You are on page 1of 20

Ketempangan Dalam Dasar Pembangunan Malaysia dan Perbandingan Pendekatan Lama dan Pendekatan Baru oleh Pemimpin Malaysia

Bagi Menanganinya

Malaysia merupakan sebuah negara yang memliki rakyat yang berbilang kaum dan strata sosial yang dinamik. Sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, para pemimpin Malaysia telah memainkan tanggungjawab yang pelbagai dalam dasar pembangunan ekonomi negara. Bermula dengan dasar Laissez-faire oleh Tunku Abdul Rahman, diikuti dasar intervensionis oleh Tun Abdul Razak yang bahkan turut disifatkan sebagai mengikut acuan Fabianisme yang juga merupakan arkitek kejuruteraan sosial menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB), Tun Hussein Onn, dasar penswastaan dan pemodenan Tun Dr Mahathir, dasar pembangunan berasaskan regional (regional governance) oleh Tun Abdullah, dan terkini dasar pemerkasaan ekosistem (ecosystems empowerment) oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan yang cukup dinamik. Dalam mendepani pula perkembangan teknologi dan maklumat, kerencaman kaum, dan jurang antara kelas yang melebar serta jurang antara Bandar dan luar Bandar, pelbagai ketempangan telah dikesan sebagai wujud dalam dasar-dasar pembangunan oleh para pemimpin Malaysia dan hal ini dirangkum sebagai pendekatan lama. Esei ini akan membincangkan mengenai ketempangan pembangunan di Malaysia dan perbezaan strategistrategi dan juga pendekatan lama dan baru dalam Model Baru Ekonomi yang telah dikemukakan oleh Dato Seri Najib Tun Razak di bawah Program Transformasi Ekonomi menurut perspektif Teori Liberalisme, Teori Merkantilisme, dan juga Teori Marxisme bagi mengubah paradigm kerajaan Malaysia dalam mendepani ketempangan-ketempangan terbabit. Sebelum analisis dikemukakan, terlebih dahulu diterangkan secara ringkas mengenai tiga teori terbabit dan kemudiannya perubahan paradigma daripada pendekatan lama kepada pendekatan baru akan dianalisis daripada ketiga-tiga perspektif teori terbabit.

Perspektif Merkantilisme The Monarchs in these new states gradually accumulated more and more central authority within their realms. As a matter of state policies, kings and queens favored international trade that enriched them and their governments. If one visits the churches and other well-preserved

buildings in Toledo, the imperial capital of Spain, one can see in the altars and other artworks vast amounts of gold, precious gems, and other treasure acquired primarily by sixteenth, seventeenth, and eighteenth century Spanish monarchs as they pursued the mercantile policies of early capitalism. (Viotti & Kauppi 2006)

International agreements excessively constrain the legitimate exercise of national sovereignty and threaten the welfare-enhancing effects of national diversity. Deeper integration is not necessarily better, they say. Harmonizing the wrong policies may be worse than allowing policies to differ as each country decides what policies are most appropriate. When countries have different preferences and circumstances, it is by no means self-evident that harmonized (or minimum) international standards in areas such as product safety, the environment, or the workplace enhance international well-being, even if they remove obstacle to trade. (Bhagwati & Hudex 1996, Krugman 1997). Merkantilisme ialah merupakan salah satu daripada teori dalam konteks Ekonomi Politik Antarabangsa yang boleh difahami sebagai suatu bentuk nasionalisme ekonomi yang berpegang bahawa kemakmuran sesuatu negara adalah bergantung pada bekalan modal yang dimiliki dan kelebihan dalam imbangan perdagangan iaitu eksport digalakkan manakala import kurang digalakkan dalam usaha untuk mengumpul kekuasaan dan kekayaan negara. Secara amnya, pendekatan Merkantilisme ini turut membincangkan isu-isu ekonomi politik antarabangsa berasaskan kepada kepentingan nasional dimana pendekatan ini berkait rapat dengan falsafah politik Realisme (Mahfudzah et al 1999).

Pendekatan Merkantilisme melihat bahawa sesebuah negara itu adalah bermatlamat untuk menghasilkan sebanyak mungkin lebihan dagangan bagi meningkatkan taraf kekayaan negara tersebut. Maka, kekayaan ini kemudiannya dilihat sebagai suatu mekanisme untuk memajukan kekuatan ketenteraan negara terbabit, terutamanya menerusi industri pembuatan senjata bagi memperkukuh keselamatan nasional negara tersebut. Keadaan ini adalah berkait rapat dengan persepktif Realisme dimana negara adalah tidak bergantung kepada organisasi antarabangsa dalam mewujudkan kerangka keuntungan bersama atau mutual gains (Goldstein 2008).

Secara umumnya, pendekatan merkantilis merujuk kepada peranan negara dalam membangunkan ekonomi politik sesebuah negara berasaskan kepada konsep-konsep seperti nasionalisme ekonomi seperti kawalan perdagangan di sebuah negara, perlindungan perdagangan seperti subsidi, kepentingan nasional seperti kuota tertentu dalam perdagangan, dan juga keselamatan negara seperti peraturan perdagangan senjata api. Ringkasnya dapat difahami bahawa pendekatan Merkantilisme adalah merujuk kepada peranan negara (kerajaan) yang bersifat melindung (protective) akan kepentingan-kepentingan ekonomi politik sesebuah negara dan tindakan ini dimanifestasikan melalui bentuk campurtangan kerajaan yang tinggi dalam kegiatan ekonomi politik nasional bagi tujuan meningkatkan kekayaan dan kuasa politik negara tersebut. Pendekatan Merkantilisme selain dikenali sebagai Realisme dalam politik ekonomi antarabangsa, ia juga dikenali sebagai Neomercantilism, Statism, Protectionism, dan Economic Nationalism (Isaak 1991). Terdapat beberapa orang tokoh yang dianggap sebagai pelopor teori atau pendekatan Merkantilisme ini. Antaranya Francis Bacon (1561-1626), Frederick List (17891846), dan Alexander Hamilton (1755-1804). Alexander Hamilton dan Frederick List menggesa negara mereka mewujudkan cabaran dan halangan perdagangan bagi melindungi ekonomi negara yang sedang pesat dalam industrialisasi bagi menyaingi negara kuat ketika itu iaitu Britain.

Hal ini kemudiannya telah mendorong kepada kemunculan aliran Neo-Merkantilisme dimana sesuai dengan perkembangan politik global yang menyaksikan perkembangan negara bangsa dan juga peraturan perdagangan, maka Neo-Merkantilis telah mengadaptasi strategi baru yang meliputi kepelbagaian perlindungan perdagangan, pelaburan, dan polisi yang berobjektifkan menjaga kekayaan negara tersebut dan dalam masa yang sama, turut mengawasi tingkah-laku negara lain.

Perkembangan era globalisasi telah menuntut setiap negara bangsa peranan yang lebih kompetitif dalam segala hal. Sejak awal tahun 1970-an, pertumbuhan dan perkembangan ekonomi dunia menuntut setiap negara mengambil langkah-langkah tertentu dalam melindungi kepentingan nasional masing-masing. Antaranya termasuklah meningkatkan autonomi, keselamatan, dan juga kekayaan. Kesannya, banyak negara telah cuba mengurangkan tahap kebergantungan mereka dengan negara-negara lain terutamanya dalam isu-isu berkaitan ekonomi politik.

Sebagai contoh, dari aspek nasionalisme ekonomi, negara-negara sedang membangun telah mula menetapkan sistem kuota terhadap barangan import dari negara-negara maju. Motifnya adalah bertujuan untuk melindungi barangan keluaran tempatan dari mengalami persaingan dan kerugian. Sebaliknya, negara-negara sedang membangun telah mula mengorak langkah memperbanyakkan eksport mereka bagi tujuan meningkatkan jumlah lebihan dagangan. Amalan sebegini dipercayai dapat meningkatkan kekayaan negara tersebut.

Namun begitu, realitinya tidak hanya negara membangun yang berkongsi perspektif ini. Malah, negara maju seperti Amerika Syarikat turut mengambil langkah menghadkan penggunaan dan pembelian gula daripada negara asing agar tidak melemahkan pengeluaran dalam negara yang aktif dalam melindungi kepentingan nasional Amerika Syarikat sendiri. Negara yang baru sahaja kehilangan tempat kedua selaku kuasa ekonomi dunia kepada China, iaitu Jepun juga dilabel sebagai mengamalkan dasar perlindungan ini yang dikaitkan dengan keiretsu. Dalam karya Has Globalization Gone Far Enough? The Costs of Fragmented Markets oleh Bradford dan Lawrence (2004) menyebut seperti berikut:

..private practices as the long-term relationships between Japanese firms known as keiretsu are often mentioned as barriers.

Perpektif Liberalisme Pada suatu ketika pemerintah berkuasa ke atas pasaran, sekarang pasaran pula lebih berkuasa daripada pemerintah dalam banyak hal yang penting. Penguncupan kuasa pemerintah ini terpancar daripada pemecahan kuasa tersebut kepada institusi dan pertubuhan, kepada badan tempatan dan serantau, serta perkembangan ketidakseimbangan di antara negara besar yang lengkap dengan kuasa strukturnya dengan negara kecil yang tidak ada kuasa itu. (Strange 1996) Liberalisme bermula pada abad ke 17 oleh John Locke yang melihat potensi besar bagi kemajuan manusia dalam masyarakat sivil dan perekonomian kapitalis moden, keduanya dapat berkembang dalam negara-negara yang menjamin kebebasan individu. Pada asasnya, liberalisme terbahagi kepada empat iaitu liberal sosialogis, liberal interdependensi, liberal institusional dan liberal republikan. Keempat-empat aliran pemikiran liberalisme ini membincangkan skop yang berlainan antara satu sama lain. Namun di dalam esei ini, liberal interdependensi merupakan aliran yang paling sesuai untuk diolah kerana ia berkaitan hubungan ekonomi dalam pertukaran dan kebergantungan yang menguntung kerjasama rakyat dan pemerintah (Jackson & Sorensen 1997). Pemikiran Liberal sentiasa menganggap pasaran sebagai institusi unggul dan bersifat sejagat dalam mengurus kegiatan ekonomi dan harus diberi keutamaan dalam proses pembangunan manakala negara dianggap tidak cekap dan peranannya harus diperkecilkan (Ishak Shari 2004). Hal ini secara jelas dapat dikaitkan dengan aliran pemikiran Liberalisme yang secara klasiknya membawa makna ketakutan terhadap dominasi kerajaan dan sentiasa berusaha untuk melindungi atau mempertahankan kebebasan seseorang individu dari cengkaman kerajaan di aman konsep kebebasan individu ini tetap tertakluk berasaskan kedaulatan undang-undang (liberty under the law). Malah, istilah Laissez faire berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud let be. Maka, Liberalisme menumpukan fokus mereka kepada sifat-sifat positif manusia seperti harmoni, bekerjasama, konstruktif kompetatif yang positif, dipandu oleh akal dan bukannya emosi dalam setiap tindakan mereka (Mahfudzah et al 1999).

Dengan lain perkataan, pemerintah tidak lagi dianggap sebagai sumber kuasa yang unggul sebaliknya banyak lagi institusi sosial nasional dan antarabangsa yang lain seperti persatuan peniaga, persatuan pengguna, dan kesatuan sekerja yang turut berkuasa menentukan arah dan matlamat pembangunan sesebuah negara pada hari ini. Penglibatan negara kecil dalam sektor industri juga mengundang persaingan dengan negara besar yang lebih berkuasa dalam arena perdagangan antarabangsa (Sity Daud 2002). Maka, peranan pemerintah berubah menurut tuntutan ekonomi global. Dalam kajiannya tentang proses dan realiti globalisasi dan liberalisasi ekonomi, Ishak menegaskan bahawa: Peranan negara kini amat ditentukan oleh proses globalisasi melalui apa yang dikenali sebagai pengantarabangsaan negara. Ciri utama proses ini ialah penukaran peranan negara ke arah menjadi agensi untuk mengubahsuai dasar dan amalan ekonomi agar secocok dengan tuntutan ekonomi global. Ini bermakna peranan negara sebagai pelindung kepentingan/ kebajikan awam semakin terhakis (Ishak Shari 2000). Liberalisme percaya dengan mewujudkan organisasi antarabangsa, institusi-institusi, dan normanorma, negara boleh memperoleh faedah secara bersama daripada pertukaran ekonomi. Ianya lebih mengutamakan bentuk hubungan menang-menang (absolute gains). Berbeza dengan Merkantilis yang lebih menekankan kepada konflik kepentingan (conflicting interests), aliran Liberalisme adalah lebih berpaksikan kepentingan yang dikongsi bersama (shared interest) dalam pertukaran antarabangsa. Aliran pemikiran Liberal adalah percaya kepada pasaran bebas dalam mencapai matlamat terpenting dalam polisi ekonomi, iaitu mewujudkan jumlah kekayaan secara maksimum menerusi memaksimumkan output dan meminimumkan pembaziran (Goldstein 2008). Mekanisme penwaran dan permintaan adalah dititikberatkan maka dasar perlindungan adalah dianggap sebagai satu penghalang dalam perdagangan antarabangsa.

Perspektif Marxisme Fokus utama pendekatan Marxisme menular dalam isu eksploitasi ekonomi sebagai pendorong kepada hubungan politik. Praktik marxisme adalah dengan mengekstrak kekayaan kepada pusat dan oleh itu dipanggil bentuk kapitalisme negara. Pendekatan ini menggalakkan pengagihan

kekayaan kepada pekerja yang telah menghasilkan kekayaan tersebut. Oleh itu negara telah bertindak sebagai agen pengagihan dalam aliran ini.

Menurut Madaline Berma (2003), pendekatan Marxis adalah boleh diperhatikan secara bersama menerusi beberapa teori yang berkaitan antaranya ialah strukturalis. Nama yang dikaitkan dengan Strukturalis ialah Raoul Prebisch dan juga kumpulan Economic Comission for Latin America (ECLA). Pendekatan Strukturalis ini telah mencetuskan beberapa kumpulan lain seperti kumpulan Radikal (yang dikaitkan dengan Celso Furtado dan Osvaldo Sunkel), Marxist (Fernando Cardoso), neo-Marxist (Dos Santos) dan juga teori Kebergantungan (A.G. Frank).

Elemen utama dalam pendekatan Strukturalis ialah mengenai punca kemunduran dan pembangunan di negara membangun amnya dan khasnya di Latin Amerika. Antara elemen utama dalam pendekatan Strukturalis ialah wujudnya perbezaan antara pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi. Kumpulan Strukturalis memberi penekanan terhadap faktor struktur dan kemajuan teknologi. Pembangunan ekonomi menurut mereka adalah perlu melibatkan penggunaan teknik pengeluaran yang maju, dan perubahan dalam komposisi output. Pertumbuhan dalam output yang dihasilkan menggunakan teknologi sedia ada, hanya mewujudkan pertumbuhan ekonomi, tanpa berlaku pembangunan ekonomi. Struktur sedia ada di negara mundur telah ditentukan oleh sejarah, iaitu akibat penyerapannya ke dalam ekonomi antarabangsa. Negara mundur berfungsi sebagai pembekal bahan mentah murah dan pasaran untuk barangan dari negara industri maju. Pendekatan Strukturalis melihat bahawa selagi negara mundur mengekalkan struktur yang diwarisi sejak zaman berzaman, maka selagi itulah mereka tidak akan dapat mewujudkan pertumbuhan ekonominya sendiri.

Umumnya, terdapat lima ciri utama dalam pendekatan Strukturalis, iaitu kurang kepercayaan kepada sistem pasaran bebas, di mana kumpulan ini kurang yakin bahawa pasaran bebas boleh membawa pembangunan ekonomi di negara membangun. Mereka juga memberi penekanan terhadap perubahan struktur. Pembangunan dilihat sebagai proses transformasi

struktur ekonomi dan sosial dengan sektor perindustrian memainkan peranan utama dalam proses tersebut. Ketiga, pendekatan Strukturalis adalah prihatin terhadap isu pemilikian dan kawalan sumber. Seterusnya, pendekatan Strukturalis memberi penekanan akan aspek kedinamikan teknologi. Menurut pendekatan Strukturalis, struktur ekonomi mempengaruhi agihan kekayaan dan kuasa. Hal ini demikian kerana institusi yang berhubung rapat dengan kapitalisma dunia akan bias dan mengutamakan kepentingan negara maju. Keadaan tersebut telah mewujudkan jaringan pergantungan antara negara membangun dengan negara maju. Terdapat dua konsep penting dalam pendekatan strukturalis, iaitu teori pergantungan dan teori sistem dunia. Teori pergantungan melihat dari perspektif hubungan antara negara maju dengan negara dunia ketiga. Teori sistem dunia pula melihat akan peranan sesebuah negara dalam pembahagian kerja antarabangsa.

Teori Strukturalis banyak dipengaruhi oleh pengalaman negara Amerika Latin. Pada mulanya analisis ini digunakan oleh ahli ekonomi negara Amerika Latin menerusi kumpulan Economic Commision for Latin America (ECLA), tetapi pada tahun 1950-an dan 1960-an, pendekatan Strukturalis ini telah menarik ramai ahli ekonomi dari negara lain. Raoul Prebisch merupakan salah seorang tokoh pelopor pendekatan Strukturalis.

Raoul Prebisch Raoul Prebisch adalah pelopor ECLA. Asas utama tesis Prebisch ialah sistem dunia bukan satu sistem adil di mana pengeluar dan pembekal berinteraksi dan mendapat faedah bersama. Sebaliknya, wujud perbezaan iaitu ekonomi di pusat (negara maju) yang berkuasa, dan ekonomi di pinggir (negara membangun) yang lemah. Beliau mengkritik teori ekonomi klasik, terutama sekali yang berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. Menurut Prebisch, teori klasik menyokong idea bahawa negara membangun seharusnya mengkhusus dalam pengeluaran barangan utama (pertanian) manakala negara maju mengkhusus dalam pengeluaran baranag perkilangan. Beliau berpendapat teori ekonomi klasik yang mengutamakan faedah berbanding dan pengkhususan antarabangsa dari segi perdagangan antarabangsa adalah punca kepada masalah yang dihadapi oleh negara Amerika Latin. Sebagai pengeluar dan pengeksport barangan

utama, negara Amerika Latin mengalami kemerosotan ekonomi. Syarat perdagangan semakin bertambah baik untuk negara pengeluar barangan perkilangan, sedangkan keadaan sebaliknya berlaku kepada negara membangun yang mengeluarkan barangan pertanian.

Menurut Prebisch, terdapat beberapa sebab utama keadaan tersebut berlaku. Pertama, ia adalah disebabkan sebahagian besar keuntungan dari peningkatan produktiviti hanya dinikmati oleh negara maju. Kedua, kemajuan teknikal memberi faedah kepada pengeluar melalui pengurangan kos dan peningkatan upah. Menurut Prebisch, pembanguan di negara membangun, jarang sekali membawa kepada pengurangan kos kerana wujudnya monopoli dalam pasaran dan faktor keluaran. Seterusnya, beliau berpendapat bahawa di negara membangun, pengeluar berfungsi dalam pasaran persaingan sempurna. Dalam keadaan sebenar, pengguna seharusnya mendapat faedah daripada persaingan tersebut. Walaubagaimanapun, pengeluar di negara membangun hanya mementingkan pengguna di negara maju. Akhirnya, yang mendapat faedah ialah pengguna di negara maju. Dari segi permintaan, didapati barangan yang dikeluarkan dan dieksport di negara maju dan negara membangun mempunyai keanjalan permintaan berbeza. Keanjalan permintaan terhadap pengimportan barangan utama (pertanian) di negara maju adalah lebih rendah berbanding dengan keanjalan pendapatan bagi barangan industri di negara membangun.

Pendekatan Strukturalis telah melahirkan kumpulan neo-Marxis. Pendekatan Neo-Marxis berpunca daripada usaha untuk menggunakan teori Marxis untuk menganalisis kemunduran. Menurut Karl Marx, sejarah mempunyai penghujung yang pasti, iaitu komunisme. Komunisme melibatkan pemusnahan secara paksaan hakmilik persendirian, dan diikuti oleh pembentukan penguasaan oleh golongan proletariat supaya komunisme tulen boleh diwujudkan. Dalam keadaan komunisme tulen, tidak wujud sebarang kerajaan atau penggunaan wang. Menurut Marx, golongan kapitalis mengeksploitasikan pekerja dengan menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal. Setiap individu diandaikan bekerja bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk masyarakat. Masyarakat akan bekerja keras dan menyediakan semua keperluan dan keadilan sosial yang telah dinafikan oleh kapitalisme.

Teori neo-Marxis memberi tumpuan kepada kawalan yang dikenakan oleh syarikat antarabangsa dari segi perdagangan, pembentukan modal, peruntukan sumber, buruh, dan pasaran di negara membangun. Kawalan dan hubungan syarikat antarabangsa dengan kerajaan, membolehkannya mencorakkan dasar di negara membangun. Kumpulan ini berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap agihan dan keluaran negara, dan hubungan politik dan ekonomi antara negara pusat dan pinggir. Teori Neo-Marxis ini mengutamakan hubungan antara negara maju dengan negara mundur. Negara maju (pusat) dikatakan tidak membantu pembangunan di negara membangun (pinggir), dan keadaan tersebut menyukarkan pembangunan kapitalisme di negara membangun. Menurut kumpulan ini, hubungan antara negara maju dan membangun adalah bersifat tidak seimbang, ia lebih berupa pengeksploitasian negara pinggir oleh negara pusatmelalui berbagai saluran dari pinggir ke pusat. Cara tersebut telah memperkukuhkan lagi usaha penyerapan lebihan ekonomi dari negara pinggir oleh negara pusat. Maka negara membangun terus terperangkap dalam putaran penyerapan lebihan oleh negara maju. Keadaan ini telah menyebabkan pengaliran keluar lebihan ekonomi dari negara membangun ke negara maju. Pengaliran keluar lebihan ini merupakan punca kegagalan negara membangun mencapai pembangunan ekonomi.

Teori Dependensi dan Sistem Dunia Teori dependensi pula adalah berbicara mengenai kapitalisme dan eksploitasi sebagai penyebab yang menyumbang kepada kegagalan negara pinggiran. Frank menyajikan lima tesis tentang dependensi, iaitu :

1.

Terdapat kesenjangan atau jurang pembangunan antara negara pusat atau sentral dengan

negara pinggiran, di mana pembangunan pada negara satelit dibatasi oleh status negara satelit tersebut.

2.

Kemampuan negara satelit dalam pembangunan ekonomi terutama pembangunan industri

kapitalis meningkat ketika ikatan terhadap negara pusat/sentral sedang melemah. Pendapat ini merupakan antitesis dari modernisasi yang menyatakan bahawa kemajuan negara dunia ketiga hanya dapat dilakukan dengan hubungan dan difusi dengan negara maju. Tesis ini dapat dijelaskan dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu isolasi temporer yang disebabkan oleh krisis perang atau melemahnya ekonomi dan politik negara sentral. Frank megajukan bukti empirik untuk mendukung tesisnya ini iaitu ketika Sepanyol mengalami kemunduran ekonomi pada abad 17, perang Napoleon, perang dunia pertama, kemunduran ekonomi pada tahun 1930 (Kemelesetan Besar 1930), dan perang dunia kedua telah menyebabkan pembangunan industri yang pesat di Argentina, Mexico, Brazil dan Chile. Pengertian isolasi yang kedua ialah isolasi secara geografi dan ekonomi yang menyebabkan ikatan antara sentral-satelit menjadi lemah dan kurang menyatukan diri pada sistem perdagangan dan ekonomi kapitalis.

3.

Negara yang terbelakang ketika ini merupakan negara yang memiliki kedekatan ikatan

dengan negara pusat pada masa lalu. Frank menjelaskan bahawa pada negara satelit yang memiliki hubungan sangat erat telah menjadi lembu kerahan bagi negara pusat. Negara satelit tersebut hanya sebatas sebagai penghasil produk primer yang sangat diperlukan sebagai modal dalam sebuah industri kapitalis di negara pusat.

4.

Kemunculan perladangan besar di negara satelit sebagai usaha pemenuhan keperluan dan

peningkatan keuntungan ekonomi negara pusat. Perladangan yang dirintis oleh negara pusat ini menjadi cikal bakal munculnya industri kapitalis yang sangat besar yang mengimpak pada eksploitasi bahan, sumberdaya alam dan tenaga kerja negara satelit.

5.

Eksploitasi yang menjadi ciri khas kapitalisme menyebabkan menurunnya kemampuan

berproduksi pertanian di negara satelit. Ciri pertanian subsisten pada negara terbelakang menjadi hilang dan diganti menjadi pertanian yang kapitalis.

Frank telah memberikan alasan dari kegagalan negara pinggiran untuk maju seiring dengan negara sentral. Kegagalan ini disebabkan oleh adanya eksploitasi dan sistem ekonomi kapitalisme yang dilakukan oleh negara sentral. Santos mengamsusikan bahwa bentuk dasar ekonomi dunia memiliki aturan-aturan perkembangannya sendiri, tipe hubungan ekonomi yang dominan di negara sentral adalah kapitalisme sehingga menyebabkan timbulnya saha melakukan ekspansi keluar dan tipe hubungan ekonomi pada negara pinggiran merupakan bentuk ketergantungan yang dihasilkan oleh ekspansi kapitalisme oleh negara sentral. Santos menjelaskan bagaimana timbulnya kapitalisme yang dapat menguasai sistem ekonomi dunia. Keterbatasan sumber daya pada negara maju mendorong mereka untuk melakukan ekspansi besar-besaran pada negara miskin. Pola yang dilakukan memberikan dampak negatif berupa adanya ketergantungan yang dialami oleh negara miskin. Negara miskin akan selalu menjadi negara yang terbelakang dalam pembangunan kerana tidak dapat mandiri serta selalu tergantung dengan negara maju.

Perbandingan antara Teori Dependensi dan Teori Sistem Dunia

Elemen Perbandingan Unit Analisis Metode Kajian Struktur Teori

Teori Dependensi Negara-Bangsa Historis structural Dua kutub

Teori Sistem Dunia Sistem dunia Dinamika sejarah dunia Tiga kutub

(sental-pinggiran) Arah PembangunanDeterministik Arena Kajian Negara pinggiran

(sentral-semi

pinggiran-

pinggiran) Peluang terjadinya mobilitas Negara pinggiran, negara semi pinggiran dan sistem ekonomi dunia

Sumber : (Suwarsono dan So, 1991)

Analisis Perbandingan Pendekatan Lama dan pendekatan Baru dalam Mendepani Ketempangan Pembangunan Ekonomi di Malaysia

Berdasarkan kesemua tinjauan teoretikal yang telah disusuri, esei ini selanjutnya akan menghuraikan secara terperinci akan ketempangan dalam pembangunan ekonomi Malaysia dan juga pendekatan baru yang dilakukan oleh pemerintah semasa bagi mendepani ketempanganketempangan terbabit.

Ketempangan 1: Pertumbuhan terutamanya melalui aktiviti pengumpulan modal. Menumpukan pada pelaburan dalam pengeluaran dan infrastruktur fizikal dengan gabungan pekerja berkemahiran rendah untuk menghasilkan eksport bernilai tambah rendah

Dimensi pertama pendekatan lama ini dapat difahami dan dilihat sebagai memiliki kecenderungan ke arah pendekatan Merkantilisme di mana antara matlamat utamanya menjurus

ke arah suatu sistem politik ekonomi yang sangat mementingkan perdagangan antarabangsa dengan tujuan untuk memperbanyakkan aset dan modal yang dimiliki oleh sesebuah negara.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 1: Pertumbuhan melalui produktiviti. Menumpukan pada proses inovasi dan teknologi terkini, disokong oleh pelaburan swasta dan bakat pada paras yang sihat, untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi Perubahan yang dapat dilihat untuk dimensi pertama pendekatan baru dalam Model Baru Ekonomi ini ialah di mana perubahan kepada ke arah Liberalisme di mana penggerak utama dalam prinsip liberalisme adalah perdagangan bebas, pergerakan bebas modal dan prinsip tidak diganggu oleh kerajaan. Maka dengan fokus kepada proses inovasi dan teknologi terkini yang disokong oleh pelaburan swasta, dapat dilihat bahawa peranan kerajaan telah mengecil dan sektor swasta telah diberi kepercayaan selari dengan kepercayaan bahawa pasar bebas adalah memiliki formula untuk bergerak dengan cekap usaha meningkatkan untung mereka pada tahap maksimum di mana akan berlakunya persaingan di antara pengeluar.

Ketempangan 2: Penyertaan kerajaan yang dominan dalam ekonomi. Pelaburan awam langsung yang besar (termasuk melalui SBK) dalam sektor ekonomi yang terpilih

Pendekatan pelaburan awam langsung yang besar dalam sektor ekonomi yang terpilih oleh kerajaan ini adalah merupakan refleksi kepada fahaman Merkantilisme.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 2: Pertumbuhan berpandukan sektor swasta.

Menggalakkan persaingan dalam dan merentasi sektor untuk memulihkan semula pelaburan swasta dan dinamisme pasaran

Perubahan yang ketara dapat dilihat dimana kerajaan Malaysia kini telah berusaha sebagaimana menurut perspektif Liberalisme dengan mengambil langkah secara berperingkat-peringkat untuk memulihkan semula pelaburan swasta dan dinamisme pasaran, inilah yang dikatakan sebagai permintaan dan penawaran (demand and supply) di mana keterdesakan pasaran (market forces) merupakan jentera yang paling cekap yang boleh datangkan faedah kepada semua.

Ketempangan 3: Perancangan strategik terpusat. Panduan dan kelulusan daripada pihak berkuasa persekutuan untuk keputusan ekonomi

Unsur Marxisme adalah ketara dalam pendekatan ini dimana kaedah perancangan strategik terpusat ini didokong oleh kerajaan sebagaimana menurut Karl Polanyi, Laissez faire was planned, planning was not.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 3: Autonomi tempatan dalam pembuatan keputusan. Memperkasakan pihak berkuasa tempatan dan negeri untuk membentuk dan menyokong inisiatif pertumbuhan serta menggalakkan persaingan antara kawasan

Perspektif ini menunjukkan bahawa terdapat sedikit percampuran paradigma antara Liberalis dan Merkantilis di mana dari segi Liberal, pembuatan keputusan itu kini terpencar dan tidak lagi terpusat. Maka hal ini dapat difami dari perspektif limited government dalam aliran Liberal. Penekanan kepada aspek persaingan antara kawasan juga boleh difami dalam aliran Liberal di

mana persaingan merupakan ciri penting dalam pembangunan ekonomi menurut perspektif Liberal. Namun begitu, aspek Merkantilisme juga dapat dilihat menerusi pemerkasaan pihak berkuasa tempatan dan negeri dalam membentuk dan menyokong inisiatif pertumbuhan.

Ketempangan 4: Pertumbuhan wilayah yang seimbang. Menyebarkan aktiviti ekonomi merentasi negeri untuk meluaskan manfaat daripada pembangunan

Aspek ini menonjolkan dominasi perspektif Marxisme yang agak dominan di mana adalah difahami bahawa isu pengagihan adalah merupakan isu yang cukup dititikberatkan oleh perspektif Marxisme.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 4: Aktiviti ekonomi berasaskan kelompok dan koridor. Penumpuan aktiviti ekonomi untuk ekonomi ikut bidangan (economies of scale) dan penyediaan perkhidmatan sokongan yang lebih baik

Strategi berasaskan kelompok dan koridor ini boleh dilihat daripada perspektif comparative advantage iaitu faedah bandingan yang wujud dalam perspektif Liberalisme di mana setiap wilayah hanya perlu mengkhusus dalam sektor atau perusahaan yang boleh memberi kelebihan kepada mereka dalam menghadapi persaingan dalam pasaran. Namun begitu, sedikit elemen Merkantilis dapat dikesan melalui peranan kerajaan dalam meninjau penyediaan perkhidmatan sokongan yang lebih baik.

Ketempangan 5: Mengutamakan industri dan firma tertentu.

Memberikan layanan istimewa dalam bentuk insentif dan pembiayaan bagi entiti terpilih

Perspektif Neo-Merkantilisme sebagaimana yang dijelaskan oleh Mahfudzah et al (1999) adalah cukup dominan dalam langkah mengutamakan industri dan firma tertentu ini di mana layanan istimewa ini sememangnya menjadi antara strategi yang ditekankan oleh Neo-Merkantilis untuk melindungi industri dan firma tertentu pada peringkat permulaan yang dilihat sebagai adalah berpotensi untuk mendatangkan pulangan kepada negara.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 5: Mengutamakan industri dan firma yang berkemampuan teknologi. Memberikan insentif untuk menyokong inovasi dan pengambilan risiko bagi membolehkan usahawan membangunkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi Kombinasi unik dapat dilihat melalui strategi ini dimana gabungan persepktif Merkantilisme, Liberalis dan juga Marxis-Strukturalis adalah dapat dikesan. Aspek Merkantilisme yang dapat dikesan ialah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam memberikan insentif dan bertindak sebagai penyokong inovasi dan pengambilan risiko oleh para usahawan. Para usahawan ini kemudiannya akan bersaing dalam pasaran sebagaimana yang diartikulasikan oleh Liberalis. Aspek Marxis-Strukturalis adalah dilihat dari segi penekanan kepada pembangunan teknologi sebagaimana yang diterangkan oleh Sity Daud (2002) dan Madeline Berma (2003) di atas. Pendekatan ini adalah sama sebagaimana tindakan yang diambil oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam memberikan insentif kepada syarikat Microsoft pada peringkat awal operasinya.

Ketempangan 6: Kebergantungan eksport pada pasaran G-3 (AS, Eropah dan Jepun). Sebahagian daripada rantaian pengeluaran untuk membekalkan barangan dan komponen pengguna kepada pasaran tradisional

Perspektif Marxis adalah cukup relevan dalam memahami strategi ini. Teori Marxis, khususnya Teori Kebergantungan oleh AG Frank boleh melihat bagaimana Malaysia menggunakan pendekatan bergantung kepada pasaran negara-negara Pusat atau sentral yang terdiri daripada negara maju seperti AS, Eropah, dan Jepun.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 6: Orientasi Asia dan Asia Barat. Membangunkan dan mengintegrasikan dengan giat ke dalam rangkaian kewangan dan pengeluaran serantau untuk mendapatkan manfaat aliran pelaburan, perdagangan dan idea

Kombinasi perspektif Liberalisme dan Merkantilisme adalah dapat diaplikasikan untuk memahami pendekatan orientasi baru ini. Perspektif Liberal adalah dapat dilihat melalui idea rangkaian kewangan di mana liberalisasi kewangan sebagaimana yang pernah dilakukan secara meluas di Malaysia pada tahun 1980-an. Perspektif Merkantilisme pula adalah ditonjolkan melalui matlamat untuk mendapatkan manfaat daripada aliran perdagangan, pelaburan, dan idea.

Ketempangan 7: Sekatan terhadap pekerja mahir asing. Wujud kebimbangan sekiranya bakat asing akan menggantikan pekerja tempatan

Kebimbangan bahawa bakat asing akan menggantikan pekerja tempatan ini dapat difahami melalui pendirian Merkantilisme yang cukup bersifat melindungi di mana aspek pemilikan dan kawalan adalah cukup dititikberatkan.

Pendekatan Baru Pemerintah Malaysia 7: Memelihara dan menarik golongan profesional mahir.

Menggabungkan bakat, termasuk tempatan dan asing, yang diperlukan untuk merangsang ekonomi nilai tambah tinggi dan inovatif

Perubahan paradigma daripada kebimbangan kepada pihak asing kepada keterbukaan adalah menepati ciri Liberalisme yang mana pertimbangan serta fokus utama adalah memaksimumkan keuntungan, sama ada menerusi bakat tempatan mahupun bakat asing.

KESIMPULAN Secara ringkasnya, berdasarkan analisis perubahan pendekatan lama kepada paradigma pendekatan baru dalam dasar ekonomi Malaysia, dapat difahami bahawa para pemimpin Malaysia, dari semasa ke semasa telah menekuni ketempangan-ketempangan yang wujud dalam dasar-dasar ekonomi semasa yang diwarisi secara gradual dan berkesinambungan daripada dasar ekonomi pemimpin yang terdahulu. Realiti bahawa para pemimpin Malaysia mempraktikkan sikap pragmatik, dan bukannya statik dalam menguruskan ketempangan-ketempangan yang dikesan di mana hal ini telah dihuraikan secara terperinci daripada anjakan-anjakan paradigma bersandarkan beberapa perspketif teoretikal di atas.

Rujukan

Alvin Y. SO Suwarsono. 1991. Perubahan Sosial dan Pembangunan di Indonesia. Jakarta: LP3ES Goldstein, J & Pevehouse, J. 2008. International Relations. New York: Pearson Abdul Rahman Embong. Globalisation, Culture and Inequalities: In Honour of the Late Ishak Shari. 2004. Penerbit UKM Jackson, R & Sorensen, G. Pengantar studi hubungan antarabangsa. Terj. Pustaka Pelajar, Yogyakarta, 1999 Madeline Berma. 2003. Pengenalan Pengajian Ekonomi Pembangunan. Pengajian Jarak Jauh UKM Bangi: Pusat

Mahfudzah et al. 1999. Penghantar Hubungan Antarabangsa. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM Robert. A. Denemark et al. 2000. World System History: The Social Science of Long Term Change. London. Routledge. Sity Daud. 2002. Negara dan Pembangunan. Dlm Ghazali Mayudin. 2002. Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Bangi: Penerbit UKM Viotti & kauppi. 2006. International relations and world politics: security, economy, identity. ed. New Jersey: Pearson education, inc Wallerstein, Immanuel. 1982. The Rise and Future Demise of World Capitalist System; Concepts for Comparative Analysis. in Hamza Alavi and Theodor Shanin. Introduction to The sociology of Developing Societies.

You might also like