You are on page 1of 9

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

1.1 PENDAHULUAN

Menurut kamus dewan, perpaduan ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan
anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama yang lahir daripada satu perasaan
kebangsaan dalam masyarakat. Manakala perpaduan kaum ialah dimana semua kaum di
dalam sesebuah negara saling berkerjasama atau erti kata lain saling berganding bahu untuk
membentuk negara yang makmur dan damai (Zaidi Mat Ali 2010). Sebuah negara maju
wujud apabila terdapatnya pengurusan dan pentadbiran keatas sebuah negara yang seimbang
termasuklah perpaduan dari semua kaum. Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum,
bangsa dan agama yang bersifat majmuk. Justeru itu, perpaduan negara ini diuji dengan
pelbagai isu berkaitan dengan agama, soal kerakyatan, monopoli pentadbiran kerajaan atau
tadbir urus kerajaan, politik, keselamatan, sara hidup, alam sekitar dan isu sejagat dan
beberapa isu sensitif yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Keruntuhan
perpaduan kaum boleh dilihat dalam bentuk keganasan, rusuhan, pergaduhan, mogok dan
protes senyap (Suraya 2014).

2.1 ISU-ISU SEMASA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

● Isu Rusuhan Kuil Insiden Di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ,

Selangor.

Pada 26 dan 27 November 2018 (Sinar Harian 30 Oktober 2013 M/S 35) telah berlakunya
satu pencabulan menerusi sikap keterlaluan yang telah menjadi satu isu penting didalam
perpaduan kaum di nagara ini. Pada ketika itu telah berlakunya pergaduhan di dalam kuil di
antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh
kawasan kuil. Setelah tercetus pergaduhan, sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu ini
telah melarikan diri dari kawasan kuil. Kumpulan penganut Hindu telah bertindak membakar
beberapa buah kenderaan yang dipercayai milik kumpulan lelaki Melayu yang menceroboh
kawasan kuil.

Rusuhan kaum telah berlaku pada 27 November 2018, dianggarkan sejumlah 10,000
orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil. Selain merusuh beberapa buah
kenderaan telah dibakar oleh kumpulan ini. Kumpulan perusuh juga bergerak ke One City
Development Sdn Bhd untuk memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan peralatan

1
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

di bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan, Ekoran daripada kejadian
pergaduhan dan rusuhan beberapa anggota polis, bomba dan kumpulan yang bergaduh
mengalami kecederaan.

Menurut Berita Harian, hasil siasatan dan tindakan, polis berjaya menangkap 30
individu yang terdiri daripada 24 orang Melayu, 2 orang muslim, 3 orang India dan seorang
Cina. Punca rusuhan utama ialah isu perpindahan kuil. Pihak pemaju (berbangsa cina) telah
beberapa kali mengambil ahli tanah tersebut tetapi gagal kerana mendapat bantahan daripada
kumpulan penganut agama Hindu. Kumpulan lelaki Melayu telah diupah oleh pemaju untuk
mengosongkan tanah bagi membolehkan kerja-kerja pengambilahlian dilaksanakan pada pagi
tersebut. Sehubungan itu, berlakulnya ketidakpuashatian diantara penganut Hindu terhadap
lelaki berbangsa Melayu kerana mereka mencabul kawasan mereka.

Kerajaan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap insiden Kuil Sri Maha
Mariamman ini. Dinyatakan, insiden ini merupakan jenayah berpunca daripada pertikaian
antara Syarikat Pemaju One City Development Sdn Bhd dan bukannya kerana isu perkauman.
Namun begitu agak malang apabila pihak tertentu mengupah sekumpulan lelaki Melayu.
Kejadian ini telah menimbulkan keresahan dan prasangka dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum dan agama di negara ini. Kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang
dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu telah mengeruhkan lagi keadaan.

Akibat peristiwa ini sedikit sebanyak membangkitkan sentimen perkauman


terutamanya kaum India dan mencalar keharmonian perpaduan kaum negara ini.
Sesungguhnya tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan bukan semata-
mata tanggungjawab kerajaan atau pihak-pihak tertentu sahaja. Namun setiap individu di
negara ini mestilah menpunyai sikap tanggungjawab dan mampu berfikir serta bertindak
secara rasional. Tindakan kerajaan juga amatlah wajar dengan tidak berkompromi dangan
mana-mana pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam
terutama dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.

● Isu Papan tanda jalan di tulis dengan tulisan Cina.

Penduduk Shah Alam telah mempersoalkan papan tanda jalan dalam bahasa Cina. Isu ini
timbul apabila tulisan sebelumnya adalah tulisan Melayu dan Jawi telah ditukar kepada
tulisan Cina serta mengekalkan bahasa Melayu. Isu ini telah membangkitkan kemarahan
orang-orang Islam terutamanya bangsa Melayu apabila seorang pengguna laman sosial

2
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Twitter telah mempersoalkan kewajaran papan tanda nama jalan di kawasannya ditulis dengan
bahasa Cina dan mempersoalkan ke mana menghilangnya tulisan Jawi.

Pada 19 November 2018, kerajaan telah bertindak dibawah arahan Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris melalui Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
Operasi penukaran papan tanda itu telah dilaksanakan dengan segera.

Sikap dan pemikiran segelintir masyarakat yang tidak menjaga sensitiviti kaum lain
mampu menyemarakkan api kemarahan pelbagai pihak. Namun dengan kebijaksanaan Sultan
dan kerajaan dengan menaikkan papan tanda yang hanya dalam tulisan Melayu memuaskan
hati semua pihak. Daripada isu ini, rakyat perlu sedar agar tidak mudah dipengaruhi oleh
pandangan agama dan politik yang sempit seperti yang di amalkan oleh individu tertentu.
Sebaliknya kita perlu meningkatkan semangat perpaduan dan kerjasama serta bertindak lebih
matang dan rasional tanpa mengikut perasaan dan semosi semata-mata.

● Isu Sultan Johor Murkah Surat Rasmi Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Dalam Bahasa Cina.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara ini. Justeru itu, adalah wajib segala urusan
surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semua dalam bahasa
Melayu kerana ia juga menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri. Isu ini telah
menyebabkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murkah dengan
tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Isu ini telah menimbulkan sentimen perkauman melalui tularnya dalam media sosial
dimana rata-rata netizen beranggapan surat rasmi tersebut tidak menghormati bahasa
kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara ini. Sehubungan itu, adalah tidak wajar sesuatu
kaum membangkitkan isu yang dianggap positif membabitkan bahasa, agama dan kaum
kerana ini dikhuatiri akan menjejaskan ketenteraman rakyat di negara ini.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adalah penting untuk berpegang pada Rukun
Negara yang mampu menerapkan amalan menghormati perlembagaan dan undang-undang
negara ini. Termasuklah bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia adalah sebagai bahasa
rasmi. Bahasa ini perlu digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan
pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan, upacara rasmi, kehakiman, surat
menyurat dan sebagainya. Peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukannya
dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 kini tidak boleh lagi dipertikaikan.

3
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

● Isu Perpaduan Kaum Dalam Parti Politik

Sekitar bulan April 2018, negara Malaysia telah melalui peristiwa bersejarah apabila negara
menghadapi PRU-14 dengan hangatnya. Sewaktu berjalannya aktiviti kempen politik
masyarakat yang matang harus berhadapan dengan pilihan raya. Menurut Berita Harian, pada
pilihanraya umum ke-14 30 April 2018, kelihatan bendera-bendera mewakili pelbagai parti
politik menghiasi jejantas dan jalan raya. Selepas sahaja hari pencalonan mula timbul kesan
buruk apabila terdapat masyarakat yang mula bermasam muka.

Pertengkaran mengenai ideologi politik masing-masing dikeruhkan lagi dengan


perkongsian maklumat daripada media sosial Whatsapp semakin hangat diperkatakan pada
waktu tersebut. Berita tersebut mempamerkan kerisauan terhadap keadaan yang agak
membimbangkan serta menegaskan agar masyarakat sepatutnya mengekalkan keharmonian
dan perpaduan dalam semua aspek. Namun terdapat juga tindakan sesetengah NGO yang
bersikap matang seperti Persatuan Komuniti 19/3 dan KRT 19/3 di Shah Alam Selangor yang
meletakkan sepanduk dengan logo Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS di Jalan Kepuk 19/2
Shah Alam. Tindakan ini memperlihatkan tingginya semangat perpaduan dikalangan mereka.
Semangat muhibbah ini harus dicontohi oleh masyarakat. Tindakan murni ini telah menjadi
perhatian dan viral di dalam media sosial.

Tidak kira mana parti politik yang kita sokong, kita haruslah bersatu padu sebagai
rakan karib kerana kita bersama-sama berkongsi harapan, impian dan tujuan yang sama. Kita
haruslah sentiasa berbangga untuk memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira kecenderungan politi atau siapa memimpin pilihan.

3.1 KESAN PERPADUAN KAUM

● Kebebasan beragama.

Di Malaysia, sambutan secara besar-besaran acara keagamaan adalah satu perkara biasa.
Ianya merupakan manifestasi dasar kebebasan beragama yang diamalkan oleh kerajaan dan
perpaduan kaum rakyat Malaysia. Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan
penganutnya merupakan kaum majoriti negara ini, namun ianya tidak menidakkan kebebasan
kaum lain untuk menganut dan mengamal agama kepercayaan mereka. Begitu juga kebebasan

4
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

dalam soal bahasa, budaya dan adat resam masing-masing. Islam adalah pemangkin kepada
perpaduan rakyat disebabkan kesederhanaan malah menjadi amalan rakyat negara ini (Hamidi
Ismail et. al 2015)

Kaum minoriti di negara ini tidak menerima penindasan dan pencabulan hak mereka
seperti yang berlaku di negara-negara lain yang mempunyai kepelbagaian kaum. Ini adalah
kerana hak dan kebebasan rakyat Malaysia terpeilhara di bawah perlembagaan dan undang-
undang negara. Tetapi kebelakangan ini terdapat usaha pihak tertentu untuk menghancurkan
perpaduan dan menimbulkan kekecohan di dalam negara menerusi sikap keterlaluan, rusuhan
jalanan dan perbalahan antara kaum.

Kita bernasib baik kerana majoriti rakyat masih bersikap rasional dan tetap
menyokong usaha kerajaan untuk mengekalkan keamanan dalam negara menerusi tindakan
undang-undang sedia ada. Keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat dilihat
dalam sambutan perayaan-perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Wesak, Deepavali, Krismas,
dan sebagainya diraih oleh masyarakat majmuk dengan meriah dan gembira.

● Dapat mengekalkan keamanan dan harmonian negara

Malaysia merupakan negara yang bertuah. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu dan
dilanda dengan pelbagai masalah dan krisis, Malaysia masih terus aman dan membangun
dengan pesat dan rakyat pula dapat mengecapi nikmat kesejahteraan negara tanpa gangguan
kuasa luar. Kunci kesejahteraan negara ini adalah perpaduan kaum. Sekiranya, perpaduan
kaum negara ini rapuh maka untuk hidup sebagai bangsa yang bebas, harmoni dan bermaruah
akan mudah tercabul dengan kuasa luar seperti di negara-negara Islam serantau.

Sehubungan itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang
dikecapi kerana kita masih boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan
antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya
tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat
kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat
khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Sehubungan itu, perpaduan kaum menjadikan negara aman dan tenteram di mana

5
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

keadaan ini membantu pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan negara
dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

● Bantu Pertumbuhan Ekonomi

Antara manfaat lain dalam perpaduan kaum yang wujud dalam negara ialah, pihak kerajaan
boleh memajukan sektor perlancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan
menarik ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan
memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber
pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Disamping itu, perpaduan kaum juga menarik pelabur asing untuk datang melabur di
Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman
dan damai. Kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan
akan meningkatkan pendapatan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Selain itu, perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan
kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik. Terdapat
beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Ini
membolehkan Malaysia terpilih sebagai pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

4.1 CADANGAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Usaha-usaha untuk mengekalkan keharmonian dalam perpaduan kaum di Malaysia haruslah


dimainkan oleh kerajaan , masyarakat, ibu bapa dan individu sendiri. Namun begitu, dalam
membentuk perpaduan kaum terdapat isu-isu cabaran yang harus dititik beratkan dalam
membentuk ideologi negara dalam konteks perpaduan.

● Hidup dalam kesederhanaan melalui Ikrar “Rukun Negara”

Malaysia ialah sebuah negara yang mengandungi masyarakat berbilang kaum seperti Melayu,
Cina dan India yang hidup dalam aman dan damai. Masyarakat melayu ialah masyarakat
terbesar dengan mencapai 60 peratus populasi Malaysia. Masyarakat Melayu beragama Islam,
berbahasa Melayu dan mempunyai hak politik yang besar. Masyarakat Cina pula mewakili 25

6
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

peratus daripada penduduk Malaysia. Kebanyakan kaum Cina di sini berkepercayaan Buddha,
Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan
lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk tujuh perastus hingga 10
peratus daripada populasi penduduk Malaysia. Kebanyakannya beragama Hindu, berbahsa
Tamil, Malayalam dan Hindi, serta tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat
Semenanjung.

Justeru itu, dengan kebijaksanaan puncak pimpinan pemimpin-pemimpin terdahulu


dengan mewujudkan “Rukun Negara” adalah satu keputusan yang baik dalam melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dalam satu matlamat yang sama. Perpaduan kaum merupakan
satu matlamat penting dalam membangunkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia. Kini masyarakat majmuk dan berbilang kaum tidak lagi menjadi isu atau masalah
dalam mencapai matlamat Malaysia.

Justeru itu, Rukun Negara mengandungi ikhrar yang memerlukan seluruh rakyat
Malaysia menuruti prinsip-prinsip “RukunNegara”. Rukun Negara telah dicipta ekoran
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi berdarah ini telah menyedarkan
rakyat Malaysia betapa pentingnya bersatu padu, hidup aman dan damai serta menghindari
sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Dengan mengamalkan lima prinsip Rukun
Negara telah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum
serta bersikap saling menghormati. Melalui perpaduan negara telah berjaya meningkatkan dan
mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Rukun Negara telah berjaya menyatu padukan kaum dan masyarakat majmuk di
negara ini. Rakyat Malaysia yang terdiri dalam pelbagai kaum dengan pelbagai persoalan kini
tidak lagi merasa terasing. Dengan terciptanya Rukun Negara semua rakyat telah membentuk
satu bangsa dan negara di mana ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia yang tidak mengira kaum, keturunan dan kepercayaan.

● Melalui Perlaksanaan Sistem Pendidikan Negara

Dasar-dasar kerajaan juga telah mengambil langkah meningkatkan perpaduan kaum melalui
sistem pendidikan negara. Kepentingkan menghormati serta menghargai peranan pelbagai
kaum dalam pembentukan negara dipupuk sejak awal kanak-kanak lagi. Justeru itu, pada 30
Oktober 2013 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengambil

7
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

pendekatan proaktif dalam memupuk sikap integrasi antara kaum melalui penubuhan 120
kelas tabika perpaduan di seluruh negeri.

● Melalui Kebijaksanaan Urus Tadbir Pemimpin Negara

Malaysia bertuah kerana mempunyai pemimpin yang demokratik, waras dan berwawasan.
Sejarah tidak pernah dilupakankan apabila tahun 1969 jelas hubungan antara orang Melayu
dan Cina. Kita tidak ingin sejarah ini berulang justeru itu, masalah politik tidak seharusnya
dipandang remeh. Rusuhan dan konfrontasi mudah berlaku diakibatkan ideologi politik yang
berbeza. Usaha kerajaan untuk menangani isu ini dilihat melalui pembangunan sistem dan
pengurusan pentadbiran negara.

● Merapatkan Jurang Ekonomi Dikalangan Masyarakat

Sejak dulu lagi, isu jurang ekonomi telah wujud. Ketidakseimbangan ekonomi di negara
Malaysia ini wujud akibat jumlah rakyat mengikut kaum yang tidak sekata. Dimana kaum
melayu lebih ramai dibandingkan dengan kaum Cina dan India. Pengagihan ekonomi yang
seimbang penting bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan dan ketidakupayaan kaum lain. DEB yang telah dirancang merupakan langkah
baik untuk merapatkan lagi jurang ekonomi masyarakat. Pelancaran program-program seperti
perindustrian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian memperlihatkan usaha
kerajaan dalam menangi isu ini.

5.1 PENUTUP

Secara kesimpulannya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan
perpaduan kaum di negara Malaysia. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hingga ke hari ini. Oleh hal
yang demikian, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik, kita haruslah mengawalnya
supaya tidak menjadi tegang serta sentiasa menjaga hubungan baik sesama masyarakat
dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama. Kesedaran terhadap kepentingan
menjaga keharmonian haruslah ada didalam diri setiap individu yang bergelar rakyat
Malaysia. Ini kerana perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kekayaan
dan kecemerlangan serta kemakmuran negara. Sehubungan itu, perpaduan adalah satu acuan

8
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

yang amat penting bagi mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Tanpa
perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara dapat terpelihara. Kepelbagaian
kaum merupakan satu keunikan negara Malaysia dan seharuslah dijadikan kekuatan sebagai
sebuah negara bangsa yang berdaulat. Isu perpaduan dapat diatasi dengan mengamalkan nilai
kesederhanaan dengan meluas dalam segenap aspek kehidupan (Hamidi Ismail 2015).

You might also like