You are on page 1of 31

030621-02-0838

1.0 Latar Belakang Kajian

Perbelanjaan kerajaan persekutuan merupakan perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan,


kerajaan negeri dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK). Perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan juga dikenali sebagai Perbelanjaan Sektor Awam.

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu perbelanjaan mengurus


dan perbelanjaan pembangunan.

Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk membiayai kos pengurusan dan
pentadbiran kerajaan. Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan bersifat semasa dan
berulang-ulang pada setiap tahun. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada emolumen, pencen dan
ganjaran, bayaran khidmat hutang, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri, subsidi dan
pemberian kepada badan berkanun.

Perbelanjaan emolumen adalah perbelanjaan kerajaan untuk membuat pembayaran gaji dan
elaun kepada kakitangan awam. Ia merupakan perbelanjaan terbesar kerajaan. Pencen dan
ganjaran adalah perbelanjaan kerajaan untuk membuat pembayaran kepada kakitangan kerajaan
yang telah bersara. Pencen adalah bayaran bulanan manakala ganjaran adalah bayaran satu kali
kepada kakitangan yang bersara.

Seterusnya, bayaran khidmat hutang ialah perbelanjaan untuk bayaran balik pinjaman
kerajaan dan bunga atas pinjaman kerajaan. Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri ialah
peruntukan perbelanjaan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Pemberian dan serahan
kerajaan negeri meliputi kos penyelenggaran jalan raya negeri, Bantuan 1 Malaysia dan lain-lain

Subsidi ialah perbelanjaan kerajaan untuk menampung subsidi atau bantuan kewangan
kepada pengeluar untuk menurunkan kos pengeluaran. Ia juga meliputi pemberian biasiswa
kepada pelajar sekolah dan penuntut universiti. Pemberian kepada badan berkanun ialah
peruntukan oleh kerajaan persekutuan kepada badan berkanun seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN) dan beberapa badan berkanun yang lain.
030621-02-0838

Perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan kerajaan yang berbentuk pelaburan


untuk membiayai projek-projek kerajaan. Perbelanjaan ini bersifat jangka panjang dan bertujuan
untuk mempengaruhi guna tenaga dan pendapatan negara. Perbelanjaan pembangunan terdiri
daripada perkidmatan ekonomi, perkhidmatan sosial, keselamatan dan pentadbiran am. Setiap
sektor dibahagikan kepada beberapa perbelanjaan kecil.

Perbelanjaan Perkhidmatan ekonomi merupakan perbelanjaan kerajaan untuk


membangunkan ekonomi negara. Perbelanjaan yang terbesar ialah pengangkutan, diikuti oleh
perbelanjaan perdagangan dan perindustrian seperti penyediaan tapak perindustrian.
Perbelanjaan perkhidmatan sosial bertujuan untuk menarik taraf pendidikan dan kesihatan
masyarakat. Perbelanjaan yang terbesar adalah untuk pendidikan dan latihan. Kemudian diikuti
oleh perbelanjaan untuk kesihatan.

Seterusnya, perbelanjaan keselamatan adalah perbelanjaan kerajaan yang bertujuan untuk


membangunkan dan mengukuhkan keselamatan negara. Perbelanjaan keselamatan adalah seperti
membeli pesawat dan peralatan ketenteraan, membina kem tentera, balai polis dan rumah
kediaman anggota tentera dan polis.

Perbelanjaan pentadbiran am merujuk kepada pembelian peralatan baharu seperti komputer


dan mesin pencetak untuk melancarkan pentadbiran bagi pelbagai jabatan kerajaan. Ia juga
meliputi kos pemasangan sistem pengurusan atas talian supaya pentadbiran kerajaan dapat
dijalankan dengan lebih cekap dan pantas.

Dalam kajian ini, tujuan objektifnya adalah memberi fokus kepada arah aliran perbelanjaan
mengurus di Malaysia pada tahun 2011 hingga tahun 2021 dan mengkaji peratus sumbangan
perbelanjaan pembangunan terhadap jumlah perbelanjaan kerajaan di Malaysia dari tahun 2011
hingga tahun 2021.
030621-02-0838

2.0 Pernyataan Masalah


030621-02-0838

3.0 Objektif Kajian

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan
objektif yang telah disusun.

i. Menentukan arah aliran perbelanjaan mengurus di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun
2021.

ii. Mengkaji peratus sumbangan perbelanjaan mengurus terhadap jumlah perbelanjaan kerajaan
di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021.
030621-02-0838

4.0 Kaedah Kajian

Pelbagai kaedah kajian telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan sepanjang tempoh kajian ini. Antara kaedah yang digunakan ialah:

a) Kaedah Perpustakaan

Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian
ini. Sepanjang tempoh ini, buku teks Pra-U STPM Ekonomi Penggal 3 dan buku teks STPM
Ekonomi Malaysia Penggal 3 telah menjadi rujukan dalam kajian ini. Pengkaji telah
mendapatkan maklumat tentang perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dari
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan juga Perpustakaan
Seberang Jaya bagi menjalankan kajian ini.

b) Kaedah Laman Sesawang

Kaedah ini banyak digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini seperti data
statistik perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan melalui laman sesawang.
Sebagai contoh, pengkaji telah melayari laman https://www.bnm.gov.my untuk mendapatkan
maklumat berkenaan dengan kajian ini. Selain daripada itu, pengkaji telah melayari laman
https://www.mof.gov.my untuk memperoleh data statistik perbelanjaan mengurus dari tahun
2011 hingga tahun 2021. Pengkaji juga telah melayari laman sesawang
https://www.mof.gov.my/portal/arkib/ekonomi/ek_main.html untuk mendapatkan maklumat
tentang sebab yang mengalami turun naik perbelanjaan mengurus pada tahun 2011 hingga tahun
2021.

c) Kaedah Analisis Data

Data yang diperoleh daripada laman Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia dan Portal
Rasmi Bank Negara Malaysia telah dianalisis dan dikemukakan dalam bahagian ini. Segala
pentaksiran adalah dibuat ke atas hasil pemprosesan data yang dihadapi daripada sumber-sumber
tersebut. Data yang diperoleh ditaksirkan bagi mendapatkan data yang berikut:
030621-02-0838

Peratus perubahan perbelanjaan mengurus

Tahun Perbelanjaan Mengurus Peratus Perubahan


(RM juta) Perbelanjaan Mengurus (%)

2011 182594 20.42

Rumus peratus perubahan perbelanjaan mengurus:

Peratus perubahan perbelanjaan mengurus

= T1 - T0
—---------- x 100
T0

Contoh pengiraan peratus perubahan perbelanjaan mengurus pada tahun 2011:

Peratus perubahan perbelanjaan mengurus = RM182594 juta - RM 151633 juta x 100


RM 151633 juta
= 20.42 %
Peratus Sumbangan perbelanjaan mengurus

Tahun Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan kerajaan Peratus sumbangan


(RM juta) (RM juta) perbelanjaan mengurus
(%)

2011 182594 227928 80.11

Rumus peratus sumbangan perbelanjaan mengurus:

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus

= Perbelanjaan Mengurus
—-------------------------------- x 100
Perbelanjaan kerajaan
Contoh pengiraan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus pada tahun 2011:

Peratus Sumbangan Perbelanjaan Mengurus = RM182594 juta x 100


RM 227928 juta
= 80.11 %
030621-02-0838

5.0 Hasil Kajian

5.1 Menentukan arah aliran perbelanjaan mengurus di Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2021.

Tahun Perbelanjaan Mengurus (RM juta)

2011 182594

2012 205537

2013 211270

2014 219589

2015 216998

2016 210173

2017 217695

2018 230960

2019 263343

2020 224600

2021 231516

Jadual 1
030621-02-0838

5.1 Menentukan arah aliran perbelanjaan mengurus di Malaysia dari tahun 2011 hingga
tahun 2021.

Rajah 1
030621-02-0838

Jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia telah meningkat dari RM151633 juta pada tahun
2010 ke RM182594 juta pada tahun 2011. Peningkatan adalah sebanyak RM30961 juta iaitu
bersamaan 20.42%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2011, peningkatan perbelanjaan
mengurus adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Bekalan
dan perkhidmatan yang merangkumi 16.40% daripada perbelanjaan mengurus telah meningkat
dari RM23.8 juta pada tahun 2010 kepada RM29.5 juta pada tahun 2011 iaitu bersamaan
23.90%. Hal ini disebabkan kerana peningkatan komitmen kerajaan dalam usaha berterusan
untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu, peningkatan perbelanjaan mengurus pada tahun 2011 juga disebabkan oleh
peningkatan perbelanjaan bayaran khidmat hutang. Bayaran khidmat hutang pada tahun itu telah
meningkat dari RM 15.6 juta pada tahun 2010 kepada RM18.5 juta pada tahun 2011. Hal ini
disebabkan kerana kenaikan jumlah hutang kerajaan persekutuan. Hutang kerajaan persekutuan
telah meningkat dari RM 407.1 juta pada tahun 2010 kepada RM 455.7 juta pada tahun 2011
disebabkan terutamanya oleh atan pinjaman bagi memenuhi keperluan pembiayaan. Peningkatan
perbelanjaan mengurus adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan dan perbelanjaan bayaran khidmat hutang pada tahun 2011.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan iaitu dari RM182594 juta
pada tahun 2011 ke RM205537 juta pada tahun 2012. Peningkatan ini sebanyak RM22943 juta
iaitu bersamaan 12.57%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2012, peningkatan
perbelanjaan mengurus adalah berpunca daripada peningkatan perbelanjaan emolumen.
Perbelanjaan emolumen meningkat dari RM50.1 juta pada tahun 2011 kepada RM59.2 juta pada
tahun 2012. Peningkatan perbelanjaan emolumen disebabkan peruntukan bagi menampung
penambahbaikan skim gaji kakitangan awam antara 7% hingga 13% berkuat kuasa 1 Januari
2012. Di samping itu, sebab lain yang menyebabkan peningkatan perbelanjaan mengurus ialah
peningkatan perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan subsidi meningkat sebanyak 17% dari RM36.3
juta pada tahun 2011 kepada RM42.4 juta pada tahun 2012. Hal ini disebabkan peruntukan
subsidi bahan api yang lebih tinggi dalam kategori subsidi iaitu meningkat 23.5% dari RM 20.4
juta pada tahun 2011 kepada RM25.2 juta pada tahun 2012. Perbelanjaan peruntukan subsidi
bahan api kepada pelbagai kumpulan sasar untuk meringankan kos sara hidup. Peningkatan
030621-02-0838

perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan emolumen dan perbelanjaan


subsidi pada tahun 2012. Peningkatan perbelanjaan mengurus pada tahun 2012 disebabkan oleh
peningkatan perbelanjaan emolumen dan perbelanjaan subsidi.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan dari RM205537 juta pada
tahun 2012 kepada RM211270 juta pada tahun 2013. Peningkatan adalah sebanyak RM5733 juta
iaitu bersamaan 2.79%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2013, peningkatan
perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan subsidi
ini berjumlah RM4.1 juta pada tahun 2013. Kerajaan memberikan subsidi ini kepada kumpulan
sasaran melalui bantuan tunai, bayaran insentif dan baucar buku untuk mengurangkan kesan
peningkatan kos sara hidup dan meringankan beban kewangan rakyat termasuk skim penstabilan
minyak masak berjumlah RM1.5 juta, pampasan tol berjumlah RM 587 juta, tepung gandum
berjumlah RM 185 juta, perkhidmatan udara dan kereta api luar bandar yang komprehensif yang
berjumlah RM179 juta serta rebat kepada isi rumah dengan penggunaan elektrik kurang daripada
RM20 sebulan berjumlah RM150 juta. Selain itu, peningkatan perbelanjaan mengurus juga
disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pencen dan ganjaran. Perbelanjaan pencen dan
ganjaran pada tahun 2013 termasuk semakan semula bayaran pencen minimum daripada RM720
kepada RM820 untuk pesara yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun mulai 1
Januari 2012 serta bantuan tunai khas RM250 dibayar kepada 660,000 pesara kerajaan pada Julai
2013. Peningkatan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan subsidi dan
perbelanjaan pencen dan ganjaran pada tahun 2013.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan iaitu dari RM211270 juta
pada tahun 2013 kepada RM219589 juta pada tahun 2014. Peningkatan adalah sebanyak
RM8319 juta iaitu bersamaan 3.94%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2014,
peningkatan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan telah meningkat sebanyak 7.6% daripada
RM33.9 juta pada tahun 2013 kepada RM36.4 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini
terutamanya untuk penyelenggaraan dan pembaikan, sewaan, utiliti dan pembayaran untuk
perkhidmatan profesional dan teknikal. Di samping itu, sebab lain yang telah menyebabkan
peningkatan perbelanjaan mengurus ialah terdapat peningkatan perbelanjaan subsidi.
030621-02-0838

Perbelanjaan ke atas subsidi bantuan tunai telah mencatat RM23.2 juta pada tahun 2014.
Kerajaan memperuntukan subsidi seperti bantuan rakyat satu Malaysia (BR1M) kepada isi
rumah berpendapatan antara RM3000 dan RM4000 sebulan. Selain itu, kerajaan turut
meneruskan program bantuan persekolahan sebanyak RM100 untuk semua pelajar sekolah
rendah dan menengah serta baucar buku bernilai RM250 kepada pelajar institusi pengajian
tinggi. Peningkatan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan
dan perkhidmatan dan perbelanjaan subsidi pada tahun 2014.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami penurunan dari RM219589 juta pada
tahun 2014 kepada RM 216998 juta pada tahun 2015. Penurunan adalah sebanyak RM2591 juta
iaitu bersamaan 1.18%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2015, penurunan perbelanjaan
mengurus adalah disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan subsidi telah
berkurang dari RM39.7 juta pada tahun 2014 kepada RM26.2 juta pada tahun 2015. Penurunan
ini disebabkan oleh pembayaran subsidi bahan api lebih rendah berikutan pelaksanaan
mekanisme pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel. Peruntukan masih disediakan
untuk bantuan tunai dan program kebajikan sosial, bantuan pendidikan, insentif kepada petani
dan nelayan serta pelbagai subsidi seperti minyak masak dan pampasan tol. Subsidi bahan api
juga disediakan bagi pengangkutan awam dan nelayan serta gas petroleum cecair.

Selain itu, penurunan perbelanjaan mengurus pada tahun 2015 juga disebabkan oleh
penurunan perbelanjaan pemberian kepada badan berkanun. Perbelanjaan pemberian kepada
badan berkanun telah berkurang sebanyak 4.3% dari RM16.4 juta pada tahun 2014 kepada
RM15.7 juta pada tahun 2015. Penurunan ini selaras dengan inisiatif menggalakkan badan
berkanun mengurangkan kebergantungan kepada geran persekutuan, terutamanya entiti yang
mempunyai aliran pendapatan kukuh dan rizab yang tinggi. Penurunan perbelanjaan mengurus
ini disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi dan perbelanjaan pemberian kepada badan
berkanun pada tahun 2015.
030621-02-0838

Perbelanjaan mengurus pada tahun 2015 hingga tahun 2016 telah mengalami penurunan.
Jumlah perbelanjaan mengurus telah berkurang dari RM216998 juta pada tahun 2015 kepada
RM210173 juta pada tahun 2016. Penurunan adalah sebanyak RM6825 juta iaitu bersamaan
3.15%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2016, penurunan perbelanjaan mengurus
disebabkan oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan telah berkurang dari RM 36.4 juta pada tahun 2015 kepada RM29.7 juta pada
tahun 2016. Peratusan kepada KDNK bagi bekalan dan perkhidmatan pada tahun 2016 ialah
2.4%, lebih rendah daripada purata tahunan 3.2% bagi tempoh lima tahun yang lalu. Penurunan
ini disebabkan oleh pengurangan ketara pada perbelanjaan tidak kritikal seperti perbelanjaan
berkaitan perjalanan dan pengangkutan, utiliti, pembaikan dan pengubahsuaian serta penganjuran
acara dan majlis. Di samping itu, penurunan perbelanjaan mengurus pada tahun 2016 juga
disebabkan oleh penurunan perbelanjaan pemberian kepada badan berkanun. Perbelanjaan
pemberian kepada badan berkanun telah berkurang sebanyak 16.4% dari RM15.5 juta pada tahun
2015 kepada RM12.9 juta pada tahun 2016 berikutan rasionalisasi pemberian geran. Hal ini
disebabkan oleh kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pemberian kepada badan berkanun bagi
bertujuan mengurangkan kebergantungan badan berkanun kepada geran Kerajaan Persekutuan,
terutama entiti yang mempunyai aliran pendapatan yang stabil dan rizab yang tinggi serta
mampu berdikari. Hampir 55% daripada geran disalurkan kepada universiti awam dan
selebihnya diperuntukkan kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah dan pertanian serta
agensi mempromosi perdagangan dan pelaburan. Penurunan perbelanjaan mengurus disebabkan
oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan dan perbelanjaan pemberian kepada
badan berkanun pada tahun 2016.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2016 hingga tahun 2017 telah mengalami
peningkatan. Jumlah perbelanjaan mengurus telah meningkat dari RM210173 juta pada tahun
2016 kepada RM217695 juta pada tahun 2017. Peningkatan adalah sebanyak RM7522 juta iaitu
bersamaan 3.58%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2017, peningkatan perbelanjaan
mengurus adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan emolumen. Peningkatan
perbelanjaan emolumen telah meningkat 7.8% kepada RM78.8 juta dan kekal sebagai komponen
terbesar yang merangkumi 35.8% daripada perbelanjaan mengurus. Peningkatan ini terutamanya
030621-02-0838

disebabkan oleh pelaksanaan dua kali kenaikan gaji tahunan, penetapan gaji minimum dan
penambahbaikan beberapa skim perkhidmatan untuk kumpulan pelaksana pada Julai 2016.
Selain itu, peningkatan perbelanjaan mengurus juga disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan
bekalan dan perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan telah meningkat sebanyak
8.6% dari RM30.1 juta pada tahun 2016 kepada RM32.6 juta pada tahun 2017. Hal ini
disebabkan oleh kos penyenggaraan bagi beberapa projek pembangunan yang telah siap.
Peningkatan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2017 disebabkan oleh peningkatan
perbelanjaan emolumen dan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2017 hingga tahun 2018 telah mengalami
peningkatan. Jumlah perbelanjaan mengurus telah meningkat dari RM217695 juta pada tahun
2017 kepada RM230960 juta pada tahun 2018. Peningkatan adalah sebanyak RM13265 juta iaitu
bersamaan 6.09%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2018, peningkatan perbelanjaan
mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran
tetap.Perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap berjumlah RM114,144 juta merupakan
komponen perbelanjaan mengurus yang terbesar. Perbelanjaan ini meningkat sebanyak RM9,779
juta iaitu bersamaan berbanding RM104,365 juta pada tahun 2017. Kerajaan telah memberikan
subsidi, bantuan dana insentif dan pemberian kepada Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun
berjumlah RM56,329 juta, perbelanjaan bagi faedah, dividen dan kenaan bayaran hutang negara
berjumlah RM30,693 juta, bayaran pencen dan ganjaran berjumlah RM24,677 juta, bayaran bagi
biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran yang berjumlah RM1,855 juta dan tuntutan insurans
dan pampasan berjumlah RM590 juta. Selain itu, peningkatan perbelanjaan mengurus juga
disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan telah meningkat sebanyak RM545 juta iaitu bersamaan 1.57% kepada RM 35283
juta berbanding RM 34738 juta pada tahun 2017. Perbelanjaan ini adalah untuk membiayai
perbelanjaan penyelenggaraan, sewaan, kerja - kerja pembaikan , perbelanjaan pengangkutan dan
perjalanan, kos utiliti, perbelanjaan bekalan pejabat dan bahan mentah. Peningkatan perbelanjaan
mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap dan
perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada tahun 2018.
030621-02-0838

Perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan pada tahun 2018 hingga
tahun 2019. Jumlah perbelanjaan mengurus telah meningkat dari RM230960 juta pada tahun
2018 kepada RM263363 juta pada tahun 2019. Peningkatan adalah sebanyak RM32403 juta iaitu
bersamaan 14.03%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2019, peningkatan perbelanjaan
mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan aset. Perbelanjaan aset yang berjumlah RM
770 juta telah menunjukkan peningkatan sebanyak RM 322 juta iaitu bersamaan 71.88%
berbanding RM448 juta pada tahun 2018. Sebahagian besar daripada perbelanjaan adalah untuk
pembelian peralatan, kerja-kerja pembaikan bangunan dan kemudahan serta pembelian
kenderaan bagi jabatan kerajaan. Selain itu, peningkatan perbelanjaan mengurus juga disebabkan
oleh peningkatan perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap. Perbelanjaan pemberian dan
kenaan bayaran tetap berjumlah RM148,777 juta merupakan komponen perbelanjaan mengurus
yang terbesar. Perbelanjaan ini meningkat sebanyak RM34,633 juta iaitu bersamaan 30.34%
berbanding RM114,144 juta pada tahun 2018. Peningkatan yang ketara ini adalah disebabkan
oleh bayaran balik cukai yang sebahagiannya dibiayai oleh dividen khas Petronas. Perbelanjaan
pemberian lain adalah termasuk subsidi, bantuan dan insentif dan pemberian kepada kerajaan
negeri dan badan berkanun berjumlah RM88,166 juta, perbelanjaan bagi faedah, dividen dan
kenaan bayaran hutang negara berjumlah RM32,933 juta, bayaran pencen dan ganjaran
berjumlah RM24,905 juta, bayaran bagi biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran yang
berjumlah RM1,706 juta dan tuntutan insurans dan pampasan berjumlah RM167 juta.
Peningkatan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2019 disebabkan oleh peningkatan
perbelanjaan aset dan perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2019 hingga tahun 2020 telah mengalami
penurunan. Jumlah perbelanjaan mengurus telah menurun dari RM263343 juta pada tahun 2019
kepada RM 224600 juta pada tahun 2020. Penurunan sebanyak RM38743 juta iaitu bersamaan
14.71%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2020, penurunan perbelanjaan mengurus
disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan subsidi telah berkurang sebanyak
15.7% kepada RM20.1 juta pada tahun 2020 berbanding RM23.9 juta pada 2019. Pengurangan
ini terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan subsidi bahan api yang lebih rendah akibat
kejatuhan harga minyak mentah dunia. Tambahan pula, penurunan perbelanjaan mengurus juga
030621-02-0838

disebabkan oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan telah menurun kepada RM30.1 juta. Hal ini disebabkan oleh penjimatan yang
diperoleh daripada perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan yang rendah terutamanya pembaikan
dan penyelenggaraan serta perkhidmatan profesional dan klasifikasi semula beberapa item
berkaitan pembangunan. Penurunan perbelanjaan mengurus di Malaysia disebabkan oleh
penurunan perbelanjaan subsidi dan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada tahun 2020.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2020 hingga tahun 2021 telah mengalami
peningkatan. Jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia telah meningkat dari RM224600 juta
pada tahun 2020 kepada RM231516 juta pada tahun 2021. Peningkatan adalah sebanyak
RM6916 juta iaitu bersamaan 3.08%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2021,
peningkatan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan kenaikan gaji
tahunan penjawat awam. Bayaran persaraan telah meningkat 2% kepada RM27.6 juta iaitu
mewakili 11.7% daripada jumlah perbelanjaan mengurus. Jumlah tersebut termasuk bayaran
pencen, bayaran ganjaran dan pemberian wang tunai sebagai ganti cuti rehat terkumpul.
Sebanyak 74% daripada bayaran pencen merupakan pembayaran pencen bulanan untuk pesara
dan penerima faedah. Selain itu, peningkatan perbelanjaan mengurus juga disebabkan oleh
peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan
yang mewakili 13.9% daripada jumlah perbelanjaan mengurus telah meningkat sebanyak 8.9%
kepada RM32.8 juta. Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan lebih tinggi bagi
pembaikan dan penyenggaraan serta perkhidmatan profesional. Kementerian kesihatan Malaysia
menerima peruntukan tertinggi iaitu 29.2% terutamanya bagi perolehan bekalan perubatan serta
pembaikan dan penyenggaraan fasiliti perubatan diikuti Kementerian pendidikan Malaysia iaitu
16% dengan sebahagian besar peruntukan untuk pembaikan dan penyenggaraan kemudahan
sekolah. Peningkatan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan
kenaikan gaji tahunan penjawat awam dan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada tahun
2021.

Sebagai kesimpulan bagi arah aliran perbelanjaan mengurus di Malaysia dari tahun 2011
hingga tahun 2021, telah terbukti bahawa perbelanjaan mengurus telah mencatatkan peningkatan
bagi tahun 2011, 2012, 2013,2014,2017,2018,2019 dan 2021. Peningkatan ini disebabkan oleh
030621-02-0838

peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan, perbelanjaan bayaran khidmat hutang dan
perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan mengurus telah mencatatkan penurunan bagi tahun 2015,
2016 dan 2020. Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan ketara pada perbelanjaan tidak
kritikal dan kerajaan mengurangkan kebergantungan badan berkanun kepada geran Kerajaan
Persekutuan.
030621-02-0838

5.2 Mengkaji peratus sumbangan perbelanjaan mengurus terhadap jumlah perbelanjaan


kerajaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021.

Tahun Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan kerajaan Peratus sumbangan


(RM juta) (RM juta) perbelanjaan mengurus
(%)

2011 182594 227928 80.11

2012 205537 249863 82.26

2013 211270 251953 83.52

2014 219589 258040 85.10

2015 216998 256283 84.67

2016 210173 250821 83.79

2017 217695 260727 83.50

2018 230960 286267 80.68

2019 263343 315913 83.36

2020 224600 274701 81.76

2021 231516 295773 78.27

Jadual 1
030621-02-0838

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia telah meningkat dari 74.18% pada
tahun 2010 ke 80.11% pada tahun 2011. Peningkatan adalah sebanyak 5.93%. Berdasarkan
Laporan Ekonomi Malaysia 2011, peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus
adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Bekalan dan
perkhidmatan yang merangkumi 16.40% daripada perbelanjaan mengurus telah meningkat dari
RM23.8 juta pada tahun 2010 kepada RM29.5 juta pada tahun 2011 iaitu bersamaan 23.90%. Hal
ini disebabkan kerana peningkatan komitmen kerajaan dalam usaha berterusan untuk menambah
baik penyampaian perkhidmatan awam. Peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus
adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada tahun 2011.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan iaitu


dari 80.11% pada tahun 2011 ke 82.26% pada tahun 2012. Peningkatan ini adalah sebanyak
2.15%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2012, peningkatan peratus sumbangan
perbelanjaan mengurus adalah berpunca daripada peningkatan perbelanjaan emolumen.
Perbelanjaan emolumen meningkat dari RM50.1 juta pada tahun 2011 kepada RM59.2 juta pada
tahun 2012. Peningkatan perbelanjaan emolumen disebabkan peruntukan bagi menampung
penambahbaikan skim gaji kakitangan awam antara 7% hingga 13% berkuat kuasa 1 Januari
2012. Peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus pada tahun 2012 disebabkan oleh
peningkatan perbelanjaan emolumen.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan dari


82.26% pada tahun 2012 kepada 83.52% pada tahun 2013. Peningkatan adalah sebanyak 1.26%.
Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2013, peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan
mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan subsidi ini berjumlah
RM4.1 juta pada tahun 2013. Kerajaan memberikan subsidi ini kepada kumpulan sasaran melalui
bantuan tunai, bayaran insentif dan baucar buku untuk mengurangkan kesan peningkatan kos
sara hidup dan meringankan beban kewangan rakyat termasuk skim penstabilan minyak masak
berjumlah RM1.5 juta, pampasan tol berjumlah RM 587 juta, tepung gandum berjumlah RM
185 juta, perkhidmatan udara dan kereta api luar bandar yang komprehensif yang berjumlah
RM179 juta serta rebat kepada isi rumah dengan penggunaan elektrik kurang daripada RM20
030621-02-0838

sebulan berjumlah RM150 juta. Peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus


disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan subsidi pada tahun 2013.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan iaitu


dari 83.52% pada tahun 2013 kepada 85.10% pada tahun 2014. Peningkatan adalah sebanyak
1.58%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2014, peningkatan peratus sumbangan
perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan.
Perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan telah meningkat sebanyak 7.6% daripada RM33.9 juta
pada tahun 2013 kepada RM36.4 juta pada tahun 2014. Perbelanjaan ini terutamanya untuk
penyelenggaraan dan pembaikan, sewaan, utiliti dan pembayaran untuk perkhidmatan
profesional dan teknikal. Peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan
oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada tahun 2014.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami penurunan dari


85.10% pada tahun 2014 kepada 84.67% pada tahun 2015. Penurunan adalah sebanyak 0.43%.
Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2015, penurunan peratus sumbangan perbelanjaan
mengurus adalah disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan subsidi telah
berkurang dari RM39.7 juta pada tahun 2014 kepada RM26.2 juta pada tahun 2015. Penurunan
ini disebabkan oleh pembayaran subsidi bahan api lebih rendah berikutan pelaksanaan
mekanisme pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel. Peruntukan masih disediakan
untuk bantuan tunai dan program kebajikan sosial, bantuan pendidikan, insentif kepada petani
dan nelayan serta pelbagai subsidi seperti minyak masak dan pampasan tol. Subsidi bahan api
juga disediakan bagi pengangkutan awam dan nelayan serta gas petroleum cecair. Penurunan
peratus sumbangan perbelanjaan mengurus ini disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi
pada tahun 2015.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus pada tahun 2015 hingga tahun 2016 telah
mengalami penurunan dari 84.67% pada tahun 2015 kepada 83.79% pada tahun 2016. Penurunan
adalah sebanyak 0.88%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2016, penurunan peratus
sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan. Perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan telah berkurang dari RM 36.4 juta pada
030621-02-0838

tahun 2015 kepada RM29.7 juta pada tahun 2016. Peratusan kepada KDNK bagi bekalan dan
perkhidmatan pada tahun 2016 ialah 2.4%, lebih rendah daripada purata tahunan 3.2% bagi
tempoh lima tahun yang lalu. Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan ketara pada
perbelanjaan tidak kritikal seperti perbelanjaan berkaitan perjalanan dan pengangkutan, utiliti,
pembaikan dan pengubahsuaian serta penganjuran acara dan majlis. Penurunan peratus
sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan
perkhidmatan pada tahun 2016.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2016 hingga tahun 2017
telah mengalami penurunan dari 83.79% pada tahun 2016 kepada 83.50% pada tahun 2017.
Penurunan adalah sebanyak 0.29%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2017, penurunan
peratus sumbangan perbelanjaan mengurus adalah disebabkan oleh penurunan perbelanjaan
subsidi dan bantuan sosial. Perbelanjaan subsidi dan bantuan sosial berkurang sebanyak 6.5%
dari RM24.7 juta pada tahun 2016 kepada RM23.1 juta pada tahun 2017. Penurunan ini
terutamanya berikutan langkah rasionalisasi subsidi harga minyak masak bagi botol berkapasiti 1
hingga 5 kilogram dan pelaksanaan sistem apungan terkawal harga bahan api secara mingguan
untuk mengurangkan impak perubahan harga minyak mentah harian. Penurunan peratus
sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi dan bantuan
sosial pada tahun 2017.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2017 hingga tahun 2018
telah mengalami penurunan dari 83.50% pada tahun 2017 kepada 80.68% pada tahun 2018.
Penurunan adalah sebanyak 2.82%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2018, penurunan
peratus sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan aset.
Perbelanjaan aset berkurang sebanyak 13.18% dari RM516 juta pada tahun 2017 kepada RM448
juta pada tahun 2018. Perbelanjaan dalam kategori ini adalah untuk pembelian peralatan serta
kerja-kerja pembaikan bangunan dan kemudahan. Penurunan perbelanjaan ini disebabkan oleh
subsektor bukan kediaman merosot berikutan lebihan penawaran dan unit tidak terjual bagi kedai
mewah dan kompleks membeli-belah serta trend penurunan dalam penawaran bangunan
komersial akan datang. Penurunan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh
penurunan perbelanjaan aset pada tahun 2018.
030621-02-0838

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan pada


tahun 2018 hingga tahun 2019. Jumlah peratus sumbangan perbelanjaan mengurus telah
meningkat dari 80.68% pada tahun 2018 kepada 83.36% pada tahun 2019. Peningkatan adalah
sebanyak 2.68%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2019, peningkatan peratus
sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pemberian dan
kenaan bayaran tetap. Perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap berjumlah RM148,777
juta merupakan komponen perbelanjaan mengurus yang terbesar. Perbelanjaan ini meningkat
sebanyak RM34,633 juta iaitu bersamaan 30.34% berbanding RM114,144 juta pada tahun 2018.
Peningkatan yang ketara ini adalah disebabkan oleh bayaran balik cukai yang sebahagiannya
dibiayai oleh dividen khas Petronas. Perbelanjaan pemberian lain adalah termasuk subsidi,
bantuan dan insentif dan pemberian kepada kerajaan negeri dan badan berkanun berjumlah
RM88,166 juta, perbelanjaan bagi faedah, dividen dan kenaan bayaran hutang negara berjumlah
RM32,933 juta, bayaran pencen dan ganjaran berjumlah RM24,905 juta, bayaran bagi biasiswa,
dermasiswa dan bantuan pelajaran yang berjumlah RM1,706 juta dan tuntutan insurans dan
pampasan berjumlah RM167 juta. Peningkatan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun
2019 disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2019 hingga tahun 2020
telah mengalami penurunan. Jumlah peratus sumbangan perbelanjaan mengurus telah menurun
dari 83.36% pada tahun 2019 kepada 81.76% pada tahun 2020. Penurunan adalah sebanyak
1.6%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2020, penurunan peratus sumbangan
perbelanjaan mengurus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan.
Perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan telah menurun kepada RM30.1 juta. Hal ini disebabkan
oleh penjimatan yang diperoleh daripada perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan yang rendah
terutamanya pembaikan dan penyelenggaraan serta perkhidmatan profesional dan klasifikasi
semula beberapa item berkaitan pembangunan. Penurunan peratus sumbangan perbelanjaan
mengurus di Malaysia disebabkan oleh penurunan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan pada
tahun 2020.
030621-02-0838

Peratus smbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia pada tahun 2020 hingga tahun 2021
telah mengalami penurunan dari 81.76% pada tahun 2020 kepada 78.27% pada tahun 2021.
Penurunan adalah sebanyak 3.49%. Berdasarkan Laporan Ekonomi Malaysia 2021, penurunan
peratus sumbangan perbelanjaan mengurus disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi dan
bantuan sosial. Perbelanjaan subsidi dan bantuan sosial berkurang sebanyak 6.4% kepada
RM18.9 juta. Pengurangan ini terutamanya disebabkan oleh penyatuan program bantuan tunai
dibawah BSH dan BPN. Badan berkanun diperuntukkan pemberian sebanyak RM15.4 juta.
Sebahagian besar peruntukan terutamanya untuk perbelanjaan operasi seperti emolumen serta
bekalan dan perkhidmatan universiti awam dan hospital pengajar. Pemberian dan serahan kepada
kerajaan negeri berjumlah RM7.7 juta iaitu RM5.7 juta merupakan pemberian yang ditetapkan di
bawah Perlembagaan Persekutuan. Penurunan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di
Malaysia disebabkan oleh penurunan perbelanjaan subsidi dan bantuan sosial pada tahun 2021.

Sebagai kesimpulan bagi peratus sumbangan perbelanjaan mengurus di Malaysia dari tahun
2011 hingga tahun 2021, telah terbukti bahawa perbelanjaan mengurus telah mencatatkan
peningkatan bagi tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2019. Peningkatan ini disebabkan oleh
peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan, perbelanjaan bayaran khidmat hutang dan
perbelanjaan subsidi. Perbelanjaan mengurus telah mencatatkan penurunan bagi tahun 2015,
2016, 2017, 2018, 2020 dan 2021. Penurunan ini disebabkan oleh perbelanjaan subsidi terhadap
penyatuan program bantuan tunai dibawah BSH dan BPN dan perbelanjaan aset.
030621-02-0838

6.0 Cadangan

Melalui hasil kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji untuk
mengurangkan perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kerajaan telah mengamalkan dasar fiskal yang
mengembang tetapi kerajaan tetap tegas berhemat dan berdisiplin dalam pengurusan
kewangannya bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus mapan. Kerajaan tetap
memastikan perbelanjaan kerajaan supaya defisit keseluruhan belanjawan dikekalkan pada paras
yang mapan tanpa menggugat prospek pertumbuhan jangka panjang.

Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara, kerajaan haruslah menguruskan kewangan


Pusat Tanggungjawab dan Pusat Kos mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
Kerajaan harus mengamalkan pengurusan yang baik untuk berbelanja secara berhemat dan
mempunyai nilai untuk wang. Selain itu, kerajaan juga harus memastikan pelaksanaan sesuatu
program atau aktiviti adalah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Kerajaan
perlu memastikan semua peruntukan yang diluluskan mempunyai jadual pelan tindakan supaya
dapat dibelanjakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Di samping itu, mengelakkan perbelanjaan bagi kerja lebih masa juga dapat mengurangkan
perbelanjaan kerajaan. Ketua Pusat Tanggungjawab yang mengarahkan kerja lebih masa
hendaklah berpuas hati bahawa kerja lebih masa itu benar-benar penting untuk disiapkan atau
dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Semua arahan kerja lebih masa hendaklah
dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan.

Selain itu, cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan ialah sebarang penganjuran
majlis atau upacara keraian seperti pembukaan pejabat, penganugerahan, pelancaran program,
mesyuarat, penyampaian hadiah dan perasmian bengkel hendaklah dihadkan. Kerajaan haruslah
menghadkan penganjuran persidangan majlis atau upacara keraian kepada yang perlu sahaja.
Penganjuran Majlis atau upacara di atas hendaklah diadakan dengan keutamaan diberikan kepada
premis kerajaan kecuali penganjuran peringkat antarabangsa yang melibatkan bilangan peserta
yang lebih besar dan memerlukan logistik yang lebih baik. Perbelanjaan yang terlibat dengan
penganjuran tersebut hendaklah dibuat secara sederhana pada kadar yang diluluskan kerajaan
tanpa perbelanjaan yang keterlaluan untuk perhiasan, acara persembahan dan cenderamata.
Pemberian cenderamata tidak digalakkan tetapi sekiranya benar-benar diperlukan hendaklah
dihadkan dan mematuhi kadar dan syarat serta peraturan kewangan yang ditetapkan. Selain itu,
kerajaan juga harus mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran
majlis atau acara tersebut.

Kesimpulannya, kerajaan patutlah memastikan jumlah perbelanjaan tidak melebihi jumlah


hasil agar mengelakkan hutang negara bertambah. Jika jumlah perbelanjaan melebihi jumlah
hasil, kerajaan akan terpaksa meminjam wang dalam negeri dan luar negara dan menyebabkan
hutang negara bertambah. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, kerajaan hendaklah memberi
tumpuan kepada perbelanjaan yang penting dan menjimatkan perbelanjaan seperti memberi
fokus kepada projek-projek yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
030621-02-0838

7.0 Penutup dan Rumusan kajian

Di Malaysia, perbelanjaan kerajaan persekutuan terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus merangkumi
lebih banyak berbanding dengan perbelanjaan pembangunan daripada jumlah perbelanjaan
kerajaan. Perbelanjaan mengurus mempunyai 12 komponen utama iaitu emolumen, pencen dan
ganjaran, bayaran khidmat hutang, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri, bekalan dan
perkhidmatan, subsidi, biasiswa dan bantuan pelajaran, bayaran pengurusan kepada sekolah
rendah dan menengah, perolehan aset, bayaran balik dan hapus kira, pemberian kepada badan
berkanun dan perbelanjaan lain.

Komponen terbesar dalam perbelanjaan mengurus merupakan emolumen. Sebanyak besar


60% daripada emolumen adalah untuk bayaran gaji guru, doktor dan jururawat di mana syarat
dan terma perkhidmatan telah ditambah baik berikutan pemberian insentif dan kenaikan elaun.
Peruntukan ini termasuk pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam dalam Kumpulan
Sokongan bagi meringankan beban kewangan.

Perbelanjaan mengurus di Malaysia telah mengalami peningkatan pada tahun 2011, 2012,
2013, 2014, 2017, 2018, 2019 dan 2021. Peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan
perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan, perbelanjaan bayaran khidmat hutang, perbelanjaan
subsidi dan perbelanjaan lain. Perbelanjaan mengurus telah mencatatkan penurunan pada tahun
2015, 2016 dan 2020. Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan ketara pada perbelanjaan
tidak kritikal dan kerajaan mengurangkan kebergantungan badan berkanun kepada geran
Kerajaan Persekutuan dan perbelanjaan lain.

Secara keseluruhan, perbelanjaan kerajaan harus dikawal dengan kecekapan dan


keberkesanan untuk mengurangkan pembaziran serta memaksimumkan penggunaan sumber
sedia ada. Melalui peruntukan dan proses pemantauan yang lebih ketat, kerajaan telah menyemak
semula program dan projek mengikut keutamaan bagi memastikan projek yang memberi lebih
manfaat mengikut jadual. Bagi memastikan nilai untuk wang, kerajaan telah memberi penekanan
kepada pelaksanaan sistem tender terbuka.
030621-02-0838

RUJUKAN

Lai Mooi Chang. 2013. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3. Kuala
Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Suhiliah Mohd. Salleh. 2013. Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

https://www.bnm.gov.my

https://www.mof.gov.my
LAMPIRAN
030621-02-0838

KAJIAN MENGENAI PERBELANJAAN MENGURUS DI MALAYSIA DARI TAHUN


2011 HINGGA TAHUN 2021.

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan dengan Perbelanjaan mengurus di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun
2021. Objektif pertama dalam kajian ini adalah untuk menentukan arah aliran perbelanjaan
mengurus di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021. Objektif kedua kajian ini adalah
untuk mengkaji peratus sumbangan perbelanjaan mengurus terhadap jumlah perbelanjaan
kerajaan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021. Bagi mendapatkan maklumat kajian,
kaedah keperpustakaan, kaedah laman sesawang dan kaedah analisis data telah digunakan oleh
pengkaji. Data-data yang telah dianalisis untuk mengira peratusan perubahan perbelanjaan
mengurus Malaysia dan peratus sumbangan perbelanjaan mengurus terhadap jumlah
perbelanjaan kerajaan di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan perbelanjaan mengurus telah
mengalami peningkatan pada tahun 2011 hingga tahun 2021 kecuali tahun 2015, 2016 dan
2020. Selain itu, peratus sumbangan perbelanjaan mengurus mencatatkan peningkatan bagi
tahun 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2019 manakala mengalami penurunan pada tahun 2015,
2016, 2017, 2018, 2020 dan 2021. Antara sebab yang meningkatkan perbelanjaan mengurus
ialah kerajaan memberikan subsidi kepada kumpulan sasaran melalui bantuan tunai, bayaran
insentif dan baucar buku untuk mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup dan
meringankan beban kewangan rakyat. Manakala peningkatan peratus sumbangan perbelanjaan
mengurus disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan terutamanya
untuk penyelenggaraan dan pembaikan, sewaan, utiliti dan pembayaran untuk perkhidmatan
profesional dan teknikal. Secara kesimpulannya, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh
pengkaji untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Diharapkan cadangan-cadangan ini dapat
membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan pertumbuhan ekonomi negara.
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

2.0 PERNYATAAN MASALAH

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.0 KAEDAH KAJIAN

5.0 HASIL KAJIAN

6.0 CADANGAN

7.0 RUMUSAN

RUJUKAN

LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Saya telah menyiapkan tugasan Kerja Kursus Ekonomi dengan jayanya. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan
Pengetua iaitu Encik Shamsudin Bin Hussien dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Cik
Gok Poh Suan kerana memberi kelulusan kepada saya untuk melakukan kajian ini. Dalam
menjayakan kajian kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru
Ekonomi iaitu Pn Paramese A/P Veerasamy. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan
membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus Ekonomi.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang turut membantu
untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat
menyiapkan tugasan ini. Ini kerana tugasan untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan
motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
rakan-rakan yang mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran
dan semangat dan berkongsi ilmu dalam melaksanakan kajian kerja kursus ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus
ini kerana memberi kerjasama dan komitmen yang begitu baik sekali. Sekian terima kasih.

You might also like