You are on page 1of 8

6.

0 Hasil Kajian

6.1 Mengenal pasti arah aliran eksport keluaran petroleum Malaysia dari
tahun 2009 hingga 2018.

Tahun Eksport keluaran petroleum


Malaysia(RM juta)
2009 24,846
2010 32,072
2011 40,102
2012 54,875
2013 68,369
2014 70,356
2015 54,528
2016 54,662
2017 71,813
2018 76,161
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 6.1: Eksport keluaran petroleum Malaysia

E k s p o r t k e lu a r a n p e tr o le u m M a la y s ia d a r i ta h u n 2 0 0 9 h in g g a
2018
80,000
70,000
60,000
50,000
R M juta

40,000
30,000
20,000
10,000
0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Graf 6.1: Eksport keluaran petroleum Malaysia


Berdasarkan graf 6.1, terdapat arah aliran eksport keluaran petroleum
Malaysia dari tahun 2009 hingga 2018.Secara keseluruhannya, eksport
keluaran petroleum Malaysia menunjukkan nilai yang naik turun dalam
tempoh tersebut. Arah aliran eksport keluaran petroleum semakin
meningkat daripada RM 24,846 juta pada tahun 2009 kepada RM 70,356
juta pada tahun 2014.Manakala ekport keluaran petroleum telah menurun
kepada RM 54,528 juta pada tahun 2015.

Pada tahun 2009, ekport keluaran petroleum Malaysia merupakan hanya


RM 24,846 juta sahaja.Amerika Syarikat merupakan negara pengimport
keluaran petroleum yang besar dengan Malaysia. Manakala permintaan
petroleum Amerika Syarikat dengan Malaysia berkurang maka eksport
keluaran petroleum Malaysia telah berkurang berbanding dengan tahun
sebelumnya.

Manakala eksport keluaran petroleum Malaysia telah meningkat kepada


RM 32,072 juta pada tahun 2010. Hal ini menunjukkan eksport keluaran
petroleum pada tahun 2010 lebih tinggi berbanding dengan tahun
2009.Peningkatan ini disebabkan oleh harga minyak global yang lebih
tinggi berpunca daripada pergolakan politik di Timur Tengah dan
permintaan yang meningkat daripada negara membangun yang berkembang
pesar seperti China dan India.

Seterusnya, eksport keluaran petroleum Malaysia pada tahun 2011 ialah


sebanyak RM 40,102 juta.Hal ini meningkat sebanyak RM 8030 juta
berbanding dengan tahun sebelumnya.Pertumbuhan ekonomi global pada
tahun 2011 telah meningkatkan permintaan petroleum dalam seluruh dunia
supaya dapat membangun negara.Apabila permintaan petroleum meningkat
maka ekport keluaran petroleum Malaysia juga meningkat pada masa yang
sama.

Pada tahun 2012, eksport keluaran petroleum Malaysia adalah sebanyak


RM 54,875 juta. Hal ini meningkat sebanyak RM 14,773 juta berbanding
dengan tahun sebelumnya.Pertambahan ekport keluaran petroleum yang
besar ini disebabkan oleh perkembangan industri perkilangan dalam
negara sedang membangun.
Selain itu, eksport keluaran petroleum Malaysia pada tahun 2013 ialah
sebanyak RM 68,369 juta.Hal ini meningkat sebanyak RM 13,494 juta
berbanding dengan tahun 2012.Peningkatan ini berlaku disebabkan
permintaan dalam petroleum semakin meningkat dalam seluruh dunia yang
boleh digunakan untuk memajukan industri perkilangan.

Eksport keluaran petroleum Malaysia pada tahun 2014 ialah sebanyak


RM 70,356 juta.Walau bagaimapun ekport keluaran petroleum Malaysia
telah meningkat tetapi pertumbuhan tersebut menjadi lebih sedikit dan
lahan.Hal ini disebabkan perkembangan teknologi dalam kenderaan dan
perkilangan telah mengurangkan penggunaan petroleum.Oleh itu,
pertumbuhan permintaan terhadap petroleum semakin menurun.

Pada tahun 2015, eksport keluaran petroleum Malaysia hanya RM 54,528


juta sahaja. Hal ini merupakan penurunan eksport keluran petroleum
Malaysia yang paling besar dari tahun 2009 hingga 2018.Faktor yang
utama adalah kegunaan GST dalam setiap barang dan
perkhidmatan.Keadaan ini telah mengurangkan eksport barang yang
termasuk ekport keluaran petroleum.

Selain itu, eksport keluaran petroleum telah meningkat sedikit iaitu


sebanyak RM 134 juta menyebabkan ekport keluaran petroleum meningkat
kepada RM 54,662 juta pada tahun 2016.Harga petroleum pada tahun 2016
adalah tinggi dan hal ini telah meningkatkan pendapatan ekport Malaysia
tentang ekport keluaran petroleum.

Seterusnya, eksport keluaran petroleum meningkat kepada RM 71,813


juta pada tahun 2017, iaitu peningkatan sebanyak RM 17,151 juta yang
berbanding dengan tahun sebelumnya.Peningktan ekport keluaran
petroleum yang besar ini disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi seluruh
dunia.Pertumbuhan ekonomi seluruh dunia pada tahun 2017 telah
meningkatkan ekport keluaran petroleum.

Eksport keluaran petroleum seterusnya menjadi RM 76,161 juta pada


tahun 2018 bersamaan dengan peningkatan sebanyak RM 4348
juta.Peningktan tersebut disebabkan permintaan petroleum yang stabil
pada tahun 2018.
6.2 Menghitung kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia
dari tahun 2009 hingga 2018.

Tahun Kadar pertumbuhan eksport


keluaran petroleum
Malaysia(%)
2009 -31.09
2010 29.08
2011 25.04
2012 36.84
2013 24.59
2014 2.91
2015 -22.50
2016 0.25
2017 31.38
2018 6.05
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 6.2: Kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia

Kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia dari tahun 2009 hingga
2018. Malaysia dari tahun 2009 hingga 2018
50
40
30
20
10
%

0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
-10
-20
-30
-40

Graf 6.2: Kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia


Berdasarkan graf 6.2, terdapat kadar pertumbuhan eksport keluaran
petroleum Malaysia dari tahun 2009 hingga 2018.Secara keseluruhannya,
kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia menunjukkan
yang naik turun dalam tempoh tersebut.

Sebagai berikutnya, kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum


Malaysia pada tahun 2009 adalah sebanyak -31.09% berbanding dengan
tahun sebelumnya. Permintaan untuk petroleum pula menurun berbanding
dengan tahun 2008 kerana keadaan ekonomi kebanyakan negara pengguna
mengalami kelembapan. Amerika Syarikat mempunyai kepakaran teknologi
untuk mengeluarkan petroleum dan kurang mengimport petroleum dengan
Malaysia.Pada masa yang sama, Amerika Syarikat mengurangkan import
petroleum dari negara-negara Persatuan Pengeluar Minyak (OPEC).
Amerika Syarikat adalah pengimport petroleum yang terbesar dalam
seluruh dunia. Dengan peningkatan pengeluaran mereka, Amerika Syarikat
tidak lagi perlu mengimport petroleum dengan banyak dari Malaysia.

Seterunya, kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia pada


tahun 2010 mencapai sebanyak 29.08%. Apabila kemajuan berterusan
dalam perindustrian dan pembandaran seluruh dunia, permintaan dengan
kenderaan bertambah secara beransur terutamanya dalam negara sedang
membangun seperti China.Hal ini menunjukkan penggunaan petroleum
dalam negara China telah berkembang walaupun sumber petroleum adalah
terhad.Oleh itu, kerajaan China telah mengimport lebih banyak petroleum
dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum


Malaysia pada tahun 2011 telah menurun sedikit iaitu sebanyak 4.04%
berbanding tahun sebelumnya dan menurun kepada 25.04%. Hal ini
dibuktikan daripada laporan pasaran petroleum OPEC tahun 2011. Laporan
tersebut menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi global akan memberi
impak besar kepada permintaan petroleum dunia pada 2011.Permintaan
petroleum global dengan OPEC ialah 29.4 juta tong. Hal ini menunjukkan
peningkatan sebanyak 400,000 tong berbanding dengan tahun 2010.

Seterusnya, kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia


pada tahun 2012 telah meningkat kepada 36.84%. Hal ini menunjukkan
peningkatan yang banyak berbanding dengan tahun sebelumnya. Keadaan
ini berlaku disebabkan pertumbuhan tentang permintaan petroleum secara
lancar pada tahun 2012 dalam seluruh dunia.Negara yang membangun
seperti China dan India memelurkan lebih banyak petroleum untuk
mengembangkan industri perkilangan dan membangunkan negara.

Selain itu, kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia pada


tahun 2013 menunjukkan sebanyak 24.59%. Kadar petumbuhan tersebut
merosot sebanyak 12.25% berbanding dengan tahun sebelumnya
disebabkan oleh keluaran perlombongan yang lebih rendah pada awal
tahun.Kesan keluaran yang rendah ini turut dirasai dalam aktiviti sektor
pembuatan lain, khususnya gas perindustrian yang merosot 8.3%.Sebab
kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum berkurang juga disebabkan
pengaruh peningkatan kos pengeluaran yang secara lancar.Hal ini
merupakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mengeluarkan
petroleum.

Manakala kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia pada


tahun 2014 telah menurun dengan kadar yang besar iaitu bersamaan
dengan 2.91%. Hal ini merosot sebanyak 21.68% berbanding tahun
sebelumnya. Kemerosotan tersebut berlaku disebabkan pertumbuhan
permintaan tidak seperti dahulu. Pertumbuhan permintaan petroleum dari
China berada pada paras yang terendah dalam tempoh tiga tahun tersebut
dan permintaan petroleum Jepun dengan Malaysia juga telah jatuh.Pada
tahun berikutnya, tingkat teknologi untuk membaikikan masalah
pembaziran petroelum juga semakin meningkat.Hal ini juga mengurangkan
permintaan petroleum seluruh dunia terutamanya negara asia.Walau
bagaimanapun, kadar pertumbuhan keluaran ekport petroleum masih
adalah positif pada tahun 2014.

Kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia menurun dan


menjadi sebagai negatif iaitu -22.50% pada tahun 2015. Keadaan ini
berlaku disebabkan Kerajaan melaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015. Kadar
standard untuk GST adalah enam peratus dan hal ini dikumpulkan pada
setiap peringkat rantaian bekalan.Hal ini telah menyebabkan ekport
berkurang kerana dikenali cukai yang tinggi untuk keluaran
petroleum.GST telah mengurangkan permintaan negara lain terhadap
keluaran petroleum Malaysia.
Manakala kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia pada
tahun 2016 adalah sebanyak 0.25%.Hal ini menunjukkan peningkatan
berbanding dengan tahun 2015.Peningkatan ini berlaku apabila harga
petroleum seluruh dunia meningkat maka pendapatan negara terhadap
ekport keluran petroleum juga meningkat.Hal ini mempengaruhi kadar
pertumbuhan ekport keluaran petroleum meningkat daripada -22.50% pada
tahun 2015 kepada 0.25% pada tahun 2016.

Seterusnya, kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia


pada tahun 2017 adalah meningkat sebayak 31.38 berbanding dengan tahun
sebelumnya.Hal ini menunjukkan pertumbuhan yang banyak berbanding
dengan tahun sebelumnya. Ekonomi global berkembang sebanyak 3.6%
pada tahun 2017 dan mendorong pertumbuhan permintaan petroleum dalam
seluruh dunia. Pertumbuhan didorong oleh peningkatan perdagangan
dengan rakan dagangan utama seperti ASEAN, China, Jepun, India,
Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Antaranya, permintaan import
petroleum dari China adalah semakin meningkat. China telah
menggantikan Amerika Syarikat sebagai pengimport petroleum terbesar
dalam seluruh dunia.

Manakala kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia pada


tahun 2018 adalah sebanyak 6.05%. Walau bagaimanapun Perang
perdagangan AS-China yang berada pada tahun 2018 tidak memberi impak
yang besar kepada prestasi perdagangan Malaysia dengan kedua-dua
negara.Tetapi perang perdagangan tersebut juga menjejaskan ekonomi
negara dan pertumbuhan permintaan petroleum seluruh dunia.Seterusnya,
kereta elektrik moden yang semakin popular di negara barat juga
menjejaskan permintaan petroleum Malaysia.
7.0 Cadangan

Peningkatan kadar pertumbuhan eksport keluaran petroleum Malaysia


setiap tahun perlu dijamin oleh pihak kerajaan. Oleh itu, cadangan yang
pertama adalah menambah baik kualiti petroleum kerana petroleum yang
mempunyai kualiti yang baik akan mendapat permintaan yang tinggi dalam
pasaran barangan eksport di seluruh dunia. Oleh itu, peningkatan
pertmintaan dapat meningkatkan ekport keluaran petroleum kerana kerana
kualiti petroleum yang tinggi telah menarik negara lain mengekport
petroleum Malaysia.Secara tidak langsung, pendapatan negara dapat
dipertingkatkan lagi maka hasil negara juga bertambah.

Cadangan yang kedua adalah menggunakan teknik pengeluaran yang


moden untuk menghasilkan petroleum. Teknik pengeluaran yang moden
dapat mengurangkan kos pengeluaran dan juga menjimat masa untuk
mengeluarkan petroleum.Contohnya, apabila Malaysia bekerjasama dengan
syarikat penerokaan dan pengeluaran petroleum nasional di Thailand,
maka kedua-dua pihak dapat berkongsi kepakaran serta teknologi untuk
mengewangkan medan gas laut dalam yang terpencil dengan memindahkan
hasil.Hal ini dapat menambahkan pengeluran petroleum dan juga
meningkatkan ekport petroleum Malaysia.

You might also like