You are on page 1of 36

Konflik etnik dan agama jejas pelaburan asing di

Myanmar
Oleh MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
KONFLIK terbaru di Myanmar membabitkan etnik Rakhine yang beragama Buddha
dan Rohingya yang beragama Islam, menyukarkan usaha kerajaan baru pimpinan
Presiden Thein Sein untuk menarik pelaburan asing ke negara itu.
Insiden itu menjejaskan keyakinan pelabur asing tentang kesungguhan Yangon untuk
menjadikan Myanmar negara yang selamat dan stabil untuk pelaburan asing.
Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi awal bulan ini ketika berucap pada Forum
Ekonomi Dunia di Bangkok, menyentuh mengenai perhatian yang perlu diberikan
terhadap Myanmar sebagai destinasi baru pelaburan dunia.
Beliau juga mengingatkan para pelabur agar 'berhati-hati' apabila berurusan dengan
Myanmar ekoran krisis yang masih dihadapi oleh negara yang asalnya dipanggil Burma
ini.
Kebimbangan pemimpin itu jelas terbukti apabila beberapa hari kemudian berlaku
rusuhan kaum di negeri Rakhine yang setakat ini mengorbankan 80 nyawa.
Keganasan di negeri di barat Myanmar itu ternyata memburukkan imej Myanmar di
mata dunia dan menjejaskan kempen pelaburan yang sedang giat dijalankan oleh Thein
Sein.
Kawasan yang menerima kesan teruk akibat konflik tersebut ialah pekan pelabuhan
Thandwe yang dikenakan perintah darurat, sedangkan pekan itu merupakan destinasi
utama bagi industri pelancongan pantai Myanmar.
Turut terjejas, bandar Kyaukphyu yang menjadi pusat pelaburan utama dari China
untuk membina kompleks pelabuhan.
Menurut laporan laman web bisnes Mizzima, China merupakan pelabur nombor satu di
Myanmar dengan nilai pelaburan hampir AS$14 bilion (RM42 bilion) iaitu 34 peratus
daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing di Myanmar, sekali gus mengenepikan
Thailand dan lebih 31 negara lain.
Kebanyakan pelaburan itu diserapkan ke dalam industri tenaga hidroelektrik,
perlombongan dan dua industri utama iaitu minyak dan gas.
Pelaburan terbaru China adalah pada November lalu bernilai AS$4 bilion (RM12 juta)
dalam sektor tenaga dan kebanyakan pelaburan itu tertumpu di negeri Kachin, Rakhine
dan Shan.
Biarpun Beijing merupakan sekutu rapat Yangon, namun faktor keselamatan pastinya
dititikberatkan oleh China, lebih-lebih lagi kebanyakan pelaburannya dibuat di negeri
yang bergolak seperti Kachin dan Rakhine.
Konflik itu turut menjejaskan perpaduan yang ingin dipupuk oleh kerajaan baru, sekali
gus menjejaskan kestabilan yang cuba dipupuk Myanmar bagi memujuk Amerika
Syarikat (AS) dan Eropah menarik balik sekatan ekonomi sepenuhnya ke atas
Myanmar.
Penasihat ekonomi kepada Presiden Myanmar, Winston Set Aung semasa berucap pada
satu forum di Singapura baru-baru ini menyatakan bahawa, sekatan Barat itu
membataskan peluang Myanmar untuk hanya menerima pelaburan jangka pendek.
Beliau berkata, sekatan ke atas Myanmar perlu dibatalkan sepenuhnya, bagi memberi
laluan kepada pelaburan jangka panjang.
Sekatan itu juga perlu ditarik segera selepas Myanmar dilaporkan bakal menerima lebih
4,000 pelaburan daripada syarikat, kumpulan dan individu dari Barat yang
menunjukkan minat untuk melabur di negara itu pada bulan lalu.
Krisis etnik dan agama yang berlarutan meletakkan potensi pelaburan di dalam zon
tidak selamat dan bakal merugikan Myanmar kerana sukar melaksanakan projek
pembangunan dan infrastruktur untuk kemudahan rakyatnya.
Malah ia turut memberi impak negatif kepada beberapa kumpulan perniagaan berprofil
tinggi dari Britain, Perancis dan AS yang dijadual mengadakan lawatan ke Myanmar
dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Antara syarikat besar AS yang menunjukkan minat untuk melabur di Myanmar ialah
firma elektrik, General Electric dan firma pengangkutan berat terbesar dunia,
Caterpillar.
Namun, polisi AS yang masih menggantung sekatan ke atas Myanmar, menyebabkan
syarikat-syarikat Barat itu menangguhkan pelaburan mereka di negara itu.
Kedua-dua firma gergasi AS itu dilaporkan keliru dengan mesej berbeza daripada
Washington mengenai aktiviti perniagaan yang mungkin menjejaskan hak asasi
manusia dan kawasan konflik etnik, menyebabkan mereka tidak pasti had pelaburan di
Myanmar.
Kecelaruan bertambah apabila mesej berbeza daripada Myanmar sendiri menyebabkan
keyakinan syarikat terbabit terjejas ekoran pandangan berbeza mengenai pelaburan
asing yang dinyatakan oleh Yangoon dan Suu Kyi.
Untuk membuka peluang pelaburan yang lebih baik, kerajaan Myanmar perlu
mengambil langkah bijak dengan segera menangani isu-isu dalaman terutamanya
membabitkan perbalahan etnik di kawasan berpotensi untuk pelaburan.
Daripada segi kepimpinan pula, kerajaan dan pembangkang harus bekerjasama dan
berusaha keras untuk mempamerkan imej negara yang baik di mata dunia sebagai
usaha menggalakkan pelaburan asing
Sekiranya konflik di Rakhine terus meruncing, ia bakal merugikan kerajaan Thein Sein
yang telah melakukan banyak perubahan politik sejak setahun lalu, serta menyebabkan
Myanmar terjerumus ke dalam krisis etnik yang berpanjangan, sekali gus menutup
peluang untuk menarik pelaburan asing bagi memacu ekonomi negara itu.
http://m.utusan.com.my/Luar_Negara/20120625/lu_03/Konflik-etnik-dan-agama-
jejas-pelaburan-asing-di-Myanmar bertarikh 1.7.2014

Atasi konflik etnik untuk selamatkan ASEAN
Oleh: NORDIN JONID dan AZLINARIAH ABDULLAH
BERITA mengenai mayat-mayat tanpa kepala dan kubur besar bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai semakin
kerap menghiasi media massa sejak kebelakangan ini.
Gambar-gambar yang menyayat hati dan berita yang mencabar nilai kemanusiaan mengenai pembunuhan itu adalah
cerminan daripada sebahagian konflik etnik yang sedang mengancam kehidupan kita.
Kalangan ahli sejarah dan pakar sains politik bersetuju terhadap faktor utama mengenai punca sebenar konflik etnik
adalah akibat ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa.
Mereka juga sependapat bahawa toleransi dan pengorbanan sesuatu etnik adalah penting dalam mewujudkan
keharmonian dan seterusnya kestabilan negara atau wilayah masing-masing.
Konflik etnik sebenarnya, bukan sahaja berlaku di rantau Asia Tenggara, tetapi juga di Eropah dan Amerika. Tetapi
perkembangan mutakhir memperlihatkan konflik etnik yang berlaku di beberapa negara di Asia Tenggara perlu
diberikan perhatian serius dan ditangani dengan sebaik mungkin.
Ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan kawasan atau negara di mana sesuatu konflik itu berlaku tetapi pada
akhirnya ia boleh mengancam kestabilan serta meruntuhkan kekuatan dan kelebihan rantau ini.
Ketua Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nabir Abdullah berkata, secara amnya sesuatu konflik
perlu dilihat secara tersendiri dari segi sejarah, faktor penyebab, dimensi dan skop, ciri-ciri, kaedah konflik dan
pengurusan konflik yang digunakan serta pengaruh luar.
Beliau menjelaskan, konflik yang wujud pada zaman prakolonial adalah berbeza dengan konflik di zaman kolonial.
Konflik sebelum berakhir Perang Dingin berbeza dengan era selepas Perang Dingin.
Usaha pembinaan negara bangsa disertai oleh pembangunan am. Kesemua itu menuntut toleransi serta pengorbanan
`dalam memberi dan menerima' yang dikira adil.
Bagaimanapun, kadangkala tuntutan toleransi dan pengorbanan itu tidak seimbang kerana kepentingan golongan
atau mempunyai objektif tertentu.
``Faktor ketidakseimbangan adalah faktor yang dominan dalam mewujudkan sesuatu konflik,'' kata Dr. Nabir.
Menurut beliau, ketidakseimbangan itu termasuk juga perbezaan antara pendirian tradisi dengan kemajuan, antara
kawasan, antara etnik, antara fahaman, antara kelas dan sebagainya.
Ketidakseimbangan yang terasas oleh faktor-faktor ini di peringkat ekstrem akan menyebabkan usaha-usaha
pemisahan entiti dan politik berlaku.
Bagi menjelaskan perbezaan itu, faktor sejarah, perbezaan asal usul, budaya dan agama telah dijadikan landasan
perjuangan. Misalnya, seperti apa yang berlaku di selatan Filipina dan sempadan Myanmar-Thailand. Malah, apa
yang berlaku di Acheh dan beberapa konflik sebelumnya di Kalimantan, Sulawesi dan selatan Thai turut termasuk
dalam kategori ini.
Menurut Dr. Nabir, faktor ketidakseimbangan itu akan melonjak lagi apabila tercetus perasaan cemas tentang
robohnya benteng pertahanan (kelangsungan) sesuatu puak atau etnik, sama ada ancaman itu memang wujud atau
sekadar tanggapan.
``Persoalan maruah terkandung dalam perasaan cemas itu. Maruah ini dilihat dalam bentuk agama, bangsa, bahasa,
budaya, ekonomi dan kuasa,'' katanya.
Peristiwa di Kalimantan menunjukkan kewujudan unsur cemas tersebut. Puak Dayak melihat pencerobohan kawasan
tradisi mereka sebagai mengancam kelangsungan atau survival mereka.
Sebenarnya, kehadiran orang Madura sudah lama berlaku tetapi kehadiran mereka dalam bilangan yang terlalu
ramai dan berlakunya pencerobohan yang ketara telah mencetuskan konflik etnik Dayak-Madura.
Sementara itu, pensyarah di Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa, Tengku Mohar Mokhtar berkata,
konflik etnik boleh dilihat daripada banyak perspektif seperti pembentukan sistem politik.
``Ambil contoh di Indonesia, sistem politiknya agak berlainan, tidak seiring dengan masyarakatnya yang pelbagai
kaum. Pada suatu masa Amien Rais (speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat) cuba mengubah sistem kepada sistem
federalisme, sistem itu ada diamalkan di Malaysia sekarang.
``Ia (sistem itu) mempunyai kuasa tertentu yang sesuai dengan unit-unit iaitu negeri-negeri seperti yang diamalkan
di Malaysia. Di Indonesia, kuasanya terlampau berpusat, tetapi kumpulan etnik pula adalah berbeza,'' katanya.
Misalnya, kes Timor Timur yang diperintah oleh Indonesia pada 1977. Begitu juga di Acheh yang merasakan
perbezaan menerusi pemusatan kuasa. Perkara yang sama turut berlaku di Filipina di mana tonggak kuasanya
berpusat di Manila.
Tengku Mohar berkata, konflik mungkin dapat dikurangkan jika negara itu berubah daripada pemusatan kuasa. Di
Myanmar terdapat beberapa kumpulan masyarakat yang merasakan diri mereka terpinggir seperti etnik Shan, Karen
dan Mon. Konflik etnik juga melibatkan masalah identiti kerana ia berbeza dengan ideologi politik.
``Pergantungan emosi itu timbul apabila bercakap fasal identiti. Jika identiti ditarik balik atau dicabar, pertempuran
akan meletus atau (hubungan etnik) mungkin menjadi lebih bahaya,'' tegasnya.
Beliau berkata, permulaan bagi sesuatu konflik itu berlaku adalah berbeza-beza serta mempunyai sifat yang
berlainan. Ia mungkin berkaitan dengan suasana masyarakat yang merasakan diri mereka mungkin terpinggir.
Selain itu, ia juga mempunyai kaitan dengan masalah sumber-sumber seperti tanah, kekayaan ekonomi, air dan
sebagainya.
Dasar sosioekonomi yang tidak cukup lengkap boleh menyumbangkan kepada konflik etnik. Bukan mudah
menguruskan masyarakat berbilang kaum. Malaysia, misalnya, mempunyai banyak bangsa di mana satu kaum
(Melayu) dapat menerima kaum yang lain tinggal bersama mereka.
Golongan elit politik sesuatu kaum boleh membincangkan pengagihan kuasa dan kekayaan ekonomi. Idea atau
prinsip utama sistem itu ialah setiap etnik akan merasakan mereka diwakili. Keadaan ini tidak berlaku di Indonesia
di mana terdapat sesetengah etnik yang merasakan mereka tidak diwakili.
Tetapi kata Tengku Mohar, keadaan di Thailand agak berbeza dengan Indonesia kerana speaker Parlimennya pernah
mempunyai seorang Islam yang mewakili masyarakat di Patani.
Meskipun kadangkala terdapat konflik etnik di Thai tetapi ia tidak melibatkan keganasan yang keterlaluan. Ini kerana
kerajaan pusat di Thailand telah menggunakan pelbagai cara bagi mendekati masyarakat Patani.
Berdasarkan senario pada masa ini, pengurusan konflik etnik menjadi semakin penting bagi mengelakkan berlakunya
lebih banyak pertempuran etnik.
Menurut Dr. Nabir, beberapa pertempuran baru akan muncul sama ada di kawasan yang telah pernah wujudnya
konflik ataupun di beberapa kawasan baru.
Beliau berkata, di Vietnam sendiri telah wujud konflik etnik. Di barat laut Vietnam iaitu kira-kira 200 kilometer dari
bandar raya Ho Chi Minh telah berlaku konflik yang mengorbankan tidak kurang daripada 100 orang.
``Dasar Vietnam yang meneruskan tradisi mem-vietnamkan semua etnik minoriti menjadi punca utama konflik itu,''
katanya.
Menurut Dr. Nabir, konflik etnik yang berlaku di barat Myanmar mungkin akan berlaku semula jika pengalaman
yang dilalui oleh masyarakat Islam Rohingya diambil kira. Di Kemboja juga akan wujud konflik yang berteraskan
kepada survival etnik.
Potensi konflik etnik mungkin kurang di selatan Thailand tetapi jika konsep Rat Thai (cintakan Thai) disalahgunakan
bagi pencerobohan yang meningkatkan lagi ketidakseimbangan serta mewujudkan kecemasan survival etnik Melayu
Patani, maka kemungkinan berlaku konflik tetap ada.
Seterusnya, di Filipina, kawasan di kepulauan Luzon juga mempunyai potensi konflik etnik terutamanya kerana
faktor perlanggaran kawasan tradisi.
Mengenai pengurusan konflik etnik, Tengku Mohar berkata, terdapat dua kaedah pengurusan bagi menangani
masalah tersebut iaitu di peringkat kerajaan setiap negara di rantau ini atau di peringkat pertubuhan serantau iaitu
ASEAN.
Di peringkat negara, hanya kerajaan sesuatu negara yang boleh mencari jalan bagi menyelesaikannya. Di peringkat
rantau, ASEAN perlu lebih memainkan peranan lebih efektif.
Tengku Mohar mencadangkan supaya diperbanyakkan program sosial antara negara atau program kebudayaan.
``Segi tiga ekonomi adalah cara baik dalam menangani soal ini kerana melibatkan pembangunan sosial,'' kata beliau.
Bagaimanapun, pengurusan konflik sahaja tidak membantu mencegah konflik etnik jika sesuatu etnik tidak dapat
menerima identiti kenegaraan di sesebuah negara.
Ia banyak bergantung kepada sejauh mana seseorang atau sesuatu etnik menerima identiti kenegaraan.
Menurut Tengku Mohar, pengorbanan sesuatu etnik dalam menerima identiti kenegaraan adalah sangat penting.
Begitu juga tentang pentingnya sesuatu etnik itu diwakili supaya tidak timbul perasaan mereka dipinggirkan oleh
pemerintah atau kerajaan.
Bagaimanapun, dalam keghairahan meneruskan kelangsungan hidup masing-masing mungkin ada yang terlupa
tentang pentingnya menghormati hak orang lain untuk turut sama memperoleh keselesaan dan keselamatan hidup.


Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=r
e_06.htm#ixzz36ArwtbnF
Utusan Melayu (M) Bhd bertarikh 1.7.2014
KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU
GLOBAL (MTP 3012)
KONFLIK ETNIK DAN RAS
Pendahuluan
Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia.
Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-
masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik
dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih
berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap
wujud di setiap pelusuk dunia.

Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak
puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya
yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan
Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti
Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di
negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa
ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Maka,
timbullah persoalan samada konflik etnik dan ras akan berkesudahan?


Pengertian Terhadap Etnik dan Ras
Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan
yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan
jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia
pernah dibahagikan kepada
kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada
perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.
Walau bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana
memang terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana
kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi dan
perkahwinan campur sering berlaku di antara satu sama lain. Kesannya akan
menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat
digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.
Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinasikan
sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna
kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkat laku, kelakuan atau tahap intelektual.
Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka
adalah lebih unggul daripada kaum lain.
Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka
dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun,
pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya menurut
Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan
mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia
yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna
kulit, rupa bentuk dan sebagainya.
Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk didefinasikan dengan jelas dan tepat kerana
telah berlaku campur aduk golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan
campur. Ramai ahli sosiologi turut bersetuju dengan pendapat sedemikian.
Contohnya, Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa istilah ras itu mengelirukan
kerana ianya mempunyai empat pengertian utama.
i. Ras digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia
atas dasar perbezaan "phenotype" dan "genotype". Walau bagaimanapun,
tiada sebarang persetujuan yang dicapai oleh ahli antropologi dan
sosiologi dan kebelakangan ini pengertian ini telah pun ditolak oleh
sebahagian besar pakar sains sosial.
ii) Ras juga digunakan untuk memperihalkan suatu
kelompok manusia yang mempunyai beberapa ciri
kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan:
ras Peranchis dan ras Yahudi).
iii) Ras juga digunakan secara longgar sebagai erti sekata
dengan perkataan spesis (species). (Misalan: ras manusia).
iv) Ras juga digunakan untuk merujuk kepada suatu
kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap
oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-
kelompok mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak
dapat diubah.
Namun begitu, Van den Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat
sahaja sesuai digunakan dalam konteks sains sosial.
Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada
golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari
etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama.
Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara
fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan
agama. Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep "kelompok etnik" digunakan bagi merujuk kepada
golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam,
bahasa, agama dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik
kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di
Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya
dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras
dalam keadaan tertentu.
Mendalami Konsep Rasisme
Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan akar-umbi segala bentuk rasisme.
Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok
manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama,
pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam
dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan.
Kebiasaannya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk
tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka
sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti.
Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak
mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain -
Teori Scapegoat (Dollard, 1939).
Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelama ncian secara membuta-tuli
tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976).
Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes "pembersihan
etnik" (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler
merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu
keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman
sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).
Rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia. Beberapa
percubaan telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi
cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal
kecewaan atau authoritarian personality (penguasaan individu dominan ke atas yang
lemah) (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxis pula, rasisme
lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan)
untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih
dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220).
Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud.
Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi
fizikal supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua,
kelompok-kelompok tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam
keadaan ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).



Kesan-Kesan Sentimen Perkauman/Rasisme
Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan
keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari
rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa
diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan
pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan
pekerjaan.
Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan,
peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga kaum-kaum yang tinggal jauh dari
kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada mereka yang masih tinggal di
kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan
kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan
dan pembunuhan secara besar-besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi
di Jerman semasa pemerintahan Hitler.
Konflik Etnik Dan Ras Di Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan
sistem perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun
perhambaan telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah
dihapuskan. Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah
pembentukan "American Creed" (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai
kesamaan, demokrasi, kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang
bentuk diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk.
Sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam
pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika
Syarikat, namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan
kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat
mencapai kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh.
Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh
dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit
hitam (Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah
dilancarkan secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh
bandaraya Los Angeles menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu.
Namun, tidak banyak yang berubah sejak itu. Sentimen kebencian masih menebal di
antara ras dan etnik.
Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih
berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme
(individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai
kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih
diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit
putih dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan
masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak
memanafaatkan kaum kulit hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasan-
kawasan mundur yang dikenali sebagai "ghettoes".
Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena "Hate
crime" iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau
harta bendanya (Macionis, 1998: 141). Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James
Byrd Jr. di Texas baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam
telah diikat pada trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih
yang dipercayai anti kaum kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).
Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam
terhadap konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir
masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman
sehinggakan mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik.
Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan
ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220).
Keputusan mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan
hukuman kepada kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan
ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam.
Konflik Etnik Dan Ras Di Asia Tenggara
Di Asia Tenggara, corak diskriminasi yang berlaku berbeza dari keadaan di Amerika
Syarikat, Britain atau Afrika Selatan dalam dua aspek yang berlainan. Masalah ras di
Amerika Syarikat, Britain dan Afrika Selatan kebanyakannya melibatkan hubungan
kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam yang lebih, berasaskan kepada perbezaan
fizikal, sedangkan situasi di Asia Tenggara biasanya melibatkan isu perbezaan etnik
dan kebudayaan.
Di Malaysia
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau
kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau
budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama
menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negare kita dibentuk
berasaskan kepada garis perkauman atau etnik.
Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan merebut hak-hak
yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain, keharmoni dan
kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat
dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat
terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan
pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan
pekerjaan.
Organisasi-organisasi yang demikian akan bersaing untuk mendapatkan sokongan
seluas mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa
faktor penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila
kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan
dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam
sesebuah negara.
Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di Malaysia.
Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 tahun, tetapi kesan
penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan British
bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di
Malaysia iaitu golongan Melayu. Cina dan India.
Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah, bahasa dan
kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga sekarang. Dasar
imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara
ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi
mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan mereka akibat dari
kegiatan ekonomi yang berlainan.
Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk
menyatupadukan rakyat yang berbagai etnik itu. Malah apa yang dilakukan ialah
mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada segelintir rakyat khususnya
golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sedangkan pendidikan
Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja. Pendidikan untuk orang-
orang bukan Melayu tidak dipedulikan langsung.
Oleh sebab itu, orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka
sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan pendidikan yang tidak
terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politik yang berbeza. Di
samping itu, melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris telah meninggalkan
kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan
stereotaip di kalangan mereka.
Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu
supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih
tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula,
terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di
kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya
kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak
wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka. Semua kesan ini sukar
untuk dikikis habis-habisan biarpun kita telah lama bebas dari belenggu penjajahan
British.


Di Indonesia
Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada
keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami
masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik
etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-
kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang
melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah ethik.
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab
konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan
yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi
di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalah kepincangan
ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan
etnik. Boleh dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang
mendalam kepada keamanan sesebuah negara.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan
mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan
berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya.
Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di
antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi
dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.
Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan
untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan
rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman
di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya.
Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu
sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka.
Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan
permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.
Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan
atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga
faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan
mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik.
Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan
mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh
menimbulkan perbezaan dalam kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita.
Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh
menyebabkan berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai
kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial
mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh
menimbulkan masalah etnik.
Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara Balkan
Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di
negara-negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah,
struktur etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas negara
Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan
kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.
Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis
bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara
sempadan yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam
pembahagian enam wilayah autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina,
Montenegro, Macedonia dan Serbia) (Macionis, 1998:44)
Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun
1980. Kesempatan ini telah memperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb,
Croat dan Muslim terheret dalam kancah pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb
merupakan kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujud sebagai
kaum majoriti di Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di
Croatia dan Bosnia. Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila
wilayah Slovenia dan Croatia mengisytiharkan kemerdekaan.
Walaupun mendapat pengikhtirafan antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia
segera mendapat reaksi dari kaum Serb di Serbia dengan penghantaran tentera bagi
menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah tersebut. Kemerdekaan Slovenia
berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat dari pihak Serb kerana tidak
mempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya terpaksa mempertahankan
wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi mereka dan juga tentera
persekutuan Serbia.
Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa Bosnia-
Herzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April, 1992 selepas suatu pungutan suara.
Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kira tahap kepekaan di kalangan
etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum
Muslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal
menanti (Fogelquist, 1995).
Selain dari tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut
menyebabkan Bosnia secara tidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah
penubuhan republik Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan oleh Empayar
Rom, zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua Perang Dunia,
kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau
bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan
komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).
Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan.
Selepas kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia, Slobodan
Miloshevich yang melaung-laungkan agenda "nartional question". Agenda tersebut
bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yang
bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania
di wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Melalui kempen "pembersihan etnik"
(ethnic cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung
halaman, wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di
kem-kem tahanan.
Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi.
Miloshevich berusaha untuk memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi
pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali,
konflik Bosnia juga memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dalam misi keamanan di Yugoslavia.
Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi dan memihak
kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia (Fogelquist, 1995).

Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negara
Konflik Etnik Dan Ras Di Britain
Di Britain juga tidak lepas dari masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di
Britain (yang terdiri dari penduduk yang berasal dari Hindi Barat, India, Pakistan dan
lain-lain) tidak melebihi dari dua peratus dari jumlah penduduknya. Walaupun
diskriminasi ras diharamkan di sisi undang-undang, bentuk-bentuk diskriminasi yang
tidak rasmi masih berlaku, terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan dan
perumahan.
Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika Selatan
Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun 1994 di
Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum
pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum
bukan kulit putih (Frederickson, 1981).
Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat lain seperti Amerika Syarikat dan
Britain, di mana diskriminasi dan prasangka diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika
Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihak pemerintah melalui undang-
undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu amalan hidup.
Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau lebih
rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan
undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk
memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Konflik Etnik Dan Ras Di Rwanda
Konflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum
majoriti Hutu. Konflik di Rwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme.
Semasa zaman penjajahan Jerman dan Belgium, kaum minoriti Tutsi telah diberikan
peluang pendidikan dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilan pembahagian
sosio ekonomi yang dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang
mendalam dalam hubungan antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan
jauh dari segi pembangunan dan sentiasa diketepikan oleh penjajah.
Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang
tunggak kepimpinan negara Rwanda. Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak
kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik tercetus dan hampir sejuta rakyat
tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda berada dalam
kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu.
Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-China
Konflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah
disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih
daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer
Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan
pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah
meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara
Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak
berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.
Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya
konflik etnik dan ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan
negara lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya
masalah etnik dan ras ini :-
1. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari
aspek politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang
mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah
memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat.
Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan
padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan
keberkesanan persaingan itu. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana
terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk
memenangi persaingan. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat
majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah
tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada
berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan
ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.Apabila
kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.
2. Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor
yang utama pendorong berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah
masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang
mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan
pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status
lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran
dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi
secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini.
3. Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau
kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya
wujud apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras,
kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh
membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan
mereka sendiri. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud
hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah
sama maka tidak akan wujud konflik . Ini dapat dilihat dari perspektif
"transcendentalisme" di mana sifat murni diri perlu wujud agar terhindar
konflik etnik dan ras.
4. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya
kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk
melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras,
jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di
kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian
boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras.
5. Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural
diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di
kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional.
6. Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk
mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif
perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan
persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga
seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media
elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.
Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan Ras
Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun
rakyatnya. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang
musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara
yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras.
Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan
strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.
Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi
kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat
penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara
kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan
kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih
diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam
perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka,
kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan
berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada
kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-
etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.
Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin
keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem
pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan
kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.
Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan
persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di
kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang
berkesan .
Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan
kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik
yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan
dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul
dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini
boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Kesimpulan
Dalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan
Asia Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalam berlakunya konflik
etnik dan ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada
negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik
ini berlaku.
Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari
keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan
sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan
majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang
akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa,
agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras.
Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma
akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada
rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak
diingini tidak berlaku.
Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan
perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah
negara itu .
RUJUKAN
Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J.,
1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Fredrickson, G. M., White Supremacy: A Comparative Study in
American and South African History, dalam Macionis, J.J.,
1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA.
Katz, Phyllis A., 1976. Towards The Elimination Of Racism, New
York: Pergamon Press.
Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics,
Wayne State University Press: Detroit.
Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard
University.
Sanusi Osman, 1989. I katan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P.,
1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
http://sarjana.tripod.com/konflik1.html bertarikh 1.7.2014





Isu Etnik di Asia Tenggara Mesti Diselesaikan
Isu etnik bukan sahaja menjadi halangan bagi pembangunan dan pembaharuan di beberapa negara
Asia Tenggara, bahkan memberi kesan negatif kepada integrasi ekonomi serantau.
Di Rakhine, Myanmar, beribu-ribu orang penduduk terpaksa berpindah akibat konflik etnik; di
kawasan selatan Filipina, gerakan pemisah masih berleluasa; di kawasan selatan Thailand pula,
serangan bom teruk menjejaskan kehidupan rakyat tempatan.
Terdapat tiga ciri utama dalam isu etnik di kawasan Asia Tenggara. Pertama, masalah tersebut
amat rumit kerana terdapat lebih 500 juta penduduk daripada 300 etnik menetap di kawasan itu.
Kedua, sebahagian daripada kawasan etnik minoriti amat mundur. Dan ketiga, sebilangan etnik
minoriti di Asia Tenggara terpengaruh oleh fahaman pemisahan dan terlibat dalam serangan
keganasan.
Masalah-masalah tersebut mula timbul pada zaman penjajahan. Sehingga hari ini, negara Asia
Tenggara masih lagi terikut-ikut dengan fahaman Perang Dingin. Tambahan pula, perbuatan AS
selama ini untuk mengubah gaya hidup rakyat di Asia Tenggara turut merumitkan lagi masalah
tersebut.
Kebelakangan ini, negara Barat mula memberikan perhatian tinggi terhadap konflik etnik di Asia
Tenggara. Ramai sarjana Barat ingin menyelesaikan masalah tersebut mengikut cara sistem
demokratik Barat. Namun, pergolakan yang berlaku di Asia Barat dan Afrika Utara memberi
pengajaran kepada negara-negara di kawasan Asia Tenggara agar tidak terlalu bergantung kepada
Barat.
Model Barat belum tentu akan cocok dengan keperluan negara Asia Tenggara. Oleh itu, negara-
negara rantau itu perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menyelesaikan isu etnik mereka,
contohnya dengan mengkaji perbezaan antara budaya, serta interaksi dan komunikasi antara
pelbagai etnik.
Pembangunan ekonomi dan budaya juga merupakan asas bagi penyelesaian masalah integrasi
etnik. Tanpa pembangunan, masalah tersebut tidak dapat diselesaikan. Jika tidak diselesaikan,
masalah etnik pula akan membantut pembangunan ekonomi. Ia akan menjadi suatu kitaran yang
tidak berkesudahan. Tambahan pula, keadaan ekonomi yang buruk akan semakin merumitkan
keadaan antara etnik minoriti dengan pihak kerajaan di kawasan Asia Tenggara.
ASEAN juga perlu memainkan peranan penting dalam penyelesaian masalah tersebut. Kerjasama
dalam penyelesaian masalah etnik juga menjadi langkah yang penting bagi negara-negara ASEAN
dalam mencari model pembangunan serantau yang sesuai. Nescaya, pembangunan negara-negara
ASEAN akan menjadi lebih stabil jika masalah etnik berjaya diselesaikan
http://malay.cri.cn/601/2012/07/30/242s133092.htm bertarikh 1.7.2014

ISU KEGANASAN DAN PENINDASAN ETNIK ROHINGYA

Pengenalan

Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang
telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan
dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik
etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik
Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman
pihak kerajaan Junta.

Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir
dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha.
Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik
Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa
ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan
hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang diberikan oleh penduduk dunia juga tidak
semuanya telus disampaikan kepada orang Rohingya ini.

Setiap hari orang-orang Rohingya ini berhijrah mencari tempat yang lebih
selamat untuk diduduki.Lebih ramai wanita-wanita dirogol oleh tentera Junta setiap hari.
Masalah mereka tidak diberikan perhatian dan telah diabaikan selama bertahun-
tahun.Malah tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan
mempertahankan mereka supaya hidup sejahtera di bumi ini.

Faktor Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat lima faktor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik
Rohingya telah dikenalpasti iaitu tidak diakui kewarganegaraannya , dikriminasi agama,
sejarawan Burmamenafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang Citizenship
Law (1982), dan ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia.
Faktor pertama ialah Myanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang
berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu
memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja
yang tinggal di negara tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948,
yang dianggap sebagai warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar
selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan
mengancam keselamatan negara tersebut.
Faktor kedua iaitu dikriminasi agama Islam oleh penganut agama uddha. Hal ini
keranamasjid tidak diperbaiki, penggantian masjid dengan pagoda Buddha,
perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan
menganut Buddha. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai
hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya.
Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan,
Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk
seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama
Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha.
Faktor ketiga iaitu sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam
sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa
Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma, dan nama Rohingya muncul setelah
tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma
menolak kewarganegaraan mereka.State Law and Order Restoration Council (SLORC)
telah menyisihkan Rohingyas kerana Rohingya adalah muslim dan agama Buddha
mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.
Faktor keempat iaitu undang-undang Citizenship Law (1982) menyisihkan etnik ini.
Pada 1982 pemerintah Junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan
Citizenship Law (1982) yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik
Rohingya apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama
50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta. Akibatnya
tentera Rohingya mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-
tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
Faktor terakhir ialah ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara jiran
sepertiBangladesh menolak kemasukan pelarian Rohingya dalam sempadan negara
mereka. Mereka tidak mengakui Roinga merupakan bangsa serumpun dengan mereka.
Dasar Bangladesh telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan
Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan
pelarian apabila ditindas semula olehjunta Burma.
Kesan Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya Kepada Masyarakat dan Negara
Isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah memberi kesan kepada
masyarakat dan negara kita. Walaupun ianya tidak berlaku di negara ini, namun
kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Antara kesan yang jelas sekali ialah kebanjiran pelarian etnik ini di negara Malasia.Bagi
mereka, negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat untuk mencari perlindungan
dengan menggunakan kad pelarian UNHCR. Mereka dibenar untuk bekerja di negara
ini. Namun terdapat laporan dari media maya yang mengatakan isu pelarian Rohinga
menjadi pengemis di jalanan.
Kedatangan pelarian Rohingya dalam jumlah yang banyak memerlukan kem pelarian
yangbesar dan mempunyai kelengkapan yang cukup bagi menampung keperluan
pelarian ini. Ini memberi kos perbelanjaan yang besar kepada kerajaan dan UNHCR.
Namun ianya bukanbeban kerana menjadi tanggungjawab sosial dan kemanusiaan
negara ini membantu pelarian tersebut.
Selain itu, isu ini mengeruhkan hubungan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Isu
ini boleh memberi gambaran negatif kekejaman penganut Buddha teradap umat Islam.
Pertempuran sering berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha yang
menyebabkan ramai orang Islam Rohingya kehilangan tempat tinggal.
Walaupun berbeza kaum, namun atas nama sama agama umat Islam negara ini
mengutuk keras tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim . Ianya
sedikti sebanyak melahirkan rasa benci antara penganut dua agama ini.
Nilai kemanusiaan juga semakin hari semakin luntur dalam masyarakat. Isu
penindasan seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan dan masyarakat tidak terlalu
ambil peduli mengenai isu ini. Hasil pemantauan perincangan di forum Cari Gold di
laman maya jelasbersetuju dengan tindakan kejam dan tiada perikemanusiaan oleh
junta Burma terhadap etnik Rohingya.
Cadangan Cara Mengatasi Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat beberapa cadangan cara untuk mengatasi isu ini iaitu kerajaan Malaysia
seharusnya menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO,
ASEAN dan sebagainya. Seterusnya menagmbil inisiatif sistematik dan berterusan agar
Rohingya dapat mendapatkan kewarganegaraan mereka.

Selain itu, masyarakat dunia perlu menggesa junta Burma menghentikan
penindasan dan kekejaman ke atas orang-orang Rohingya dengan secepat mugkin
sebelum lebih ramai lagi nyawa yang melayang. Penyiasatan hendaklah dilakukan
secara menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar orang-orang Rohingya.

Peranan Association of Southest Asian Nation (ASEAN)untuk bersuara dan meminta
kerajaan Junta menghentikan penyiksaan ini amat perlu kerana Myanmar merupakan
salah satu anggota ASEAN. Kerajaan Junta pula mesti menyiasat kembali undang-
undang yang telah digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkan. Oleh
itu masyarakat Rohingya dapat diiktiraf sebagai warganegara.

Aung San Su Kyi yang pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel yang
melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia untuk mainkan
peranan yang lebih jujur dan komited serta bertegas dengan kerajaan di Rangon untuk
menghentikan kezaliman ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Rohingya sebenarnya bukanlah satu ancaman kepada Myanmar.
Perkara ini semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar tidak menerima
orang-orang Islam di sana. Masalah ini berlarutan kerana pertubuhan seperti ASEAN
tidak memandang berat perkara ini. Sepatutnya mereka meneliti setiap masalah yang
dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN bukan kearah memperkasakan ekonomi sahaja
tetapi soal kemanusiaan, dan keprihatinan patut dititik beratkan. Masalah orang-orang
Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus
dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil
peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui
akan kezaliman yang dilakukan mereka.

Rujukan
http://www.mapim.org/sejaraharakan/
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lebih-400-orang-rohingya-ditahan-di-langkawi-
1.116666
http://billyinfo.blogspot.com/2012/06/mengenali-etnik-rohingya-di-
myanmar.html#axzz2fmzrTRKy
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-359903.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120810/re_05/Nasib-Rohingya-umpama-
etnik-Bosnia


http://www.kabanfm.my/2013/09/isu-antarabangsa-isu-keganasan-dan.html bertarikh 1.7.2014



KONFLIK PEPERANGAN KELAS ETNIK TUTSI DAN HUTU DI CONGO
Konflik peperangan berkenaan perbezaan kelas di antara etnik Hutu dan Tutsi merupakan di antara
konflik perang saudara yang paling tragik pada abad ke 20. Konflik berdarah di antara etnik Hutu dan
Tutsi ini bermula selepas pembunuhan lebih 80,000 hingga 200,000 etnik Hutus oleh tentera Tutsi pada
tahun 1972 di Burundi. Penghapusan kaum di anta dua etnik ini kian serius apabila etnik Hutus
menyasarkan tentera Tutsi yang menyebabkan angka kematian meningkat di antara 800,000 hingga 1
Juta dalam temph 100 hari pemberontakan bersenjata yang di lihat mula reda pada penghujung
tahun 1994. Apa yang menyedihkan konflik perang saudara etnik Tutsi dan Hutu ini tidak ada faktor
penyebab yang konkrit kerana kedua dua etnik ini menuturkan bahasa yang sama
iaitu Bantu danPerancis.

Kedua-dua etnik ini juga menganut Agama Kristian dalam mazhab Roman Katolik dan Kristian
mazhab Protestan. Jika di lihat kepada faktor pencetus, etnik Tutsi seharusnya di persalahkan. Tetapi,
negara Jerman dan Belgium yang pernah menjajah mereka telah cuba untuk mengkategorikan kedua-
dua etnik ini yang seterusnya mencetuskan peperangan. Jika di nilai dari segi perbezaan kelas, etnik
Tutsi di lihat mempunyai strata yang tinggi dalam masyarakat serta kaya dan etknik Hutu lebih rendah
strata sosialnya (pengembala lembu). Etnik Hutu berasal dari Chad dan memiliki sistem pemerintahan
beraja sebelum di gulingkan oleh penjajah Belgium pada awal tahun 1960. Keadaan ini menyebabkan
etnik Hutu cuba melakukan rampasan kuasa di Rwanda tetapi berjaya di gagalkan oleh etnik Tutsi
Kemuncak pada konflik peperangan kelas ini ialah:


Pada 6 April 1994, Presiden Rwanda Habyarimana Juvenal (Hutu), telah dibunuh apabila pesawat yang di
naikinya telah ditembak jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali.


Presiden Burundi, Ntaryamira Cyprien (Hutu) juga terbunuh dalam serangan ini.


Kini pemberontakan di Congo di kuasi oleh kumpulan Pergerakan Mac 23 yang di ketuai oleh Jeneral
Soltani Makenga
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=694731 bertarikh 1.7.2014



Tentang Konflik Rwanda
Akar Konflik dan Aktor yang Terlibat
Rwanda adalah salah satu negara yang berada di benua Afrika, dan
negara yang penduduknya berkulit hitam ini memiliki sebuah sejarah yang
tidak akan pernah dilupakan Rwanda, bahkan dunia pun tidak akan
melupaknnya. Konflik ini menyebabkan terjadinya genosida terhadap suku
lain yang dilakukan salah satu suku di Rwanda, yang memakan banyak sekali
korban.
Konflik yang terjadi di Rwanda bukanlah konflik yang begitu saja terjadi
hanya dikarenakan kecemburuan sosial, ketimpangan ekonomi, atau semata
mata adanya rasa superior yang dimiliki oleh salah satu suku yang ada di
Rwanda. Konflik dan gesekan yang terjadi antara dua suku ini sudah berakar
dimulai dari saat mereka dijajah oleh Belgia.
Permulaan adalah saat Belgia menjadi penguasa di Rwanda, di mana
dari masalah inilah yang menyebabkan konflik di Rwanda terjadi, dan benar
benar tak terlupakan. Saat itu, Belgia menstratifikasi atau membedabedakan
suku Hutu, Tutsi dan juga sekelompok suku kecil yaitu Twa. Belgia membuat
Tutsi, sebagai suku minoritas dibandingkan Hutu, menjadi suku yang lebih
superior. Mereka diberikan kewenangan untuk berkuasa dan memerintah.
Belgia memilih Tutsi karena dari sudut pandang Belgia, Tutsi terlihat lebih
Eropa secara fisik untuk mereka.
Saat itu Twa tidak diperhitungkan karena sukunya yang sangat sedikit.
Akhirnya semasa Belgia menjajah Rwanda, Tutsilah yang memegang
kekuasaan. Sedangkan Hutu sebagai suku mayoritas tidak diberi kesempatan
untuk memerintah. Hal ini berjalan cukup lama dan dapat dipastikan bibit
kecemburuan sosial mulai tumbuh di hati para Hutu melihat Tutsi sebagai
minoritas dapat meguasai Rwanda.
Akhirnya pada masa dekolonisasi Belgia meninggalkan Rwanda. Saat
Belgia hendak meninggalkan Rwanda, Belgia malah memberikan kekuasaan
kepada Hutu. Tentu saja keputusan ini sangat mengejutkan Tutsi yang telah
begitu lama memiliki kekuasaan di Rwanda. Tentunya Hutu sangat gembira
dengan keputusan Belgia, dan mereka mengambil alih kekuasaan di Rwanda.
Pada 1961, terjadilah Hutu Revolution. Saat pemilu, pemerintahan sudah
didominasi oleh Hutu, hingga akhirnya Hutu terus menguasai pemerintahan
Rwanda.[1]
Masa dekolonisasi membawa Tutsi pelan-pelan terpinggirkan dari
Rwanda, karena Rwanda telah didominasi oleh Hutu. Hal ini membuat Tutsi
harus mengungsi ke negaranegara tetangga sekitar Rwanda. Pada 1990,
suku Tutsi membentuk RPF (Rwanda Patriotic Front), yang dipimpin oleh Paul
Kagame. Mereka adalah sebuah kelompok militer yang terlatih untuk merebut
kekuasaan dari Hutu yang terus mendominasi Rwanda.
Pada 1990 mereka menginvasi Rwanda dan meminta posisi dalam
pemerintahan. Namun Rwanda masih menolaknya. Pada 1993, Juvenal
Habyarimana yaitu Presiden Rwanda dari kalangan Hutu yang saat itu
berkuasa ingin memberikan posisi bagi para Tutsi serta melakukan perjanjian
perdamaian.[2] Usaha ini dilakukan oleh Presiden dalam rangka pertanggung
jawabannya terhadap keadaan Rwanda, dan juga tuntutan dari RPF yang
membuat Presiden perlu mempertimbangkan nasib para Tutsi yang juga
merupakan bagian dari Rwanda.
RPF yang dipimpin oleh Paul Kagame menyerang Rwanda dan
meminta dibentuknya perjanjian demi tuntutan mereka mendapatkan bagian
dalam pemerintahan. Mereka meminta dibentuknya Arusha Accords, yaitu
perjanjian di mana Presiden akan memberikan kesempatan dan juga tempat
untuk orang Tutsi memiliki posisi dalam pemerintahan. Namun para Hutu
ekstrimis yang sangat anti kepada Tutsi menolak kebijakan itu mentah-
mentah dan sama sekali tidak menginginkan adanya Tutsi di dalam
pemerintahan.
Pada kenyataannya perjanjian ini tidak terimplementasi dengan baik.
Akhirnya pada saat Presiden Juvenal Habyarimana terbunuh saat
pesawatnya melintasi Kigali pada 6 April 1994, ini menjadi sebuah momentum
bagi Hutu ekstrimis dan menjadikannya alasan untuk menyerang para Tutsi
dan Hutu moderat yang memang berlawanan dengan Hutu.[3]
Peristiwa kematian Presiden Habyarimana ini memang menjadi
momentum besar bagi para Hutu ekstrimis. Tetapi ada pula kemungkinan
bahwa peristiwa ini sengaja dilakukan oleh para Hutu ekstrimis demi
melancarkan rencana mereka membantai suku Tutsi.[4]
Pembantaian suku Tutsi oleh suku Hutu dimulai. Terbunuhnya Presiden
menjadikan Rwanda seketika menjadi horor untuk para Tutsi yang dituduh
telah merekayasa pembunuhan Presiden, namun sampai kasus ini selesai
ternyata tidak bisa dibuktikan bahwa pembunuhan itu adalah perbuatan Tutsi.
Pembantaian dilakukan oleh para Hutu sekitar 100 hari.
Pembantain tersebut dipermudah dengan salah satu bentuk
diskriminasi yang dibentuk saat Hutu berkuasa yaitu kartu penduduk yang
mencantumkan identitas suku penduduk (siapa yang merupakan suku Tutsi
akan mendapatkan kesulitan dalam pekerjaan, pendidikan, dan lain lain).
Para Hutu memblok setiap jalan dan memeriksa orangorang yang lewat dan
membunuh setiap Tutsi yang mereka temukan.
Jumlah korban diperkirakan sekitar 800.000 orang[5], dibunuh dengan
brutal dengan golok atau alatalat pertanian lain oleh para Hutu ekstrimis,
bahkan pembunuhan yang mereka lakukan tidak segan segan dilakukan di
gereja.[6]
Keadaaan Rwanda pada saat itu memang benarbenar
memprihatinkan. Keadaan ini awalnya memang tidak didiamkan saja oleh
kalangan internasional. PBB pun akhirnya turun tangan untuk mengatasi
masalah ini. Salah satu Jenderal bernama Romeo Dallaire pun dikirim dengan
beberapa pasukan oleh PBB untuk membantu meredam konflik Rwanda.
Berikut adalah kutipan yang menjelaskan misi PBB di Rwanda:
The UN was in a position to curtail at least some of the bloodshed,
given its advance warning from Dallaire of the planned massacres and the
presence in Rwanda of a peacekeeping contingent under his command. The
peacekeepers were sent months earlier to safeguard a peace agreements
between the Hutu government and the Tutsi led RPF Rebels. But at the start
of genocide, following the murder of ten Belgian peacekeepers, the Security
Council ordered the removal of the most of the UN peacekeeping force.
Dallaires remaining peacekeepers saved some live but, abandoned by the
UN and the international community, they were essentially helpless in the face
of the Hutus extremists lethal efficiency.[7]
Selain suku Tutsi dan juga Hutu, dapat kita lihat bahwa PBB juga
menjadi aktor yang terlibat di dalam konflik ini.
Teori Konflik
Konflik yang terjadi di Rwanda dapat dikategorikan kedalam konflik
etnis. Hal tersebut dapat kita lihat dari perbedaan definisi antara ras dan etnis,
sebagai berikut.
1. Ras adalah kelompok manusia yang dicirikan oleh kondisi biologis tertentu
seperti kemiripan fisik, warna kulit, dan struktur genetis.
2. Sedangkan etnis adalah kelomok orang yang dibedakan oleh kebudayaannya.
Etnis merujuk pada ciri kultural, seperti cara pikir, sistem nilai, ritual, dan
bahasa.
Terdapat beberapa pendapat dari para ahli mengenai faktor yang dapat
menyebabkan konflik. Menurut Donald L. Horowitz adalah :
Ethnic conflict is the result of an extraordinary presence of traditional
antipathies so strong that they can survive even the powerful solvent of
modernization.[8]
Menurut Edward Azar terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
munculnya konflik internal :
1. Konflik dipicu karena hubungan yang tidak harmonis antara kelompok identitas
seperti suku, agama, dan budaya tertentu dengan negara maupun dengan
kelompok yang berbeda itu sendiri.
2. Konflik dikaitkan dengan kenyataan bahwa pemerintah telah gagal dalam
memenuhi kebutuhan dasar kemanusiaan sehingga terjadi proses pemiskinan
secara sistematis.
3. Karakter pemerintahan yang otoriter dan mengabaikan aspirasi akar rumput.
4. International linkages yaitu suatu sistem ketergantungan yang terjadi antara
suatu negara dengan sistem ekonomi global, dimana pemerintah
mengeluarkan kebijakan yang memihak kekuatan modal asing daripada
kepada penduduk lokal.[9]
Teori yang tepat untuk digunakan dalam konflik yang terjadi di Rwanda
adalah teori kebutuhan manusia dan teori transformasi konflik.
1. Teori kebutuhan manusia berasumsi bahwa konflik yang berakar dalam dan
disebabkan oleh kebutuhan dasar manusia baik secara fisik, mental, ekonomi
dan sosial yang tidak terpenuhi atau dihalangi. Keamanan identitas,
pengakuan, partisipasi, dan otonomi seringkali menjadi inti pembicaraan.
Sasaran yang ingin dicapai dari teori ini adalah :
a. Membantu pihak-pihak yang mengalami konflik untuk mengidentifikasi dan
mengupayakan bersama kebutuhan mereka yang tidak terpenuhi, dan
menghasilkan pilihan-pilihan untuk memenuhi kebutuhan-kebutuhan tersebut.
b. Agar pihak-pihak yang mengalami konflik mencapai kesepakatan secara adil
untuk memenuhi kebutuhan dasar semua pihak, sehingga tidak ada pihak
yang merasa dirugikan.
2. Teori transformasi konflik berasumsi bahwa konflik disebabkan oleh masalah-
masalah ketidaksetaraan dan ketidakadilan yang muncul sebagai masalah-
masalah sosial budaya, politik dan ekonomi. Sasaran yang ingin dicapai dari
teori ini adalah :
a. Mengubah berbagai struktur dan kerangka kerja yang menyebabkan
ketidaksetaraan dan ketidakadilan , termasuk kesenjangan ekonomi.
b. Meningkatkan jalinan hubungan dan sikap jangka panjang diantara pihak-
pihak yang mengalami konflik.
c. Mengembangkan berbagai proses dan sistem untuk pemberdayaan, keadilan,
perdamaian, pengampunan, rekonsiliasi dan pengakuan. [10]
Dimensi Internasional dan Resolusi Konflik
Di dalam konflik yang terjadi di Rwanda, tentu ada aspek dimensi
internasional di mana komunitas internasional turut berperan dalam usaha
meredam konflik tersebut. Seperti yang telah dijabarkan di atas, PBB sebagai
organisasi internasional telah mengirimkan pasukan penjaga perdamaian ke
Rwanda.
PBB membentuk pasukan dengan misi menjaga perdamaian di
Rwanda. Misi ini bernama United Nations Assistance Mission for Rwanda,
atau biasa disebut UNAMIR. UNAMIR dibentuk berdasarkan resolusi Dewan
Keamanan PBB 872 (1993) pada 5 Oktober 1993 untuk membantu
mengimplementasikan perjanjian Arusha. Mandat UNAMIR adalah:
. . . to assist in ensuring the security of the capital city of Kigali; monitor the
ceasefire agreement, including establishment of an expanded demilitarized
zone and demobilization procedures; monitor the security situation during the
final period of the transitional Governments mandate leading up to elections;
assist with mine-clearance; and assist in the coordination of humanitarian
assistance activities in conjunction with relief operations.[11]
Dari kutipan di atas, kita dapat mengambil kesimpulan bahwa misi
UNAMIR hanya sebatas membantu (assist) menjaga perdamaian di Rwanda,
dan mengawasi (monitor) keamanan Rwanda. UNAMIR sendiri dipimpin oleh
Letnan Jenderal Romeo Dallaire.
Di awal misi ini terbentuk ada sekitar 400 pasukan Belgia yang terlibat,
walaupun Rwanda merupakan bekas jajahan Belgia, dan PBB biasanya
melarang bekas penjajah terlibat di dalam misi perdamaian. Pada akhirnya,
Belgia menarik pasukannnya setelah 10 anggota pasukan perdamaian di
bawah UNAMIR terbunuh ketika melindungi Perdana Menteri Rwanda.
Namun, misi perdamaian ini dianggap gagal, karena tidak dapat
mencegah terjadinya genosida dan jatuhnya korban jiwa di Rwanda. Dewan
Keamanan PBB mengeluarkan Resolusi 912 dan mengurangi jumlah personel
UNAMIR menjadi 270 personel.[12] Dallaire sebagai pemimpin pasukan
UNAMIR terus berusaha untuk menjaga perdamaian di Rwanda walaupun
dengan keterbatasan personel dan logistik. Dallaire sendiri juga telah
meminta tambahan personel, tetapi permintaan ini ditolak.
Pihak internasional, dalam hal ini DK PBB tampak menunjukkan
keengganan untuk membantu penduduk Rwanda yang terancam. Pasukan
UNAMIR sendiri hanya memiliki jatah makanan untuk jangka waktu dua
minggu, persediaan air hanya untuk satu atau dua hari, dan bahan bakar
untuk dua atau tiga hari. Persediaan amunisi dan medis pun sangat
terbatas.[13]
PBB dan negara-negara lainnya seperti Amerika Serikat dan Perancis
hanya mendukung evakuasi warga asing dari Rwanda, tapi tidak berusaha
untuk menyelamatkan penduduk Rwanda yang sedang terancam.
Genosida ini berakhir ketika RPF berhasil mengambilalih ibukota
Rwanda yaitu Kigali pada Juli 1994. Tentara Perancis yang dikirim ke Rwanda
juga berhasil membuat zona aman di bagian barat daya Rwanda. 17 Juli
1994, RPF mengalahkan pemerintahan Rwanda dan menyatakan akhir
perang.[14]
PBB berusaha untuk membayar kegagalannya di Rwanda dengan
membentuk Pengadilan Pidana Internasional [Internationan Criminal Tribunal
for Rwanda (ICTR)] melalui Resolusi Dewan Keamanan PBB No. S/RES/955
tahun 1994. ICTR bertujuan untuk menuntut dan mengadili orang-orang yang
bertanggung jawab atas terjadinyagenosida dan kejahatan berat lain yang
melanggar hukum humaniter internasional di Rwanda atau oleh orang
Rwanda di negara-negara tetangga selama tahun 1994.[15]
Berdasarkan resolusi 977 pada 22 Februari 1995, DK PBB menetapkan
lokasi ICTR di Arusha, Tanzania.[16] Dari berbagai resolusi, DK PBB
menargetkan ICTR untuk menyelesaikan seluruh investigasi pada akhir 2004,
menyelesaikan seluruh aktivitas pengadilan pada akhir 2008, dan
menyelesaikan seluruh kegiatan pada 2012.[17]
Sejauh ini, ICTR telah meyelesaikan 55 kasus, termasuk di dalamnya 9
kasus naik banding dan 8 dibebaskan. 20 kasus masih dalam proses, 2 kasus
dialihkan kepada yurisdiksi nasional, 2 terdakwa meninggal sebelum
keputusan pengadilan keluar, dan 1 yang sedang menanti pengadilan.[18]
Kesimpulan
Dengan melihat konflik antar etnis yang terjadi di Rwanda pada tahun
1994 tersebut dapat diambil kesimpulan bahwa bentuk kolonialisasi yang
tidak terarah seperti yang dilakukan Belgia hanya akan meninggalkan bekas
luka di dalam hati dan kehidupan suku Hutu sehingga memicu timbulnya
perpecahan.
Sebagai sesama manusia kita memiliki banyak kekurangan dan juga
kelebihan yang telah diberikan oleh Tuhan. Tidak ada manusia yang
sempurna untuk itu klasifikasi, diversivikasi, dan stratifikasi terhadap suatu
kelompok etnis, ataupun ras, adalah hal-hal yang tidak sepantasnya dilakukan
di dalam kehidupan bersosial umat manusia. Hal tersebut hanya akan
menjadikan api dalam sekam yang suatu saat akan meledak ke berbagai
arah.
Dalam konflik etnis di Rwanda, seharusnya dari awal Hutu dan Tutsi
saling bekerjasama dalam mencapai kesejahteraan hidup. Walaupun Belgia
datang untuk menjajah dan membuat kecemburuan sosial, dengan iming-
iming membantu memajukan Rwanda, namun seharusnya mereka tetap
saling bersama. Belgia sengaja mengadudomba keduanya agar
terjadi perpecahan di Rwanda, sehingga Belgia dapat menguasai wilayahnya.
Namun di saat genosida berlangsung, seharusnya kedua etnis ini
berpikir, bahwa kejadian masa lampau tidak baik untuk diingat di masa
mendatang, karena faktanya warga-warga tak berdosa pun ikut menjadi
korban atas tindakan genosida tersebut. Seharusnya mereka malu terhadap
dunia internasional, dan sebaiknya mereka saling bergotong-royong untuk
membangun perdamaian di antaranya agar keduanya saling sejahtera dan
saling menguntungkan.
Dilihat dari peran komunitas internasional dalam konflik Rwanda ini,
PBB yang merupakan organisasi internasional yang berperan penting dalam
menjaga keamanan dan perdamaian dunia, seharusnya lebih bertanggung
jawab dan mampu menyelesaikan konflik ini. Namun PBB terlihat tidak
sungguh-sungguh dan kurang tegas dalam membuat keputusan, terutama
dalam pengiriman pasukan perdamaian PBB ke Rwanda.
Seharusnya negara yang tergabung dalam PBB, khususnya anggota
tetapDewan Keamanan PBB, mampu bekerjasama
dan mengesampingkan unsur kepentingan masing-masing dalam
penyelesaian konflik di Rwanda ini. Namun faktanya, pembantaian massal ini
tidak mendapatkan perhatian dari Belgia, Perancis, Inggris, dan Amerika
Serikat. Padahal masalah ini merupakan pelanggaran HAM, seperti yang
sering dikemukakan di forum internasional. Ini menunjukkan bahwa PBB
hanya seperti wadah kepentingan negara-negara maju.
DAFTAR PUSTAKA
Buku:
- Azar, Edward. 1990. The Management of Protracted Social Conflict: Theory and Cases.
Aldershot: Dartmouth.
- Fisher, Simon. 2001. Mengelola Konflik : Keterampilan, dan Strategi untuk Bertindak.The British
Council.
- Horowitz, Donald L. 1985. Ethnic Groups in Conflict. Berkeley: University of California Press.
- Peskin, Victor. 2008. International Justice in Rwanda and The Balkans. New York: Cambridge
University Press.
- Pottier, Johan. 2002. Re-imagining Rwanda: Conflict, Survival and Disinformation in the Late
Twentieth Century. New York: Cambridge University Press.
- Schabas, William A. 2006. The UN International Criminal Tribunals: The Former Yugoslavia,
Rwanda and Sierra Leone. New York: Cambridge University Press.
Internet:
- http://www.hrw.org/legacy/reports/1999/rwanda/
- http://www.unhcr.og/publ/PUBL/3ebfgbb60.pdf
- http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-13431486
- http://www.un.org/en/peacekeeping/missions/past/unamirM.htm
- http://www.un.org/en/peacekeeping/missions/past/unamirS.htm
- http://americanradioworks.publicradio.org/features/justiceontrial/rwanda_chronology.html
- http://www.survivors-fund.org.uk/assets/docs/education/historical-chronology.pdf
- http://www.unictr.org/AboutICTR/GeneralInformation/tabid/101/Default.aspx
- http://www.undemocracy.com/S-RES-1824%282008%29/page_1/rect_184,654_830,862
- http://www.unictr.org/Cases/tabid/204/Default.aspx
http://sejarah.kompasiana.com/2012/08/26/tentang-konflik-rwanda-488087.html bertarikh 1.7.2014

You might also like