You are on page 1of 16

TAJUK:

HUBUNGAN ANTARA KDNK DENGAN HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN


BAGI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2015

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis hubungan antara Keluaran Dalam Negara Kasar
dengan keadaan hutang kerajaan persekutuan bagi tempoh masa 5 tahun iaitu bagi tahun 2010
hingga 2015. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada keluaran dalam Negara
kasar akan memberikan kesan yang besar ke atas kedudukan hutang kerajaan persekutuan bagi
tempoh masa 2010 hingga tahun 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah
aliran dan hutang kerajaan persekutuan dan mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang
persekutuan dengan kadar pertumbuhan KDNK. Kaedah kajian ini merujuk kepada dapatan
data sekunder. Kajian dilaksanakan dengan cara mendaptankan data daripada laman web
www.treasury.gov.my. Seterusnya, data akan diproses dengan cara menghitung kadar
pertumbuhan daripada nilai di dalam jadual. Hasil kajian ini mendapati bahawa hubungan nilai
hutang kerajaan persekutuan adalah secara langsung dengan nilai KDNK.
1.0 LATAR BELAKANG

Hutang awam adalah hutang oleh kerajaan persekutuan kepada semua pemberi hutang.
Kebanyakan negara berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan pada tahun
tertentu. Kerajaan setiap tahun akan mengutip cukai dan menerima hasil yang dipanggil
pendapatan kerajaan. Setiap tahun juga kerajaan akan membelanjakan wang yang terbahagi
kepada dua kategori perbelanjaan iaitu perbelanjaan mengurus dan juga perbelanjaan
pembangunan. Setiap tahun Menteri Kewangan akan membentang belanjawan tahunan di
parlimen untuk menerangkan berapa hasil kutipan kerajaan dan juga berapa perbelanjaan
kerajaan untuk tempoh tahun tersebut.

Kerajaan memerlukan sumber kewangan yang besar dan berterusan bagi membiayai
operasi dan pembangunan negara.Dalam keadaan hasil negara tidak boleh menampung
keperluan dana bagi pembangunan, kerajaan perlu membuat pinjaman.Perkara 111
Perlembagaan Persekutuan – memperuntukkan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan
membuat pinjaman di bawah undang-undang Persekutuan Akaun Pinjaman Disatukan
merupakan akaun khusus untuk memperakaunkan urusniaga pinjaman Kerajaan.Hutang
negara dikira dalam jumlah berapa Ringgit Malaysia dan juga dikira berbanding jumlah
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) .

KDNK ialah statistik berkenaan pendapatan negara dan ianya juga berkaitan dengan
pertumbuhan atau pembangunan ekonomi.KDNK mengukur jumlah nilai akhir barangan
dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi bagi sesebuah Negara.Persekutuan
telah berkurang sebanyak RM5,947 juta kepada RM21,573 juta dalam tahun 2010
disebabkan pengurangan dalam terimaan yang berjumlah RM240,962 juta berbanding
bayaran yang berjumlah RM246,909 juta.

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji hubung kait antara kedudukan hutang kerajaan
persekutuan KDNK bagi mengenalpasti sama ada KDNK merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi jumlah hutang berkenaan. Sebagai sampel kajian dibuat dengan
mendapatkan data dari tahun 2010 sehingga 2015.
2.0 PENYATAAN MASALAH

Tujuan kajian ini dilakukan bagi menganalisis sama ada berlaku peningkatan atau
pengurangkan KDNK dan hutang kerajaan persekutuan bagi tempoh masa antara tahun 2010
sehingga 2015. Penghitungan kadar pertumbuhan KDNK dan hutang kerajaan persekutuan
dibuat untuk mengenal pasti arah aliran dan hutang kerajaan persekutuan. Ia juga adalah untuk
mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan kadar pertumbuhan
KDNK.

Kajian ini bertujuan memberi panduan atau rujukan kepada pihak-pihak berkenaan bagi
membuat keputusan sama ada meningkatkan lagi KDNK atau mengurangkan kadar hutang
supaya keadaan hutang kerajaan persekutuan dapat dikawal. Keadaan ini penting bagi
membantu peningkatan pertumbuhan ekonomi negara.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

1. Mengenal pasti arah aliran dan hutang kerajaan persekutuan


2. Mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan kadar
pertumbuhan KDNK.
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1. Kaedah Memperolehi Data


4.1.1 Data Sekunder
a) Melayari internet
-https://www.treasury.gov.my/index.php/fiskal-ekonomi/data-ekonomi.html
-https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/hutang-kerajaan-persekutuan

b) Surat Khabar
-https://www.bharian.com.my/node/204492

c) Buku Ekonomi
- Buku Ace Ahead Ekonomi Malaysia yang diterbit oleh Suhiliah Mohd
Salleh pada tahun 2019

4.2 Kaedah Menganalisis Data


Data ini diproses dengan cara menambah semua unit data tentang hutang kerajaan
persekutuan

4.2.1 Kaedah perbandingan


Berbanding dengan hutang kerajaan persekutuan dan kadar pertumbuhan hutang
persekutuan.
4.2.2 Menghitung kadar pertumbuhan
Kadar pertumbuhan KDNK dan kadar pertumbuhan hutang kerajaan persekutuan
dihitung menggunakan rumus seperti berikut : Tahun Semasa Tahun Sebelum
100
0
Tahun Sebelum
4.2.3 Mengukur peratusan
Mengukur peratusan berdasarkan jadual hutang negara yang diperolehi daripada 2010
hingga 2015.Sebagai contohnya hutang KDNK pada tahun 2011: 456130 – 407102
100
0
407102
= 12.04%
Data-data yang telah diproses telah dipersembahkan dalam bentuk graf bar dan graf
garis
5.0 Hasil Kajian
5.1 Berdasarkan kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran dan hutang
kerajaan persekutuan.

Jadual: Hutang kerajaan persekutuan


: Tahun Nilai Hutang Kerajaan Persekutuan
(RM juta)
2010 407102
2011 456130
2012 501617
2013 539858
2014 582828
2015 630540

2016
2015
Nilai Hutang Kerajaan (RM Juta)

2014
2013
2012
2011
2010
2009
2008
2007
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Tahun
Jadual 5.1(a) menunjukkan arah aliran dan hutang kerajaan persekutuan. Manakala gambar
rajah 5.1(b) menunjukkan nilai hutang kerajaan persekutuan.

Hasil dapatan secara keseluruhan menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan


meningkat dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Hutang kerajaan persekutuan tertinggi adalah pada
tahun 2015 iaitu bernilai RM 630540 juta. Manakala hutang kerajaan persekutuan paling rendah adalah
pada tahun 2010 iaitu bernilai RM 407102 juta. Perbezaan nilai jumlah hutang kerajaan persekutuan
tahun tertinggi dengan tahun terendah adalah sebanyak RM 224438 juta. Dari tahun 2010 hingga tahun
2011 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 863232 juta. Seterusnya dari tahun 2011 hingga
tahun 2012 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 957747 juta. Pada tahun 2012 hingga tahun
2013 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 1041475 juta. Pada tahun 2013hingga tahun 2014
jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 1122686 juta. Akhirnya pada tahun 2014 hingga tahun
2015 jumlah hutang kerajaan adalah sebanyak RM 1213368 juta.

Pada tahun 2015, hutang kerajaan persekutuan adalah paling tinggi disebabkan peningkatan
perbelanjaan pembangunan negara. Kedudukan Hutang Persekutuan pada 31 Disember 2015 adalah
berjumlah RM 630540 juta. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 47712 juta berbanding
RM 582828 juta pada tahun 2014. Sebanyak 96.59% daripada Hutang Persekutuan didominasikan oleh
sumber dalam negeri iaitu sebanyak RM 609063 juta manakala RM 21477 juta adalah daripada sumber
luar negeri. Peratus Hutang Persekutuan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2015
adalah terkawal pada kadar 54.50% yang menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 54.06% pada
tahun 2014. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan pembayaran faedah, diskaun atas sekuriti hutang, caj
komitmen dan bayaran pengurusan bagi mendapatkan pinjaman. Didapati perbalanjaan berkaitan
infrastruktur dan kemudahan awam telah meningkat. Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan untuk
pembelian peralatan keselamatan dibidang ketenteraan juga menunjukkan arah perbelanjaan yang
semakin besar. Kerajaan juga telah menambahkan pinjaman bagi membiayai projek pembangunan luar
Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan sektor idnustri hiliran.

Hutang kerajaan persekutuan meningkat juga disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan


mengurus. Ia disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja di sektor awam terutamanya bagi
pembayaran emolument dan elaun .Bantuan kewangan dan serahan kepada kerajaan negeri
terutamanya bagi menampung perbelanjaan kemudahan penyelenggaraan kemudahan asas dan
prasarana juga semakin meningkat.

Hutang kerajaan persekutuan juga meningkat disebabkan oleh peningkatan hutang kerajaan
persekutuan di luar negara.Nilai RM yang semakin merosot berbanding dengan nilai USD telah
menyebabkan jumlah hutang bersih negara semakin meningkat. kenaikan kadar faedah pinjaman di
luar negara yang meningkat juga telah menyumbang akan kenaikan jumlah hutang kerajaan
persekutuan.

Pada tahun 2010, hutang kerajaan persekutuan adalah paling rendah adalah disebabkan
pengurangan perbelanjaan pembangunan negara. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12% yang
terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM 390356 juta dan hutang luar negeri termasuk
bantuan luar negeri berjumlah RM 16745 juta berbanding RM 362386 juta pada tahun 2009. Hutang
Kerajaan Persekutuan berada di tahap yang boleh diurus di mana bayaran perkhidmatan hutang bagi
tahun 2010 adalah 10% daripada jumlah perbelanjaan mengurus. Didapati kerajaan tidak menambahkan
perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan .Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan untuk
pembelian peralatan keselamatan dibidang ketenteraan juga menunjukkan arah perbelanjaan yang tidak
meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya. Kerajaan juga tidak menambahkan pinjaman bagi
membiayai projek pembangunan luar Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor
pertanian dan sector idnustri hiliran.

Hutang kerajaan persekutuan adalah rendah disebabkan perbelanjaan mengurus kerajaan yang
berkurang. Ia disebabkan oleh dasar penjimatan kerajaan bagi bilangan bagi pembayaran emolument
dan elaun . Dasar penjimatan ini juga dilakukan melalui pengurangkan peruntukan bantuan kewangan
dan serahan kepada kerajaan negeri terutamanya bagi menampung perbelanjaan kemudahan
penyelenggaraan kemudahan asas dan prasarana.

Sektor eksport yang semakin meningkat telah menyebabkan KDNK negara turut meningkat.
Peningkatan KDNK pada tahun tersebut telah meningkatkan pendapatan negara. Peningkatan KDNK
dan pendapatan negara mampu mengurangkan jumlah pinjaman kerajaan persekutuan pada tahun
tersebut.

Hutang kerajaan persekutuan juga rendah disebabkan oleh pengurangan hutang kerajaan
persekutuan di luar negara. Kira-kira satu pertiga hutang luar negeri adalah dalam denominasi
Ringgit.Oleh itu sebarang perubahan ke atas susut nilai Ringgit Malaysia tidak akan mempengaruhi
kenaikkan hutang kerajaan persekutuan. Nilai RM yang semakin stabil dan meningkat berbanding
dengan nilai USD telah menyebabkan jumlah hutang bersih negara semakin menurun . Pengurusan
hutang luar negeri secara berhemat telah menyebabkan bayaran hutang dapat dijelaskan dengan baik
dan teratur.Kesannya jumlah faedah pinjaman tidak meningkat berbanding dengan tahun tahun yang
lain.

Tuntasnya, walaupun hutang kerajaan persekutuan semakin meningkat, tetapi melalui


pengurusan hutang yang di amalkan dengan cekap oleh kerajaan telah dapat membina daya tahan
negara lebih teguh untuk berhadapan dengan kejutan yang teruk kesan pinjaman yang
berterusan.KDNK dan pendapatan negara yang semakin stabil dan meningkat mampu mengurangkan
kesan negatif kenaikan pinjaman kerajaan persekutuan.
5.2 Kajian adalahn untuk mengkaji hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan
kadar pertumbuhan KDNK
Jadual: Kadar pertumbuhan hutang persekutuan dan kadar pertumbuhan KDNK
Tahun Nilai Hutang Kerajaan Kadar Pertumbuhan Nilai Kadar Pertumbuhan
Persekutuan Hutang Persekutuan KDNK KDNK
(RM juta) (%) ( RM juta ) (%)

2010 407102 12.34 821434 15.23


2011 456130 12.04 911733 10.99
2012 501617 9.97 971252 6.53
2013 539858 7.62 1018614 4.88
2014 582828 7.96 1106443 8.62
2015 630540 8.19 1158513 4.71

16

14

12
Kadar Pertumbuhan (%)

10

8 Kadar Pertumbuhan Hutang


Perseketuan

6 Kadar Pertumbuhan KDNK

0
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Tahun
Jadual 5.2(a) menunjukkan nilai hutang kerajaan persekutuan dan nilai KDNK. Manakala
gambar rajah 5.2(b) menunujukan hubungan kadar pertumbuhan hutang persekutuan dengan
kadar pertumbuhan KDNK.

Hasil dapatan secara keseluruhan menunjukkan bahawa kadar hutang kerajaan persekutuan
menurun dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan meningkat semula pada tahun 2014 dan pada
tahun 2015. Manakala, kadar pertumbuhan KDNK menurun dari tahun 2010 hingga tahun 2013
dan meningkat pada tahun 2014 dan menurun pada tahun 2015. Kadar hutang kerajaan
persekutuan tertinggi adalah pada tahun 2010 iaitu sebanyak 12.34%. Manakala kadar hutang
kerajaan persekutuan paling rendah adalah pada tahun 2013 iaitu sebanyak 7.62%. Kadar
pertumbuhan KDNK paling tinggi adalah sebanyak 15.23% iaitu pada tahun 2010 dan paling
rendah adalah pada tahun 2015 iaitu sebanyak 4.71%.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar pertumbuhan KDNK menurun. Antaranya
ialah faktor luaran yang menjejaskan pertumbuhan sektor komoditi dan eksport Malaysia.
Manakalah faktor yang menyebabkan kadar pertumbuhan KDNK meningkat adalah
disebabkan oleh perbelanjaan pengguna, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan ekport bersih.
Dari rajah ini kita dapat melihat keseluruhan faktor pemboleh ubah bebas yang paling memberi
sumbangan terhadap KDNK secara kasar, di mana perbelanjaan pengguna menunjukkan faktor
yang paling banyak memberikan sumbangan kepada KDNK.

Pada tahun 2015 hutang kerajaan persekutuan adalah paling tinggi disebabkan peningkatan
perbelanjaan pembangunan negara. Kedudukan Hutang Persekutuan pada 31 Disember 2015
adalah berjumlah RM 630540. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM 47712 juta
berbanding RM 582828 juta pada tahun 2014. Peratus Hutang Persekutuan berbanding
Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2015 adalah terkawal pada kadar 54.50% yang
menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 54.06% pada tahun 2014. Kos Hutang Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2015 meningkat sebanyak 7.50% kepada RM 24283 juta berbanding
RM 22588 juta pada tahun 2014. Jumlah ini merangkumi perbelanjaan pembayaran faedah,
diskaun atas sekuriti hutang, caj komitmen dan bayaran pengurusan bagi mendapatkan
pinjaman. Didapati perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam telah
meningkat.Begitu juga dengan perbelanjaan kerajaan untuk pembelian peralatan keselamatan
dibidang ketenteraan juga menunjukkan arah perbelanjaan yang semakin besar. Kerajaan juga
telah menambahkan pinjaman bagi membiayai projek pembangunan luar Bandar terutamanya
berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan sektor industri hiliran.
Pada tahun 2010, hutang kerajaan persekutuan adalah paling rendah adalah disebabkan
pengurangan perbelanjaan pembangunan negara. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12%
yang terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM 390356 juta dan hutang luar negeri
termasuk bantuan luar negeri berjumlah RM 16745 juta berbanding RM 362386 juta pada tahun
2009. Pinjaman telah meningkat sebanyak RM 354649 juta pada tahun 2009. Hutang Kerajaan
Persekutuan berada di tahap yang boleh diurus di mana bayaran perkhidmatan hutang bagi
tahun 2010 adalah 10% daripada jumlah perbelanjaan mengurus. Didapati kerajaan tidak
menambahkan perbalanjaan berkaitan infrastruktur dan kemudahan. Begitu juga dengan
perbelanjaan kerajaan untuk pembelian peralatan keselamatan dibidang ketenteraan juga
menunjukkan arah perbelanjaan yang tidak meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya.
Kerajaan juga tidak menambahkan pinjaman bagi membiayai projek pembangunan luar
Bandar terutamanya berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan sector idnustri
hiliran.

Pada tahun 2010, kadar pertumbuhan KDNK adalah tertinggi iaitu sebanyak 15.23%. KDNK
pada tahun ini mencatakan kadar tertinggi kerana pengagihan pendapatan tidak sekata. Antara
2015, 54% daripada jumlah pekerjaan bersih diwujudkan dalam segmen kemahiran rendah dan
sederhana, yang pada puratanya membayar gaji masing-masing sebanyak RM1,095 dan
RM1,493 sebulan. Selain itu adalah, kos sara hidup meningkat. Dalam tempoh beberapa tahun
kebelakangan ini, pelbagai kejutan seperti rasionalisasi subsidi, pengenalan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) dan kelemahan ringgit menyumbang kepada kos sara hidup yang lebih
tinggi.Tekanan kos yang meningkat boleh dilihat dalam inflasi purata lebih tinggi iaitu 2.7
peratus selepas GST (April 2015) berbanding purata sebelum.

Pada tahun 2015, kadar pertumbuhan KDNK adalah terendah iaitu sebanyak 4.71%. KDNK
pada tahun ini mencatakan kadar terendah kerana faktor luaran yang menjejaskan pertumbuhan
sektor komoditi dan eksport Malaysia. Sektor perlombongan dan pertanian terdedah kepada
pelbagai cabaran dan ketidakpastian, yang membawa kepada turun naik berdasarkan
permintaan pasaran. Bagaimanapun, kedua-dua komoditi itu akan meningkat semula pada suku
akan datang apabila ketidakpastian. Sektor perkhidmatan akan meningkat sedikit pada suku
keempat 2015. Oleh itu, berpendapat, KDNK pada suku berkenaan boleh mencecah empat
peratus sekali gus menjadikan KDNK 2015 sebanyak 4.7 peratus, sebagaimana dijangkakan.
Secara keseluruhan, jangkaan untuk tahun ini amat tidak memberangsangkan dan tidak melihat
banyak kemajuan dalam aktiviti perdagangan global manakala permintaan domestik dilihat
kekal lemah berikutan pertumbuhan perlahan dalam kadar pengambilan pekerja dan kos sara
hidup yang tinggi.

Tuntasnya, walaupun kadar hutang kerajaan persekutuan tidak konsisten tetapi melalui
pengurusan hutang yang di amalkan dengan cekap oleh kerajaan telah dapat membina daya
tahan negara lebih teguh untuk berhadapan dengan kejutan yang teruk kesan pinjaman yang
berterusan.KDNK dan pendapatan negara yang semakin stabil dan meningkat mampu
mengurangkan kesan negatif kenaikan pinjaman kerajaan persekutuan.
6.0 CADANGAN

Cadangan pertama adalah dengan memansuhkan beberapa agensi tertentu. Kerajaan dapat
menjimat dalam kira-kira RM 500 juta setahun susulan pengumuman pembubaran empat
badan dan agensi kerajaan. Empat badan yang hendak dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal
Khas (JASA), Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).
Pembuburan ini akan melibatkan dalam 3000 kakitangan akan dapat menjimatkan kos
pengurusan kerajaan, khususnya membabitkan penggajian dan kos operasi dalam
perbelanjaan tahunan. Dengan ini kerajaan dapat menjimatkan sekitar RM 200 juta bagi
pembayaran gaji dan RM 300 juta bagi pentadbiran. Penjimatan ini mampu mengurangkan
hutang dan juga perbelanjaan megurus Negara. Ini secara tidak langsung akan dapat
membantu dalam pembayaran semula hutang kerajaan persekutuan.

Seterusnya, adalah dengan mengkaji semula projek yang bernilai tinggi. Kerajaan perlu
mengaji projek yang bernilai tinggi iaitu dalam RM 55 billion iaitu Projek Laluan Rel Pantai
Timur (ECRL). Ini perlu dikaji semula untuk memudahkan kerajaan untuk membayar balik
pinjaman yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Dengan ini sudah tentunya kos projek dapat
dikurangkan sebanyak yang mungkin. Untuk membiayai semua hutang ini kerajaan bolehlah
mengadakan hubungan baik dengan Negara yang berkaitan supaya mereka dapat memahami
ekonomi Malaysia pada masa kini dan menstruktur semula bon-bon dan pinjaman yang
dilakukan untuk projek ini dimana kos pembiayaan dapat dikurangkan untuk menjimatkan
peruntukan pembayaran balik hutang.
7.0 PENUTUP

Kesimpulanya, daripada kajian saya didapati bahawa hutang kerajaan persekutuan


meningkat dari tahun 2010 kepada tahun 2015. Pada tahun 2010, hutang kerajaan
persekutuan adalah sebanyak RM 407102 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM
456130 juta pada tahun 2011. Seterusnya nilai KDNK pada tahun 2010 ialah RM 821434
juta dan meningkat kepada RM 911733 pada tahun seterusnya. Ini menunjukkan bahawa
apabila hutang kerajaan persekutuan meningkat, nilai KDNK juga meningkat. Hutang
kerajaan persekutuan boleh dikurangkan dengan mengurangkan nilai KDNK. Dengan itu,
nilai KDNK sesebuah tahun harus dikurangkan untuk mengurangkan hutang kerajaan
persekutuan
8.0 SENARAI RUJUKAN

1. Karya penulis
 Suhailah Mohd Salleh, 2019, Ace Ahead Teks Stpm Ekonomi Malaysia
Penggal 3 Edisi ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
 Faith Lim, 2019, Nota Dan Latihan Stpm Makroekonomi Penggal 2 Edisi
Kemas Kini, Selangor: Ilmu Bakthi Sdn.Bhd.
2. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi atau Jawatankuasa
 Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2015. Laporan Kewangan
Ekonomi 2014/2015. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia
 Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2014. Laporan Kewangan
Ekonomi 2009/2010. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia

3. Surat khabar
 Zunaida Zainon, “Manokaran Mottain: KDNK 2015 dijangka 5%” dlm.
Utusan Malaysia 15 Februari 2016

4. Bahan Internet
 http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ini-6-langkah-kerajaan-pastikan-
hutang-terkawal-terurus-182497
 https://www.treasury.gov.my/arkib/2015/le/bab4.pdf
 https://www.treasury.gov.my/index.php/fiskal-ekonomi/data-ekonomi.html
 http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-ag/terbitan/penyata-kewangan-
kerajaan-persekutuan

You might also like