You are on page 1of 3

Persaingan kuasa kelas menengah dalam proses politik

Seperti yang kita ketahui, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang
pesat sepanjang tiga dekad yang lalu. Struktur ekonomi Malaysia telah berubah daripada
penumpuan kepada agrikultur dan pencipta komoditi kepada perindustrian. Transformasi
struktur ekonomi ini telah berjaya membangunkan ekonomi Malaysia dengan pesat apabila
keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi perindustrian ialah sebanyak 40.2 per
sen berbanding agrikultur hanya sebanyak 18.7 per sen pada tahun 1990. Namun begitu,
pertumbuhan ekonomi yang pesat ini telah menghasilkan masyarakat yang berbeza. Sebagai
contoh, kemunculan kelas menengah dalam struktur masyarakat dalam negara. Kelas
pertengahan ini dilihat sebagai pemoden negara yang berpontensi. Mereka juga mempunyai
peranan yang signifikan dalam landskap politik Malaysia dengan memasuki gelanggang
perebutan dan persaingan kuasa politik dalam negara.

Tahun 1969 menandakan titik permulaan dalam sejarah Malaysia, tetapi sejarah
tersebut bukanlah mengenai permulaan perjuangan menentangkan kuasa elit atau perjuangan
mengembalikan semula sentiment primordial dalam arena politik. Sebaliknya, ia menandakan
permulaan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi pertempuran bagi serpihan berbeza
daripada kelas pertengahan dengan kelas elit dalam arena politik Malaysia.1 Kumpulan yang
tidak dapat lagi dikawal itu telah menjadi satu kuasa yang signifikan dalam struktur politik
negara. Kelas pertengahan ini kadangkala bertindak menembusi dan melangkaui perkara
yang menjadi suatu kebiasaan kelas pertengahan ketika kemunculannya dahulu. Memang
tidak dapat dinafikan, sekiranya mereka ini berjaya mencapai kejayaan yang besar dalam
mendapatkan sokongan dan mengukuhkan pengaruh mereka, sudah tentu kelas menengah
akan menimbulkan ancaman yang lebih besar kepada golongan elit pemerintah daripada apa-
apa yang mereka lakukan sekarang.2 Hakitkatnya, mereka daripada golongan menengah dan
elit ini diketuai oleh golongan intelektual dan hal ini tidak menjadikan mereka sebagai
kumpulan yang tidak berpengatahuan atau ‘hanya reformis’,walaupun golongan menengah
ini perlu diberikan perhatian yang lebih, pemerintah sekurang-kurangnya perlu berkerjasama
dengan kelas mengengah dalam keadaan tertentu seperti kebetulan kepentingan dengan
golongan ini.3
1
Joel S. Kahn dan Francis Loh Kok Wah, Fragmented Vision Culture and Politics in Contemporary Malaysia
(North America: University of Hawaii Press, 1992), hlm. 14-15.
2
Joel S. Kahn dan Francis Loh Kok Wah, Fragmented Vision Culture and Politics in Contemporary Malaysia, hlm.
15.
3
Joel S. Kahn dan Francis Loh Kok Wah, Fragmented Vision Culture and Politics in Contemporary Malaysia, hlm.
15.
Selain itu, kelas menengah telah menunjukkan pengaruh mereka dalam arena politik
dengan melakukan protes kepada Barisan Nasional. Umum mengetahui bahawa, Perdana
Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir telah membunuh karier pesaing politiknya iaitu
bekas timbalan dan pewarisnya iaitu Anwar Ibrahim yang telah dipecat daripada UMNO dan
kabinet kerajaan pada awal bulan September 1998. Anwar Ibrahim telah dituduh tunduk
kepada kuasa asing seperti IMF dan beliau telah ditahan pada 20 September 1998 lalu
terpaksa berhadapan dengan enam tuduhan berkenaan dengan korupsi. Anwar Ibrahim
didapati bersalah dan dipenjara selama enam tahun. Pada tahun 2000, mahkamah
menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun pada Anwar Ibrahim atas kesalahan
liwat. Kekejaman rejim Tun Dr Mahathir ini telah mencetuskan protes besar-besaran terhadap
Barisan Nasional pada piliharan umum yang ke sepuluh. Protes ini diketuai oleh elemen kelas
menengah yang lantang dalam kalangan parti-parti pembangkang dan NGO serta individu-
individu yang kagum dengan Anwar Ibrahim di mana mereka ini telah berjaya untuk
memenangi sokongan daripada sebahagian besar rakyat terutama orang Melayu.4 Kita dapat
lihat bagaimana golongan menengah ini memainkan peranan mereka dalam arena politik
Malaysia sehingga mampu bersaing kuasa dengan golongan pemerintah dalam pilihan raya.
Perasaan ketidakpuasan hati terhadap pelbagai isu yang dimulai dengan cara Tun Dr
Mahathir melayan Anwar Ibrahim, isu demokrasi seperti ketelusan, takbir urus yang baik,
salah guna kuasa, korupsi dan kempimpinan Tun Dr Mahathir yang autokratik
mengakibatkan kebanyakan golongan menengah di Malaysia telah bangun dan menentang
kerajaan ketika itu.5 Implikasinya, UMNO selepas piliharan raya umum terluka setelah
kehilangan sokongan dalam kalangan Melayu dan sokongan golongan menengah Melayu
bandar.

Seterusnya, pandangan Tun Dr Mahathir terhadap globalisasi dan peranan kuasa-


kuasa besar berbanding kuasa kecil seperti Malaysia telah dikritik oleh golongan menengah
baharu. Hakikatnya, ramai dalam kalangan golongan kelas menengah baharu yang
mempunyai pendirian yang paradoks terhadap negara. Bagi satu pihak, ramai yang
menyokong perubahan kedudukan negara terhadap globalisasi. Sebaliknya, ramai dalam
kalangan kelas menengah baharu yang menuntut ruang demokrasi yang lebih besar dalam
negara dan mengkritik tindakan Tun Dr Mahathir dalam mengukuhkan kuasanya dan

4
Abdul Rahman Embong, ‘Beyond the Crisis: The Paradox of the Malaysian Middle Class.’dalam In Southeast
Asian Middle Classes: Prospects for Social Change and Democratization, disunting oleh Abdul Rahman Embong,
(Bangi: Penerbit UKM, 2001), hlm. 80-102 (hlm. 95)
5
Abdul Rahman Embong, ‘Beyond the Crisis: The Paradox of the Malaysian Middle Class’, hlm. 95
sikapnya yang mengekang perbezaan pendapat.6 Kebanyakan golongan kelas menengah
berpendapat perkara yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir ketika itu hanyalah semata-mata
untuk melaksanakan agenda politik beliau. Oleh itu, mereka telah bertindak dengan
menyuarakan kritikan mereka kepada kepada kerajaan terutama Tun Dr Mahathir atas
perubahan kedudukan negara terhadap kuasa asing dan globalisasi.

6
Abdul Rahman Embong, ‘Beyond the Crisis: The Paradox of the Malaysian Middle Class’, hlm. 96

You might also like