You are on page 1of 20

TAJUK:

HUBUNGAN ANTARA HUTANG KERAJAAN


PERSEKUTUAN DENGAN KADAR
PENGANGGURAN DARI TAHUN 2011
HINGGA TAHUN 2020
TEMA 1: HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN DI
MALAYSIA

SJ0101/1079
LATAR BELAKANG KAJIAN
■ Hutang negara ialah jumlah defisit belanjawan tahunan negara. Defisit
tersebut berlaku apabila kerajaan membelanjakan lebih banyak daripada
hasil yang diperolehnya. Oleh itu, kerajaan akan meminjam wang dengan
menjual obligasi hutang kepada pelabur untuk membiayai defisit
belanjawannya.
■ Pengangguran ialah keadaan apabila seorang individu ingin bekerja tetapi
tidak dapat pekerjaan.

SJ0101/1079
PENYATAAN MASALAH
■ Pengkaji ingin mengkaji hubungan antara hutang Kerajaan Persekutuan
dengan kadar pengangguran di Malaysia.
■ Punca perubahan hutang Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 10 tahun
yang dikaji akan dihuraikan dalam kajian tersebut.
■ Punca perubahan hutang kadar pengangguran dalam tempoh 10 tahun
yang dikaji akan dihuraikan dalam kajian tersebut.
■ Kajian ini penting dilakukan supaya dapat membantu pihak menggubal
dasar kerajaan demi pembangunan ekonomi negara.

SJ0101/1079
OBJEKTIF KAJIAN
■ Mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari
tahun 2011 hingga tahun 2020.
■ Mengkaji hubungan antara kadar pertumbuhan hutang
Kerajaan Persekutuan dengan kadar pengangguran di Malaysia
dari tahun 2011 hingga tahun 2020.

SJ0101/1079
KAEDAH KAJIAN
■ Kaedah Memperoleh Data
– Data sekunder
■ Kaedah Analisis Data
– Formula kadar pertumbuhan
hutang Kerajaan Persekutuan
– Formula kadar pengangguran

SJ0101/1079
DAPATAN KAJIAN
5.1 Mengenal pasti arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun
2020

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia


SJ0101/1079
• 2011

Kadar hasil MGS meningkat bagi semua


tempoh matang disebabkan prospek
pertumbuhan lebih kukuh, tekanan inflasi
yang lebih tinggi ekoran kenaikan harga
komoditi dunia serta jangkaan kenaikan
kadar dasar.
• 2012

Pelaksanaan Program Perumahan Rakyat di


seluruh negara di bawah RMKe-10.

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2013

Kerajaan memberi keutamaan yang tinggi


kepada sumber dalam negeri bagi menangani
kesan kenaikan kadar tukaran mata wang.
• 2014

Penerusan bantuan subsidi dan insentif yang


merangkumi subsidi baja, benih dan harga
padi, insentif pengeluaran dan peningkatan
hasil padi, subsidi harga beras serta insentif
hasil tangkapan nelayan.

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2015

Peningkatan perbelanjaan mengurus


terutamanya komponen emolumen. Jumlah
ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan
jumlah permohonan pengeluaran meningkat.
• 2016

Membina serta menaik taraf jalan luar


bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh
negara dan kawasan penempatan FELDA.

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2017

Peruntukkan untuk institusi-institusi TVET


untuk menaik taraf peralatan pembelajaran di
institusi TVET dan bagi Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran.
• 2018

Membiayai defisit fiskal bagi menampung


komitmen pajakan Kerajaan Awam Swasta
dan perbelanjaan luar belanjawan,
membiayai projek pengangkutan awam sedia
ada seperti projek Laluan Rel Pantai Timur,
Transit Aliran Massa dan Transit Aliran
Ringan. Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2019

Pentadbiran terdahulu telah secara rahsia


membayar hutang 1MDB hampir RM7
bilion. Kerajaan juga mengenalpasti
wujudnya kontrak berat sebelah seperti
projek Trans Sabah Gas Pipeline dan Multi-
Product Pipeline.
• 2020

Pembiayaan bagi melaksanakan pakej


rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan
ekonomi. Ekonomi negara menghadapi
cabaran besar akibat pandemik COVID-19.
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
DAPATAN KAJIAN
5.2 Mengkaji hubungan antara kadar pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dengan
kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2011

Pengambilan pekerja dalam sektor


pembinaan yang lebih ketara, berikutan
aktiviti pembinaan yang lebih giat semasa
tempoh tersebut disebabkan oleh
peningkatan perbelanjaan untuk
melaksanakan pembinaan pelbagai projek
utama
• 2012

Perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan


yang menjadi sederhana apabila Kerajaan
terus melaksanakan konsolidasi fiskal iaitu
mengurangkan defisit dan kadar
pertumbuhan hutang. Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2013

Pelaksanaan dasar gaji minimum


menyebabkan pemberhentian pekerja
meningkat buat sementara waktu apabila
syarikat mula melaksanakan dasar tersebut
• 2014

Pertumbuhan yang lebih kukuh dalam


subsektor kediaman dan bukan kediaman
(projek perumahan mewah di Johor, Lembah
Klang dan Pulau Pinang), dan projek
infrastruktur di bawah subsektor
kejuruteraan awam.

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2015

Langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk


membekukan pengambilan pekerja baharu
dan mengurangkan kos bagi mengurangkan
perbelanjaan budi bicara.
• 2016

Perbelanjaan yang lebih rendah untuk


bekalan dan perkhidmatan, selaras dengan
usaha Kerajaan untuk merasionalisasikan
perbelanjaannya.

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
• 2017

Peluang pekerjaan yang tidak mencukupi


kerana tenaga kerja telah berkembang
dengan lebih tinggi berbanding pewujudan
pekerjaan bersih.
• 2018

Guna tenaga meningkat dengan kukuh pada


kadar 2.5% dipacu terutamanya oleh sektor
perkhidmatan dan perkilangan.
• 2019

Guna tenaga telah meningkat dengan 73.8 %


siswazah bekerja dalam kategori mahir,
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia
sementara selebihnya terlibat dalam sektor
separa mahir.

SJ0101/1079
• 2020

Pandemik COVID-19 turut memberikan


impak yang khusus kepada guna tenaga tidak
penuh, terutamanya disebabkan oleh
pelaksanaan sekatan pergerakan dan
pekerjaan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada suku kedua.

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

SJ0101/1079
CADANGAN
■ Melaksanakan penghematan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.
– bagi memperlahankan kadar pertumbuhan hutang Kerajaan
Persekutuan.
■ Mengutamakan projek berimpak tinggi.
– sebagai pelaburan jangka panjang yang mampu menjana
pendapatan negara pada masa depan.

SJ0101/1079
RUMUSAN KAJIAN
■ Pengkaji telah mendapat hutang Kerajaan Persekutuan mempunyai
hubungan songsang dengan kadar pengangguran iaitu peningkatan hutang
Kerajaan Persekutuan dapat mengurangkan kadar pengangguran. Hal ini
disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pembangunan walaupun akan
meningkatkan hutang Kerajaan Persekutuan, tetapi juga dapat
mewujudkan peluang pekerjaan yang sebaliknya menurunkan kadar
pengangguran.
■ Bagi menjaminkan perbelanjaan kerajaan dapat dibiayai, hutang Kerajaan
Persekutuan haruslah dikawal supaya tidak menjejaskan kemakmuran
ekonomi negara.

SJ0101/1079
SEKIAN,
TERIMA KASIH
TAN JING YEE 6 ATAS ETIKA
SJ0101/1079

SJ0101/1079

You might also like