You are on page 1of 1

ARIFF HAMID TADBIR URUS NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 1 : Tadbir urus baik adalah penting untuk diamalkan oleh semua penjawat
awam dan ketiadaannya menyebabkan pelbagai kesan negatif akan berlaku.
Bincangkan.
Pendahuluan
 Amalan tadbir urus baik cukup penting bagi mana-mana organisasi kerajaan.
 Tanpa tadbir urus yang baik,sektor awam sukar untuk memastikan sistem
penyampaiannya cekap dan berkesan.
Tadbir urus baik penting untuk diamalkan penjawat awam kerana dapat (Fokus
Soalan)

1. Memperkasa daya saing negara


 Tadbir urus baik dapat meningkatkan daya saing negara kerana setiap penjawat awam
akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap perancangan pembangunan
kerajaan secara individu dan secara kolektif.
 Sebagai contoh,sentiasa membangunkan bakat dan kepakaran penjawat awam ke
peringkat yang lebih tinggi.
2. Meningkatkan prestasi perkhidmatan kerajaan
 Tadbir urus baik dapat mengurangkan karenah birokrasi dan memastikan penjawat
awam sentiasa menjauhi rasuah serta salah guna kuasa.
 Ketiadaan elemen-elemen negatif ini dapat memastikan perkhidmatan kerajaan akan
menjadi lebih efisien,professional dan cemerlang.
3. Memenuhi ekspektasi pelanggan
 Tadbir urus baik perlu bagi memenuhi ekspektasi pelanggan yang sentiasa mahukan
yang terbaik daripada penjawat awam.
 Penjawat awam yang mengamalkan tadbir urus yang baik akan sentiasa memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan.
Kesan negatif ketiadaan amalan tadbir urus baik akan (Fokus Soalan)

4. Menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.


 Sikap penjawat awam yang tidak mengamalkan tadbir urus baik menyebabkan
masyarakat hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awam.
 Sambutan masyarakat terhadap perkhidmatan awam akan merosot dan mereka
mungkin akan menjadikan perkhidmatan swasta sebagai pilihan.

5. Menjejaskan kemasukan pelabur asing


 Gambaran buruk terhadap perkhidmatan awam akan menjejaskan keyakinan pelabur
untuk melabur di negara ini.
 Syarikat luar negara akan hilang minat untuk melabur di negara ini dan memilih
negara lain untuk melabur.
Kesimpulan
 Usaha berterusan untuk membudayakan tadbir urus baik dalam sektor awam menjadi
agenda utama negara.
 Kerajaan amat mengutamakan amalan tadbir urus baik bagi merealisasikan sifat
pembaziran,pemborosan dan ketirisan.

Kombinasi Jawapan 3 +2 / 2 + 3

You might also like