You are on page 1of 5

Percubaan P3 SMK Gajah Berang 2018

BAHAGIAN A [15 markah]

Jawab semua soalan.


1. Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?
A. Memelihara kedaulatan negara
B. Mewujudkan keamanan sejagat
C. Melindungi negara-negara miskin
D. Mengekalkan penguasaan ekonomi

2. Kaedah
 Rundingan  Cara diplomasi
 Bertolak ansur  Orang perantaraan

Pernyataan di atas merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk
A. membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara asing
B. mendapatkan hak melabur eksklusif di negara-negara yang berpotensi
C. menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia
D. menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah

3.  Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urus tadbir yang baik
dan hak milik semua
 Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan

Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam


A. Piagam ASEAN
B. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN
C. Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
D. Memorandum Persefahaman Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN

4. Yang manakah bukti Malaysia menyokong kerjasama dalam Kawasan Pertumbuhan Segi
Tiga ASEAN?
A. Menyelesaikan masalah kemiskinan
B. Membentuk kerjasama ketenteraan
C. Menyediakan bantuan kewangan
D. Membantu perkongsian inovasi

5. Yang manakah faktor yang perlu diguna pakai untuk menentukan dasar luar Malaysia?
A. Kedudukan strategik negara
B. Perdagangan antarabangsa negara
C. Kerjasama dengan kuasa-kuasa besar
D. Pakatan ketenteraan dengan negara serantau

6. Antara yang berikut, yang manakah merupakan isu-isu yang mengharumkan Malaysia di
mata dunia?
I. Prestasi tentera Malaysia di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
mendapat pengiktirafan dunia
II. Berkecuali dalam isu Amerika Syarikat-Iraq, Perang Kosovo, dan Perang Bosnia-
Herzegovina
2

III. Menduduki kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa


Bersatu sebanyak tiga kali,
IV. Menjadi jurucakap negara-negara Dunia Ketiga
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

7. Antara yang berikut, yang manakah melibatkan memorandum persefahaman untuk


memajukan dan membangunkan kawasan serantau?
I. Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)
II. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
III. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Singapura (IMS-GT)
IV. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT- GT)
A I dan II C II dan IV
B I dan IV D III dan IV

8. Yang manakah negara yang berikut merupakan pendirian Malaysia dalam isu benua
Antartika?
I. Pembangunan di Antartika akan menjejaskan alam sekitar dan ekologi dunia.
II. Membantah penubuhan industri perikanan laut dalam di Antartika
III. Hasil kajian di Antartika harus menguntungkan seluruh dunia
IV. Kajian senjata nuklear hanya boleh dijalankan di Antartika.
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

9.  Menghormati hak asasi manusia


 Menghentikan penaklukan sesebuah negara oleh negara yang lain
 Amat berjaya dalam meningkatkan kualiti dan taraf kesihatan manusia sejagat

Antara pertubuhan yang berikut, yang manakah menjadikan prinsip-prinsip di atas


sebagai dasar perjuangannya.
A. Pertubuhan Komanwel
B. Kerjasama Selatan-Selatan
C. Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam
D. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

10  Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala


.  Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial, dan Kebudayaan

Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Kerjasama Selatan-Selatan
B. Pertubuhan Persidangan Islam
C. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
D. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

11. Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atas dasar ingin


I. merapatkan hubungan sesama negara anggota
II. membantu negara anggota dalam bidang penahanan
III. merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2018 – 900/3


3

IV. meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan bersama
A. I dan III C. II dan III
B. I dan IV D. II dan IV

12  Peningkatan suhu dunia


.  Kecairan ais di Artik
 Kenaikan aras laut

Yang manakah langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk menangani isu di atas?
I. Mematuhi Protocol Cartagena
II. Mewujudkan pembangunan lestari
III. Menggunakan teknologi mesra alam
IV. Meminimumkan penggunaan sumber tenaga
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

13  Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau


.  Mengurangkan pembebasan klorofluorokarbon

Inisiatif di atas terkandung dalam


A. Protokol Cartagena C. Protokol Madrid
B. Protokol Montreal D. Protokol Kyoto

14. Yang manakah cabaran terhadap daya saing Malaysia untuk menghadapi presekitaran
ekonomi global?
I. Saiz pasaran
II. Keberkesanan kos
III. Kekurangan kepakaran
IV. Keadaan politik dalam negara
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

15 Malaysia sering dijadikan transit untuk menyeludup manusia ke negara ketiga


.

Yang manakah penyumbang utama kepada permasalahan di atas?


A. Kelemahan kawalan di pintu masuk negara
B. Penglibatan pihak berkuasa dalam sindiket tersebut
C. Sempadan laut dan darat Malaysia yang terlalu luas
D. Permintaan yang tinggi dalam kalangan negara terlibat

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2018 – 900/3


4

Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan aliran dagangan Malaysia
dengan negara-negara terpilih pada bulan Januari hingga Ogos tahun 2010. Terangkan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan eksportnya.

MALAYSIA : ALIRAN DAGANGAN DENGAN NEGARA-NEGARA TERPILIH


PADA BULAN JANUARI HINGGA OGOS TAHUN 2010

Negara Eksport ke (USD Bilion) Import dari (USD Bilion)


Amerika Syarikat 1 044.2 1 333.0
Kawasan Euro 2 250.6 2 204.3
Jepun 491.8 444.2
China 990.0 885.8
Singapura 226.0 202.5
Jumlah 5 002.6 5 069.8
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2010/2011,
Kementerian Kewangan Malaysia)

17. Berdasarkan maklumat dalam carta di bawah, huraikan perubahan jumlah nilai pelaburan
asing dari negara terpilih ke Malaysia pada tahun 2009 dan tahun 2010 dan kemukakan
faedah yang diperoleh Malaysia.

MALAYSIA: KEMASUKAN PELABURAN ASING DARI NEGARA TERPILIH


PADA TAHUN 2009 DAN TAHUN 2010

China
3.1%

China
4.0%

2009: RM 5 215.8 juta 2010: RM 15 790.7 juta

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2010/2011,


Kementerian Kewangan Malaysia)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2018 – 900/3


5

Bahagian C (50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

18. Berlaku perubahan besar dalam amalan dasar luar negara semasa Tun Abdul Razak
menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri kedua ini mempunyai rasionalnya tersendiri
semasa melakukan perubahan tersebut. Bincangkan.

19. Hubungan bilateral dan multilateral Malaysia di peringkat global dapat memajukan
ekonomi negara. Bincangkan.

20. Kegiatan penyeludupan antara Malaysia dan negara jiran bagaikan tiada kesudahan.
Jenayah ini akan memberi kesan kepada negara-negara yang terlibat.Ulaskan pernyataan
ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2018 – 900/3

You might also like