You are on page 1of 5

5.

0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Mengenalpasti arah aliran hasil kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020.
Jadual 1:Arah Aliran Hasil Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Tahun Jumlah Hasil Kerajaan Persekutuan


(RM juta)
2011 185419

2012 207913

2013 213370

2014 220626

2015 219089

2016 212421

2017 220406

2018 232883

2019 264415

2020 225075

(Data disesuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia


dari tahun 2011 hingga tahun 2020)

Rajah 1:Arah Aliran Hasil Kerajaan Persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2020

Arah Aliran Hasil Kerajaan Persekutuan


300000 264415
Hasil Kerajaan Persekutuan

250000 232883 225076


220626 219089 212421 220406
207913 213370
185419
200000
( RM Juta)

150000

100000

50000

0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
Tahun
Hasil kerajaan
Jadual 1 dan rajah 1 ini menunjukkan arah aliran jumlah hasil kerajaan persekutuan
dari tahun 2011 hingga tahun 2020. Arah aliran hasil kerajaan keseluruhan Malaysia tidak
konsisten secara meninggi dan menurun iaitu daripada RM185419 juta pada tahun 2011
kepada RM 225076 juta pada tahun 2020.

Pada tahun 2011, jumlah hasil kerajaan persekutuan bernilai RM 185419 juta dan ia
telah mengalami peningkatan jika berbanding dengan tahun 2010. Peningkatan ini
disumbangkan oleh cukai pendapatan syarikat dan cukai pendapatan petroleum. Hasil cukai
menyumbang sebanyak RM134885 juta atau 73% daripada jumlah hasil keseluruhan
manakala hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak RM49423 juta atau 26% daripada
jumlah hasil keseluruhan. Terimaan bukan hasil dan hasil Wilayah Persekutuan masing-
masing menyumbang sebanyak RM544 juta dan RM567 juta atau 1% daripada hasil
keseluruhan.

Jumlah hasil kerajaan persekutuan bernilai RM185419 juta telah meningkat sebanyak
RM 22494 juta bersamaan 12.13% kepada RM 207913 juta pada tahun 2012. Jumlah hasil
kerajaan persekutuan telah meningkat disebabkan peningkatan hasil sebahagian besarnya
disumbangkan oleh cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan syarikat, cukai
pendapatan individu, faedah dan perolehan daripada pelaburan, lesen, bayaran pendaftaran
dan permit, duti setem dan cukai perkhidmatan. Kenaikan harga petroleum mentah dunia,
perkembangan ekonomi domestik yang kukuh, bayaran dividen lebih tinggi oleh Khazanah
Nasional Berhad serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) telah menyumbang kepada peningkatan hasil. LHDNM telah berjaya mengutip hasil
berjumlah RM124892 juta pada tahun 2012 berbanding RM109608 juta pada tahun 2011
iaitu peningkatan sebanyak RM15284 juta bersamaan 13.9%. Manakala JKDM pula telah
berjaya mengutip sejumlah RM32319 juta pada tahun 2012 berbanding RM30379 juta pada
tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM1940 juta bersamaan 6.4%.

Jumlah hasil kerajaan persekutuan pada tahun 2013 juga berkembang kepada RM
213370 juta. Peningkatan hasil kerajaan persekutuan sebanyak RM 5457 juta bersamaan
2.62% daripada RM 207913 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan hasil kepada RM
213370 juta disokong oleh kutipan tinggi hasil cukai. Hasil kerajaan persekutuan pada tahun
2013 adalah berjumlah RM213370 juta iaitu RM5460 juta atau 3% lebih tinggi berbanding
kutipan sebenar tahun 2012 sebanyak RM207910 juta. Walau bagaimanapun, jumlah ini
adalah 3% lebih rendah berbanding dengan anggaran disemak tahun 2013 sebanyak
RM220420 juta. Hasil cukai menyumbang sebanyak RM155950 juta atau 73% daripada
jumlah hasil keseluruhan manakala hasil bukan cukai pula menyumbang sebanyak RM54450
juta atau 26% daripada jumlah hasil keseluruhan.

Peningkatan hasil kerajaan diteruskan menjadi RM 220626 juta pada tahun 2014.
Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM220626 juta pada 2014, meningkat
RM7256 juta atau 3.4 % berbanding RM213370 juta tahun sebelumnya. Hasil cukai dan
terimaan bukan hasil menunjukkan peningkatan manakala hasil bukan cukai dan hasil
Wilayah Persekutuan menunjukkan penurunan. Peningkatan hasil sebahagian besarnya
disumbangkan cukai pendapatan individu dan syarikat, hasil lesen, bayaran pendaftaran dan
permit, duti eksais terhadap barangan import dan cukai jualan atas barang-barang perkilangan
dalam negeri. Perkembangan ekonomi domestik yang stabil serta aktiviti penguatkuasaan
yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyumbang kepada peningkatan hasil.
Bagaimanapun, kutipan cukai pendapatan petroleum serta faedah dan perolehan daripada
pelaburan menunjukkan pengurangan berbanding 2013 disebabkan penurunan harga
petroleum mentah dan terimaan dividen yang lebih rendah daripada syarikat Kerajaan.

Jumlah hasil kerajaan persekutuan berkurang sebanyak RM1537 juta pada tahun 2015
iaitu bersamaan 0.70% kepada RM 219089 juta berbanding kutipan tahun 2014 sebanyak RM
220626 juta. Penurunan jumlah hasil ini disebabkan oleh kutipan Cukai Lngsung dan Hasil
Bukan Cukai yang lebih rendah iaitu masing-masing berjumlah RM 111770 juta dan RM
51467 juta berbanding RM 126742 juta dan RM 53899 juta pada tahun 2014. Hasil Cukai
kekal sebagai sumber utama yang menyumbang sebanyak RM 165441 juta atau 75.51%
daripada jumlah hasil keseluruhan. Terimaan Bukan Hasil dan Hasil Wilayah Persekutuan
masing-masing menyumbang sebanyak RM 1290 juta dan RM 891 juta.

Pada tahun 2016, jumlah hasil kerajaan persekutuan menurun kepada RM 212421
juta, iaitu penurunan sebanyak RM 6668 juta bersamaan 3.14% berbanding dengan tahun
sebelumnya. Pengurangan ini disebabkan oleh purata tahunan harga minyak mentah dunia
pada tahun 2016 yang lebih rendah iaitu USD44.05 setong (Brent) berbanding USD52.40
setong pada tahun 2015. Hasil kerajaan persekutuan berkurang sebanyak RM6668 juta
bersamaan 3.04% kepada RM212421 juta berbanding kutipan tahun 2015 berjumlah
RM219089 juta. Pengurangan hasil ini disebabkan oleh Hasil Bukan Cukai yang lebih rendah
iaitu RM40006 juta berbanding RM51467 juta pada tahun 2015. Hasil Cukai kekal sebagai
penyumbang utama kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak RM169343 juta bersamaan
79.72%. Manakala Hasil Bukan Cukai pula menyumbang sebanyak RM40006 juta bersamaan
18.83% daripada jumlah hasil keseluruhan. Terimaan Bukan Hasil dan Hasil Wilayah
Persekutuan masing-masing menyumbang sebanyak RM2114 juta dan RM958 juta,
menjadikan 1.45% daripada jumlah hasil keseluruhan.

Seterusnya, jumlah hasil kerajaan persekutuan bertambah sebanyak RM 7985 juta


bersamaan 3.76% kepada RM 220406 juta pada tahun 2017 berbanding kutipan tahun 2016
berjumlah RM212421 juta. Peningkatan hasil ini disumbangkan oleh Hasil Cukai berjumlah
RM177658 juta berbanding RM169343 juta pada tahun 2016. Hasil Cukai kekal sebagai
penyumbang utama kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak 80.60%. Manakala Hasil
Bukan Cukai pula menyumbang sebanyak RM39520 juta bersamaan 17.93% daripada jumlah
hasil keseluruhan. Terimaan Bukan Hasil dan Hasil Wilayah Persekutuan masing-masing
menyumbang sebanyak RM1977 juta dan RM1251 juta, menjadikan 1.47% daripada jumlah
hasil keseluruhan.

Pada tahun 2018, jumlah hasil persekutuan meningkat daripada RM 220406 juta pada
tahun sebelumnya kepada RM 232883 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM 12477 juta
bersamaan 5.66% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan hasil ini disumbangkan
oleh kutipan cukai langsung dan hasil bukan cukai yang lebih tinggi bagi mengimbangi
penghapusan cukai barangan perkhidmatan. Hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama
kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak 74.74%. Hasil bukan cukai pula menyumbang
sebanyak 21.95% daripada jumlah hasil keseluruhan. Manakala terimaan bukan hasil dan
hasil Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang sebanyak RM6213 juta dan
RM1491 juta, menjadikan 3.31% daripada jumlah hasil keseluruhan.

Peningkatan jumlah hasil kerajaan persekutuan diteruskan menjadi RM264415 juta


pada tahun 2019. Hasil kerajaan persekutuan tahun 2019 meningkat sebanyak RM31532 juta
bersamaan 13.54% berbanding kutipan tahun 2018 yang berjumlah RM232883 juta.
Peningkatan hasil ini disumbangkan terutamanya oleh kutipan Hasil Bukan Cukai. Hasil
Cukai kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah hasil keseluruhan sebanyak 68.29%.

Prestasi jumlah hasil kerajaan persekutuan mencatatkan penurunan yang besar


kepada RM 225076 juta pada tahun 2020, iaitu penurunan RM39339 juta bersamaan 17.48%
berbanding dengan tahun sebelumnya. Hal ini disebabkan jangkaan kutipan cukai yang lebih
rendah. Berikutan dengan impak pandemik COVID-19 yang berterusan, hasil Kerajaan
Persekutuan tahun 2020 menurun sebanyak RM39340 juta bersamaan 14.88% kepada
RM225075 juta berbanding kutipan tahun 2019 yang berjumlah RM264415 juta disebabkan
oleh pengurangan dalam kutipan hasil cukai. Hasil utama kerajaan persekutuan ialah hasil
cukai yang berjumlah RM154398 juta bersamaan 68.60% diikuti dengan hasil bukan cukai
sebanyak RM62046 juta bersamaan 27.57%, Terimaan bukan hasil sebanyak RM7954 juta
bersamaan 3.53% dan Hasil Wilayah Persekutuan sebanyak RM677 juta bersamaan 0.30%.
Pecahan Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2020.

Kesimpulannya, hasil kerajaan semakin meningkat dari tahun 2011 hingga tahun
2020. Hasil cukai telah memberi sumbangan yang terbesar dalam jumlah hasil kerajaan
persekutuan dari tahun 2010 hingga tahun 2020.

You might also like