You are on page 1of 10

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HPA 104 – ETIKA DAN MASYARAKAT LESTARI


SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2017/2018

SOALAN TUGASAN :

Bincangkan perbandingan antara konsep kesamarataan (equality) dengan keadilan


(justice) berserta contoh-contoh yang relevan.

NAMA : MUHAMMAD FAKRUHAYAT BIN AB RASHID


1.0 PENGENALAN

Pada zaman yang berteraskan teknologi kini masyarakat di Malaysia masih lagi keliru
dengan konsep kesamarataan dan keadilan. Mereka menganggap bahawa keadilan itu
bermaksud hak sama rata antara satu sama lain. Hal ini amat bertentangan sekali dengan
maksud sebenar keadilan dan kesamarataan. Keadilan bermaksud setiap orang berhak
mendapat sesuatu sesuai dengan bahagian, kemampuan dan keperluan mereka manakala
kesamarataan pula merujuk kepada persamaan dari segi sifat, keadaan dan sebagainya antara
satu sama lain tanpa mempertimbangkan keperluan, hak dan kewajipan seseorang individu
itu. Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan manusia.
Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga
antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi
tidak memerangi Islam. Prinsip kesamarataan dan keadilan dalam Islam yang berlaku di
Malaysia khususnya yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya, kedudukan istimewa orang Melayu itu tidak
bercanggah dengan prinsip keadilan dan kesamarataan dalam Islam berdasarkan empat hujah
iaitu pertama, walaupun orang Melayu mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam
perlembagaan, namun ia bukan melalui rampasan harta orang bukan Melayu sebaliknya
mendapatkannya dari tambahan kepada ekonomi keseluruhan. Kedua, pelaksanaan terhadap
keistimewaan orang Melayu tidak menjejaskan kedudukan ekonomi, dan pendidikan serta
politik orang bukan Melayu, malah dalam sektor ekonomi dan pendidikan, mereka lebih baik
daripada orang Melayu. Ketiga, kedudukan istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang telah
wujud sebelum merdeka dan dimasukkan kembali apabila perlembagaan digubal. Keempat, ia
adalah persetujuan yang telah dicapai melalui perundingan antara etnik. Oleh itu walaupun
wujud ketidaksamarataan antara etnik tetapi keadaan ini sangat adil kerana mengikut statistik
menunjukkan bahawa dalam bidang ekonomi, pencapaian orang Melayu tidak begitu
membanggakan. Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu
mengatasi masalah kemiskinan orang Melayu dan mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru
untuk memastikan penguasaan 30% pengagihan kekayaan negara. Ini kerana 75% orang
Melayu bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan
dari keduanya adalah kecil. Oleh itu, apabila Tunku Abdul Rahman sudah membuat
perjanjian dengan Tan Cheng Lok, kedua-dua tokoh negara ini sudah saling bersetuju untuk
menghormati hak masing-masing antara satu sama lain. Perjanjian ini adalah satu perjanjian
besar dan bersejarah, bukannya perjanjian kedai kopi yang tidak membawa apa-apa erti.
Kaedahnya mudah sahaja. Bagi satu dan dapat satu. Apabila kaum bukan melayu memberi
keistimewaan kepada melayu dan bumiputera, sebagai balasannya mereka mendapat hak
kewarganegaraan yang perlu mereka hargai. Prinsip jus soli diterima oleh pemimpin melayu
kerana hak istimewa melayu dan bumiputera juga boleh diterima pemimpin bukan melayu.
Begitu juga apabila kaum melayu memberi hak kewarganegaraan kepada bukan melayu,
sebagai balasannya kaum melayu dan bumiputera diberi hak istimewa berbanding kaum-
kaum lain di Malaysia. Walaupun hal ini secara kasarnya tidak sama rata, tetapi inilah
keadilan dalam konsep keunikan 1Malaysia. Setiap kaum diberi hak mereka sebagaimana
yang mereka berhak. Adil Berasal dari bahasa Arab yang berarti berada di tengah-tengah,
jujur, lurus, dan tulus. Secara terminologis adil bermakna suatu sikap yang bebas dari
diskriminasi, ketidakjujuran. Dengan demikian orang yang adil adalah orang yang sesuai
dengan standar hukum baik hukum agama, hukum positif (hukum negara), maupun hukum
sosial (hukum adat) yang berlaku. Pengertian keadilan menurut definisi para ahli iaitu
Aristoteles yang mengatakan bahwa keadilan adalah tindakan yang terletak diantara
memberikan terlalu banyak dan sedikit yang dapat diartikan memberikan sesuatu kepada
setiap orang sesuai dengan apa yang menjadi haknya. Selain itu, Pengertian keadilan menurut
Plato pula menyatakan bahawa pengertian keadilan adalah diluar kemampuan manusia biasa
dimana keadilan hanya dapat ada di dalam hukum dan perundang-undangan yang dibuat oleh
para ahli yang khususnya memikirkan hal itu. Selain itu, Keadilan merupakan suatu nilai
keutamaan yang sangat disanjung oleh semua manusia yang waras dan normal. Lebih-lebih
lagi bagi golongan yang tertindas dan teraniaya. Ini kerana keadilan adalah pemangkin
kesejahteraan dan ketenteraman hidup manusia. Ia meliputi spektrum kehidupan yang sangat
luas. Bermula dengan keadilan dalam bidang metafizika yang berkaitan dengan akidah
ketuhanan yang hak dan benar, meliputi keadilan dalam pemerintahan, perniagaan,
kehakiman, perhubungan sosial, keluarga, gender dan akhirnya dalam kehidupan berjiran,
mewariskan harta pusaka, keadilan dalam perhubungn politik antarabangsa dan lain-lain lagi.
Sebab itulah apabila keadilan dan kesamarataan berlaku dalam kehidupan rakyat dan orang
ramai akan merasai kedamaian dan ketenteraman. Sebaliknya jika kezaliman bermaharajalela
manusia akan semakin sengsara dan menderita. Hal ini bersesuaian dengan pepatah yang
mengatakan bahawa “Sesuatu pemerintahan itu boleh kekal dengan kekufuran tetapi dia tidak
mungkin kekal dengan kezaliman”. Kezaliman pemangkin kejatuhan sesuatu pemerintahan
dan bangsa.
2.0 Perbandingan antara konsep kesamarataan (equality) dengan keadilan (justice)

2.1 Konsep Kesamarataan (equality)

Islam merupakan satu sistem hidup yang bersifat rabbani dan menganjurkan kepada
manusia agar sentiasa berlaku sama rata dan adil dalam setiap tindakan yang diambil. Islam
menyeru agar meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada
yang berhak menerimanya serta menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman yang
setimpal tanpa membezakan antara manusia, merupakan perkara-perkara yang sangat
ditekankan dalam ajaran Islam. Sebagaimana Islam memberikan penekanan kepada
kedamaian hidup individu baik daripada aspek fizikal dan mental seseorang, Islam juga
melalui sistem hidupnya menggalakkan keharmonian masyarakat dan keamanan bersama,
agar semua manusia dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan damai. Konsep
persamaan dalam Islam pula perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia
yang berbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu
diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya
melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan
keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama. Semua manusia, biar
dari mana asal mahupun keturunan adalah sama sahaja kejadiannya. Semua manusia adalah
makhluk yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik ciptaan berbanding dengan makhluk-
makhluk lain. Semua manusia bebas untuk hidup dan meneruskan kehidupan. Hak untuk
hidup serta meneruskan kehidupan merupakan hak asasi setiap manusia. Hak tersebut tidak
sedikitpun terhalang kerana berbezanya pegangan agama, bangsa, keturunan mahupun
minoriti dalam sesebuah negara. Hak persamaan yang diletakkan oleh Islam tidak
berdasarkan kepada kedudukan seseorang mengikut jantina atau keturunan dan bangsa.
Setiap orang, lelaki atau perempuan, Islam atau bukan Islam, kaya atau miskin, adalah sama.
Mereka mempunyai hak yang sama untuk hidup sebagai manusia yang bermaruah,
mempunyai peluang yang sama untuk mencari rezeki dan kekayaan di bumi Allah,
mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan, mempunyai kedudukan yang
sama di sisi undang-undang dan mempunyai peluang yang sama untuk melakukan ibadat
kepada Allah. Setiap orang akan diberikan ganjaran dan balasan yang sama atas perbuatan
yang dilakukan. Jelaslah tidak ada perbezaan fizikal dan lahiriah seperti pangkat, keturunan,
etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan perhitungan yang sama
daripada orang lain mahupun Allah.
Seterusnya, dalam perlembagaan Malaysia juga ada memperuntukkan hak
kesamarataan. Hak Kesamarataan bermaksud semua orang adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali
sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, iaitu tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat
lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa
jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-
mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan
harta atau berhubungan dengan penubuhan apa-apa pertukangan, perniagaan, dan kerjaya.
Perkara ini tidak melarang apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri dan
Apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan
dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan
orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu. Melihat
dari sudut kepentingannya, kita dapat lihat bahawa orang melayu merupakan penduduk asli
atau peribumi di negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang melayu diberikan hak
keistimewaan tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan malaysia. Hal
ini kerana sebelum perlembagaan diwujudkan orang melayu lebih banyak terlibat dalam
bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang melayu diberi keutamaan
dalam semua aspek yang dinyatakan diatas yang melibatkan bidang pendidikan, ekonomi,
pekhidmatan dan tanah rizab orang melayu bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf
hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain. Seterusnya
kesamarataan yang dituntut oleh kaum wanita iaitu kesamarataan gender atau jantina.
Kesetaraan gender bererti kesamaan keadaan bagi laki-laki dan perempuan untuk
memperoleh kesempatan serta hak-haknya sebagai manusia, agar mampu bersaing dalam
kegiatan politik, hukum, ekonomi, sosial budaya, pendidikan dan pertahanan dan keamanan
nasional. Terwujudnya kesamarataan dan keadilan gender ditandai dengan tidak adanya
diskriminasi antara perempuan dan laki-laki, dan dengan demikian mereka memiliki akses
dan kesempatan atas pembangunan serta memperoleh manfaat yang saksama dan adil dari
pembangunan.
2.2 Konsep Keadilan (justice)

Istilah keadilan (justice) berasal dari kata “adil” yang berarti: tidak berat sebelah,
tidak memihak, berpihak kepada yang benar, sepatutnya, tidak sewenang-wenang. Dari
beberapa definisi dapat disimpulkan bahwa pengertian keadilan adalah semua hal yang
berkenan dengan sikap dan tindakan dalam hubungan antara manusia. Keadilan berisi sebuah
tuntutan agar orang memperlakukan sesamanya sesuai dengan hak dan kewajibannya.
Perlakuan tersebut tidak pandang bulu atau pilih kasih, melainkan semua orang diperlakukan
sama sesuai dengan hak dan kewajibannya. Keadilan menurut Aristotle adalah kelayakan
dalam tindakan manusia. Kelayakan ditakrifkan sebagai titik tengah antara dua hujung luar
adalah terlalu banyak dan terlalu sedikit. Dua hujung tersebut melibatkan dua orang atau
objek. Jika 2 orang mempunyai persamaan dalam saiz yang telah ditetapkan, maka setiap
orang mesti memperoleh objek atau hasil yang sama. Jika tidak sama, maka akan ada
pelanggaran terhadap perkiraan itu bererti ketidakadilan. Pembahagian keadilan menurut
Aristoteles iaitu keadilan komulatif, distributif, findikatif. Keadilan komulatif adalah
perlakuan terhadap seseorang yang tidak melihat jasa yang dilakukannya, iaitu setiap orang
mendapat haknya. Keadilan distributif pula adalah perlakuan terhadap seseorang sesuai
dengan jasanya yang telah dibuat, iaitu setiap orang mendapat kapasiti dengan potensi
masing-masing. Seterusnya, Keadilan findikatif adalah perlakuan terhadap seseorang sesuai
kelakuannya, iaitu sebagai balasan kejahatan yang dilakukan.

Konsep keadilan dalam islam pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu keadilan
intelektual (al-‘adl al-fikri), keadilan terhadap diri sendiri, adil kepada orang lain, adil kepada
makhluk lain, dan adil kepada Allah. Keadilan intelektual (al-‘adl al-fikri) bermaksud
pemikiran seseorang yang berani menyatakan bahwa sesuatu sebagai kebenaran atau
kesalahan yang secara objektif kerana memang benar atau salah, bukan kerana pertimbangan
subjektif dan tendensial lain. Keadilan terhadap diri sendiri pula bermaksud menegakkan
keadilan pada diri sendiri itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan
bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat
dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah
(batil). Keadilan kepada orang lain ertinya menyempurnakan hak mereka dan melaksanakan
hukum secara saksama antara mereka, membela orang yang teraniaya dan menghukum orang
yang bersalah. Hal ini demikian kerana (hakim) itu ada tiga jenis, dua daripadanya masuk ke
neraka dan satu daripadanya masuk ke syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar,
lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki
(hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,
maka ia masuk ke Neraka. Berlaku adil kepada makhluk lain pula ertinya dapat menempatkan
pada tempat yang sesuai, misalnya adil pada binatang, harus menempatkannya pada tempat
yang layak menurut kebiasaan binatang tersebut. Jika memelihara binatang harus disediakan
tempat dan makanannya yang memadai. Jika binatang itu akan dimanfaatkan untuk
kenderaan atau usaha pertanian, hendaknya dengan cara yang wajar, jangan memberi beban
yang malampaui batas. Demikian juga jika hendak dimakan, maka hendaklah disembelih
dengan cara yang telah ditentukan oleh ajaran agama, dengan cara yang baik yang tidak
menimbulkan kesakitan bagi binatang itu. Seterusnya, berlaku adil kepada Allah iaitu sebagai
mahluk ciptaanya dengan teguh kita harus melaksanakan apa yang diwajibkan kepada kita
kerana Allah sebagai tuhan kita. Untuk mewujudkan keadilan kita kepada allah maka kita
wajib beriman kepada allah, tidak meyekutukanya dengan sesuatu yang lain. Mengimani
Nabi Muhammad SAW sebagai utusanya, menjunjung tinggi petunjuk dan kebenaran
daripadanya iaitu beriman dengan al-quran sebagai wahyu allah, mentaati ketentuanya
dengan cara melaksanakan perintahnya dan menjauhi laranganya. Sebenarnya, terdapat
banyak lagi jenis keadilan yang perlu perlu di ketahui kerana keadilan itu terbahagi dalam
beberapa kelompak yang dikaji dari berbagai sudut ilmu pengetahuan iaitu keadilan legal
(Iustitia Legalis), keadilan vindikatif (Iustitia Vindicativa), keadilan kreatif (Iustitia Creativa),
keadilan protektif (Iustitia Protectiva) dan banyak lagi.

3.0 Contoh-contoh yang relevan tentang konsep kesamarataan (equality) dengan


keadilan (justice)

Adil itu bermakna setiap orang dapat sesuatu mengikut bahagian, keupayaan dan
keperluan yang sepatutnya manakala sama rata pula bermaksud semua manusia dapat
keutamaan yang sama, semuanya diperlakukan seolah-olah mereka mempunyai level yang
sama. Jadi contoh keadilan itu seperti ibu hamil diberi keutamaan terlebih dahulu untuk
mendapat tempat di kendaraan umum atau yang menunggu paling lama yang dilayani duluan.
Manakala contoh sama rata pula setelah usaha keras dalam kerja kelompok, semuanya
mendapat nilai yang sama tanpa mengambil berat pekerja diluar melakukan kerja atau tidak.
Nilai seluruh anggota sudah pasti sama. Atau seorang ibu yang mempunyai satu apel dan dua
orang anak. Lalu apel itu terus dipotongan menjadi dua secara seimbang, tanpa peduli yang
mana yang lebih tua dan yang lebih muda. Selain itu, dalam sebuah keluarga yang memiliki 2
orang anak, kedua-duanya duduk di bangku sekolah dengan tingkat yang berbeza iaitu anak
pertama duduk di bangku SMK dan anak kedua duduk di bangku SK, sebelum berangkat ke
sekolah orang tua mereka memberi duit belanja untuk keperluannya. Apakah duit belanja
mereka harus sama? Jika mengacu pada keadilan maka duit belanja yang diberikan pun
berbeza kerana keperluannya pun pasti berbeza. Namun jika mengacu pada kesamarataan
maka duit belanja pun akan sama tanpa mempertimbangkan jumlah keperluan dan hak – hak
anak mereka yang sememangnya sudah dapat dibezakan. Di samping itu, dalam sebuah
syarikat. Gaji yang diterima oleh pengurus sebanyak RM5000 manakala gaji yang diterima
oleh kerani juga sebanyak RM5000. Jadi berdasarkan keadaan ini menunjukkan situasi yang
sama rata antara pengurus syarikat dengan kerani tetapi jika melihat kepada keadilan
sememangnya perkara ini tidak adil. Hal ini demikian kerana pengurus syarikat sepatutnya
mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding kerani disebabkan risiko yang pengurus syarikat
tanggung lebih besar daripada risiko yang ditanggung oleh kerani.

Contoh yang seterusnya tentang hal keadilan jantina. Lelaki diberikan kerja yang lebih
berat manakala wanita diberikan kerja yang lebih ringan. Lelaki diutamakan dalam membuat
kerja untuk mencari wang manakala perempuan lebih diutamakan untuk menjaga keluarga di
rumah. Lelaki wajib solat 5 kali sehari setiap hari dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan
manakala perempuan diberi cuti ketika datang bulan. Lelaki hanya diberikan cuti yang
sekejap jika isteri bersalin tetapi wanita diberikan cuti bergaji penuh sehingga 2 atau 3 bulan
jika bersalin. Maka adakah ia samarata? Tidak. Adakah ia adil? Ya. Seterusnya adalah GST,
adakah GST yang dibuat oleh kerajaan adil bagi rakyat. Terdapat dua jenis cukai utama yang
dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang
kedua cukai penggunaan (consumption tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan
keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya.
Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang
kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax). GST
adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan.
Walaubagaimanapun kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan
asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga
barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga
ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). GST akan menjadikan
setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk
menyumbang kepada pendapatan kerajaan dengan kadar yang sama iaitu sebanyak 6%. GST
nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa
membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh
sebab itu kerajaan telah memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat
kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan
contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk
menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang
tidak layak juga terima BR1M). Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST
adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin
banyak cukai yang dibayar. Secara rumusannya GST ini mempunyai konsep kesamarataan
iaitu setiap lapisan masyarkat perlu menanggung cukai sebanyak 6% masing-masing tetapi
dari segi konsep keadilan ia sangatlah tidak adil kerana oaring yang berpendapatan rendah
juga perlu menanggung kadar cukai yang sama dengan orang yang kaya.

4.0 Kesimpulan

Jadi, Manusia dan keadilan pada intinya terletak pada keseimbangan atau keharmonian
antara menuntut hak, dan kewajiban manusia itu sendiri. Menurut pendapat yang lebih umum
dikatakan bahwa keadilan itu adalah pengakuan dan perlakuan yang seimbang antara hak dan
kewajiban. Keadilan adalah keadaan bila mana setiap orang memperoleh apa yang menjadi
haknya dan setiap orang memperoleh bahagian yang sama dari kekayaan bersama. Keadilan
adalah kata kunci yang menentukan manusia dapat hidup aman dan sejahtera di muka bumi
ini. Tanpa keadilan manusia pasti hancur. Menegakkan keadilan adalah kewajiban setiap
manusia. Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan
seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan,
negara, kedudukan keluarga, orang bukan Islam dan harta. Walaupun Islam memberi
kelonggaran dalam penglibatan orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada
orang Islam. Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk
menjaga kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip
persamaan dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan
martabat Islam.

You might also like