You are on page 1of 2

Kemelut politik semakin berleluasa di negara kita dan semakin hari menjadi semakin

serius. Terdapat banyak kesan kemelut politik terhadap negara dan rakyat.

Antara kesan kemelut politik adalah imej negara terjejas. Hal ini dikatakan demikian
kerana, rusuhan daripada rakyat mungkin berlaku kerana mereka ingin menunjukkan
ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem politik negara. Keadaan huru-hara ini akan
mencerminkan kestabilan politik negara yang tergugat. Oleh hal yang demikian, maruah negara
akan dijatuhkan di peringkat antarabangsa. Jelaslah bahawa imej negara akan terjejas apabila
kemelut politik berleluasa.

Selain itu, kemasukan pelabur asing juga akan terjejas apabila berlakunya kemelut
politik. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila politik tidak stabil, maka pihak kerajaan akan
kerap bertukar tangan yang menyebabkan polisi negara juga berubah dengan kerap.
Kebiasaannya, pelabur asing ingin menjalankan aktiviti pelaburan dalam jangka yang panjang.
Namun, apabila sistem politik negara berada dalam keadaan yang tidak stabil, maka wang yang
dilaburkan akan terjejas. Oleh dengan hal yang demikian, pelabur-pelabur akan menarik diri
daripada melabur untuk mengelakkan kerugian. Benarlah bahawa ketidakstabilan politik akan
menjejaskan kemasukan pelabur asing.

Seterusnya, keselamatan negara akan terancam apabila wujud kemelut politik. Hal ini
dikatakan demikian kerana, ketidakstabilan politik yang berlaku boleh menimbulkan rusuhan.
Apabila situasi rusuhan tidak terkawal, banyak kes jenayah akan berlaku. Pergaduhan antara
perusuh dengan polis juga akan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Oleh
dengan hal yang demikian, keselamatan orang awam akan terjejas. Tegasnya, keselamatan
negara akan terancam akibat masalah politik.

Selanjutnya, kebajikan rakyat terjejas apabila kemelut politik berlaku. Hal ini dikatakan
demikian kerana, apabila kerajaan hanya mementingkan peningkatan politik, maka rakyat akan
terabai. Sebagai contohnya, apabila bantuan tidak diberikan kepada mereka yang memerlukan,
maka kebajikan dan keperluan rakyat akan terabai. Oleh hal yang demikian, rakyat tidak
menerima apa-apa faedah dan keuntungan. Atas rasional tersebut, ketidakstabilan politik akan
menjejaskan kebajikan rakyat.

Di samping itu, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan apabila berlakunya
kemelut politik. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakyat sering menzahirkan perasaan kecewa
terhadap masalah politik yang tidak berkesudahan. Hal ini akan mendorong kepada kejatuhan
kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Oleh hal yang demikian, keyakinan masyarakat
terhadap sistem demokrasi menurun ekoran tindak tanduk politik yang berbolak-balik. Jelaslah
bahawa masalah politik yang berleluasa akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan
terhadap kerajaan.
Kesimpulannya, masalah kemelut politik mendatangkan pelbagai kesan yang boleh
meruntuhkan perpaduan rakyat dan keamanan negara. Oleh hal yang demikian, semua pihak
perlu berganding bahu dalam mengatasi masalah politik agar negara kekal berdaulat dan rakyat
kekal bersatu.

You might also like