You are on page 1of 10

BAB 13: DASAR EKONOMI

PENGENALAN

Ekonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara


mencapai kemerdekaan. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Malaysia telah
berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005. Pertumbuhan
ekonomi yang mapan ini disumbangkan oleh perubahan struktur ekonomi negara
daripada sektor pertanian tradisional kepada sektor ekonomi moden iaitu perindustrian,
perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi).

Perkembangan pesat ekonomi negara adalah berpunca daripada pelbagai dasar


ekonomi negara yang telah digubal dan dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu,
masih wujud beberapa cabaran dan halangan yang perlu ditangani. Antaranya adalah
untuk menilai sejauhmana perlaksanaan dan keberkesanan dasar pembangunan dan
dasar penstabilan seperti dasar fiskal, monetari dan perdagangan yang telah
dilaksanakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyatakan faktor-faktor dan pencapaian Dasar Ekonomi Baru.


2. Menerangkan faktor-faktor dan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional.
3. Menghuraikan faktor-faktor dan pencapaian Dasar Wawasan Negara.

12.1 DASAR EKONOMI BARU


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita
kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan
rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula
matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program
pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31
Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah
perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-
1990).[1] Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan
RM2 dan berakhir dengan RM5.

Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus.
DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”[2], iaitu:

i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan


dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
12.1.1 ASPEK KEMISKINAN

Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah
kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar
bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor
pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan.
Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:

i. Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.


ii. Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia.
iii. Saiz isi rumah yang terlalu besar.
iv. Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit.
v. Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.
vi. Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.

Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di


bawah DEB seperti:[3]

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur.


ii. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan
(bandar dan luar bandar).
v. Memodenkan kehidupan di luar bandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai kaum.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

12.1.2 PENCAPAIAN DEB DALAM USAHA MEMBASMI KEMISKINAN

Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan beberapa strategi telah digariskan.


Antaranya:

Pertama: Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan


Bandar

a. Kemiskinan di luar bandar

Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebu kecil, penanam padi, pekerja
estet, nelayan dan penternak. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun
kecil getah berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Bidang-bidang
lain juga turut menunjukkan kekurangan.

b. Kemiskinan di bandar

Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor
perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan
perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan.
Kedua: Pembasmian kemiskinan mengikut negeri

Jadual di bawah menggambarkan dengan jelas bagaimana kadar kemiskinan di setiap


negeri dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah DEB dipraktikkan dan
seterusnya.[4]

Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1976, 1987, 1995 dan 2000


1976 1987 1995 2000
Negeri Kadar Kadar Kadar Kadar
Kemiskinan Kemiskinan Kemiskinan Kemiskinan
(%) (%) (%) (%)
Johor 29.0 11.1 3.1 2.5
Kedah 61.0 31.1 12.7 13.5
Kelantan 67.1 31.6 22.9 18.7
Melaka 32.4 11.7 5.3 5.7
Negeri Sembilan 33.0 21.5 4.9 2.5
Pahang 38.9 12.3 6.8 5.5
Pulau Pinang 32.4 12.9 4.0 2.7
Perak 43.0 19.9 9.1 9.5
Perlis 59.8 29.1 11.8 13.3
Selangor 22.9 8.9 2.2 2.0
Terengganu 60.3 36.1 23.4 14.9
W.P. Kuala Lumpur 9.0 5.2 0.5 2.3
Sabah 58.3 35.3 22.0 20.1
Sarawak 56.5 2.7 10.0 6.7

Ketiga: Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu


Kehidupan

Secara keseluruhan, dengan pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat


bertambah baik. Misalnya, dalam aspek kesihatan kadar kematian bayi dan kadar
kematian kasar semakin berkurangan.
Jangka hayat penduduk juga kian bertambah. Dalam aspek pelajaran pula, bilangan
pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak.
Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf.

Bagi kemudahan-kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat


bekalan air paip dan bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna kian
meningkat.

12.1.3 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya
tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan
kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.

Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah


memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun
semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut:

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar
melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.

ii. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di


kalangan Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi
supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan
Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden.

iii. Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah
pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki
sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan
bumiputera) dan bakinya rakyat asing.

iv. Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara
berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan
kaum negara menjelang 1990.

12.1.4 PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA
MASYARAKAT

Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. Pihak yang
bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu
meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor
terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-
lain perkhidmatan bantuan.

Penyertaan secara langsung dalam sektor ekonomi telah mempercepatkan


pertumbuhan ekonomi Bumiputera.[6] Antara kejayaan dan pencapaian yang
diperoleh dalam usaha ini ialah:

i. Peningkatan Dalam Pendapatan Dan Menyusun Kadar Kemiskinan Mengikut


Kaum

Pendapatan kaum Bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan


pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pendapatan kaum Bumiputera
pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada $ 614 pada tahun 1987.
Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. Di Semenanjung Malaysia,
misalnya kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% (1970) kepada 17.3% (1987).
Pada tahun 1995, kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.7% dan menjelang
tahun 2000, iaitu pencapaian daripada Rancangan Malaysia Ke-7, kadar kemiskinan
di Malaysia hanya 7.5%.

Selain itu, peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB ini terbukti apabila didapati
inflasi berjaya dkekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan
menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar
kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada
tahun 1976 kepada 21.8% pada tahun 1990.
ii. Penyusunan semula corak guna tenaga

Dalam kumpulan “Ikhtisas dan Teknik” didapati amat kurang kaum Melayu taupun
melainkan guru. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan supaya tidak
mempunyai jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina.

iii. Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat

Golongan Bumiputera amat sedikit dalam permodalan ataupun memegang mana-


mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini.
Hak milik modal saham ini secara keseluruhan dapat dilihat melalui

Hak milik modal saham (nilai PAR) syarikat-syarikat berhad (%)

Kumpulan Hak Milik 1971 1988 1990 2000


Pemastautin Malaysia 38.3 75.4 76.3 59.4
Bumiputera 4.3 19.4 19.6 19.1
Bumputera peseorangan 2.6 13.0 13.6 17.4
Agensi amanah 1.7 6.4 6.0 1.7
Bukan Bumiputera 34.0 56.0 56.7 40.3
Pemastautin Asing 61.7 24.6 23.7 32.7
Jumlah (juta) $654 j $97 971 j $111 273 j $ 310 076.4 j

Sumber: Malaysia Kita, INTAN, KL, 1991, hlm. 739. Dipetik daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-5
dan Rancangan Malaysia Ke-8

iv. Pencapaian-pencapaian Lain

Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta
pembangunan bandar dan luar bandar. Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga
kian meningkat, misalnya daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).

Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat


majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti
“perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai
aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai
perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan
Saksama” .
12.2 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN). DPN sebenarnya adalah DEB dalam bentuk yang
baru, iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam
tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi
tempoh sepuluh tahun sahaja. Ia merupakan satu periga daripada Wawasan 2020
(1991-2020). Falsafah DPN menjadi teras RRJP2 dimana ia juga merupakan langkah
permulaan bagi Wawasan 2020.

12.2.1 MATLAMAT UTAMA DPN:

Berikut adalah merupakan matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN):

i. Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
ii. Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral,
kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan
ekonomi.
iii. Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan
semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya
sektor ini boleh berkembang.
iv. Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas
penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

12.2.2 STRATEGI

DPN akan terus mengamalkan strategi asas DEB untuk membasmi


kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan sekali gus menyumbang ke
arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN bertujuan untuk mewujudkan satu corak
pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti
berikut:[10]

i. Mewujudkan keseimbangan di antara pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang


saksama.
ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi dan
pertumbuhan yang saksama.
iii. Mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial dan ekonomi yang
tidak seimbang. Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah
yang diperolehi daripada pembangunan Negara dapat dinikmati bersama oleh semua
rakyat Malaysia.
iv. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang
pembangunan ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan bandar dan luar
bandar.
v. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian
serta perasaan cintakan negara.
vi. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi menghadapi
cabaran dalam pembangunan industri menerusi satu budaya kecemerlangan tanpa
menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi di samping menggalakkan budaya sains dan teknologi
sebagai proses pembangunan ekonomi perindustrian moden.
viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, pemerhatian
yang sewajar perlu diberikan kepadaperlindungan alam sekitar dan ekologi dalam
jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.

Matlamat pembangunan seimbang yang telah digariskan adalah berdasarkan kepada


pertimbangan berikut :

i. Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan adalah penting bagi memastikan agihan


kekayaan negara adalah adil dan saksama.
ii. Pembangunan masyarakat yang seimbang adalah penting bagi menjamin kestabilan
politik dan soaial.
iii. Pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai moral dan etika
yang tinggi di samping memiliki sikap positif untuk mewujudkan masyarakat yang
bertanggungjawab dan penyayang.
iv. Pengurusan yang cermat ke atas sumber-sumber semulajadi dan ekologi
serta pemeliharaan keindahan alam sekitar yang bersih bagi meningkatkan kualiti
hidup generasi hari ini dan yang akan datang.

Pada keseluruhannya, DPN bergantung sepenuhnya kepada sektor swasta untuk


mengambil daya usaha yang gigih bagi mencapai objektif sosioekonomi negara.
Sokongan dan bantuan akan diberi oleh sektor awam menerusi usaha-usaha
memperbaiki pertumbuhan dan penyediaan infrastruktur fizikal ke arah
pendekatan strategi ekonomi iaitu:

i. Mengagihkan tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin


di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
ii. Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB )
iii. Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam proses penyusunan semula
masyarakat dan membuka peluang yang lebih luas bagi sektor berkenaan.
iv. Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia bagi mencapai matlamat
pertumbuhan dan pengagihan yang seimbang.

Bagi menentukan kejayaannya, DPN telah melaksanakan beberapa program penting


iaitu:

i. Hasil Pencapaian Yang Berkualiti Dan Berkekalan

Dalam proses ini penekanan telah diberikan kepada aspek-aspek pendidikan


dan latihan.

ii. Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa

Dalam menghadapi saingan di peringkat global, Malaysia telah meningkatkan daya


tarikan pelabur dan usahawan asing supaya memperluaskan aktiviti pelaburan mereka
di negara ini.

Bagi mengatasi masalah halangan dan perlindungan perdagangan antarabangsa


yang semakin meningkat, Malaysia telah mengamalkan dasar yang liberal. Dasar ini
memberi galakan kepada sektor swasta supaya lebih bersedia bagi menghadapi
sebarang risiko. Pengeksport pula digalakkan supaya mengurangkan pergantungan
terhadap Sistem Keutamaan Am (GSP)

iii. Wawasan 2020

Matlamat kerajaan menjelangnya tahun 2020 ialah Malaysia akan muncul sebagai
sebuah negara yang maju sepenuhnya. Oleh itu penyertaan yang aktif oleh semua
kumpulan etnik dalam pembangunan Negara amat penting sekali.
Pelaksanaan strategi serampang dua mata, DPN terus digalakkan menerusi
penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan kepakaran berpotensi
masyarakat majmuk bagi membina ekonomi yang mantap dan berdaya tahan dan
mampu menghadapi cabaran-cabaran ekonomi dunia.

Di samping pelaksanaan program yang tersebut di atas, DPN juga telah memainkan
peranan penting bagi menggalakkan penyertaan secara meluas kaum Bumiputera
dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Pembuatan Dan Perkhidmatan

Perhatian khusus telah ditumpukan kepada penyertaan Bumiputera dalam bidang


industri kecil dan sederhana (IKS) menerusi program sub-kontrak dan francais.
Usahasama aktif antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera telah diberi
galakan bagi membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.

Syarikat-syarikat Bumiputera juga telah didedahkan kepada teknologi terbaru di


samping penyaluran kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan dengan
pasaran antarabangsa. Ini meningkatkan lagi daya saing usahawan Bumiputera dalam
perniagaan moden secara globalisasi.

Penswastaan telah digunakan sebagai satu kaedah bagi mempercepatkan dan


memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta pencapaian
matlamat penyusunan semula modal saham.

Berkaitan dengan strategi penyusunan semula hakmilik dan pengawalan dalam sektor
syarikat, DPN tidak menetapkan sasaran secara kuantitatif yang khusus. Langkah-
langkah telah diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran yang
secukupnya bagi menguruskan perniagaan dengan lebih cekap dan cemerlang:

i. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam telah dipertanggungjawabkan untuk


merancang dan menyelaras tindakan mereka dengan lebih berkesan terutamanya
dalam mengumpul harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak
Bumiputera.
ii. Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah diperkukuhkan lagi. Amanah Saham
Bumiputera (ASB) merupakan sebahagian daripada strategi PNB ke arah usaha
mengukuhkan tabungan Bumiputera pada sepanjang tempoh DPN yang berakhir pada
penghujung tahun 2000.
12.3 DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)
Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Tempoh masa
perlaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010, iaitu selama 10
tahun.[19] Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan Jangka
Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001 hingga 2010.[20] Dasar ini memberikan
tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar ini juga
bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi
yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.

12.3.1 MATLAMAT UTAMA

i. Membina negara yang berdaya tahan


ii. Mengekalkan usaha membasmi kemiskinan
iii. Membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi.
iv. Ia dirangka bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan juga wilayah.

12.3.2 OBJEKTIF ATAU TERAS UTAMA DASAR WAWASAN NEGARA

i. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan


semangat patriotik, membina masyarakat yang bertolak ansur, penyayang dan
memiliki nilai-nilai positif.
ii. Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan
pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.
iii. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber
pertumbuhan institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.
iv. Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
v. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai langkah strategi untuk
meningkatkan nilai dalam semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya
pemikiran bangsa.
vi. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang
berkebolehan, produktif dan berpengetahuan.
vii. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan
pertumbuhan jangka panjang.

12.3.3 RASIONAL DASAR WAWASAN NEGARA DIPERKENALKAN

i. Membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berteraskan


pengetahuan.
ii. Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber tempatan melalui pengukuhan
pelaburan dalam negara di samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang
berterusan ke dalam bidang yang lebih strategik.
iii. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang lebih dinamik melalui
penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
iv. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan yang
terpencil.
v. Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti untuk sekurang-
kurangnya 30 % menjelang 2010.
Strategi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ialah:

i. Meneruskan pembinaan satu bangsa yang bersatu padu berasaskan kemakmuran


dengan mewujudkan peluang yang banyak untuk semua rakyat.
ii. Mengukuhkan institusi sosial dan kekeluargaan.
iii. Membina kesedaran sivik dan masyarakat yang berbudaya penyayang
iv. Mencapai hak milik dan ekuiti bumiputera sebanyak 30% menjelang 2010.
v. Kemiskinan akan dikurangkan sebanyak 0.5% di semua wilayah di Semenanjung
Malaysia dan di kalangan peribumi Sabah dan Sarawak.
vi. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan.
vii. Mengurangkan kandungan import dan meningkatkan jumlah eksport bagi membantu
mewujudkan lebihan dagangan.
viii. Menggalakkan lagi pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.
ix. Mengekalkan kadar insflasi yang rendah dan harga yang stabil.
x. Menggalakkan tahap tabungan dalam negara yang sesuai sebagai satu sumber penting
yang dilabur.

Kesimpulan

Pengalaman dan sejarah menunjukkan negara berjaya mengukuhkan asas


pertumbuhan ekonomi negara. Proses meningkatkan ekonomi ini perlu dilakukan
secara berterusan terutama untuk memenuhi hasrat dan inspirasi negara mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.

You might also like