You are on page 1of 19

*SULIT 1

Nama: ………………………………………. Kelas: ……..…………................

SULIT KOLEJ TINGKATAN ENAM PUCHONG


900/3 47100 PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN
PENGAJIAN
AM
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 3 TAHUN 2021
Kertas 3
TINGKATAN 6
APRIL
2 JAM
PENGAJIAN AM
KERTAS 3 PENGGAL 3
( Dua jam )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Untuk kegunaan
pemeriksa
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.
Bahagian A
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua
soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan diperiksa. Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua Bahagian C
soalan tetapi hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan
Jumlah
pada helaian jawapan yang baharu.
Susun jawapan mengikut tertib keutamaan dan ikat helaian jawapan anda.

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak termasuk muka depan.
© Kolej Tingkatan Enam Puchong

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 2

Bahagian A[15 markah]


Jawab semua soalan
1. Yang manakah berikut mempengaruhi dasar luar Malaysia?
A Kepimpinan politik serantau
B Wawasan pemimpin Malaysia
C Kedudukan ekonomi Malaysia
D Ideologi negara-negara serantau

2. Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I menghormati kedaulatan setiap negara
II mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

3.
Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira
ideologi politik yang diamalkan oleh negara berkenaan

Hubungan tersebut membantu Malaysia dari aspek


A pemindahan teknologi
B keselamatan dan keamanan
C kekuatan ketenteraan negara
D penyediaan guna tenaga pakar

4. Yang manakah matlamat penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?


I Mengakui persamaan semua ras, agama dan negara
II Menyelesaikan masalah bersama melalui persidangan ketua-ketua negar anggota
III Mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau serta menikmati kemakmuran bersama
IV Memupuk kerjasama dan mengembang kepentingan bersama dalam ekonomi, sosial,
V kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 3

5. Yang manakah yang benar tentang tujuan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN?
I Menaik taraf tahap sosioekonomi di rantau ASEAN
II Meningkatkan pelaburan negara kuasa besar di rantau ASEAN
III Membolehkan sumber tenaga kerja bergerak bebas dalam ASEAN
IV Mengatasi jenayah rentas sempadan yang menjejaskan ekonomi serantau ASEAN

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

6.
- Mengurangkan risiko keselamatan
- Mengadakan dialog secara terbuka tentang isu-isu politik dan keselamatan

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan


A Piagam ASEAN
B Forum Serantau ASEAN
C Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN
D Perisytiharan Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali

7. Yang manakah merupakan usaha Malaysia menyelesaikan pertikaian Bangsa Moro dengan
Kerajaan Filipina?
A Memberi bantuan ketenteraan kepada Bangsa Moro
B Menjadi moderator dalam penyelesaian antara dua pihak
C Mendesak kerajaan Filipina suapaya memberi kuasa autonomi kepada Bangsa Moro
D Membawa masalah pertikaian antara dua pihak kepada Mahkamah JenayahAntarabangsa

8. Yang manakah merupakan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Negara


Islam(OIC)?
I Menjadi Pengerusi OIC pada tahun 2003
II Menganjurkan kejohanan sukan negara-negara OIC pada tahun 1995
III Memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk memiliki negara mereka sendiri yang merdeka
IV Perdana Menteri Malaysia pertama menjadi Setiausaha Agung Sekretariat OIC yang pertama

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 4

9. Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan wujudnya Dialog Utara-Selatan?


I Mengurangkan pergantungan ekonomi negara membangun kepada negara maju
II Memperjuangkan kepentingan negara maju dalam meluaskan perdagangan global
III Menguatkan kuasa negara Selatan dalam rundingan ekonomi dengan negara Utara
IV Mengadakan perbincangan mengenai peluang meluaskan pasaran barangan industry ke negara
maju

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

10. Isu yang manakah yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Majlis Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?
A Campur tangan China dalam pertikaian di Laut China Selatan
B Pengaruh kuasa-kuasa besar dunia ke atas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
C Tindakan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan krisis politik di rantau Pasifik
D Ketidakpuasan hati Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan
dengan tuntutan Pulau Batu Puteh

11.
- Membincangkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan serta integrasi ekonomi
serantau
- Membincangkan kepentingan pembiayaan indusrti kecil dan sederhana

Perkara di atas dibincangkan oleh Malaysia dalam


A Kerjasama Selatan-selatan
B Pertubuhan Persidangan Islam
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

12.
- Kerjasama politik dan keselamatan
- Menggalakkan pembinaan komuniti serantau
Pernyataan di atas merujuk kepada bentuk kerjasama yang ingin Malaysia capai melalui
A Mesyuarat Asia-Eropah
B Sidang Kemuncak Asia Timur
C Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
D Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 5

13. Yang manakah tindakan Malaysia dalam isu hak asasi manusia sejagat?
A Mematuhi deklarasi antarabangsa
B Mendesak penyelarasan takrifan hak asasi
C Menolak pendekatan Amerika Syarikat terhadap keganasan
D Meningkatkan komitmen Malaysia terhadap keamanan dunia

14. Yang manakah tindak balas Malaysia terhadap pergolakan di luar negara?
I Mengaktifkan pejabat kedutaan Malasia untuk menjadi penghubung antara keluarga di
Malaysia dengan rakyat Malaysia di negara yang bergolak
II Mendapatkan bantuan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk
mengeluarkan rakyat Malaysia daripada negara yang bergolak
III Menguruskan penghantaran balik rakyat Malaysia dari negara yang bergolak
IV Memutuskan hubungan politik sementara dengan negara yang bergolak

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

15. Yang manakah yang benar tentang Protokol Kyoto yang dipersetujui oleh Malaysia?
A Menghijaukan bumi dengan perhutanan semula
B Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
C Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
D Mengitar semula sisa bahan buangan

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 6

Bahagian B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan aliran pelajar Malaysia mengikut jenis
pembiayaaan di destinasi belajar luar negara pada tahun 2014 dan tahun 2015. Jelaskan langkah-
langkah perlu diambil untuk menggalakkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran dalam negara.

MALAYSIA: BILANGAN PELAJAR DI LUAR NEGARA MENGIKUT JENIS


PEMBIAYAAN DI DESTINASI BELAJAR PADA TAHUN 2014 DAN TAHUN 2015
JenisPembiayaan Tahun 2014 Tahun 2015

Tajaan Persendirian Tajaan Persendirian


Destinasi (orang) (orang) (orang) (orang)
United Kingdom 6 357 9 423 3 671 15 679
Australia 4 260 16 275 3 071 13 829
Taiwan 2 852 9 285 1 895 9 580
Amerika Syarikat 1 905 5 009 2 197 5 124
Jepun 874 985 1 087 1 120
Jumlah 16 248 40 977 11 921 45 332
(Disesuaikan daripada Laporan Perangkaan Sosial, Jabatan Perangkaan, 2016)

17. Berdasarkan maklumat dalam carta di bawah, huraikan perubahan jumlah nilai pengeluaran
minyak kelapa sawit bagi negara-negara terpilih pada tahun 2015 dan tahun 2016. Jelaskan cara-
cara untuk meningkatkan jumlah eksport kelapa sawit.

Jumlah : 30 562 ribu tan metrik Jumlah 41 359 ribu tan metrik

( Disesuaikan daripada Statistik on Commodities, 2017, Bank Dunia )

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 7

BAHAGIAN C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

18 Kebergantungan kepada negara maju merupakan salah satu cabaran untuk memajukan
ekonomi negara-negara ASEAN. Di samping itu, ASEAN turut berhadapan dengan cabaran
politik dan keselamatan. Jelaskan.

19. Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) merekodkan fasa 2011 hingga 2020 adalah dekad
paling panas yang pernah dicatatkan. Huraikan kesan-kesan peningkatan suhu dunia dan
penglibatan Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global.

20 Sejak dulu, penggunaan vaksin menjadi keperluan utama dalam menangani penyakit
berbahaya kerana keberkesanannya. Namun, dalam situasi terkini, kebanyakan negara
berhadapan dengan cabaran dalam usaha memastikan rakyatnya mendapat vaksin Covid19.
Bincangkan.

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………….. …………………..
Pn. Haslawati Bt Mohd Zaini ( Ketua Pengubal ) Pn. Jolyena Bt Abu Khamid
Cik Irene Tan Shim Phing Ketua Panitia Pengajian Am
Pn. Jolyena Bt. Abu Khamid Kolej Tingkatan Enam Puchong
Pn. Rozian Bt. Mohd. Zain
Pn. Teoh Yean Ling
Pn. Zamzarina Bt. Mat Zin

Disahkan oleh:

…………………..
Pn. Zarina Bt Othman
Ketua Jabatan Sains Sosial

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 8

NAMA :……………………………………….
KELAS :……………………………………….

Bahagian A

Lembaran Jawapan

Hitamkan* jawapan yang betul

1. A B C D

2. A B C D

3. A B C D

4. A B C D

5. A B C D

6. A B C D

7. A B C D

8. A B C D

9. A B C D

10. A B C D

11. A B C D

12. A B C D

13. A B C D

14. A B C D

15. A B C D

* Hanya jawapan yang dihitamkan sahaja yang akan ditanda.

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 9

SKEMA JAWAPAN (BAHAGIAN A)

1. B 6. B 11.C

2. B 7. B 12. B

3. B 8. B 13. A

4. D 9. B 14. A

5. A 10.B 15. B

BAHAGIAN B

SOALAN 16

Pengenalan:

Ramai pelajar Malaysia yang belajar di luar negara, sama ada atas tajaan pihak kerajaan mahupun
pihak swasta. Pelbagai perlu diambil untuk mengalakkan pelajar tempatan melanjutkan pelajaran
dalam negara.

Isi/Idea:

Bil. Idea Huraian


Analisis Perubahan
1. Jumlah keseluruhan Tajaan
pelajar Malaysia di luar • Penurunan dari 16 248 orang (2014) kepada
negara menunjukkan 11 921 orang (2015)
penurunan bagi tajaan • Penurunan sebanyak 4327 orang
dan peningatan bagi • Peratus penurunan sebanyak 26.63%
persendirian
Nota: mesti dalam satu *1m apabila data, unit dan kiraan % tepat
ayat Persendirian
Peratus mesti 2 titik • Peningkatan dari 40 977 orang (2014) kepada 45
perpuluhan 332 orang (2015)
• Peningkataan sebanyak 4 355 orang
• Peratus peningkatan sebanyak 10.63%

2. Aliran pelajar Malaysia Nota: satu contoh negera sahaja bagi huraian
di luar negara Amerika Syarikat
meningkat bagi kedua- Tajaan
dua jenis pembiayaan • Peningkatan dari 1 905 orang (2014) kepada 2 197
• Amerika Syarikat orang (2015)
• Jepun • Peningkataan sebanyak 292 orang
• Peratus peningkatan sebanyak 15.33%
Nota: Semua negara
perlu dinyatakan Persendirian
• Peningkatan dari 5 009 orang (2014) kepada 5 124
orang (2015)
• Peningkataan sebanyak 115 orang
• Peratus peningkatan sebanyak 2.30 %

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 10

Jepun
Tajaan
• Peningkatan dari 874 orang (2014) kepada 1 087
orang (2015)
• Peningkatan sebanyak 213 orang
• Peratus peningkatan sebanyak 24.37%

Persendirian
• Peningkatan dari 985 orang (2014) kepada 1 120
orang (2015)
• Peningkataan sebanyak 135 orang
• Peratus peningkatan sebanyak 13.71 %

3. Aliran pelajar Malaysia


di luar negara menurun Tajaan
bagi kedua-dua jenis • Penurunan dari 4 260 orang (2014) kepada 3 071
pembiayaan orang (2015)
• Australia • Penurunan sebanyak 1 189 orang
• Peratusan penurunan sebanyak 27.91%

Persendirian
• Penurunan dari 16 275 orang (2014) kepada 13 829
orang (2015)
• Penurunan sebanyak 2 446 orang
• Peratusan penurunan sebanyak 15.03%

4. Aliran pelajar Malaysia United Kingdom


di luar negara menurun Tajaan
bagi tajaan dan • Penurunan dari 6 357orang (2014) kepada 3 671
meningkat bagi orang (2015)
persendirian • Penurunan sebanyak 2 686 orang
• United Kingdom • Peratusan penurunan sebanyak 42.25%
• Taiwan
Persendirian
• Peningkatan dari 9 423 orang (2014) kepada 15 679
orang (2015)
• Peningkatan sebanyak 6 256 orang
• Peratusan peningkatan sebanyak 66.39%

Taiwan
Tajaan
• Penurunan dari 2 852 orang (2014) kepada 1 895
orang (2015)
• Penurunan sebanyak 957 orang
• Peratusan penurunan sebanyak 33.55%

Persendirian
• Peningkatan dari 9 285 orang (2014) kepada 9 580
orang (2015)
• Peningkatan sebanyak 295 orang
• Peratusan peningkatan sebanyak 3.18%
Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 11

B. Langkah
5. Meningkatkan kualiti • Membawa masuk pensyarah luar yang
tenaga pengajar berpengalaman dan berpengetahuan luas
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pensyarah sedia ada
• Membawa balik tenaga pengajar Malaysia yang
bekerja di luar negara

6. Meningkatkan • Memperlengkapkan kemudahan pembelajaran


kemudahan/infrastruktur seperti makmal bahasa, dewan kuliah dan
pendidikan kemudahan ICT
• Menyediakan sumber rujukan yang lengkap
untuk kegunaan tenaga pengajar dan pelajar
7. Menawarkan • Menyediakan bidang pengajian yang mempunyai
kursus/bidang pengajian kebolehpasaran pekerjaan
baharu • Dapat mempelbagaikan pilihan pelajar untuk
mengikuti kursus yang diminati
8. Membuka cawangan • Mengalakkan kemasukan institusi pengajian
institusi pendidikan luar tinggi luar negara
negara • Menjadikan Malaysia hab pendidikan sedunia
Kesimpulan:

Bilangan pelajar tempatan yang belajar di luar negara masih ramai dan merugikan negara
kerana berlaku pengaliran wang keluar. Oleh itu kerajaan perlu lebih serius dalam mengimbangi
aliran keluar pelajar ke luar negara.

Jawapan:

Mana-mana 2+2 idea

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 12

SOALAN 17

Skema pemarkahan

Tahun 2015 Tahun 2016


Negara
Peratus % (ribu tan metrik) Peratus % (ribu tan metrik)
Indonesia 46 14058.52 54 22333.86
Malaysia 49 14975.38 41 16957.19
Thailand 2 611.24 3 1240.77
Nigeria 3 916.86 2 827.18
Jumlah 100 30562.00 100 41359.00

Skema

Carta yang diberi menunjukkan jumlah nilai pengeluaran minyak kelapa sawit pada tahun 2015
dan tahun 2016 di negara-negara terpilih.

Bil Idea /isi Huraian

A. Perubahan

1. Jumlah keseluruhan - Tahun 2015 sebanyak 30562 ribu tan metrik meningkat
meningkat kepada 41359 ribu tan metrik pada tahun 2016.
Peningkatan sebanyak 10797 ribu tan metrik bersamaan
35.33%

2 Negara yang menunjukkan Indonesia


nilai pengeluaran meningkat
dari tahun 2015 ke tahun Tahun 2015- 14 058.52 ribu tan metrik
2016 : Tahun 2016 – 22 333.86 ribu tan metrik

Indonesia, Malaysia, dan Peningkatan sebanyak RM8 275.34 ribu tan metrik atau
Thailand 58.86%

*perlu menyatakan semua Malaysia,


negara Tahun 2015 – 14 975.38 ribu tan metrik
Tahun 2016 - 16 957.19 ribu tan metrik

Peningkatan sebanyak 1 981.81 ribu tan metrik atau


13.23%

Thailand
Tahun 2015 - 611.24 ribu tan metrik
Tahun 2016 – 1 240.77 ribu tan metrik

Meningkat RM 629.53 ribu tan metric atau 102.99 %

(mana-mana satu negara)

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 13

3 Negara yang menunjukkan Nigeria


nilai pengeluaran menurun Tahun 2015- 916.86 ribu tan metrik
dari tahun 2015 ke tahun Tahun 2016- 827.18 ribu tan metrik
2016 :
Nigeria Menurun sebanyak 89.68 ribu tan metrik atau 9.78%

B. Cara-Cara Meningkatkan
Jumlah Eksport kelapa sawit

4 Mempromosi keistimewaan menggunakan media antarabangsa bagi menyebarkan


/ kelebihan penggunaan berita minyak sawit mempunyai kelebihan dari segi
minyak sawit kesihatan atau keenakan rasa.

- menarik minat pengguna dunia untuk menggunakan


minyak sawit dalam masakan

5 Menerokai peluang pasaran - mencari pasaran baharu dari negara dunia ketiga
baharu
- mengadakan hubungan baik dengan semua Negara
tanpa mengira ideologi

6 Mengadakan kerjasama - menggunakan pendekatan hubungan dalam pertubuhan


dengan negara pengeluar yang disertai Malaysia seperti Negara Selatan-selatan,
kelapa sawit yang lain G15 dan APEC

7 Menepis pandangan negatif - mengenalpasti sentimen anti minyak sawit dan


terhadap produk minyak menggunakan pendekatan penjelasan tentang kelebihan
sawit mengguanakan minyak sawit

- membetulkan tohmahan Persatuan Pengeluar Kacang


Soya di Amerika Syarikat

8 Menjalin hubungan - Hubungan diplomatik yang baik memudahkan


diplomatik yang baik urusan eksport barangan ke luar negara.
dengan negara luar

Kesimpulan- Pengeluaran minyak sawit dunia bertambah setiap tahun dengan penambahan
keluasan penanaman. Kuantiti yang bertambah ini perlu diselarikan dengan penambahan eksport ke
merata dunia. Pelbagai inisiatif perlu dilakukan bagi meningkatkan jumlah eksport minyak sawit
dunia.

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 14

BAHAGIAN C

SOALAN 18

Kebergantungan kepada negara maju merupakan salah satu cabaran untuk memajukan ekonomi
negara-negara ASEAN. Di samping itu, ASEAN turut berhadapan dengan cabaran politik dan
keselamatan. Jelaskan.

Pengenalan:
Pertubuhan serantau ini masih menghadapi cabaran terutamanya untuk memajukan ekonomi dan
mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

Bil Idea/ Isi Huraian


A. Cabaran Ekonomi
1 Kebergantungan kepada • Negara ASEAN merupakan negara membangun dan
negara maju bergantung kepada pasaran luar negara seperti AS, Eropah
dan Asia Pasifik.
• Selain itu, negara ASEAN bergantung kepada teknologi
moden dari negara maju seperti Jepun, Korea dan Rusia
untuk sector perindsutrian.
• Negara ASEAN juga masih memerlukan pelaburan modal
asing untuk menggerakkan dan memajukan sector
ekonomi.
2 Persaingan dalam • Negara anggota mengeluarkan produk pertanian yang
pasaran komoditi sama.
• negara anggota berusaha merebut pasaran yang sama
• negara anggota mementingkan kepentingan komoditi
negara sendiri demi menjana pendapatan negara.
3 Masih dibebani hutang • sesetengah negara anggota ASEAN meminjam wang dari
luar negara IMF.
• negara-negara ini masih belum dapat membayar hutang
dan terpaksa mengikut pelan pembangunan ekonomi IMF.
• boleh membantutkan perkembangan ekonomi.
4 Permintaan terhadap • mengutamakan pengeluaran sektor perkilangan dan
sumber bahan utama perkhidmatan.
berkurangan • Pengeluaran dan pemasaran produk yang sama
menyebabkan persaingan yang sengit
5 Kemunculan kumpulan/ • Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata
pertubuhan ekonomi wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan
serantau/antarabangsa pelaburan asing ke nagara itu.
• Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA)
merancang skim tarif sama.
B. Cabaran Mengekalkan Keamanan
6 Masalah politik dalaman • Pendemokrasian di Myanmar serta pengusiran etnik
negara anggota Rohingya memberi cabaran untuk memastikan rantau Asia
Tenggara aman dan stabil.
• Tragedi ini akan mewujudkan situasi tidak menyenangkan
dalam kalangan negara anggota terutama negara jiran.
7 Konflik tuntutan • Terdapat banyak pulau di sekitar Asia Tenggara yang
wilayah menjadi rebutan.
• Penglibatan beberapa buah negara bukan ASEAN seperti
Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 15

negara China semakin agresif menuntut pulau Spratly dan


Pulau Paracel yang dianggap miliknya berdasarkan factor
sejarah dan bukan eruntukan undang0undang
antarabangsa. Negara ini telah bertindak menempatkan
tenteranya di Kepulauan Spratly.
8 Pengaruh/campur tangan • AS telah bertapak di negara seperti Singapura, Filipina
kuasa besar di Asia dan Thailand.
Tenggara • AS juga telah menggandakan bantuan kepada Filipina
bagi meningkatkan keupayaan tentera Filipina bagi
menghadapi kuasa China kerana Filipina masih
mempunyai perjanjian kuasa besar tersebut.
9 Ancaman anasir • Ancaman anasir luar boleh menggugat keamanan dan
luar/puak pelampau/ kestabilan serantau.
Lanun • Pencerobohan di Lahad Datu, Timur Sabah oleh penganas
Sulu. Peristiwa ini telah menggugat kestabilan negara dan
hubungan dengan negara Filipina.
• Masalah lanun Kumpulan Abu Sayyaf.
10 Masalah pendatang • Kesempitan hidup di negara asal menyebabkan mereka
Asing Tanpa Izin berhijrah ke negara berhampiran secara tidak sah untuk
(PATI) mencari pekerjaan.
• melalui agensi haram dan menyusup masuk melalui jalan
air.
Penutup:
Peranan ASEAN sebagai payung keharmonian dan keamanan di rantau Asia perlu dipertahankan.
Cabaran terutamanya untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau
perlu ditangani untuk kemajuan dan faedah bersama

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 16

SOALAN 19

Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) merekodkan fasa 2011 hingga 2020 adalah dekad paling
panas yang pernah dicatatkan. Huraikan kesan-kesan peningkatan suhu dunia dan penglibatan
Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global.

Jawapan:

Pengenalan:

Peningkatan suhu dunia banyak membawa kesan negatif terhadap penduduk dunia. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan suhu dunia. Malaysia turut melibatkan diri dalam
menangani isu ini.

A. Kesan-kesan peningkatan suhu dunia


1 Menjejaskan • Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran ultraungu
kesihatan manusia terus sampai ke bumi.
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi
amaran bahawa pendedahan terlampau kepada cuaca panas
akan menyebabkan barah.
• Pendedahan kepada pancaran ultraungu yang terlalu lama
akan menyebabkan penyakit katarak yang mampu
mengakibatkan buta.
2 Menjejaskan • Tumbuhan akan mati atau tidak dapat hidup dengan baik
aktiviti pertanian apabila kesuburan tanah berkurang akibat cahaya matahari
yang terik.
• Kawasan pertanian menjadi kering-kontang, kandungan air
dalam tumbuhan berkurang dan mengganggu proses
fotosintesis.
• Kualiti dan hasil tanaman akan terjejas.
3 Kemusnahan • Cahaya matahari yang terik (inframerah) menyebabkan
plankton dan plankton mati dan menyebabkan terumbu karang kurang
terumbu terdedah kepada sinar cahaya tersebut.
karang/hidupan • Terumbu karang mengalami kerosakan dan mudah pecah
akuatik/marin apabila dipukul ombak yang kuat.
• Suhu lautan yang menjadi panas boleh memusnahkan
hidupan laut.
4 Glasier (ketulan • Panahan cahaya matahari ke permukaan laut menghasilkan
ais) mencair pantulan ke arah glasier.
• Suhu yang tinggi menyebabkan glasier di kawasan Artik
dan Antartika mencair.

5 Paras air laut • Menjelang tahun 2020, saintis meramalkan paras air laut
meningkat akan naik sebanyak lima hingga tujuh meter dan
menenggelamkan kawasan-kawasan rendah.
• Banjir – membahayakan penduduk di tepi pantai dan pulau-
pulau kecil.
• Merosakkan harta benda dan menyebabkan kehilangan
nyawa.
6 Flora dan fauna • Memusnahkan habitat flora dan fauna apabila pemanasan
musnah yang melampau.
Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 17


Kemarau dan kekurangan air menyebabkan ekosistem flora
dan fauna tergugat.
• Mengganggu rantaian makanan.
B. Penglibatan Malaysia menangani isu ini di peringkat global
7 Menghadiri persidangan • Malaysia menghadiri persidangan antarabangsa
antarabangsa PBB anjuran PBB seperti Persidangan Kyoto pada
tahun 1997 (Protokol Kyoto) dan juga Persidangan
di Copenhagen, Denmark pada bulan Disember
2009 (COP15) berhubung isu perubahan iklim
dunia.
• Protokol Kyoto dimeterai untuk mengawal
pelepasan gas rumah kaca, manakala COP 15 pula
merangka pelan tindakan untuk menangani kesan
perubahan iklim dunia.
8 Pengurusan bencana • Pusat Serantau Sains Asia telah diwujudkan untuk
melalui Pusat Serantau memesatkan penggunaan ICT dalam kalangan
Sains Asia negara anggota termasuk Malaysia, khususnya
dalam pembangunan dan keselamatan serantau.
• Kesedaran penggunaan ICT dapat membantu
mengurangkan ancaman ke atas mangsa bencana.

9 Kempen program “Earth • Pengurangan penggunaan tenaga dapat dicapai


Hour’ di seluruh dunia dan melebih sasaran 5% malahan dua kali ganda
berbanding sasaran asal, iaitu sebanyak 10%.
• Kempen tersebut mengajak penduduk di seluruh
dunia termasuk rakyat malaysia untuk bergelap
dengan memadamkan semua lampu yang
menggunakan tenaga elektrik tepat pukul 8.30
malam waktu tempatan.
10 • Persidangan • Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan yang
antarabangsa tidak terkawal untuk mengambil bahan mentah di
tentang kawalan ke Antartika perlu dilaksanakan segera.
atas Antartika • Malaysia pernah menyuarakan pendapat bahawa
antartika warisan bersama untuk faedah bersama
serta menyatakan bantahan penerokaan melalui
persidangan antarabangsa PBB yang ke-37 dan
juga melalui persidangan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) ketika isu Antartika
ditimbulkan pada tahun 1982.
11 Mesyuarat ketua-ketua • Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Ketua-
kerajaan Komanwel Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) berhubung
berhubung perubahan dengan perubahan iklim pada tahun 2009
iklim (CHOGM 2009) di Trinidad dan Tobago.
• Deklarasi Port-of-Spain tentang perubahan iklim
telah dikeluarkan untuk menuntut kesungguhan
masyarakat dunia menangani isu pemanasan flobal
secara mapan.
12 Penyelidikan dengan • Malaysia turut bekerjasama dengan pakar dari luar
kerjasama negara luar negara untuk menangani isu yang sama.
• Sebagai contoh, Universiti Teknologi Mara
(UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)
Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 18

telah menjalankan kerjasama dengan pakar-pakar


universiti luar negara dalam menghasilkan kajian
bagi membantu mengatasi masalah banjir di
Malaysia.
13 Pameran dan persidangan • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
peringkat antarabangsa Malaysia telah menganjurkan persidangan dan
kerajaan Malaysia pameran antarabangsa teknologi hijau yang
dinamakan “International Green Technology and
Ecoproducts Exhibition and Conference Malaysia
2010” atau dikenali sebagai IGEM 2010 pada
bulan Oktober 2010.
• Malaysia telah menjemput syarikat-syarikat
terkemuka dunia untuk mengambil bahagian dan
mempamerkan pelbagai jenis tekonologi hijau
masing-masing.
Penutup:

Manusia pada hari ini perlu sedar bahawa peningkatan suhu dunia akan mengancam nyawa dan
kehidupan bumi yang lain. Tindakan seperti mengurangkan kadar pembebasan gas-gas rumah
hijau, mengubah kaedah pertanian dan menanam lebih banyak hutan bakau boleh mengurangkan
gejala pemanasan global.

SOALAN 20

Sejak dulu, penggunaan vaksin menjadi keperluan utama dalam menangani penyakit berbahaya
kerana keberkesanannya. Namun, dalam situasi terkini, kebanyakan negara berhadapan dengan
cabaran dalam usaha memastikan rakyatnya mendapat vaksin Covid19.Bincangkan.

Skema Jawapan

Bil Idea • Huraian


Keberkesanan Vaksin
1 Melindungi daripada penyakit • Vaksin antara kaedah terbaik ibu bapa untuk
berjangkit melindungi anak mereka daripada penyakit
berjangkit tertentu.
2 Menghalang penyebaran • vaksin juga dapat mencegah orang dewasa
jangkitan daripada mendapat penyakit dan menghalang
penyebaran jangkitan dalam komuniti.

3 Menghapusan penyakit • Dalam beberapa kes keberkesanan suntikan


pelalian ini berupaya menghapuskan penyakit
yang ditakuti
4 Mengurangkan jumlah • Sistem daya tahan yang semakin meningkat
kemasukan pesakit ke hospital menyebabkan badan penerima vaksin kebal
dengan virus atau bakteria
• mengurangkan tekanan terhadap sistem
kesihatan awam, kemasukan ke unit rawatan
rapi (ICU)
Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*
*SULIT 19

5 Mengurangkan risiko kematian • kemungkinan kadar kematian akibat wabak


akibat virus tersebut berjaya dikurangkan
• penerima vaksin yang sudah lengkap dua dos
vaksin, dan mempunyai sistem pertahanan
badan terhadap virus itu dapat melawan
jangkitan
6 Meningkatkan sistem imun • imunisasi vaksin yang di terima penerima
badan vaksin akan meningkatkan kekebalan badan
• badan telah diberikan maklumat asas
berkaitan virus atau bakteria yang memasuki
sistem pertahanan badan
• apabila suntikan diberikan kepada badan,
respons badan manusia berbeza-beza, ada
yang menghasilkan tahap imuniti yang tinggi,
ada pula yang berupaya menghasilkan antibodi
Cabaran •
7 Golongan anti-vaksin / NGO • Menghasut masyarakat melalui pelbagai cara
• hasutan dikhuatiri boleh memberi kesan
negatif kepada pemikiran masyarakat.
• kawasan luar bandar dilihat menjadi antara
lokasi ‘panas’ golongan anti-vaksin
• boleh meracuni pemikiran untuk tidak keluar
mengambil vaksinasi masing-masing.
9 Kerisauan / kebimbangan • Kebimbangan terhadap kesan-kesan seleps
pengambilan vaksin kerana pengalaman
Keluarga ata rakan terdekat
11 Sikap • Percaya khabar-khabar angin berkaitan
keburukan penggunaan vaksin
• Membuat penilaian sendiri tanpa berusaha
untuk memikirkan kesan baik yang melebihi
kesan buru
12 Pengaruh media sosial • Telegram, whatsapps, Instagram
• Menyebarkan berita dan cerita yang tidak
sahih kebenarannya
• menimbulkan kegusaran dalam kalangan
rakyat

Percubaan STPM 2021 – 900/3 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas tamat SULIT*

You might also like