You are on page 1of 11

Bahagian B

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

PERKARA 1 : KEHADIRAN

1.1 Pelajar wajib berpakaian seragam sekolah lengkap sebelum memasuki kawasan sekolah.
1.2 Pelajar boleh TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI kawasan sekolah jika tidak memakai pakaian sekolah yang
lengkap.
1.3 Kehadiran ke sekolah kepada semua pelajar adalah wajib.
1.4 Pelajar yang sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah, ibu bapa/penjaga mesti memaklumkan pihak sekolah
secara lisan atau bertulis atau dengan mengemukakan surat akuan doktor.
1.5 Surat hendaklah ditulis dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga sahaja. (seperti yang dicatat dalam jadual
kedatangan)
1.6 Pelajar yang tidak hadir tiga hari tanpa sebab, pihak sekolah akan menghantar surat peringatan kepada ibu
bapa/penjaga.
1.7 Sekiranya pelajar gagal hadir tiga hari lagi tanpa sebab surat peringatan kedua dihantar dengan meminta ibu
bapa/penjaga hadir atau memberikan maklum balas. Jika pelajar ponteng berterusan dan ibu bapa/penjaga gagal
memberikan maklum balas, pelajar akan ditahan daripada datang ke sekolah sehinggalah ibu bapa/penjaga
datang ke sekolah untuk berunding dengan pengetua.
1.8 Pelajar yang tidah hadir 30 hari berturut-turut atau 60 hari tidak berturut-turut akan dikeluarkan daripada
daftar sekolah.
1.9 Semua pelajar diwajibkan hadir menjalani aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah.
1.10 Pelajar hendaklah sampai ke sekolah 10 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
1.11 Pelajar yang bertugas untuk kebersihan bilik darjah hendaklah sampai lebih awal untuk menjalankan tugasnya.
1.12 Pelajar yang datang lambat tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
1.13 Kebenaran Pengetua perlu bagi pelajar yang ingin mengikuti aktiviti sekolah pada waktu belajar.
1.14 Pelajar mestilah beratur di kaki lima kelas pada waktu pertama (pada hari yang tidak ada perhimpunan) bagi
menghormati nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan doa.
1.15 Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada pukul 7.30 pagi apabila loceng pertama dibunyikan kecuali
pada hari yang ada perhimpunan.
1.16 Pelajar berdiri di luar kelas menghormati dan mengalunkan Asma Ul-Husna setiap pagi Jumaat.

PERKARA 2 : PERHIMPUNAN

Pelajar dikehendaki:-
2.1 Hadir perhimpunan sekolah di Dataran Alumni/Astaka dengan senyap dan akur pada arahan pengawas dan guru
bertugas.
2.2 Berbaris mengikut kelas/unit beruniform di tempat yang telah ditetapkan (ikut urutan ketinggian)
2.3 Bersama-sama menyanyikan lagu “Negaraku”, Negeri Pahang dan lagu sekolah.
2.4 Mendengar dan memberikan perhatian terhadap ucapan /pengumuman oleh guru/Pengetua dengan senyap,
membalas salam dan ucap selamat.
2.5 Berdiri tegak dan mengaminkan doa bagi pelajar Islam dan pelajar bukan Islam bertafakur semasa doa dibaca.
2.6 Bersurai dan menuju ke kelas dengan teratur dan senyap.
2.7 Pelajar yang lewat TIDAK dibenarkan masuk dalam perbarisan perhimpunan. Mereka perlu beratur di kiri @ di
kanan perbarisan perhimpunan.

PERKARA 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

3.1 Pakaian seragam sekolah yang lengkap dan sentiasa kemas hendaklah dipakai oleh
pelajar sepanjang waktu persekolahan dan dipakai dengan kemas dari rumah dan
sewaktu berada di sekolah sehingga balik ke rumah.
3.2 Pelajar mestilah berpakaian seragam dalam semua acara sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya.
3.3 Pelajar mestilah berpakaian yang sesuai (yang telah ditetapkan) untuk Pendidikan Jasmani.
3.4 Hari RABU * adalah hari Kokurikulum bagi sekolah-sekolah Negeri Pahang. Pelajar hendaklah memakai baju unit
uniform masing-masing.
3.5 Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam yang berikut:
3.5.1 Kasut kanvas berwarna putih – hingga Disember 2020
3.5.2 Kasut kanvas berwarna putih atau kasut kulit/PVC berwarna hitam untuk pengawas sekolah,
pengawas PSS dan pelajar Pra U sahaja.
3.5.3 Kasut kulit hitam atau yang telah ditetapkan oleh guru bagi pasukan beruniform, kelab dan
persatuan.
3.5.4 Stoking pendek dan berwarna putih serta melepasi buku lali
3.6 Lencana dan tanda nama
3.6.1 Lencana sekolah dipakai jarak 5 cm di atas pelipis saku baju sebelah kiri
3.6.2 Tanda nama dipakai selari dengan pelipis baju sebelah kiri.
3.6.3 Lencana sekolah dan tanda nama hendaklah sentiasa dipakai bersama dengan pakaian seragam
sekolah.
3.6.4 Semua pelajar akan menggunakan tanda nama bersulam kecuali pelajar Pra U
3.7 Pakaian seragam sekolah (Rujuk Lampiran)
3.7.1 PELAJAR LELAKI
i. Baju kemeja putih lengan pendek atau jika baju kemeja lengan panjang tidak boleh dilipat.
ii. Baju dalam/singlet putih sahaja.
iii. Seluar panjang potongan biasa (tidak berfesyen) warna hijau.
iv. Stoking putih sahaja.
v. Kasut kanvas putih sahaja.
vi. Tali leher berlencana sekolah, lencana sekolah, tanda nama berlencana sekolah (boleh dibeli di kedai
koperasi sekolah).
vii. Pelajar Islam digalakkan memakai baju Melayu putih, bersamping warna sekolah dan bersongkok hitam
pada setiap hari Jumaat.
viii. Tali pinggang hendaklah berukuran tidak melebihi 5cm dan tali pinggang berkepala besar adalah tidak
dibenarkan.
3.7.2 PELAJAR PEREMPUAN
3.7.2.1 ISLAM
i. Baju kurung putih sahaja. Labuh di bawah lutut.
ii. Baju kurung kain licin & dan nipis tidak dibenarkan.
iii. Kain warna biru di bawah buku lali.
iv. Kain tudung dan anak tudung/skaf warna putih kosong tiada bersulam. (diwajibkan
pelajar bertudung untuk menutup aurat)
v. Stoking putih
vi. Kasut kanvas putih
vii. Anak baju (baju dalam/singlet/simis)
viii. Kain dalam
3.7.2.2 BUKAN ISLAM
i. Skirt warna biru labuh di bawah kepala lutut dan tidak ketat.
ii. Baju kemeja/blaus lengan pendek warna putih atau lengan panjang tidak boleh dilipat.
iii. Stoking putih.
iv. Kasut kanvas putih
v. Rambut panjang ikat dengan reben warna biru/hitam sahaja.

PERKARA 4 : RAMBUT DAN KUKU

4.1 PELAJAR LELAKI


4.1.1 Rambut sentiasa disikat kemas dan tidak menutup dahi.
4.1.2 Nipis di bahagian belakang dan panjangnya tidak mencecah kolar. (Rujuk Lampiran)
4.1.3 Bahagian pelipisnya nipis dan panjangnya tidak melebihi daripada tengah telinga. (Lihat gambar)
4.1.4 Tiada misai, janggut dan jambang.
4.1.5 Tidak dibenarkan mewarna rambut dan berfesyen.
4.1.6 Kuku hendaklah sentiasa pendek.
4.1.7 Skin head (Botak) tidak dibenarkan.

4.2 PELAJAR PEREMPUAN


4.2.1 Rambut sentiasa disikat kemas dan tidak menutup dahi (pelajar Bukan Islam)
4.2.2 Rambut tidak diwarnakan.
4.2.3 Dilarang membuat fesyen rambut.
4.2.4 Berambut pendek dan jika rambut panjang hendaklah diikat menggunakan reben warna biru/hitam.
4.2.5 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan dengan apa jua jenis kosmetik.
4.2.6 Pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan seperti cincin, gelang dan anting-anting
semasa di sekolah.
4.2.7 Barang kemas yang dirampas oleh pihak sekolah hendaklah dituntut oleh ibu bapa/penjaga pelajar
daripada pengetua.
4.2.8 Pemakaian barang perhiasan yang berkaitan dengan upacara keagamaan mestilah dengan
kebenaran pengetua/wakilnya.

Bahagian C
PERATURAN-PERATURAN KHAS

Peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi oleh pelajar apabila berada di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah.

PERKARA 5: BILIK DARJAH

5.1 Pelajar yang hendak menggunakan bilik darjah di luar waktu belajar hendaklah mendapat kebenaran
daripada pengetua atau wakilnya
5.2 Setiap pelajar diperuntukkan sebuah meja dan sebuah kerusi dan pelajar bertanggungjawab ke atasnya.
Sebarang kerosakan dan salah guna, pelajar berkenaan dikehendaki menggantikannya dalam bentuk wang
atau perabot yang sama
5.3 Semua pelajar bertanggungjawab kepada semua HARTA BENDA di dalam bilik darjah. Jika rosak diganti
oleh pelajar atau kelas berkenaan
5.4 Ketua kelas hendaklah memberitahu guru kelas serta merta apabila berlaku sebarang kerosakan di dalam
kelas
5.5 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan,
kecuali mendapat kebenaran daripada guru yang berada di kelas pada waktu itu
5.6 Pelajar hendaklah mengetuk pintu dan mengucapkan salam serta mendapat keizinan guru sebelum masuk
ke kelas
5.7 Pelajar hendaklah menjaga keselamatan dan kebersihan serta patuh kepada peraturan-peraturan setiap
kelas yang digunakan
5.8 Tidak dibenarkan mengubah, mengalih dan memindahkan semua alat yang ada di dalam setiap bilik darjah
tanpa kebenaran pengetua atau guru
5.9 Semua jenis makanan atau minuman yang ditafsirkan ‘haram’ mengikut Islam adalah dilarang di bawa masuk
ke kawasan sekolah
5.10 Makan dan minum di bilik darjah atau di dalam bangunan tidak dibenarkan
5.11 Pelajar dilarang membawa radio, ‘walkman’, permainan komputer, dam, catur, telefon bimbit dan permainan
video ke sekolah
5.12 Pelajar dilarang menconteng, melukis, menulis, dan mengukir pada meja atau kerusi dan bilik atau dinding-
dinding sekolah
5.13 Pelajar tidak dibenarkan memakai topi semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
5.14 Pelajar dari kelas lain tidak dibenarkan masuk ke dalam mana-mana kelas yang kosong
PERKARA 6: BILIK PENGETUA DAN GURU

6.1 Bilik pengetua, Penolong Kanan, Bilik Guru termasuk kaki lima pejabat dan bilik guru adalah kawasan
larangan bagi semua pelajar kecuali mendapat izin atau arahan daripada pengetua atau wakilnya
6.2 Pelajar hendaklah masuk dengan hormat dan bersopan santun, ketuk pintu dan memberi ucap
salam/selamat sebelum masuk ke bilik Pengetua, Penolong Kanan dan Bilik Guru apabila diberikan izin
6.3 Untuk tujuan perbincangan dengan guru atau mengambil buku latihan/alatan lain, pelajar cuma dibenarkan
berbuat demikian apabila mendapat kebenaran guru sahaja

PERKARA 7 : PENDIDIKAN JASMANI

7.1 Semua pelajar wajib mengikuti kelas Pendidikan Jasmani kecuali dengan kebenaran
7.2 Jika aktiviti PJ diadakan di padang/dewan, semua pelajar wajib keluar dari kelas
7.3 Berpakaian yang sesuai seperti yang ditentukan oleh Guru Pendidikan Jasmani
7.4 Memakai seluar sukan bewarna gelap dan baju T sekolah
7.5 Menggunakan alat-alat pendidikan jasmani dengan cermat
7.6 Mematuhi sepenuhnya arahan guru sebelum, semasa, selepas sesuatu aktiviti.
Nota: Pelajar yang tidak mengikuti aktiviti pendidikan jasmani mesti ada surat akuan doktor atau mendapat
kebenaran guru

PERKARA 8 : KOKURIKULUM (KOKU)

Pelajar mestilah menganggotai sekurang kurangnya tiga daripada bidang kokurikulum, iaitu PERSATUAN/KELAB, UNIT
BERUNIFORM DAN SUKAN / PERMAINAN.
Pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan berikut:
8.1 Wajib menghadiri aktiviti seperti yang dijadualkan dalam kokurikulum.
8.2 Bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.
8.3 Mematuhi peraturan kokurikulum seperti yang ditentukan oleh guru penasihat.
8.4 Hadir menepati masa.
8.5 Mengamalkan semangat kerjasama yang tinggi.
8.6 Berpakaian yang ditetapkan semasa aktiviti-aktiviti dijalankan:
- uniform sekolah / unit pakaian seragam
- baju T sekolah
- baju T rumah sukan (jika ada)

PERKARA 9 : KANTIN

9.1 Pelajar hendaklah membeli makanan di kantin sahaja


9.2 Pelajar dilarang membeli makanan di luar sekolah pada waktu persekolahan
9.3 Pelajar hendaklah membeli makanan dengan tertib, beratur dan tidak berebut-rebut pada waktu rehat
9.4 Sewaktu makan, pelajar hendaklah duduk di tempat yang telah disediakan
9.5 Kebersihan kantin hendaklah sentiasa dipelihara. Semua pinggan mangkuk, gelas, dan sudu yang telah
digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang telah disediakan
9.6 Jangan meninggalkan sisa makanan di atas meja.
9.10 Pelajar yang tidak makan hendaklah beredar ke tempat-tempat rehat yang lain.

PERKARA 10 : WAKTU REHAT

Pada waktu rehat, pelajar mestilah :


10.1 Tidak berada di dalam bilik darjah
10.2 Tidak keluar dari kawasan sekolah
10.3 Tidak berkeliaran/berjalan/berbuat bising di kawasan sekolah. Keluar dan masuk kelas pada waktu rehat
dengan tertib dan tidak bising
10.4 Semasa loceng dibunyikan, pelajar hendaklah naik mengikut tangga yang ditentukan dengan cepat, senyap
dan teratur
10.5 Pelajar dikehendaki duduk di dalam kelas dengan senyap sehingga guru mata pelajaran datang untuk
memulakan pengajaran

PERKARA 11: KEBERSIHAN SEKOLAH

Semua kawasan sekolah hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Kawasan sekolah adalah
meliputi kawasan-kawasan:
11.1 KELAS
11.1.1 Setiap masa dalam keadaan bersih kemas dan teratur.
11.1.2 Dihias dengan bahan-bahan maujud, model, gambar, gambar rajah, bunga atau perkara-perkara
yang berkaitan dengan pembelajaran.
11.1.3 Diuruskan oleh ketua tingkatan dan ahli-ahli jawatankuasa atas nasihat guru tingkatan.
11.1.4 Setiap kelas hendaklah menubuhkan jawatankuasa kelas.
Carta jawatankuasa kelas adalah seperti berikut dan ditampal di hadapan kelas:
Penasihat : Guru Kelas
Pengerusi : Ketua Kelas
N/pengerusi : Penolong Ketua Kelas
Setiausaha : Pelajar
Bendahari : Pelajar
Ahli jawatankuasa :
- Kebersihan
- Keceriaan
- Sudut matapelajaran
- Kebajikan
11.2 TANDAS
11.2.1 Sentiasa berada dalam keadaan bersih
11.2.2 Hendaklah menjaga kebersihan tandas/bilik air
11.2.3 Menggunakan tandas dengan baik
11.2.4 Mengunakan air dengan cermat tanpa membazir
11.2.5 Jangan membuang sampah ke lubang tandas. Sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang
disediakan
11.2.6 Hanya 2 orang pelajar yang boleh berada di dalam tandas pada satu-satu masa
11.2.7 Pelajar hendaklah menanggalkan kasut dan menggunakan selipar yang disediakan
11.3 PERSEKITARAN SEKOLAH
11.3.1 Semua pelajar sentiasa memelihara kebersihan persekitaran sekolah daripada sampah kotoran dan bahan
buangan
11.3.2 Pokok bunga dan pokok-pokok lain yang ada dalam persekitaran sekolah hendaklah dijaga
11.3.3 Semua pelajar bekerjasama dengan AJK Kecerian sekolah untuk keceriaan dan kebersihan kawasan
sekolah
11.3.4 Suasana sekolah hendaklah dalam keadaan tenang, senyap dan ceria sesuai sebagai sebuah institusi
pendidikan. Oleh itu, tiada kebisingan atau suasana tidak terurus
11.3.5 Gotong-royong untuk membersih kawasan sekolah dan menjaga kecerian sekolah pada sepanjang masa
adalah tanggungjawab bersama
11.3.6 Sampah/bahan buangan hendaklah dibuangkan ke dalam tong sampah yang disediakan
Bahagian D
PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN

Sekolah ialah sebuah institusi yang dimiliki oleh kerajaan. Oleh itu sesiapa yang didapati menceroboh sekolah/kawasan
sekolah, ia boleh didakwa. Langkah-langkah berikut perlulah diambil :

PERKARA 12 : KEBAKARAN / KECEMASAN

12.1 Jika berlaku sebarang kebakaran/kecemasan, pihak-pihak tertentu mestilah dihubungi segera untuk
mendapatkan bantuan/tindakan selanjutnya
12.2 Apabila berlaku kecemasan/kebakaran, semua pelajar hendaklah mematuhi arahan guru dan meninggalkan
kelas dengan kadar yang segera
12.3 Ikut arahan/laluan keselamatan yang ditetapkan
12.4 Jika berlaku kemalangan, adalah tanggungjawab setiap pelajar melaporkannya segera kepada guru yang
terhampir

PERKARA 13 : KELUAR MASUK KELAS

13.1 Bilik darjah/kelas adalah tempat yang selamat dan selesa. Setiap pelajar adalah bertanggungjawab
terhadapnya.
13.2 Pastikan lampu dan kipas telah dipadamkan sebelum keluar dari kelas.
13.3 Apabila bergerak beramai-ramai, hendaklah berbaris di luar kelas dan bergerak dalam dua barisan.
13.4 Setiap kali pelajar keluar kelas semasa PdP, hendaklah dengan kebenaran guru dan BAJU VEST hendaklah
dipakai. (lampiran). Keluar sewaktu pertukaran guru tidak dibenarkan. Jika berada di makmal atau bengkel,
Buku Kawalan Kelas (BKK) dan Baju Vest hendaklah dibawa bersama-sama.
13.5 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali pada bila-bila masa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
13.6 Jangan meninggalkan barang-barang berharga (wang tunai, kalkulator, dll) di dalam beg semasa pelajar
tidak ada di dalam kelas. Pelajar hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap barangan tersebut.

PERKARA 14 : KAWASAN LARANGAN SEKOLAH

14.1 Asrama sekolah


14.2 Kantin/Koperasi/Mesin air minuman (semasa PdP)
14.3 Tempat letak kereta guru
14.4 Kelas (semasa rehat)
14.5 Kawasan-kawasan lain yang ditetapkan

PERKARA 15 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA KELAS

15.1 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelas semasa ketiadaan guru


15.2 Menyediakan carta organisasi, moto kelas dan memastikannya berfungsi
15.3 Mengambil BKK pada setiap awal bulan dan menghantar semula pada akhir bulan kepada guru yang
menguruskannya
15.4 Mengingatkan guru mata pelajaran untuk mengisi maklumat di dalam BKK
15.5 Memaklumkan kehadiran pelajar kepada guru mata pelajaran pertama
(APDM e-kehadiran)
15.6 Apabila semua pelajar diarahkan keluar dari kelas, ketua kelas hendaklah keluar akhir sekali. Pastikan
semua suis telah dipadamkan dan menutup pintu kelas
15.7 Segera membuat laporan jika ada sebarang masalah kepada yang berkenaan
15.8 Memanggil guru, jika guru tidak masuk ke kelas dalam jangka masa 5 minit
15.9 Sekiranya ketua kelas tidak hadir, tanggungjawab ini akan diambil alih oleh penolong ketua kelas atau AJK
kelas jika kedua-duanya tidak hadir

PERKARA 16 : KELAS BAHASA IBUNDA (POL)

16.1 Pelajar wajib memakai pakaian seragam sekolah


16.2 Pelajar sekolah ini tidak dibenarkan hadir kelas POL di sekolah lain
16.3 Pelajar belajar di kelas yang telah ditetapkan dan perlu menjaga kebersihan kelas
16.4 Bahan/makanan terlarang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah

PERKARA 17 : AM

17.1 Pelajar yang digantung persekolahan TIDAK BOLEH datang ke sekolah sepanjang tempoh penggantungan
17.2 Pelajar ini, jika masuk ke kawasan sekolah dianggap menceroboh. Setelah tamat tempoh penggantungan,
pelajar mesti hadir ke sekolah bersama ibu bapa/penjaga yang sah
17.3 Pelajar tidak dibenarkan PADA BILA-BILA MASA membawa telefon bimbit ke sekolah. Sekiranya pelajar
ingkar, barangan akan dirampas dan penjaga akan dipanggil untuk menuntut barangan tersebut. (lampiran)
17.4 Pelajar pada satu-satu masa tidak dibenarkan memegang wang tunai yang banyak. Duit tabungan kelas
hendaklah diserahkan kepada guru kelas
17.5 Pengetua atau wakilnya boleh memeriksa beg/kocek/saku pakaian palajar pada bila-bila masa sahaja
17.6 Pelajar tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik
17.7 Pelajar tidak dibenarkan bekerja sambilan yang boleh menjejaskan akademik

Bahagian E

SENARAI KESALAHAN DISIPLIN (MENGIKUT SSDM 2.0)

Jenis salah laku yang ada dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut :

KOD KESALAHAN KESALAHAN

A101 Berjudi
A102 Mencuri
A103 Mengancam/Memukul/Mencederakan Guru
A104 Mengancam/Memukul/Mencederakan Kakitangan
A105 Mengancam/Memukul/Mencederakan Murid
A106 Peras Ugut
A107 Gangsterisme
A108 Bergaduh
B101 Buli Bahasa
B102 Buli Fizikal
B103 Buli Isyarat
B104 Buli Perhubungan
C101 Memiliki Dan Menyimpan Rokok
C102 Membekal Dan Menawarkan Rokok
C103 Menjual Dan Mengedar Rokok
C104 Menghisap Rokok
D101 Ponteng Sekolah
D102 Ponteng Kelas
D103 Ponteng Aktiviti Kokurikulum
D104 Ponteng Ujian/Peperiksaan
D105 Ponteng Kelas Persediaan (Pelajar Asrama)
D106 Ponteng Asrama
D107 Ponteng Acara Rasmi Sekolah
D108 Ponteng Perhimpunan
E101 Bercumbuan
E102 Berkhalwat
E103 Bawa Bahan Lucah
E104 Mengedar Bahan Lucah
E105 Mengintai
E106 Menggunakan Kata/Perbuatan Lucah
E107 Melukis Dan Menulis Kata-Kata Dan Gambar Lucah
E108 Menonton Vcd/Filem Lucah
E109 Memeluk Murid Lain Jantina
E110 Berdua-Duaan Yang Menimbulkan Syak
F101 Biadap Kepada Guru
F102 Biadap Kepada Kakitangan
F103 Biadap Kepada Tetamu
F104 Berkelakuan Kasar Kepada Murid
F105 Berbahasa Kesat/Kasar Kepada Murid
Meminum/Membeli/Menyimpan/Mengedar Minuman Yang
F106
Memabukkan
F107 Membuang Sampah Merata-Rata
F108 Ingkar Arahan Guru
F109 Ingkar Arahan Pengawas
F110 Meludah Di Tempat Tidak Sepatutnya
G101 Merosakkan Harta Benda Sekolah
G102 Merosakkan Harta Benda Asrama
G103 Merosakkan Harta Benda Kantin
G104 Merosakkan Peralatan Bilik-Bilik Khas
G105 Merosakkan Tanaman Tumbuhan/Tanaman Hiasan
G106 Menconteng Dinding Bangunan Sekolah
G107 Menconteng Dinding Bangunan Asrama
G108 Merosak/Mengoyak Buku Spbt
G109 Merosakkan Peralatan Sukan
G110 Merosakkan Kenderaan Pengetua/Guru/Kakitangan
G111 Merosakkan Harta/Kenderaan Murid
H101 Pecah Amanah
H102 Berbohong
H103 Tidak Bertanggungjawab
H104 Tidak Jujur
J101 Menunggang Motosikal Dalam Kawasan Sekolah
J102 Masuk Tandas Berlainan Jantina
J103 Sengaja Membunyikan Loceng Kecemasan
J104 Mengganggu Semasa Mengajaran Dan Pembelajaran
J105 Tidak Ikut Giliran/Berebut-Rebut/Bertolak-Tolak
J106 Membawa/Bermain Mercun
J107 Mengubah Suai Pendawaian Elektrik
J108 Keluar Kawasan Sekolah/Asrama Tanpa Kebenaran
J109 Bermain Dalam Dorm
J110 Melanggar Peraturan Asrama
K101 Lewat Ke Sekolah
K102 Lewat Ke Perhimpunan
K103 Lewat Masuk Kelas
K104 Lewat Datang Aktiviti Luar Kelas/Kokurikulum
K105 Lewat Masuk/Balik Ke Asrama
L101 Berkuku Panjang
L102 Mewarna Kuku/Berinai
L103 Berambut Panjang
L104 Rambut Berfesyen
L105 Bermisai/Berjanggut
L106 Memakai Pakaian Tidak Mengikut Peraturan
L107 Pakai Barang Kemas
L108 Mencukur Bulu Kening
L109 Memakai Alat Solek
M101 Penglibatan Dalam Politik
M102 Penglibatan Dalam Perhimpunan/Perarakan Politik
M103 Merayu Undi Dalam Pilihanraya
M104 Menyebar Penulisan/Dokumen/Propaganda Politik
N101 Membawa Telefon Bimbit
N104 Menunjuk Perasaan/Berpiket
N109 Meniru Dalam Peperiksaan
P101 Penyalahgunaan Dadah/Inhalan
P102 Memiliki/Menyimpan Bahan Berkaitan Dadah/Inhalan
P103 Membekalkan/Menawarkan Bahan Berkaitan Dadah/Inhalan
P104 Menjual/Mengedar Bahan Berkaitan Dadah/Inhalan
Menghisap/Menyuntik/Menyedut/Meminum/Menghidu Bahan
P105
Berkaitan Dadah/Inhalan
P106 Menghidu Bahan Berkaitan Inhalan
P107 Bertatoo
P108 Mencederakan Diri Sendiri
P109 Cubaan Membunuh Diri
P110 Terjun Bangunan
P111 Penyalahgunaan Racun
P112 Hamil
P113 Lumba Haram
P114 Kemalangan Dalam Sekolah
P115 Lari Dari Rumah
P116 Ajaran Sesat/Mlitan

KOD KATEGORI KES SSDM 2.0


KOD KATEGORI KOD KATEGORI
A Tingkah laku jenayah H Tingkah laku tidak amanah
B Buli J Kenakalan
C Rokok K Tingkah laku tidak pentingkan masa
D Ponteng L Kekemasan diri
E Tingkah laku lucah M Penglibatan politik
F Tingkah laku kurang sopan / biadap N Lain-lain
G Kesalahan vandalisme P Kes khas
Bahagian F
PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI DAN PEREMPUAN

Surat Pekeliling Ikhtisas No. 2/1976

Contoh Rambut Bagi Murid Lelaki dan perempuan

You might also like