You are on page 1of 2

1.

0 Latar Belakang

Hutang Kerajaan Persekutuan merupakan jumlah hasil daripada hutang dalam


negeri dan hutang luar negeri. Menurut data Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah
hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2003 hingga tahun 2012 menunjukkan
peningkatan. Menurut laporan kementerian kewangan, jumlah hutang Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2003 ialah RM 188767 juta meningkat kepada RM 501617 juta
pada tahun 2012. Menurut Kamus ekonomi (1993) hutang Kerajaan Persekutuan
terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu hutang dalam negeri dan hutang luar negeri.

Menurut Kamus Ekonomi, hutang luar negeri merujuk kepada pinjaman Kerajaan
atau badan dan agensi Kerajaan sesebuah negara daripada Kerajaan atau bank negara
asing, atau badan kewangan antarabangsa seperti bank dunia. Hutang daripada badan
kewangan asing dikenali sebagai pinjaman projek, dan biasanya digunakan untuk
membiayai projek pembangunan tertentu serta, dikenakan syarat tertentu.

Komponen-komponen hutang luar negeri terdiri daripada pinjaman-pinjaman


pasaraan, projek, kredit pembekalan dan pembiayaan tabung kewangan antarabangsa
(IMF). Pinjam pasaran mengandungi tiga jenis alat pinjaman iaitu nota kadar terapung,
pinjaman sindiket dan penerbitan bon didagangkan di pasaran kewangan antarabangsa.
Sumber utama pinjaman luar negeri adalah dari negara-negara maju seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Jerman Barat, Bank Dunia, Bank Perdagangan Asia dan Asia Barat.
Hutang jangka panjang ini mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.

Menurut Kamus Ekonomi (1993), KDNK merupakan keluaran dalam negara


kasar. Menurut laporan kementerian kewangan, jumlah KDNK pada tahun 2003 hingga
tahun 2012 menunjukkan turun dan naik. Jumlah KDNK menunjukkan peningkatan
daripada 45.1% tahun 2003 kepada 45.7% pada 2004. Pada tahun 2004 sehingga 2008
pula, jumlah KDNK menurun daripada 45.7% kepada 39.8%. Namun begitu, jumlah
KDNK menunjukkan peningkatan daripada 39.8% tahun 2008 kepada 50.8% tahun 2009
dan menurun kepada 49.6% tahun 2010. Jumlah KDNK meningkat kepada 50.0% pada
tahun 2011 dan 51.6% pada tahun 2012.
Kajian ini lebih tertumpu kepada hubungan antara hutang luar negeri kerajaan
persekutuan dengan KDNK Malaysia dari tahun 2003 hingga tahun 2012.

You might also like