You are on page 1of 3

BAHAGIAN B ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL/SEMESTER 2 PENGAJIAN AM STPM LATIHAN

LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR

17. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport
dan import serta harga petroleum mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Petroleum keluaran Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Oleh itu, Malaysia akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika
keluaran minyak mentah ini dieksport ke luar negara. Harga satu tong petroleum mentah dalam sebutan Dolar Amerika Syarikat (US$) adalah
tidak stabil antara tahun 2002 hingga tahun 2006.

Pada tahun 2002, kuantiti pengeluaran petroleum mentah Malaysia ialah 255 ribu tong sehari. Pengeluaran petroluem mentah kemudian
merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2003. Namun, pada tahun 2004, pengeluaran petroleum mentah meningkat semula kepada
300 ribu tong sehari. Pengeluaran petroleum mentah mencatatkan peningkatan yang paling besar pada tahun 2005, iaitu sebanyak 50.67%
kepada 452 ribu tong sehari. Pada tahun 2006, pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari.

Kuantiti eksport petroleum mentah sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tempoh 2002-2006. Walaupun
harga petroleum mentah pada tahun 2002 ialah US$ 75 setong, namun kuantiti eksport dan import petroleum mentah mengalami pengurangan
pada tahun tersebut, iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang besar apabila kuantiti eksport lebih besar daripada kuantiti import dengan harga petroleum
mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2003 apabila kuantiti eksport petroleum mentah
ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga petroleum mentah adalah paling tinggi
pada tahun tersebut iaitu US$ 88 setong.

Begitu juga pada tahun 2004, kuantiti eksport petroleum mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala
kauntiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut, harga petroleum mentah di pasaran dunia ialah
US$ 75 setong.

Walaupun kuantiti import petroleum mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2004 hingga tahun 2006, iaitu 48 ribu tong sehari, namun
kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport petroleum mentah pada tahun 2005 ialah 390 ribu
tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2006, kuantiti eksport petroleum mentah merosot sebanyak 37 ribu tong
sehari selaras dengan penurunan harga petroleum mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia pada tahun tersebut.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)


BAHAGIAN B ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL/SEMESTER 2 PENGAJIAN AM STPM LATIHAN
LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR

18. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan isi rumah miskin mengikut jenis
pekerjaan dan peratusan isi rumah miskin di bandar dan luar bandar pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Salah satu strategi utama kerajaan di bawah Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan
penduduk di Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dan kesannya, kadar kemiskinan telah menurun,
khususnya di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan masih tinggi di kawasan luar bandar.

Pada tahun 2004, bilangan pekebun kecil getah yang miskin ialah 155 200 isi rumah. Angka ini semakin berkurang setiap tahun kecuali pada tahun 2008
apabila bilangannya meningkat kepada 120 576 isi rumah berbanding dengan 100 312 isi rumah pada tahun sebelumnya. Pelbagai usaha kerajaan dalam
membantu pekebun kecil getah menambahkan pendapatan mereka seperti pemberian subsidi penanaman semula pokok getah berjaya mengurangkan
bilangan isi rumah miskin dalam kumpulan ini. Buktinya, bilangan isi rumah miskin berkurang sebanyak 24 960 isi rumah pada tahun 2005 dan berkurang lagi
sebanyak 16 728 isi rumah pada tahun berikutnya.

Kerajaan juga banyak membantu isi rumah yang bekerja sebagai nelayan untuk meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya mengurangkan
kemiskinan. Usaha kerajaan terbukti berjaya mengurangkan bilangan isi rumah miskin dalam kumpulan tersebut, iaitu daripada 50 000 isi rumah pada tahun 2004
kepada 25 000 isi rumah pada tahun 2005. Bilangan isi rumah miskin terus menurun daripada 24 120 is rumah pada tahun 2006 kepada 21 700 isi rumah pada
tahun 2007. Walau bagaimanapun, bilangan isi rumah miskin meningkat sebanyak 9 770 isi rumah pada tahun berikutnya.

Keadaan yang sama turut dialami oleh pekerja estet. Bilangan pekerja estet yang miskin berkurang setiap tahun kecuali pada tahun 2008 apabila
angkanya kepada 69 400 isi rumah berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebelum itu, keprihatinan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan
pekerja estet berjaya mengurangkan bilangan isi rumah miskin daripada 85 000 isi rumah pada tahun 2004 kepada 79 990 isi rumah pada tahun berikutnya. Taraf
hidup pekerja estet terus meningkat pada tahun 2006 dan 2007 apabila bilangan isi rumah yang miskin masing-masing berkurang sebanyak 10 190 isi rumah dan
12 400 isi rumah.

Peratusan isi rumah miskin di luar bandar lebih tinggi berbanding dengan bandar pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, peratusannya semakin
berkurang setiap tahun kecuali pada tahun 2008. Peratusan isi rumah miskin di kawasan bandar menurun daripada 7.1% pada tahun 2004 kepada 3.6% pada
tahun 2005. Kadar ini terus menurun kepada 3.3% pada tahun 2006 dan menurun lagi sebanyak 1.3% pada tahun berikutnya. Namun, peratusan isi rumah miskin
di bandar meningkat sebanyak 0.5% pada tahun 2008.

Usaha kerajaan membina infrastruktur yang baru dan menaik taraf infrastruktur yang sedia ada berjaya membantu isi rumah di kawasan luar bandar
menjalani kehidupan yang lebih sihat dan selesa. Oleh itu, peratusan isi rumah miskin di luar bandar menurun daripada 21.1% pada tahun 2004 kepada 14.9%
pada tahun 2005. Peratusan isi rumah miskin di luar bandar terus menurun pada tahun 2006 dan 2007, iaitu masing-masing sebanyak 0.1% dan 3.4%. Walau
bagaimanapun, peratusan isi rumah miskin di luar bandar kemudiannya meningkat sebanyak 0.5% pada tahun 2008.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009)


BAHAGIAN B ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGGAL/SEMESTER 2 PENGAJIAN AM STPM LATIHAN
LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR

19. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis indiKator
bagi tahun 2012 hingga anggaran tahun 2016.

Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk yang tertentu penting untuk memperlihatkan kejayaan pembangunan sosioekonomi negara.

Pada tahun 2012, pendapatan negara mencatatkan lebihan RM 30.495 bilion dan meningkat sebanyak RM 20.071 bilion pada tahun
berikutnya. Pada tahun 2014 pula, pendapatan negara terus meningkat kepada jumlah RM 56.513 bilion. Pendapatan negara mencatatkan
lebihan pada tahun 2015 iaitu mencatatkan peningkatan sebanyak RM 18.820 bilion dan dianggarkan meningkat sebanyak RM 37.226 pada
tahun 2016 berbanding dengan tahun 2014.

Hasil perdagangan antarabangsa mencatatkan jumlah sebanyak Rm 126.980 bilion pada tahun 2012 sebelum meningkat kepada RM
166.755 bilion pada tahun 2013. Dalam tempoh tiga tahun berikutnya, hasil perdagangan antarabangsa menunjukkan peningkatan drastik
berbanding dengan tahun 2013, iaitu masing-masing meningkat kepada RM 250.591 bilion, RM 264.955 bilion dan dianggarkan RM 301.651 bilion.

Pada tahun 2013, peratusan perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga semasa ialah 5.8%, iaitu bertambah
sebanyak 0.4% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peratusan ini terus meningkat kepada 6.8% pada tahun 2014 sebelum menurun kepada
5% pada tahun 2015. Sungguhpun demikian, peratusan ini dianggarkan meningkat semula kepada 5.9% pada tahun 2016.

Kadar nilai mata wang negara pada tahun 2012 ialah 1.8% sebelum menurun kepada 1.2% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2014,
kadar nilai mata wang meningkat semula kepada 1.4%. Kadar ini terus meningkat dengan cepat kepada 3.1% pada tahun 2015 dianggarkan
meningkat lagi sebanyak 0.5% pada tahun 2016.

Kadar kemiskinan negara secara keseluruhannya adalah rendah, iaitu 3.5% pada setiap tahun 2012, 2014 dan 2015. Walau
bagaimanapun, kadar ini meningkat sebanyak 0.1% pada tahun 2013 tetapi dianggar akan menurun sebanyak 0.2% pada tahun 2016.

(Disesuaikan daripada Laporan Prospek Ekonomi. 2015)

You might also like