You are on page 1of 1

3.

0 PENYATAAN MASALAH

Tajuk yang dikaji oleh pengkaji ini ialah “Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan dari
tahun 2011 hingga tahun 2021.” Pengkaji memilih tajuk kajian ini untuk menganalisis arah
aliran perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2021 dan
membandingkan peratus perbelanjaan dalam komponen antara emolumen dan subsidi dalam
perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan dari tahun 2011 hingga tahun 2021. Kajian ini
boleh membantu kerajaan persekutuan mengenal pasti perbelanjaan mengurus terhadap
ekonomi dan negara dan masalah yang dihadapi.

Berdasarkan maklumat yang didapati, perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan semakin


meningkat dari tahun 2011 hingga tahun 2021. Peningkatan perbelanjaan mengurus kerajaan
persekutuan menggalakkan penggunaan sektor awam dan swasta bagi meningkatkan
permintaan dalam negeri. Peningkatan dalam bayaran upah juga mencerminkan kenaikan
elaun, terutamanya untuk kakitangan polis dan tentera serta jururawat , doktor dan guru besar.

Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang penting bagi


sesebuah negara. Jadi, kajian ini amat penting bagi membantu kerajaan menganalisis arah
aliran perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan supaya boleh mengambil langkah yang
sesuai untuk mengenal pasti komponen perbelanjaan mengurus supaya dapat membuat
perbelanjaan mengurus dengan lebih tepat. Pengkaji mencadangkan kerajaan boleh
mengurangkan perbelanjaan mengurus supaya boleh mengelakkan pemborosan, pembaziran,
penyelewengan dan kerugian kepada kerajaan.

You might also like