You are on page 1of 34

PENGAJIAN AM SEMESTER 2

Bahagian B – ABK – PYQ STPM 2013-2021

STPM 2013 – SOALAN 5

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di Malaysia bagi tahun-tahun yang
dinyatakan.

Sektor perbankan di Malaysia bertambah baik bagi tempoh tahun 2003 hingga tahun
2007.Keadaan politik yang stabil dan ekonomi yang kukuh merupakan faktor yang menyebabkan
keadaan ini. Dalam tempoh tersebut, didapati bank perdagangan telah mempunyai aset yang
meningkat dalam sektor instrumen deposit boleh niaga yang dipegang, sektor pinjaman
pendahuluan, sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia, dan sektor aset asing.
Jumlah keseluruhan aset bank perdagangan pada tahun 2003 ialah sebanyak RM419
839.1 juta dengan sektor instrumen deposit boleh niaga yang dipegang ialah sebanyak
RM6744.7 juta dan sektor pinjaman pendahuluan berjumlah RM355 610.1 juta. Sektor aset tetap
dan aset lain di Malaysia dan sektor aset asing, masing-masing berjumlah RM50 999.9 juta dan
RM6484.4 juta.
Nilai aset bank perdagangan pada tahun 2004 menunjukkan peningkatan dalam semua
sektor.Jumlah aset pada tahun ini ialah sebanyak RM518 819.9 juta. Daripada jumlah tersebut,
sektor pinjaman pendahuluan merupakan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak RM447 453.3 juta dan
sektor aset tetap dan aset lain di Malaysia menduduki tempat kedua, iaitu sebanyak RM58 255.5
juta. Jumlah sektor aset asing pada tahun ini bernilai RM6556.8 juta.
Pada tahun 2005, nilai aset bagi sektor pinjaman pendahuluan masih lagi tertinggi
dengan nilai RM524 722.8 juta, sektor aset asing pula sebanyak RM6602.7 juta, sektor aset
tetap dan aset lain di Malaysia bernilai RM66 439.8 juta dan sektor instrumen deposit bolehniaga
yang dipegang pula berjumlah RM10 092.7 juta.
Nilai sektor aset asing pada tahun 2006 menunjukkan peningkatan yang ketara
berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu pertambahan sebanyak RM4090.6 juta. Sektor
pinjaman pendahuluan meningkat kepada RM580 355.8 juta manakala sektor aset tetap dan
aset lain di Malaysia berjumlah RM85 262.3 juta daripada jumlah keseluruhan aset bank
perdagangan pada tahun yang berkenaan, iaitu sebanyak RM688 348.3 juta.
Pada tahun 2007, terdapat penurunan jumlah aset bank perdagangan bagi sektor aset
tetap dan aset lain di Malaysia, iaitu sebanyak RM38 992.9 juta dari tahun 2006. Namun begitu,
bagi sektor-sektor lain menunjukkan peningkatan. Sektor instrumen deposit bolehniaga yang
dipegang meningkat amat ketara dari tahun sebelumnya. Sektor ini mencatat jumlah sebanyak
RM22 764.0 juta, manakala sektor aset asing dan sektor pinjaman pendahuluan masing-masing
berjumlah RM13 441.9 juta dan RM631 896.3 juta.
Jumlah aset bank perdagangan di Malaysia yang meningkat dalam kebanyakan sektor
menunjukkan kemantapan ekonomi Malaysia dalam tahun-tahun berkenaan dan ditambah
dengan kedudukan nilai mata wang yang kukuh di pasaran antarabangsa.
(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Mac 2009. Buku Tahunan
Perangkaan Malaysia 2008.Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)
1
STPM 2013 – SOALAN 6

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan aliran indeks pengeluaran sektor perindustrian dari tahun 2005 hingga tahun
2009.
Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk indeks tertentu penting untuk
memperlihatkan pertumbuhan pembangunan sosioekonomi negara.Dalam pengeluaran
perindustrian, indeks juga merupakan pengukur penting perkembangan sektor berkenaan.
Dari tahun 2005 hingga tahun 2009, keseluruhan indeks pengeluaran daging telah
meningkat secara berterusan.Daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005, indeks
pengeluaran daging meningkat kepada 105.8 mata pada tahun 2006.Pada tahun 2007, indeks
pengeluaran daging meningkat kepada 110.5 mata dan meningkat sebanyak 1.8 mata pada
tahun 2008.Pada tahun 2009, indeks pengeluaran daging mencecah angka tertinggi, iaitu 115.6
mata.
Dalam tempoh yang sama, bagi pengeluaran tenusu, peningkatan berlaku dengan
ketara sekali. Daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005, indeks pengeluaran tenusu
meningkat kepada 101.9 mata pada tahun 2006 dan meningkat lagi sehingga mencecah 115.8
mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, indeks pengeluaran tenusu ialah sebanyak 121.4 mata
dan mencapai 158.3 mata pada tahun 2009.
Dalam industri bijirin pula, daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005 telah
meningkat kepada 110.5 mata pada tahun 2006. Indeks industri bijirin terus meningkat lagi
kepada 120.2 mata pada tahun 2007.Permintaan yang tinggi terhadap hasil bijirin menyebabkan
indeks pengeluaran bijirin terus meningkat sebanyak 5.6 mata pada tahun 2008 berbanding
dengan tahun 2007. Pada tahun 2009, indeks industri bijirin telah meningkat lagi, iaitu mencecah
angka 135.8 mata.
Bagi industri minuman pula, daripada indeks asas 100 mata pada tahun 2005, telah
merosot kepada 98.5 mata pada tahun 2006, sebelum meningkat semula kepada 105.5 mata
pada tahun 2007. Perkembangan industri membuat minuman sama ada minuman kotak, tin, atau
botol menyebabkan indeks pengeluaran industri ini meningkat kepada 117.2 mata pada tahun
2008. Pada tahun 2009, indeks pengeluaran industri minuman telah meningkat kepada 120.5
mata.
Cukai rokok dan tembakau yang tinggi menyebabkan indeks pengeluaran industri
tembakau menurun kepada 95.7 mata pada tahun 2006 berbanding dengan indeks asas 100
mata pada tahun 2005. Pada tahun 2007, indeks pengeluaran industri tembakau meningkat
semula dan mencapai 99.0 mata sebelum menurun semula sebanyak 5.5 mata pada tahun
2008.Penurunan terus berlaku kepada indeks industri tembakau pada tahun 2009, iaitu menurun
sebanyak 6.0 mata berbanding dengan tahun 2008.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Mac 2010.Buku Tahunan


Perangkaan Malaysia 2009.Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

2
STPM 2013 (U) – SOALAN 5

3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan perubahan keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran mengikut negeri
terpilih dari tahun 2006 hingga anggaran tahun 2010 di Malaysia.

Menjelang tahun 2010, pengeluaran sayur-sayuran akan ditumpukan kepadajenis yang


bernilai tinggi untuk kegunaan tempatan dan pasaran eksport. Pengeluaran sayur-sayuran telah
meningkat pada kadar purata 13.8% setahun ekoran daripada peluasan kawasan tanaman.
Pada tahun 2006, keluasan tanaman sayur-sayuran di negeri Kedah ialah 1013 hektar. Keluasan
ini meningkat kepada 1333 hektar pada tahun 2007 tetapi merosot kepada 1330 hektar pada
tahun 2008 sebelum meningkat kembali sebanyak 430 hektar setahun kemudian. Sayur-sayuran
dijangka akan ditanam di kawasan seluas 1440 hektar pada tahun 2010.
Negeri Kelantan mempunyai kawasan tanaman sayur-sayuran yang paling banyak
berbanding dengan negeri-negeri lain bagi kesemua tahun yang diliputi. Kelantan mencatatkan
keluasan tertinggi pada tahun 2007, iaitu 4287 hektar berbanding dengan keluasan asalnya
sebanyak 3053 hektar pada tahun 2006. Kawasan tanaman sayur-sayuran ini berkurangan pada
tahun berikutnya, iaitu sebanyak 677 hektar dan berkurangan lagi sebanyak 262 hektar
berbanding dengan tahun sebelumnya.Jumlah kawasan tanaman sayur-sayuran dianggarkan
meningkat semula kepada 4100 hektar pada tahun 2010.
Negeri Perak pula mempunyai keluasan kawasan tanaman yang sama bagi tahun 2006
dan 2007, iaitu sebanyak 1385 hektar. Walau bagaimanapun, keluasan kawasan tanaman ini
mengalami pengurangan yang besar, iaitu sebanyak 58.05% pada tahun 2008 tetapi meningkat
semula kepada 1205 hektar setahun kemudian. Harga pasaran kelapa sawit yang tinggi
menyebabkan para petani beralih kepada tanaman tersebut sehingga dijangka mengurangkan
keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran kepada 620 hektar pada tahun 2010.
Keluasan kawasan tanaman sayur-sayuran di Selangor mengalami kemerosotan
sebanyak 711 hektar pada tahun 2007 daripada sejumlah 2382 hektar pada tahun 2006.
Keluasan berkenaan meningkat sebanyak 696 hektar kepada 2367 hektar pada tahun ketiga
tetapi merosot kepada 2334 hektar pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, keluasan kawasan
berkenaan dijangka mencapai paras 2560 hektar pada tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2010,


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia)

3
STPM 2013 (U) – SOALAN 6

4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan hasil Kerajaan Persekutuan antara tahun 2006 dengan
tahun 2007 dan dengan anggaran tahun 2008.

Dalam bajet tahun 2007, beberapa langkah percukaian telah diperkenalkan oleh
kerajaan untuk mengurangkan kos pengendalian perniagaan dan menambah baik iklim
pelaburan negara. Langkah tersebut telah merangsang aktiviti ekonomi sekaligus meningkatkan
hasil kerajaan.Sumber hasil Kerajaan Persekutuan boleh dibahagikan kepada dua sumber
utama, iaitu hasil cukai yang boleh dibahagikan kepada cukai langsung dan cukai tidak langsung
dan satu lagi ialah hasil bukan cukai. Sepanjang tempoh tahun 2006 hingga tahun 2008
(anggaran), hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan terus meningkat, iaitu sebanyak RM106
462 juta pada tahun 2006, meningkat kepada RM124, 043 juta pada tahun 2007 dan
dianggarkan terus meningkat kepada RM128 782 juta pada tahun 2008.
Hasil cukai langsung boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu cukai syarikat, cukai
pendapatan petroleum, dan cukai pendapatan individu.Jumlah hasil cukai langsung pada tahun
2006 ialah RM57 347 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak RM26 477 juta ialah cukai syarikat,
manakala RM20 674 juta ialah cukai pendapatan petroleum dan selebihnya ialah cukai
pendapatan individu. Hasil cukai tidak langsung pada tahun 2006 ialah RM15 109 juta dan
daripada jumlah itu sebanyak RM8577 juta datangnya daripada duti eksais manakala selebihnya
adalah daripada cukai jualan. Bagi hasil bukan cukai pada tahun 2006 pula, kutipannya adalah
daripada hasil lesen dan permit dan juga daripada pendapatan pelaburan, iaitu masing-masing
berjumlah RM9212 juta dan RM24 794 juta.
Pada tahun 2007 pula, hasil cukai langsung kerajaan berjumlah RM65 575 juta.
Daripada jumlah ini, sebanyak RM30 821 juta dikutip daripada cukai syarikat, sebanyak RM22
600 juta dikutip daripada cukai pendapatan petroleum, dan selebihnya datang daripada cukai
pendapatan individu. Jumlah hasil cukai tidak langsung pula ialah sebanyak RM15 644
juta.Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8500 juta ialah duti eksais dan selebihnya ialah
cukai jualan.Hasil bukan cukai pula pada tahun 2007 berjumlah RM42 824 juta.Daripada jumlah
tersebut, sebanyak RM33 568 juta datang daripada pendapatan pelaburan dan selebihnya
datang daripada hasil lesen dan permit.
Sumber hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2008 dianggarkan meningkat sebanyak
RM4739 juta berbanding dengan tahun 2007. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM70 406
juta ialah hasil cukai langsung, manakala sebanyak RM16 200 juta ialah cukai tidak langsung,
dan selebihnya ialah hasil bukan cukai. Pada tahun 2008, hasil cukai syarikat dianggarkan
sebanyak RM34 806 juta, cukai pendapatan petroleum pula sebanyak RM22 235 juta, dan
selebihnya ialah cukai pendapatan individu.Sementara itu, hasil duti eksais pula dianggarkan
sebanyak RM8800 juta dan selebihnya ialah hasil cukai jualan.Hasil pendapatan pelaburan pula
dianggarkan sebanyak RM32 568 juta dan selebihnya ialah hasil lesen dan permit.

(Disesuaikan daripadaLaporan Ekonomi Malaysia 2007/2008


http://www.treasuryigov. my/pdf/economy /0809)

4
STPM 2014 - SOALAN 5

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur dari tahun 2005 hingga
tahun 2009.
Jumlah penduduk Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2009 menunjukkan
peningkatan. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya ialah 26 127 700 orang dan pada tahun
2009 jumlah ini bertambah kepada 28 307 000 orang, iaitu peningkatan sekitar lapan peratus.
Peningkatan ini merupakan petanda baik untuk masa depan negara bagi memastikan agar
bekalan tenaga kerja mencukupi menjelang tahun 2020.
Daripada jumlah tersebut, kumpulan umur 15-64 tahun merupakan kumpulan terbesar,
iaitu melebihi 50 peratus jumlah penduduk Malaysia.Jumlah kumpulan ini pada tahun 2005 ialah
16 483 000 orang dan bertambah kepada 16 859 000 orang pada tahun 2006.Jumlah kumpulan
umur 0-14 tahun pada tahun 2005 pula ialah sebanyak 8 525 300 orang dan jumlah ini
bertambah kepada 8 632 000 orang pada tahun 2006.Jumlah penduduk dalam kumpulan umur
65 tahun dan lebih pada tahun 2005 ialah 1 119 400 orang dan bertambah kepada 1 149 600
orang pada tahun 2006.
Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan dunia perubatan berkembang dan pada
masa yang sama telah menghasilkan ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk memanjangkan
usia penduduk Malaysia. Ini menyebabkan jumlah penduduk dalam kumpulan umur 65 tahun
dan lebih meningkat untuk tiga tahun seterusnya. Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini ialah
sebanyak 1 187 000 orang dan bertambah kepada 1 232 300 orang pada tahun 2008 dan terus
meningkat sebanyak 54 000 orang pada tahun 2009.
Kumpulan umur 15-64 tahun merupakan kumpulan umur yang produktif dan menjadi
tulang belakang kepada perkembangan ekonomi negara. Pada tahun 2007, jumlah kumpulan ini
ialah sebanyak 63.4 peratus atau 17 237 000 orang manakala kumpulan umur 0-14 tahun pula
ialah 8 748 600 orang.
Kumpulan umur 0-14 tahun pada tahun 2008 ialah sebanyak 8 876 200 orang, iaitu 32
peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun berkenaan.Jumlah kumpulan umur
15-64 tahun pula ialah melebihi 8 743 800 orang daripada kumpulan umur 0-14 tahun.Pada
tahun 2009 pula, jumlah kumpulan umur 15-64 tahun ialah sebanyak 18 006 000 orang, iaitu
melebihi 8 991 300 orang daripada kumpulan umur 0-14 tahun.
Suasana Malaysia yang aman dan ekonomi yang berkembang seiring dengan
perkembangan dunia menyebabkan keperluan tenaga kerja amat mendesak. Hal ini demikian
supaya segala pembangunan yang akan dilaksanakan mempunyai tenaga kerja yang kompeten.

(Disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan


Malaysia 2009,Jabatan Perangkaan Malaysia)

5
STPM 2014 - SOALAN 6

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan nilai permohonan bantuan modal yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) daripada beberapa buah koperasi di negara ini dan nilai permohonan yang
diluluskan mengikut jenis projek bagi tahun 2010 dan tahun 2011.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diberikan peruntukan khas untuk memberikan
bantuan modal kepada syarikat-syarikat koperasi yang ada di negara ini bagi membantu
koperasi menjalankan aktiviti yang telah dirancangnya.Walau bagaimanapun, setiap permohonan
tidaklah diluluskan sepenuhnya oleh SKM.Jumlah atau nilai yang diluluskan bergantung kepada
projek yang hendak dijalankan dan kriteria tertentu.
Pada tahun 2010, bagi projek peruncitan dan perniagaan, jumlah atau nilai permohonan
bantuan modal yang diterima oleh SKM ialah sebanyak RM12.52 juta.Daripada jumlah itu, hanya
RM4.46 juta yang diluluskan.Pada tahun yang berikutnya, jumlah permohonan yang diterima
untuk projek ini meningkat dengan banyak, iaitu sebanyak 20.84%.Jumlah yang diluluskan juga
meningkat kepada RM19.22 juta.Permohonan bantuan modal bagi kerja-kerja kontrak pula
secara bandingan mencatat angka yang terkecil.Jumlah permohonan yang diterima pada tahun
2011 hanya meningkat sebanyak RM3.93 juta berbanding dengan jumlahnya pada tahun
2010.Jumlahnya pada tahun 2011 ialah RM13.92 juta.Bagi nilai yang diluluskan pula, jumlahnya
pada tahun 2011 ialah RM8.53 juta.Angka ini merupakan lebihan sebanyak RM4.75 juta
berbanding dengan jumlah yang diluluskan pada tahun 2010.
Bagi projek pengangkutan pula, nilai permohonan bantuan modal yang diterima pada
tahun 2010 ialah sebanyak RM25.62 juta.Pada tahun 2011, jumlah permohonan tersebut turun
secara mendadak, iaitu sebanyak RM7.22 juta.Dari segi nilai yang diluluskan pada tahun 2011
pula adalah kecil, iaitu hanya RM4.42 juta.Angka ini menunjukkan pengurangan yang ketara,
iaitu sebanyak RM19.04 juta berbanding dengan tahun sebelumnya.
Permohonan bantuan modal bagi projek pembinaan mencatat angka yang tertinggi, iaitu
nilai permohonan pada tahun 2010 ialah sebanyak RM47.93 juta tetapi pada tahun yang
berikutnya naik sebanyak RM50.57 juta, satu kenaikan yang mencatat angka melebihi 100%.
Dari segi jumlah yang diluluskan pula, nilainya pada tahun 2011 ialah sebanyak RM40.81 juta,
meningkat sebanyak RM15.16 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Bagi projek pertanian
pula, pada tahun 2010, nilai permohonan yang diterima mencatat angka RM40.50 juta, tetapi
nilai yang diluluskan hanya RM18.19 juta.Tahun yang berikutnya mencatat nilai yang menurun,
iaitu jumlah permohonan hanya mencatat nilai RM27.12 juta, manakala nilai yang diluluskan
berjumlah RM13.79 juta.

(Disesuaikan daripada Tabung Modal Pusingan SKM Bantu Biaya

Aktiviti Koperasi, Utusan Malaysia, 29 Mac, 2012)

6
STPM 2014 (U) - SOALAN 5

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran komoditi perikanan mengikut jenis dan aliran jumlah
hasil pengeluaran komoditi perikanan di Malaysia bagi tempoh sepanjang tahun 2006 hingga
tahun 2010.
Sektor perikanan dikategorikan kepada tangkapan ikan marin dan pengeluaran
akuakultur. Aktiviti akuakultur merangkumi pengeluaran ikan, kerang-kerangan, tiram, rumpai
laut, dan lain di laut, tasik, kolam atau sungai. Sepanjang tempoh lima tahun, iaitu dari tahun
2006 hingga tahun 2010, pengeluaran komoditi perikanan menunjukkan peningkatan. Pada
tahun 2006, kuantiti pengeluaran ikan marin ialah sebanyak 1 379 770 tan metrik berbanding
dengan pengeluaran akuakultur, iaitu sebanyak 212 027 tan metrik sahaja.

Pada tahun 2008 pula, kuantiti pengeluaran ikan marin ialah sebanyak 1 394531 tan
metrik, iaitu meningkat sebanyak 13 107 tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun
2007. Begitu juga dengan kuantiti pengeluaran akuakultur, iaitu pada tahun 2008
pengeluarannya ialah sebanyak 354 428 tan metrik berbanding dengan pengeluarannya pada
tahun 2007, iaitu sebanyak 268 514 tan metrik. Kuantiti pengeluaran ikan marin menunjukkan
kemerosotan yang sedikit pada tahun 2009, berbanding dengan tahun 2008. Pengeluaran pada
tahun 2009 ialah sebanyak 1 393 226 tan metrik. Walau bagaimanapun, pengeluaran ini
meningkat semula pada tahun 2010, iaitu sebanyak 35 655 tan metrik. Dalam tempoh yang
sama, kuantiti pengeluaran akuakultur terus menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2009,
kuantiti pengeluaran akuakultur ialah sebanyak 472 306 tan metrik dan terus meningkat
sebanyak 108 742 tan metrik pada tahun 2010.

Tentang hasil pengeluaran ikan marin pula, pada tahun 2006, ia menyumbang sebanyak
RM4916 juta dan meningkat kepada RM5039 juta pada tahun 2007. Pada tahun 2008, hasil
pengeluaran ikan marin telah meningkat lagi sebanyak RM581 juta berbanding dengan tahun
sebelumnya. Hal ini menunjukkan sumbangan sektor ini dalam industri perikanan semakin kukuh
dan berkembang. Pada tahun 2010, sumbangan hasil pengeluaran ikan marin mencatat
sebanyak RM6651 juta, iaitu telah meningkat sebanyak RM329 juta berbanding dengan tahun
2009.

Sumbangan hasil daripada pengeluaran akuakultur juga turut meningkat sepanjang lima
tahun berkenaan. Pada tahun 2010, hasil pengeluaran akuakultur ialah sebanyak RM2773 juta,
iaitu meningkat sebanyak RM1482 juta berbanding dengan tahun 2006.Berbanding dengan
tahun 2006, pada tahun 2007 hasil pengeluaran akuakultur telah meningkat sebanyak RM102
juta dan pada tahun berikutnya hasil pengeluaran ini meningkat lagi kepada RM1740 juta.Pada
tahun 2009, sumbangan hasil pengeluaran akuakultur telah melangkau angka dua ribu, iaitu
telah mencecah nilai RM2321 juta.

Jumlah keseluruhan hasil pengeluaran kedua-dua jenis komoditi itu pada tahun 2006
yang cuma RM6207 juta telah melonjak kepada RM9424 juta pada tahun 2010, iaitu meningkat
sebanyak RM3217 juta sepanjang tempoh lima tahun berkenaan.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,http://www.dof.gov.my/portal)

7
STPM 2014 (U) - SOALAN 6

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan unjuran permintaan komoditi makanan utama terpilih bagi tempoh tahun
2010 hingga tahun 2020 (anggaran).

Usaha untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, dan mampu dibeli akan
diteruskan melalui program peningkatan pengeluaran dan produktiviti komoditi makanan.

Beras yang menjadi makanan ruji penduduk Malaysia dijangka masih lagi menjadi pilihan utama
menjelang tahun 2020. Permintaan terhadap beras pada tahun 2010 ialah sebanyak 2300 ribu tan metrik
dan dijangka meningkat sebanyak 195 ribu tan metrik atau 8.48% lima tahun kemudian. Bagi menampung
permintaan penduduk yang terus bertambah, kerajaan telah mengusahakan penanaman padi berskala
besar dengan menyatukan sawah padi yang berskala kecil dan bertaburan melalui pewujudan estet padi.
Usaha tersebut adalah selaras dengan peningkatan permintaan penduduk terhadap beras yang dijangka
mencecah 2685 ribu tan metrik pada tahun 2020.

Peningkatan pendapatan pengguna dan perubahan demografi dijangka mengubah diet


pemakanan penduduk.Perubahan tersebut menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran
mendapat permintaan yang tinggi.Pada tahun 2010, permintaan bagi buah-buahan ialah
sebanyak 2689 ribu tan metrik, iaitu melebihi permintaan bagi sayur-sayuran sebanyak 1109 ribu
tan metrik. Permintaan bagi buah-buahan dijangka terus mengatasi permintaan bagi
sayur-sayuran sebanyak 1086 ribu tan metrik pada tahun 2015. Permintaan terhadap
sayur-sayuran pada tahun 2015 dijangka sebanyak 1907 ribu tan metrik.Pada tahun 2020,
dijangka terdapat sebanyak 3365 ribu tan metrik permintaan terhadap buah-buahan, manakala
permintaan bagi sayur-sayuran pula masih kurang daripada buah-buahan, iaitu dijangka sekitar
2454 ribu tan metrik.

Permintaan terhadap daging lembu dan kerbau adalah paling rendah berbanding dengan
komoditi makanan lain walaupun permintaan terhadap daging lembu dan kerbau memperlihatkan
aliran peningkatan berterusan. Pada tahun 2010, permintaan terhadap daging lembu dan kerbau
hanyalah sebanyak 162 ribu tan metrik dan dijangka meningkat kepada 194 ribu tan metrik pada
tahun 2015, sebelum dijangka menokok lagi sebanyak 19.59% pada tahun 2020. Harga daging
ayam dan itik yang lebih murah di pasaran menyebabkan trend permintaan terhadap komoditi ini
lebih tinggi daripada daging lembu dan kerbau. Pada tahun 2010, permintaan bagi daging ayam
dan itik melebihi permintaan terhadap daging lembu dan kerbau sebanyak 851 ribu tan metrik.
Permintaan bagi daging ayam dan itik dijangka meningkat sebanyak 1163 ribu tan metrik lima
tahun kemudian dan dijangka meningkat lagi sebanyak 1327 ribu tan metrik pada tahun 2020.

Pada tahun 2020, permintaan terhadap ikan dijangka sebanyak 1918 ribu tan metrik, iaitu
peningkatan sebanyak 20.40% berbanding dengan tahun 2015. Pada tahun 2010 pula, terdapat sebanyak
1315 ribu tan metrik sahaja permintaan terhadap ikan. Dasar Jaminan Makanan Negara yang digubal
diharap dapat membantu penduduk Malaysia meringankan beban peningkatan kos pengeluaran di
samping menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani demi memastikan permintaan penduduk
terhadap komoditi makanan dapat dipenuhi.

(Disesuaikan daripada Dasar Agromakanan Negara 2011-2020,Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia, Disember 2011)

8
STPM 2015 - SOALAN 5

9. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan penggunaan air bermeter mengikut sektor dan negeri terpilih bagi tempoh
tahun 2008 hingga tahun 2010 di Semenanjung Malaysia.

Permintaan terhadap air bermeter untuk kegunaan domestik dan bukan domestik semakin
bertambah bagi menampung keperluan semua pengguna termasuk rumah kediaman, hotel, premis
perniagaan, kilang, sekolah, universiti, dan jabatan kerajaan. Kadar penggunaan air bermeter oleh sektor
domestik mewakili antara 40% hingga 60% daripada keseluruhan bekalan air yang disediakan dan purata
keperluan domestik per kapita di Malaysia ialah 230 liter sehari.

Pada tahun 2008, penggunaan air bermeter oleh sektor domestik dan bukan domestik di
negeri Johor mengatasi negeri-negeri lain. Daripada sejumlah 982 juta liter sehari penggunaan
air, 69.45% telah digunakan oleh sektor domestik dan yang selebihnya digunakan oleh sektor
bukan domestik. Penggunaan air bermeter oleh sektor domestik di Kedah pula ialah sebanyak
470 juta liter sehari, iaitu melebihi sebanyak 303 juta liter sehari penggunaan air oleh sektor
bukan domestik. Walaupun penggunaan air oleh sektor domestik di Pulau Pinang pada tahun
2008 adalah paling sedikit, iaitu sebanyak 439 juta liter sehari tetapi sektor bukan domestik telah
mencatatkan penggunaan air yang tertinggi, iaitu sebanyak 305 juta liter sehari.

Negeri Johor masih menunjukkan penggunaan air bermeter yang lebih tinggi daripada
negeri Kedah dan Pulau Pinang pada tahun 2009 ekoran daripada pertambahan penduduk di
negeri tersebut. Penggunaan air bermeter untuk sektor domestik di Johor meningkat kepada 713
juta liter sehari. Walau bagaimanapun, penggunaan air oleh sektor bukan domestik berkurang
kepada 285 juta liter sehari berbanding dengan tahun 2008. Penggunaan air oleh sektor bukan
domestik di Pulau Pinang juga berkurang kepada 288 juta liter sehari, iaitu pengurangan
sebanyak 5.57% daripada tahun 2008. Penggunaan air bermeter bagi sektor domestik pula
meningkat sebanyak 12 juta liter sehari kepada 451 juta liter sehari. Di negeri Kedah,
penggunaan air bermeter bagi kedua-dua sektor tersebut meningkat, iaitu masing-masing
menokok sebanyak 4 juta liter sehari berbanding dengan tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010, pengguna sektor domestik bagi kesemua negeri terlibat telah meningkatkan
penggunaan air bermeter daripada 1638 juta liter sehari pada tahun 2009 kepada 1692 juta liter sehari.
Sebanyak 494 juta liter sehari daripada sejumlah 1692 juta liter sehari digunakan oleh sektor domestik di
Kedah dan 730 juta liter sehari lagi merupakan penggunaan sektor domestik di Johor. Jumlah selebihnya
digunakan oleh sektor domestik di Pulau Pinang. Bagi pengguna sektor bukan domestik, Pulau Pinang
terns unggul di tempat pertama pada tahun 2010 dengan penggunaan air sebanyak 315 juta liter sehari,
iaitu melebihi sebanyak 9 juta liter sehari daripada penggunaan air di Johor. Sektor bukan domestik di
Kedah masih merupakan pengguna air bermeter yang paling sedikit, iaitu sebanyak 189 juta liter sehari
pada tahun 2010. Bagi menampung permintaan air bermeter yang terus meningkat, kerajaan telah
memajukan projek bekalan air daripada sumber-sumber baharu dan membaik pulih keupayaan loji-loji air
sedia ada, selain menyarankan pengguna domestik supaya mengamalkan penjimatan semasa
menggunakan air.
(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2011,
Jabatan Perangkaan Malaysia, Disember 2011)

9
STPM 2015 - SOALAN 6

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut negara asal dan
mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011.

Dalam usaha untuk mengawal kemasukan pekerja asing, terdapat program penyelesaian
menyeluruh yang antaranya ialah peringkat pemutihan dan pengampunan ke atas pendatang
asing tanpa izin (PATI). Pada 16 Disember 2011, jumlah pekerja asing mengikut tujuh negara
terpilih yang mengalami pemutihan dan pengampunan berjumlah 116 690 orang dan daripada
jumlah tersebut seramai 66 978 orang ialah pekerja asing yang mengalami proses pemutihan
dan selebihnya di bawah proses pengampunan.

PATI dari negara Indonesia adalah yang paling ramai yang mengalami peringkat
pemutihan dan pengampunan. Pekerja asing dari Indonesia yang mengalami peringkat
pemutihan berjumlah 42 544 orang, iaitu berlebih sebanyak 7402 orang berbanding dengan
mereka yang terlibat dengan peringkat pengampunan.

Pekerja dari Bangladesh berjumlah 15 946 orang. Pekerja-pekerja ini memenuhi


keperluan dalam sektor-sektor tertentu, terutamanya sektor perladangan dan perkilangan. Pada
tempoh yang sama, warga Myanmar yang terlibat dalam peringkat pemutihan berjumlah 6527
orang dan disahkan sebagai pekerja asing di negara ini, manakala yang terlibat dalam peringkat
pengampunan seramai 2467 orang dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka.

Seterusnya, wujud perbezaan yang besar bagi PATI yang datang dari negara India.
Mereka yang terlibat dalam peringkat pengampunan berjumlah 4039 orang. Mereka dibenarkan
pulang ke negara asal mereka. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding dengan hanya 903 orang
yang disahkan sebagai pekerja asing di negara ini. Pekerja asing dari negara Nepal yang
berjumlah 4873 orang telah diberikan pemutihan dan pengampunan.

Sejumlah 612 orang pekerja asing dari Vietnam yang mengalami peringkat pemutihan
dan diterima bekerja di negara Malaysia. Namun begitu, seramai 1289 orang diberikan
pengampunan dan dibenarkan pulang ke negara asal mereka. PATI dari negara Kemboja yang
diberikan pemutihan dan pengampunan ialah seramai 2348 orang.

Program penyelesaian menyeluruh merupakan suatu usaha untuk menangani lambakan


pekerja asing yang boleh menggugat peluang pekerjaan rakyat tempatan.

(Disesuaikan daripada Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri, Malaysia, 2012)

10
STPM 2015 (U) - SOALAN 5

11. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
mengikut sektor terpilih dari tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan).

Perkembangan dalam pembangunan ekonomi Malaysia telah meningkatkan KDNK pada


setiap tahun. Perkembangan dalam sector-sektor terpilih pula menunjukkan bahawa ekonomi
negara ini semakin mantap pada setiap tahun. Dari tahun 2010 hingga tahun 2012, sector ini
didapati meningkat dan dijangkakan pada tahun 2013 terus meningkat dengan kadar yang lebih
tinggi.

Pada tahun 2010, jumlah KDNK sebanyak RM287 643 juta dan dijangka meningkat
kepada RM319 198 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2010, sektor pertanian menyumbang
sebanyak RM51 263 juta dan dijangka meningkat sebanyak RM5651 juta pada tahun 2013.
Walaupun sumbangan sektor pertanian kurang berbanding dengan sektor lain, namun KDNK
tetap meningkat pada setiap tahun. Pada tahun 2012, jumlahnya lebih tinggi berbanding dengan
tahun 2011 iaitu sebanyak RM451 juta. Pada tahun 2012, jumlahnya ialah RM54 750 juta.

KDNK sektor perlombongan dan kuari tidak stabil pada tempoh berkenaan. Harga
pasaran yang tidak stabil mempengaruhi jumlah berkenaan. Dalam tempoh tersebut KDNK
paling tinggi dijangka pada tahun 2013, iaitu RM66 351 juta berbanding dengan RM66 122 juta
pada tahun 2010. Pada tahun 2011, nilainya menurun sebanyak RM3788 juta berbanding
dengan tahun 2010. Pada tahun 2012, nilainya meningkat sedikit kepada RM63 220 juta.

KDNK sektor perkilangan meningkat agak ketara dalam tempoh berkenaan. Pada tahun
2010, sector ini menyumbang sebanyak RM170 258 juta, meningkat kepada RM178 333 juta
pada tahun berikutnya dan meningkat lagi sebanyak RM8535 juta pada tahun 2012, manakala
pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM195 933 juta. Sektor perkilangan ini
menyumbang pendapatan yang besar kepada negara dengan pembinaan kawasan industri dan
pembinaan banyak kilang baharu di seluruh negara.

Keseluruhannya, semua sektor menjadi penyumbang yang sentiasa menunjukkan


peningkatan kecuali sector perlombongan dan kuari.Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia
mempunyai urus tadbir yang betul kea rah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada
suatu hari nanti.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

11
STPM 2015 (U) - SOALAN 6

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah perlindungan
PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaan yang telah dilaporkan dan diselesaikan dari
tahun 2007 hingga tahun 2009.

Pelbagai perlindungan telah diwujudkan untuk membantu golongan pekerja di Malaysia.


Salah satunya adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). PERKESO
ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja-pekerja daripada
kejadiaan luar jangka, seperti kemalangan perusahaan, keilatan, dan kematian. Dalam hal ini,
pihak majikan akan membayar caruman bulanan bagi setiap pekerjanya yang layak mengikut
kadar yang telah ditetapkan dalam jadual caruman PERKESO.

Bilangan majikan yang berdaftar menunjukkan peningkatan sepanjang tahun 2007 hingga
tahun 2009. Pada tahun 2007, seramai 649 603 orang majikan telah didaftar dalam PERKESO.
Jumlah ini telah bertambah seramai 74 689 orang pada tahun 2009. Pada Tahun sebelumnya,
jumlah ini telah mengalami pengurangan seramai 39 827 orang berbanding dengan tahun 2009.
Golongan majikan merupakan pelindung utama kepada para pekerja di bawah jagaannya.

Bagi kumpulan penerima faedah perlindungan PERKESO pula, bilangan mereka juga
mengalami pertambahan. Pada tahun 2007, seramai 290 463 orang pekerja telah menerima
faedah melalui PERKESO, manakala pada tahun 2008 jumlah ini telah meningkat kira-kira
2.62% daripada tahun 2007. Jumlah ini terus bertambah menjadi 324 784 orang pada tahun
2009.

PERKESO juga merekodkan bilangan kes kemalangan perusahaan yang dilaporkan di


bawah Akta Pampasan Pekerja. Sebanyak 56 339 kes telah dilaporkan kepada PERKESO pada
tahun 2007. Jumlah ini mengalami penurunan sebanyak 2206 kes pada tahun berikutnya dan
mengalami peningkatan sebanyak 1075 kes pada tahun 2009.

Keadaan yang tidak tekal juga berlaku pada bilangan kes kemalangan perusahaan yang
Berjaya diselesaikan. Pada tahun 2007, sebanyak 44 688 kes telah diselesaikan dengan
bantuan PERKESO. Pada tahun 2008 pula, kes ini mencatat peningkatan sebanyak 9445 kes.
Pada tahun 2009, kes kemalangan perusahaan yang telah diselesaikan telah mencatat
penurunan sebanyak 6.6% berbanding dengan tahun 2008.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2010,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

12
STPM 2016 - SOALAN 5

13. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan pembahagian guna tenaga mengikut industri terpilih pada tahun 2011
dan tahun 2012.

Bilangan guna tenaga di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun selaras dengan
pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi negara. Sesebuah negara yang mahu
meningkat maju perlu memperbanyak peluang pekerjaan. Peningkatan guna tenaga pada tahun
2011 dan tahun 2012 ini meliputi semua industri terpilih.

Guna tenaga dalam industri terpilih ini menunjukkan peningkatan sebanyak 438 500
orang pada tahun 2012 berbanding dengan 12 284 500 orang pada tahun 2011. Selain
pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi negara, pertambahan ini juga berlaku
kerana kemasukan pekerja dari negara asing. Industri yang paling banyak memerlukan guna
tenaga ialah industri perkhidmatan, iaitu menggunakan guna tenaga seramai 7 442 600 orang
pada tahun 2011. Keperluan dalam sektor perhotelan, restoran, dan pengangkutan
menyebabkan industri perkhidmatan ini memerlukan guna tenaga yang lebih ramai pada tahun
2012, iaitu seramai 7 649 200 orang.

Dalam industri perkilangan, bilangan guna tenaga yang diperlukan adalah ramai selaras
dengan kemajuan negara. Pada tahun 2011, bilangan guna tenaga seramai 2 222 300 orang
diperlukan dan bilangan ini meningkat sebanyak 5600 orang pada tahun berikutnya. Kawasan
perindustrian yang dibina di setiap negeri meningkatkan bilangan ini dan pelbagai kilang didirikan
di kawasan berkenaan.

Dalam industri pertanian, perhutanan, penternakan, dan perikanan, guna tenaga tetap
tinggi walaupun tidak mencecah satu perempat guna tenaga keseluruhan. Pada tahun 2011,
bilangan guna tenaga sebanyak 1 410 000 orang dan meningkat sedikit menjadi 1 601 700
orang pada tahun 2012. Penggunaan teknologi moden mungkin mengurangkan penggunaan
tenaga manusia dalam industri ini berbanding dengan industri lain.

Industri pembinaan merupakan industri ketiga tertinggi penggunaan guna tenaga


walaupun tumpuan industri ini banyak di kawasan bandar dan pinggir bandar. Pada tahun 2011,
jumlah guna tenaga ialah 1 133 600 orang. Jumlah ini meningkat kepada 1 163 700 orang pada
tahun 2012. Industri perlombongan dan kuari mencatatkan bilangan guna tenaga paling rendah
dalam kalangan industri terpilih. Bilangan lombong dan kuari yang semakin sedikit di negara ini,
telah menyebabkan guna tenaga yang ramai tidak diperlukan dalam industri ini berbanding
dengan industri lain. Walaupun begitu, ada peningkatan bilangan guna tenaga pada tahun 2012
berbanding dengan tahun 2011. Pada tahun 2011, bilangan guna tenaga ialah sebanyak 76 000
orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 4500 orang pada tahun 2012.

Guna tenaga yang semakin meningkat ini menunjukkan perkembangan dalam pembangunan
negara. Bilangan guna tenaga yang cukup besar dalam industri perkhidmatan dan perkilangan
menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

(Disesuaikan drp Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2013, Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

13
STPM 2016 - SOALAN 6

14. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pelawat tempatan dan pelawat luar negara yang
mengunjungi taman laut di negeri-negeri terpilih di Malaysia dari tahun 2007 hingga tahun 2009.

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang berada dalam lingkungan zon dua batu
nautika dari tikas air surut terendah. Taman laut ini diwujudkan untuk melindungi dan memulihara
pelbagai habitat dan hidupan akuatik. Taman seperti ini telah menarik ramai pelawat tempatan
dan luar negara. Taman ini telah dijadikan sebagai tempat rekreasi dan penyelidikan.

Menurut rekod Jabatan Taman Laut Malaysia, pada tahun 2007, sejumlah 110 629 orang
pelawat telah berkunjung ke taman laut di Kedah dan daripada jumlah tersebut seramai 86 049
orang merupakan pelawat luar negara. Selain Kedah, pelawat tempatan dan pelawat luar negara
juga berkunjung ke taman laut di Terengganu. Akan tetapi, di Terengganu, jumlah pelawat
tempatan melebihi jumlah pelawat luar negara, iaitu sebanyak 74.6% daripada jumlah
keseluruhan pelawat. Jumlah keseluruhan pelawat di situ ialah 151 397 orang. Taman laut di
Pahang pula mencatat jumlah pelawat kedua tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.
Pelawat tempatannya seramai 73 688 orang manakala pelawat luar negara ialah seramai 75 312
orang. Taman laut di Johor pula mencatat kunjungan pelawat seramai 66 656 orang. Jumlah ini
agak kecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Daripada jumlah tersebut, seramai 15 098
orang ialah pelawat luar negara.

Pada tahun 2008 pula, taman laut bagi empat buah negeri terpilih masih menarik
perhatian pelawat luar negara. Taman laut di Pahang telah mencatat jumlah pelawat paling
tinggi, iaitu 191 929 orang. Sebanyak 65% daripada jumlah pelawat di Pahang terdiri daripada
pelawat tempatan dan selebihnya ialah pelawat luar negara. Taman laut di Johor pula mencatat
jumlah pelawat paling sedikit, iaitu seramai 68 664 orang. Pelawat tempatan ialah seramai 41
199 orang manakala pelawat luar negara pula adalah yang selebihnya. Bagi Kedah dan
Terengganu pula, kedua-dua negeri itu mencatat jumlah pelawat seramai 96 071 orang dan 151
824 orang. Jumlah pelawat luar negara bagi kedua-dua negeri ialah seramai 72 773 orang di
Kedah dan 22 292 orang di Terengganu, manakala selebihnya ialah pelawat tempatan.

Kunjungan pelawat ke taman laut di negeri-negeri terpilih telah menunjukkan peningkatan


pada tahun 2009. Taman laut di Pahang masih mencatat kunjungan pelawat paling tinggi, iaitu
194 392 orang dan diikuti oleh Terengganu, iaitu seramai 170 126 orang. Kedah pula mencatat
jumlah ketiga tinggi, iaitu seramai 102 866 orang, manakala Johor pula mencatat jumlah pelawat
yang rendah, iaitu seramai 63 374 orang sahaja. Pelawat tempatan juga telah menyumbang
keuntungan kepada pihak Jabatan Taman Laut Malaysia. Hal ini demikian kerana kunjungan
mereka turut mencatat jumlah tertentu di negeri-negeri terpilih, seperti di Pahang, iaitu seramai
105 867 orang, diikuti Terengganu, iaitu seramai 99 434 orang, 38 025 orang pula di Johor, dan
seramai 25 454 orang di Kedah. Pelawat-pelawat luar negara pula adalah yang selebihnya.

(Disesuaikan daripada Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia,


kemas kini pada 26 Mac 2013)

14
STPM 2016 (U) - SOALAN 5

15. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah penggunaan air oleh pelbagai sektor di negeri Sarawak dari
tahun 2008 hingga tahun 2011.

Air amat diperlukan dalam setiap aktiviti kehidupan. Penggunaannya pada setiap tahun
telah menunjukkan peningkatan. Air yang mencukupi akan memudahkan segala urusan, sama
ada urusan yang melibatkan hal domestik ataupun komersial.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, penggunaan air bagi tempoh empat
tahun di negeri Sarawak telah menunjukkan peningkatan. Sejumlah 247 976 ribu meter padu air
telah digunakan pada tahun 2008 dan penggunaan ini meningkat kepada 263 279 ribu meter
padu pada tahun berikutnya. Daripada jumlah tersebut, penggunaan air oleh sektor domestik,
terutamanya kediaman penduduk di negeri Sarawak mencatat rekod yang paling tinggi
berbanding dengan sektor lain, iaitu 147 648 ribu meter padu pada tahun 2008. Penggunaan air
ini meningkat sebanyak 14 057 ribu meter padu pada tahun 2009.

Bagi sektor perindustrian dan perniagaan pula, penggunaan air pada tahun 2009 ialah
sebanyak 75 050 ribu meter padu berbanding dengan 71 606 ribu meter padu pada tahun 2008.
Penggunaan air bagi sektor pentadbiran pula, terutamanya bagi pihak kerajaan pada tahun 2008
dan 2009 ialah masing-masing sebanyak 22 456 ribu meter padu dan 20 757 ribu meter padu.
Penggunaan ini pada tahap yang sederhana dan berhemah. Penggunaan air yang selebihnya
pula adalah untuk kegunaan sektor lain yang merangkumi sektor pertanian, perladangan,
penternakan, dan sebagainya.

Pada tahun 2010 pula, penggunaan air bagi keempat-empat sektor ini ialah berjumlah 3
192 ribu meter padu dan jumlah ini meningkat sebanyak 1 312 ribu meter padu pada tahun 2011.
Sebanyak 61.2 peratus daripada jumlah air pada tahun 2010 telah digunakan oleh sektor
domestik, manakala sebanyak 77 974 ribu meter padu air digunakan oleh sektor perindustrian
dan perniagaan. Penggunaan air daripada sektor ini telah merosot sebanyak 24.7 peratus pada
tahun 2011 berbanding dengan tahun sebelumnya. Sektor pentadbiran pula telah menggunaan
air sebanyak 21 504 ribu meter padu dan sektor lain pula mencatat penggunaan air yang
selebihinya pada tahun 2010.

Sektor domestik telah menggunakan air sebanyak 167 809 ribu meter padu pada tahun
2011. Pada tahun yang sama, penggunaan air oleh sektor pentadbiran di negeri Sarawak
mencatat peningkatan yang besar, iaitu sebanyak 93.3 peratus berbanding dengan penggunaan
air pada tahun 2010. Sektor lain pula mencatat penggunaan air sebanyak 6 414 ribu meter
padu.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2012,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

15
STPM 2016 (U) - SOALAN 6

16. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan
mengikut negeri terpilih pada tahun 2012 dan tahun 2013 di Malaysia.

Pendidikan di Malaysia boleh diperoleh dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah


swasta, atau secara persendirian. Kementerian Pendidikan Malaysia dipertanggungjawabkan
sepenuhnya untuk menguruskan pembangunan pendidikan pada peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan. Tempoh persekolahan wajib antara
12 hingga 13 tahun, di samping peningkatan bilangan pelajar yang layak mendapat pendidikan
telah menyebabkan bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah bertambah dari semasa ke
semasa.

Negeri Johor, Kelantan, Selangor, dan Kedah merupakan negeri di Malaysia yang
mempunyai bilangan sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan yang banyak pada tahun
2012. Negeri Johor mencatatkan bilangan sekolah kerajaan yang terbanyak, iaitu sebanyak 1143
buah. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 893 buah ialah sekolah rendah dan selebihnya ialah
sekolah menengah. Bilangan sekolah kerjaaan di Kelantan pula kurang sebanyak 48.47 peratus
berbanding dengan bilangan sekolah kerajaan di Johor. Negeri Kelantan hanya mempunyai 418
buah sekolah rendah dan 171 buah sekolah menengah.

Permintaan yang tinggi terhadap pendidikan rendah di Selangor menyebabkan sebanyak


648 buah sekolah rendah kerajaan telah didirikan pada tahun 2012. Bilangan sekolah rendah ini
lebih sebanyak 379 buah daripada bilangan sekolah menengah di negeri berkenaan. Bilangan
sekolah kerajaan di Kedah pula sedikit bilangannya berbanding dengan sekolah kerajaan di
Selangor. Di Kedah, bilangan sekolah rendah ialah sebanyak 539 buah dan bilangan sekolah
menengah pula sebanyak 181 buah.

Pada tahun 2013, bilangan sekolah kerajaan di semua negeri yang terlibat menunjukan
peningkatan daripada tahun sebelumnya. Bilangan sekolah kerajaan di Johor masih mendahului
negeri-negeri lain. Bilangan sekolah rendah di Johor ialah sebanyak 903 buah, iaitu lebih
sebanyak 69.99 peratus daripada bilangan sekolah menengah di negeri tersebut. Bilangan
sekolah rendah di Kelantan adalah sama seperti pada tahun 2012, tetapi bilangan sekolah
menengah di negeri berkenaan meningkat sedikit kepada 173 buah.

Trend pertambahan bagi kedua-dua jenis sekolah ini turut ditunjukkan oleh negeri
Selangor dan negeri Kedah pada tahun 2013. Bagi sekolah rendah, pertambahan di Selangor
hanyalah sebanyak dua buah dan di Kedah pula meningkat sebanyak tiga buah berbanding
dengan tahun sebelumnya. Bagi sekolah menengah pula, negeri Selangor menunjukkan
pertambahan kepada 271 buah dan negeri Kedah pula meningkat kepada 182 buah.

(Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2013,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

16
STPM 2017 - SOALAN 5

17. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai bagi menunjukkan perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia mengikut sektor bagi
tempoh tahun 2010 hingga tahun 2012.

Perbelanjaan pembangunan kerajaan Malaysia dalam tempoh tiga tahun, iaitu 2010, 2011
dan 2012 telah menurun. Terdapat empat sektor dalam perbelanjaan berkenaan, iaitu
keselamatan, perkhidmatan sosial, perkhidmatan ekonomi, dan pentadbiran awam.

Pada tahun 2010, perbelanjaan dalam sektor keselamatan bernilai RM3970 juta daripada
perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM52 792 juta pada tahun berkenaan. Pada tahun
berikutnya, perbelanjaan sektor ini berjumlah RM4373 juta dan bertambah sebanyak RM10 juta
pada tahun 2012. Perbelanjaan ini berubah-ubah disebabkan oleh keperluan negara dalam
sektor ini meningkat kerana keperluan semasa khususnya operasi tertentu yang berlaku di
sempadan negara, seperti di Sabah.

Perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan sosial yang merujuk kepada pendidikan dan
latihan, kesihatan, dan perumahan sentiasa menurun dalam tempoh berkenaan kerana
keperluan bagi sektor perkhidmatan sosial tersebut hampir lengkap dan adanya langkah
penjimatan oleh pihak kerajaan. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan sebanyak RM20 784
juta. Jumlah perbelanjaan dalam sektor ini menurun dalam tempoh dua tahun berikutnya. Pada
tahun 2012, jumlah perbelanjaan sebanyak RM13 623 juta, iaitu berkurang sebanyak RM2 151
juta dari tahun sebelumnya.

Trend perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan ekonomi berbeza jika dibandingkan


dengan sektor perkhidmatan sosial. Perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan ekonomi sentiasa
meningkat pada setiap tahun kerana keutamaan pada sektor tertentu. Pada tahun 2010, jumlah
perbelanjaannya ialah sebanyak RM26 121 juta. Ia meningkat sebanyak RM2080 juta pada
tahun berikutnya. Pada tahun 2012, jumlah perbelanjaan ini meningkat lagi sebanyak RM1618
juta kepada RM29 819 juta. Penekanan yang lebih kepada bidang pengangkutan dan
perhubungan telah menjadikan perbelanjaan bagi sektor perkhidmatan ekonomi sentiasa
meningkat. Sektor ini diberikan lebih perhatian kerana Malaysia mahu menjadi sebuah negara
maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti.

Sektor terakhir dalam perbelanjaan pembangunan ialah pentadbiran awam. Perbelanjaan


dalam sektor ini paling sedikit berbanding dengan perbelanjaan dalam sektor pembangunan
yang lain. Dalam tempoh tiga tahun berkenaan, perbelanjaan sektor ini pada tahun 2011 adalah
paling sedikit, iaitu RM957 juta. Jumlah ini berkurang sebanyak RM960 juta berbanding dengan
tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, perbelanjaan sektor ini telah bertambah sebanyak
RM467 juta pada tahun berikutnya. Keadaan perbelanjaan yang tidak stabil untuk sektor ini
menunjukkan sifat fleksibel kerajaan yang berbelanja mengikut keperluan semasa.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2012,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

17
STPM 2017 - SOALAN 6

18. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan bilangan kenderaan bermotor yang didaftar dari
tahun 2009 hingga tahun 2010.

Masalah kesesakan jalan raya menjadi isu yang penting kepada pihak kerajaan tempatan
dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengatasinya. Dalam hal ini, bilangan kenderaan di
jalan raya yang semakin meningkat juga menjadi satu daripada punca kesesakan jalan raya.

Bilangan kenderaan bermotor yang didaftar pada tahun 2009 ialah sebanyak 18 816 782
unit, manakala pada tahun 2010 jumlah kenderaan bermotor yang didaftar ialah sebanyak 17
107 704 unit. Jumlah kenderaan bermotor pada amnya adalah lebih rendah pada tahun 2010
berbanding dengan tahun 2009. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh langkah kerajaan
yang menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Pada tahun 2009, bilangan motokar yang didaftar ialah sebanyak 8 506 080 unit. Jumlah
ini telah berkurangan sebanyak 3 391 160 unit pada tahun berikutnya. Kenderaan bermotor
seperti motosikal juga telah didaftar sebanyak 8 940 230 unit. Jumlah ini lebih tinggi berbanding
dengan jumlah yang didaftarkan untuk motokar, iaitu sebanyak 434 150 unit pada tahun yang
sama. Pada tahun 2010, bilangan motosikal yang didaftar ialah sebanyak 10 441 907 unit.

Selain motosikal, ramai orang terutamanya golongan yang berumur 30-an menggunakan
teksi dan kereta sewa untuk sampai ke destinasi. Sebanyak 95 728 unit teksi dan kereta sewa
telah didaftarkan pada tahun 2009. Pada tahun berikutnya, lebih ramai orang mula
menggunakan teksi dan kereta sewa kerana kadar bayaran perjalanan menjadi rendah. Ia
berkurang sebanyak 34% untuk pergi ke destinasi masing-masing. Natijahnya, lebih banyak teksi
dan kereta sewa didaftar untuk digunakan dan berlaku peningkatan sebanyak 17 233 unit
menjadi 112 961 unit.

Bilangan bas yang didaftarkan pada tahun 2010 berkurangan sebanyak 17 432 unit
berbanding dengan bilangan bas yang didaftarkan pada tahun sebelumnya. Bilangan bas yang
didaftarkan pada tahun 2009 ialah sebanyak 66 581 unit. Bilangan kenderaan barang yang
didaftarkan pada tahun 2009 pula ialah sebanyak 736 222 unit. Jumlah ini bertambah akibat
perkembangan ekonomi di bawah Model Baru Ekonomi (MBE). Pada tahun 2010, jumlah
kenderaan bermotor seperti kenderaan barang yang didaftarkan ialah sebanyak 966 177 unit.
Kenderaan lain yang didaftarkan pada tahun 2009 ialah sebanyak 471 941 unit dan bilangan ini
telah berkurangan menjadi 422 590 unit pada tahun berikutnya.

Penggunaan kenderaan bermotor di negara ini telah bertambah dari setahun ke setahun.
Pertambahan ini menunjukkan betapa pentingnya pengangkutan pada hari ini dalam kalangan
penduduk dari pelbagai peringkat usia dan pekerjaan.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2012,


Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia)

18
STPM 2017 (U) - SOALAN 5

19 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan pengusaha produk industri asas tani mengikut kategori
produk dan pola jumlah jualan produk industri asas tani di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2014.

Industri asas tani merupakan satu daripada program utama Jabatan Pertanian di bawah
Program Transformasi Ekonomi. Program ini berjaya melahirkan ramai pengusaha produk
industri asas tani dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pada tahun 2010, bilangan pengusaha makanan tradisi ialah sebanyak 1190 orang.
Walau bagaimanapun, peningkatan pengetahuan dan kemahiran tentang produk makanan
tradisi, seperti pembuatan baulu, dodol, halwa, dan wajik berjaya melonjakkan bilangan
pengusaha produk ini kepada 2947 orang pada tahun 2012. Bilangan ini merupakan peningkatan
sebanyak 423 orang berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan pengusaha produk
makanan tradisi pada tahun 2013 dan pada tahun 2014 masing-masing ialah 2800 orang.

Bilangan pengusaha produk makanan sejuk beku, seperti cucur badak, karipap, samosa,
dan pau di bawah bimbingan Jabatan Pertanian hanya berjumlah 460 orang pada tahun 2010,
dan mengalami peningkatan sebanyak 1040 orang empat tahun berikutnya. Bilangan pengusaha
produk makanan sejuk beku ini ialah sebanyak 1434 orang pada tahun 2013, iaitu merosot
sebanyak empat orang berbanding dengan tahun 2012. Pada tahun 2011, pengusaha yang
melibatkan diri dalam penghasilan makanan sejuk beku ialah sebanyak 1245 orang.

Strategi Jabatan Pertanian berjaya meningkatkan jualan produk industri asas tani
sebanyak RM339.3 juta kepada RM750.50 juta pada tahun 2014 berbanding dengan jualan pada
tahun 2010. Pada tahun 2011, jumlah jualan produk industri asas tani ialah sebanyak RM513.93
juta, iaitu kurang sebanyak RM198.57 juta berbanding dengan tahun 2012. Pada tahun 2013,
jualan produk ini berjumlah RM698.59 juta.

(Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2014,


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, April 2015)

19
STPM 2017 (U) - SOALAN 6

20 Berdasarkan petikan dibawah, sediakan carta yang menunjukkan perbezaan antara pelajar
lelaki dengan pelajar perempuan yang mengikuti bidang Pengajian Sains dan Teknologi di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2012.

Bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta di negara kita merupakan satu fenomena biasa. Keadaan ini dibuktikan
dengan jumlah pelajar perempuan yang mengikuti bidang Sains dan Teknologi di IPTA pada
tahun 2012 ialah sebanyak 28 139 orang. Jumlah ini melebihi sebanyak 5592 orang berbanding
dengan jumlah pelajar lelaki yang mengikuti bidang yang sama pada tahun 2012.

Bilangan pelajar lelaki yang mengikuti bidang Sains Matematik dan Komputer ialah
sebanyak 5474 orang. Pelajar perempuan pula sebanyak 10 280 orang, iaitu melebihi 4806
orang berbanding dengan pelajar lelaki. Keadaan sebaliknya berlaku dalam bidang Kejuruteraan,
Pembuatan, dan Pembinaan. Pelajar lelaki masih kekal mengatasi pelajar perempuan. Bilangan
pelajar lelaki ialah sebanyak 14 079 orang, iaitu melebihi pelajar perempuan sebanyak 2511
orang.

Bidang Pertanian dan Veterinar masih diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar
perempuan yang mengikuti bidang ini misalnya di Universiti Putra Malaysia ialah sebanyak 1728
orang atau 6.14 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pelajar lelaki hanya sebanyak 1305 orang
atau sebanyak 5.79 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar lelaki. Bidang Kesihatan dan
Kebajikan juga diminati oleh pelajar perempuan. Bilangan pelajar perempuan ialah sebanyak
4563 orang, pelajar lelaki pula hanya 1689 orang, iaitu kurang sebanyak 2874 orang jika
dibandingkan dengan pelajar perempuan.

Kerajaan telah berusaha untuk menyeimbangkan bilangan pelajar lelaki dan perempuan
di IPTA.

(Disesuaikan daripada Indikator Pengajian Tinggi Malaysia 2011-2012,


Kementerian Pendidikan Malaysia)

20
STPM 2018 - SOALAN 5

21. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan calon tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dari tahun 2012 hingga tahun 2014.
Tapisan keutuhan oleh SPRM melibatkan lima jenis tapisan, iaitu kenaikan pangkat,
bersara pilihan, tapisan am, pengurniaan pingat persekutuan, dan pengurniaan pingat negeri.
Tapisan tersebut perlu dilakukan bagi memastikan calon yang dipilih mempunyai rekod
perkhidmatan yang bersih, sahsiah yang baik, integriti yang tinggi, dan bebas daripada jenayah
rasuah.
Sepanjang tahun 2012, sebanyak 193 149 calon terlibat dalam proses tapisan
berkenaan. Tapisan keutuhan bagi kenaikan pangkat mencatatkan calon yang paling ramai, iaitu
sebanyak 165 317 orang, manakala seramai 3579 calon melalui proses tapisan keutuhan kerana
memilih untuk bersara pilihan. Bilangan calon jenis tapisan am pula mengatasi calon bersara
pilihan sebanyak 4888 orang. Bagi memastikan kredibiliti penerima pingat tidak dipertikaikan,
sebanyak 1706 calon bagi pengurniaan pingat persekutuan telah melalui saringan tapisan
keutuhan SPRM, dan selebihnya terdiri daripada calon tapisan bagi pengurniaan pingat negeri.
Tapisan keutuhan bagi kenaikan pangkat telah merosot sebanyak 17.03% kepada 137
162 orang setahun kemudian. Tapisan bagi pengurniaan pingat negeri masih melibatkan calon
yang kedua ramai pada tahun 2013, walaupun bilangannya berkurang kepada 12 657 orang.
Bilangan calon tapisan keutuhan bagi pengurniaan pingat persekutuan pula meningkat sebanyak
20.11% pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012. Tapisan bagi calon bersara pilihan dan
tapisan am masing-masing berjumlah 4791 orang dan 8033 orang pada tahun 2013.
Pada tahun 2014, seramai 142 129 calon bagi kenaikan pangkat telah melalui proses
tapisan keutuhan SPRM. Tapisan bagi calon bersara pilihan pula membabitkan seramai 5720
orang. Peningkatan yang besar pada tahun 2014 ditunjukkan oleh calon tapisan am, iaitu
meningkat sebanyak 128.43% berbanding dengan tahun 2013. Peningkatan ini juga melibatkan
calon bagi pengurniaan pingat persekutuan, iaitu bertambah kepada 2989 orang, tetapi calon
bagi pengurniaan pingat negeri berkurang kepada 10 417 orang berbanding dengan tahun
sebelumnya.

(Disesuaikan daripada Berita Harian, 7 Mac 2015)

21
STPM 2018 - SOALAN 6

22. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan peratus perubahan kuantiti buangan terjadual yang diuruskan mengikut negeri
terpilih antara tahun 2011 dengan tahun 2012 dan antara tahun 2012 dengan tahun 2013 di
Malaysia.
Buangan terjadual merupakan istilah perundangan bagi bahan atau barang buangan
yang mengandungi bahan kimia atau campuran bahan kimia dengan kepekatan atau melebihi
kuantiti yang dibenarkan. Segala aktiviti pengumpulan, pengendalian, dan penyimpanan
buangan terjadual ini perlu mematuhi peraturan Environmental Quality bagi menjamin
keselamatan manusia dan kesejahteraan alam sekitar.
Terengganu merekodkan kuantiti tertinggi bagi buangan terjadual yang diuruskan pada
tahun 2011, iaitu sebanyak 302 641 tan metrik. Pulau Pinang pula hanya mencatatkan sebanyak
194 279 tan metrik kuantiti buangan terjadual yang diuruskan, iaitu kurang sebanyak 17 968 tan
metrik berbanding dengan Selangor. Bagi Sabah dan Perlis, kuantiti buangan terjadual yang
diuruskan oleh negeri masing-masing berjumlah 7054 tan metrik dan 1932 tan metrik. Kuantiti
buangan terjadual yang diuruskan oleh Kelantan pada tahun 2011 ialah sebanyak 1877 tan
metrik.
Pada tahun 2012, Terengganu masih mendahului negeri-negeri lain dengan peningkatan
sebanyak 54 453 tan metrik kuantiti buangan terjadual yang diuruskan berbanding dengan tahun
sebelumnya. Trend peningkatan juga ditunjukkan oleh Selangor, Perlis, dan Kelantan.
Peningkatan kuantiti buangan terjadual di Selangor ialah sebanyak 7734 tan metrik, diikuti oleh
Perlis yang meningkat kepada 2503 tan metrik dan Kelantan pula meningkat kepada 2013 tan
metrik berbanding dengan tahun 2011. Kuantiti buangan terjadual yang diuruskan oleh Pulau
Pinang dan Sabah masing-masing berkurang kepada 146 637 tan metrik dan 5380 tan metrik.
Statistik kuantiti buangan terjadual yang diuruskan oleh Terengganu dan Selangor pada
tahun 2013 masing-masing masih terus meningkat kepada 413 273 tan metrik dan 231 562 tan
metrik berbanding dengan tahun 2012. Keadaan ini berbeza dengan Pulau Pinang kerana
kuantiti buangan terjadual yang diuruskan merosot untuk tahun ketiga, iaitu menyusut sebanyak
7947 tan metrik berbanding dengan tahun 2012. Kuantiti buangan terjadual yang diuruskan oleh
Sabah pada tahun 2013 bertambah kepada 8315 tan metrik. Perlis mencatatkan kuantiti
buangan terjadual yang diuruskan sebanyak 1433 tan metrik, iaitu kurang sebanyak 477 tan
metrik berbanding dengan kuantiti buangan terjadual yang diuruskan oleh Kelantan pada tahun
2013.

(Disesuaikan daripada Kompendium Perangkaan Alam Sekitar 2014,


Jabatan Perangkaan Malaysia, Disember 2014)

22
STPM 2018 (U) - SOALAN 5

23. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan pola perubahan peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
mengikut jenis aktiviti ekonomi dari suku pertama tahun 2012 hingga suku pertama tahun 2015 di
Malaysia.
Perubahan peratusan KDNK mengikut jenis aktiviti ekonomi sepanjang suku pertama
tahun 2012 hingga suku pertama tahun 2015 menunjukkan aliran tidak konsisten. Bagi sektor
pertanian, perubahan peratusan KDNK tertinggi adalah pada suku pertama tahun 2014, iaitu
sebanyak 12.8% kerana pengeluaran tanaman makanan yang tinggi. Namun begitu, keadaan ini
hanya kekal selama setahun sebelum merosot kepada -8.2% pada suku pertama tahun 2015.
Perubahan peratusan KDNK sektor pertanian bagi suku pertama tahun 2012 dan suku pertama
tahun 2013 masing-masing sebanyak -8.5% dan -6.1%.
Perlombongan dan pengkuarian bermula dengan perubahan peratusan yang tinggi, iaitu
15.0% pada suku pertama tahun 2012 sebelum mengalami perubahan peratusan yang negatif,
iaitu -2.3% pada suku pertama tahun berikutnya. Kemerosotan ini ekoran daripada penguncupan
dalam pengeluaran minyak mentah. Pada suku pertama tahun 2014, perubahan peratusan
perlombongan dan pengkuarian ialah 9.2% tetapi menurun ke tahap -5.6% pada suku pertama
tahun terakhir.
Sektor pembuatan mencatat perubahan peratusan KDNK yang positif, iaitu 6.0% pada
suku pertama tahun 2012 kerana sokongan daripada industri berasaskan eksport.
Bagaimanapun, perubahan peratusan tersebut merosot pada suku pertama tahun 2013 kepada
-0.7%. Permintaan yang tinggi terhadap kelengkapan pengangkutan meningkatkan perubahan
peratusan sektor ini kepada 9.8% pada suku pertama tahun 2014. Pada suku pertama tahun
berikutnya, perubahan peratusan sektor ini merosot sebanyak 5.4% berbanding dengan suku
pertama tahun sebelumnya.
Perubahan peratusan sektor pembinaan adalah menggalakkan terutamanya pada suku
pertama tahun 2012 dan suku pertama tahun 2014 apabila masing-masing mencatatkan
perubahan peratusan sebanyak 22.2% dan 21.4%. Perubahan peratusan suku pertama tahun
2013 kurang sebanyak 7.2% berbanding dengan suku pertama tahun 2012. Perubahan
peratusan sektor pembinaan pada suku pertama tahun 2015 pula menyusut sebanyak 8.4%
berbanding dengan suku pertama tahun sebelumnya.
Prestasi menggalakkan subsektor kewangan dan insurans menyebabkan perubahan
peratusan sektor perkhidmatan paling tinggi pada suku pertama tahun 2012, iaitu sebanyak
9.1%. Pada suku pertama tahun berikutnya, perubahan peratusannya merosot sebanyak 2.4%
berbanding dengan suku pertama tahun 2012 tetapi meningkat sebanyak 2.2% pada suku
pertama tahun 2014 berbanding dengan suku pertama tahun sebelumnya. Pada suku pertama
tahun 2015, perubahan peratusan sektor perkhidmatan ialah 7.3%.

(Disesuaikan daripada Akaun Negara KDNK Suku pertama 2015,


Jabatan Perangkaan Malaysia)

23
STPM 2018 (U) - SOALAN 6

24. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan pola jumlah pengusaha produk industri asas tani di bawah bimbingan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 2011 hingga tahun 2014 di Malaysia.
Program Usahawan Bimbingan LKIM berjaya melahirkan 824 orang pengusaha produk
industri asas tani pada tahun 2011. Jumlah tersebut bertambah sebanyak 56 orang pada tahun
berikutnya, tetapi merosot kepada 866 orang pada tahun 2013. Jumlah pengusaha produk
industri asas tani meningkat kepada 954 orang pada tahun 2014.
Pada tahun 2011, pengusaha bimbingan LKIM paling ramai mengusahakan produk
keropok lekor, iaitu sebanyak 247 orang. Bilangan ini meningkat kepada 264 orang pada tahun
berikutnya, tetapi merosot kepada 142 orang pada tahun 2013. Pengusaha produk keropok lekor
pada tahun 2014 lebih sebanyak 27 orang berbanding dengan tahun 2013.
Bagi produk keropok keping, LKIM telah membimbing seramai 206 orang pengusaha
pada tahun 2011 dan meningkat kepada 220 orang pada tahun berikutnya. Pengusaha keropok
keping telah menurun kepada 143 orang pada tahun 2013 dan berjumlah 147 orang pada tahun
2014.
Sepanjang empat tahun tersebut, usahawan produk ikan kering memperlihatkan pola
peningkatan yang konsisten. Pengusaha produk ikan kering yang tertinggi adalah pada tahun
2014, iaitu seramai 164 orang, berbanding hanya seramai 124 orang pada tahun 2011.
Pengusaha produk ikan kering meningkat kepada 132 orang pada tahun 2012 dan meningkat
lagi sebanyak 21 orang pada tahun 2013.
Produk belacan kini dikomersialkan kerana menjadi bahan perisa dalam pelbagai resipi
masakan masyarakat Malaysia. Walaupun bilangan pengusaha produk belacan pada tahun 2011
ialah sebanyak 165 orang, tetapi hasil daripada penyertaan pengusaha muda dalam industri ini
menyebabkan penambahan pengusaha sebanyak 6.67% pada tahun 2012 berbanding dengan
tahun sebelumnya. Bilangan pengusaha pada tahun 2013 dan tahun 2014 masing-masing
sebanyak 91 orang dan 94 orang.
Produk industri asas tani terakhir ialah produk-produk lain, seperti budu, otak-otak, sata,
bebola ikan, dan kek ikan. Bilangan pengusaha produk-produk lain pada tahun 2011 ialah
seramai 82 orang dan meningkat kepada 88 orang pada tahun berikutnya. Pada tahun 2013,
bilangan pengusaha produk-produk lain ialah seramai 337 orang dan meningkat kepada 380
orang pada tahun 2014.
(Disesuaikan daripada Perangkaan Agromakanan 2014,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
April 2015)

24
STPM 2019 – SOALAN 5

25 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut aktiviti
ekonomi bagi tahun 2010, tahun 2012, dan tahun 2015.

Jumlah KDNK bagi empat aktiviti ekonomi dalam tahun-tahun yang dinyatakan sentiasa
melebihi RM200 000 juta. Jumlah KDNK pada tahun 2010 ialah sebanyak RM248 612 juta,
manakala jumlah sasaran pada tahun 2012, dan tahun 2015 masing-masing ialah sebanyak
RM271 911 juta dan RM309 274 juta.

Empat aktiviti ekonomi yang terlibat ialah aktiviti pertanian, perhutanan, dan perikanan,
perlombongan dan kuari, pembualan, dan pembinaan. Aktiviti pembuatan mencatatkan jumlah
yang tertinggi, iaitu sebanyak RM147 406 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2012, jumlahnya
disasarkan bertambah sebanyak RM18 479 juta dan pada tahun 2015, jumlahnya bertambah
sebanyak RM28 938 juta.

Aktiviti pertanian, perhutanan, dan perikanan pula mencatat nilai yang kedua tertinggi.
Jumlah tertingginya ialah sasaran pada tahun 2015, iaitu sebanyak RM48 812 juta. Jumlah ini
merupakan peningkatan sebanyak RM4600 juta berbanding dengan sasarannya pada tahun
2012. Jumlah sumbangan aktiviti ini kepada KDNK pada tahun 2010 ialah sebanyak RM41 497
juta.

Aktiviti perlombongan dan kuari memberikan sumbangan yang ketiga terbanyak kepada
KDNK. Jumlahnya pada tahun 2010 ialah sebanyak RM41 522 juta, manakala sasaran
pertambahan bagi tahun 2012 ialah sebanyak RM517 juta. Walau bagaimanapun, jumlah
sumbangan aktiviti ini disasarkan bertambah sebanyak RM1782 juta pada tahun 2015. Hal ini
demikian kerana kemungkinan usaha cari gali petroleum akan mendatangkan hasil yang
menggalakkan dalam tempoh anggaran tersebut.

Antara empat aktiviti ekonomi ini, ternyata bahawa aktiviti pembinaan memberikan
sumbangan yang terendah kepada KDNK. Jumlahnya pada tahun 2010 hanyalah RM18 187 juta
dan disasarkan meningkat sebanyak RM1588 juta pada tahun 2012. Pada tahun 2015, aktiviti
pembinaan disasarkan menyumbang sebanyak RM21 818 juta.

Usaha harus digiatkan untuk menambah kegiatan ekonomi dalam sektor-sektor tertentu
yang masih belum mampu untuk menyumbang nilai yang tinggi kepada KDNK. Sebenarnya,
peningkatan sesuatu kegiatan ekonomi bukan sahaja akan menambah KDNK, malah yang lebih
penting ialah peningkatan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini.

(Disesuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi dan


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

25
STPM 2019 – SOALAN 6

26 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut kumpulan kaum pada suku ketiga tahun
2012 dan anggaran suku ketiga tahun 2020.

Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu kaum Melayu, India, Cina,
Bumiputera lain, dan kaum-kaum lain. Penduduk yang pelbagai kaum ini sentiasa mendapat
perhatian kerajaan agar mereka sentiasa bersatu padu dan hidup secara harmoni.

Jumlah penduduk Malaysia pada suku ketiga tahun 2012 ialah seramai 29 467.8 ribu
orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 829.6 ribu orang terdiri daripada kaum Melayu dan
3536.1 ribu orang, iaitu 11.9% ialah Bumiputera lain. Kaum India mencatat bilangan seramai
1964.3 ribu orang. Kaum Cina pula telah melebihi kaum India sebanyak 4563.6 ribu orang.
Jumlah selebihnya pula, terdiri daripada kaum-kaum lain.

Berbanding dengan suku ketiga tahun 2012, penduduk Malaysia dianggarkan meningkat
sebanyak 20% menjelang suku ketiga tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu
dianggarkan seramai 55%, manakala Bumiputera lain ialah seramai 4208 ribu orang. Kaum Cina
dianggarkan mencatat jumlah seramai 7779.5 ribu orang dan kaum India pula dianggarkan
seramai 2475.3 ribu orang daripada jumlah keseluruhan. Jumlah selebihnya pula, terdiri daripada
kaum-kaum lain. Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan terus meningkat pada masa akan
datang.

(Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan,


Jabatan Perangkaan Malaysia, Disember 2013

26
STPM 2019 (U) – SOALAN 5

27. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan keuntungan bersih bank-bank tempatan terpilih dari suku pertama
hingga suku keempat tahun kewangan 2013.
Meskipun menghadapi persekitaran luar yang tidak menentu, bank-bank di Malaysia
terus kekal berdaya tahan untuk memacu keuntungan sepanjang tahun kewangan 2013.
Keuntungan yang diperoleh Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Hong Leong Bank
Berhad, dan AmBank (M) Berhad meningkat pada tiga suku pertama tahun kewangan 2013
tetapi merosot sedikit pada suku keempat tahun kewangan 2013.
Malayan Banking Berhad yang kini secara strategik mempunyai kedudukan kukuh di
Malaysia dan di seluruh ASEAN mendahului bank-bank lain dari segi keuntungan. Sepanjang
tahun kewangan 2013, suku ketiga mengungguli keuntungan Malayan Banking Berhad, iaitu
sebanyak RM1746 juta. Walaupun keuntungan bagi suku keempat menurun sebanyak RM14 juta
berbanding dengan suku ketiga, namun keuntungannya itu masih mengatasi keuntungan
bank-bank lain. Pada suku pertama, keuntungan diperoleh ialah RM1506 juta dan meningkat
kepada RM1568 juta pada suku berikutnya.
Bank yang mencatat keuntungan kedua tertinggi selepas Malayan Banking Berhad ialah
Public Bank Berhad dengan jumlah keuntungan sebanyak RM4065 juta. Walaupun keuntungan
pada suku pertama di bawah RM1000 juta, iaitu sebanyak RM968 juta, tetapi ketiga-tiga suku
yang berikutnya memperlihatkan keuntungan melebihi RM1000 juta. Keuntungan suku kedua
ialah sebanyak RM1024 juta dan suku ketiga pula sebanyak RM1047 juta. Prestasi ini didorong
oleh momentum positif berterusan perniagaan perbankan pengguna di Malaysia. Walau
bagaimanapun, keuntungan pada suku keempat menurun sebanyak 2% berbanding dengan
suku sebelumnya.
Hong Leong Bank Berhad meneruskan kecemerlangan prestasinya apabila merekodkan
keuntungan selepas cukai sebanyak RM1934 juta bagi tahun kewangan 2013. Pada suku kedua
keuntungan Hong Leong Bank Berhad menyusut sebanyak RM38 juta berbanding dengan
RM454 juta pada suku pertama tahun kewangan 2013. Peningkatan dalam pinjaman dan kos
dana yang diuruskan dengan betul meningkatkan keuntungan pada suku ketiga kepada RM544
juta, manakala keuntungan selebihnya dicatatkan pada suku keempat tahun kewangan 2013.
AmBank (M) Berhad pula mencatatkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai yang
tinggi pada suku kedua tahun kewangan 2013 sebanyak RM468 juta berbanding dengan
keuntungan suku pertama, iaitu RM406 juta. Prestasi lebih baik itu dipacu daripada perbankan
perdagangan, insurans am, dan takaful keluarga. Walau bagaimanapun, keuntungan tersebut
merosot kepada RM441 juta pada suku berikutnya dan momentum penurunan ini berterusan
pada suku terakhir tahun kewangan 2013, iaitu merosot sebanyak 4.08%.

(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 11 Mac 2014)

27
STPM 2019 (U) – SOALAN 6

28. Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah
penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti Rukun Tetangga dari suku pertama hingga suku
keempat tahun 2014 di Malaysia.
Di bawah Model Transformasi Rukun Tetangga (2010), program Rukun Tetangga
berfokus kepada lima teras utama, iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan, dan
kualiti hidup. Bagi mencapai kelima-lima teras tersebut, usaha menggalakkan penyertaan
pelbagai kaum ditingkatkan. Walaupun penglibatan pelbagai kaum pada suku pertama tahun
2014 berjumlah 1 544 759 orang dan merosot kepada 1 521 173 orang pada suku kedua tahun
2014, tetapi pada dua suku seterusnya berlaku peningkatan. Penyertaan pada suku ketiga tahun
2014 meningkat kepada 1 582 734 orang dan meningkat lagi sebanyak 50 493 orang pada suku
keempat tahun 2014.
Kaum Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam program Rukun
Tetangga bagi keempat-empat suku tahun 2014. Penyertaan tertinggi kaum Melayu adalah pada
suku ketiga, iaitu sebanyak 1 133 280 orang. Walaupun penyertaan pada suku keempat merosot
sebanyak 43 482 orang berbanding dengan suku ketiga, namun bilangan tersebut masih
mengatasi penyertaan kaum-kaum lain. Penyertaan kaum Melayu pada suku pertama dan suku
kedua ialah masing-masing sebanyak 1 029 812 orang dan 1 077 077 orang.
Walaupun trend penyertaannya adalah tidak konsisten, namun kaum Cina menduduki
tempat kedua. Pada suku pertama tahun 2014, penyertaan kaum Cina amat menggalakkan
kerana sebanyak 337 116 orang telah terlibat dalam program ini. Namun begitu, bilangan
tersebut merosot sebanyak 68 976 orang pada suku berikutnya, sebelum meningkat kepada 277
165 orang pada suku ketiga. Kesedaran tentang keperluan untuk mengekang jenayah di
kawasan kejiranan berjaya meningkatkan penyertaan kaum Cina kepada 360 915 orang pada
suku terakhir tahun 2014.
Kaum India yang menyertai aktiviti Rukun Tetangga pada suku pertama tahun 2014 ialah
sebanyak 125 124 orang, tetapi terus menyusut pada tiga suku tahun 2014 berikutnya. Pada
suku kedua tahun 2014, penyertaan kaum India berkurang kepada 121 192 orang dan berkurang
lagi sebanyak 2127 orang pada suku berikutnya. Pada suku keempat, hanya 115 098 orang
sahaja terlibat dalam aktiviti Rukun Tetangga. Kaum-kaum lain paling ramai melibatkan diri
dalam aktiviti Rukun Tetangga pada suku keempat tahun 2014, iaitu sebanyak 67 416 orang.
Bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 14 192 orang berbanding dengan suku ketiga
tahun 2014. Pada suku pertama 2014 sebanyak 52 707 orang menyertai aktiviti Rukun Tetangga
sebelum meningkat kepada 54 764 orang pada suku berikutnya.

(Disesuaikan daripada Laporan Tahun 2014,


Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, 2014)

28
STPM 2020 – SOALAN 5

29. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan aduan berkaitan dengan perkhidmatan air yang diterima
mengikut negeri terpilih dan jenis aduan pada tahun 2015 dan pada tahun 2016.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerima pelbagai aduan berkaitan dengan
perkhidmatan bekalan air di beberapa buah negeri di Malaysia pada tahun 2015 dan pada tahun 2016.
Antara jenis aduan yang paling kerap diterima oleh SPAN ialah berkaitan dengan masalah paip pecah,
masalah tekanan air, dan masalah gangguan bekalan air.

Negeri Johor merupakan negeri yang paling banyak menerima aduan perkhidmatan air
sepanjang dua tahun ini. Pada tahun 2015, aduan yang berkaitan dengan masalah paip pecah
ialah sebanyak 62 697 kes, yang kemudiannya meningkat sebanyak 854 kes pada tahun 2016.
Negeri Kedah merupakan negeri yang paling sedikit menerima aduan berkaitan masalah ini.
Pada tahun 2015, aduan yang diterima ialah sebanyak 40 295 kes. Melalui tindakan pantas
pihak berkuasa bekalan air negeri, aduan yang berkaitan dengan masalah ini pada tahun 2016
telah berjaya dikurangkan sebanyak 7.65%, berbanding dengan tahun sebelumnya. Negeri
Pulau Pinang juga turut mengalami masalah yang sama. Aduan masalah paip pecah pada tahun
2015 ialah sebanyak 42 947 kes yang kemudiannya meningkat sebanyak 5030 kes menjadi 47
977 kes pada keseluruhan tahun 2016.

Aduan perkhidmatan bekalan air yang berkaitan dengan masalah tekanan air yang
rendah kerap berlaku terutamanya pada waktu puncak. Negeri Kedah masih lagi merupakan
negeri yang paling sedikit menerima aduan berkaitan masalah tekanan air. Pada tahun 2016,
aduan yang diterima ialah sebanyak 3553 kes yang merupakan peningkatan sebanyak 9 kes
berbanding dengan tahun sebelumnya. Aduan berkaitan dengan masalah tekanan air juga
berlaku di negeri Johor. Pada tahun 2015, sebanyak 11 359 kes diterima yang kemudiannya
meningkat kepada 12 441 kes pada tahun 2016. Negeri Pulau Pinang juga memperlihatkan
peningkatan aduan berkaitan dengan masalah tekanan air. Pada tahun 2016, sebanyak 5449
kes telah diterima. Jumlah ini merupakan lebihan sebanyak 1091 kes berbanding dengan tahun
sebelumnya.

Aduan berkaitan dengan masalah gangguan bekalan air menunjukkan negeri Johor mencatatkan
angka yang tertinggi bagi kedua-dua tahun. Aduan masalah gangguan bekalan air pada tahun 2015 ialah
sebanyak 34 160 kes dan telah meningkat sebanyak 34 691 kes pada tahun 2016. Negeri Pulau Pinang
merupakan negeri yang paling sedikit menerima aduan berkaitan dengan masalah gangguan bekalan air.
Pada tahun 2015, sebanyak 1345 kes diterima yang kemudiannya meningkat kepada 3778 kes pada
tahun 2016. Aduan masalah gangguan bekalan air di negeri Kedah telah menurun kepada 5168 kes pada
tahun 2016, berbanding dengan 6053 kes pada tahun 2015.

Pengurusan bekalan air merupakan bidang yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.
Tindakan pantas bagi menyelesaikan aduan berkaitan dengan masalah air dapat meningkatkan imej
kerajaan negeri tersebut. Sebaliknya, imej sesebuah kerajaan negeri akan tercalar sekiranya aduan yang
diterima semakin meningkat.
( Disesuaikan daripada Laporan Panduan Industri Air Malaysia 2017,
Utusan Malaysia, Rabu, 14 Mac 2018)

29
STPM 2020 – SOALAN 6

30. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan permohonan mengikut skim pengeluaran dan jumlah keseluruhan
amaun pengeluaran yang diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Malaysia
dari tahun 2015 hingga tahun 2017.

Pelan persaraan yang diuruskan oleh KWSP merupakan satu bentuk perancangan jangka
panjang agar ahlinya mempunyai jaminan kewangan semasa tempoh persaraannya. Ahli boleh
membuat pengeluaran wang mengikut skim pengeluaran penuh pada umur 55 tahun, ahli juga boleh
membuat pengeluaran perumahan, pengeluaran pendidikan, dan pengeluaran umur 50 tahun, iaitu
pengeluaran prapersaraan.

Sepanjang tahun 2015, KWSP telah meluluskan 530 459 permohonan ahlinya bagi skim
pengeluaran umur 55 tahun dengan amaun pengeluaran sebanyak RM21 400 juta.. Pada tahun
2016, terdapat peningkatan sebanyak 67 312 permohonan yang diluluskan bagi skim ini dengan
amaun pengeluaran yang diluluskan meningkat sebanyak RM893 juta berbanding dengan tahun
2015. Pada tahun 2017, bilangan ahli yang diluluskan permohonannya oleh KWSP bagi skim ini telah
menurun kepada 384 795 permohonan dengan amaun pengeluaran yang diluluskan ialah sebanyak
RM17 758 juta.

Ahli KWSP juga boleh mengeluarkan kesemua simpanan mereka dalam Akaun 2 pada umur 50 tahun.
Pada tahun 2015, sebanyak 148 699 permohonan untuk skim pengeluaran umur 50 tahun telah diluluskan oleh
KWSP melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM4831 juta. Bilangan permohonan yang diluluskan bagi jenis
skim pengeluaran ini terus meningkat pada tahun 2016, iaitu meningkat sebanyak 10 292 permohonan
berbanding dengan tahun sebelumnya dengan amaun pengeluaran yang diluluskan ialah sebanyak RM4856
juta. Namun demikian, bilangan permohonan yang diluluskan pada tahun 2017 telah berkurang kepada 154 063
permohonan dengan amaun pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP ialah sebanyak RM4739 juta.

Ahli juga boleh mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk membiayai pendidikan
mereka atau anak-anak mereka. Pada tahun 2015, sebanyak 65 787 permohonan telah diluluskan dengan
amaun pengeluaran sebanyak RM578 juta. Disebabkan oleh kos pendidikan yang tinggi, bilangan permohonan
untuk skim pengeluaran pendidikan terus meningkat kepada 89 328 permohonan pada tahun 2017, iaitu lebih
sebanyak 601 permohonan daripada bilangan permohonan yang diluluskan pada tahun 2016. Peningkatan
permohonan ahli yang diluluskan untuk skim ini telah menyebabkan amaun pengeluaran yang diluluskan oleh
KWSP juga meningkat. Amaun pengeluaran pada tahun 2016 telah meningkat sebanyak RM881 juta
berbanding dengan tahun 2015. . Pada tahun 2017, amaun pengeluaran yang diluluskan bagi skim ini
meningkat lagi kepada RM1695 juta.

Bilangan permohonan yang diluluskan oleh KWSP bagi skim pengeluaran perumahan, iaitu
permohonan untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua atau permohonan untuk membuat penyelesaian
baki pinjaman perumahan telah menunjukkan penurunan dari tahun 2015 hingga tahun 2017. Pada tahun 2015,
sebanyak 259 587 permohonan untuk skim ini telah diluluskan oleh KWSP dengan amaun pengeluaran RM4609
juta. Bilangan permohonan yang diluluskan untuk skim ini pada tahun berikutnya telah menurun sebanyak
8.50% dan terus menurun lagi pada tahun 2017 kepada 222 505 permohonan. Amaun pengeluaran yang
diluluskan bagi skim ini juga terus menurun kepada RM4208 juta pada tahun 2016 dan RM4041 juta pada tahun
2017.

Kesimpulannya, jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, rakyat Malaysia mesti
mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menyara kehidupan mereka sepanjang tempoh persaraan.
(Disesuaikan daripada Laporan Tahunan 2017 Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

30
STPM 2020 (U) – SOALAN 5

31. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar
perubahan tahunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih antara tahun
2010 hingga tahun 2013.

Perkembangan dalam pembangunan ekonomi Malaysia telah meningkatkan kadar KDNK


setiap tahun. Perkembangan dalam sektor terpilih menunjukkan ekonomi negara ini semakin
mantap pada setiap tahun. Dalam tempoh 2010 hingga tahun 2012, sektor ini didapati meningkat
dan dijangkakan pada tahun 2013 terus meningkat dengan kadar yang lebih tinggi.

Pada tahun 2010, jumlah KDNK ialah sebanyak RM667 286 juta dan dijangka meningkat
kepada RM779 767 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2010, sektor pertanian menyumbang
pendapatan sebanyak RM51 263 juta dan dijangka meningkat sebanyak RM5651 juta pada
tahun 2013. Walaupun sumbangan sektor pertanian kurang berbanding dengan sektor lain,
namun KDNK tetap meningkat pada setiap tahun..Pada tahun 2012, jumlah KDNK lebih tinggi
berbanding dengan tahun 2011 sebanyak RM451 juta. Pada tahun 2012, jumlahnya ialah RM54
750 juta.

KDNK sektor perlombongan dan kuari tidak stabil pada tempoh berkenaan kerana harga
pasaran yang tidak stabil. Dalam tempoh tersebut, KDNK paling tinggi dijangka pada tahun 2013,
iaitu RM66 351 juta berbanding dengan RM66 122 juta pada tahun 2010. Pada tahun 2011, nilai
KDNK menurun sebanyak RM3788 juta berbanding dengan tahun 2010. Pada tahun 2012,
nilainya meningkat sedikit kepada RM 63 220 juta.

KDNK sektor perkilangan meningkat agak ketara dalam tempoh berkenaan. Pada tahun
2010, sektor ini menyumbang pendapatan sebanyak RM170 258 juta meningkat kepada RM178
333 juta pada tahun berikutnya dan meningkat lagi sebanyak RM8535 juta pada tahun 2012,
manakala pada tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM195 933 juta. Sektor perkilangan
telah menyumbang pendapatan yang besar kepada negara dengan pembinaan kawasan industri
dan pembinaan banyak kilang baharu di seluruh negara.

Keseluruhannya, semua sektor menjadi penyumbang yang sentiasa meningkat kecuali


sektor perlombongan dan kuari. Situasi tersebut menunjukkan tadbir urus Malaysia yang baik ke
arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada suatu hari nanti.

(Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)

31
STPM 2020 (U) – SOALAN 6

32. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah enrolmen pelajar di institusi pendidikan guru dan di kolej
komuniti mengikut jantina dari tahun 2010 hingga tahun 2013 di Malaysia.

Pada era ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, negara amat memerlukan modal insan
berpengetahuan yang mencapai piawaian dunia. Bagi melahirkan lebih ramai modal insan
sedemikian, pelbagai institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan seperti institusi
pendidikan guru dan kolej komuniti menyediakan tempat kepada pelajar untuk melanjutkan
pelajaran mereka. Jumlah enrolmen pelajar di kedua-dua buah institusi pendidikan tersebut
adalah tidak konsisten dari tahun 2010 hingga tahun 2013.

Pada tahun 2010, jumlah enrolmen pelajar di institusi pendidikan guru ialah sebanyak 34
529 orang dan daripada jumlah itu, sebanyak 11 724 orang terdiri daripada pelajar lelaki,
manakala selebihnya merupakan pelajar perempuan. Kolej komuniti pula mencatatkan enrolmen
pelajar lelaki sebanyak 10 934 orang dan pelajar perempuan pula berjumlah 7266 orang.

Jumlah enrolmen pelajar lelaki dan perempuan di institusi pendidikan guru pada tahun
2011 masing-masing meningkat kepada 13 202 orang dan 29 215 orang. Jumlah enrolmen
pelajar di kolej komuniti adalah masih lebih rendah berbanding dengan enrolmen pelajar di
institusi pendidikan guru, iaitu berjumlah 6394 orang pada tahun 2011, yang terdiri daripada 3369
orang pelajar lelaki dan selebihnya ialah pelajar perempuan.

Pada tahun 2012, jumlah pelajar lelaki di institusi pendidikan guru ialah sebanyak 14 376
orang, iaitu melebihi sebanyak 125 orang daripada pelajar lelaki di kolej komuniti. Bagi pelajar
perempuan, jumlahnya di institusi pendidikan guru meningkat sebanyak 5841 orang dan di kolej
komuniti bertambah sebanyak 5104 orang berbanding dengan tahun sebelumnya.

Sepanjang tahun 2010 hingga tahun 2013, pelajar perempuan didapati lebih ramai belajar
di institusi pendidikan guru, sementara pelajar lelaki pula lebih ramai melanjutkan pelajaran di
kolej komuniti. Pada tahun 2013, pelajar perempuan berjumlah 30 049 orang, manakala pelajar
lelaki pula sebanyak 12 293 orang di institusi pendidikan guru. Di Kolej komuniti, jumlah pelajar
lelaki ialah sebanyak 13 738 orang dan jumlah pelajar perempuan pula sebanyak 7730 orang.

(Disesuaikan daripada Perangkaan Wanita, Keluarga, dan


Masyarakat Malaysia 2014, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga, dan Masyarakat)

32
STPM 2021 – SOALAN 5

33. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah kuantiti eksport dan jumlah pendapatan produk berasaskan
sawit dari tahun 2015 hingga tahun 2017.

Walaupun Malaysia berdepan dengan cabaran dari Eropah yang mengurangkan


pengimportan produk sawit, namun Malaysia yakin bahawa pasaran dunia untuk produk sawit
negara masih luas. Pendapatan Malaysia daripada jumlah pendapatan eksport produk
berasaskan sawit telah mencecah RM77.85 bilion pada tahun 2017, iaitu peningkatan sebanyak
29.38% daripada jumlah pendapatan eksport produk berasaskan sawit pada tahun 2015. Pada
tahun 2016, jumlah keseluruhan kuantiti eksport produk berasaskan sawit sebanyak 23.30 juta
tan telah menyumbang jumlah pendapatan eksport sebanyak RM64.59 bilion pada tahun
tersebut.

Minyak sawit merupakan produk sawit yang utama dieksport oleh negara di samping
produk sawit lain, iaitu oleokimia, minyak isirung sawit, dedak isirong, dan biodiesel. Pada tahun
2015, sebanyak 17.45 juta tan minyak sawit telah dieksport ke pasaran antarabangsa. Namun
demikian, kesan kempen yang memburukkan minyak sawit Malaysia yang dicetuskan oleh pihak
antarabangsa telah menyebabkan permintaan dunia terhadap minyak sawit negara menurun
pada tahun 2016, iaitu penurunan sebanyak 7.97% berbanding dengan tahun 2015. Penerokaan
pasaran baharu di Iran dan di Arab Saudi pada tahun 2017 telah menyebabkan kuantiti eksport
minyak sawit meningkat semula kepada 16.56 juta tan atau 69.09% daripada jumlah keseluruhan
23.97 juta tan produk sawit yang dieksport pada tahun 2017.

Kuantiti eksport bagi produk oleokimia dan minyak isirung sawit pada tahun 2016 telah
menurun sebanyak 3.16% dan 14.02 % masing-masing kepada 2.76 juta tan dan 0.92 juta tan
berbanding tahun 2015. Kuantiti eksport bagi kedua-dua produk sawit ini meningkat semula pada
tahun berikutnya. . Pada tahun 2017, kuantiti produk oleokimia yang dieksport ialah 2.77 juta
tan, iaitu melebihi kuantiti eksport produk minyak isirung sawit sebanyak 1.80 juta tan pada
tahun tersebut.

Pada tahun 2015, kuantiti eksport produk dedak isirung sawit ialah sebanyak 2.63 juta
tan. Kuantiti eksport jenis produk sawit ini kemudiannya menurun kepada 2.21 juta tan pada
tahun 2016 dan kuantiti eksport ini terus kekal sama pada tahun berikutnya.

Kuantiti eksport produk sawit lain, seperti barang siap berasaskan sawit dan biodiesel
merangkumi 5.40% daripada jumlah keseluruhan 25.37 juta tan produk sawit yang dieksport
pada tahun 2015. Kuantiti eksport produk ini kemudiannya telah meningkat sebanyak 0.11 juta
tan daripada tahun 2016 kepada 1.46 juta tan pada tahun 2017.

Kesimpulannya, Malaysia akan terus memastikan pembangunan yang mampan dalam


industri sawit negara. Kerajaan akan menyediakan pelbagai bantuan bagi meningkatkan
keupayaan pekebun kecil dalam meningkatkan pengeluaran hasil sawit berkualiti tinggi.
(Disesuaikan daripada Laporan Tahunan 2016 dan 2017, LembagMinyak Sawit
Malaysia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia)

33
STPM 2021 – SOALAN 6

34. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan kematian mengikut punca dari tahun 2012
hingga tahun 2016.

Penyakit tidak berjangkit antara punca utama peningkatan kematian penduduk di negara
ini. Jumlah keseluruhan kematian pada tahun 2012 ialah 57 330 kes dan bertambah sebanyak
948 kes pada tahun 2016. Banyak sebab yang menjadi faktor peningkatan kes antaranya
pengambilan makanan dan tidak mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Secara keseluruhan,
jumlah kematian ini meningkat, kecuali sedikit penurunan pada tahun 2013, iaitu 57 882 kes.

Kematian berpunca daripada kencing manis menunjukkan peningkatan, misalnya pada


tahun 2013 dengan catatan sebanyak 11 978 kes. Jumlah ini merupakan pertambahan sebanyak
100 kes berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala bilangan pada tahun 2014,
berkurangan kepada 11 835 kes. Bilangan kematian yang berpunca daripada penyakit ini terus
menurun kepada 11 242 kes pada tahun 2015 dan meningkat sebanyak 1278 kes pada tahun
2016.

Penyakit jantung juga menyumbang peningkatan kadar kematian di negara ini. Kematian
yang terendah dicatat pada tahun 2016 dengan bilangan sebanyak 12 910 kes. Bilangan ini
menunjukkan pengurangan sebanyak 905 kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan
kematian yang dicatatkan pada tahun 2014, ialah sebanyak 13 721 kes kematian. Bilangan ini
merupakan pengurangan sebanyak 146 kes berbanding dengan tahun 2013. Bilangan kematian
bagi tahun 2012 ialah seramai 13 805 kes yang berpunca daripada masalah serangan jantung
secara mengejut.

Kematian yang disebabkan oleh masalah strok juga memperlihat bilangan yang hampir
sama dengan kematian yang disebabkan kencing manis dan penyakit jantung. Sepanjang lima
tahun tersebut, bilangannya sentiasa melebihi 12 ribu orang. Jumlah yang tertinggi dicatatkan
pada tahun 2016 dengan bilangan sebanyak 12 932 kes, iaitu tambahan sebanyak 50 kes
berbanding dengan tahun sebelumnya. Bilangan kematian yang terendah adalah pada tahun
2012, iaitu sebanyak 12 661 kes, tetapi meningkat sebanyak 149 kes untuk tahun berikutnya.
Bilangan kematian ini mula menunjukkan pengurangan kepada 12 720 kes bagi tahun 2014.

Penyakit-penyakit lain juga menyumbangkan peningkatan bilangan kematian penduduk


di negara ini. Catatan bilangan kematian dalam tahun 2012 ialah seramai 18 986 kes. Namun
begitu, bilangannya telah bertambah sebanyak 531 kes pada tahun 2013. Walau bagaimanapun,
bilangan kematian untuk tahun 2015 dicatatkan sebanyak 19 883 kes. Kematian yang
disebabkan oleh penyakit lain pula pada tahun 2014 dan pada tahun 2016 menunjukkan
bilangan yang sama, iaitu sebanyak 19 916 kes bagi setiap tahun.

Pelbagai usaha untuk memberi kesedaran telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan masyarakat tentang penyakit-penyakit yang berbahaya ini.

(Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017)

34

You might also like