You are on page 1of 12

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A(15 markah)

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan tiga langkah kerajaan untuk mendidik masyarakat mejayakan Kempen


Cintai Alam Sekitar. (3)
(a)……………………………………………………………………………………….

(b)……………………………………………………………………………………….

(c)……………………………………………………………………………………….

Skema Jawapan
Bil Isi/Idea
1 Meningkatkan pendidikan alam sekitar dalam kalangan anggota masyarakat
2 Menyiarkan propaganda/ dasar kerajaan mengenai alam sekitar melalui
media massa
3 Mewajibkan pengasingan sisa pepejal dari rumah/kawasan perumahan
4 Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
5 Menggalakkan penggunaan produk mesra alam
6 Memperkenalkan teknologi hijau

2. Prinsip Kelima Rukun Negara: Kesopanan dan Kesusilaan

Nyatakan empat kesan jika prinsip di atas tidak dipupuk dalam diri rakyat
Malaysia. (4)

(a)……………………………………………………………………………………….

(b)……………………………………………………………………………………….

Skema jawapan

bil Isi/Idea
1 hilangnya perasaan malu
2 Meruntuhkan nilai moral
3 Institusi kekeluargaan terjejas
4 Berleluasanya pergaulan bebas
5 Wujud sikap mementingkan diri
6 Luntur nilai budaya dan adat resam
7 Pelanggaran batas agama berlaku
8 Hilang jati diri dan wawasan
3. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur

Huraikan dua kesan sekiranya cabaran di atas tidak dapat ditangani oleh kerajaan dan
rakyat Malaysia. (4)

(a)……………………………………………………………………………………….

(b)……………………………………………………………………………………….

Skema Jawapan
bil Isi/Idea
1 Meningkat prasangka Pandangan negatif dalam kalangan rakyat akan
antara kaum menjejaskan keharmonian masyarakat
2 Menggugat kestabilan Anggota masyarakat yang tidak bertoleransi
politik mencetuskan perpecahan / rusuhan kaum
3 Menjejaskan imej Masyarakat yang tidak setia kepada Negara akan
negara menjatuhkan maruah negara
4 Menjejaskan hala tuju/ Rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan
dasar negara tidak dikongsikan bersama.
Mana-mana 2 isi

4. Terangkan dua objektif pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. [4]

(a)……………………………………………………………………………………

(b)…………………………………………………………………………………

(c)…………………………………………………………………………………..

(d)……………………………………………………………………………………

Skema jawapan

bil Isi/Idea
1 Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),
menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan
keberkesanan sistem;
2 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya
sehingga tahun 2025;
3 Menggariskan program transformasi yang menyeluruh
untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama
dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan
sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang
meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Mana-mana 2 isi
Bahagian B ( 20 markah )

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan aliran jumlah populasi penduduk bandar mengikut negeri-negeri terpilih bagi
tahun-tahun yang diliputi.

Jumlah populasi penduduk bandar di negeri-negeri terpilih menunjukkan pola


peningkatan. Pada tahun 1980 populasi penduduk bandar berjumlah 5 130 042 orang dan
meningkat kepada 6 917 480 orang pada tahun 1990. Jumlah populasi penduduk bandar ini
dianggarkan meningkat kepada 12 550 999 orang pada tahun 2010 berbanding sebanyak
9 509 210 orang dari tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, populasi penduduk bandar di Selangor telah menunjukkan


peningkatan yang agak ketara. Pada tahun 1980, populasi penduduk bandar adalah seramai
1 426 250 orang. Melalui Dasar Kependudukan telah berjaya meningkatkan kadar kelahiran
di bandar kepada 2 289 236 orang pada tahun 1990. Bilangan ini terus meningkat lagi
sebanyak 1 658 291 orang pada tahun 2000 dan angka ini dianggarkan terus meningkat kepada
5 462 141 orang pada tahun 2010. Dasar ini mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju dan berdaya saing.
Kepesatan pembangunan ekonomi yang berlaku di negeri Johor turut meningkatkan lagi
populasi penduduk bandar di negeri ini. Bilangan penduduk bandar yang direkodkan pada
tahun 1980 adalah sebanyak 1 580 423 orang dan bilangan ini terus meningkat dengan drastik
kepada 2 074 297 orang pada tahun 1990. Pada tahun 2000, bilangan populasi penduduk bandar
bertambah kepada 2 565 740 orang. Pada tahun 2010, dianggarkan berlaku peningkatan
sebanyak 782 543 orang berbanding tahun 2000.
Negeri Perlis kekal sebagai negeri yang mempunyai bilangan populasi penduduk bandar
terendah di Malaysia dari tahun 1980 hingga tahun 2010. Pada tahun 1990 populasi bandar
yang dicatatkan ialah 184 072 orang dan bilangan ini merupakan pertambahan sebanyak 39
290 orang berbanding tahun 1980. Manakala bilangan populasi penduduk pada tahun 2000
ialah 198 335 orang dan dianggarkan pada tahun 2010 adalah sebanyak 231 541 orang.
Bilangan setinggan di Kedah agak sederhana. Pada tahun 1980, populasi penduduk bandar
sebanyak 1 077 815 orang dan meningkat pada tahun 1990 menjadi 1 304 800 orang. Seramai
1 572 107 orang dan dianggarkan 1 947 651 orang populasi penduduk bandar pada tahun 2000
dan 2010.
Pulau Pinang merekodkan populasi penduduk bandar yang konsisten. Hal ini disebabkan
oleh penduduk negeri ini yang merancang bilangan ahli keluarga. Bilangan penduduk bandar
pada tahun anggaran 2010 merupakan yang tertinggi, iaitu sebanyak 1 561 383 orang dan
bilangan ini telah menyusut sebanyak 335 882 orang pada tahun 2000. Pada tahun 1980
bilangan penduduk bandar berjumlah 900 772 orang. Bilangan ini meningkat kepada 1 065 075
orang pada tahun 1990.

(Sumber: Disesuaikan daripada


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)
Bahagian B (20 markah )

MALAYSIA: JUMLAH POPULASI PENDUDUK BANDAR MENGIKUT NEGERI-


NEGERI TERPILIH BAGI TAHUN 1980 HINGGA ANGGARAN TAHUN 2010

Tahun Populasi penduduk bandar ( orang )

Negeri 1980 1990 2000 2010


(anggaran)
Selangor 1 426 250 2 289 236 3 947 527 5 462 141

Johor 1 580 423 2 074 297 2 565 740 3 348 283

Perlis 144 782 184 072 198 335 231 541

Kedah 1 077 815 1 304 800 1 572 107 1 947 651

Pulau Pinang 900 772 1 065 075 1 225 501 1 561 383

JUMLAH 5 130 042 6 917 480 9 509 210 12 550 999

(Sumber: Disesuaikan daripada Jabatan


Perangkaan Malaysia, 2011)
tT
6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan bilangan guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dalam
sektor terpilih bagi tahun 2010 hingga tahun 2020.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah belanjawan yang besar untuk


membangunkan tenaga pekerja di negara ini. Peruntukan yang besar ini dilaburkan dalam
pembangunan pendidikan dan kemahiran agar dapat melahirkan guna tenaga mahir dan
separuh mahir bagi menjana pembangunan negara.

Sektor perkhidmatan dan jualan merupakan salah satu sektor ekonomi yang
memerlukan guna tenaga mahir yang ramai agar sektor ini dapat berkembang dengan baik.
Pada tahun 2010 bilangan pekerja mahir dalam sektor ini adalah sebanyak 860 900 orang
manakala pada tahun 2015 pula dicatatkan sebanyak 799 300 orang dan dianggarkan pada
tahun 2020 adalah seramai 984 100 orang.

Guna tenaga separuh mahir dalam sektor perkhidmatan dan jualan menunjukkan
peningkatan yang amat ketara iaitu pada tahun 2010 adalah sebanyak 1 969 200 orang
meningkat kepada 2 921 700 orang pada tahun 2015 dan dianggarkan meningkat pada tahun
2020 kepada 3 299 000 orang.

Guna tenaga mahir dan separuh mahir juga amat diperlukan dalam sektor pertanian
dan perhutanan. Guna tenaga mahir dalam sektor ini bagi tahun 2010 adalah sebanyak
741 100 orang dan jumlah ini meningkat pada tahun 2015 sebanyak 761 100 orang kepada
1 502 200 orang. Pertambahan guna tenaga ini dianggarkan terus berlaku sehingga tahun
2020 iaitu kepada 2 109 200 orang

Bagi guna tenaga separuh mahir dalam sektor pertanian dan perhutanan menunjukan
pengurangan bagi tahun 2010 dan 2015 dan dianggar terus menurun pada tahun 2020. Pada
tahun 2010, guna tenaga separuh mahir dicatatkan seramai 1 388 900 orang manakala pada
tahun 2015 berlaku lagi pengurangan sebanyak 217 500 orang daripada tahun 2010. Bagi
tahun 2020 dianggarkan terus menurun sebanyak 8 400 orang dari tahun 2015.

Guna tenaga mahir dan separuh mahir perlulah dipertingkatkan lagi jumlahnya dari
semasa ke semasa melalui pemantapan sistem pendidikan dan latihan. Semua pihak perlulah
berusaha dan berganding bahu dalam meningkatkan bilangan guna tenaga demi kemajuan
negara kita.

( Disesuaikan daripada Unit Perancang


Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysi2013)
Soalan 6

MALAYSIA: BILANGAN GUNA TENAGA MENGIKUT KUMPULAN


PEKERJAAN UTAMA DALAM SEKTOR TERPILIH BAGI TAHUN 2010
HINGGA 2020 (ANGGARAN)

Tahun Bilangan guna tenaga (orang)


Mahir Separuh mahir
Sektor
2010 2015 2020 2010 2015 2020

Perkhidmatan dan 860 900 799 300 984 100 1969 200 2921 700 3 299 000
jualan
Pertanian dan 741 100 1 502 200 2109 200 1388 900 1171 400 1 163 000
perhutanan
( Disesuaikan daripada Unit Perancang Ekonomi dan
Jabatan Perangkaan Malaysia 2013)
Bahagian C ( 25 markah )

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang penjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan.

7. Kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar bagi menyediakan kemudahan


infrastruktur yang moden kepada rakyat. Jelaskan kepentingan infrastruktur kelas pertama
kepada rakyat dan negara.

Skema jawapan

Pendahuluan

Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam menyediakan kemudahan


infrasruktur yang moden kepada rakyat. Terdapat banyak kepentingan infrasruktur kelas
pertama kepada rakyat dan negara

Bil Isi/Idea Huraian


1 Memudahkan  Memudahkan urusan seharian dan pekerjaan
urusan/pekerjaan  Meningkatkan/mengekalkan tahap kesihatan
 Urusan menjadi mudah, lancar dan pantas
 Pengurangan masa, kos dan tenaga

2 Menarik pelabur asing  Pelabur akan mudah melabur di negara kita


 Nilai pelaburan dapat diminimumkan kerana
tidak perlu menyediakan kemudahan asas
 Situasi ini akan menjanjikan pulangan yang
tinggi kepada pelabur

3 Meningkatkan aktiviti sosial  Berlakunya peningkatan dalam kegiatan


seperti sukan dan aktiviti lain
 Pergaulan antara kaum dapat dieratkan
 Aktiviti boleh dilakukan pada sebilang masa

4 Memajukan sektor/aktiviti  Berlakunya peningkatan kegiatan pelancongan


pelancongan domestik dan antarabangsa
 Peningkatan aktiviti yang dikaitkan dengan
pelancongan seperti inap desa, pemandu
pelancongan dan lain-lain
 Nilai perbelanjaan pelancong lebih rendah
berbanding melancong di negara jiran
5 Menggalakkan  Infrastruktur kelas pertama dapat menarik
perkembangan /pemindahan kemasukan pelabur asing.
teknologi  Pelaburan asing yang meningkat akan
membawa kepakaran dan teknologi dari
negara luar.
 Pemindahan teknologi akan meningkatkan
kepakaran tenaga kerja, dan perkembangan
teknologi di Malaysia .

6 Meningkatan pendapatan  Peluang pekerjaan berkaitan infrasruktur


semakin meningkat di negara kita kepada
rakyat
 Pemaju/kontraktor mendapat manfaat daripada
tender-tender kerajaan
 Negara memperoleh pendapatan melalui
cukai, tol, dan gst

7 Meningkatkan imej negara  Pelabur dan pelancong akan menceritakan


suasana dan kemudahan kelas pertama yang
ada di Malaysia apabila pulang ke negara
mereka
 Situasi ini akan mewujudkan persepsi positif
terhadap kepimpinan dan imej negara
Malaysia

Skema 5 + 0

8. Gejala kemurungan, stres, dan kecelaruan mental sering berlaku dalam kalangan wanita
pada masa ini . Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi gejala ini.
Bincangkan.

Pendahuluan

Golongan wanita sering kali dikaitkan dengan gejala kemurungan, stres, kecelaruan mental
dan meroyan. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan wanita berkeadaan demikian dan
pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Bil Isi/Idea Huraian


Sebab sering
berlaku

1 Genetik / keturunan  Terdapat penyakit-penyakit mental tertentu diwarisi


daripada ibu dan bapa
 Ibu/bapa berpotensi untuk mewarisi genetik ini kepada
anak-anak

2 Perubahan tahap  Hormon utama yang sering dikaitkan ialah serotonin.


hormon  Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi
secara normal.
 Kegagalan dalam penghasilan atau kemusnahan
hormone ini akan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan bahan kimia ini dan seterusnya
menjurus seseorang itu menghidap penyakit
kemurungan .
3 Tekanan emosi  Individu yang terlalu inginkan personaliti sempurna
dan bercita-cita sangat tinggi mengalami tekanan.
 Mereka akan kecewa apabila hasil tidak mengikut
keinginan mereka.

4 Masalah kewangan  Desakan kehidupan dan gaya hidup mewah


mengakibatkan seseorang itu gagal merancang
perbelanjaan secara berhemah
 Tidak mempunyai pekerjaan yang tetap/ dibuang kerja
akan menimbulakan masalah kewangan yang serius
dan menjejaskan kesihatan mental.

5 Pengalaman  Tragedi ngeri atau menakutkan pada masa silam


lampau/fobia memberikan tekanan mental
 Mereka yang tidak suka meluahkan perasaan akan
mengalami masalah depresi dalam jangka masa
panjang
 Mereka akan berasa fobia/takut dan bertindak terburu-
buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan rasional

6 Pengambilan ubat-  Pengambilan dadah dalam jangka panjang akan


ubatan/ dadah merosakkan sistem saraf manusia dan menjejaskan
berlebihan kesihatan mental
 Pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan dan
menyebabkan kemurungan dan kecelaruan mental

Langkah

6 Memberikan  Kaunseling mampu membantu individu yang bermasalah


Kaunseling untuk mengurangkan konflik hidup mereka
 Perkhidmatan kaunseling berperanan menyediakan
ruang untuk pesakit tekanan mental meluahkan isi hati

7 Memberikan  Ibu bapa /suami sentiasa perlu berada di sisi pesakit


sokongan  Tidak membiarkan wanita berkenaan bersendirian
keluarga/orang  Selalu memberi kata-kata motivasi dan semangat
terdekat

8 Meningkatkan  Agama dipandang sebagai unsur penting untuk


penghayatan menanam ciri-ciri mulia dalam kehidupan
/pengamalan agama  Individu yang mengamalkan nilai-nilai agama dengan
baik dapat menguasai nafsu mereka
 Prinsip keredaan mampu mengurangkan tekanan
9 Mendapatkan  Pengambilan ubat secara berterusan mampu
rawatan mengurangkan tekanan mental
 Rawatan pakar psikologi dapat mengatasi masalah
mental dengan berkesan
 Mendapatkan rawatan alternatif bagi mengurangkan
tekanan mental

10 Mengamalkan gaya  Amalan kehidupan yang harmoni dan seimbang boleh


hidup sihat mengurangkan tekanan hidup
 Sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan
seharian mampu mengelakkan pertelingkahan
 Elakkan pengambilan dadah.
 Menjalankan aktiviti riadah bagi menenangkan fikiran

Penutup

Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan menjejaskan pelbagai pihak.

Skema 2+3 atau 3+2

You might also like