan kenaikan harga minyak global ke atas harga runcit
bahan api dalam negeri. Walau bagaimanapun, inflasi yang didorong oleh faktor kos ini
dijangka tidak menyebabkan kesan limpahan yang besar kepada trend harga yang lebih
meluas, memandangkan keadaan permintaan dalam negeri adalah stabil. Oleh itu, inflasi asas
dijangka hanya meningkat dengan sederhana.

Pada tahun 2018, kadar inflasi ialah 2.5 % telah menunjukkan penurunan berbanding 3.7 %
pada tahun 2017 .Hal ini kerana kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding
dengan tahun 2017 akan mengimbangi sebahagian kesan kenaikan harga tenaga dan komoditi
global. Pengukuhan kadar pertukaran ringgit juga akan membendung kenaikan dalam kos
import. Memandangkan inflasi dalam negeri bergantung pada harga minyak global. Inflasi
asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka menurun pada tahun 2018
disebabkan oleh kesan pindahan kos yang lebih kecil kepada harga runcit berbanding dengan
tahun sebelumnya. Tekanan inflasi daripada faktor permintaan dalam negeri akan dikekang
oleh peningkatan produktiviti pekerja dan pelaburan berterusan untuk pengembangan
kapasiti.

Pada tahun 2019, kadar inflasi ialah 0.7% telah menurun berbanding tahun 2018 iaitu 1.0%.
Kadar inflasi ini mengambil kira kesan pindahan daripada faktor kos dalam negeri yang
meningkat. Walau bagaimanapun, impak terhadap inflasi keseluruhan akan diimbangi oleh
harga minyak dunia yang dijangka lebih rendah dan pelaksanaan had paras harga bagi harga
runcit bahan api dalam negeri. Kadar inflasi yang rendah ini jelas menunjukkan bahawa
pemansuhan GST serta pengenaan harga siling RM2.08 per liter ke atas petrol RON95 telah
berjaya mengawal kenaikan harga, berbanding pelaksanaan GST yang sebelum ini telah
mengakibatkan inflasi naik setinggi hampir peratus.

Kesimpulannya, kadar inflasi antara tahun 2009 hingga tahun 2019 menunjuk trend yang naik
turun. Kadar inflasi di Malaysia berlaku adalah kerana Inflasi boleh berlaku disebabkan oleh
ketidakseimbangan bekalan dan permintaan. Antara sebab lain berlakunya inflasi adalah
peningkatan kos pembuatan. Sebagai contoh, disebabkan kenaikan harga minyak diesel. Hal
ini disebabkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan kesan, harga akhir barangan
dinaikkan. Inflasi boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat dan negara seperti kos
hidup meningkat dan nilai mata wang dan kuasa beli pengguna merosot .Oleh itu, masalah ini
perlu diatasi secara berkesan
HUBUNGAN ANTARA KADAR INFLASI DENGAN KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI
DI MALAYSIA DARI TAHUN 2009 HINGGA 2019
5.2 Membanding hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi di
Malaysia dari tahun 2009 hingga 2019

Jadual 2 dibawah menunjukan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan
ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga 2019

Tahun Kadar Inflasi Kadar Pertumbuhan Pengiraan


(%) Ekonomi (%)

2009 0.6 -1.7 629,885-639,565/ 639,565x100%

2010 1.7 7.2 676,653 -629,885/ 629,885 x100%

2011 3.2 5.1 711,760-676,653/676,653 x100%

2012 1.6 4.5 912,261-864,920/864,920x100%

2013 2.1 4.7 955,080-912,261/912,261x100%

2014 3.2 6 1,012,449-955,080/955,080 x100%

2015 2.1 5.0 1,063,998-1,012,449/1,012,449x100%

2016 2.1 4.4 1,229,312-1,176,941/1,176,941x100%

2017 3.7 5.8 1,300,769-1,229,312/1,229,312x100%

2018 1.0 4.8 1,362,815-1,300,769/1,300,769x100%

2019 0.7 4.4 1,421,454 1,362,815/1,362,815x100%

(Sumber : Laporan Ekonomi, pelbagai tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia)


Rajah 2 dibawah menunjukan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan
ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga 2019

hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertum-


buhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga 2019
8
7.2
6 6 5.8
5.1 5 4.8
4.5 4.7 4.4 4.4
4 3.7
3.2 3.2
2 2.1 2.1 2.1
1.7 1.6
1 0.7
0.6
0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

-2 -1.7

-4

Kadar Inflasi (%) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)

(Sumber : Laporan Ekonomi, pelbagai tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Jadual dan graf di atas menunjukan hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan
ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga 2019.

Secara Keseluruhannya, hubungan aliran kadar inflasi dan aliran kadar pertumbuhan ekonomi
menunjukkan hubungan yang positif iaitu trend turun naik yang sama sepanjang tempoh 10
tahun iaitu apabila kadar inflasi meningkat ,kadar pertumbuhan ekonomi juga meningkat
pada tahun 2009 ke 2010 kecuali tahun 2011 yang menunjukkan hubungan yang negatif iaitu
apabila kadar inflasi meningkat ,kadar pertumbuhan ekonomi menurun. Pada tahun 2010,
Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun
lalu, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.Ekonomi Malaysia dijangka
mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang
mantap dan prestasi eksport yang memberangsangkan. Unjuran positif ini juga disambung
oleh pelaksanaan inisiatif polisi makroekonomi yang merangsang aktiviti penggunaan yang
lebih tinggi dan pemulihan dalam pelaburan swasta. Pasaran buruh yang stabil, kadar inflasi
yang sederhana iaitu 1.7% dan pemulihan kukuh ekonomi serantau telah menyediakan
persekitaran yang konduksi kepada ekonomi Malaysia untuk berkembang pesat dan kekal
positif. Bagi Malaysia pula, asas ekonomi yang kukuh dan pemulihan pelaburan swasta
dijangka menyokong permintaan domestik dalam tempoh separuh kedua 2010. Sehubungan
itu, ekonomi negara dijangka berkembang 7.2% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 iaitu
-1.7%.

Pada tahun 2011,meskipun persekitaran ekonomi antarabangsa adalah mencabar, ekonomi


Malaysia mencatat kadar pertumbuhan yang stabil sebanyak 5.1% berbanding tahun 2010
iaitu 7.2%. Ekonomi telah terjejas oleh kelemahan yang menyeluruh di ekonomi-ekonomi
maju dan gangguan dalam rantaian bekalan perkilangan global yang disebabkan oleh bencana
di Jepun. Walau bagaimanapun ,pertumbuhan ekonomi Malaysia bertambah baik disebabkan
oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh. Permintaan dalam negeri mencatat
pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun 2011, didorong oleh perbelanjaan sektor isi rumah
dan perniagaan, serta penggunaan sektor awam yang lebih tinggi. Oleh kerana inflasi
meningkat pada tahun 2011 iaitu 3.2% ,penggunaan swasta bertambah kukuh pada tahun
2011, disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang menyeluruh, berikutan keadaan pasaran
pekerja yang bertambah baik secara keseluruhan.

Pada tahun 2012 ,kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.5% meskipun
dalam persekitaran global yang semakin mencabar. Pertumbuhan ekonomi domestik
disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta yang kukuh. Permintaan domestik akan
menjalin pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia, disokong oleh perbelanjaan sektor
swasta dan awam. Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka disokong oleh guna tenaga dan
pendapatan yang stabil serta inflasi yang lebih rendah. Kemerosotan persekitaran global dan
penurunan harga komoditi dijangka menjejaskan prestasi eksport Malaysia dalam tempoh
separuh kedua 2012. Walau bagaimanapun, kecergasan aktiviti permintaan domestik dijangka
terus kekal dalam tempoh separuh kedua 2012 disokong oleh aktiviti sektor awam dan swasta
dalam persekitaran pasaran kewangan yang konduksi, harga yang stabil dan pasaran buruh
yang menggalakkan. Setelah mengambil kira risiko yang disambang oleh sektor luar dan
sokongan ekonomi domestik yang teguh, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar
dijangka berkembang 4.5% hingga 5% pada tahun 2012.
Pada tahun 2013 ,ekonomi Malaysia meningkat 4.7% pada tahun 2013 berbanding tahun
2012 iaitu 4.5%, didorong oleh pertumbuhan permintaan dalam negeri yang terus kukuh.
Meskipun persekitaran luar negeri lebih lemah pada separuh pertama tahun 2013, permintaan
dalam negeri kekal berdaya tahan sepanjang tahun, dipacu aktiviti sektor swasta yang teguh.
Penggunaan swasta kukuh, disokong terutamanya oleh keadaan guna tenaga dan
pertumbuhan gaji yang menggalakkan. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan yang kukuh
pada tahun 2013, meneruskan momentum pertumbuhan tahun sebelumnya. Pertumbuhan
disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perlombongan, perkhidmatan dan
perkilangan. Walaupun perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan berkurang pada
tahun 2013, pertumbuhan pelaburan awam kekal positif hasil daripada perbelanjaan modal
perusahaan awam yang terus tinggi.

Pada tahun 2014, ekonomi Malaysia mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh
sebanyak 6.0% pada tahun 2014 berbanding tahun 2013 iaitu 4.7%. Pertumbuhan didorong
oleh permintaan swasta dalam negeri yang terus mantap, dan diperkukuh oleh prestasi
perdagangan luar negeri yang bertambah baik. Secara khusus, eksport bersih kembali pulih
pada tahun 2014 untuk menyumbang secara positif kepada pertumbuhan setelah tujuh tahun
berturut-turut mencatat sumbangan yang negatif, apabila eksport Malaysia menerima manfaat
daripada pemulihan dalam ekonomi maju dan permintaan yang berterusan daripada rantau
ini. Ini ditunjukkan oleh peningkatan permintaan yang menyeluruh merentas pasaran dan
keluaran, termasuk produk elektronik dan elektrik (E&E). Sehubungan itu, eksport kasar
meningkat semula dengan kukuh sebanyak 10.7% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2014
daripada penguncupan sebanyak 2.8% dalam tempoh yang sama pada 2013.

Pada tahun 2015, ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun persekitaran luar lebih mencabar
dengan pertumbuhan global sederhana, kejatuhan harga komoditi pasaran kewangan kadar
pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah kepada 5.0% berbanding tahun 2014 iaitu 6.0%,
disokong oleh peningkatan permintaan dalam negeri yang berterusan. Pertumbuhan
permintaan dalam negeri lebih kukuh pada awal tahun. Permintaan dalam negeri dipacu
terutamanya oleh sektor swasta. Penggunaan swasta terus berkembang, walaupun pada kadar
yang lebih sederhana. Meskipun wujud kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup
dan kelemahan sentimen, perbelanjaan isi rumah disokong oleh pertumbuhan pendapatan
yang berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil. Perbelanjaan ini disokong
seterusnya oleh peningkatan bantuan Kerajaan yang disasarkan kepada isi rumah
berpendapatan rendah dan sederhana, di samping pertambahan pendapatan boleh guna
berikutan penurunan harga bahan api pada tahun 2015 kerana kadar inflasi menurun.

Pada tahun 2016, ekonomi Malaysia pada 2016 ialah pada kadar 4.4% dijangka terus
berkembang meskipun berhadapan persekitaran luar yang mencabar termasuk pertumbuhan
lebih perlahan dalam kalangan ekonomi maju, harga minyak berterusan rendah dan
ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, pembaharuan struktur
ekonomi, kewangan dan fiskal yang dilaksanakan selama in telah menyediakan penampan
yang mencukupi untuk menangani cabaran luar. Asas ekonomi negara kekal kukuh, termasuk
pasaran buruh yang stabil dengan guna tenaga penuh , kadar inflasi terkawal ,rizab asing
mencukupi dan sistem kewangan yang kukuh dengan pengantaraan berkesan bagi
menyokong ekonomi. Walaupun harga rendah telah menjejaskan eksport komoditi,
kepelbagaian produk dan pasaran terus menyokong prestasi perdagangan Malaysia.
Permintaan domestik dijangka kekal berdaya tahan dan terus menjadi penggerak utama
pertumbuhan. Penggunaan swasta, menyumbang 53.3% kepada keluaran dalam negeri kasar
(KDNK), dijangka berkembang kukuh disokong oleh pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan
yang stabil. Aktiviti pelaburan swasta dijangka kekal kukuh disokong oleh projek baharu dan
yang sedang dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Selain itu,
pelaburan swasta dijangka mendapat manfaat daripada langkah yang dilaksanakan untuk
terus menambahbaik persekitaran perniagaan.

Pada tahun 2017,ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak


5.7% dalam tempoh enam bulan pertama 2017 disokong oleh permintaan domestik yang
kukuh dan diperteguh oleh sektor luaran yang lebih baik. Berdasarkan perkembangan
ekonomi yang rancak dalam tempoh separuh pertama, KDNK benar tahun ini dijangka terus
mapan antara 5.2% dan 5.7%. Agregat permintaan domestik dijangka kekal berdaya tahan
terutamanya didorong oleh perbelanjaan sektor swasta, sementara sektor awam terus
melaksanakan langkah konsolidasi. Penggunaan swasta akan terus menyokong pertumbuhan
ekonomi. Kecenderungan untuk berbelanja akan semakin kukuh didorong oleh kestabilan
pasaran buruh, pendapatan eksport lebih tinggi dan inflasi terkawal dalam persekitaran kadar
faedah rendah. Sementara itu, pelaburan swasta diunjur berkembang lebih kukuh disokong
oleh perbelanjaan modal lebih tinggi terutamanya dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Pelaburan turut disokong oleh aliran masak pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil.
Pada tahun 2018,selepas mencatat pertumbuhan yang teguh pada tahun 2017, ekonomi
Malaysia dijangka kembali mencatat kadar pertumbuhan yang lazim pada tahun 2018. Walau
bagaimanapun, banyak cabaran dari dalam dan luar negeri yang dihadapi oleh ekonomi
Malaysia pada tahun itu. Perubahan besar yang berkaitan dengan dasar dan juga
perkembangan politik, sebahagiannya disebabkan oleh ketegangan perdagangan global, serta
pertukaran pucuk pimpinan Kerajaan Malaysia yang menjadi sejarah yang penting dalam
arena politik negara, seterusnya mewujudkan ketidakpastian dalam ekonomi. Gangguan
bekalan dalam sektor komoditi yang di luar jangkaan juga menjejaskan prestasi ekonomi
Malaysia, seterusnya mengakibatkan pertumbuhan negara jauh lebih sederhana daripada
jangkaan awal. Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang
menggalakkan sebanyak 4.7% pada tahun 2018, lantas membuktikan daya tahan negara yang
teguh untuk menghadapi pelbagai rintangan.

Pada tahun 2019, pertumbuhan lebih rendah untuk tahun 2019 itu adalah disebabkan oleh
faktor dagangan luar yang lebih lemah serta permintaan domestik yang lebih perlahan
Prestasi ekonomi dari segi pengeluaran diterajui oleh Perkhidmatan, Pembuatan dan
Pembinaan. Walau bagaimanapun, sektor Perlombongan dan penguraian dan Pertanian
merosot. Dari segi perbelanjaan, Perbelanjaan penggunaan akhir swasta disokong oleh
penggunaan yang lebih tinggi pada Makanan & minuman bukan alkohol, Restoran & hotel
dan Pengangkutan. Sementara itu, Pembentukan modal tetap kasar mencatatkan pertumbuhan
negatif yang lebih baik. Pada keseluruhan tahun 2019, ekonomi Malaysia mencatatkan
pertumbuhan 4.3 peratus manakala pada tahun 2018 ialah 4.7% dengan nilai RM1.42 trilion
pada harga malar dan RM1.51 trilion pada harga semasa.

Kesimpulannya, didapati hubungan kadar pertumbuhan ekonomi dengan kadar inflasi adalah
positif telah membuktikan tingkat inflasi yang tinggi dapat mendorong pertumbuhan
ekonomi.

You might also like