You are on page 1of 4

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian adalah untuk membantu pengkaji menjalankan kajian dengan lebih bersistematik dan
perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data dan
kaedah analisis data digunakan untuk menghubungkaitkan objektif dengan hasil kajian.

4.1 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian arkib. Dalam kajian ini telah merujuk
kepada beberapa bahan rujukan untuk menyokong dapatan kajian. Antara bahan yang dijadikan rujukan
ialah laman web, laporan agensi kerajaan, buku ilmiah dan lain-lain.

4.1.1 Kaedah Kepustakaan

Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat ke atas bahan-bahan sastera seperti
buku-buku ilmiah. Buku rujukan yang digunakan dalam kajian ini ialah Rujukan Ekonomi Malaysia
Penggal 3 yang diterbitkan oleh Local Publications (M) Sdn.Bhd dan Ace Ahead STPM Ekonomi
Malaysia Penggal 3 yang diterbitkan oleh Ehsan (M) Sdn.Bhd. Maklumat tentang maksud hutang
Kerajaan Persekutuan dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan terdapat dalam buku tersebut. Kajian
kepustakaan ini amat membantu pengkaji membuat kajian kerana melalui kaedah ini pengkaji dapat
gambaran yang jelas tentang konsep, kaedah dan penganalisan data yang bersesuaian dengan kajian.
Perpustakaan yang dilawati oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan adalah Perpustakaan
SMK Tinggi Bukit Mertajam.

4.1.2 Laman Sesawang

Pengkaji telah melayari laman web rasmi Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my). Jabatan
Perangakaan Malaysia (www.statistic.gov.my) untuk mendapatkan data nilai berkaitan hutang dan
perbelanjaan Kerajaan Persekutuan. Laman sesawang Laporan Ekonomi Malaysia, Laporan Prestasi
Kewangan (www.phl.hasil.gov.my) dan Rancangan Malaysia (www.pmo.gov.my) juga dirujuk oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang punca utama hutang kerajaan persekutuan
meningkat atau menurun.
4.2 Kaedah Analisis Data

Pengkaji menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk angka dan peratusan untuk menganalisis data
yang diperolehi. Dengan ini, kajian dapat disempurnakan dengan maklumat yang lebih tepat dan
mencapai objektif kajian. Analisis ini bertujuan untuk mengungkapkan data agar dapat menjawab sesuatu
pernyataan, mendapatkan informasi baharu serta menguji sesuatu hipotesis.

4.2.1 Arah Aliran

Pengkaji telah menggunakan arah aliran untuk menganalisis data hutang dan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan iaitu untuk menentukan sama ada meningkat atau menurun. Pengkaji menggunakan gambar
rajah dan jadual untuk menganalisis data kerana boleh dilihat dengan jelas dan mudah difahami.

4.2.2 Graf

Pengkaji menggunakan graf dan jadual untuk menghasilkan kajian yang membolehkan pengkaji
melihat dengan jelas tentang arah aliran hutang Kerajaan Persekutuan menggunakan graf bar. Penggunaan
graf bar membolehkan pengkaji untuk menganalisis data tentang nilai menurun dan meningkat bagi
hutang Kerajaan Persekutuan.

4.2.3 Peratusan

Pengkaji menggunakan peratusan untuk menganalisis maklumat yang diperoleh menghitung peratus
perubahan hutang dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan
rumus peratus perubahan hutang dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk menghuraikan peratus
perubahan antara hutang dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.

Rumus :

1) Peratus Perubahan Hutang Kerajaan Persekutuan

Peratus Perubahan Hutang = Hutang Kerajaan Persekutuan t - Hutang kerajaan Persekutuan t-1
Kerajaan Persekutuan
x 100
Hutang Kerajaan Persekutuan t-1
Tahun Hutang Kerajaan Persekutuan Peratus Perubahan Hutang Kerajaan
( RM Juta) Persekutuan (%)

2006 242,225 -

2007 266,722 10.11

Peratus Perubahan Hutang Kerajaan Persekutuan 2006 = RM 266,722 juta - RM 242,225 juta
x 100
RM 242,225 juta

= 10.11%

2) Peratus Perubahan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

Peratus Perubahan Perbelanjaan= Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan t - Perbelanjaan kerajaan


Kerajaan Persekutuan Persekutuan t-1
x 100
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan t-1

Tahun Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Peratus Perubahan Perbelanjaan Kerajaan


( RM Juta) Persekutuan (%)

2010 204,425 -

2011 229,010 12.03

Peratus Perubahan Perbelanjaan

Kerajaan Persekutuan 2010 = RM 204,425 juta- RM 229,010 juta

x 100

RM 229,010 juta

= 12.03%

You might also like