You are on page 1of 7

LATIHAN 1 – MEMBINA JADUAL

 Jadual ialah susunan semula data dan maklumat statistik secara teratur dan
sistematik mengikut pembolehubah di dalam ruang baris dan lajur tertentu.
 Jadual terbahagi dua iaitu:
a. Jadual mudah – terdiri tiga aspek iaitu perkara, tahun dan jumlah
b. Jadual kompleks – terdapat pelbagai aspek dan butiran di dalamnya.

Contoh jadual mudah

Malaysia: Pengeluaran dan Keluasan Kawasan Tanaman Kelapa Sawit antara Tahun 2003 hingga
Tahun 2007

Butiran Tahun

2003 2004 2005 2006 2007

Pengeluaran ( Juta tan Matrik) 1.15 1.26 1.46 1.57 1.72

Keluasan kawasan tanaman 57 141 62 483 64 183 69 275 75 215


(hektar)

( Sumber: Disesuaikan daripada The Star, September 2006)


Contoh jadual kompleks

Malaysia: Perubahan Jumlah Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Pada Tahun 2007
Hingga 2010

2007 Nilai 2008 Nilai 2009 Nilai 2010 Nilai


Tahun Tokok Tokok Tokok Tokok
(RM juta) (RM juta) (RM (RM juta)
(RM Juta) (RM Juta) juta) (RM Juta) (RM Juta)

Perbelanjaan
Mengurus

Emolumen 15 557 15 557 17 443 17 443 20 842 20 842 19 727 19 727

Pencen 6 987 22 544 6 711 24 154 6 534 27 376 6 408 26 135

Khidmat 9 555 32 099 10 134 34 288 10 169 37 545 9 368 35 503


hutang

Bekalan dan 7 360 39 459 10 703 44 991 11 269 48 814 14 781 50 284
perkhidmatan

Lain-lain 17 088 56 547 18 766 63 757 19 885 68 699 22 951 73 235

JUMLAH 56 547 63 757 68 699 73 235

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)


TEKNIK MENYIAPKAN JADUAL

1. Tajuk diringkaskan daripada petikan dan perlu ada nama tempat, perkara dan jangka
masa.
2. Tajuk ditulis di tengah-tengah dan menggunakan kaedah “Capitalize Word” dan
digariskan. Bermaksud bagi kata nama ditulis dengan huruf besar di pangkal setiap
perkataan dan huruf kecil bagi kata hubung.
3. Ruang-ruang bagi lajur disediakan oleh calon mengikut setiap pemboleh ubah pada
petikan.
4. Keterangan dan maklumat pada pemboleh ubah diletakkan pada setiap ruang
dengan jelas.
5. Sumber ditulis di bawah jadual dan disalin semula sepertimana pada petikan dan
diletakkan pada sebelah kanan mengikut kaedah “Align Text Right”
Malaysia : Kuantiti Pengeluaran, Eksport dan Import Serta Harga Minyak Mentah Pada
Tahun 2006 hingga Tahun 2010 KAEDAH
MENULIS
TAJUK YANG
Butiran 2006 2007 2008 2009 2010 BETUL

Kauntiti pengeluaran 255 233 300 452 421

(Ribu tong sehari)


Kuantiti eksport 202 212 239 390 353

(Ribu tong sehari)


Kuantiti import 92 73 48 48 48

( Ribu tong sehari)


Harga pasaran (US$ setong) 75 88 75 69 67
PEMBOLEHUBAH
MAKLUMAT
PADA LAJUR
PEMBOLEHUBAH

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

SUMBER
LATIHAN 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
menggambarkan pengeluaran timah mengikut kaedah melombong dari tahun 1997 hingga
2001.

Perlombongan bijih timah merupakan salah sstu aktiviti ekonomi yang utama di
Malaysia awal kurun ke-19. Terdapat beberapa kaedah perlombongan bijih timah yang
diamalkan di Malaysia antaranya ialah kapal korek, pam kelikir, lombong dedah dan lain lain.
Pada tahun 1997, kaedah kapal korek telah menghasilkan sebanyak 778 tan metrik bijih
timah. Jumlah ini merosot sebanyak 166 tan metrik pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula,
jumlah pengeluaran melalui kaedah ini ialah sebanyak 616 tan metrik. Pada tahun
berikutnya pengeluaran timah melalui kaedah ini merosot lagi sebanyak 277 tan metrik
berbanding pengeluaran 1999. Trend kemerosotan berterusan sehingga tahun 2001, iaitu
merosot ketahap 314 tan metrik.

Pengeluaran timah melalui kaedah pam kelikir pula menunjukkan pola turun naik.
Pada tahun 1997, sebanyak 2080 tan metrik timah dikeluarkan melalui kaedah ini. Ini
bertambah kepada 2573 tan metrik pada tahun 1998. Pada tahun berikutnya, jumlah
pengeluaran bertambah lagi sebanyak 1501 tan metrik berbanding tahun 1998. Pada tahun
2000 pula, pengeluaran timah melalui kaedah ini mulai merosot. Pengeluaran merosot
sebanyak 700 tan metrik berbanding ju,lah tahun 1999. Pada tahun berikutnya, pengeluaran
merosot lagi sebanyak 1291 tan metrik berbanding pengeluaran tahun 2000.

Pengeluaran timah mellaui kaedah lombong dedah juga mencatatkan kemerosotan.


Pada tahun 1997, sebanyak 1012 tan metrik timah dikeluarkan. Jumlah ini bertambah
sedikit pada tahun 1998 iaitu sebanyak 149 tan metrik. Pada tahun 1999 pula, jumlah
pengeluaran timah meningkat lagi sebanyak 294 tan metrik berbanding pengeluaran 1998.
Pada tahun berikutnya pengeluaran timah mulai merosot sebanyak 183 tan metrik
berbanding tahun 1999. Pada tahun 2001, pengeluaran tikah bertambah sedikit iaitu
sebanyak 215 tan metrik berbanding tahun sebelumnya.

Kaedah-kaedah lain yang menghasilkan timah dari tahun 1997 hingga 2001 juga
menunjukkan trend merosot. Jumlah timah yang dihasilkan melalui kaedah lain dari tahun
1997 hingga tahun 2001 ialah sebanyak 6167 tan metrik. Pada tahun 1997, sebanyak 1198
tan metrik dihasilkan. Ini meningkat sebanyak 212 tan metrik pada tahun 1998. Pada tahun
1999 pula, pengeluaran melalui kaedah ini mulai merosot sebanyak 223 tan metrik. Bagi
tahun 2000 pula, pengeluarannya sebanyak 1302 tan metrik manakala selebihnya
merupakan hasil pengeluaran bagi tahun 2001.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia,2002 )


MALAYSIA:NILAI CUKAI JUALAN BARANGAN IMPORT MENGIKUT JENIS PADA TAHUN 2010
HINGGA 2012

Barangan import
Nilai Hasil Cukai Jualan Barangan Import
( RM )

2010 2011 2012

Barangan Bukan Tekstil 87,089,933 11,060,600 11,922,700

Televisyen 62, 754,547 77,014,000 81,427,000

Petrol

Peti Sejuk

Alat Audio Elektronik

( Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)


Malaysia: Pengeluaran Timah Mengikut Kaedah Melombong Dari Tahun 1997 hingga 2001.

Kaedah Melombong Tahun ( Tan Metrik )

1997 1998 1999 2000 2001

Kapal Korek 778 612 616 339 314

Pam Kelikir 2080 2573 4074 3374 2083

Lombong Dedah 1012 1161 1455 1272 1487

Kaedah lain 1198 1410 1187 1302 1070

Jumlah 5068 5756 7332 6287 4954

Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia,2002 )

You might also like