You are on page 1of 47

000405-14-0029

1.0 PENGENALAN

Menurut Laporan Kompetitif Global, Malaysia diiktiraf sebuah negara


membangun paling pesat selain sebagai pemain ekonomi paling kompetitif dalam
kalangan negara membangun di Asia. Justeru itu, pelbagai prasarana telah dibina di
negara ini dan salah satunya tidak lain dan tidak bukan ialah prasarana air.

Perkataan prasarana menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (Halaman 1230)


membawa erti “keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan
pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan lain-lain yang perlu bagi
pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan” .

Tajuk kajian yang dijalankan adalah di bawah tajuk Gangguan Bekalan Air.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-2, gangguan ialah sesuatu atau apa - apa yang
menganggu perkara berjalan dengan sepatutnya dan menyusahkan atau halangan.
Selain itu, merujuk kamus dewan yang sama juga bekalan bermaksud benda atau
sesuatu yang dibekalkan. Air juga dapat ditakrifkan sebagai satu khazanah alam dan
menjadi keperluan kepada manusia yang paling asas.

Air adalah nadi bagi setiap kehidupan. Ia merupakan satu khazanah alam yang
tidak ternilai harganya. Hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair.
Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia
adalah air. Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa
makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini menggambarkan betapa pentingnya
air dalam kehidupan kita.

Kuarters kerajaan merupakan antara prasarana yang telah disediakan oleh pihak
kerajaan bagi kemudahan rakyatnya. Kemudahan asas ini merupakan sebuah tempat
tinggal sementara bagi penjawat awam yang bekerja di sesebuah kerajaan di sesebuah
kawasan. Bagi Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 ini, penduduk yang menetap di
sini bekerja di kawasan Shah Alam sehingga ke Kawasan Putrajaya. Selain itu,
penduduk yang menetap di kuarters ini terdiri daripada semua yang bekerja di bawah
KPM seperti guru-guru, pembantu makmal, kerani, dan pekerja-pekerja di JPN dan
PPD.

1
000405-14-0029

Seterusnya, Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 ini mempunyai 2 blok


sahaja di mana setiap blok mempunyai 5 tingkat. Setiap blok juga terdapat 20 pintu dan
setiap tingkat mewakili 4 pintu. Satu unit rumah terdapat sebuah ruang tamu, dapur
yang dilengkapi cabinet, 2 bilik air dan 3 bilik. Terdapat juga stor yang terletak di
bahagian bawah (hujung) kawasan kuarters. Di dalam Kawasan kuarters ini juga
kerajaan telah menyediakan padang permainan, surau, bekalan kuasa elektrik dan air,
rumah pam, tempat letak kenderaan bagi setiap unit rumah, dan tukang cuci. Anggaran
penduduk kuarters ini adalah 200 orang sahaja,

Kuarters ini menerima bekalan airnya daripada loji-loji rawatan air yang
terdapat di negeri Selangor kerana proses pembekalan air terawat kepada pengguna
bermula dengan pengambilan air mentah dari sungai atau sumber-sumber air mentah
lain untuk dirawat. Empangan-empangan membekalkan loji rawatan air di Selangor
dengan bekalan air mentahnya dan ia di pantau oleh syarikat pengurusan empangan di
Selangor seperti Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd di Sungai Langat
dan Puncak Niaga Sdn Bhd Sungai Langat. Selepas melalui proses rawatan di loji-loji
rawatan air yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat untuk diminum serta
mematuhi Piawaian Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Air terawat akan di salurkan melalui sistem pengagihan yang terdiri daripada
tangki imbagan, paip utama, tangki perkhidmatan dan paip agihan sebelum sampai ke
kuarters ini. Loji-loji ini juga membekalkan air kepada seluruh Kuala Lumpur, Selangor
dan Putrajaya. Air-air ini disalurkan melalui paip utama dan kemudian melalui stesen
pam air yang akan mengagihkan air melalui paip-paip saluran yang akan mengalirkan
air itu sama ada melalui graviti atau memberikan sedikit tekanan bagi memastikan air
tersebut sampai ke destinasinya.

Bekalan air yang tidak dapat diperolehi dan disalurkan kepada penempatan atau
sesuatu kawasan yang mempunyai kehidupan akan menyebabkan kehidupan dan
aktiviti seharian masyarakat terganggu. Bekalan air yang tidak dapat diperolehi secara
konsisten daripada pihak yang tertentu seperti Syarikat Bekalan Air Selangor
(SYABAS), atau mana-mana agensi atau syarikat lain yang menguruskan sistem air ini

2
000405-14-0029

dikatakan sebagai satu isu gangguan bekalan air dan masalah ini harus dianggap serius
kerana melibatkan gangguan dan menjejaskan kehidupan masyarakat. Atas dasar inilah,
isu gangguan bekalan air di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 ini semakin hangat
diperkatakan.

Susulan daripada ini, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di kuarters ini melalui
pelbagai kaedah yang akan digunakan. Diharapkan dengan kajian ini, pengkaji juga
sedikit sebanyak dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang faktor terjejasnya
bekalan air dan semoga penemuan kajian ini dapat memberi pengetahuan baru tentang
proses dan sistem bekalan air di Malaysia.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan-kesan gangguan
bekalan air terhadap penduduk di kuarters tersebut. Diharapkan melalui kajian ini dapat
memberi refleksi kepada pengkaji mengenai cara alternatif yang boleh diambil ketika
berlakunya gangguan air.

Rasional utama kajian adalah kerana terdapat sebilangan rungutan daripada


penduduk di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 terhadap gangguan perkhidmatan
bekalan air yang kerap berlaku. Di samping itu, kebanyakan aktiviti penduduk setempat
turut terjejas akibat daripada gangguan bekalan air tersebut. Pengkaji juga memilih
lokasi tersebut kerana tidak jauh dengan kediaman pengkaji, dengan itu memudahkan
pengkaji untuk berurusan dengan penduduk di sana.

3
000405-14-0029

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat dua objektif yang telah menjadi landasan dan panduan
kepada pengkaji. Objektif kajian tersebut adalah:

2.1 Mengenalpasti faktor-faktor gangguan bekalan air di Kuarters Institut


Pendidikan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

2.2 Mengkaji kesan-kesan gangguan bekalan air terhadap penduduk di


Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

4
000405-14-0029

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 NEGERI SELANGOR

Peta 1: Peta Negeri Selangor


Sumber: Google Maps

3.2 DAERAH PETALING

Peta 2: Daerah Petaling


Sumber: Google Maps

5
000405-14-0029

3.3 SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Peta 3: Seksyen 19, Shah Alam


Sumber: Google Maps

3.4 LOKASI KAJIAN: KUARTERS INSTITUT PENDIDIKAN


SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Peta 4: Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19, Shah Alam


Sumber: Google Maps

6
000405-14-0029

Foto 1: Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19, Shah Alam


Sumber: Kerja Lapangan 2019

Foto 2: Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19, Shah Alam


Sumber: Kerja Lapangan 2019

7
000405-14-0029

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Tujuan penyelidikan pada asasnya ialah untuk mencari maklumat atau mencari
jawapan kepada soalan yang dibangkitkan.Menurut Kerlinger (1973) mengatakan
penyelidikan sebagai satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara
yang formal dan sistematik. Oleh yang demikian setiap penyelidikan perlu ada kaedah
atau metodologi agar penyelidikan tersebut lebih teratur dan hasilnya boleh meluaskan
ilmu pengetahuan. Metodologi merupakan elemen terpenting dalam sesuatu
penyelidikan kerana berpandukan mekanisme inilah objek yang menjadi sasaran dapat
digarap dengan jelas.

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan
untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi juga merupakan satu set
kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek atau responden yang
tertentu sepanjang membuat kajian

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian terdiri daripada kajian kuantitatif, kajian kualiitatif dan
metod campuran. Berikut merupakan struktur reka bentuk kajian :

Foto 3: Struktur reka bentuk penyelidikan


Sumber: Google

8
000405-14-0029

Kajian penyelidikan ini menggabungkan dua kaedah kajian yang merangkumi


penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif atau dikenali sebagai kaedah
gabungan (mixed methods). Menurut L.R. Gay et.al, kaedah gabungan adalah reka
bentuk penyelidikan pendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan
kuantitatif dan kualitatif dengan memasukkan kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif
dalam satu kajian. Tujuan kaedah gabungan dibentuk adalah untuk menghasilkan
penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian
dengan sepenuhnya, berbanding dengan hanya menggunakan satu metod kajian sahaja.
Di samping itu, penyelidikan secara gabungan ini juga adalah untuk memantapkan
sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai
perspektif sama ada kuantitatif atau kualitatif. Kaedah ini dipilih berdasarkan kepada
permasalahan dan objektif kajian. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-
faktor dan kesan-kesan gangguan bekalan air. Justeru, kaedah campuran adalah
bersesuaian dengan kajian ini.

Kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah kajian
tinjauan dan kajian kes. Dalam kaedah tinjauan, soal selidik tertutup digunakan sebagai
alat ukur untuk mendapatkan data mengenai faktor-faktor dan kesan-kesan gangguan
bekalan air ke atas responden. Dalam kajian kes pula, teknik temu bual berstruktur
dilakukan ke atas informen dan pemerhatian juga digunakan.

Jadual 1: Rumusan reka bentuk kajian yang digunakan


REKA BENTUK KUANTITATIF KUALITATIF
KAJIAN
KAEDAH KAJIAN KAJIAN TINJAUAN KAJIAN KES
TEKNIK/ALAT SOAL SELIDIK TEMUBUAL
KAJIAN TERTUTUP BERSTRUKKTUR DAN
PEMERHATIAN
Sumber: Kajian Lapangan 2019

4.3 PERSAMPELAN KAJIAN

Menurut Babbie (1986), kaedah persampelan bertujuan dilakukan setelah


pengkaji mengetahui bahawa populasi berkenaan dapat memenuhi matlamat kajian.
Seterusnya, Marshall dan Rossman (1989) mengatakan bahawa sampel (informen)

9
000405-14-0029

sebegini mampu menghasilkan data-data untuk sesuatu kajian kerana ia mengambil kira
latar atau “setting” yang sesuai. Goetz dan LeCompte (1984) menerangkan
persampelan bertujuan sebagai “citerion based sampling” yang bermaksud pengkaji
perlu membentuk kriteria, asas atau piawai (standard) kepada unit yang dikaji.

4.3.1 PERSAMPELAN KAJIAN KUANTITATIF

Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu
populasi yang dikenalpasti. Responden kajian ini terdiri daripada tiga puluh orang
penduduk dari Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19. Bagi teknik persampelan yang
digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan rawak mudah
di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penduduk di Kuarters
Institut Pendidikan Seksyen 19 mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden dengan memohon para responden untuk menjawab borang soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang penduduk
dan tiga puluh borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak.Bilangan
sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang
besar untuk mewakili populasi yang dikaji.

4.3.2 PERSAMPELAN KAJIAN KUALITATIF

Bilangan informen yang ditemu bual bukan menjadi isu dalam kajian kualitatif
kerana tidak ada satu peraturan khusus boleh diguna bagi menentu saiz sampel yang
temu bual (Patton,2001).

Connaway & Powell (2010) dan Ahmad Naqiyuddin (2008) menjelaskan tujuan
utama persampelan dalam kajian kualitatif adalah untuk memahami proses sosial
berbanding memperoleh sampel responden. Connaway & Powell (2010) menambah,
apa yang kritikal adalah kedalaman, kompleksiti dan kekayaan data. Justeru, menentu
saiz sampel responden bukan satu keperluan kerana tujuan kajian kualitatif adalah
untuk memahami dan bukan membuat generalisasi. Oleh itu, kajian ini memilih untuk
menemubual responden yang sedikit tetapi dijangka dapat memberikan maklumat yang
terperinci dan mendalam. Pendekatan ini diakui bernilai seperti diakui Patton (2001).

10
000405-14-0029

Oleh itu, dalam kaedah temubual ini, sampel temubual hanya terdiri daripada
seorang penduduk yang menetap di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19. Informen
yang dipilih merupakan kawan kepada penjaga saya yang menetap di situ.

4.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika
menjalankan sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi
memperoleh data seperti mana yang dikhendaki oleh penyelidik untuk mencapai
objektif kajian. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal selidik tertutup,
kaedah temubual berstruktur, pemerhatian dan kajian kepustakaan.

4.4.1 KAEDAH SOAL SELIDIK

Instrument soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan.
Oleh itu, kaedah soal selidik ini digunakan sebagai pengumpul maklumat dan di
edarkan kepada penduduk. Pengkaji telah memilih kaedah soal selidik bentuk tertutup
iaitu pihak responden hanya memilih jawapan yang disediakan sahaja. Borang soal
selidik ini pula dibina mengikut prinsip Keep It Short and Simple (KISS) iaitu
mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas. Sebanyak 30 borang soal-
selidik yang diedarkan kepada responden yang dipilih secara rawak di lokasi kajian.
Responden yang terlibat dalam kajian ini diberikan masa antara 5-10 minit untuk
menjawab kesemua item yang terdapat dalam borang soal selidik. Kaedah soal selidik
ini amat penting kepada pengkaji kerana dapatan kajian bergantung kepada dapatan
soal selidik ini. Soal selidik ini merangkumi data demografi responden dalam Bahagian
A, manakala Bahagian B dan C tentang persepsi responden berkaitan faktor-faktor dan
kesan-kesan gangguan bekalan air di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19.

Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden telah disertakan di


bahagian Lampiran 8.1.

11
000405-14-0029

4.4.2 KAEDAH TEMUBUAL

Instrument temubual mempunyai dua peringkat iaitu secara berstruktur, semi-


struktur dan tidak berstruktur. Kaedah temubual ini juga boleh digunakan secara
bersemuka, tidak bersemuka, dan bantuan komputer. Kaedah yang pengkaji gunakan
adalah berstruktur dan bersemuka iaitu satu set soalan telah disediakan berdasarkan
objektif kajian yang melibatkan seorang penduduk di Kuarters Institut Pendidikan
Seksyen 19.

Sebanyak 11 soalan telah diajukan kepada informen iaitu:

1. Pada pandangan puan, adakah puan bersetuju bahawa kerja-kerja


penyelenggaraan air merupakan salah satu faktor wujudnya gangguan bekalan
air di kuarters ini?

2. Adakah puan bersetuju bahawa catuan air oleh pihak pengurus air juga
merupakan faktor bekalan air terganggu di kuarters ini?

3. Pada pandangan puan, adakah gangguan bekalan air di kuarters ini


disebabkan oleh peningkatan suhu global iaitu cuaca panas?

4. Selain itu, adakah puan bersetuju bahawa bekalan air terganggu di kuarters ini
disebabkan kekurangan kapasiti loji rawatan air?

5. Adakah puan bersetuju bahawa paip air yang bocor atau pecah menyebabkan
bekalan air terganggu?

6. Kesimpulannya, pada pandangan puan, apakah faktor utama yang


menyebabkan gangguan bekalan air di kuarters ini terganggu? Dan adakah
terdapat faktor lain yang menyebabkan gangguan bekalan air di kuarters ini?

7. Adakah kegiatan harian puan seperti membasuh baju, membasuh pinggan dan
mandi terganggu apabila ketiadaan air?

12
000405-14-0029

8. Adakah puan menghadapi kekurangan sumber minuman jika menghadapi


gangguan bekalan air?

9. Jika puan menjalankan aktiviti perniagaan, adakah gangguan bekalan air


menjejaskan aktiviti perniagaan puan?

10. Ekoran daripada ketiadaan bekalan air, adakah ianya meningkatkan kos
perbelanjaan puan kerana terpaksa mendapatkan sumber air atau makanan di
luar?

11. Akhir sekali, apakah kesan yang paling besar yang mengganggu kehidupan
seharian puan semasa bekalan air terganggu? Dan, adakah terdapat kesan lain
selain daripada yang ditemubual sebelum ini?

Transkrip temubual yang memaparkan jawapan daripada pihak informen boleh


dirujuk di bahagian Lampiran 8.2.

4.4.3 KAEDAH PEMERHATIAN

Instrumen pemerhatian juga adalah kaedah yang dijalankan secara langsung.


Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual.
Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memerhati kawasan kuarters bagi
memperoleh maklumat-maklumat mengenai kuarters tersebut seperti bilangan blok,
tingkat, dan unit rumah di kuarters tersebut. Selain itu, pengkaji juga memerhati
kemudahan yang terdapat di kuarters tersebut. Maklumat yang diperoleh melalui
pemerhatian ini dimasukkan ke dalam bahagian pengenalan bagi menceritakan serba
sedikit mengenai Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 ini.

13
000405-14-0029

Jadual 2: Pemerhatian
Bil Tarikh/Masa Pemerhatian Dapatan
1 13 Februari Memandangkan kawasan
2019, kuarters adalah kecil, pengkaji
5:37 petang memerhati keseluruhan
kawasan kuarters untuk
mengetahui bilangan blok dan
tingkat di setiap blok serta
bilangan unit rumah yang
terdapat di setiap blok.
Pengkaji juga memerhati
kemudahan-kemudahan yang
ada di kuarters tersebut.
2 2 Mac 2019, Selepas temubual dijalankan,
4.00 petang pengkaji memerhati kawasan
dalam rumah informen di
kuarters tersebut untuk
mengetahui bilangan bahagian
rumah seperti dapur, bilik
tidur dan bilik air bagi setiap
unit rumah .
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Dapatan kajian melalui kaedah pemerhatian ini dilampirkan di bahagian


Lampiran 8.3.

4.4.4 RUJUKAN KEPUSTAKAAN

Instrumen rujukan utama yang pengkaji peroleh ialah melalui rujukan


kepustakaan dan rujukan pelbagai sumber yang berkaitan skop kajian. Maklumat yang
diperoleh melalui kamus, buku-buku di perpustakaan dapat memudahkan pengkaji
dalam menjalankan serta menyiapkan kajian ini dengan mudah dan tepat. Sebagai
contoh, pengkaji menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan atau “jargon”

14
000405-14-0029

yang diselitkan dalam kajian ini untuk tujuan memperkukuh lagi kefahaman mengenai
sesuatu perkara. Maklumat daripada kajian pustaka dan internet juga dapat memberikan
pengkaji maklumat mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh
penyelidik-penyelidik terdahulu bagi memudahkan pengkaji mendapat idea bagaimana
untuk menjalankan kajian.

4.5 PENGUMPULAN DATA

Instrumen pengumpulan data adalah alat bantu yang dipilih dan digunakan oleh
pengkaji dalam kajiannya agar kajian menjadi lebih sistematik dan dipermudah
olehnya. Dalam kaedah pengumpulan data iaitu mendapatkan maklumat atau data
daripada responden dan informen, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan kajian kepustakaan. Kaedah soal selidik dan temubual
digunakan untuk mendapatkan data primer manakala kaedah pemerhatian dan kajian
kepustakaan pula digunakan untuk mendapatkan maklumat data sekunder.

Jadual 3: Pembahagian Data


DATA PRIMER DATA SEKUNDER
SOAL SELIDIK DAN TEMUBUAL PEMERHATIAN DAN KAJIAN
KEPUSTAKAAN
Sumber: Kajian Lapangan 2019

4.6 ANALISIS DATA

4.6.1 Kekerapan dan Peratusan

Bagi soalan-soalan bahagaian A, B dan C di dalam boring soal selidik, data


dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan.
Analisis data dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang telah
diedarkan kepada responden dan temubual Bersama responden. Tahap analisis dicapai
apabila data yang diperoleh dipastikan, disunting, dan ditukarkan kepada angka.
Seterusnya, data yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan
carta.

15
000405-14-0029

Dalam borang soal selidik, Skala Likert lima peringkat digunakan dalam
menilai tentang persepsi penduduk tentang faktor-faktor gangguan bekalan air di
Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 dan kesan-kesan terhadap penduduk di
kuarters tersebut jika mengalami gangguan bekalan air. Setiap peringkat penilaian
diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert dimana angka 5 mewakili
sangat setuju, angka 4 mewakili setuju, angka 3 mewakili tidak pasti, angka 2 mewakili
tidak setuju dan angka 1 adalah sangat tidak setuju.

Jadual 4: Skala Likert 5 aras


SETUJU TIDAK SETUJU
5 4 3 2 1
Sangat setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju
Sumber: Kajian Lapangan 2019

16
000405-14-0029

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA

JANTINA

37%
Lelaki
Perempuan
63%

Rajah 1: Jantina Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 5:Jantina Responden

BIL JANTINA BIL.ORANG PERATUS (%)


1 Lelaki 11 37
2 Perempuan 19 63
3 JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina


penduduk di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 Shah Alam. Daripada 30 orang
penduduk di kawasan tersebut yang telah disoal selidik, seramai 11 orang responden
adalah berjantina lelaki bersamaan dengan 37% manakala responden jantina
perempuan pula adalah seramai 19 orang bersamaan 63%. Jantina yang berbeza
membolehkan pengkaji mendapatkan persepsi yang berlainan.

17
000405-14-0029

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN KUMPULAN UMUR

UMUR

13%
20%
19-30
31-40

30% 41-50
51 KE ATAS
37%

Rajah 2: Kumpulan Umur Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 6:Umur Responden

BIL UMUR BIL. ORANG PERATUS (%)


1 19 hingga 30 tahun 6 20
2 31 hingga 40 tahun 11 37
3 41 hingga 50 tahun 9 30
4 51 hingga 60 tahun 4 13
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Rajah 2 di atas, ia menunjukkan demografi responden berdasarkan


umur penduduk Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 Shah Alam. Daripada 30
orang penduduk yang telah sola selidik,seramai 6 responden berumur 19 hingga 30
tahun bersamaan 20%. Sementara itu, yang berumur 31 hingga 40 tahun pula mencatat
sebanyak 11 orang iaitu 37% manakala 41 hingga 50 tahun mewakili 30% iaitu 9 orang.
Akhir sekali, responden yang berumur 51 hingga 60 tahun adalah empat orang
bersamaan 13%. Responden daripada peringkat umur yang berbeza mempunyai
pandangan yang berbeza.

18
000405-14-0029

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN TARAF PERKAHWINAN

TARAF PERKAHWINAN

13%

Bujang
Berkahwin

87%

Rajah 3: Taraf perkahwinan Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 7:Taraf Perkahwinan Responden

Bil STATUS BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Bujang 4 13
2 Berkahwin 26 87
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 4


orang (13%) sahaja terdiri daripada responden yang bujang manakala bakinya sebanyak
26 orang (87%) adalah responden yang sudah berkahwin. Terdapat jurang yang besar
antara status perkahwinan penduduk di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 ini.

19
000405-14-0029

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN PURATA BIL AIR BULANAN

PURATA BIL AIR BULANAN

7% 3%
10%

RM1-RM20
RM21-RM40
RM41-RM60
RM61 KE ATAS
33%
47%
TIDAK PASTI

Rajah 4: Purata Bil Air Bulanan Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 8:Purata Bil Air Responden

Bil PURATA BIL AIR BIL. ORANG PERATUS (%)


BULANAN
1 RM1-RM20 1 3
2 RM21-RM40 3 10
3 RM41-RM60 10 33
4 RM61 KE ATAS 14 47
5 TIDAK PASTI 2 7
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 responden yang disoal selidik, hanya


seorang responden (3%) sahaja yang mencatat purata bil air bulanan sebanyak RM1-
RM20. Selain itu, sebanyak 3 responden (10%) mempunyai purata bil air RM21-RM40
manakala bagi purata bil air RM41-RM60, responden terdiri daripada 10 orang
bersamaan 33%. Seramai 14 orang responden mewakili 47% menanda bahawa purata
bil air bulanan mereka adalah RM61 ke atas dan selebihnya seramai 2 responden (7%)
mengatakan tidak pasti.

20
000405-14-0029

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN BILANGAN ISI RUMAH

Bilangan Isi Rumah

3%
20%

1-2 ORANG
37%
3-4 ORANG
5-6 ORANG
7 ORANG KE ATAS

40%

Rajah 5: Bilangan Isi Rumah Responden


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 9:Bilangan Isi Rumah Responden

Bil BILANGAN ISI BIL. ORANG PERATUS (%)


RUMAH
1 1-2 ORANG 6 20
2 3-4 ORANG 12 40
3 5-6 ORANG 11 37
4 7 ORANG KE 1 3
ATAS
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 5 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan bilangan isi


rumah penduduk di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 Shah Alam. Daripada 30
orang responden, seramai 6 orang responden (20%) mempunyai 1-2 orang bilangan isi
rumah diikuti dengan 12 orang responden bersamaan 40% mempunyai 3-4 orang
bilangan isi rumah. Manakala responden yang mempunyai 5-6 orang bilangan isi rumah
terdiri daripada 11 orang (37%) dan hanya seorang responden bersamaan 3% menanda
bilangan isi rumah sebanyak 7 orang ke atas. Responden yang mempunyai bilangan isi
rumah yang berbeza mempunyai penggunaan air yang berbeza.

21
000405-14-0029

5.2 FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUARTERS


INSTITUT PENDIDIKAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM

5.2.1 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN
25
72%
20

15

10
24%
5
4%
0
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti

Rajah 6: Kerja-kerja penyelenggaraan


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 10:Analisis Responden berkaitan Kerja-kerja Penyelenggaraan

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 21 72
2 Setuju 7 24
3 Tidak Pasti 2 4
4 Tidak Setuju 0 0
5 Sangat Tidak Setuju 0 0
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 21


orang bersamaan 72% sangat setuju bahawa kerja-kerja penyelenggaraan merupakan
faktor bagi gangguan bekalan air manakala 7 orang responden iaitu 24% mengatakan
setuju dan hanya 2 orang responden (4%) menanda tidak pasti. Hasil daripada temubual
pula, informen juga bersetuju bahawa gangguan bekalan air di Kuarters Institut
Pendidikan Seksyen 19 juga berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan. Menurut
Pn Nariza bt Ab Ghani, rutin penyelenggaraan dijalankan 3 kali setahun. Kerja-kerja

22
000405-14-0029

penyelenggaraan ini melibatkan penukaran sistem paip, pemeriksaan meter individu


dan lain-lain lagi yang telah tertakluk di dalam manual prosedur penyelenggaraan dan
operasi SYABAS. Rutin penyelenggaraan yang dijalankan sebanyak 3 kali setahun
telah menyebabkan gangguan air berlaku di kuarters ini.

23
000405-14-0029

5.2.2 CATUAN AIR

CATUAN AIR
10
30%
9
27%
8
23%
7
6
17%
5
4
3
2
3%
1
0
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju

Rajah 7: Catuan Air


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 11:Analisis Responden berkaitan Catuan Air

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 8 27
2 Setuju 9 30
3 Tidak Pasti 7 23
4 Tidak Setuju 5 17
5 Sangat Tidak Setuju 1 3
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Berdasarkan Rajah 7 di atas, ia menunjukkan bilangan responden di mana


seramai 8 orang responden (27%) sangat setuju dan 9 orang responden (30%) memilih
setuju terhadap faktor gangguan berlakunya gangguan bekalan air adalah disebabkan
catuan air. Selain itu, 7 orang responden bersamaan 23% memilih tidak pasti dan 5
orang responden iaitu 17% menanda tidak setuju manakala hanya seorang responden
mewakili 3% memilih sangat tidak setuju. Menurut hasil daripada temu bual pula,
informen juga bersetuju bahawa gangguan bekalan air tempat mereka terganggu kerana
dicatukan air oleh pihak pengurus air. Menurut informen, catuan air ini dilakukan
kerana terdapat peningkatan terhadap penggunaan perkhidmatan air. Pengkaji pula

24
000405-14-0029

menjalankan carian untuk mendapat maklumat mengenai penggunaan air oleh


penduduk di Selangor dan berdasarkan hasil carian, pengkaji mendapati bahawa
berdasarkan Laporan MWIG 2017 di laman web Utusan, ia menunjukkan penggunaan
air di Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih tinggi daripada sebahagian negeri lain,
iaitu 234 liter perkapita sehari dan melebihi purata kadar penggunaan air negara
sebanyak 209 liter perkapita sehari.

25
000405-14-0029

5.2.3 PENINGKATAN SUHU GLOBAL

PENINGKATAN SUHU GLOBAL


14
40%
12 37%
10

6
13%
4 10%
2

0
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Rajah 8: Peningkatan suhu global


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 12:Analisis Responden berkaitan Peningkatan Suhu Global

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 12 40
2 Setuju 11 37
3 Tidak Pasti 3 10
4 Tidak Setuju 4 13
5 Sangat Tidak Setuju 0 0
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Hasil kajian menunjukkan seramai 12 orang responden (40%) memilih sangat


setuju dan 11 orang responden bersamaan 37% pula setuju bahawa peningkatan suhu
global (cuaca panas) menyebabkan bekalan air terganggu. Walaupun begitu, terdapat 3
orang responden (10%) tidak pasti dan 4 orang responden (13%) memilih tidak setuju
mengenai faktor ini. Melalui temubual bersama informen, beliau menyatakan bahawa
peningkatan suhu global juga menjadi pemangkin kepada terjadinya gangguan bekalan
air di kuarters ini. Beliau turut berkata keadaan suhu yang begitu panas telah
menyebabkan hujan yang turun di kawasan tadahan sikit dan akhirnya air di empangan
jatuh menghampiri paras kritikal.

26
000405-14-0029

5.2.4 KEKURANGAN KAPASITI LOJI RAWATAN AIR

KEKURANGAN KAPASITI LOJI RAWATAN AIR


12 37%
10 30%
8

6
13%
4 10% 10%
2

0
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju

Rajah 9: Kekurangan Kapasiti Loji Rawatan Air


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 13:Analisis Responden berkaitan Kekurangan Kapasiti Loji Rawatan Air

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 9 30
2 Setuju 11 37
3 Tidak Pasti 3 10
4 Tidak Setuju 4 13
5 Sangat Tidak Setuju 3 10
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, 9 responden


(30%) menyatakan sangat setuju manakala 11 orang responden (37%) memilih setuju
bahawa gangguan bekalan air di kuarters ini disebabkan oleh kekurangan kapasiti loji
rawatan air. Jawapan tidak pasti pula merekodkan sebanyak 3 orang responden
bersamaan 10% dan 4 responden (13%) memilih tidak setuju manakala 3 orang
responden (10%) menanda sangat tidak setuju. Hasil temubual bersama informen pula,
beliau menyatakan tidak pasti sama ada kekurangan kapasiti loji rawatan air merupakan
penyumbang kepada bekalan air terganggu di kuarters tersebut. Berdasarkan carian
pengkaji, menurut laporan daripada laman web Utusan pada 11 Mac 2018, jumlah

27
000405-14-0029

permintaan pengguna adalah pada sekitar 4,650 Juta Liter Sehari (JLH) sedangkan
jumlah pengeluaran loji rawatan air yang boleh diagih adalah sebanyak
4,686JLH.Berikutan itu, kekurangan bekalan air terawat telah menjadi kritikal dengan
rizab lebihan simpanan air terawat berada bawah 1peratus lalu menyekat pengagihan
bekalan air bersih

28
000405-14-0029

5.2.5 KEADAAN SALURAN PAIP AIR

KEADAAN SALURAN PAIP AIR


18
54%
16
14
12
33%
10
8
6
4
7%
2 3% 3%
0
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju

Rajah 10: Keadaan Saluran Paip Air


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 14:Analisis Responden berkaitan Keadaan Saluran Paip Air

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 16 54
2 Setuju 10 33
3 Tidak Pasti 2 7
4 Tidak Setuju 1 3
5 Sangat Tidak Setuju 1 3
JUMLAH 30 100
Sumber: Borang Soal Selidik

Berdasarkan Rajah 10, seramai 16 orang responden mewakili 54% memilih


sangat setuju bahawa keadaan saluran paip air seperti bocor atau pecah merupakan
faktor bekalan air terganggu di kuarters tersebut. Di samping itu, 10 orang responden
(33%) pula memilih setuju dan 2 orang responden (7%) memilih tidak pasti.
Selebihnya, sebanyak 2 orang responden di mana seorang responden (3%) memilih
tidak setuju dan seorang responden (3%) lagi menyatakan sangat tidak setuju. Melalui
temubual bersama informen pula, Pn Nariza bt Ab Ghani memberitahu bahawa dia
bersetuju bahawa keadaan saluran paip air seperti paip air bocor dan pecah
menyumbangn kepada gangguan bekalan air di kuarters ini. Menurutnya lagi,

29
000405-14-0029

kebocoran dan kepecahan paip air juga kerap berlaku di kawasan kuarters. Berdasarkan
laporan MalaysiaKini pada 2 Mei 2014, menurut Ketua Setiausaha Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang,paip pecah
berlaku kerana paip agihan tersebut sudah lama, beradadalam keadaan di bawah
tekanan sebab keperluan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan sekarang ini lebih
daripada kapasiti bekalan air yang mampu dihasilkan menerusi reka bentuk asalnya.
Selain itu, berlaku korekan menerusi pelbagai aktiviti lain yang seringkali
menyebabkan kerosakan paip agihan.

Foto 4: Paip pecah di sekitar Kawasan kuarters


Sumber: Kajian Lapangan 2019

30
000405-14-0029

5.3 KESAN-KESAN GANGGUAN BEKALAN AIR TERHADAP


PENDUDUK DI KUARTERS INSTITUT PENDIDIKAN SEKSYEN 19 SHAH
ALAM

5.3.1 KEGIATAN HARIAN TERGDENDALA

KEGIATAN HARIAN TERGENDALA


30

25 80%

20

15

10
20%
5

0
Sangat Setuju Setuju

Rajah 11: Kegiatan harian tergendala


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 15:Analisis Responden berkaitan Kegiatan Harian Tergendala

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 24 80
2 Setuju 6 20
3 Tidak Pasti 0 0
4 Tidak Setuju 0 0
5 Sangat Tidak Setuju 0 0
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 11 menunjukkan 24 orang responden bersamaan 80% sangat bersetuju


bahawa kegiatan seharian penduduk seperti mandi, membasuh baju dan membasuh
pinggan akan terganggu disebabkan oleh gangguan bekalan air. 6 responden bersamaan
20% adalah setuju manakala tiada responden yang tidak setuju. Pn Nariza bt Ab Ghani

31
000405-14-0029

selaku informen memberitahu bahawa dia sangat setuju di mana apabila gangguan
bekalan air berlaku, aktiviti harian sangat terganggu kerana terpaksa berjimat-cermat
dalam menggunakan air simpanan.

32
000405-14-0029

5.3.2 KEKURANGAN SUMBER MINUMAN

KEKURANGAN SUMBER MINUMAN


16
47%
14

12 36%
10

6 17%
4

0
Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju

Rajah 12: Kekurangan Sumber Minuman


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 16:Analisis Responden berkaitan Kekurangan Sumber Minuman

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 11 36
2 Setuju 14 47
3 Tidak Pasti 0 0
4 Tidak Setuju 5 17
5 Sangat Tidak Setuju 0 0
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Hasil kajian menunjukkan sebanyak 11 orang responden bersamaan 36% sangat


setuju bahawa mereka kekurangan sumber minuman ketika bekalan air terputus.
Sebanyak 14 responden (47%) pula memilih setuju dan 5 orang responden (17%) tidak
setuju. Kebanyakan responden setuju kerana mengikut kajian saintis, komposisi badan
manusia mengandungi 70% air dan kita hanya mampu bertahan tanpa minuman hanya
selama 3 hari sahaja. Temubual bersama informen pula menyatakan bahawa dia juga
kekurangan sumber air untuk diminum dan terpaksa membeli air di kedai sebagai
alternatif lain.

33
000405-14-0029

5.3.3 AKTIVITI PERNIAGAAN TERGANGGU

AKTIVITI PERNIAGAAN TERGANGGU


14 43%
12 37%
10

6
13%
4
7%
2

0
Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju

Rajah 13: Aktiviti Perniagaan Terganggu


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 17:Analisis Responden berkaitan Aktiviti Perniagaan Terganggu

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 2 7
2 Setuju 4 13
3 Tidak Pasti 0 0
4 Tidak Setuju 11 37
5 Sangat Tidak Setuju 13 43
JUMLAH 30 100
Sumber: Borang Soal Selidik

Berdasarkan Rajah 13, secara keseluruhannya didapati seramai 24 orang


responden tidak setuju di mana 11 orang responden (37%) memilih tidak setuju dan 13
orang responden (43%) memilih sangat tidak setuju bahawa aktiviti perniagaan mereka
terganggu jika tiada bekalan air. Pada pandangan pengkaji, responden yang tidak setuju
bukanlah seorang peniaga. Walaupun begitu, terdapat 2 orang responden bersamaan
7% memilih sangat setuju dan 4 orang responden (13%) setuju dengan kesan ini.
Temubual bersama informen, beliau menyatakan bahawa aktiviti perniagaan beliau
juga terganggu ketika bekalan air terputus. Hal ini kerana, selain daripada menjadi
seorang guru, Pn Nariza juga merupakan peniaga sambilan yang menjual roti dan kek.

34
000405-14-0029

Ketiadaan air memberi kesan kepadanya kerana beliau sukar untuk membasuh
peralatan membuat kek jika tempahan kek yang diterima oleh pelanggan banyak.

35
000405-14-0029

5.3.4 PENINGKATAN KOS HARIAN

PENINGKATAN KOS HARIAN


18
53%
16
14
40%
12
10
8
6
4
7%
2
0
Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju

Rajah 14: Peningkatan Kos Harian


Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 18:Analisis Responden berkaitan Peningkatan Kos Harian

BIL JAWAPAN BIL. ORANG PERATUS (%)


1 Sangat Setuju 16 53
2 Setuju 12 40
3 Tidak Pasti 0 0
4 Tidak Setuju 2 7
5 Sangat Tidak Setuju 0 0
JUMLAH 30 100
Sumber: Borang Soal Selidik

Hasil kajian mendapati sebanyak 16 orang responden iaitu 53% mengaku sangat
setuju dan 12 orang responden sebanyak 40% setuju bahawa gangguan bekalan air yang
berlaku meningkatkan kos harian kerana mereka terpaksa membeli sumber minuman
atau sumber makanan di luar jika ketiadaan air. Jawapan bagi tidak setuju pula walau
bagaimanapun merekod bilangan sebanyak 2 orang responden bersamaan 7% tidak
setuju. Hasil temubual bersama informen pula mendapati pihak informen juga sangat
terkesan dengan peningkatan kos harian ini. Menurut beliau, beliau terpaksa membeli
bekalan air di kedai untuk dijadikan sumber minuman bagi keluarganya. Selain itu,

36
000405-14-0029

keluarga beliau juga terpaksa makan di luar kerana ketiadaan air untuk menyediakan
makanan dan membasuh pinggan.

37
000405-14-0029

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.1 FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUARTERS


INSTITUT PENDIDIKAN SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 2 faktor utama yang


menyumbang kepada gangguan bekalan air di kuarters ini ialah kerja-kerja
penyelenggaraan yang dijalankan dan keadaan saluran paip air seperti paip air bocor
dan pecah. Pada pandangan pengkaji, kedua-dua faktor ini mempunyai hubungan
langsung kerana selain dari kerja-kerja penyelenggaraan berkala yang dilakukan bagi
menambahbaik keadaan paip, penyelenggaraan kecemasan juga akan dibuat jika paip
bocor atau pecah. Menurut informen, kejadian paip bocor atau pecah merupakan
kejadian yang kerap berlaku di kawasan kuarters dan menyebabkan kuarters tersebut
mengalami gangguan bekalan air. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa jika kejadian paip
bocor atau pecah kerap berlaku, maka kerja-kerja penyelenggaraan bagi membaikpulih
keadaan paip juga kerap.

6.2 KESAN-KESAN TERHADAP PENDUDUK DI KUARTERS


INSTITUT PENDIDIKAN SEKSYEN 19, SHAH ALAM AKIBAT
GANGGUAN BEKALAN AIR

Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa masalah bekalan air


memberi kesan terhadap penduduk di kuarters ini. Menurut analisis data daripada
borang soal selidik beserta temubual yang dibuat, pengkaji mendapati kesemua
responden memilih sangat setuju bahawa kegiatan harian mereka seperti mandi,
membasuh baju dan pinggan terganggu. Kesan seterusnya pula ialah penduduk di
kuarters tersebut akan mengalami peningkatan kos harian sekiranya ketiadaan air
kerana mereka terpaksa membeli sumber air dan sumber makanan di luar. Akhirnya,
kesan yang ketiga paling dirasai oleh penduduk ialah kekurangan sumber minuman di
mana majoriti responden bersetuju dengan kesan yang dinyatakan ini.

38
000405-14-0029

6.3 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati gangguan bekalan air


merupakan masalah yang serius kerana kesan akibat ketiadaan air mencetuskan kesan-
kesan negatif kepada penduduk. Natijahnya, semua pihak haruslah berganding bahu
memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah ini sehingga ke akar umbi. Sikap
mementingkan diri sendiri hendaklah dibuang sekiranya mahu masalah gangguan
bekalan air diselesaikan. Penduduk juga sewajarnya meminimumkan atau
menggunakan air dengan berjimat-cermat supaya tiada pembaziran berlaku.

39
000405-14-0029

7.0 RUJUKAN

Ahmad Naqiyuddin Bakar. 2008. Towards a new mode of governance in


Malaysia: policy, regulatory and institutional challenges of
digital convergence. England: University of Hull.

Babbie, E. 1986. The practice of social research. Edisi Keempat. California:


Wadsworth Publishing Co.

Connaway, L. S., & Powell, R. R, 2010. Basic research methods for librarians. Edisi
Kelima. Littleton, CO: Libraries Unlimited.

Gay, LR, Geoffrey E.Mills dan Peter Airasian, 2009. Educational Research:
Competencies for Analysis and Applications. Columbus: Pearson Merill Prentice Hall.

Goetz, J. P. and Le Compte, M. D, 1984. Ethnography and Qualitative Design in


Educational Research. New York: Longman.

Hafizahril Hamid (2018). Punca krisis Air di Selangor. Dicapai pada 17 Februari 2019,
daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/punca-krisis-air-di-selangor-
1.624942.

Kamus Dewan, 2005, Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerlinger Fred N, 1973. Multiple Regression in Behavioral Research. New York: Holt,
Rinahart and Winston.

Marshall, C., & Rossman, G. B. 1989. Designing Qualitative Research. Newbury Park,
CA: Sage.

Mohd Anwar Patho Rohman. “Malaysia diiktiraf negara pembangun paling pesat” dlm.
Berita Harian, 12 Mac 2018.

40
000405-14-0029

Mrs. Vernie Hamill (2018). Penyelidikan Kuantitatif Epub. Dicapai pada 16 Februari
2019, daripada http://mfm.life/penyelidikan-kuantitatif-2.html

Patton, M. Q, 2001. Qualitative research & evaluation methods. Edidi Ketiga. Saint
Paul, MN: Sage Publications.

Priscilla Alfred (2014). Tak benar SYABAS punca masalah air. Dicapai pada 23
Februari 2019, daripada https://www.malaysiakini.com/letters/262003.

Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Nariza bt Ab Ghani selaku
penduduk di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19, Shah Alam di rumahnya, pada
jam 4.00 petang, 2 Mac 2019.

41
000405-14-0029

8.0 LAMPIRAN
8.1 BORANG SOAL SELIDIK

KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA

BORANG SOAL SELIDIK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

Makluman kepada Responden

Soal selidik ini adalah bagi memenuhi metodologi kajian kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am 900/4.
Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air serta
mengkaji kesan-kesan gangguan bekalan air di Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 ini. Segala maklumat
yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi memenuhi keperluan kajian sahaja.

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN


Arahan : Tandakan (√ ) pada ruangan yang disediakan
1) JANTINA
Lelaki Perempuan

2) UMUR
19 – 30 tahun 31 – 40 tahun
41- 50 tahun 51 ke atas

3) STATUS PERKAHWINAN
Bujang Berkahwin

4) PURATA BIL AIR BULANAN

RM1 – RM20 RM21 – RM40


RM 41- RM60 RM61 keatas
Tidak tahu/tidak pasti

6) BILANGAN ISI RUMAH


1 – 2 orang 3 – 4 orang
5 – 6 orang 7 orang keatas

42
000405-14-0029

SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT


TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU
1 2 3 4 5

BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI FAKTOR YANG MENYEBABKAN


GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUARTERS INSTITUT PENDIDIKAN
SEKSYEN 19

Arahan : Tandakan (√ ) pada ruangan jawapan yang dipilih

BIL. PERKARA 1 2 3 4 5

B.1 Kerja-kerja penyelenggaraan

B.2 Catuan air

B.3 Peningkatan suhu global (Cuaca panas)

B.4 Kekurangan kapasiti loji rawatan air

B.5 Keadaan saluran paip air (paip air bocor/pecah)

BAHAGIAN C: MENGKAJI KESAN-KESAN GANGGUAN BEKALAN AIR


SEMASA MUSIM PERAYAAN DI KUARTERS INSTITUT PENDIDIKAN
SEKSYEN 19

Arahan : Tandakan (√ ) pada ruangan jawapan yang dipilih

BIL. PERKARA 1 2 3 4 5
Kegiatan harian tergdendala (mandi/basuh pinggan/basuh
C.1 baju)

C.2 Kekurangan sumber minuman

C.3 Aktiviti perniagaan terganggu

Peningkatan kos kerana terpaksa mendapatkan sumber


C.4
air/makanan di luar

43
000405-14-0029

8.2 TRANSKRIP TEMUBUAL

Demografi Informen
Nama Informen : Nariza bt Ab Ghani
Umur Informen : 34 tahun
Pekerjaan : Guru Tingkatan 6 di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam
Informen (KTESA) dan mengajar subjek sejarah. Informen juga
seorang peniaga sambilan yang menjual roti dan kek.
Tarikh Temubual : 2 Mac 2019
Lokasi Temubual : Kuarters Institut Pendidikan Seksyen 19 Shah Alam

Soalan Temubual

BAHAGIAN 1: MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG


MENYEBABKAN BEKALAN GANGGUAN AIR DI KUARTERS
INSTITUT PENDIDIKAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM

1. Pada pandangan puan, adakah puan bersetuju bahawa kerja-kerja


penyelenggaraan air merupakan salah satu faktor wujudnya gangguan bekalan
air di kuarters ini?

Ya, saya bersetuju bahawa kerja-kerja penyelenggaraan air merupakan


salah satu faktor gangguan bekalan air berlaku. Di sini, rutin
penyelenggaraan dijalankan 3 kali setahun. Kerja-kerja penyelenggaraan
ini melibatkan penukaran sistem paip, pemeriksaan meter individu dan
lain-lain lagi yang telah tertakluk di dalam manual prosedur
penyelenggaraan dan operasi SYABAS.

2. Adakah puan bersetuju bahawa catuan air oleh pihak pengurus air juga
merupakan faktor bekalan air terganggu di kuarters ini?

Saya tidak pasti tetapi saya merasakan disebabkan oleh peningkatan


penggunaan perkhidmatan air, ini akan menyebabkan catuan air dijalankan.

44
000405-14-0029

3. Pada pandangan puan, adakah gangguan bekalan air di kuarters ini


disebabkan oleh peningkatan suhu global iaitu cuaca panas?

Saya setuju. Hal ini kerana, apabila cuaca panas berlaku, hujan yang turun
di kawasan tadahan sikit dan akhirnya air di empangan jatuh menghampiri
paras kritikal.

4. Selain itu, adakah puan bersetuju bahawa bekalan air terganggu di kuarters ini
disebabkan kekurangan kapasiti loji rawatan air?

Maaf, tetapi saya tidak pasti.

5. Adakah puan bersetuju bahawa paip air yang bocor atau pecah menyebabkan
bekalan air terganggu?

Saya sangat setuju bahawa paip air yang bocor dan pecah mengakibatkan
gangguan bekalan air berlaku. Tambahan pula, kejadian ini kerap kali
berlaku di kawasan kuarters ini.

45
000405-14-0029

BAHAGIAN 2: MENGKAJI KESAN-KESAN GANGGUAN BEKALAN


AIR TERHADAP PENDUDUK DI KUARTERS INSTITUT
PENDIDIKAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM

6. Adakah kegiatan harian puan seperti membasuh baju, membasuh pinggan dan
mandi terganggu apabila ketiadaan air?

Ya, kegiatan harian saya tergendala apabila ketiadaan air. Saya terpaksa
berjimat-cermat dalam menggunakan air simpanan.

7. Adakah puan menghadapi kekurangan sumber minuman jika menghadapi


gangguan bekalan air?

Betul. Saya akan menghadapi kekurangan sumber minuman dan akan


membeli sumber minuman di kedai.

8. Jika puan menjalankan aktiviti perniagaan, adakah gangguan bekalan air


menjejaskan aktiviti perniagaan puan?

Saya memang seorang guru. Tetapi, saya juga menjalankan perniagaan


sambilan dengan membuat kek dan roti. Oleh itu, sebagai peniaga, saya
amat terkesan jika bekalan air terganggu. Saya sukar untuk membasuh
peralatan membuat kek jika tempahan pada sesuatu masa itu banyak.

9. Soalan terakhir daripada saya, ekoran daripada ketiadaan bekalan air, adakah
ianya meningkatkan kos perbelanjaan puan kerana terpaksa mendapatkan
sumber air atau makanan di luar?

Ya. Kos perbelanjaan saya akan meningkat. Ini kerana, apabila ketiadaan
bekalan air berlaku, saya terpaksa membeli sumber minuman di kedai dan
saya juga akan membeli makanan di luar ekoran ketiadaan air untuk saya
memasak dan membasuh pinggan.

46
000405-14-0029

8.3 JADUAL PEMERHATIAN

Bil Tarikh/Masa Pemerhatian Catatan


1 13 Februari Memandangkan kawasan Terdapat 2 buah blok di mana
2019, kuarters adalah kecil, pengkaji setiap blok mempunyai 5
5:37 petang memerhati keseluruhan tingkat.Setiap blok juga
kawasan kuarters untuk mempunyai 20 unit rumah di
mengetahui bilangan blok dan mana setiap tingkat mewakili
tingkat di setiap blok serta 4 unit rumah. Terdapat banyak
bilangan unit rumah yang kemudan di kuarters ini
terdapat di setiap blok. seperti padang permainan,
Pengkaji juga memerhati surau, rumah pam dan tempat
kemudahan-kemudahan yang letak kenderaan bagi setiap
ada di kuarters tersebut. unit rumah.
2 2 Mac 2019, Selepas temubual dijalankan, Terdapat sebuah ruang tamu,
4.00 petang pengkaji memerhati kawasan dapur yang dilengkapi
dalam rumah informen di cabinet, 2 bilik air dan 3 bilik
kuarters tersebut untuk bagi setiap unit rumah.
mengetahui bilangan bahagian
rumah seperti dapur, bilik
tidur dan bilik air bagi setiap
unit rumah .

47

You might also like