You are on page 1of 1

Kesan Terhakis Prinsip Integriti Dalam Kalangan Penjawat Awam

Pengamalan prinsip integriti penjawat awam merujuk kepada apabila seseorang menjawat
jawatan dalam perkhidmatan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara jujur
dan amanah mengİkut bidang kuasa dan tugasnya, telus patuh kepada segala peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan. Namun amalan tersebut kian terhakis dan meninggalkan
pelbagai kesan negatif.

Kesan penghakisan pengamalan prinsip integriti dalam kalangan penjawat awam


ialah akan menjejaskan imej semua pihak yang terlibat, sama ada individu, organisasi
mahupun negara secara keseluruhannya. Hal ini seterusnya akan meruntuhkan
kepercayaan pihak lain terhadap sistem tadbir urus organisasi yang berkenaan. Lebih buruk
Iagi apabila pihak asing memberi penarafan buruk terhadap tadbir urus kerajaan sehingga
membawa persepsi negatif masyarakat tempatan dan luar negara. Hal ini boleh
menunjukkan kelemahan tadbir urus kerajaan.

Penghakisan prinsip integrity ini juga akan menyebabkan kerugian kewangan.


Misalnya, perbuatan pecah amanah atau rasuah yang bernilai jutaan ringgit akan merugikan
wang negara. Projek-projek yang boleh menggerakkan ekonomi yang lebih cekap tidak
dapat disediakan. Jika ada sekalipun, kemungkinan besar kualiti projek adalah rendah atau
kos projek akan meningkat. Akhirnya, perbelanjaan akan meningkat dan pemangkin
pertumbuhan ekonomi tidak berhasil. Selain itu, juga dibimbangi pelaburan asing ke
Malaysia akan merosot disebabkan oleh indeks persepsi rasuah yang meningkat jika
masalah ini tidak dibendung

3) Keselamatan negara terjejas / terancam

- Ketiadaan integriti dalam tugas boleh menyebabkan masalah keselamatan akan


diabaikan.
- Sebagai contoh, jika kos pembinaan bangunan, jambatan dan jalan raya boleh ditolenrasi,
maka keselamatan oran ramai akan terancam.

4) Timbul rungutan dan aduan yang banyak dari orang ramai


- Bersikap sambil lewa.
- Layanan kurang baik terhadap pelanggang.
- Bersikap lepas tangan.
- Kerja tidak mengikut peraturan.

Kesimpulannya, amalan buruk ini merupakan suatu jenayah yang besar kepada
kemajuan negara. Oleh itu, seluruh anggota masyarakat bertanggungiawab memastikan
supaya prinsip integriti diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

You might also like