You are on page 1of 25

PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)

KUMPULAN: A
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
(HNT3013)
TAJUK TUGASAN:
PERISTIWA 13 MEI 1969
&
DISKRIMINASI WANITA DALAM POLITIK:
ANALISIS DAN KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI KONFLIK
DAN TEORI FEMINISME
PENSYARAH:
CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMAR


ROSHAIDIH BIN MADING
RONALD AGAN TOM
MOHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN
YAACOB
MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIN

D20121059092
D20131064804
D20131064785
D20131064780
D20131064782

PROGRAM PENDIDIKAN PENGAJIAN MALAYSIA (AT48)


SEMESTER 1 2014/2015
KUMPULAN: A
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
(HNT3013)
TAJUK TUGASAN:
PERISTIWA 13 MEI 1969:
KAJIAN KES DAN ANALISIS BERDASARKAN TEORI KONFLIK
PENSYARAH:
CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMAR


ROSHAIDIH BIN MADING
RONALD AGAN TOM
MOHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN
YAACOB
MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIN

D20121059092
D20131064804
D20131064785
D20131064780

TARIKH HANTAR:
3 NOVEMBER 2014

D20131064782

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

1.0

Pengenalan

2.0

Aliran Teori Konflik

MUKA SURAT
3
34

-Aliran Marx
-Aliran Webber

3.0

Kajian Kes: Peristiwa 13 Mei

46

4.0

Analisis Kajian

7-9

5.0

Kesimpulan

10

6.0

Rujukan

11

1.0

Pengenalan

Teori konflik telah diasaskan oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti olehWeber. Beliau
ialah seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi yang berasal dari Jerman. Antara karya yang
telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini adalah melalui karyanya
terkenal iaitu The Communist Menifesto. Pandangan teori konflik mengutamakan kaedah
determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukanlah bermaksud di
dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan
dalam institusi agama dan sebagainya. Konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu
masyarakat. Sesuatu konflik yang berlaku boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan
keharmonian di dalam sesuatu kolompok sosial. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori
konflik iaitu konsep dialektik, determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik
bermaksud evolusi bukan merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab
utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula
bermaksud asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan
ekonomi. Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan.
2.0

Aliran Teori Konflik

A. Aliran Karl Marx


Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran sosiologikal terhadap
karya-karya Marx. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka berpandangan
bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi
lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Konsep
sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau
kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan hidup seakan agama. Teori
konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat adalah
disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Asas
kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan
dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan
pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada
superstruktur masyarakat hanyaakan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya.

B. Aliran Webber
Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupunteori konflik
berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak bercanggah
pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa perubahan sosial
masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca
daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor.
Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor pengeluaran sahaja tetapi
disebabkan oleh faktor keagamaan (kristian protestan). Dalam proses menganalisis, Weber
mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu kelas, status dan parti. Konsep kelas Weber
menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak
bersetuju dengan pandangan Marx yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor
ekonomi, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti.
Status merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang
tersendiri. Status bukanlah dinilai berdasarkan kekayaan, kuasa dan kelas sosial tetapi
ditentukan oleh gaya hidup. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan
seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun organisasi.
Dapat disimpulkan kelas wujud dalam hubungan ekonomi, status wujud dalam hubungan
sosialdan parti wujud dalam hubungan politik. Kumpulan status dan kelas akan menggunakan
parti sebagai organisasi bagi memperjuangkan objektif mereka. Dapat disimpulkan di sini
bahawa aliran Weber menyatakan konflik dan perjuangan yang berlaku alam masyarakat
bukanlah disebabkan faktor ekonomi semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak
masing-masing supaya dipandang tingi oleh masyarakat.
3.0

Kajian Kes : Peristiwa 13 MEI 1969

Melihat kepada sejarah awal penubuhan Malaysia yang kini telah menjadi sebuah persekutuan
selama 51 tahun, pelbagai cabaran telah dihadapi sebagai negara yang mengamalkan sistem
demokrasi dalam masyarakat majmuk. Majmuk menurut kamus dewan edisi keempat adalah
terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian tetapi merupakan kesatuan. Masyarakat
majmuk pula memberi maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa
(kamus dewan edisi keempat, 2005, m/s 976). Masyarakat majmuk ini menjadi cabaran
dalam perlaksanaan Malaysia kerana setiap kaum mempunyai kepentingannya tersendiri.
Sebelum tertubuhnya Malaysia, Tanah Melayu telah didatangi oleh orang China dan juga
orang India disebabkan oleh dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh British pada masa itu.
2

Namun demikian, dasar pecah dan perintah oleh British membuatkan masyarakat pribumi dan
juga masyarakat yang bermigrasi pada masa itu tidak bersatu. Mereka hanya menjalankan
kehidupan sosial dan juga aktiviti ekonomi dalam kelompok tersendiri. Perbezaan tempat
tinggal dan tidak bergaul ini menjadi faktor masyarakat pada masa itu tidak memahami
budaya masing-masing dimana interaksi sosial itu tidak berlaku dan seterusnya mencetuskan
rusuhan kaum pada 13Mei setelah semuanya diluar kawalan.
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 adalah diantara kaum Cina dan juga kaum
Melayu. Walaupun rusuhan kaum yang sering berlaku di masa kini akan melibatkan seluruh
negara, rusuhan kaum ini pula hanya berlaku di Kuala Lumpur. Ianya bermula selepas
pilihanraya 1969 di mana parti pembangkang pada masa itu iaitu Parti Tindakan Rakyat dan
Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan berbanding sebelumnya.

Parti

kerajaan iaitu Parti Parikatan masih berjaya membentuk kerajaan tetapi mereka mengalami
kemerosotan jumlah kerusi yang dimenangi. Situasi kempen merupakan detik permulaan bagi
detik sejarah hitam negara ini dimana sesetengan parti memgetengahkan manifesto yang
berunsurkan perkauman dan juga mencemarkan imej individu tertentu semasa berkempen.
Keadaan semakin hangat apabila parti pembangkang iaitu DAP dan Gerakan melakukan
perarakan besar-besaran bagi meraikan kejayaan mereka mendapat lebih banyak kerusi dalam
pilihanraya ini.

Namun demikian, peristiwa ini pada asalnya adalah perarakan jenazah

seorang pemuda cina yang terkorban semasa bertempur dengan pihak polis semasa
pilihanraya dilakukan (Mardiana Nordin, 2011). Namun demikian, kesilapan dalam
kepimpinan UMNO pada masa itu juga turut menjadi punca kepada perbalahan kaum ini.
Pemimpin dan penyokong UMNO pada masa itu terasda tercabar dengan perarakan yang
dilakukan oleh kaum Cina tersebut. Oleh yang demikian, UMNO juga turut melakukan satu
perarakan balas yang bertujuan untuk meraikan kejayaan mereka membentuk kerajaan pada
masa itu. Perarakan ini diketuai oleh Datuk Harun Idris yang merupakan Menteri Besar
Selangor pada masa itu. Perarakan yang berunsurkan provokasi ini seterusnya mencetuskan
sentimen perkauman antara orang Cina dan juga orang Melayu. Kesan daripada rusuhan
kaum itu, angka kematian yang amat tinggi dicatatkan sepanjang darurat.
Beberapa faktor lain yang dilihat merupakan penyumbang kepada berlakunya rusuhan kaum
ini adalah seperti pemisahan tempat tinggal atau penempatan. Hubungan rasmi dinasti Ming
dengan empayar Melaka pada abad ke-15 adalah detik bermulanya hubungan diplomatik
dengan china (Liang Liji, 2009). Semenjak dari zaman ini, wujud perkampungan mengikut
3

kaum maka wujudlah perkampungan seperti kampung Jawa, Kampung Cina dan juga
Kampung Melayu. Pengasingan tempat kediaman ini dilakukan adalah untuk memudahkan
pentadbir untuk mengurus mereka. Oleh yang demikian wujudlah ekonomi yang berbeza
dalam kalangan masyarakat ini berdasarkan tempat-tempat mereka tinggal. Pengasingan yang
dilakukan ini hampir menjadikan masyarakat Cina dan juga masyarakat Melayu khasnya tidak
bercampur gaul dan memahami adat satu sama lain. Dari itu juga berlaku perbezaan ekonomi
apabila kebanyakan kaum Cina ini tinggal di bandar-bandar dan menjalankan kegiatan
perniagaan manakala masyarakat Melayu pada masa itu Cuma melakukan ekonomi saradiri
dan juga mempunyai pendapatan yang amat rendah berbanding dengan kaum Cina. Hal ini
membuatkan masyarakat Melayu pada masa itu merasa mereka ditindas dari segi ekonomi
sedangkan mereka merupakan penduduk asal kepada tanah Melayu. Hal ini membangkitkan
semangat perkauman yang sangat tinggi dalam kalangan orang Melayu pada masa itu.
Salah satu punca yang menyebabkan berlakunya rusuhan itu juga adalah pengasingan sistem
pendidikan yang dijalankan pada awal penubuhan malaysia. sistem pendidikan ini merupakan
diwariskan oleh british dimana sistem persekolahan pada masa itu adalah diasingkan
mengikut kaum selarasa dengan ekpimpinan British pada masa itu yang menjalankan
pemerintahan berkonsepkan pecah dan perintah. Pada masa tersebut, orang CIna, Orang India
dan juga orang Melayu masing-masing memiliki sistem persekolahan yang tersendiri. British
memang tidak mencadangkan untuk menyatukan kaum-kaum di Tanah Melayu pada masa itu
kerana mereka risau masyarakat ini akan bangkit dan bersatu menentang British jika semangat
perpaduan wujud dalam kalangan mereka. Disebabkan pengasingan yang berlaku ini,
masyarakat pada masa itu tidak dapat berkomunikasi dan menjalinkan hubungan baik sesama
mereka dan mereka tidak mengalami percampuran budaya. Semasa Laporan Razak
diteliti,sebahagian orang Cina melihat ianya sebagai percubaan untuk menjatuhkan bahasa
ibunda mereka (Kua Kia Soong, 2008). Kaum Cina pada masa ini risau bahawa perubahan
dalam pendidikan ini merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk menghapuskan
bahasa Ibunda mereka. Hal ini seterusnya menjadikan mereka sangat tidak sehaluan dengan
pihak kerajaan pada masa tersebut.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa setiap kaum mempunyai sensitiviti mereka yang tersendiri.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil ikhtibar daripada
rusuhan yang berlaku ini. Masyarakat dan kerajaan Malaysia kini dilihat sangat mengambil
serius terhadap ancaman perkauman ini.

4.0

Analisis : Kesesuaian Teori Konflik dengan Peristiwa 13 Mei 1969

Teori Konflik merupakan teori alternatif kepada Teori Fungsionalisme Struktural dalam
bidang sosiologi. Teori ini menganggap konflik itu merupakan satu aspek utama
(fundamental) dalam kehidupan masyarakat dan ini tidak mungkin dapat diatasi semua
permasalahan yang berlaku itu. Dari perspektif teori konflik, undang-undang merupakan alat
yang sangat penting untuk digunakan oleh kerajaan atau badan berkuasa dalam masyarakat
untuk menjamin semua masyarakat tidak melanggar peraturan dan tidak melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan institusi utama dalam masyarakat. Salah seorang tokoh utama yang
menyokong kuat Teori Konflik ini adalah Karl Marx. Pemikir Karl Marx ini sangat
berpengaruh dan menjadikan dasar daripada teori konflik ini. Teori ini mula berkembang dan
merebak dari tahun 1950an dan 1960an. Selain itu, antara tokoh yang bersetuju dengan teori
konflik ini juga adalah Weber, Simmel, Danredolf dan Coser. Setiap daripada mereka
mempunyai persepsi masing-masing dalam teori konflik ini. Di Malaysia, ketika
pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Perdana Menteri
Malaysia pertama telah meluahkan rasa gembiranya kerana kejayaan beliau yang mampu
menyatupadukan tiga komuniti etnik utama yang berbeza peradaban dan budaya bersamasama membina negara bangsa yang baru dan maju.
Komuniti utama inilah yang terdiri daripada etnik Melayu selaku penduduk asal dan komuniti
majoriti di Tanah Melayu, manakala komuniti kedua terbesar ialah komuniti etnik Cina dan
diikuti komuniti etnik India, kedua-dua etnik inilah merupakan golongan pendatang pada
asalnya. Walau bagaimanapun, kerjasama antara kaum ataupun etnik ini yang diharap untuk
terus berterusan kembali bergelora selepas merdeka kesan daripada perubahan di
Persekutuan Tanah Melayu seperti penubuhan Malaysia 1963, penyingkiran Singapura 1965,
rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan setiap kali pilihan raya diadakan akan berlaku konflik atau
permasalahan. Namun begitu, untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu, sudah
menjadi lumrah akan munculnya koflik nilai induk antara komuniti etnik yang berbeza ketika
meluahkan pandangan dan mempertahankan rukun teras masing-masing. Sejauhmanakah
konflik ini berterusan, ia bergantung pada tahap ancaman dan persaingan yang dihadapi
melalui tindakan masing-masing. Teori konflik mempunyai perkaitan dalam peristiwa 13 Mei
1969, kerana teori konflik menggunakan pendekatan teori konflik horizontal dimana peristiwa
ini berlaku disebabkan oleh perbalahan antara kaum atau ras.

Dasar pemerintahan British telah dianggap sebagai pencetus perkauman. Ini dapat dilihat
melalui aspek bagaimana reaksi etnik-etnik tertentu terhadap polisi tersebut. Analisis dan
kajian dapat dibuktikan melalui tindakan etnik Melayu, terutamanya apabila kelas bawahan
berhadapan dengan pendiskriminasian dalam bidang ekonomi, pendidikan dan tindakan etnik
Cina yang dihadkan dalam pentadbiran. Polisi bumiputera dan bukan bumiputera yang
dikatakan bersifat perkauman sehingga meminggirkan kedudukan etnik Cina dan Etnik bukan
Melayu juga dititikberatkan. Abraham mengatakan bahawa beliau tidak yakin bahawa
kekuatan etnisiti sebagai pencetus konflik antara etnik Melayu dengan etnik Cina. Hal ini
demikian kerana menurut Khoo Kay Kim, etnisiti merupakan faktor yang sangat kuat
mempengaruhi manusia dan ini sukar dikikis menerusi ideologi. Menurut Karl Von Vorys,
kegagalan sistem demokrasi yang menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah
menyebabkan kebanyakan pemimpin lebih cenderung untuk mengekalkan sifat sosial
masyarakat sebangsa namun, secara tidak sedar ia melibatkan pentadbiran yang bersifat
autokrasi. Peristiwa 13 Mei inilah membuktikan bahawa ketegangan hubungan etnik masih
gagal diatasi walaupun teras formula ini tetap diteruskan.
Selepas penyingkiran Singapura, etnik Cina berasaskan hala tuju kepada pemerintahan
Kerajaan Pusat lebih kepada menjurus kepada pro-Melayu dan ketika itu seluruh etnik Cina
ataupun India telah pun diterima sebagai warganegara dan bukan lagi warga asing. Namun,
berlaku pertelingkahan antara UMNO dan PAS yang hangat memperdebatkan bahawa parti
pelindung Melayu itu gagal melindungi hak etnik orang Melayu. Kesan daripada
pertembungan nilai induk dan rukun teras ini akhirnya berlaku pertumbuha melampau dalam
kalangan etnik. Isu yang menjadikan kempen Pilihan raya 1969 lebih menjurus kepada
perjuangan melindungi rukun teras bagi meraih undi daripada komuniti etnik masing-masing
sehingga mencetuskan sentimen perkauman.
Faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini adalah berpunca daripada hasutan komunis.
Corak kempen pilihan raya etnik Melayu dan bukan Melayu adalah provokasi yang
dimulakan oleh etnik Cina. Ada juga yang berpendapat kejadian ini berpunca
ketidakseimbangan ekonomi dan kedudukan ekonomi etnik Melayu yang jauh lebih mundur
jika dibandingkan dengan penguasaan ekonomioleh etnik Cina dan bukan Melayu. Walau
bagaimanapun, konflik 13 Mei ini berpunca daripada persepsi negatif etnik Melayu terhadap
etnik Cina atau sebaliknya ini termasuklah etnik Melayu penyokong UMNO atau PAS,
mereka ada pandangan tindakan agresif etnik Cina selepas pilihan raya 10 Mei 1969.
Keputusan Pilihan Raya 1969 memeranjatkan semua pihak apabila UMNO dan MCA kalah
6

teruk dan hampir separuh kerusi di Parlimen dan Negeri parti Perikatan itu kehilangan kerusi.
Kebanyakan kerusi UMNO berjaya dikuasai oleh PAS. UMNO tidak puas hati kerana
kegagalannya melindungi hak kebajikan dan rukun teras Melayu secara menyeluruh manakala
etnik Cina menganggap UMNO peneraju Perikatan lebih cenderung mendiskriminasikan
mereka yang pro-Melayu.
Malahan, peranan polis dan tentera menyemarakkan huru-hara kerana mereka
berperanan menyebarkan maklumat dan bukan bekerjasama menyeleraikan pertelingkahan.
Rusuhan 13 Mei 1969 tercetus apabila etnik Cina di bawah hasutan PKM/Cina bertindak
agresif menghina, memprovokasi nilai Kemelayuan-Islam ketika mengadakan perarakan
kemenangan. Hasilnya, kesabaran etnik Melayu semakin pudar dengan tindakan etnik Cina
yang menghina secara melampau nilai Kemelayuan-Islam. Mereka pada awalnya tergamam,
lalu terimbaulah memori hitam sewaktu pemerintahan di bawah penguasaan MPAJA/Cina.
Lalu, etnik Melayu mula bersepakat membuat perarakan namun, penghinaan daripada etnik
Cina semakin menjadi-jadi walaupun mereka belum memulakan perarakan. Akhirnya, pada
petang 13 Mei 1969, etnik Melayu bersedia dengan ilmu persilatan yang telah direstui oleh
para kiyai mengamuk apabila mereka mendengar khabar angin bahawa surau dibakar oleh
etnik Cina.
Etnik Melayu membakar kereta di jalan raya justeru ketika itu seruan pemimpin
Melayu sudah tidak dihiraukan lagi. Akibatnya, pembunuhan beramai-ramai terjadi apabila
seramai 196 orang di kalangan etnik Cina (125 orang), etnik Melayu (37 orang) manakala
etnik India (17 orang). Rentetan inilah, di bawah MANGERAN, Tun Abdul Razak telah
membentuk Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan, Rukun Negara sebagai
ideologi negara dan menyusun semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa 13
MEI berlaku diantara kaum cina dengan kaum melayu selepas selesai pilihanraya dimana
parti perikatan yang majoriti disokong oleh orang melayu gagal memenangi 2/3 walaupun
berjaya membentuk kerajaan. Konflik berlaku apabila hak istimewa orang Melayu di negara
ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi bagi persekutuan.

5.0

Kesimpulan

Teori konflik dapat menjelaskan bahawa Peristiwa 13 Mei 1969 bersesuaian dengan dimensi
horizontal iaitu konflik bersama rakyat dan rakyat. Walaupun ada sedikit kaitan faktor
dimensi vertikal di dalam kajian kes ini, ianya dapat menunjukkan teori ini dapat menjelaskan
peristiwa 13 Mei dengan baik dan terperinci. Selain itu juga, pelbagai pendapat dan
pandangan tentang peritiwa hitam negara yang di kaitkan dengan mana-mana teori yang
bersesuaian mengikut pengkaji. Peristiwa ini membawa pengajaran buat negara Malaysia
untuk menjaga keamanan dan kesejateraan bagi memastikan tiada rusuhan kaum yang berlaku
di negara ini. Bibit-bibit permulaan rusuhan kaum sudah bermula sejak lama lagi tetapi ianya
dapat dikawal atas faktor undang-undang dan kesedaran tentang kesepaduan antara kaum
serta penerimaan budaya antara satu sama lain.

6.0

Rujukan

Kua Kia Sian.(2008). 13 Mei Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan Kaum


1969 Malaysia, Suaram Komunikasi, Petaling Jaya, Selangor.
Liang Liji .(2009). Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
Mardiana Nordin Dan Hasnah Hussin. (2011). Pengajian Malaysia, Oxford Fajar Sdn.Bhd,
Selangor Darul Ehsan
Turner, J. H. (1998). The Structure of Sosiological Theory (Sixth Edition), Belmont, CA:
Wadsworth Publishing Company

PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN (AT58)


KUMPULAN: A
TEORI PENGAJIAN MALAYSIA
(HNT3013)
TAJUK TUGASAN:
DISKRIMINASI WANITA DALAM POLITIK :
ANALISIS DAN KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI
FEMINISME
PENSYARAH:
CIK SITI NORANIZAHHAFIZAH BINTI BOYMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

MUHAMAD AL-MU`IZZ BIN OMAR


ROSHAIDIH BIN MADING
RONALD AGAN TOM
MUHAMMAD ABDUL HAKIMI BIN
YAACOB
MOHD SHAHRIL BIN MD. ZIN

D20121059092
D20131064804
D20131064785
D20131064780
D20131064782

TARIKH HANTAR:
3 DISEMBER 2014
ISI KANDUNGAN
10

BIL

TAJUK

1.0

Pengenalan

2.0

Perkembangan Ideologi Feminisme


-

MUKA SURAT
14
15 - 18

Gelombang A
Gelombang B
Tokoh dan aliran Feminisme

3.0

Kajian Kes: Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita

19 - 22

3.1

Analisis Kajian

22 - 23

3.2

Rumusan

23

4.0

Kesimpulan

24

5.0

Rujukan

25

1.0

Pengenalan
11

Teori Feminisme adalah berkaitan tentang kepercayaan bahawa wanita dan lelaki adalah
manusia yang mempunyai sifat, kebolehan, dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Gerakan Feminisme ini lahir dengan dua gelombang yang berbeza dan masingmasing mempunyai tujuan asal namun gerakan mereka bertambah radikal dan profesional.
Pada abad ke-19, Pelopor gerakan ini ialah Lady Mary Montagu dan Marquis de Condoracet
yang muncul di Eropah dan memperjuangkan hak mereka yang dipanggil universal sisterhood
(http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/543/jbptunikompp-gdl-eighwikaku-27140-6-unikom_ei.pdf, Tarikh akses 27. Nov. 2014 ) . Disebabkan masalah penindasan terhadap kaum wanita
terlalu ketara pada abad ke-18, kemunculan tokoh-tokoh feminisme wujud bagi
membincangkan

soal-soal berkaitan

gender ini.

Masalah ini

telah menimbulkan

ketidakpuashatian di kalangan wanita khususnya bagi wanita yang mempunyai keupayaan


dalam pelbagai aspek namun terhalang atas sebab jantina atau biologi. Terdapat dua
gelombang tahap perkembangan teori Feminisme iaitu ;

2.0

Perkembangan Ideologi Feminisme

A. Gelombang pertama :
Perkataan feminisme adalah berasal dari seorang tokoh sosiologi iaitu Charles Fourier yang
telah pun tersebar luas sekitar tahun 1837. Penulis John Stuart Mill (1869) yang menerbitkan
sebuah buku yang berjudul The Subjection of women yang dulunya berpusat di Eropah kini
berkembang sehingga ke Amerika. Fahaman feminisme pada masa ini dianggap sebagai
kelahiran gerakan feminisme yang terawal pernah dicatatkan. Pada abad ke-18, penindasan
terhadap hak-hak wanita kian berleluasa dan banyak kes yang melibatkan wanita dipandang
rendah dan dihina sehingga mereka tersisih dari arus pembangunan. Kedudukan mereka yang
dianggap rendah seolah-olah golongan wanita tidak mempunyai peranan setaraf dengan lelaki.
Pada abad ke-18 dilihat sebagai suatu tahap yang mencerminkan kedudukan dan martabat
wanita sehingga menjadi mangsa dalam arus permodenan sehingga menjadi alat penindasan
semata-mata. Pada tahap ini, wanita telah mula bangkit bahkan ada di antara mereka yang
mengetuai gerakan tersebut adalah dari kalangan yang berpengaruh dan dianggap berkerjaya.
Sejarah dunia juga membuktikan bahawa golongan wanita sering dimanipulasi dalam soal
sosial kerana dianggap tidak mempunyai kredibiliti berbanding lelaki. Dalam bidang politik,
ekonomi, sosial mahupun budaya, golongan lelaki lebih diutamakan berbanding wanita
kerana faktor kemampuan, pemikiran, daya tahan dan sebagainya. Semasa kedatangan era
12

Liberalisme di Eropah dan selepas kejadian Revolusi Perancis pada abad ke-18, gerakan
feminisme di kalangan wanita kian bertambah disebabkan wujudnya kesedaran terhadap
penindasan terhadap mereka. Malahan, golongan wanita telah berani untuk keluar rumah
walhal mereka sedar akan kemampuan mereka dan percaya bahawa apa yang dimiliki lelaki
juga mampu dimiliki oleh golongan wanita.
Dalam soal keagamaan contohnya dalam aspek kepimpinan, harta, rumah tangga, wanita lebih
cenderung dilihat sebagai institusi kedua terpenting selepas lelaki. Hal ini dibuktikan oleh
Agama Islam sendiri. Namun, tidak semestinya apa yang dimiliki oleh lelaki bermaksud
untuk menindas wanita semata-mata. Tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh lelaki
dalam hal-hal kekeluargaan seperti menjadi pemimpin atau ketua keluarga merupakan
tuntutan yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan. Namun, ada yang menganggap bahawa
hukum tersebut tidak seimbang malah mengenepikan peranan wanita. Keperluan semasa
yang tidak relevan juga dianggap satu penindasan terhadap wanita.
Pada tahun 1792, Mary Wolllstoncraft telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk
Vindication of the right of Woman yang di dalamnya terdapat prinsip-prinsip feminisme.
Selain itu, pada tahun 1830-1840, pembebasan wanita daripada penindasan berserta hak-hak
wanita mula diberi perhatian. Perkara yang berkaitan tentang bidang pekerjaan mula
diperbaiki seperti waktu bekerja, gaji mengikut tahap pendidikan dan keterbukaan hak untuk
memilih tanpa mengira jantina.

B. Gelombang Kedua
Pada tahun 1960, Jutaan wanita di seluruh dunia terutamanya golongan muda seperti
pelajar, pekerja dan suri rumah yang berlatar belakangkan pendidikan yang lebih tinggi.
Mereka menolak beberapa pandangan yang lebih ke arah fundamental disebabkan penindasan
terhadap mereka sejak berabad lamanya. Kemunculan fenomena massa yang begitu radikal
adalah seperti yang berlaku di Amerika di mana golongan wanita begitu menyerlah untuk
memperjuangkan feminisme malah tersebar ke negara-negara dunia ketiga.

Pada gelombang kedua perjuangan feminisme menyaksikan peranan yang lebih besar
ditunjukkan oleh golongan wanita untuk menentang isu reaksioner, hukum perkahwinan yang
13

menindas, hukum pewaris harta, Mereka menggunakan banyak kaedah dan metode dari
pelbagai sudut untuk mengakses maklumat untuk kajian dalam politik, pekerjaan dan
pendidikan hingga hal-hal peribadi.
Tuntutan bagi memenuhi kesamaan dalam apa jua bidang adalah idealisme feminisme yang
menuntut keseimbangan dalam institusi masyarakat. Mereka merasakan dengan adanya
keseimbangan tanpa memilih jantina adalah suatu yang dianggap transformasi seluruh
hubungan sosial antara manusia. Mereka tidak lagi ingin dianggap sebagai golongan bawahan
yang tidak memberi faedah kepada pembangunan malah tidak menganggap golongan ini tidak
berkepentingan. Mereka ingin memperjuangkan kebebasan dalam apa jua bidang sekali gus
dianggap sebagai golongan yang berstatus tinggi dalam masyarakat setanding dengan kaum
lelaki.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, kemunculan negara-negara bebas dari penjajahan
oleh Negara Eropah juga telah mewujudkan ideologi feminisme yang bersifat terbuka. Pada
tahun 1980, gelombang kedua gerakan feminisme mencapai tahap yang begitu tinggi yang
mana suara wanita kian lantang dalam kerajaan malahan pada masa itu telah wujud wakilwakil wanita yang tampil untuk mewakili parlimen.

2.1

Tokoh-Tokoh dan Aliran Feminisme

Antara tokoh yang terkemuka dalam Teori Feminiseme adalah seperti Jean Elstain, Cynthia
Enloe, J. Ann Tickner dan Christine Sylvister.
Jenis-jenis Aliran Feminime :
1) Feminisme Liberal
Pelopor teori ini adalah Mary Wollstonecraft (1929) dan BettyFriedan (1965), mereka
berpendapat bahawa antara lelaki dan wanita tidak ada jurang perbezaan. Dalam sistem sosial
masyarakat khususnya dalam sistem politik dan pekerjaan dimana taraf dan penglibatan
wanita perlu diseimbangkan. Kesamarataan antara wanita dan lelaki perlu diutamakan tanpa
adannya penindasan terhadap golongan tertentu.
2) Feminisme Radikal

14

Untuk mempertahankan hak wanita dalam sistem sosial masyarakat, peranan waniita dalam
institusi kekeluargaan dan masyarakat adalah pendekatan perjuangan mereka. Mereka
menganggap bahawa dengan menuntut segala pembebasan dalam pemilihan perlu diberi
keutamaan kerana ia melibatkan soal sejagat dan umum. Sistem patriarki dalam masyarakat
juga dianggap sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia kerana melanggar nilainilai asasi manusia. Dalam perkahwinan, menurut Simon de Beauvoir ( 2008) menyatakan
bahawa tidak semestinya wanita menyerahkan kebebasan dan kemerdekaannya kepada lelaki
seperti yang berlaku di India.
3) Feminisme Budaya
Idealisme ini merupakan kepercayaan bahawa lelaki dan wanita adalah berbeza. Perbezaan ini
wujud dari segi didikan, peranan, tanggungjawab, sikap kewanitaan menjadikan golongan ini
lebih baik berbanding lelaki. Naluri seorang wanita adalah sangat berbeza dengan lelaki
kerana nilai-nilai yang ada pada seorang wanita juga menjadi keutamaan dalam pendidikan
awal kanak-kanak kerana wanita lebih berpengaruh dalam bidang tersebut. Wanita dianggap
sebagai pelengkap dalam institusi keluarga kerana seorang wanita semestinya akan
melahirkan seorang anak dan memberi sepenuh kasih sayang berbeza dengan peranan lelaki
yang hanya mencari rezeki dan mencari punca pendapatan keluarga. Namun fahaman ini
bertentangan dengan fahaman feminisme yang lain kerana peranan yang wujud itu boleh
dipelajari oleh golongan lelaki. Apa yang kita lihat berlaku pada hari ini adalah peranan yang
dulunya dikuasai oleh wanita juga dikuasai oleh lelaki seperti memasak, penjagaan anak dan
mengemas rumah.
4) Feminisme Sosialis-Marxis
Teori ini adalah kepercayaan di mana wanita berpegang teguh kepada aspek diskriminasi dan
kelas gender. Wanita yang sering diabaikan dari segi peranannya dalam masyarakat juga
menjadi objektif perjuangan mereka kerana hanya mementingkan satu kelas gender sahaja.
Mereka berpendapat bahawa untuk menjadikan sesuatu sistem masyarakat itu benar-benar
memenuhi keseimbangan ialah dengan mengkaji peranan masing-masing boleh mewujudkan
sesuatu yang dianggap memenuhi hak asasi manusia.

3.0

Kajian Kes dan Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita

15

Pendekatan Feminisme merujuk kepada unsur-unsur kebebasan terhadap wanita bahawa dunia
ini adalah perkongsian bersama. Konsep ini adalah sinonim dengan masalah yang menimpa
kaum wanita sejak berabad lamanya. Biarpun wanita pada hari ini memiliki sifat kepimpinan
namun disebabkan jantina mereka tidak layak untuk memegang sebarang jawatan yang lebih
tinggi melebihi kaum lelaki. Perubahan ketara oleh golongan feminin ini adalah sangat baik
dari semasa ke semasa dari segi penglibatan mereka dalam bidang politik adalah sesuatu yang
menjadi sumber inspirasi kepada parti-parti politik. Mereka sedar akan keterbatasan fizikal,
sifat kewanitaan, sifat kepimpinan yang tidak setanding lelaki tapi disebabkan pada hari ini
wanita telah mula membina institusi sendiri contohnya dengan penubuhan Kementerian
Pembangunan Wanita, keluarga, masyarakat Malaysia (KPWKM) yang bertanggungjawab
menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarha
dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada persidangan
penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita.
Diskriminasi wanita yang berlaku pada hari ini bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai
perkara biasa. Masalah ini telah pun berlaku sejak ke abad ke 18 lagi, wanita diperlakukan
seperti hamba perdagangan, menjadi pelacur, menjadi hamba abdi malahan menjadikan
mereka sebagai suri rumah sepenuh masa tanpa membenarkan mereka melakukan perkara
yang dilakukan oleh golongan lelaki. Di Eropah, migrasi yang berlaku oleh golongan wanita
secara beramai-ramai adalah disebabkan dasar diskriminasi yang terlalu menindas golongan
wanita malah tidak menganggap mereka sebagai warganegara.
Penglibatan wanita dalan arena politik adalah objektif dan saranan daripada kemodenan yang
semakin pesat. Golongan wanita mempunyai potensi untuk membangunkan negara dan
membawa perubahan di dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam badanbadan
pentadbiran di peringkat kebangsaan dan tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan
undang-undang yang lebih mengutamakan kepada wanita dan keluarga. Biarpun dalam arena
politik wanita mempunyai halangan untuk menyertai parlimen di peringkat kebangsaan dan
tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, namun ia masih tidak mencukupi
untuk memberikan keseimbangan gender yang sepenuhnya di dalam pentadbiran. Melihat
daripada bentuk politik yang lebih terbuka, peratus peningkatan penglibatan tidak berlaku
secara terus malah ia berlaku secara berperingkat untuk mencapai tahap itu. Bermula dari
zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawah
pendidikan sehingga kepada gaya sosial semasa adalah sangat diragui kecekapan mereka
sebagai pembuat keputusan yang bernas. Bentuk diskriminasi ini juga terjadi akibat daripada
16

tanggungjawab yang besar oleh wanita di dalam institusi keluarga adalah keutamaan yang
diberikan lebih kepada wanita berbanding lelaki.
Di Indonesia, wanita mempunyai peranan yang cukup besar dalam politik kerana wujudnya
perjanjian tentang hak asasi wanita. Kedudukan wanita di Indonesia secara formal adalah
cukup kuat kerana proses penentuan undang-undang serta peraturan yang telah diwujudkan
adalah berkaitan soal hak asasi manusia. Namun, secara praktiknya wanita masih lagi
mengalami satu penjajahan dan diskriminasi. Menurut Pof. Miriam Budiardjo ( 2008: 257)
menyatakan bahawakedudukan perempuan secara de jure jauh berbeda dengan
kedudukannya secara de fact. Selain itu, kekuatan wanita dalam politik Indonesia telah
mewujudkan beberapa perjanjian mengenai hak politik wanita ( Convention on the Political
Rights of Women) dan perjanjian penghapusan Diskriminasi terhadap wanita (Convention on
the Political Elimination og All Forms of Discrimination againts Women atau CEDAW. Pada
tahun 1993, Deklarasi Wina juga telah memberi kesempatan kepada wanita untuk memenuhi
30% kerusi wakil rakyat mengikut Undang-Undang Pemilihan Umum 2004.
Konvensyen PBB juga telah mengeluarkan tindakan yang sewajarnya untuk mempertahankan
hak wanita antaranya menetapkan bahawa wanita berhak untuk menyuarakan segala unsur
penindasan tanpa diskriminasi oleh golongan lelaki. Wanita juga berhak untuk memegang
mana-mana jawatan setelah memenangi pilihan raya tanpa mengira badan elektif
berlandaskan undang-undang pilihan raya. Selain itu, wanita berhak menduduki jabatanjabatan dalam kerajaan bagi menyelanggara semua proses pentadbiran selagi tidak
bercanggah dengan undang-undang.

Antara isu yang dilihat sebagai amat menindas golongan wanita ialah isu dalam rumah
tangga, kewarganegaraan, dan perdagangan (trafficking) wanita dan anak-anak. Pada
dasarnya, peranan wanita lebih terserlah dalam institusi keluarga. Mereka kurang memahami
soal-soal politik mahupun soal berkaitan negara bukanlah disebabkan kekurangan ilmu dan
pendidikan namun atas nilai-nilai kecekapan yang lebih dimonopoli golongan lelaki. Pada
tahun 2007, wanita di Indonesia terlalu kuat untuk memperjuangkan hak mereka sehingga
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengesahkan undang-undang tentang penghapusan
kekerasan rumah tangga, undang-undang tentang kewarganegaraan dan undang-undang
pemerdagangan wanita.

17

Penglibatan wanita dalam politik juga berada di tahap yang rendah. Semenjak Malaysia
mengecapi kemerdekaan, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badanbadan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar
sederhana dan masih di tahap sederhana. Pada tahun 1990, dianggarkan hanya 5% daripada
ahli-ahli parlimen adalah wanita. Namun bilangan ini terus bertambah pada tahun 1999
kepada 10%. Selepas pilihan raya 2004, bilangan ini tidak mengalami perubahan sedangkan
wanita-wanita adalah lebih ramai mempunyai pendidikan lebih tinggi berbanding lelaki.
Kekurangan bilangan wanita dalam politik adalah disebabkan faktor yang disebabkan
individu itu sendiri kerana dengan dasar-dasar yang telah diwujudkan untuk memberi
keseimbangan dalam politik sebagai galakan kepada mereka. Peranan wanita Malaysia
bermula dengan kemenangan Halimaton Saadiah dalam pilihan raya Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama iaitu pada tahun 1955. Dengan pelantikan beliau sebagai Menteri
Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 menyemarakkan lagi penglibatan wanita dalam politik
negara masa itu.
Kesetaraan gender oleh Feminis sebenarnya tidak terdapat dalam hukum Islam.
Kemunculan ideologi feminisme muncul di Barat semasa era pencerahan (enlightenment era)
iaitu semasa kebangkitan wanita bagi menuntut hak-hak mereka. Sebelum zaman pencerahan
iaitu pada zaman gelap (dark ages), golongan lelaki lebih mendominasi sistem dalam
masyarakat malah tidak membenarkan wanita untuk melibatkan diri dalam soal pendidikan
pekerjaan luar rumah atau berpolitik. Bahkan lebih teruk lagi wanita dianggap tidak
mempunyai status keberadaan dan dipertikaikan taraf kewarganegaraan mereka sehingga pada
masa itu wanita di Eropah benar-benar kehilangan kemuliaannya.
Kedudukan wanita dalam Islam adalah sama darjatnya malah dilayan sebagai manusia
iaitu makhluk Allah. Wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan
menceburi bidang politik. Pada zaman Rasullullah S.A.W dan Umar Al-Khattab r.a di mana
Nabi memberi ilmu berkaitan Al-Quran kepada wanita dan menerima baiat (ikrar) dari dua
orang perempuan semasa Baiat Al-Aqabah 2. Malahan, pada zaman Umar Al-Khattab, ada
seorang wanita yang menegur Umar berkaitan nilai mahar perkahwinan. Dalam Islam juga,
politik yang dilaksanakan adalah sangat berbeza dengan politik sekuler. Namun, idealisme
dalam Teori Feminisme dalam Islam hanya wujud seperti dalam perkahwinan, poligami, harta
dam sebagainya. Undang-undang dalam Islam juga menjadikan golongan lelaki sebagai
pemimpin dalam sosial masyarakat contohnya pemimpin dalam keluarga dan pemimpin
kerajaan. Umat Islam yang menjadikan hukum-hukum ini sebagai pedoman hidup semestinya
18

tidak akan melahirkan sentimen ataupun isu melibatkan gender. Segala panduan yang
terkandung di dalam Al-Quran perlu dipatuhi dan diikuti kerana di dalamnya terdapat undangundang dan peraturan yang telah dikhaskan bagi mengimbangi peranan wanita dalam
masyarakat. Dalam Islam sendiri menyeru umatnya untuk berdawah dengan mengajak kepada
yang maaruf dan menjauhi perkara mungkar. Kewajipan setiap umat manusia tidak kira lelaki
mahupun wanita adalah suatu yang dituntut bahkan menjadi sebahagian dari dakwah Islam.
3.1

Analisis Kajian

Untuk menjelaskan masalah yang berlaku akibat daripada diskriminasi wanita dalam politik
Teori Feminisme liberal adalah sangat sesuai untuk merungkai masalah yang berlaku. Dalam
Teori Feminisme percaya bahawa wanita dan lelaki adalah sama dan tidak wujud perbezaan.
Perbezaan hanyalah wujud pada struktur biologi dan fizikal. Dalam politik, peranan wanita
adalah cukup besar untuk membina sebuah institusi kerajaan yang lebih manpan. Golongan
wanita dilihat sebagai individu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh lebih
baik berbanding lelaki. Peranan mereka juga amat diperlukan dalam pembuatan dasar-dasar
kerajaan lebih-lebih lagi dalam proses penggubalan undang-undang dalam institusi
kekeluargaan dan anak-anak.
Teori Feminisme Liberal juga menjelaskan bahawa kecenderungan golongan lelaki
mendominasi institusi politik sehingga mencemar martabat dan status wanita adalah
bercanggah dengan konsep hak asasi manusia itu sendiri. Dalam arena politik, penglibatan
wanita hanya cukup rendah contohnya di Malaysia, pada tahun 1990 hanya 5% dari ahli-ahli
parlimen adalah wanita. Kerajaan cukup menitikberatkan soal-soal hak-hak wanita di
Malaysia sehingga memperuntukkan dana untuk melaksanakan pembangunan wanita. Dengan
ini, teori feminisme sangat menyokong sokongan yang diberikan kerajaan biarpun hanya
sedikit berlaku diskriminasi gender dalam institusi kekeluargaan. Secara praktiknya, pengaruh
wanita dalam politik tidaklah sehebat lelaki yang hampir mengeksplotasi segala sudut sistem
sosial dalam masyarakat.
Teori Feminisme Liberal ini juga sangat bersesuaian digunakan bagi membahas tentang
pembebasan terhadap wanita tanpa adanya diskriminasi berkaitan gender. Mereka diberi
peluang dan ruang untuk bersama-sama membangunkan negara ini demi kepentingan umum.
Wanita bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa adannya diskriminasi. Pada zaman moden
ini, wanita bukan sahaja boleh menjadi pemimpin malah menjadi simbol perjuangan-

19

perjuangan wanita bagi mempertahankan institusi wanita di seluruh dunia seperti yang
dilakukan oleh kerajaan Indonesia
Dalam institusi masyarakat, wanita yang sering dilabel sebagai individu yang kurang cekap
malah tidak tegas adalah faktor yang menjadi penghalang kepada teori feminisme liberal ini.
Masalah yang menimpa golongan wanita ini adalah disebabkan kurangnya daya fikir untuk
membuat keputusan dalam bentuk krisis pemikiran yang lebih kompleks. Dalam institusi yang
melibatkan kerajaan adalah amat sukar bagi wanita untuk menangani masalah-masalah yang
lebih serius disebabkan faktor persekitaraan politik yang mana lelaki lebih mendominasi
ruang tersebut. Masalah ini juga timbul akibat daripada desakan agama yang lebih
mengutamakan lelaki untuk menjadi pemimpin atau khalifah di muka bumi ini. Setiap
individu sama ada lelaki ataupun wanita adalah berfungsi untuk melengkapi hidup antara satu
sama lain. Fungsi ini juga boleh difahami dengan fungsi Kontra antara dua gender yang
berbeza
3.2

Rumusan: Terima atau Menolak Teori

Berdasarkan analisis kajian tentang diskriminasi terhadap wanita, dapat digambarkan dan
dinilai bahawa golongan wanita mempunyai potensi untuk membangunkan negara dan
membawa perubahan dalam masyarakat. Melihat daripada bentuk politik yang lebih terbuka,
peratus peningkatan penglibatan tidak berlaku secara terus malah ia berlaku secara
berperingkat untuk mencapai tahap itu. Wanita juga berhak untuk memegang mana-mana
jawatan setelah memenangi pilihan raya tanpa mengira badan elektif berlandaskan undangundang pilihan raya. Selain itu, wanita berhak menduduki jabatan-jabatan dalam kerajaan bagi
menyelenggarakan semua proses pentadbiran selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Perwakilan wanita-wanita dalam badan-badan perundangan adalah merupakan salah satu
petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita
Teori feminisme liberal yang dipopularkan oleh Wollstonecraft (1929) dan Betty Friedan
(1965), bertetapan dengan kajian ini iaitu diskriminasi terhadap wanita dan dapat menjelaskan
bahawa antara lelaki dan wanita tidak ada jurang perbezaan. Aliran pemikiran politik yang
merupakan asal mula feminisme liberal, berada dalam proses pemikiran dan penstrukturan.
Feminisme liberal menekankan, bahawa keadilan gender menuntut kita untuk membuat
peraturan yang adil. Tujuan umum dari feminisme liberal adalah untuk menciptakan
masyarakat yang adil dan peduli tempat kebebasan. Hanya di dalam masyarakat seperti itu
perempuan dan lelaki dapat mengembangkan diri.
20

Dalam sistem sosial masyarakat khususnya dalam sistem politik dan pekerjaan di mana
taraf dan penglibatan wanita perlu diseimbangkan. Kesamarataan antara wanita dan lelaki
perlu diutamakan tanpa adanya penindasan terhadap golongan tertentu. Teori feminisme
liberal bertetapan dengan kajian ini kerana kedudukan wanita dalam Islam adalah sama
darjatnya malah dilayan sebagai manusia iaitu makhluk Allah. Wanita diberi kesempatan dan
peluang untuk menimba ilmu dan menceburi bidang politik.
Jelaslah bahawa feminisme liberal berkeinginan untuk membebaskan perempuan dari
diskripsikan atau kebebasan untuk memberikan alasan yang lebih rendah atau tidak
memberikan tempat sama sekali terhadap wanita baik dalam akademik mahupun pasaran.
Mereka menekankan bahawa masyarakat mencampur adukan seks dan gender sebagai serta
menganggapnya sebagai suatu tindakan yang dihubungkan dengan keperibadian feminisme
yang layak untuk perempuan.
4.0

Kesimpulan

Teori Feminisme adalah sesuatu mekanisme bagi wanita untuk terus memperbaiki mutu
kehidupan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Landasan yang menjadi faktor penentu
kesamarataan (equality) turut diperkukuhkan dengan berpandukan kepada kajian, metode dan
tinjauan yang menyeluruh. Peranan mereka adalah sangat dialu-alukan dalam politik dalam
kebanyakan negara-negara membangun kerana mereka lebih mengutamakan hak sejagat
bukannya menjalankan kekuasaan dengan kekerasan yang hanya mementingkan nilai-nilai
peribadi semata-mata. Namun, masalah teori feminisme ini ialah sifat wanita yang lahirnya
kerana tentangan daripada hukum-hukum agama. Mereka membangkitkan soal-soal pemilikan
harta, poligami, hak penceraian dan sebagainya yang mana perkara itu adalah ketentuan yang
perlu dipatuhi di dalam agama Islam. Kitab yang diturunkan adalah wahyu yang di dalamnya
terdapat hukum hakam kehidupan dan ini juga adalah soal ketaatan seseorang terhadap
agamanya. Oleh yang demikian, Teori feminisme adalah tujuan asalnya hanyalah berkaitan
pembebasan penindasan terhadap wanita disamping memperjuangkan keseimbangan dalam
kehidupan agar boleh dinikmati.

5.0

Rujukan
21

BUKU

1. Prof Miriam Budiardjo (2008), Dasar-Dasar Politik. Penerbit PT Gramedia Pustaka


Utama.
JURNAL
1. Nyoman Yatmi Pravitra Dewi (2004). Bab 2, Landasan Teori, Pendekatan Feminisme,
Pergerakan Perempuan, Subordinasi Perempuan dan Stereotip jender.
2. Penulis tidak dinyatakan. Bab2, Landasan Teori. Boleh diperolehi dari Laman Web :
http://elib.unikom.ac.id/files/disk1/543/jbptunikompp-gdl-eighwikaku-27140-6unikom_e-i.pdf
3. Jai Nurrozaq ( 2014 ). Nilai-Nilai Feminisme. Boleh diperolehi dari Laman Web :
http://digilib.ump.ac.id/files/disk1/25/jhptump-ump-gdl-jainurroza-1228-3-babii.pdf
4. Universitas Sumatera Utara. Konsep, Landasan Teori, dan Tinjauan Pustaka. Boleh
diperolehi dari Laman Web :
http://repository.usu.ac.id/bitstream/123456789/25836/3/Chapter%20II.pdf

22

You might also like