You are on page 1of 7

UL01702 PEMIKIRAN POLITIK SEMASA

1. Apakah yang anda fahami mengenai konsep “masyarakat sempurna” dalam


konteks falsafah dan pemikiran politik? Pada pendapat anda, apakah jenis ideologi
dan sistem politik yang paling berupaya merealisasikan “masyarakat sempurna” yang
anda takrifkan?

4. Apakah yang anda fahami tentang konsep “kesamarataan/persamaan gender” dan


“hak terhadap autonomi tubuh/badan”? Sejauh manakah konsep-konsep yang
diperjuangkan oleh gerakan feminis ini diamalkan di negara anda?

6. Penularan isu keselamatan semasa seperti gerakan pemisahan, iredentisme,


konflik wilayah dan maritim serta konflik etno-agama sering dikaitkan dengan
kebangkitan semula nasionalisme dan politik identiti dalam dunia pasca-global.
Berpandukan kepada kes/isu/insiden tertentu, bincang dan huraikan pernyataan
tersebut.

NAMA PENSYARAH: Prof. Dr. Lei Yew Meng


NAMA PELAJAR : Nielzron Ricky Rubin
NO MATRIK: BA20110033
1, Apakah yang anda fahami mengenai konsep “masyarakat sempurna” dalam
konteks falsafah dan pemikiran politik? Pada pendapat anda, apakah jenis ideologi
dan sistem politik yang paling berupaya merealisasikan “masyarakat sempurna” yang
anda takrifkan?

Konsep masyarakat sempurna dalam konteks falsafah dan pemikiran politik ialah
masyarakat yang mempunyai daya fikiran yang tinggi terhadap sesuatu seperti
perkara yang berkaitan dengan negara. Masyarakat sempurna adalah masyarakat
mempunyai pendidikan dan pendirian serta berfungsi dalam memajukan sesebuah
negara. Selain itu, ianya bebas daripada sebarang penindasan yang boleh
menyebabkan individu tersebut berada dalam keadaan yang tiak adil. Masyarakat
sempurna ini lebih tertumpu kepada kebolehan masyarakat dalam menjadikan
sesebuah negara itu ke arah yang lebih maju dari segi segi politik dan ekonomi. Hal
ini bagi memastikan masyarakat atau rakyat mendapat keperluan yang seharusnya
dimiliki seperti kebajikan, pendidikan dan keselamatan.

Dalam merealisasikan masyarakat sempurna, saya berpendapat bahawa ideologi


yang sesuai untuk merealisasikannya ialah dalam sistem politik ialah ideologi
demokrasi. Hal ini demikian, demokrasi merupakan suatu bentuk pemerintahan atau
pentadbiran dalam sesebuah kerajaan negara yang lebih mengutamakan
kepentingan rakyat, dalam erti kata lain asas sebuah negara adalah masyarakat atau
rakyat yang tinggal di dalamnya.

Seperti yang kita ketahui, sistem demokrasi dalam politik merupakan sebuah
sistem yang mana dalam memilih pemimpin ianya dipilih 100% oleh rakyat. Ini
kerana rakyat merupakan penggerak utama dalam ekonomi negara maka rakyat
seharusnya diutamakan dan diberi kebebasan untuk memilih siapa sahaja pemimpin
yang dilihat mampu menerajui kerajaan negara.

Kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi mampu memberi peluang kepada


rakyat untuk mengutarakan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara yang dirasai
sama ada memberi kebaikan atau keburukan kepada negara. Dalam hal ini,
pemimpin dapat mengetahui keadaan rakyatnya terhadap sesuatu perkara yang
dilaksanakan atau diputuskan olah pihak pemerintah.
Melalui sistem demokrasi, hak rakyat dan kebajikan rakyat juga akan terpelihara.
Kita dapat melihat bagaimana pemerintah melalui sistem demokrasi untuk memberi
pendidikan yang sama rata kepada semua lapisan masyarakat walaupun mempunyai
perbezaan seperti bangsa dan agama seperti di Malaysia. Melalui sistem pendidikan
ini ianya mampu untuk melahirkan insan yang mempunyai daya fikiran yang tinggi
dalam sesuatu bidang yang di terajui atau yang hendak dicapai oleh oleh individu
tersebut.

Oleh itu jelaslah bahawa melalui ideologi politik seperti sistem demokrasi dalam
politik dapat merealisasikan konsep masyarakat sempurna. Melalui sistem demokrasi
masyarakat dapat dibentuk untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab
terhadap negara sendiri. Masyarakat sempurna merupakan aspek yang penting
dalam membina negara bangsa yang kukuh dalam pelbagai cabang seperti politik,
ekonomi dan sosial.
4, Apakah yang anda fahami tentang konsep “kesamarataan/persamaan gender” dan
“hak terhadap autonomi tubuh/badan”? Sejauh manakah konsep-konsep yang
diperjuangkan oleh gerakan feminis ini diamalkan di negara anda?

Konsep kesamarataan/persamaan gender ialah pandangan terhadap lelaki


dan perempuan dalam menceburi bidang adalah sama tanpa membuat justifikasi
yang berat sebelah iaitu memberi kelebihan lebih kepada perempuan atau lelaki
dalam sesuatu perkara seperti dalam bidang ekonomi, kemudahan dan dalam
pembuatan keputusan cita-cita, perlindungan dan kebajikan adalah sama rata.

Manakala hak autonomi tubuh/badan pula ialah hak individu tersebut


mempertahankan tubuhnya daripada pelanggaran yang mengancam keselamatan
dan maruah dirinya. Dalam hal ini ianya sering berlaku di kalangan perempuan
dimana terdapat individu yang memanfaatkan tubuh wanita untuk kepentingan
sendiri seperti dijadikan hamba, pelacur dan mengahwinkan anak gadis di bawah
umur.

Di Malaysia, kesamarataan/persamaan gender dan hak autonomi


tubuh/badan juga telah di perjuangkan oleh golongan feminis walaupun terdapat
tanggapan bahwa ianya hanya memporak perandakan negara melalui feminisme
yang mana juga mempertahan atau menyokong LGBTQ. Golongan feminis di
Malaysia lebih menumpukan perhatiannya kepada keganasan rumah tangga dan
gangguan seksual terhadap wanita serta penindasan wanita yang berlaku di Malaysia.
Penubuhan Perbadanan Bantuan Wanita dan Pusat Krisis Wanita merupakan
sebuah pertubuhan untuk membantu wanita ke arah yang lebih maju dalam
pemikiran khususnya mendapatkan pendidikan.

Pemikiran tradisional yang menempatkan perempuan hanya layak berada di


dapur dan menguruskan anak-anak telah mengekang pemikiran wanita di Malaysia
untuk memperlihatkan bakat yang ada dalam diri mereka terhadap sesuatu perkara
atau bidang khususnya dalam bidang ekonomi. Usaha golongan feminis di Malaysia
dengan mengadakan kempen hari Wanita sedunia telah menyedarkan kaum wanita
di Malaysia untuk melakukan perubahan terhadap cara berfikir mereka dalam
pandang dunia.
Tindakan kau lelaki yang memandang rendah terhadap kebolehan wanita
dalam menceburi bidang yang sama seperti lelaki telah menyebabkan wanita merasa
tercabar dan berusaha untuk membuktikan kebolehan mereka dalam bidang yang
hendak di ceburi ianya dapat dilihat melalui pencapaian Datuk Nicol Ann David yang
berjaya merebut gelaran nombor satu dunia dalam sukan squash.

Keganasan rumah tangga yang menyebabkan wanita berada di posisi yang


tidak adil seperti suami melempiaskan tekanannya dari tempat kerja kepada isteri
dengan memukul dan memberi tekanan dari segi mental menyebabkan kaum wanita
mati tanpa dibela atau menggila. Perbuatan ini telah menyebabkan golongan feminis
mengambil tindakan dengan menyuarakan pendapat mereka terhadap perlindungan
wanita melalui akta keganasan rumah tangga.

Kesimpulannya, hak persamaan gender di pasca moden ini sangat penting


bagi memastikan hak asasi manusia terus terjaga. Diskriminasi terhadap wanita juga
harus di singkirkan dari kamus kehidupan masyarakat agar melahirkan sebuah
masyarakat yang saling membantu dan melindungi.
6, Penularan isu keselamatan semasa seperti gerakan pemisahan, iredentisme,
konflik wilayah dan maritim serta konflik etno-agama sering dikaitkan dengan
kebangkitan semula nasionalisme dan politik identiti dalam dunia pasca-global.
Berpandukan kepada kes/isu/insiden tertentu, bincang dan huraikan pernyataan
tersebut.

Gerakan pemisahan, iredentisme, konflik wilayah dan maritim serta konflik


etno-agama sering dikaitkan dengan kebangkitan semula nasionalisme dan politik
identiti dalam dunia pasca-global yang mana ianya juga telah berlaku di Malaysia
berkaitan dengan isu atau konflik pemilikan wilayah iaitu Sabah yang dituntut oleh
Filipina.

Pertama, alasan konflik dapat ditelusuri kembali ke sejarah di mana Sabah


pada awalnya diperintah oleh Sultan Brunei, kemudian diserahkan kepada Sultan
Sulu pada tahun 1704, sebagai penghargaan dalam membantu penindasan
pemberontakan tempatan. Seterusnya pada tahun 1878, dua pedagang Eropah
(yang kemudian dibentuk British North Borneo Company, BNBC) menyewakan Sabah
dengan perjanjian Kesultanan Sulu dengan harga 5,000 dolar Malaysia setiap tahun.

Pada tahun 1930, perjanjian ditandatangani antara pemerintah A.S. dan


Mahkota Britain, yang menetapkan wilayah wilayah Republik Filipina, yang tidak
termasuk Sabah. Setelah Filipina diberikan kemerdekaannya pada tahun 1946, BNBC
menyerahkan semua haknya kepada pemerintah Britain, yang merangkumi hak
kedaulatan penuh ke atas Sabah melalui Perintah Penyerahan Borneo Utara. Untuk
menekan komunisme, pembentukan Republik Persekutuan Malaysia yang
merangkumi Sabah sangat diperlukan. Oleh itu, kerajaan Inggeris sekali lagi menolak
tuntutan Filipina ke atas Sabah pada tahun 1961.

Penolakan dan kemasukan Sabah yang berterusan di bawah wilayah


Malaysia telah menyebabkan kewarganegaraan Filipina menjadi petunjuk konflik,
kerana dianggap sebagai keganasan bagi kebanggaan negara mereka. Tuntutan di
Sabah adalah demonstrasi kemampuan Filipina untuk bertindak secara bebas untuk
melindungi apa yang ditakrifkan sebagai kepentingan, hak dan kehormatan mereka.
Penurunan tuntutan terhadap Sabah bermaksud pengakuan terhadap kedaulatan
Malaysia ke atas Sabah. Sekiranya demikian, tindakan yang diambil sebelumnya akan
dilihat sebagai 'gangguan' yang akan merosakkan integriti nasional seperti apa yang
dipercayai sebagai wilayah Filipina diserahkan kepada negara lain.

Oleh itu, untuk mempertahankan kewarganegaraan mereka, Filipina terus


merebut kembali Sabah. Kedua, alasan konflik mungkin disebabkan oleh keuntungan
ekonomi yang diperoleh di Sabah kerana tanah ini terkenal dengan sumber semula
jadi dan biodiversiti yang kaya. Industri pertanian, perhutanan, dan petroleum telah
menjadi asas ekonomi utama negeri ini. Oleh itu, jika Filipina berjaya menuntut
Sabah, negara itu tidak hanya memperoleh keuntungan ekonomi sekarang, tetapi
juga cara untuk meningkatkan ekonomi mereka sendiri,

Keadaan ini telah menyebabkan semangat nasionalisme di Malaysia telah


meningkat dan rakyat telah bersatupadu khususnya di Sabah dengan mengeluarkan
suara untuk tidak bergabung Filipina. Melalui semangat ini telah berjaya untuk
menetapkan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia walaupun Filipina belum
menarik niat mereka untuk terus menuntut Sabah sebagai Wilayah mereka.

You might also like