You are on page 1of 2

KESAN KRISIS EKONOMI BERKAITAN KESTABILAN POLITIK DARI SEGI

FALSAFAH LOGIK

KETIDAKSTABILAN POLIITIK MEMPENGARUHI PELABURAN NEGARA:

1- Implikasi kemelut politik negara ketika ini perlu dilihat kepada kesan jangka masa
panjang ke atas ekonomi negara berbanding kos mengadakan Pilihan Raya Umum
(PRU).

2- Beberapa pihak tidak bersetuju untuk meneruskan atau melakukan pembubaran


Parlimen dan mengadakan PRU kerana ini dianggap satu pembaziran kepada
kerajaan.

3- Jika keadaan politik negara dilihat tidak stabil oleh pelabur, ia akan menjadikan
negara semakin teruk.

4- Seperti apa yang diperkatakan oleh Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi &
Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, perkara
itu sebenarnya perlu difikirkan terlebih dulu berbanding dengan kos jangka pendek
bagi perbelanjaan PRU. “Bagi saya, apa yang penting pada ketika ini ialah kestabilan
politik. Jika keadaan politik tidak stabil, kos yang terbabit sebenarnya jauh lebih besar
daripada kos mengadakan pilihan raya.

5- Kerajaan Malaysia akan kehilangan peluang pelaburan bernilai berbilion ringgit.


Selain itu, kesan pengganda yang terlepas daripada segi penciptaan peluang pekerjaan
dan pembinaan infrastruktur baharu. Pasaran saham dan ringgit turut semakin
merundum. Hal in melibatkan kos bernilai berbilion ringgit.
KETIDAKSTABILAN POLITIK MEMPENGARUHI KESTABILAN MATA
WANG NEGARA:
1- Kadar pertukaran mata wang asing negara iaitu Ringgit berbanding Dolar AS
menunjukkan kesan kejatuhan disebabkan masalah politik yang meresahkan sejak
kebelakangan ini.
2- Ketidakstabilan ini memberi kesan kepada para pelabur kerana tidak menyajikan
persekitaran perniagaan yang kondusif.
3- Keadaan ini menyebabkan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga sebelum
membuat atau meneruskan momentum pelaburan dan mereka akan mengalihkan
pelaburan ke negara lain.
4- Apabila sejumlah pelaburan dialir keluar negara, maka melalui mekanisme pasaran
nilai mata wang negara, iaitu Ringgit akan mengalami penguncupan nilai. Hal ini
kerana Ringgit tidak lagi digunakan untuk urusan pelaburan atau sebarang bentuk
aktiviti perniagaan.
5- Selain itu, ia akan menwujudkan keadaan di mana terdapat lebihan Ringgit di pasaran
pertukaran asing. Ini bermakna jumlah penawaran Ringgit yang didagangkan adalah
melebihi jumlah permintaan.
6- Sebagai contoh, Ringgit mengalami susut nilai sebanyak 3.3 peratus iaitu berubah dari
4.19 kepada 4.22 per Dolar AS. Ini merekodkan kemerosotan nilai mata wang
tempatan, iaitu Ringgit yang menjadikan kos dan juga harga barangan atau input dari
luar negara menjadi lebih mahal.

You might also like