You are on page 1of 3

1.

0 Latar Belakang Kajian

Hutang Kerajaan Persekutuan telah berubah dari tahun 2012 kepada tahun 2020.
Situasi hutang Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai hasil kerajaan untuk membaiyai
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Pihak kerajaan Malaysia telah
melaksanakan pelbagai langkah proaktif untuk menurunkan hutang Kerajaan Persekutuan
yang semakin meningkat baru-baru ini.

Skop kajian ini merupakan jumlah dan keadaan hutang Kerajaan Persekutuan dari
tahun 2012 hingga tahun 2020.

Pengertian hutang ialah merujuk kepada tanggungjawab atau kewajiban untuk


membayar sejumlah wang atau sumber daya kepada pihak lain seperti yang telah dipersetujui
dalam suatu perjanjian atau perjanjian khusus. Tujuan hutang Kerajaan Persekutuan adalah
untuk membiayai perbelanjaan awam dan mengurus keadaan ekonomi semasa supaya
ekonomi negara Malaysia dapat berjalan dengan lancar.

Hutang Kerajaan Persekutuan dapat dibahagikan kepada dua jenis kumpulan iaitu
hutang dalam negeri dan hutang luar negeri. Hutang dalam negeri merujuk kepada hutang
yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan dinyatakan dalam mata wang negara itu
sendiri. Ini bermaksud bahawa kerajaan meminjam wang daripada pihak-pihak tempatan atau
institusi kewangan dalam negara tersebut. Selain itu, hutang luar negeri merujuk kepada
hutang yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dalam mata wang asing atau dinyatakan
dalam mata wang asing. Ini bermaksud bahawa kerajaan meminjam wang dari pihak-pihak di
luar negara tersebut, seperti institusi kewangan asing, pemerintah asing, atau pelabur
antarabangsa.

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan dalam jumlah produk dan


perkhidmatan yang dihasilkan oleh sebuah negara dalam jangka masa tertentu. Pertumbuhan
ekonomi merupakan salah satu indikator utama untuk mengukur keadaan ekonomi negara
semasa. Menurut data daripada Bank Negara Malaysia, hutang Kerjaan Persekutuan akan
memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara dari tahun 2012 hingga 2020
2.0 Pernyataan Masalah

Hutang kerajaan persekutuan merupakan salah satu sumber hasil yang penting dalam
pengurusan ekonomi negara. Hutang kerajaan persekutuan adalah untuk membiayai projek
pembangunan infrastruktur besar-besaran seperti jalan raya, bandar baru, dan projek-projek
lain yang memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat. Selain itu, hutang kerajaan
persekutuan juga digunakan untuk menjaga kestabilan ekonomi negara dalam situasi krisis
dengan meningkatkan perbelanjaan untuk merangsang aktiviti ekonomi. Namun begitu, jika
hutang kerajaan persekutuan terlalu bergantung pada pembiayaan luar akan memberi kesan
jangka panjang terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan
untuk mengkaji arah aliran hutang kerajaan persekutuan dari tahun 2012 hingga 2020 supaya
mendapat mengenalpasti pergantungan kerajaan Malaysia terhadap hutang daripada pihak
luar.

Pada masa yang sama, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenal pastikan sebab
peningkatan hutang kerajaan persekutuan meningkat berterusan dari tahun 2012 hingga 2020.
Dengan melaksanakan kajian tersebut, kita dapat memperoleh pengenalpastian arah aliran
dan faktor kegunaan hutang kerajaan persekutuan. Maka, sebarang langkah untuk
menurunkan hutang kerjaan Malaysia dapat dikenalpastikan dan dijalankan.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji kadar pertumbuhan ekonomi negara
dari tahun 2012 hingga 2020. Dengan melaksanakan kajian tersebut kita dapat memperolehi
keadaan ekonomi negara semasa dengan hubungan hutang kerajaan persekutuan dengan
kadar pertumbuhan ekonomi. Setelah menganalisis kadar pertumbuhan ekonomi, cadangan
serta langkah yang sistematik dan realistik dapat dilaksanakan untuk membantu pertumbuhan
ekonomi pada masa depan.
3.0 Objektif Kajian

Objektif Kajian adalah untuk


3.1 Menganalisis arah aliran hutang kerajaan persekutuan dari tahun 2012 hingga 2020.
3.2 Menganalisis hubungan hutang kerajaan persekutuan dengan kadar pertumbuhan
ekonomi dari tahun 2012 hingga 2020.

You might also like