You are on page 1of 7

2

SULIT*
Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah tindakan Malaysia mematuhi prinsip hubungan dengan negara luar?
A Menghantar pasukan tentera ke negara bergolak
B Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan
C Menyertai pasukan kemanusiaan ke negara-negara Islam
D Mengutamakan hubungan dengan negara-negara yang sama ideologi

2 Yang manakah prinsip dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia dalam era kepimpinan yang
berbeza?
A Menyertai semua misi pengaman antarabangsa yang menguntungkan Malaysia
B Kepentingan umat Islam serantau sentiasa menjadi keutamaan
C Menyokong pengharaman penggunaan tenaga nuklear
D Mendukung dasar memakmurkan jiran

3 Yang manakah tujuan Malaysia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN?


I Meningkatkan kualiti hidup di serata rantau ASEAN
II Menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan
III Membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan
IV Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai potensi ASEAN
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

 Memperkukuhkan ekonomi global


 Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau

4 Pernyataan di atas merujuk kepada tujuan penyertaan Malaysia dalam


A Mesyuarat Asia-Eropah
B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
C Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur
D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3
SULIT*

5 Antara yang berikut, yang manakah kerjasama dalam aspek ekonomi negara Malaysia
dengan negara-negara luar ?
A Forum Serantau ASEAN
B Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali
C Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
D Peluasan pengaruh China dan Amerika di Asia Pasifik

 Meningkatkan daya saing dalam pasaran global


 Menggalakkan kerjasama perdagangan

6 Pernyataan di atas berkaitan sokongan Malaysia dalam


A ASEAN + 3
B Sidang Kemuncak Asia Timur
C Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
D Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau

7 Yang manakah hasil mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang disertai oleh
Malaysia?
A Menyelaraskan pertelingkahan di kalangan negara anggota
B Mencari penyelesaian masalah hutang negara anggota
C Mengawal dan mengatasi masalah pencemaran
D Memperkasa wanita dalam menghadapi cabaran globalisasi

8 Antara kejayaan utama yang dicapai hasil penglibatan Malaysia dalam Kumpulan
Membangun Lapan ialah
A Penubuhan Agensi Berita Islam di Jeddah
B Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia
C Penubuhan syarikat pemasaran dan perdagangan antarabangsa di Mesir
D Penerimaan Palestin sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

9 Yang manakah implikasi mesyuarat Kumpulan Dua Puluh Menteri Kewangan dan Gabenor
Bank Pusat kepada Malaysia?
A Hubungan dalam kalangan Negara-Negara Selatan bertambah erat
B Syarat-syarat perdagangan dengan negara maju semakin sukar
C Kadar faedah pinjaman akan semakin rendah
D Hak harta intelek akan lebih terpelihara

900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4
SULIT*

10 Yang manakah tujuan utama Malaysia menyokong Kerjasama Selatan-Selatan?


A untuk menguatkan suara negara Dunia Ketiga tentang politik antarabangsa
B untuk mengadakan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara Dunia Ketiga
C untuk membentuk suatu kesatuan ekonomi dalam kalangan negara Dunia Ketiga
D untuk mewujudkan suatu bentuk kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan
negara Dunia Ketiga

 Pertubuhan Persidangan Islam


 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

11 Yang manakah sumbangan Malaysia dalam pertubuhan di atas?


A Pernah dilantik sebagai Pengerusi
B Mendesak pendemokrasian pertubuhan di atas
C Menganjurkan persidangan menentang aktiviti keganasan antarabangsa
D Menyokong penyelesaikan semua pertikaian antarabangsa melalui cara-cara aman

12 Yang manakah usaha Malaysia dalam meningkatkan kedudukan ekonomi negara Islam?
A Mencorakkan sistem perdagangan dunia dengan menyerap sistem ekonomi Islam
B Memperkenalkan sistem ekonomi negara untuk diikuti negara-negara Islam
C Mengadakan forum ekonomi berkaitan Islam di negara Islam
D Menganjurkan forum Ekonomi Islam Sedunia

 Pelarian Rohingya
 Pergolakan bersenjata di Syria
 Tuntutan autonomi Acheh di Indonesia

13 Malaysia berpendirian bahawa isu-isu di atas adalah berkaitan


A Politik
B Agama
C Ekonomi
D Perluasan wilayah

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5
SULIT*
14 Yang manakah penyebab berlaku perebutan Kepulauan Spratly antara Malaysia dengan
negara serantau?
I Mempunyai potensi bahan mineral yang banyak
II Kedudukan yang strategik untuk keperluan ketenteraan
III Mempunyai potensi untuk membina pelabuhan laut dalam
IV Membantu negara ASEAN meletakkan pasukan tentera mereka
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

15 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi bersama di peringkat
antarabangsa ialah
I manipulasi harga
II cukai yang dikenakan
III kewujudan blok-blok perdagangan
IV perubahan cuaca yang tidak menentu
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6
SULIT*
Bahagian B [15 markah]
Jawab satu soalan sahaja.

16 Berdasarkan jadual di bawah, huraikan eksport Malaysia ke negara-negara terpilih dari


Januari hingga Oktober tahun 2016 dan 2017. Nyatakan langkah-langkah Malaysia di peringkat
global untuk meningkatkan eksportnya.

MALAYSIA: EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA-NEGARA TERPILIH DARI


JANUARI HINGGA OKTOBER TAHUN 2016 DAN JANUARI HINGGA OKTOBER
TAHUN 2017

Januari hingga Oktober Tahun Januari hingga Oktober Tahun


Negara 2016 2017
( RM Bilion ) ( RM Bilion )
ASEAN 180.80 226.28
China 68.71 103.32
Kesatuan Eropah 62.17 78.79
Amerika Syarikat 65.50 74.18
Jepun 49.51 61.96
Jumlah 426.69 544.53
( Sumber: Dipetik dan diubahsuai dari Utusan
Malaysia, 11 Disember 2017 )

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7
SULIT*
17 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan bilangan pelajar antarabangsa dari
negara terpilih di IPT mengikut negara dan jantina pada tahun 2016. Jelaskan faktor-faktor yang
mendorong pelajar berkenaan melanjutkan pelajaran di Malaysia.

MALAYSIA: BILANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DARI NEGARA TERPILIH


DI IPT MENGIKUT NEGARA DAN JANTINA PADA TAHUN 2016.

bilangan pelajar antarabangsa ( orang )


Negara Asal Jumlah
Lelaki Perempuan
Bangladesh 32 718 1737 34455
Nigeria 13 469 1793 15262
China 5 558 6162 11720
Indonesia 4661 3992 8653
Yamen 5407 535 5942
Pakistan 4397 895 5292
Jumlah 66210 15114 81324

(Disesuaikan daripada https://www.mohe.gov.my/en/awam/2016)

Bahagian C [50 markah]

900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8
SULIT*

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

18 Isu etnik Rohingya menjadi duri dalam daging kepada hubungan ASEAN. Malaysia telah
mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. Jelaskan.

19 Pelbagai isu yang timbul daripada hubungan bilateral Malaysia dengan negara jiran.
Jelaskan.

20 Krisis makanan global semakin membimbangkan. Malaysia mengambil pelbagai langkah


untuk menanganinya. Bincangkan.

900/3
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like