You are on page 1of 5

ALIH BENTUK KOMUNIKASI DARI BUKAN LINEAR KEPADA LINEAR

Contoh soalan 5 : POLA PERUBAHAN (KADAR) FORMAT BERASINGAN

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan kadar eksport Malaysia mengikut negara
pada tahun 2010 hingga tahun 2011 dan langkah meningkatkan eksport.

MALAYSIA: EKSPORT MENGIKUT NEGARA-NEGARA TERPILIH PADA


TAHUN 2010 DAN TAHUN 2011

Negara/ Tahun 2010 2011


RM Juta Peratusan RM Juta Peratusan
ASEAN 162 159.7 25.38 171 536.0 24.70
Asia Barat 22 280.2 3.49 24 973.4 3.60
Afrika 15 784.8 2.47 18 182.9 2.62
Amerika 75 909.0 11.88 73 156.4 10.53
Kesatuan Eropah 68 688.3 10.75 71 946.8 10.36
Negara-Negara Lain 294 000.4 46.03 334 752.8 48.19
Jumlah 638 822.4 100.00 694 548.3 100.00

Analisis Kandungan Soalan :

Ciri-Ciri Soalan

Menggunakan perkataan Kadar dalam soalan.


Menerangkan mengikut negara ke satu negara

# Maksud kadar = pola perubahan.


# Kadar juga bermaksud dalam analisis data hanya ambil data peratusan sahaja.

Jadi, pola yang terlibat adalah Pola Perubahan dan data dalam peratusan.

1. Kehendak Soalan (Skema: 2 +2)


o Analisis data (AD) : 1) Kadar eksport Malaysia
o Analisis Pengetahuan (AP) 2) Langkah meningkatkan eksport
Malaysia

o Format Penulisan Jawapan : Format Berasingan

Skema Jawapan (2 + 2) = 2 isi pola perubahan + 2 isi langkah

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 1


Pengenalan
Jadual menunjukkan eksport Malaysia mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2010 dan tahun
2011.

Bil Isi/ idea Huraian data/ Analisis Data

1 POLA PERUBAHAN - KADAR

Jumlah keseluruhan
Jumlah keseluruhan eksport Malaysia Pada tahun 2010, jumlah eksport RM 638 822.4 juta naik
pada tahun 2010 dan tahun 2011 adalah sebanyak RM 55 725.6 juta atau peratus perubahan 8.72%
meningkat. kepada RM 694 548.3 juta pada tahun 2011.

2 Sumbangan Peratus meningkat Asia Barat:


Eksport Malaysia pada tahun 2010 dan Pada tahun 2010, 3.49% meningkat kepada 3.60% pada
tahun 2011 yang menunjukkan tahun 2011.
sumbangan peratus yang meningkat
ialah negara Asia Barat, Afrika dan Atau
negara-negara lain Afrika:
Pada tahun 2010, 2.47% meningkat kepada 2.62% pada
Tidak perlu cari perbezaan tahun 2011
% perubahan. Hanya DATA
Atau
MUTLAK sahaja perlu ada
Negara-negara lain:
% perubahan
Pada tahun 2010, 46.03% meningkat kepada 48.19% pada
tahun 2011

Isi Tambahan: ASEAN:


Pada tahun 2010, 25.38% menurun kepada 24.70% pada
Sumbangan Peratus menurun: tahun 2011.

Eksport Malaysia pada tahun 2010 dan Atau


tahun 2011 yang menunjukkan Amerika :
sumbangan peratus yang menurun ialah Pada tahun 2010, 11.88% menurun kepada 10.53% pada
negara ASEAN, Amerika dan Kesatuan tahun 2011
Eropah.
Atau
Kesatuan Eropah:
Pada tahun 2010, 10.75% menurun kepada 10.36% pada
tahun 2011

Langkah meningkatkan eksport negara (H)- Produk yang dieksport perlu ditingkatkan kualitinya
3 Meningkatkan kualiti produk Malaysia supaya setanding dengan produk antarabangsa yang lain.
(H) Produk berkualiti dapat meningkatkan daya saing
produk Malaysia di pasaran.
(H) Kesannya, permintaan eksport negara akan meningkat.

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 2


4 Bekerjasama dengan negara pengimport (H)- Dengan memberi layanan atau perkhidmatan terbaik
bagi menjaga hubungan baik antara kedua pihak.
(H) Juga bagi mengelakkan negara pengimport beralih ke
negara lain kerana hal ini akan menyebabkan negara
kerugian kerana wang dari luar negara tidak akan mengalir
masuk.

Skema : 2 + 2 (2 isi pola perubahan + 2 isi langkah meningkatkan eksport negara)

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 3


Soalan contoh 6 : POLA PERUBAHAN (PERGERAKAN) FORMAT BERASINGAN
Dengan merujuk kepada pergerakan jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia pada tahun
2007. 2008, dan 2009, bincangkan faktor-faktor yang mendorong keadaan tersebut.

MALAYSIA: KEDATANGAN PELANCONG ASING MENGIKUT


NEGARA-NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2007, 2008. 2009

Negara /Tahun 2007 2008 2009


China 700 500 900 890 850 900
India 500 000 400 100 390 500
Saudi Arabia 450 950 500 890 650 500
Australia 100 700 100 900 110 000
JUMLAH (orang) 1 752 150 1 902 780 2 001 900

Analisis Kandungan Soalan :

2. Kehendak Soalan (Skema: 1 +3)


o Analisis data (AD) : Pergerakan Jumlah pelancong asing sahaja
o Analisis Pengetahuan (AP) : Faktor-faktor yang mendorong

o Format Penulisan Jawapan : Berasingan

Skema Jawapan (1 + 3) = 1 isi perubahan jumlah + 3 isi faktor yg mendorong

Ciri-Ciri Soalan

o pergerakan = Pola perubahan


= data kena nyatakan dari tahun ke tahun (setiap tahun)
= Pergerakan yg diminta hanya melibatkan jumlah besar sahaja bukan dari satu negara
ke satu negara (ikut soalan)

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 4


Nyatakan data pada setiap tahun

Bil Isi/ idea Huraian data/ Analisis Data

1 POLA PERUBAHAN- (PERGERAKAN)

Jumlah keseluruhan Pada tahun 2007, jumlah seramai 1 752 150 orang naik
Jumlah keseluruhan kedatangan sebanyak 150 630 orang atau peratus perubahan 8.60%
pelancong asing ke Malaysia pada tahun kepada 1 902 780 orang pada tahun 2008.
2007, 2008 dan 2009 adalah meningkat.
Pada tahun 2009 pula, kedatangan pelancong meningkat lagi
kepada 2 001 900 orang dengan peningkatan seramai 99 120
orang dengan peratus perubahan 5.2%.

2 Faktor yang mendorong keadaan (H) Mengadakan promosi pakej pelancongan yang menarik.
tersebut (H) Seperti penerbangan tambang murah, tempat
penginapan yang menarik dan berkos rendah, dan makanan
Promosi pakej pelancongan yang tradisional yang sedap dan menarik.
menarik (H) Kesannya, akan mengalakkan kedatangan pelancong ke
Malaysia

3 Kemudahan insfrastruktur yang moden (H) Dengan memberi layanan atau perkhidmatan terbaik
dan lengkap bagi menjaga hubungan baik dengan pelancong
(H) Contoh kemudahan awam yang baik dan lengkap,
kemudahan komunikasi, kemudahan prasarana yang
memenuhi citarasa pelancong asing.
(H) Juga bagi mengelakkan pelancong beralih ke negara lain
kerana hal ini akan menyebabkan negara kerugian kerana
wang dari luar negara tidak akan mengalir masuk.

4 Pemuliharaan dan pemeliharaan alam (H) Alam semulajadi dijaga dan dipelihara dengan baik
semulajadi kerana merupakan faktor utama pelancong ke Malaysia.
(H) alam semulajadi juga dipelihara agar pencemaran dan
kemusnahan dapat dielakkan.
(H) Malaysia terkenal dengan alam semulajadi yang unik
yang tiada di negara lain seperti Taman Negara Pahang dan
Sarawak.

Skema Jawapan (1 + 3) = 1 isi pergerakan jumlah + 3 isi faktor yang mendorong keadaan
jumlah pelancong yang meningkat

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 5

You might also like