You are on page 1of 4

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki entiti masyarakat bersifat


pluralistik. Menurut Shamsul Amri Baharuddin, 2007) hubungan etnik merupakan satu
ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai
kehidupan harian semua rakyat Malaysia.Selain etnik terbesar Melayu, Cina dan India,
Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum lain seperti Orang Asli, Iban, Bidayuh,
Kadazan, Dusun serta suku bumiputera lainnya yang mendiami Sabah dan Sarawak.

Pembentukan masyarakat pluraliti dan masyarakat pluralistik

2.1 Pembentukan Masyarakat Pluraliti

Alam Melayu dicatatkan sebagai kawasan yang mempunyai tahap interaksi


yang paling tinggi di dunia disebabkan kawasan ini tiada halangan dari segi iklim
cuaca dan membekalkan sumber bahan mentah yang banyak untuk keperluan
perdagangan (Mohd Syariefudin Abdullah, 2014). Ramai pedagang dari India, China
dan Eropah datang ke Alam Melayu untuk berdagang disebabkan kawasan ini
terkenal dengan sumber khasnya rempah ratus yang mempunyai nilai tinggi.

Golongan pedagang datang dari timur dan barat secara proses semula jadi
bagi tujuan mencari kehidupan dan kekayaan serta berdagang secara sukarela
(Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Keputusan hidup yang terhasil daripada
persetujuan tanpa paksaan menjamin ketenangan fikiran dan perasaan mereka.
Hasilnya, golongan ini berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk
tempatan dan terbentuknya unsur-unsur asimilasi dalam kehidupan masyarakat pada
zaman tersebut (Nazri Muslim et al., 2016). Perhubungan antara komuniti pedagang
dengan masyarakat tempatan telah membawa kepada pembentukan pluraliti baharu
dalam masyarakat tempatan (Gill, Sarjit Singh, Ahmad Tarmizi Talib, dan Ruslan
Zainuddin, 2013).

Pembentukan pluraliti baharu kesan kemasukan komuniti imigran dan


perkahwinan antara golongan ini dengan masyarakat tempatan, terutama dengan
etnik Melayu telah membentuk pelbagai komuniti baharu seperti masyarakat Melayu–
Arab, masyarakat Peranakan Cina, iaitu Baba dan Nyonya, masyarakat Peranakan
Jawi dan masyarakat lain yang masih wujud hingga hari ini. (Tan Yao Sua, 2011).
2.2 Pembentukan Masyarakat Pluralistik

Titik pemisah antara plurariti dan masyarakat pluralistik ialah dengan ketibaan
kedatangan Inggeris ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Kedatangan
imperial Eropah telah merubah ciri pluralisme semula jadi apabila penjajah
memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan
masyarakat pluralistik. Pembentukan pola masyarakat pluralistik di alam Melayu
adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik British, maka asimilasi budaya dan
cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Mereka menjalankan kehidupan
dalam kelompok masyarakat masing-masing.

Dalam kedua-dua keadaan ini, antara ciri penting yang membezakan kedua-
dua masyarakat pluraliti dan pluralistik ialah masyarakat pluraliti lebih mudah
melakukan interaksi antara masyarakat pedagang atau pendatang dengan warga
tempatan. Faktor ini dipengaruhi oleh tujuan mereka yang datang untuk mencari
nafkah melalui berdagang dan tiada niat lain.

3.1 Politik

Di Malaysia, telah wujudnya banyak parti politik kerana variasi etnik yang
pelbagai. Kepelbagaian etnik ini secara langsung telah merancakkan agenda politik
dalam negara. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha
dilakukan untuk memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk berbilang
kaum dalam pembangunan politik negara.

3.2 Ekonomi

Kedatangan penjajahan British telah menyebabkan berlakunya perubahan


sistem ekonomi di Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan terdapat jurang yang
besar dari segi penguasaan ekonomi, pemilikan kekayaan negara dan ini akan berlaku
ketidakseimbangan pendapatan antara kaum di Malaysia. Misalnya, menurut (Silcock,
1982), kebanyakan orang Melayu didapati bekerja dalam sektor pertanian tradisional
dan dengan kerajaan, manakala orang Cina dan India menguasai sektor perdagangan,
pembuatan, perlombongan, binaan dan estet getah. Ini menyebabkan orang Melayu
mendapat pendapatan yang lebih rendah daripada bukan Melayu.
Oleh hal yang demikian, agihan pendapatan mesti diseimbangkan dan kadar
kemiskinan mestilah dikurangkan supaya kualiti hidup bagi semua kaum dapat
ditingkatkan. Hal ini bertepatan dengan pendapat Bartelmus (1994) bahawa
pembangunan ekonomi sebenarnya adalah untuk memperbaiki kualiti taraf hidup atau
kebajikan penduduk bagi generasi hari ini dan akan datang. Justeru, pelbagai strategi
telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah jurang ekonomi ini. Antara
langkah yang paling signifikan dalam mewujudkan integrasi ekonomi ialah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sejak tahun 1971, falsafah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan dengan
pengenalan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Matlamat dan strategi DEB
ialah ‘serampang dua mata’ iaitu untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan,
meningkatkan pendapatan dan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan tanpa
mengira bangsa. DEB juga bertujuan untuk mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia bagi menyeimbangkan kedudukan ekonomi antara
kaum (Hamidah, 2009).

Selain itu, menurut Falland (2002), objektif dasar ini adalah betujuan
meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi.
Walaupun DEB lebih menjurus kepada orang Melayu yang rata-ratanya berada dalam
kemiskinan, namun golongan bukan bumiputera juga mendapat manfaat dan tidak
dipinggirkan. Ini sesuai dengan matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan.

3.3 Agama
Rujukan

Mohd Syariefudin Abdullah. (2014). MPU 3113 Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Pusat
Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi.

Noor Amirah et al.. (2016). Isu Kahwin Campur. Dirujuk 25 Februari, 2020, dari
http://www.ums.edu.my/oer/index.php/ak20503/56-noor-amirah-et-al-2016-isu-
kahwin-campur#!/ccomment-comment=560

Nazri Muslim et al.. (2016). Persepsi pelajar UKM terhadap hubungan etnik di
Malaysia. Al-Hikmah, 8(2), 38-59.

http://journalarticle.ukm.my/9944/1/242-893-2-PB.pdf

Tan Yao Sua. (2011). Akulturasi Peranakan Cina di Tirok, Terengganu. Jurnal
Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 2(2), 151-162.

Gill, Sarjit Singh, Ahmad Tarmizi Talib, dan Ruslan Zainuddin. (2013). Latar belakang
pluraliti masyarakat Alam Melayu. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

Hamidah Ab Rahman, Muhammad Bin Daud, Norlin Binti Ahmad. (2009). Hubungan
Etnik Di Malaysia: Perspektif, Teori Dan Praktik. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Bartelmus, P.. (1994). Environment, Growth and Development: The Concepts and
Strategies of Sustainability. London: Routledge.

Silcock, T.H. (1960). The economy of Malaya: an essay in the political economy of
development. Singapore: Eastern Universities Press.

Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman. (2002). Dasar Ekonomi Baru
Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Selangor: Radius
Media Sdn Bhd.

Mohamad Asrol Arpidi Mamat, Ishak Saat, Khairi Ariffin. (2014). Impak Dasar Ekonomi
Baru Ke Atas Peningkatan Ekonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969.
Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6(3), 138 - 151.

You might also like