You are on page 1of 12

PUNCA, CABARAN

DAN PENYELESAIAN
TEMA : POLITIK
Kemelut politik yang
berpanjangan di negara ini
meninggalkan kesan tertentu
kepada negara dan rakyat.
Bincangkan.
Analisis Kehendak soalan
Isu : Kemelut politik yang berpanjangan
Fokus soalan : Kesan kepada negara dan rakyat
Format soalan : 2+3/3+2
Idea cadangan
• Kesan kepada negara
- menjejaskan imej negara
- menjejaskan pentadbiran negara
- menjejaskan ekonomi negara
- menjejaskan pelaburan asing
- menjejaskan industri pelancongan
- pembangunan negara terbantut
idea cadangan

• Kesan kepada rakyat


- hilang keyakian terhadap Kerajaan
- menjejaskan kebajikan rakyat
- mengancam keselamatan rakyat
- menggugat perpaduan rakyat
Pengenalan
Negara Malaysia turut berhadapan dengan
kemelut politik ekoran daripada
ketidakpercayaan terhadap pemimpin
tertentu dan perebutan kuasa. Kemelut
politik sebegini sudah tentu meninggalkan
kesan negatif kepada negara dan rakyat.
Kemelut politik yang berpanjangan akan
menjejaskan imej negara. Kemelut politik yang berlaku
dalam kalangan parti politik akan meninggalkan persepsi
negatif terhadap sistem tadbir urus negara. Oleh itu,
pertikaian antara parti politik disebabkan oleh ideologi
dan keutamaan manifesto yang tidak dipenuhi. Sebagai
contoh, isu pembatalan tol dan subsidi bahan api
sentiasa menjadi isu perbahasan dalam kalangan ahli
parlimen yang tiada noktah akhir. Hal ini telah
memberikan kesan negatif imej negara di peringkat
antarabangsa.
Seterusnya, kemelut politik yang berpanjangan
akan menjejaskan pentadbiran negara. Hal ini demikian
kerana, kerajaan yang memerintah tidak dapat
memberi fokus terhadap perancangan yang dibuat dan
tidak dapat melaksanakan pelbagai dasar untuk
membangunkan negara. Hal ini tercetus apabila,
pertukaran parti yang memerintah menyebabkan
segala dasar yang dirancang gagal dilaksanakan.
Keadaan ini akan menyebabkan pentadbiran di
peringkat pusat dan negeri tertentu menjadi tidak
tentu arah.
Selanjutnya, kemelut politik yang berpanjangan akan
menjejaskan ekonomi negara. Hal ini terjadi kerana,
kemelut politik berpanjangan telah menjejaskan
pengurusan ekonomi negara. Hal ini akan mempengaruhi
pergerakan mata wang negara dan rantaian ekonomi
secara keseluruhannya. Di samping itu, kegiatan
ekonomiu yang melibatkan perniagaan dan perusahaan
akan terhenti atas faktor keselamatan. Keadaan ini akan
memberi impak kepada bursa saham tempatan mencecah
ke paras terendah akibat kemelut landskap politik semasa.
Justeru, kemelut politik yang berpanjangan akan
menjejaskan kebajikan rakyat. Hal ini demikian kerana,
keadaan kemelut politik yang tidak sihat dan persaingan
kedudukan menyebabkan para pemimpin mula
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keperluan
rakyat. Justeru itu, ahli politik meletakkan kepentingan
parti politik masing-masing melebihi kepentingan rakyat.
Keadaan ini menyebabkan rakyat tidak mendapat apa-apa
keuntungan, malah rakyat dijadikan taruhan oleh ahli poltik
untuk mengekalkan kuasa mereka.
Seterusnya, kemelut politik yang berpanjangan akan
menggugatkan perpaduan rakyat. Negara Malaysia terdiri
dariada berbilangan kaum dengan ideologi potik yang berbeza.
Oleh itu, sikap segelintir ahli politik yang sering mengungkitkan
isu perkauman untuk mengelirukan fikiran rakyat demi
mengekalkan kedudukan mereka. Hal ini akan menimbulkan
politik kebencian terhadap parti lawan yang berbeza kaum dan
agama mencetuskan konflik perkauman. Di samping itu, akan
membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan antara
kaum. Keadaan ini akan menggagalkan hasrat negara untuk
merealisasikan visi dan misi Malaysia Madani.
Kesimpulannya, setiap ahli politik
hendaklah menjauhkan diri daripada
mengeluarkan sebarang kenyataan yang
boleh mencetuskan kemelut politik yang
berpanjangan demi kepentingan negara dan
rakyat negara ini.

You might also like